Wednesday, October 10, 2012

Aku Terima Nikah.

Gambar: Majlis "ketaq" umumnya lelaki di dunia melayu ini. Saya baca lancar, tapi terpaksa 3 kali sebab isu  tambah perkataan..."Nya". Peliknya saya, Kadi boleh sebut tambahan..."Nya", tapi saya tidak boleh? Tidak adil betul birokrasi (kerenah) jabatan agama Johor ini.  (PS: Siapa tahu beza perkataan Nikah dengan Nikahnya sila kongsi.)

Maaf dan jazakumullah khairan katsira (Semoga Allah membalasmu dengan kebaikan yang banyak) kepada kenalan serta kawan-kawan yang mendoakan barakah pernikahan saya.

Saya minta maaf kerana apa?


Maaf pertamanya kerana tidak dapat maklum kepada semua kawan-kawan atau tidak dapat jemput masa majlis ini. Tapi jangan risau, walimah (kenduri) pihak saya masih ada chance lagi.

Maaf keduanya sebab telah 4 hari tidak online facebook..... kerana berface-to-face dengan seorang wanita yang bergelar isteri memang satu nikmat luar biasa yang boleh melupakan segala urusan lainnya
.(PS: nasib baik dia kena masuk kerja semalam dan saya terpaksa balik kedah, Jika tidak entah berapa lama saya akan tidak online disini... ^_^)

Apa yang kami setuju sehingga boleh merasai nikmat luar biasa ini adalah kami tidak pernah bercouple sebelum nikah walapun kami bukanlah orang yang "bagus" sangat.

Pasangan-pasangan yang pernah bercouple sebelum nikah, saya sangat yakin, kalian tidak akan rasai nikmat yang kami rasakan. Saya bukan bermaksud POYO (proud of yourself)... tapi itulah bezanya mereka yang menjaga diri atau tidak sebelum nikah.

Doakan juga agar kami tidak akan PJJ lama sangat. Insyallah akan sampai akhir tahun ini saja. Terpenting doakan kami bermanfaat untuk ummah kerana tujuan pernikahan kami bukan sekadar "nafsu cinta lelaki dan wanita saja" , juga bukan membuat "dunia ini aku dan kau saja", Tapi Ada amanah cinta baru dari Allah buat kami dalam visi hidup memberi dan berusaha menjadi muslim sebenar.

Semoga kawan-kawan yang belum nikah terus "berpuasa" dan berusaha segera untuk berbuka posa (merasai) apa yang kami rasai.

Semoga kita terus dalam pengawasan dan hidayah Allah.
“Ya Rabb kami, anugrahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa”. (Al Furqon : 74).
 
PS:

1. Percayakah anda saya dapat berbuka posa ini dengan hanya duit simpanan awalnya tidak sampai seribu. Boleh ke aku nikah dengan duit dalam poket tidak sampai seribu? Semuanya berkat pertolongan Allah jika ada kemahuan. Ada masa nanti saya ceritakan.

2. Walimah pihak saya di kedah pada 2/12/2012 . Tempat di sempadan Kulim-Baling. Remindkan saya jika lambat bagi alamat kepada anda.