Tuesday, December 12, 2017

Boikot dengan kefahaman

Jangan putus asa boikot.

1- Ada pihak merasakan boikot tidak berkesan, hipokrit, bermusim, tidak bersungguh dan lain-lain respon negatif. Maka mereka buat kesimpulan mudah jangan boikot lagi.

2- Bagi memahami hal ini kita harus faham jenis dan tujuan boikot. Secara umumnya saya akan bahagikan kepada dua: Pertama boikot untuk Tujuan Tekanan Luaran (external) BTTL dan keduanya Boikot Tujuan Tekanan Dalaman (internal) BTTD

3- BTTLuaran untuk menghantar isyarat kepada pihak yang diboikot atau berkaitan agar menghentikan sokongan atau kempen berkaitan sesuatu isu. Contohnya isu penjarahan haram oleh Syaitan Zionis di Palestine. BTTL dijalankan kepada syarikat yang memberi sumbangan kepada Syaitan Zionis secara langsung dengan bukti yang sangat jelas. BTTL sangat memerlukan sokongan seramai mungkin, malah terbaiknya merentas agama atau atas nama kemanusian. Boikot jenis inilah apabila gagal mendapat sokongan ramai maka akan berlaku respon-respon negatif di atas. Senarai terbaru dibawah boikot ini adalah HP, G4S, Caterpillar, Hyundai Heavy Industry (bukan kereta Hyundai) dan Ahava. Kesimpulannya kita namakan BTTL ini level boikot orang umum atau untuk semua.

4- BTTDalaman pula level sedikit tinggi. BTTD berbeza kerana bukan sahaja dilakukan kerana mempunyai bukti kuat, bukti lemah (bukan sampai tahap palsu atau tidak logik) atau kaitan tidak langsung juga dikira kerana bersifat syubhah. BTTD ini di sarankan kepada kelompok yang lebih kecil seperti muslim sahaja.

5- Boikot jenis BTTDalaman ini bukan sahaja boleh memberi kegerunan kepada target dan menunjukkan solidarity muslim, malah tujuan lebih utama MENGHADAPI NAFSU yang bersarang dalam diri agar sentiasa kuat dan istiqomah boikot. 

6- Dalam kata lain BTTDalaman bertujuan menguatkan spritual atau tekad, mendalamkan empti kepada saudara kita di Palestine dan memohon pertolongan Allah secara lebih bersungguh. Dalam kefahaman boikot jenis ini, tidak boleh keluar istilah putus asa, bermusim, hipokrit dan lain lain respon negatif. 

7- BTTDalaman ini walaupun bukan semua agama yang lakukanya atau tidak memberi kesan besar kepada ekonomi Syaitan Zionos ianya tetap sebuah kejayaan. Jenis produk yang paling wajar kita boikot dengan kefahaman ini adalah berkaitan MAKANAN & MINUMAN, contohnya McD. Walaupun bukti terkini menunjukkan semakin kecil atau tiada lagi bukti langsung kepada Syaitan Zionis. Namun kaum muslim tetap perlu melaksanakannya selagimana mereka masih membayar cukai atau pemegang saham dari proksinya (contoh Amerika). Disamping itu produk tersebut bukanlah nutrisi dan mempromosi cara hidup barat yang tidak sihat. Jika kaum muslimim tidak mampu laksanakan BTTD ini, yakinlah mereka tidak akan mampu istiqomah bangun subuh berjemaah, liat solat malam untuk doakan Palestine, tidak mampu tilawah Al Quran sambil menangisi mereka dan akan cuai dalam banyak bentuk ibadah ibadah lain.

8- Kesimpulanya, BTTDalaman memang bukan mudah dan memerlukan mujahadah. Juga kita perlu faham boikot bukan menghukum produk tersebut haram. (Seorang muslim tidak boleh mengharamkan apa yang halal), namun ia dilakukan demi menguat faktor dalaman sesuatu kaum (contoh muslim) untuk menghadapi musuhnya (contoh Syaitan Zionis).

8- Nota tambahan: Syaitan Zionis bukan semua yahudi. Ada juga yahudi yang tidak menyokong agenda Syaitan Zionis. Anehnya bagaimana kaum muslim ada yang jadi penyokong separa sedar? (Tidak mahu langsung melaksanakan BTTD dan pertikai kesan boikot) 

9- Jika tidak mampu sekaligus buatlah bertahap. Motivasikan diri untuk sempurnakan iman kita dengan Pesan Nabi: “Seseorang kamu tidak benar-benar (sempurna) beriman sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri.” (Sahih Bukhori dan Muslim)

10- Ayoh kaum muslimin kita lakukan BTTLuaran dan BTTDalaman untuk membuktikan ukhwah, memantapkan ibadah dan menyempurnakan iman. 

Wallahwalam.

#addinlove
#prayforPalestine
#perbaikidiri

#sebarkankebaikan

Friday, December 8, 2017

Intifadah di Malaysia



Hari ini hari pertama rakyat Palestine lancar intifadah. Ucapan pemimpin Hamas bukan sahaja menghangatkan rakyatnya, malah membakar seluruh dunia Islam.

Ya. Kita juga sudah pasti wajib lancarkan intifadah kita. Betul kita boleh buat intifadah berjemaah atau intifadah bersendirian. 

Contoh intifadah berjemaah adalah dengan hadir himpunan aman, pakat pakat tukar profile picture, share berita dan lain lain kempen yang dibuat secara berkumpulan, baik skala kecil atau besar. Tahniah yang terlibat secara langsung atau tidak. Ya teruskan.

Tapi tahukan anda! yang tak kalah penting malah boleh jadi lebih penting adalah intifadah bersendirian. Apa contohnya?. Contohnya pagi tadi tanpa disuruh sesiapa kita berjaya solat berjemaah di surau, Hari ini berjaya baca 10 ayat alkahfi atau seluruh surah alkahfi (contoh kisah inspirasi akhuna Wangsa Aziz yang berjaya baca di atas bukit) dan lain lain kempen sendirian intifadah kita lawan hawa nafsu kita atau jaga ibadah ibadah yang power (tidak tinggal tahajud dan sehari sejuz dll) seperti seorang mujahidin sejati di medan jihad. 

Hari ini kita mungkin belum mampu intifada di Paletine. Tapi yakinlah dengan niat, persiapan dan kesungguhan intifada dalaman atau fardi yang betul kita mungkin dipilih Allah suatu hari nanti ke bumi barakah tersebut. 

#addinlove

#hari_ini_intifadah_di_Malaysia_esok_intifadah_di_Palestine

#perbaiki_diri

#sebarkan_kebaikan

Sunday, April 2, 2017

Kisah Misteri Perebutan Aset Dakwah.

Misteri pemilik Aset X.

Ada aktivis Jemaah A "tuduh" Jemaah B "rampas" aset Jemaah A.

[ Mungkinkah fahaman aktivis A "ahli Jamaah tak punya apa-apa hak, semuanya hak sejenis lembaga yang diberi nama Jemaah" ? Wallahwalam -Tulisan ini bukan perbincangannya ]

Ada "bekas" aktivis Jemaah, digelar C yang futur (melemah) atau mutasaqitun (berguguran) kerana rasa Jemaah telah menzaliminya, dan merampas semua aset yang dibina "bersama". Bagi C dia juga punya hak kerana telah banyak susah payah bina aset tersebut dan Jemaah tidak wajar buat dia begitu. Kebanyakan jenis C ini serik, tidak mahu lagi ikut mana-mana Jemaah Islam.

Juga ada aktivis Jemaah B yang masih aktif berdakwah dengan aset dakwah yang dibina "bersama" A dulu, tapi telah berpisah dengan A dan aset tersebut bersama B.

[ Sebagai contoh (fokus) maksud aset adalah sebuah badan amal atau yayasan dakwah yang mana dibina atas sumbangan (infak) ahli atau orang ramai. ]

Suatu ketika dahulu, Jemaah A dan B pernah bertahaluf. A mengetuai pakatan tersebut. Mereka melancarkan Aset X untuk B. Pembahagian tugas kurang lebih begini; tugas A 10% (kerja 1 & 2), tugas B 90 % (kerja 3 sehingga 20). Semua 20 kerja perlu dibuat untuk menjayakan aset X.

Lama selepas itu, berlaku konflik yang tidak boleh damai, A dan B kena pisah. Kerana B sedikit dalam pakatan tersebut, maka B dihukum. Gaji tak bayar, dilucutkan, dilabel buruk, di asingkan dibuang kerja dll. Akhirnya B terpaksa di usir atau undur diri.

Ada banyak aset diurus oleh A, sedikit aset diurus oleh B. Salah satu yang B urus adalah aset X. B tak minat nak kacau aset A walaupun pernah juga bantu menjayakan aset-aset A, tapi A berminat dengan aset-aset B dan kalau boleh mahu kaut semua sebagai "hukuman" kepada B, aset X paling di minta A. Namun B rasa lebih berhak atas aset X kerana sangat banyak bersusah payah jayakannya.

Bagaimana mahu selesai? Ya! kita perlukan mahkamah sebenar yang adil, bukan "mahkamah dalaman" yang berat kepada A. Tapi A TIDAK mahu bawa ke mahkamah sebenar atas sebab sebab "tersendiri". Kerana secara berdaftar (legal) memang atas nama aktivis B, akhirnya B teruskan saja urus aset X tersebut dengan jayanya sehingga hari ini tanpa berkerjasma dengan A lagi. --- Jadilah misteri nusantara, iaitu kes tidak selesai, siapa yang lebih berhak A atau B ? Atau patut dikira selesai milik B kerana anggapan tiada tuntutan undang-undang dari pihak A. Kalau begitu bagus la. Tapi ---

Benda tersebut telah berlaku lama.

Pada satu hari ada aktivis muda B bersembang dengan aktivis muda A di alam maya. Berlaku tidak enak sikit apabila B pertikai sesuatu isu semasa melibatkan A. A tak puas hati , mula ungkit dan kait isu lama yang tidak selesai itu: "Jemaah B bawa keluar aset X ".

Aktivis muda B malas layan, B tamatkan komen dan tinggal A & the geng sembang syok sendiri.

[ "Aduhai timbul lagi perkara yang KALIAN SENDIRI tidak mahu selesaikan cara betul. Rampas la, bawa lari la dan macam macam TUDUHAN yang TIDAK DI ADILI DI Mahkamah . Benda dah lama dan kalian ada banyak lagi aset masa tu, juga hari ini kalian telah ada aset baru yang sama hebat aset X, apa pasal nak ungkit ni? Kalau aset X itu sebuah istana atau perniagaan menjana berjuta juta nak direbut berbaloi juga, tapi aset itu hanyalah sebuah beban badan dakwah yang akan dihisab. Tak cukup dizalimi pimpinan B dulu, nak ungkit lagi, sepatutnya bersyukur la aset X memudahkan atau kick start B beramal, kalian dapat pahala. Kalau kalian ambil mungkin melambatkan amal dakwah B atau jadi boleh jadi seperti C, itukah matlamat sebenar kalian? " - aktivis muda Jemaah B]

Kesimpulanya aktivis muda Jemaah B mengharapkan:

1- Sesiapa saja tidak menghukum sesuka hati dengan pandangan sebelah pihak sahaja dalam isu misteri seperti ini.

2- Selain itu tidak wajar hukuman label (bawa keluar, bawa lari, rampas dll) diputuskan tanpa melalui sistem kehakiman yang betul.

3- Juga tidak patut masalah misteri dan kebencian tidak selesai ini di wariskan kepada generasi muda Jemaah terlibat.

4- Paling tidak patut adalah aktivis muda Jemaah terlibat jadikan senjata berulang kali untuk menyerang aktivis muda di pihak yang kena hukum atau label.

[ Nota tambahan: Ada beberapa kes kezaliman kepada aktivis jemaah B seperti tidak dibayar gaji dan dibuang kerja tanpa sebab munasabah telah di bawa ke mahkamah sebenar (bukan mahkamah dalaman) dan Alhamdulilah B mendapat pembelaan. Pihak A kalah dan terpaksa bayar ganti rugi. Mungkinkah kerana ini A tidak mahu bawa isu aset X ke mahkamah sebenar? Wallahwalam ianya terus menjadi misteri... ]

Akhir kata aktivis muda B memohon ampun dari Allah, di jauhkan menjadi C dan di kuatkan azam terus beramal sehabis baik bersama Jamaah.

Sekian sejarah ringkas perebutan aset X.

#AktivisMudaB
#MisteriNusantaraAsetX

Kisah perebutan ini bukan direka-reka. Ia misteri yang benar benar berlaku. Oleh itu pohon sangat jasa baik semua jangan kaitan A,B & C dengan mana mana NAMA individu atau kumpulan di ruang komen saya. Sesiapa yang tidak faham kisah mungkin lebih baik. Jzkkk ^_^