Wednesday, December 28, 2011

Daulat Tuanku

Catatan Addinlove.

28 December 2011.

Duduk seketika selepas solat subuh.

Aku duduk di beranda surau selepas bersalam dengan semua jemaah subuh . Tidak banyak perbualan tegur sapa hari ini , jemaah segera menyambar selipar masing-masing dan pulang. Kecuali aku dan seorang pakcik yang jarak duduknya dariku kurang lebih 3 meter . Dia sama sepertiku rasanya , sedang berzikir mathur atau muhasabah diri. Astagfirullah-al-azim...lidahku memulakan zikir , diulang-ulang istigfar pendek itu dan hanya didengari telingaku sambil akal-ku pantas mengimbau kembali sebarang kesalahan yang aku lakukan secara sedar atau tidak untuk dimuhasabahkan pada pagi ini .

Terkeluar juga dari imbauanku adalah persoalan ini :

Mungkinkah kesalahanku ? Sebagai insan yang sedar, tetapi masih tidak mampu memberi jasa terbaik atau sumbangan maksima kepada usaha mempertahankan Daulat Yang Di-Pertuan Agong yang tengah terancam hari ini akibat perpecahan bangsa Melayu .?

Daulat Yang Dipertuan Agong?

Apa tafsiran perkataan " Daulat " ? Apakah maksud dan gunanya perkataan “ daulat tuanku ” yang terpaksa rela disebut ramai orang apabila mengadap sultan atau Agong itu ? Apa kaitan “ Daulat tuanku ” dengan aku ? dan Dimanakah nilai Daulat Yang Di-Pertuan Agong hari ini ?

Soalan-soalan tersebut berlegar-legar di kepala-ku . Rasanya ramai lagi generasi – Y di luar sana tidak pedulipun soalan itu atau belambak (sangat banyak) juga yang 2x5 macam aku ( belum pasti dapat jawab soalan tersebut tepat 100% ).

Amanah adalah Daulat.

Sebelum aku bertanya kepada ustaz google , baik aku mencabar ilmu-ku dulu tentang maksud Daulat itu dalam diriku dan adakah betulkah sangkaan-ku istilah Amanah sebagai daulat?

Adakah Daulat bermaksud kuasa atau kesaktian ? jika ada orang yang tidak mengatakan “ Daulat Tuanku ” , maka dia akan mendapat binasa ? Tidak . Pasti Bukan itu . Ini kerana yang boleh memberi mudarat atau manfaat hanya satu-satunya Allah azawajala , tuhan yang menguasai seluruh alam .

Daulat pasti bermaksud kata hormat yang mengiktiraf kekuasaan seseorang . Tidak ada definasi kebaikan kepada kekuasaan melainkan ianya difahami sebagai amanah tuhan terhadap sesuatu.

Daulat tuanku adalah amanah buat tuanku . Jika rakyat jelata mengatakan “ Daulat tuanku ” , maksudnya rakyat juga menyediakan seluruh jiwa raganya untuk membahu amanah yang di pikul Tuanku.

Apakah Amanah dipikul Tuanku ? ( Yang Di-Pertuan Agong ).

Amanah utama Yang Di-Pertuan Agong adalah mempertahankan negara ini sebagai ISLAM dalam apa jua keadaan .

Yang Di-Pertuan Agong adalah ketua pemerintah ISLAM yang akan menjaga ISLAM itu sendiri dalam setiap waktu dan keadaan . Bukti keseriusan ini adalah Yang Di-Pertuan Agong yang ditabalan penuh istiadat setiap setengah dekat (5 tahun) sekali WAJIB berSUMPAH dengan kalimah “ Wallahi Wabillahi Watallahi ” seperti yang terkandung dalam jadual 4 Perlembagaan Malaysia .-1-

Perasankah SUMPAH tersebut pada istiadat pertabalan Agong ke-14 yang berlangusng awal bulan ini !

Bila Agong wajib bersumpah begitu bersunguh-sungguh , maka seluruh rakyat jelata yang bermula dari kerabatnya , jemaah menteri , wakil-wakil rakyat sehinggalah anak kecil yang baru dilahirkan hari ini dari kalangan rakyat biasa tanpa mengira agama apa-pun WAJIB memikul beban amanah tersebut ( mempertahankan islam di negara ini ) demi mengekalkan kestabilan, keharmonian dan keselamatan negara ini.? Jika rakyat jelata yang tidak beragama islam , maka kehidupan dan hatinya tidak boleh dipaksa memeluk islam kerana islam itu bukanlah agama paksaan , tetapi serendah-rendah bukti kesetian mereka kepada Agong adalah TIDAK melakukan sesuatu yang mencabar kedudukan ISLAM di negara ini.

Rakyat jelata yang ISLAM ramai tidak peduli?

Bila rakyat tidak peduli maksud daulat ini , maka jadilah rakyat beban di negara ini . Daulat tuanku hanya dilaungkan dengan kuat ,bersemangat sehingga bergema , tetapi tidak lebih dari kerongkong mereka sahaja , tidak memberikan apa-apa makna .

Lihat saja tahun ini ada ahli akademik islam yang dilambung tinggi oleh kumpulan pejuang Hak Asasi Manusia yang kononnya dia berjuang menuntuk keadilan dan kebebasan hakiki sehingga sanggup mengkirtik dengan cara yang salah institusi beraja atau sultan , mendiamkan definasi Islam agama negara dan masih membiarkan hak-hak umat ISLAM sendiri dizalimi di bumi ini .

Jika itu ahli akademik yang dikatakan pakar perlembagaan , Apakah lagi yang boleh diharapkan dari anak-anak muda terpelajar generasi Y yang mungkin kebanyakannya menganggap tidak penting lagi institusi Raja Melayu hari ini .

Kisah Muhammad dan 50 pemuda Daulat. -2 -

Al-kisah di sebuah kampong tepi pantai . Diberi nama kampong 1001 kerana jumlah penduduknya 1001 orang , tidak lebih dan tidak kurang . lelaki muda dan dewasa seramai 401 orang , selebihnya orang tua, wanita dan anak kecil .

Suatu hari Kampong 1001 digemparkan teriakan gila seorang pakar matematik dan sejarah bernama Muhammad . Mengikut pengiraan-nya dan sejarah yang pernah melanda dunia ini yang tercatat dalam kitab lama , setiap 1001 tahun akan berlaku satu ombak besar 20 kaki dan tahun tersebut adalah kejadia-nya.

Hari itu juga dia baru jumpa formula tepat kira-kiranya dan mereka hanya ada semingu saja lagi untuk membina benteng pengelamat yang dinamakan Daulat dalam kitab lama .Ombak besar itu pula dinamakan Plural oleh kitab yang sama. Malah dalam kitab itu juga disebut sesiapa yang bekerjasama membina Daulat bagi menghalang ombak Plural akan masuk ke syurga. Maka anak murid Muhammad serius bukan kepalang berteriakan seluruh kampong agar orang muda lelaki yang jumlahnya 401 orang semuanya keluar “ bersepakat atau berkerjasama membina Daulat itu" .

Berdasarkan perhitungan Muhammad lagi , 6 hari sahaja diperlukan dengan jumlah 401 orang bekerja bergilir-gilir setiap 12 jam untuk membina “daulat”yang cukup selamat . Malangnya pada hari pertama hanya 10 orang pemuda sahaja yang bersedia membantu membina daulat kerana minggu itu juga ada pilihnraya memilih kelompok pemerintah kampong 1001 .

Ada 2 kelompok besar dalam kampong yang sibuk mempromosi calon masing-masing , melangsungkan tradisi debat rumah ke rumah dan di kalangan mereka juga ada pakar sejarah serta metematik yang merasakan kira-kira Muhamad tidak tepat dan masih akan sempat buat daulat selepas pilihanraya.

Maka tidak pedulilah ramai orang kampong dan pertikaikan Muhamad dengan tuduhan cuba sabotaj kejayaan kelompok yang lebih 60 tahun bersabar menantikan tahun ini mereka pasti akan menang pilihanraya dan menakluk Rajaberjaya (nama tempat kediaman ketua kampung) .

Pada Hari ke-6 hanya ada 50 orang pemuda yang telah kepenatan membina sedikit daulat yang tanpa henti sejak 5 hari lalu . Dengan linangan air mata ,Muhammad dan “ 50 pemuda-pemuda daulat” itu sedih melihat penduduk kampong yang sibuk ber-piliharaya yang jelas melalaikan mereka dari kerja yang lebih utama.

Parti bernama HAK ( hak asasi kampong) menang pilihanraya yang mereka idam-idamakan sejak 60 tahun lalu dan segera memaksa 350 pemuda lagi bekerja untuk membina Daulat . Malangnya pemuda kelompok yang kalah masih tidak mahu kerjasama .Katakanlah 400 orang bekerja pada hari ke 6 ,tetap semuanya telah lambat . Jika semua penduduk kampong 1001 berkerja ketika itupun tidak akan terhasil daulat yang diperlukan .

Hari ke 7 , sebelum subuh , satu ombak setinggi 20 kaki melanda kampong 1001 dengan sangat pantas . Daulat yang dibina hanya setinggi 5 kaki sahaja tidak memberikan apa-apa makna . Ombak Plural yang ganas tanpa perasaan terus menghempas kampong 1001 dan menelan isi kampong dalam perutnya . Sekelip mata kampong 1001 ditengelami air , tidak ada satu rumah pun yang selamat dan semua orang kampong 1001 mati tanpa seorang pun selamat dengan catatan sejarah kemenangan parti HAK sebagai pemerintah terakhir kampong 1001.

Ketika hari pengadilan yang mulut dikuncikan , tuhan bertanya : Antara berkerjasama membina daulat demi menyelamatkan nyawa dan merebut Rajaberjaya , mana yang lebih penting? Anggota badan yang terpaksa berkata benar yang jawapanya adalah daulat dan ada bukti bekerja ke arahnya dimasukkan dalam syurga. Yang sebaliknya dimasukkan dalam neraka.”

MELAYU SEPAKAT ISLAM BERDAULAT.

Rujukan:

-1-Jadual 4 perlembagaan


-2-Kisah hikayat entah berentah kampong 1001 oleh addinlove.


PS:


1.link titah Raja Nazrin->http://www.youtube.com/watch?v=KiOb0BGPSFE

Kepada sesiapa sekitar penang dan kulim yang ingin file rakaman video ini boleh bawa pen-drive 2Gb keatas untuk ambil dari ana di pejabat ISMA penang.

2.hasil carian google: (http://dict.rewaz.org/search/browse/daulat.re)

daulat memberi maksud beriku:

  1. bahagia, kebahagiaan (pada raja-raja yang memerintah),daulat dirgahayu mudah-mudahan berbahagia dan lanjut usia,ya, benar (digunakan ketika menyambut titah raja dan sebagainya),kuasa (raja, kerajaan),† tulah,ditimpa daulat kena tulah (raja)
    daulat tuanku a) benar tuanku, ya tuanku
    b) berbahagialah tuanku,mendaulat menjunjung (mengabdi, berkhidmat kepada raja),Indonesia, bahasa percakapan merampas (kekuasaan dan lain-lain) dengan tidak sah, menurunkan orang berpangkat atau berkuasa (seperti raja dan lain-lain) dari kedudukannya dengan paksaan,berdaulat bertuah, berbahagia,mempunyai kuasa (yang tertinggi),(merdeka dan) berkuasa atau berhak sepenuhnya di atas urusan atau pemerintahan sendiri,mempunyai kedudukan yang tinggi dan berkuasa, berwibawa.

Antara perkataan yang sesuai tekaan ada kuasa.Cuma kuasa yang diteka pula ditafsirakanku sebagai amanah.


Tuesday, December 20, 2011

ES addinlove - Perkahwinan dan Kebebasan Peribadi.






Cara baru Express Sharing(ES) daripada addinlove.-klik pada gambar untuk baca.

ingin tahu kisah lanjut sila download percuma disini

: http://www.4shared.com/photo/ywo572MF/siap2.html

Monday, December 19, 2011

Motivate poster - I take 100% .


b'ister=bakal isteri
b'anak=bakal anak

doakan saya.

wallahwalam.

Friday, December 16, 2011

Ta'adud Jemaah.

“ Akhi , seorang kawan ana yang ayah-nya merupakan aktivis jemaah A bertanyakan ana : kenapa kita tidak masuk saja jemaah “ besar ” yang sedia ada dan suka masuk atau membentuk kelompok jemaah kecil yang lain ?. Jika jemaah yang besar itu ada kelemahan di suatu bahagian seperti tarbiyah , kenapa yang tahu tarbiyah tidak masuk dan baiki tarbiyah jemaah besar tersebut ? Kenapa mahu buat jemaah lain , ikut jemaah lain atau berpecah ? ” suara sahabat-ku itu serius memerlukan pandangan.

“ Emm , soalan lama lagi dan sampai bila agaknya akan berakhir ? ” monolog dalaman-ku sendirian.

“ Akh , anta pernah dengar istilah ta'adud jemaah? ” tanya-ku semula.

“Emm….Tak pula. ” balasnya .

" Ta’adud jemaah bermaksud berbilang atau banyak jemaah . Soalannya ta’adud jemaah ini adalah , boleh atau tidak ? , saling berkerjasama dan melengkapi ? atau saling bermusuh dan menjatuhkan ? . Ana ada seorang ikhwah yang telah menulis isu ini dengan baik (kesimpulannya) dan, ber-ilmiyah . Nanti Ingatkan Ana untuk bagi link tulisan ikhwah-tu . Anta boleh baca atau print bagi kawan anta itu untuk memahami isu tau’dud jemaah ini ”. jelasku (-link di bahagian rujukan-1-)

Bukan meminta ( jemput atau pelawa penuh adab) , tapi memaksa dan memboikot jika tidak setuju.

“ Masalah dia bukan sahaja jenis “ meminta masuk ” tetapi macam “memaksa” , dan ( menunjukkan reaksi ) tidak boleh berlapang dada dengan banyaknya jemaah islam atau sesiapa saja (individu atau tidak) yang tidak mahu bersama jemaahnya . betul ? ” teka-ku pohon kepastian.

“ Ya, betul akhi ! ” balas sahabat-ku sambil angguk-kan kepalanya .

Kemudian kami berborak kes-kes lain “ se-adik-beradik perangai ideology itu ” yang masih bersepah di luar sana hatta dalam university tempatan atau luar negara . Sumbernya dari apa yang dibaca , didengari , dan di-alami sendiri .

Turut dikongsikan pandanganku terhadap ta'adud sekarang , Istilah Jamaatul Muslimin , analogi mudah untuk faham istilah jemaah sekarang , masalah dalam usaha menyatukan , apa sikap yang sepatutnya dipegang , dan apa usaha kita yang sebenarnya mudah saja untuk menyatukan banyaknya jemaah islam di Negara kita ini.

Ta’adud pada pandangan-ku.

Ta’adud ( Kepelbagaian ) jemaah islam pada zaman sekarang adalah suatu yang harus kita terima . Kita belum lagi berada dalam sistem pemerintahan khilafah islam yang ada hak atau kuasa menyekat kewujudan berbilang jemaah atau jemaah kecil yang tidak mahu berbaiah dengan “ khilafah yang diiktiraf ” seperti yang ditunjukkan dalam maksud hadis sahih ( kurang lebih) - jika ada dua khilafah , yang baru ditubuhkan harus dihapuskan .

Sejak pembubaran rasmi sistem khilafah terakhir iaitu Turki Uthmaniah pada tahun 1924 , Kamal Al-Tartuk telah menghilangkan sepenuhnya kuasa khilafah Sultan Abdul Hamid 2 dan mengantikan dengan system pemerintahan sekular . Ramai ulamak dan sejarahwan telah bersepakat dari tahun tersebut sehingga hari ini , tidak ada lagi sesiapa-pun yang layak menganti atau berhak atau rasakan mereka-lah jemaah Islam yang paling sesuai mengemban sepenuhnya tugas “ Jamaatul muslimin atau khilafah ” ( pemerintah islam yang diiktiraf menaungi semua umat dan negara islam ) .

Begitu juga dalam skala yang kecil seumpama sebuah negara Islam . Masih banyak perselisihan pandangan dari para ilmuan islam sendiri soal siapakah " Pemerintah wajib ditaati 100% (sepenuhnya) " dalam negara tersebut sehingga mempunyai kuasa sepenuhnya " menyekat kelompok islam lain yang sealiran ".

"Kelompok islam lain sealiran" memberi maksud ta'adud jemaah yang sedang kita bincangkan adalah dalam masalah furu , pendekatan atau kata lainya bukan berbeza dalam masalah usul . Dalam masalah usul seperti akidah yang berbeza dari penganut majority atau "pemerintah islam yang sedia ada" , ramai ulamak tetap memandang serius ta'adud jemaah seperti ini tidak dibolehkan kerana suasana tidak harmoni atau ketidak stabilan di kalangan orang islam boleh berlaku lebih serius . Sebagai contoh , Pemerintah negara islam Malaysia yang beraliran Ahli sunnah wal jamaah(ASWJ-sunni) tidak boleh berkompromi dengan ta'adud jemaah bukan sunni atau " jemaah-jemaah yang katanya islam" seperti jemaah Syiah, jemaah nabi melayu, jemaah anti-hadis dan jemaah lain sewaktu denganya yang berbeza dari akidah ASWJ.

Negara kita juga belum ada Jamaatul Muslimin.

Bila seseorang " perasan " Jemaah A di Malaysia ini “ besar atau yang paling mendominasi ” itu belum tentu Jemaah A boleh berperanan sebagai khilafah umat islam Malaysia yang paling layak di ikuti , di bai’ahkan dan berhak mencatur jemaah yang lain agar bernaung di bawahnya . Lagi dangkal-lah SEKIRANYA kita tahu jemaah A itu belum menjadi pemerintah rasmi kerajaan Malaysia yang dipilih melalui system yang ada ( demokrasi-pilihanraya ) tapi “ telah ada ahlinya atau pemuja-nya ” lebih lajak dari laju buat perangai .

Jemaah A tetap di istilahkan oleh para ulamak sebagai “ Jamaah minal jamaatul muslimin ” ( jemaah dari jemaah islam ) atau maksud lainya “ salah satu kelompok dari jemaah orang muslim ” .


Bagi memahami lebih baik istilah “ Jamaah minal jamaatul muslimin ” ada satu buku bagus yang ditulis secara ilmiyah oleh Hussain bin Muhammad bin Ali Jabir sehingga kajianya itu di di-iktiraf University terkenal salafi ( kita tahu ramai tokoh university itu anti hizbiyah atau anti wujudnya kelomok jemaah islam ) ” iaitu University Madinah Al-Munawarah . Dijudulkan bukunya “ Menuju Jamatul Muslimin”. (PS : Buku yang ada pada tangan saya bahasa Indonesia , belum ada lagi bahasa Malaysia ).

Sebenar-nya ada banyak jemaah yang lebih besar dari jemaah A di dunia ini atau di Malaysia sendiri jika kita kaji secara mata kasar saja . Tapi mereka tidak berani pulak claim ( tuntut ) paling layak diikuti , dan berperangai tidak boleh ada jemaah lain menyalahi mereka .

Cuba kita lihat Jemaah Tabligh (JT) , Berapa ramai pengikutnya di Malaysia ini ? . Itu baru Malaysia , belum seluruh dunia . Begitu juga Ikhwanul Muslimin (IM) yang di-iconkan “Jemaah harapan kebangkitan ” islam abad ini sehinggakan jemaah A pun mungkin berminat menyamar sebagai wakil IM di Malaysia . Tapi sayang-nya IM hanya iktiraf satu saja “ wakil sah “ daripada setiap buah negara. Dengarnya sekarang telah ada lebih 100 buah negara cawangan manhaj IM . Kesimpulan-nya , JT dan IM ini masih tidak berani istihar mereka-lah Jamaatul Muslimin . Juga Hizbu Tahrir (HT) yang ada hampir di semua Negara yang boleh buat demonstrasi jalanan , juga tidak layak kata-kan merekalah khilafah zaman ini . Belum diambil kira lagi Jemaah Syiah (JS) yang katanya punya pengikut lebih 300 juta di seluruh dunia yang beriktikad “ khilafah sebenar “ hanya dari darah Rasulullah saw sahaja.

Disebabkan Jemaah A juga salah satu kelompok islam (Jamaah minal jamaatul muslimin) , tidak salah kita analogikan mudah perkataan “ Jemaah A ” sebagai “Sekolah A” .

Katakan sekolah A yang paling besar , paling banyak cawangan dan tertua di Malaysia ini . Tapi malangnya masih ada kelemahan “subjek matematik” sehinggalah hari ini . 1001 cara telah dibuat bagi selesaikan masalah ini . Punca besar dikesan , iaitu gurunya yang tidak “ mahir atau pakar ” . Maka cara paling mudah adalah menjemput guru pakar matematik dari sekolah lain untuk berkhidmat di sekolah A .

Masalah timbul bila pinangan-nya ditolak. Soalannya disini : Adakah wajar kita salahkan pakar tersebut Jika dia tidak mahu ? dan Kita buat juga macam-macam cara seperti mengugut atau paksa dia . Professional-kah perangai seperti itu ? .

Kenapa saja jemaah A sendiri tidak menghantar guru-nya untuk belajar matematik di luar Negara sehingga pakar dalam matematik standing guru sekolah lain yang dicemburuinya. ?

Telah buat , tapi bila balik Negara sendiri masih tidak se-pakar yang ada di sekolah lain , macam mana?. Kalau begitu jangan-lah risau , ajar saja subjek matematik apa yang termampu , kerana Allah tidak bebankan apa yang kita tidak mampu dan terima-lah hakikat jika ada anak murid mahu belajar juga dari guru pakar matematik di sekolah lain . Juga berlapang dada lah serta hormati-lah keputusan pakar matemaik lain yang tidak minat sekolah A. Kita juga tahu , Tujuan semua pakar matematik mengajar tetap sama , iaitu mendidik anak bangsa kita agar hebat matematik , tapi mungkin dengan formula atau cara kerja yang berlainan , jadi apa masalahnya ?

Tiada siapa sukakan jemaah islam berbilang atau ber-pecahan.

Tiada siapa mahu banyaknya jemaah-jemaah islam yang bawa kepala masing-masing , kecuali dia orang yang berpenyakit . Jika sekelompok atau seorang individu berilmu tidak puas hati atas kelemahan jemaah kita , cubalah pertamanya kita muhasabah diri di mana-kah silap kita sebelum tunding jari kepada ilmuan tersebut.

Tanya dalam diri , Adakah kita mampu membaiki kekurangan atau kelompongan kita itu ? Jika tidak mampu baikinya , maka terimalah wujudnya jemaah B, C , dan D atau berapa banyak lagi kelompok islam yang lain AKAN melengkapi kelemahan kita secara tidak langsung . Ini-lah kita namakan "kesepakatan jemaah-jemaah islam" yang bekerja secara synergy .

Masalah asas dalam Usaha menyatukan.

Asasnya ada Dua Masalah orang yang ingin cuba menyatukan jemaah-jemaah islam . Pertama kecetakan ilmu dan kedua kedangkalan akhlaq .

Masalah kedangkalan akhlaq lebih perlu diutamakan . Akhlaq yang pincang lahir dari lisan , perbuatan dan merasa hebat ilmu yang ada di-dada sendiri daripada ilmu orang lain . Ada orang menyangka-kan diri tengah berusaha untuk satukan jemaah-jemaah islam , tetapi yang berlaku adalah sebaliknya iaitu semakin banyak perpecahan dan permusuhan disebakan olehnya . Sebab itu nabi kita ada mengajarkan ; jika tidak tahu cara , lebih baik diamkan diri .

Beza pandangan atau beza jemaah tidak boleh "celaru akhlaq".

Al-fadil ust Hasrizal (saifulislam.com) menasihati secara umum:

"Membawa akhlaq yang bertentangan tidak sama dengan membawa pendapat yang bertentangan. Kecelaan akhlaq mesti ditegur. Mesti diperbetulkan. Untuk menyatakan pendapat yang berbeza, kita tidak perlu menjadi kurang ajar, menggunakan perkataan yang kasar, apatah lagi mempersoalkan isi hati orang lain ketika mana kita bukan Tuhan yang boleh menyingkap apa yang ada di sebalik tulisan dan percakapan seseorang. Kita sewajarnya hanya menghukum pada apa yang zahir, kemudian bertaqwa kepada Allah untuk menguruskan apa-apa yang tersembunyi.-2-

Nasihatlah denga cara yang lebih baik .

Allah swt berfirman:

“Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk. [16:125]’

Ayat ini adalah asas dalam memahami dakwah atau usaha untuk mempengaruhi orang lain agar berada di atas landasan yang benar ( Jalan tuhan-MU-Allah swt ) . Pengajaran dari ayat ini adalah , Kita harus menyeru kepada apa yang kita inginkan (dalam isu kali ini adalah seruan agar ta'adud jemaah berkurang ) :

1. Dengan hikmat kebijaksanaan
2. Dan nasihat pengajaran yang baik,
3. dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik;

Sedikit pengalaman dalam pemilihan jemaah-ku.

Saya tidak mengemari titel atau nama atau gahnya sejarah suatu Jemaah Islam dalam Malaysia atau luar negara ini . Nama saja Gah ! tapi praktikalnya tidak seperti yang digambarkan atau berlainan dari apa yang mereka sendiri katakan . Saya dan beberapa sahabat yang sama fikir ditakdirkan bertemu dan telah menjumpai banyak kelompok islam yang mengatakan mereka-lah wakil IM yang di Malaysia . Tapi bila saya melihat praktikal asas ibadah lemah dan dispilin amal mereka tidak seperti yang mereka katakan sendiri atau yang tercatat dalam buku-buku IM , maka kami tidak minat dengan kumpulan ini.

Kami tidak minat walaupun gah namanya itu adalah IM yang dikagumi dunia ." Kita akan masuk syurga atas nama islam , bukan atas nama ahli IM " kataku kepada mereka yang fanatik sangat kepada IM itu.

Akhir 2005 , saya menjumpai satu kelompok tarbiyah yang " walk their talk " tanpa perlu mengatakan nama jemaah mereka atau guna title mereka-lah wakil IM di malaysia ini . Cara penghujahan dari ayat-ayat Al-Quran sehingga menghafal nombornya , berusaha mensaring hadis yang sahih dalam beramal , praktikal amal tahajud-subuh berjemaah-tilawah Alquran sehari sejuzuk-zikir mathurat-duha yang sangat hebat disiplinya , Perancangan dakwah yang dinamik serta bersungguh mensantuni pelajar university yang berpotensi dan realisasi jaringan ukhwah mereka se-malaysia menarik minat saya untuk bersama .

Malah tidak terlintas dalam benak fikiran saya untuk mencari kelompok lain sehinggalah akhir 2008 . Proses Islah terpaksa berlaku dalam kelompok ini juga . Kami di-didik agar tidak fanatik dan lebih mencintai kebenaran maka proses Islah 2008 itu menjadi peristiwa yang tidak boleh dibendung serta sangat mendukacitakan kerana ada yang terpaksa berpisah (insyaallah sementara ) daripada kami.

Pendirian pertama kami setelah islah pada tahun tersebut adalah TIDAK AKAN MEMBENTUK JEMAAH BARU walaupun kami punya kader pemuda-pemudi dakwah aktif yang ramai di seluruh Malaysia . Kami memilih untuk masuk kelompok jemaah islam yang sedia ada . Lebih 3 bulan kami terpaksa men-saring bersungguh-sungguh jemaah-jemaah islam di Malaysia ini sehinggalah saringan kami membawa kepada dua kumpulan iaitu jemaah ISMA atau jemaah Z . Terlalu banyak maklumat yang harus di-tabayun kebenaran-nya antara jemaah ISMA atau jemaah Z .Yang manakah lebih benar dan sesuai dengan kami ?.

Masa yang suntuk dan kalau tambah masa lagi pun belum pasti akan bermanfaat , maka ijtihad kami cederung kepada ISMA setelah menganalisis faktor UTAMA iaitu harakah islamiyah yang ada kelangsungan agenda ilmu , harapan AMAL tarbawi istiqamah dan lebih beradab ( daripada jemaah Z ). Kami tidak tahu , benar atau salah peng-akhiran pilihan kami kerana kami bukanlah tuhan yang boleh melihat segalanya . Kami telah lakukan yang terbaik , Semoga betul ijtihad kami dapat 2 pahala , kalau salah satu pahala .

Pilihan saya dan rakan seperjuangan bersama ISMA bukanlah bermaksud merekalah jemaah islam yang terbaik di Malaysia ini . Tanpa merendahkan kumpulan lain yang ada sisi kekuatan tersendiri lebih hebat dari ISMA , jemaah-jemaah islam yang berkerjasama mendaulatkan islam dalam kaca maca ASWJ di negara ini dan pastinya juga mereka berusaha menjadikan jemaah sendiri terbaik di mata Allah , MAKA kami tidak pernah perlecehkan jemaah mana-pun (terutama jemaah Z) , meraikan kewujudan jemaah-jemaah ASWJ lain , sentiasa berlapang dada , mengharapkan boleh bersepakat dan sentiasa berkeinginan melihat lebih banyak pen-gabungan jemaah-jemaah islam atas dasar perjuangan yang jelas .

Kesimpulan awal dari sedikit pengalaman hidupku.

Apa yang ingin disampaikan dari cebisan pengalamanku mencari-cari jemaah islam yang terbaik menurut-ku adalah berjuang atas perjuangan akidah yang jelas , ter-organisasi jemaah-nya , hidupnya amal islami yang benar dalam-nya dan ber-akhlaq .

Sahabat-ku tadi dan ramai juga kawan-kawan yang lain bertanyakan soalan :

"Apakah cara menyatukan jemaah-jemaah islam yang banyak sekarang ?".

Menjawab soalan ini secara tuntas oleh-ku dan dipersetujui semua pihak tidak-lah mudah . Mungkin jawapan terbaik sekarang ada-lah baca buku " Menuju Jamaatul Muslimin itu" . Tapi berdasarkan pengalaman , membaca saja tidak cukup jika diri sendiri banyak benda-benda asas tidak selesai . Saya kata-kan : " mudah saja cara asas-nya " :

Pertama :

Berlapang dada dengan wujudnya jemaah-jemaah ASWJ lain selagimana belum ada khilafah atau Jamaatul Muslimin.

Kedua :

Samakan amal ibadah asas kita dulu .

Yakinlah kesatuan akan cepat dan mudah JIKA
jemaah A ,B,C,D dan sampai huruf apapun " punya amal yang sama " seperti rutinkan solat tahajud , menjaga solat subuh berjemaah , disiplikan ahli dengan bacaan al-quran peribadi satu juzuk sehari , ringan-kan lidah dengan-zikir-zikir mathur dan beristigfar sehari lebih 70 kali , menjaga semua amal ibadah sahih yang wajib , membanyakkan ibadah yang sunat , mencintai pengajian ilmu dari pelbagai tokoh , ber-jemaah secara profesional (atau ber-organisasi ) dan banyak beramal dari berbicara.

Biasanya orang yang pertikaikan orang lain atau tidak setuju dengan ta'adud jemaah ini jenis yang tidak melaksanakan banyak AMAL walaupun dia faham . Kalau dia banyak beramal maka dia tidak akan " punya masa sia-sia " atau " masa tidak beradab " pertikai-kan betul-salah amal orang lain .

Ketiga .

Hidupkan budaya nasihat-mensihati dengan manhaj ilmu dan ber-akhlaq . Jangan fanatic pada diri sendiri atau mana-mana individu atau organisi . Ingatlah ayat al-quran dari surah yusuf ayat 108 yang akan menjadi asas dalam kita memilih jemaah pilihan kita " ala-basiro=atas hujah yang nyata(Al-Quran dan sunnah) " dan ayat 125 dari surah al-Nahl yang mengajarkan kita cara betul menyeru , cara benar memahami peduli ummah dan cara tepat cinta sejati pada seseorang itu dengan seruan " HIKMAH " serta dua pedoman yang sangat memuhasabah-kan kita.

Jika ketiga-tiga perkara asas ini sukar difahami dan liat sangat untuk dilaksanakan , saya kuatir penyatuan jemaah-jemaah islam ASWJ tidak akan terjadi.

Jemaah-jemaah Islam Sepakat-lah.

Jika jemaah-jemaah ASWJ berkerjasama ,dan saling melengkapi , barulah "Jamaatul muslimin" yang di-idamkan mendaulatkan islam , me-mayungi seluruh bangsa manusia dan mempertahankan hak setiap muslim di sentero dunia akan menjadi kenyataan .

Kita impikan Daulah Islamiyah yang di miliki "Jamaatul muslimin sejati" pada abad ini . Siapakah mereka ? adakah kita bersama mereka ? dan bila-kah terjadinya mimpi indah ini.?

Mari bersama-sama mencari jawapanya.

Ngo islam sepakat islam berdaulat,
Parti islam sepakat islam berdaulat.
Melayu sepakat islam berdaulat,-3-

Wallahwallam,

Rujukan :

-1- http://www.introspektif.com/dakwah/antara-wasail-dan-maqasid-perbincangan-kritikan-rumusan

-2- http://saifulislam.com/?p=10544

-3-bagi fahami slogan "asobiyyah" ini sila baca posting saya yang lalu atau ke web sesawang ISMA.(www.ismaweb.net/)


Monday, December 12, 2011

Apa yang kita tahu isu Syiah - Sunni ?




Permusuhan diantara syiah dengan Sunni merupakan isu yang tidak boleh dipandan remeh umat islam Malaysia hari ini . Isu penangkapan di Gombak , isu pembela-an atas nama hak asasi , hantar memorandum kepada yang dipertua Agung dan faktwa haram ajaran syiah di malaysia mencuri perhatian kita untuk selongkar misteri syiah-sunni ini .

Lambakan maklumat hujung jari yang tidak bersempadan , perdebatan secara terbuka di blog atau laman social , penghujah-an secara ilmiyah atau tidak , provokasi pelbagai pihak , ngo islam yang melakukan seminar pemantapan akidah , ahli politik islam yang diamkan diri atau nyatakan pendirian , pendedahan tulisan atau video pelik berkaitan ajaran Syiah dan usaha memberi penjelasan pelbagai pihak berkaitan isu syiah-sunni ini semakin menjadi-jadi .

Sepanjang sejarah Islam pula , Persengketaan antara kedua-duanya pernah sampai ke tahap pembunuhan yang tidak dapat dihitung banyaknya korban nyawa dan menjadikan satu bentuk fitnah kepada islam itu sendiri . Bagi orang islam awam yang jahil ( tidak mengetahui ) dari mana akar pangkal permusuhan ini sentiasa tidak habis-habis meluahkan rasa hairan kenapa hal ini berlaku ? – Ini kerana mereka “ berfahaman mudah ” syiah ini juga saudara mereka , salah satu mazhab islam , membawa ajaran islam dan beriman kepada pembawa risalah yang sama iaitu nabi Muhammad bin Abdullah saw.

Kenalilah perbezaan akidah Syiah-Sunni ! , Baru anda akan faham.

Cerita ter-mahsyur dari sumber sunni mengatakan Syiah ini bermula dari seorang manusia yang bernama Abdullah bin Saba . Nama Abdulah bin Saba ini turut tidak dapat disembunyikan dalam sumber Syiah walaupun ada ulama Syiah yang menafikanya sekeras-kerasnya ulama Syiah yang meriwayatkan-nya .

Diriwayatkan dari sumber sunni , dia seorang yahudi yang memeluk islam secara berpura-pura demi menghancurkan islam dari dalam . Misi Syiahnya mensasarkan masyarakat islam yang kurang ilmu atau jauh dari pusat pemerintah islam pada zaman khalifah Uthman lagi . Seruannya mudah iaitu mencintai ahlu bait dan fanatic kepada kepimpinan keluarga nabi ( ahlu bait ) sahaja . Isu Fanatic ( taksub melampau ) ini pula kemudiannya , “ tidak sah ” tanpa mem-package-kan kufur (menolak) kepimpinan daripada selain keturuanan nabi Muhammad saw .

Dari tiga modal asas ini ( iaitu mencintai ahlu bait , iktiraf kepimpinan dari keluarga nabi sahaja dan menolak selainya sebagai pemimpin ) serta satu modal tambahan iaitu perancangan jahat menfitnah sahabat nabi sendiri agar saling bermusuhan , maka tercatatlah sejarah hitam permulaan perang saudara pertama dalam Islam iaitu perang Jamal & Siffin . Selain itu fakta sejarah diwarisi sehingga masuk ke dalam buku teks sekolah kita hari ini menceritakan kelemahan sahabat nabi dari sumber yang lemah disiplin ilmunya , kurangnya asatizah (ilmuan) sunni negara kita yang merungkai persoalan perang Jamal & Siffin atau tidak tahu jawapan " fitnah peribadi buruk " sahabat , dan cerita-cerita yang pelik yang mempotretkan sahabat nabi sendiri pernah menzalimi keluarga nabi memburukan keadaan sehinggalah ke hari ini .

Maka tidak hairanlah jika fahaman syiah hari ini secara umumnya akan biasa perlecehkan sahabat nabi dan tidak mengiktiraf para sahabat nabi sebagai khalifah islam selepas kewafatan nabi Muhamad saw. Malah tidak dapat dikawal juga Syiah yang menanam doctrin tahap “ dewa ” iaitu me-mula-kan gejala takfir ( melabel istilah kafir serta melaknat dalam doa harian mereka secara khusus disebutkan nama ) tiga khalifah hebat Al-Rasidin sejarah islam iaitu Abu Bakar ,Umar dan Uthman kerana alasan konon-nya telah merampas kepimpinan dari keluarga nabi . Syiah beriqtikad sepatutnya khalifah Al-Rasidin selepas rasulullah wafat hanya layak disandang Imam Ali ra dan hanya-sanya akan diteruskan oleh keturuannya sahaja. Tidak terlepas dari lidah mereka juga laknat , pengkafiran dan gelaran keji kepada ummul mukiminin Aisyah rah . yang hanya terlepas dari ibadah takfir-laknat ahli-ahil syiah ini hanyalah empat orang sahabat sahaja . Itulah yang difahami secara umum dari syiah walaupun bukan semua syiah menyetujuinya atas sebab taqiyah atau-pun tidak .

Sumber Sejarah Siapa yang betul ? Sunnah atau syiah ?.

Saya orang awam sunni yang "masih freshie" mengkaji dari mananya hujung pangkalnya permusuhan syiah-sunni ini . Tidak dapat dinafikan isu ini adalah suatu yang sangat rumit seiring panjangnya usia konflik-nya . Telah dikhabarkan ada lebih 5000 buah buku dan 7000 topik yang membicara isu ini sepanjang sejarah kehidupan islam dari kaca mata ASWJ ( ahli sunnah wal jemaah atau sunni ) . Tidak diketahui pula berapa banyak yang ditulis oleh sumber Syiah . Memang sangat mencabar jika ingin mengkaji semua bahan bacaan yang ditulis sepanjang 13 kurun lebih itu . Selain masa ,tenaga ,dana ,penguasaan bahasa Arab dan Parsi diperlukan jika ingin faqih (pakar) dalam bidang kajian ini .

Sepanjang bacaan saya sekarang , kebanyakan sumber “penulisan ulamak sunni ” akan bermula dengan perbahasan akidah yang penting dengan menceritakan kedudukan sahabat dalam islam , merasional akal kedudukan Allah azawajala SAHAJA sebagai tuhan dan sedikit contradict ( saling bertentangan ) besar dalam pendapat kalangan ulamak sunni sendiri . Sebaliknya dari sumber buku syiah pula ada kisah yang tidak masuk akal dengan nilai penghambaan seorang muslim yang sepatutnya kepada Allah swt sahaja seperti mengangkat kedudukan imam Syiah kepada tahap kelebihan tuhan dan pandangan contradik ( saling bertentangan) di kalangan ulamak syiah sendiri yang mengkufurkan antara sesama mereka – ( Ada katakan ini strategi takiyah bagi mengaburi golongan sunni )

Berapa banyak mahu kaji ,tujuan apa dan sampai bila ?

Setiap Muslim maklum dosa syirik dalam akidah adalah yang tidak akan diampun oleh Allah azawajala. Oleh itu , tujuan saya mengkaji secara ringkas berkaitan siyah-sunni ini untuk keselamatan akidah saya sendiri , dan jika boleh saya mahu kongsi lakaran formula penyelesaian konfilk ini.

Berapa banyak mahu kaji ? dan sampai bila ? -tidak dipastikan lagi . Apa yang saya pasti , tugas saya banyak dan saya tidak ditaja oleh sesiapapun untuk khusus kajian dalam isu ini . Tidak mahu juga saya habiskan hidup yang seronok ini untuk kaji bab ini sahaja . Saya yakin ada lebih ramai ilmuan yang layak . Saya juga seperti anda , yang banyak kerja mahu dibuat . Jadi saya akan kaji apa yang asasnya (terutama - akidah) , mudah difahami , dan pastinya minima sehingga bab akidah syiah-sunni jelas berbeza atau sama .

Taqrib yang masih kabur.

Tapi saya rasa , jika telah mendapat gelaran professor dalam bidang kajian ilmu taqrib baina sunni wa syiah ( merapatkan atau mendamaikan diantara sunnah dan syiah ) ini , saya tidak optimis permushan di antara keduanya akan berakhir dengan mudah . Bayangkan , telah ramai tokoh-tokoh islam hebat menyerah atau berputus asa dalam usaha taqrib ini . Pernah berlaku dalam sejarah islam , taqrib sunni dengan syiah berjaya . Pihak syiah menyatakan sedia berdamai dan tidak akan mengkafirkan sahabat nabi kerana usaha seorang imam sunni yang hebat menundukkan hujah dari ulama syiah dalam satu debat . Tapi taqirb itu hanya bertahan seketika sahaja .

Pada pengamatan saya , ada 3 factor utama yang men-gagalkan usaha taqrib syiah-sunni sepanjang sejarah islam ini :

1. Sumber rujukan yang berbeza,

2. Isu taqiyyah (berpura-pura) syiah yang payah di nilai kerana melibatkan urusan dalam hati dan,

3. Para aktivis syiah atau sunni yang berdebat bukan atas dasar “ kebijaksannan ilmu

ke3-3 faktor ini sahaja sudah cukup syarat untuk menjadikan persengketaan ini berlangsung sehinggalah hari kiamat jika kita tidak menjumpai penawarnya.

Belum lagi di ambil kira faktor-faktor seperti pihak jahat menyamar dalam kelompok sunnah atau syiah yang sentiasa mencari jalan men-gagalkan usaha taqrib ini , pengkhianatan orang syiah yang betul-betul berakidah taqiyyah , Orintalis barat yang hebat mencatur permusuhan ini agar berterusan sepanjang zaman , salah faham dalam usaha berbaikan , percangahan serta perselisihan para ulamak di kalangan sunnah atau syiah sendiri dan orang kebanyakan yang tidak meminati keadah akhlaq ilmu serta selalu mendepankan emosi dalam bertindak .

Banyaknya masalah ! .Kalau begitu Sampai kiamat pun tidak akan berdamai ? , jadi apa guna kita mahu kenal syiah ini ? mengapa mahu cuba taqrib (merapatkan atau mendamaikan ) ? kita kafirkan sahaja syiah dan perang dengan mereka,habis cerita. Jangan begitu saudaraku ,sabar dulu .

Jangan gopoh dan menampakkan kebodohan diri.

" Sebelum bertanyakan soalan, boleh taqrib atau tidak , kita kena Tanya diri sendiri, Adakah aku ini kenal syiah? Jika tidak kenal syiah dan bersekongkol bersama mereka dengan sangka-an mereka seakidah dengan kita , ketahuilah akidah kita tidak selamat " .


Sangka baik dan usaha mencari titik persamaan tidak boleh dalam masalah akidah.

“ Apa masalah syiah ini ? mereka kan saudara kita juga ? Kenapa kita tidak sangka baik sahaja dengan syiah ni ? Kenapa asik nak cari titik permusuhan je? .Tidak bolehkah cari titik-titik persamaan. ” Tanya seorang bermazhab sunni kepada saya baru-baru ini.

“ Perbezaan syiah – sunnah (sunni) bukan seperti perbezaan antara mazhab hanafi,hambali,maliki syafiee dan mazhab ahli sunnah lain yang berbeza dalam isu feqah sahaja,tetapi perbezaan nya adalah dalam akidah ” balas saya ringkas.

“ Apa masalahnya akidah syiah ” tanya dia lagi.

“ Tidak bermasalahkah jika mereka mengkafirkan sahabat nabi ? ” balas saya.

“ Apa masalahnya kafirkan sahabat ” Tanya dia kembali.

Aku melihat dia dan berkata dalam hati “ Wo aloh , susah-la macam ni kalau tak tahu apa masalahnya kafirkan sahabat ”.

Kemudian kami meneruskan perbincagan agak lama , antara yang saya katakan :

1. Syiah ini akan tetap tidak boleh bersatu dengan sunni ATAS NAMA ISLAM jika masih berbeza akidah.

2. Kerana beza akidah - Syiah ini harus dilayah seperti berbezanya akidah islam dengan akidah agama kristian,budha atau selain agama islam . Ini bukanlah bermaksud berbeza akidah menghalalkan darah antara syiah-sunnah . Ambilah contoh hidup seperti bolehnya aman berkawan atau bermuamalah antara orang islam dengan orang agama lain di Malaysia ini.

3. Keadah sangka baik serta mencari titik-titik sepakat tidak boleh wujud dalam bab akidah kerana akidah bukan dibina dengan keadah bersangka-sangka dan menutupi kepincangan akidah seseorang itu .

4. Mempertikaikan sahabat termasuk dalam jenayah akidah kerana Al-quran dan hadis nabi yang sahih banyak berbicara redo Allah dan kemulian mereka. Jika kita mempertikaikan sahabat sama sajalah kita pertikaikan caturan Allah yang memilih sahabat untuk melakar sejarah islam di dunia ini .

5. Dan bab selain akidah tidak ada masalah untuk berkerjasama jika membawa kebaikan dan ada kepentingan bersama.

Mari sama-sama fikirkan.

Kalau sunni hanya percaya sumber sunni dan syiah pula hanya percaya sumber syiah , sampai bila-pun tidak boleh selesai . Jadi apa kata kita cuba satu keadah ini iaitu ketepikan kedua-dua sumber sementara waktu , gunakan keadah logik dan bertanyakan soalan berikut dalam diri ( Saya tidak bermaksud keadah hujah secara logik adalah yang terbaik.Keadah ilmiyah berdasarkan "fakta sejarah yang kuat disiplin ilmunya" lebih berkesan ).

1. Logik-kah sahabat yang berjuang bersama nabi , mencintai nabi dan ahli keluarganya menzalimi keluarga nabi selepas nabi wafat .? Contoh kisah umar yang menedang pintu rumah sehingga jatuh mencederkan Fatimah. Apa logiknya cerita ini ?.

2. Logik-kah kita yang tidak pernah bersama para sahabat dan tidak tahu cerita sebenar zaman tersebut , menghina atau perlecehkan sahabat sehingga ada yang sanggup mengkafir serta laknat kan sahabat nabi dalam wirid-wirid harian kita.? Siapa kita yang rasa diri lebih baik untuk hina sahabat nabi ?

3. Mengapakah harus benci pada sahabat atau pemerintah islam lalu yang menzalimi keluarga nabi sehinggakan kita hidup dengan hari-hari penuh kebencian atau selalu tengelam dalam nostagia emosi yang tidak berkesudahan ?

4. Adakah bermain emosi dengan nostalgia sejarah adalah cara hidup islam ? Mampukah kita boleh balik ke masa lampau dan berjumpa Abu bakar untuk menasihati dia agar tidak ambil kepimpinan kerana satu masa nanti umat islam akan tidak puas hati jika dia jadi pemimpin .? Siapakah yang kita salahkan sebenarnya ? – salahkan Allah kerana Allah telah jadikan Abu bakar,umar dan uthman khalifah ? salahkan Allah kerana menjadikan dynasty ummawiyah mengambil kepimpinan dari keluarga nabi ? – Adakah kita pertikaikan ketentuan Allah sebenarnya ?.

5. Pernahkah ASWJ (sunni) mengkafirkan ahlu bait dan keturuannya ? Apa salahnya sunni yang turut mencintai ahlu bait dengan caranya sendiri ? juga wajarkah kita marah sangat pada mereka kerana tidak mahu mencintai ahli bait seperti Syiah cintai ?

6. Apa rasionalnya Taqiyyah ( berpura-pura ) yang sangat bertentangan dengan roh islam ?.(Jika Syiah yang TIDAK berakidah takiyah – cuba tanyakan diri sendiri : Bagaimana kita mahu pastikan kata ulamak syiah yang mengkufurkan sebahagian ulamak syiah sendiri adalah benar ? Apa ada jaminan Syiah tidak bertakiyah sesama Syiah sendiri ? - contohnya: Ulamak Syiah bertakiyah kepada pengikutnya demi jawab balik soalan sunni atau “ cover [tutup] ” catatan pelik yang tercatat dalam kitab agung Syiah sendiri ).

7. Cuba letakkan diri sebagai seorang wanita syiah dan bertanyakan soalan ini : Apa manfaatnya nikah Mutah ini selain kepuasan nafsu ? entah berapa ramai lelaki aku telah layan ? siapa nak bela anak aku ini ? Islam-kah begini ? apa beza aku dengan pelacur ? pelacur sah di sudut syarak dengan akad mutah ?


PS: Soalan-soalan di atas ditimbulkan secara umum tanpa membeza yang ultra syiah atau syiah yang moderate.

Syiah di Malaysia .

Tindakan Jabatan Agama yang membuat tangkapan dan mendedahkan gerakan Syiah yang semakin membiak di Negara Malaysia tercinta ini adalah sangat tepat dan tidak akan sezalim yang pernah dibuat syiah kepada sunni dalam sejarah . Ini kerana gerakan syiah ini boleh menganggu ketenteraman Negara bermazhab ASWJ( sunni ) Iman Syafie. Faktwa kebangsaan yang berkaitan ajaran ini harus di-SEKAT , perlu dipandang serius oleh semua pihak . Semua pihak harus memainkan peranan membendung “Syiah jadian” di Malaysia ini seperti sokongan kita kepada Prof Dr Yusuf Qarawi yang berfaktwa: ” Negara Syiah janganlah sunni membuat kacau dan Negara Sunni juga pendakwah syiah tidak boleh menyebarkan dakwahnya ”.


Dalam kontekas Negara islam Malaysia hari ini , usaha taqrib antara sunnah dengan syiah tidak harus timbul dan tidak perlu pun lagi sebarang usaha kearah itu . Seperti yang dijelaskan , kedudukan sunni di Negara ini yang sangat mendominasi , syiah pula sangat minority dan syiah juga tidak ada bukti dizalimi teruk oleh pemerintah sunni. Jika tidak percaya, tanyakan soalan ini : “ Adakah pemerintah sunni Malaysia sekarang menzalimi syiah di Malaysia ini sampai kepada tahap tribulasi tanpa sebab seperti peristiwa kejatuhan iran dan Iraq yang sejarah merakamkan kebencian Syiah melalui penyiksaan , perkosaan ,dan pembunuhan golongan sunni atas alasan dia sunni atau bernama Abu bakar ,atau Umar atau Uthman sahaja ”.

Jadi , saya melihat tidak perlu-pun sebarang usaha taqrib antara syiah dengan sunni di Negara ini. Usaha yang perlu dilakukan secara senergy dan sepadu oleh semua pihak dengan kelebihan masing-masing adalah membendung pembiakan teologi syiah ini dengan cara ilmu , perdebatan yang bijaskasana dan tindakan –tindakan yang teliti oleh pihak yang berkuasa .

Perlu diperingatkan ! Syiah Jadian sekarang mengambil kesempatan meluncur atas ombak pluralisma yang sedang melanda negara se-awal abad melinium ini yang menyaksikan mereka turut mengunakan platfom perjuangan hak asasi serta kebebasan bersuara bagi menghalal-kan juga dakyah “ syiah jadian ” ini.

PS: Istilah syiah jadian oleh saya ini ditujukan kepada mereka yang telah meng-imani teologi syiah selepas tahun 1979 atau mengkagumi permulaan revolusi sehinggalah berjaya menjatuhkan syah-iran. Jika syiah di malaysia ini bukan dari 2 golongan ini maka saya namakan mereka syiah asli Malaysia .

"Syiah jadian" pada pandangan panel akidah JAKIM.

Perhatiakan kata-kata tokoh JAKIM ini yang memberi label “ syiah jadian ” kepada syiah di Malaysia ini secara umumnya . Al-fadil Ustaz Aizam Mas'ud yang merupakan seorang wakil Panel Aqidah JAKIM menulis di blognya -1- :

" Pengikut Syiah jadian (Malaysia) sering mendakwa memeluk Syiah setelah mengkaji tentang Syiah, lalu memutuskan untuk meninggalkan Ahli Sunnah. Sedangkan ketika menjadi Sunni mereka tidak pernah mendalami Ahli Sunnah berdasarkan disiplin dan sumber Ahli Sunnah sendiri . Akhirnya mereka hanya akan mengenali Ahli Sunnah menerusi persepsi Syiah yang menyeleweng."
Syiah Jadian di Malaysia juga menampakkan kedangkalan ilmu dan takiyyah yang aneh. Kata beliau lagi:

" Denial syndrome yang berterusan. Sukar untuk diajak berdialog dengan Syiah kerana mereka tidak yakin dengan kebenaran anutan sendiri. Apabila diajukan soalan beserta hujah dan bukti menerusi sumber-sumber mereka sendiri, semuanya dinafikan. Mereka sendiri yang mengatakan 'imamah' itu rukun utama dalam Syiah, tetapi apabila ditanya apakah hukumnya Ahli Sunnah yang menolak rukun utama itu secara iktikad, tiada jawapan konkrit diberikan, tetapi terus menafikan bahawa Syiah mengkafirkan Ahli Sunnah yang menolak 'imamah' padahal mereka sendiri mengakui itu rukun yang tak boleh ditolak. Sedangkan bagi Ahli Sunnah, tanpa kompromi dan berselindung, barangsiapa yang menolak salah satu daripada rukun Islam maka jawapannya adalah kafir, terkeluar daripada Islam.

Escapism syndrome dalam berhujjah. Bila dihujjahkan bahawa Syiah itu boleh membawa kepada perpecahan ummah, maka dijawab kononnya di dalam Ahli Sunnah juga terdapat perpecahan. Padahal yang dibincangkan adalah perpecahan dalam soal prinsip (usul) yang tidak dibenarkan oleh agama. Bila ditanya kedudukan Ahli Sunnah menurut Syiah, bukan dijawab secara ilmu berdasarkan nas-nas dan sumber Syiah, tetapi dialihkan perbincangan kononnya mereka juga memakan sembelihan Sunni, menghadiri kenduri Sunni dan lain-lain yang menunjukkan pada zahirnya mereka tidak mengkafirkan Sunni. Tetapi persoalan utama iaitu kedudukan aqidah golongan Sunni di sisi Syiah langsung tidak dijawab.

Sindrom taqiyyah yang melampau. Dalam dialog tersebut, langsung tidak kedengaran pihak Syiah berhujjah dengan sumber-sumber mereka sendiri. Mereka mengaku bermazhab Alul Bayt dan ikutan mereka adalah para imam Alul Bayt, tetapi di mana sandaran mereka terhadap Alul Bayt itu? Adakah ia bersanad atau sekadar dakwaan semata-mata ataukah sebenarnya mereka lebih percaya kepada dalil-dalil daripada kitab Sunni sehinggakan tiada suatupun dalil dibawakan daripada kitab-kitab mereka sendiri seperti al-Kafi, Man La Yahdhuruh al-Faqih, Tahzib al-Ahkam, al-Istibsar dan lain-lain. Bila pihak Sunni membawakan dalil daripada kitab mereka, dikatakan pula bahawa kitab itu tidak sahih atau tidak muktamad di sisi Syiah, bermakna apa sumber yang sahih dan muktamad dalam mazhab Syiah? Ada atau tidak? Atau sebenarnya Syiah bertaqiyyah sehingga tidak berani mengakui kitab-kitab rujukan mereka sendiri."

Boleh taqrib dalam pandangan saya.

Saya membolehkan taqrib pula jika melihat isu syiah ini secara men-dunia seperti pandangan tokoh islam Dr Yusuf Qarawi dan ulamak sunni dunia lain yang masih sedikit kompromi mereka dengan istilah Islam . Disebabkan inilah kita akan melihat pandang ulamak dunia berbeza dengan faktwa ulamak Malaysia . ( Majlis Faktwa kebangsaan yang mengharamkan syiah sepenuhnya adalah demi kebaikan dan keharmonian negara kita ).

Memang tidak rasional jika sunni tidak memikirkan cara bijak politik untuk berhadapan 300 juta syiah di seluruh dunia terutama Negara yang dipimpin oleh pemerintah Syiah sendiri . Walaubagaimanpun taqrib dengan syiah ini dalam pandangan politik tidak boleh menyatakan setuju-nya dengan akidah syiah . Taqrib yang saya maksud-kan adalah dalam hal selain akidah seperti hubungan perdagangan , berkongsi system pendidikan , berkongsi system teknologi atau apa-apa sahaja hubungan selain akidah seperti yang dicontohkan hubungan kerjasama negara kita dengan Negara-negara bukan islam yang lain .

Nasihat Addinlove untuk kebaikan bersama.

Kepada sesiapa yang telah rasa diri telah menjadi syiah , syiah jadian atau baru mahu berjinak-jinak menjadi syiah saya cadangkan agar menilai dalam kaca mata ilmu , jangan tengelam dalam nostalgia emosi sejarah yang tidak boleh diubah dan hentilah dakyah kalian dalam negara sunni yang aman ini . Dakyah kalian harus dihentikan kerana dalam negara kita , hubungan sunni-syiah masih aman damai . Jika kalian meneruskan sebar-luaskan dakyah kalian , ketahuilah , kalian-lah Asbab ketidak harmonian atau perpecahan negara kita kelak . Adakah fahaman syiah suka mengajar rosakkan kemanan sebuah negara yang telah aman ? . Sunni-Syiah akan tidur dan bangun seharian dengan aman jika dakyah kalian tidak membiak . Yakinlah komuniti Syiah yang kekal minority akan dilayan adil dan terjamin oleh kerajaan sunni Malaysia seperti komunity idelogi lain yang juga kecil dan tidak berkembang mencabar kedaulatan negara islam ASWJ di Malaysia ini.

Saudara-ku Sunni : Bersatulah pertahankan akidah dengan bijaksana .

Saya juga ingin memberikan sedikit nasihat kepada beberapa orang sahabat sunni yang “ declare war ” (warwarkan perang ) 24 jam dengan syiah di malaysia ini dengan nasihat : “ Ya akhi , Jangan terlalu gopoh menyerang syiah sehingga menampakkan emosi kebencian memanjang kepada syiah seperti mereka membenci kita atas nama sunni . Ingat ! kita bukan benci syiah kerana namanya Syiah , kita belum lagi diuji berdepan sebenar-benarnya syiah ini , jangan menampakkan kedangkalan akhlaq islam kita dalam menjelaskan hakikat syiah ini , nafas kita perlu panjang , teguran kita perlu bijaksana serta adil , jangan menampakkan kecenderungan sokong atau serang parti tertentu sahaja dan berstrategi sekali sekala menyentuh isu-isu jahiliyah umat Malaysia yang masih bersepah di luar sana.”

Saudarku sunni sekalian yang dicintai kerana Allah , mari bersama-sama kenal sunni (ASWJ) kita dengan menambahkan ilmu melalui pembacaan , aktif berdakwah dalam apa jua wasilah , bersama gerakan-gerakan islam yang jelas akidahnya dan ikuti-lah pengajian secara formal atau tidak formal berkaitan ilmu serta sejarah islam .

Semuanya kita akan ditanya depan Allah azawajala kelak apa yang kita buat demi akidah dan umat kita . Kita harus berperanan dengan kelebihan yang Allah swt berikan agar kita mampu berkerjasama membina dinding akidah ASWJ yang kuat dalam misi membendung ombak tsunami pelbagai ideologi atau teologi pelik yang sedang melanda negara kita atas nama hak asasi manusia.


Semoga Allah merahmati kita semua Ahli sunnah wa jamaah yang akan menjaga keharmonian Negara islam ini dari anasir akidah yang selewang dari jalan Islam.

Perjuangan akidah-lah sebaik-baik perjuangan Islam.

Islam itu tinggi dan tiada yang lebih tinggi dari-nya.

Melayu sepakat islam berdaulat.

Membina Ummah beragenda.

Wallahwalam.

Addinlove,13 dec 2011,3:40 pm

Rujukan:

-1- http://mufakkir-islami.blogspot.com/2011/12/dialog-sunni-vs-syiah.html

Friday, December 9, 2011

Muhasabah Iman – Tangungjawab Aku berapa peratus ?

“ Dari laporan yang disampaikan , ana boleh menyimpulkan beberapa perkara penting. Pertamanya Liqo pantauan murobi-murobi halaqah ( tujuan liqo pantauan - menilai prestasi mad’u dan dakwah fardiahnya ) tidak berjalan dengan baik di beberapa medan.” Kataku selaku pengerusi mesyuarat.

“ Oleh itu , apa penyelesaian yang kita akan ambil? ” soalku lagi.

“ Dakwah Fardiah ini bermasalah pada junior kita kerana masih ramai mereka tidak tahu buat sendiri. Jadi kita kena fikirkan macam mana nak pastikan mereka buat sendiri . Kita perlu segera buat daurah pelatihan untuk mereka . ” cadangan seorang ahli mesyuarat.

“ Ya Akh, kesibukan kerja kita masing-masing menyukarkan pertemuan dengan semua murobi-murobi tersebut. Malah ana hendak buat pertemuan sebulan sekali pun payah. Ana hanya mampu buat melalui calling, atau sms saja.” Tambah seorang lagi ikhwah.

“ Ada lagi pandangan yang lain ”, tanyaku lagi bagi menghidupkan perbincangan sebelum memberi pandangan sendiri.

Kemudian ada beberapa ahli mesyuarat turut memberi pandangan yang tidak jauh berbeza dari dua padangan yang awalnya. Semuanya memberi pandangan lebih kepada factor luaran atau external (selain diri sendiri ).

“Apa masalah sebenarnya ini ? Bukankah masalah sebenar patut focus kepada ourself ( diri sendiri ) . Tujuan liqo pantauan itu bukan untuk nilai dakwah fardiah sahaja , tetapi kesungguhan m’adu sebelum halaqah yang wajib kita pantau. Kenapa daurah pelatihan itu pulak yang difokuskan?.. Emmm,Nampaknya mula kelihatan gejala-gejala kurang sihat banyak menyalahkan SELAIN diri sendiri bagi menyelesaikan masalah.” kataku sendirian cuba memahami pandangan majority ahli mesyurat.

Kemudian aku suarakan pandangan ku tentang daurah itu yang telah dalam perancangan dan tetap akan dibuat setelah selesai beberapa perkara.Bab liqo pantauan pula adalah lain.

“Liqo Pantauan tetap perlu dipadang serius. Kalau boleh pertemuan. Bukan sebulan sekali sahaja , Malah kalau boleh setiap dua minggu sekali.” tambahku lagi sebagai tazkirah kali ke berapa entah sejak memegang amanah pengerusi mesyuarat.

Sepertinya tiada respon dari ahli lain...

“Mungkin ahli mesyurat lain mahu mencuba keadah lebih focus luaran (selain diri sendiri) pula dan internal (diri sendiri) akan ter-baiki secara automatiknya nanti . Atau mungkin mereka dah jemu dengan aku yang macam poyo asyik nak paksa benda yang sama , tidak faham kesibukan dan kepayaah mereka nak buat pertemuan.” Monolog-dalamanku sendirian.

“Ok ! ana akan cuba cepatkan daurah tersebut .……. Doakan…… ” kata ku lagi.

Akhirnya beberapa keputusan perbaikan dibuatku dengan sangkaanku “ sesuai dengan permintaan majority ” yang nampak factor selain diri sendiri lebih perlu diberi perhatian . Masalah liqo pantauan tidak jumpa solusi juga kali ini. Mungkin salah aku juga. Liqo pantauan itu seakan - akan menjadi masukan atau nasihat sampingan kerana “ kita semakin sibuk ”. Dimanakah salahnya? Salahkan sibuk kita atau diri kita yang tidak tahu mengurus sibuk ?

Apakah perbaikan itu akan berhasil ? Jawapannya tetap bermula dalam diri kita.

Asif Ya ikhwah wa akhwat yang dicintai kerana Allah azzawajal. Ana bukanlah tidak meyakini kesepakatan yang kita telah buat. Ana sangat yakin akan berhasil tetapi dengan satu syarat , Berjayakan diri kita memuhasabahkan soalan berikut :

Adakah tugas dakwah kepada ummat Malaysia tercinta ini telah tertanam 100% TANGUNGJAWAB AKU ( difahami - bukan orang lain )?

Jangan salah sangka . Bukan kerana kita tidak bertangunjawab langsung . Ana yakin ramai yang bertangungjawab . Soalannya berapa peratus ?

Ana kira 80% pun ok dah. Tapi kata ramai pakar motivasi ,”NO ! must 100% responsible”. Baru Berjaya .

Ayoh Tanya diri kita dan muhasabah selalu. Jika soalan di atas tidak diendahkan , maka kita kuatir apa sahaja solusi selain DIRI kita akan buntu kemudianya , memsia-siakan masa dan natijah akhirnya kita tetap akan berpusing di tempat yang sama sehinggalah tidak tersisa lagi usia kita .

Memantau dan melaksanakan dakwah fardiah ada dua tugas yang berbeza. Pastinya seorang yang ada pengalaman melaksanakan akan menjadi pemantau yang baik . Malah dia akan lebih menjiwai jika melaksanakan kedua-duanya seperti ilmu yang sifatnya perlu pada belajar dan mengajarkan .

Menjiwai adalah kesempurnaan sesebuah tarbiyyah.

Subjek dakwah fardiah sangat mudah difahami tetapi tidak mudah dilaksanakan seumpama beratnya perkataan dakwah itu sendiri. Ya , mungkin kita ini telah bosan mendengar subjek ini dalam banyak ceramah dan pengisian dakwah sehinggakan kita boleh hafal langkah-langkah yang di sarankah oleh Syeikh Mustapa Mashur itu. Kita juga tahu kejayaan subjek ini bukan pada exam atas kertas tetapi KEBERANIAN melaksanakan walaupun tidak tahu. Mahu laksanakan pun payah, Inikan mahu pantau orang lain untuk laksanakan , baru dapat title menjiwai ?

Jika mahu menjiwai juga maka harus buat dua kerja dalam satu masa ? -Wah! macam mana tu? Ingat ! kita bukan Naruto. Bukan buat dalam satu masa. Tapi selepas buat kerja pertama,buat yang kedua. Selepas yang ke dua,buat yang pertama. Begitulah pusingnya .

Imam Ahmad bin Hambal adalah teladan kita. Beliau adalah guru dakwah yang pastinya memantau serta membangunkan semangat dakwah anak muridnya dan dalam masa yang sama dia sendiri membuat dakwah fardiah . Kisah yang diceritan oleh Abu Amar dalam kitab Muntalaqnya adalah bukti seorang guru yang sibuk itu masih ada masa berdakwah fardiah dengan seorang pemuda secara bersungguh-sungguh sehinggalah pemuda itu berubah asbab kesungguhan Imam Ahmad rah.

Ikhwah wa ahwat yang dicintai,

Sebahagian besar dari kita ini baru grade dari university .Tengah mula biasakan dengan alam perkerjaan dengan gaji yang sedikit , ada yang mahu berbisines demi memudahkan dakwah , ada yang menghadapi tekanan ibu bapa yang paksa cari pekerjaan yang stabil dan pasangan hidup , ada yang baru menikah , ada yang baru beranak , ada baru mahu belajar urus kerenah anak-anak kecil , dan kesimpulanya baru sedar diri yang hidupnya telah lebih sibuk dari alam belajar dulu . Sebab itulah ramai akan menyesal jika di university dulu dia tidak mengumpul “ bekalan kesungguhan dakwah sebaiknya ” untuk menghadapi alam berkeluarga serta perkerjaan yang lebih mencabar.

Betul , kita semua semakin sibuk .

Tahukah ikhwah wa akhwat , kita sebenarnya telah diajarkan cara selesaikan semua masalah (secara umum) termasuklah masalah kesibukan ini seawal kita bersama tarbiyah dan dakwah ini . Semuanya telah diajarkan dengan jelas dan simple kepada kita. Berikut adalah tazkirah untuk kita bersama.

Cara pertama: Mengevaluasi iman dan ibadah.

Tidak ada pengharapan lain melainkan Allah azawajala. Semakin Sibuknya kita adalah suatu kepastian dari Allah. Terlibat dengan dakwah pun sibuk, tidak terlibat dengan dakwah pun akan sibuk .

Bezanya orang dakwah adalah dia memahami sibuknya itu tanda cintanya Allah azawajala kepada dia . Sibuknya kita bermaksud Allah azawajala mahu tingkatkan keimanan kita dengan memberikan ujian yang banyak selari dengan firmannya dalam surah Al-Baqarah ayat 214 dan surah Al-Ankabut ayat ke 3. Bila ada ujian , akan ada usaha menyelesaikan ujian tersebut. Bila berjaya selesaikanya maka buktinya kita beriman atau semakin meningkatlah nilai iman kita. Iman adalah syarat penting ke syurga dan Iman yang tinggi sahajalah melayakkan kita memiliki tingkatan syurga yang lebih tinggi .-1-

Kalau dapat masuk syurga telah kira beruntunglah, Tidak kira tinggi rendahnya. Itulah pandangan zuhud kita kononya.

Tapi adakah kita lupa fitrah manusia yang dijadikan sentiasa mahu lebih. Amat aneh jika di dunia kita mahu kediaman terbaik, makanan terbaik, harta terbaik, isteri terbaik, anak terpintar dan semuanyalah yang “ terrr baik ”atau “ the best ”.Tapi demi syurga kita mahu yang terendah.?.Kerana itu Allah azawajala mengatakan manusia yang berada di syurga yang bawah akan menyesal kelak.

Untung kalau dapat syurga, Kalau tidak ?.Ramai orang telah rasakan mereka “berdakwah”,Tapi hakikatnya mereka bukan berdakwah,tapi berdakyah atau tertipu dengan rasa telah dakwah. Pendakwah juga boleh menempah neraka.-Ya Allah jauhkanlah kami dari golongan ini.

Semua kita tahu. Tikar solat harus disertakan dengan muhasabah , solat subuh berjemaah tidak boleh pandang sebelah mata , qiyamulai harus dibuat walaupun satu rakaat witri , zikir mathur pagi & petang kena disiplinkan walapun tengah ada kerja , Tilawah Al-Quran sejuzuk sehari & mentadabur beberapa ayat sucinya seumpama air yang menjadi asas keperluan badan, dan tidak beralasan dengan perintah dakwah adalah pengasah senjata iman.

Semua telah dijelaskan kepada kita. Jaga amal ibadah itu adalah kunci membuka perangkap apapun yang datang dari keraguan , nafsu dan syaitan.

Cara ke-dua: Budayakan saling menasihati. Enta salah , ana nasihatkan . Ana salah , enta nasihatkan .

Budaya saling nasihati harus subur dalam kelompok islam tanpa mengenal usia dan pangkat . Adab dan cara menyampaikan sahaja berbeza. Terimlah nasihat kebenaran walaupun dari seorang yang lebih muda. Slogan kita adalah : Kebenaran lebih kita cintai . Ayat Al-Quran ini suduh cukup menjelaskan suasana hidupnya masyarakat yang beriman:

“ Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.” (103:3)

Cara ke-Tiga : Kerapkan bersilaturahim dengan orang soleh yang lebih tua .

Antara ciri penting binaan ukhwah generasi yang hebat adalah kegemaran pemudanya mendengar nasihat dan bergaul dengan orang lebih syeikh ( tua atau lama) yang sifat mereka aktif , produktif (mampu lahirkan anak murid sehebat dia) dan istiqamah dengan dakwah islamiyah ini . Mereka digelar Qudamak atau Qiadah Qudwah.

Mereka juga sibuk dengan kerja dunia demi mencari nafkah hidup keluarga, mereka juga sibuk mengurus anak-anak yang macam-macam kerenah sehingga hampir boleh buat satu team bola sepak , mereka juga ada pasangan hidup, mereka juga ada beban dakwah yang lebih banyak dari kita dan kesimpulanya mereka manusia seperti kita . Berbeza hanya pada usia dan pengalaman hidup.

Akh ,bagaimana nta boleh bersama dakwah sampai sekarang? Soalku kepada orang lama dakwah suatu ketika dulu.

“Alhamdulilah berkat pertolongan Allah swt ”. Jawabnya ringkas.

Itulah orang lama yang akan kita kagumi kerana masih boleh berkomitmen seperti orang muda. Boleh duduk berkongis pengalaman bersama kita, boleh komitmen pertemuan setiap minggu bersama dan hampir hadir semua pertemuan dakwah tanpa beralasan .

Kesimpulanya mereka ini orang tua yang tidak kenal alasan hatta program fizikal yang khas untuk orang muda . Sangat menginspiraskan. Nampak sahaja muka mereka sudah cukup memberikan kita kekuatan tidak mahu lagi beralasan apapun .

Cara ke-empat : Inspirasikan diri-mu dengan tokoh teladan.

Selain itu Kisah-kisah para nabi & rasul , golongan salaf ,ulamak kalaf, tokoh-tokoh mujahidin,dan kisah-kisah teladan kesungguhan ikhwah wa akwhat yang telah pergi atau masih bersama kita demi dakwah ini harus sentiasa memenuhi kolekasi muhasabah kita.
Mereka juga pastinya sibuk menjalani kehidupan . Tapi kerana fahami 100% tangungjwab terhadap dakwah dan islam berakar umbi dalam diri mereka , maka mereka sentiasa berkata: “ Tiada alasan meninggalkan dakwah ”.

Pernahkah kita ingat kisah yang sangat dekat dengan kita, malah masih berlaku.

Kisah ikhwah kita yang setiap minggu terpaksa bermotosikal dari UTP(tronoh) ke UUM(sintok) demi mengisi halaqah.( beliau seorang pemuda beristeri ,dan beranak yang sangup melalui perjalanan lebih 6 jam ).

Sangat banyak Kisah ikhwah wa akhwat kita yang sanggup menempuh perjalanan berjam-jam demi menghadiri halaqah dan program .

Sangat banyak Kisah ikhwah wa akwhat kita yang tidak ada duit langsung tetapi sanggup pinjam duit demi melaksanakan program dakwah seumpama pentingnya mendapatkan makanan.

Kisah pengorbanan ikhwah wa akhwat kita dari bumi Sabah dan Sarawak yang terpaksa mengeluarkan duit poket mereka membayar tambang belon untuk berprogram di tempat kita.

Dan banyak lagi kisah-kisah pengorbanan dakwah yang masih hidup di kalangan kita.

Kata-kata muhasabah buat kita semua.

“ if you know your enemies and know yourself, you can win a hundred battles without a single loss”. (Sun Tzu , Art of War )

"You must take personal responsibility.You cannot change the circumstances,the seasons,or the wind, but you can change yourself." (JIM ROHN America’s foremost business philosopher).

…Sesiapa yang membersihkan dirinya (dari dosa-dosa) maka dia telah membersihkan dirinya sendiri. (35:18)

Sesungguhnya perkataan yang diucapkan oleh orang-orang yang beriman ketika mereka diajak ke pada Kitab Allah dan Sunnah RasulNya, supaya menjadi hakim memutuskan sesuatu di antara mereka, hanyalah mereka berkata: “Kami dengar dan kami taat”: dan mereka itulah orang-orang yang beroleh kejayaan.(24:51)

…Beramalah kamu (akan segala yang diperintahkan), maka Allah dan RasulNya serta orang-orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan; dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata, kemudian Ia menerangkan kepada kamu apa yang kamu telah kerjakan”.(9:105).

Apa pun, banyak lagi kerja di hadapan. Jaga stamina. Kurangkan masalah peribadi. Ringankan tanggungan yang tidak sepatutnya ditanggung (hutang kereta, rumah dll). Kecilkan cita-cita dunia. Hiduplah secara simple seperti seseorang yang bersedia untuk dikerah bila-bila masa tenaga dan keringatnya. Jangan berkira dalam memberi tenaga. Bersedia untuk berkorban segalanya termasuklah masa depan dan nyawa. Kurangkan bercakap dan banyakkan amal. ( Ust Fauzi Asmuni )

Kita adalah pendakwah sebelum apapun.

Wallahu a'lam.

Note :

-1-Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?” Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah).(2:214)

-1-Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta.(29:2-3)

PS:

1. Semoga tazkirah ana ini lebih ana sendiri titik beratkan kerana ana menulis dan mata ana adalah yang pertama membacanya.Doakan ana. “ I must walk my talk. Remind me ikhwah wa akhwat fillah ”.

2. Tips 100% tangunjawab diri sendiri telah diperkata-kan oleh ramai orang Berjaya dalam apa juga bidang . Kisah yang dijadikan contoh di atas adalah dalam " bidang dakwah " atau" kumpulan dakwah berorganisasi " , dialog di adaptasi sedikit dari pengalaman sendiri . Bidang apa pun pasti akan Berjaya dengan izin Allah jika amalkan 100% tangungjawab diri sendiri. Ikhwah wa akhwat ( saudara/i ku dalam dakwah ) yang tidak bersama mana-mana "jemaah islam ber-organisasi secara bersunguh-sunguh " mungkin tidak akan sepenuhnya faham isu kesibukan ini atau cerna masalah yang diceritakan.Tak faham buat-buat faham je. Kalau mahu faham , anda harus bersama jemaah yang ber-organisasi atau " dilabel " jemaah berhizbi(berkelompok).

3. Tulisan ini lebih kepada mengenal pasti masalah pertama dalam diri atau keadah muhasabah. Masalah kesibukan hidup kita belum pasti dapat diselesaikan sepenuhnya dengan langkah yang dikongsikan . Masalah sibuk boleh diatasi dengan perkongsian pengalaman dari orang yang berjaya , belajar subjek pengurusan atau bagaimana akal kita " mentafsir dan mengurus kehidupan " yang diinginkan ? . Jika diizinkan , akan dikongsi penyelesaian atau tips-tip mengurus kesibukan yang lebih tepat.

4. Bagi memudahkan sesiapa yang tidak biasa dengan istilah aktivis dakwah , berikut sedikit penjelasan istilah :

M'adu = orang yang cuba didekati para pendakwah.

Dakwah fardiah = aktivity dakwah yang dilakukan dalam sekala kecil , program tidak formal dan lebih tepat secara persendirian diantara seorang pendakwah dengan m'adunya.

Ikhwah = perkataan arab yang bermaksud saudara lelaki , gelaran bagi seorang pemuda yang bersama dakwah.

Akhwat = perkataan arab yang bermaksud saudara perempuan , gelaran bagi saudara perempuan kita yang bersama dakwah.

Liqo = pertemuan .

halaqah = bulatan , program ilmu atau dakwah yang dirancangan oleh organisasi dakwah.

Daurah = kursus atau seminar.