Friday, October 11, 2013

Kalimah "Allah" , Bukan Khilaf Lagi.


Ramai masih berpandangan isu kalimah Allah ini hanya khilaf dan remah. Mereka menjadikan rujukan pandangan Dr MAZA, Prof Yusof Qardawi dan beberapa ilmuan lagi.

Saya berpandangan:  Betul ! Isu kalimah Allah ini asalnya khilaf dan boleh dipandang remeh. Tapi keadaan telah berubah menjadikan ianya "Bukan khilaf Lagi" dan tidak boleh dipandang remeh. Saya ada 3 sebab utama sahaja:

1. Saya ingin membetulkan isu : "Isunya sebenar adalah Penyalahgunaan kalimah Allah" (bukan isu pengunaan kalimah Allah). Penyalahgunaan ini saya merujuk kepada mana-mana gerakan Kristian atau agama lain yang ingin gunakan kalimah Allah dalam terbitan "Bahasa Melayu" mereka dalam bentuk risalah atau apa sahaja medium DENGAN mendapat kelulusan KDN . Tujuannya? Sudah pasti untuk tujuan dakyah atau sebarluaskan kepada  orang AWAM Melayu (Muslim) di negara ini .  Adapun pengunaan kalimah Allah oleh pihak Kristian atau agama lain secara perbincangan ilmiyah seperti "Dailog Perbandingan Agama" di tempat-tempat seumpama university, bukanlah yang saya maksudkan. 

2.  Bukan semua orang Melayu mengikuti pengajian "Perbandingan Agama". Maka pandangan terbaik, "Ter-Selamat" dan wajar dihormati adalah kesepakatan Majlis Fatwa Kebangsaan yang melihat isu ini  secara menyeluruh, non-academic dan sesuai dengan waqie Malaysia. Majlis fatwa turut mengunakan kaedah saiduzaraie (menutup pintu fitnah atau maksiat sebelum ianya berlaku).  Ini juga bertepatan keadah umum majority manusia imani iaitu "mencegah lebih baik dari mengubati".

3. Dalam keadaan umat Islam lemah dan berpecah sekarang, isu ini juga sangat berkait dengan "isu agenda kesepakatan orang islam atau melayu bagi mendepani agenda musuh islam atau perancangan asing". Isu yang hadir bersama ini  telah menjadikan semua ini bukan lagi isu khilaf dan sangat perlu dipandang serius. wallahwalam.

PS:

1. Ada pihak menuduh saya dan kaum muslimin yang seperti saya,... sebagai bodoh, tidak berilmu, sentimen tak bertempat, tidak tahu adab khilaf, tidak tahu berlapang dada dan lebih dahsyat dituduh membangkitkan fitnah yang akan merosakkan hubungan antara Islam-Kristian.

Saya katakan :

"Hubungan Islam-Kristian di negara kita baik saja sebelum ini. Tapi kebelakangan ini ada pihak-pihak yang sengaja ambil kesempatan dalam KELEMAHAN & PERPECAHAN umat Islam sekarang dengan sengaja membangkitkan fitnah ini. Entah siapa, apa yang nampaknya mereka adalah beberapa tokoh politik dan beberapa kumpulan Kristian (bukan semua kristian). Bukti nya jelas tuntutan mereka di mahkamah pada hari ini. Aneh dan peliknya, saya serta kaum muslimin yang ingin menjaga hak hak kami , masa depan anak-cucu kami dan keselamatan negara kami pula dituduh (oleh orang islam sendiri). Sedihnya saya dengan keadaan ini. Jika anda tidak mahu berjuang bersama kami, Minima diamkan dari dari menuduh kami dengan tuduhan yang pelik-pelik. Ketahuilah kata kata kejimu tidak akan mematah semangat kami. Kepada Allah kami bergantung harap."

2. Saya menyeru seramai mungkin kaum muslimin CAKNA, HADAM dan MENGIKUTI perkembangan isu ini secara dekat. Terbaiknya ramai-ramai kita hadir setiap perbicaraan di mahkamah bagi memberi sokongan moral kepada peguam kita dan memberi isyarat kepada musuh yang kita SERIUS & BERSEPAKAT dalam hal-hal agama kita walaupun berbeza kumpulan. (Sokongan yang hadir di luar mahkmah penting dan sedikit sebanyak boleh pengaruhi keputusan hakim).

Tolonglah... wahai umat Melayu dan Islam Malaysia, lupakan seketika beza warna parti kalian dan bersepakat dalam isu agama Islam ini demi mendaulatkan Islam di bumi tercinta ini.

Suara ikhlas : addinlove.
KalimahAllah(Gambar – Ini adalah barisan peguam muslim yang terlibat dalam perbicaraan mewakili kerajaan Malaysia dan Majlis Agama Islam Negeri-Negeri)
BANGI, 8 OKT – Keputusan Mahkamah Rayuan berhubung larangan penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan mingguan Katolik, The Herald  pada 14 Oktober ini amat penting demi masa depan dan kesucian agama Islam di negara ini.
Sehubungan itu, Ikatan Muslimin Malaysia hari ini menyeru kepada seluruh umat Islam untuk hadir bersama-sama ke Mahkamah Rayuan Putrajaya pada 14 Oktober bagi mendengar keputusan penuh rayuan berhubung kes tersebut.
Menurut Timbalan Presiden ISMA, Tuan Haji Aminuddin Yahaya, umat Islam diseru untuk bersatu merentasi ideologi politik demi menunjukkan kebersamaan dalam isu kalimah Allah ini.
Katanya, Islam hari ini menerima pelbagai asakan dari musuh dan isu kalimah Allah ini adalah salah satu strategi mereka.
“Justeru kita seluruh umat Islam harus bersama-sama mempertahankannya.
“Bagi mereka yang tidak sempat hadir pada hari tersebut, mereka diminta berdoa dan melakukan solat hajat agar keputusan rayuan nanti akan berpihak kepada Islam,” ujarnya.

10 September lalu, hakim perbicaraan Dato’ Seri Mohamed Apandi  Hj Ali mengumumkan penangguhan keputusan perbicaraan rayuan oleh kerajaan Malaysia bagi membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan penggunaan nama suci Allah dalam penerbitan gereja pada hujung tahun 2009. 

Sumber berita : 
http://www.ismaweb.net/v4/2013/10/keputusan-kalimah-allah-penting-demi-masa-depan-islam-di-malaysia/ )