Dengan nama Allah yang rahman dan rahim,
Hmmm, lama tak update blog ni...macam-macam ujian.
kalau lagi 6 hari , maka genap 2 bulan,subhanallah lama juga tu ,tapi rasa macam baru beberapa minggu je tak update.....
Ya,Allah ,aku hidup dalam masa MU,Tuhan yang menguasai MASA.
kali ini ada satu artikel yang menyentuh ku,sentuhan bukan pada kisah pada artikel tersebut,tetapi ayat-ayat indah yang dilhamkan Allah melalui ustaz hasrizal,cukup indah tajuk dan beberapa ungkapan dalam artikel beliau itu:antara yang menyentuh diri ku pada perenggan:
"Air matanya terus turun melimpah-limpah. Ketika sampai kepada firman Allah di penghujung surah al-Baqarah, saya berhenti seketika…
“Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau hitung kami sebagai bersalah, jika kami lupa atau kami tersilap. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap mereka yang kufur terhadap-Mu” [al-Baqarah 2: 286
"Roh kita asalnya `dekat’ dengan Allah. Apabila dijauhkan dari asalnya, dia akan terseksa, kesunyian, dan menderita seperti jiwa perantau yang tercampak di bumi asing. Sering gelisah dan mahu mengecap asal usul yang telah ditinggalkan. Jika rintihan hati kita diabaikan, akhirnya ia akan mati lantaran sakit rindu kepada asalnya. Bawalah kembali diri kita semua ke asal kita, bahawa kita dekat dengan Allah” saya menamatkan bicara di situ
teruskan membaca:
http://saifulislam.com/?p=1673