Friday, September 24, 2010

Sedihnya islam kita.

dari sumber:http://drmaza.com/home/?p=1230

sapa nak komen boleh di blog ini

SHANGHAI, ISLAM, MELAYU DAN 1 MALAYSIA
Dr Mohd Asri Zainul Abidin

Ketika saya menulis rencana ini, saya sedang berada di Shanghai dan menuju ke Xian dan Beijing. Beberapa hari lepas, pada 21hb September 2010, saya menyertai satu rombongan VVIP melawat Shanghai World Expo 2010. Satu expo yang teramat besar bermula dari Mei sehingga Oktober 2010. Hampir 200 negara menyertainya. Kos keseluruhan expo ini mungkin puluhan billion ringgit.


Setiap negara membina astaka atau pavilion mereka sendiri untuk memperkenalkan negara mereka kepada dunia. Setiap negara membelanjakan puluhan, bahkan ratusan juta untuk itu. Saya difahamkan, Malaysia sendiri membelanjakan tidak kurang dari RM 20 juta untuk membina Malaysia Pavilion di expo tersebut.


Di sebabkan terlalu luas kawasan expo ini, jika anda melawatnya, dalam sehari anda mungkin hanya dapat melawat sekitar belasan astaka sahaja. Terlalu luas dan terlalu ramai pengunjungnya. Target 70 juta pelawat ke expo tersebut mungkin tercapai dengan mudahnya. Bayangkan 70 juta pengunjung, melebihi dua kali penduduk Malaysia.


Tinjauan

Terlebih dahulu, walaupun saya datang menyertai rombongan VVIP, tulisan saya ini hanya mewakili pemerhatian saya secara peribadi. Secara umumnya, saya rasa rakyat Malaysia tahu bahawa pandangan-pandangan sebelum –insya Allah- bebas dari unsur perkauman dan fanatik. Saya berusaha bersikap adil, itulah titah agama yang luhur. Maka saya harap rencana ini dibaca dengan semangat kenegaraan dan hakikat sebuah negara bernama Malaysia.

Pertamanya, saya mengucapkan jutaan terima kasih yang teramat sangat kepada pihak Kementerian Pelancongan Malaysia yang menyambut kedatangan rombongan kami dengan penuh layanan mesra. Budi baik amat dikenang. Saya juga rasa patut berterima kasih atas usaha kementerian berkenaan memperkenalkan Malaysia di expo berprestij tersebut.

Atas usaha pihak kosulat Malaysia di Shanghai dan Kementerian Pelancongan, kami mendapat layanan istimewa di setiap pavilion negara-negara yang kami lawati. Alhamdulillah, dan terima kasih!

Islam

Namun, atas hak sebagai seorang rakyat Malaysia, saya sedikit ingin memberikan pandangan peribadi di sini. Ada beberapa gambaran yang saya rasa kurang kemas dalam expo tersebut. Saya tidak pasti ia berlaku secara sengaja, atau tidak sengaja. Bagi saya, sebagai rakyat Malaysia kita wajar mengakui beberapa hakikat negara kita. Antaranya, kita berbilang agama dan bangsa. Islam adalah agama rasmi dan mempunyai penganut yang paling besar. Agama-agama lain juga wujud secara aman. Orang melayu adalah majoriti terbesar. Kaum-kaum lain juga hidup secara aman. Kita semua sepatutnya berusaha ke arah kedamaian dan keharmonian. Jika kita ingin menceritakan negara kita ini kepada dunia, inilah hakikatnya. Ia bukan soal perkauman atau fanatik agama, tetapi itulah realiti negara kita. Tiada cacatnya menceritakan realiti itu kepada dunia.

Namun saya rasa, jika saya tidak tahu tentang Malaysia, saya datang ke Malaysia Pavilion di Shanghai World Expo 2010, saya mungkin akan mengagak bahawa agama Kristian adalah agama majoriti rakyat Malaysia. Tempat-tempat ibadat yang di paparkan hanyalah dua buah gereja. Itu pun bangunan binaan tinggalan penjajah Portugis, bukan binaan rakyat Malaysia. Ini seperti gambar yang saya sertakan. Entah berapa banyak masjid dan seni binanya yang cantik, namun tidak ditonjolkan. Lojiknya, tonjollah secara seimbang dengan menggambarkan kepelbagaian agama. Sudah pasti Islam sebagai agama rasmi, tidak boleh dinafikan kedudukannya, kerana itulah realiti kita.



Hanya inilah dua pusat ibadat yang tertonjol di Malaysia Pavilion di Shanghai. Penulis berdiri di hadapan dua gambar tersebut yang terpapar ketika memasuki ke Malaysia Pavilion.

Mungkin ada pihak berfikir, menggambarkan Islam sebagai agama yang terbesar di Malaysia kurang menarik bagi masyarakat antarabangsa. Jika itulah fikiran mereka, bererti kita cuba menafikan realiti nagara kita, dan amat tidak adil untuk penganut Islam di Malaysia. Negara-negara Islam lain tidak menafikan pun hakikat mereka. Bahkan di China sendiri, ada province (wilayah) yang majoriti penganutnya beragama Islam, iaitu Wilayah Ningxia. Dalam expo Shanghai ini, China Pavilion menonjolkan wilayah tersebut dan kehidupan penduduknya. Agama dan budaya mereka. Saya merakam beberapa gambar yang saya ambil ketika melawat pameran Wilayah Ningxia di China Pavilion. China menggambarkan kepelbagaian mereka atas konsep ‘hidup di bawah satu bumbung’.



Penulis bersama dengan lelaki Ningxia yang berpakaian menunjukkan kesan Islam dalam kehidupan mereka.



Pakaian wanita Ningxia juga menggambarkan kesan Islam dalam masyarakat mereka. Gadis ini sedang menuang teh khas kepada tetamu kepada penulis ketika disambut sebagai rombongan VIP.

Bahkan lebih daripada itu, pavilion yang paling mewah dan mendapat sambutan besar adalah Arab Saudi Pavilion. Dikatakan mereka membelanjakan lebih US 200 juta untuk expo tersebut. Arab Saudi cuba menonjolkan kehebatan Islam yang menjadi teras kehidupan rakyat mereka, bahkan umat Islam keseluruhannya. Kecanggihan teknologi digunakan. Mereka mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Orang ramai sanggup beratur berjam-jam untuk memasuki pavilion mereka.

Begitu juga kebanyakan negara-negara Arab Teluk yang lain, tetap mengakui Islam mempunyai akar umbi dalam kehidupan mereka. Iran yang sering dituduh dengan keganasan itupun, tetap menonjolkan unsur Islam dalam kehidupan rakyat mereka. Maka, di expo yang berprestij ini, saya tidak rasa rendah diri dengan unsur Islam.

Maka bagi saya, ketidak tonjolan Islam sebagai sebuah agama besar di Malaysia, amatlah tidak adil kepada penduduk majoriti sebuah negara bernama Malaysia. Jika tidak banyak, sedikit pun tetap perlu dinyatakan.

Seni

Begitu juga di sudut seni. Kita tidak boleh menafikan bahawa orang melayu juga mempunyai pelbagai karya seni. Sepatutnya, wajar sedikit sebanyak ditonjolkan. Ini seperti yang ditunjukkan Morocco pavilion yang menggambarkan kehalusan seni tempatan mereka. Bahkan, jika saya tidak tahu apa-apa tentang Malaysia, gambar seni lukisan yang paling besar di pavilion kita menggambarkan kaum India dan agama Hindu. Ini seperti gambar yang saya sertakan. Tidak adakah sedikit untuk kaum majoriti dan agama majoriti? Gambar-gambar lain amatlah abstrak, di samping kecil, ia boleh ditafsirkan dengan pelbagai maksud.



Gambar seni yang terbesar yang dipaparkan di Astaka Malaysia, Shanghai World Expo 2010.

Putrajaya

Saya rasa kita patut berbangga dengan keindahan Bandar Putrajaya. Di sudut seni bina dan keindahan, ia adalah salah satu kejayaan. Patut ditonjolkan kepada dunia. Demikian juga binaan-binaan canggih lain dalam negara kita. Cumanya, saya gagal menemui gambaran keindahan Putrajaya di Malaysia Pavilion, Shanghai World Expo. Lebih mengejutkan, gambar pusat perjudian dan peranginan Genting terpapar di sana. Sebagai seorang muslim, saya tentu rasa rendah diri jika saya ditanya oleh pelawat asing mengenai hal perjudian itu kepada saya. Memang kita tidak nafikan ia wujud, dan saya sebagai muslim tidak pernah meredhai perkara itu. Tetapi, untuk tatapan dunia, tidakkah kita mempunyai banyak pilihan yang lain. Saya makin bingung dengan konsep 1 Malaysia ini!



Gambar Genting yang ditonjolkan di Pavilion Malaysia.

Kaum

Negara kita mempunyai pelbagai kaum. Inilah salah satu keunikan kita. Orang melayu adalah majoriti, seterusnya diikuti kaum lain. Jika kita ingin menceritakan kepada dunia, maka ceritalah sedemikian rupa. Namun, jika saya tidak tahu apa-apa tentang Malaysia dan mengunjungi Malaysia Pavilion di Shanghai, saya akan kata kaum utama adalah kaum peranakan baba dan nyonya. Itulah gambar utama yang tertonjol. Kaum-kaum lain tidak ditonjolkan. Jika adapun, pakaian para penari yang mewakili pelbagai kaum. Itupun, hanya orang tahu dan pernah ke Malaysia mungkin akan faham. Orang luar, mereka memahami apa yang terpapar sahaja.



Salah satu gambar utama semasa pintu masuk ke Malaysia Pavilion di Shanghai.

Sebuah Catatan

Banyak persoalan berligar di kepala saya selepas mengunjungi Shanghai World Expo ini. Di mana saya sebagai seorang muslim melayu Malaysia. Saya tidak perkauman. Sama sekali tidak. Para pembaca dapat membaca pandangan-pandangan saya sebelum yang amat anti sikap fanatik kaum atau agama. Namun, saya rakyat Malaysia yang pasti enggan haknya dinafikan. Saya tidak ingin bertanya kepada pihak yang menguruskan, tetapi saya ingin bertanya Kerajaan Malaysia yang membelanja wang rakyat melebihi RM 20 juta untuk expo ini. Di Shanghai World Expo 2010, di manakah saya sebagai rakyat muslim di bawah konsep 1 Malaysia

Thursday, August 5, 2010

Andai ini Ramadhan Terakhirku....

Dengan nama ALlah yang Rahman dan Rahim.

Aku menulis,

Maha suci Allah,yang masih memberiku nikmat terbesar iaitu Al-hayah(kehidupan),islam,iman,dan tarbiah.

Sedar atau tidak,Pejam celik diriku yang merupakan satu daripada berbilion insan kerdil yang diciptakan tuhan,membawa diriku sedar....kepada betapa singkat nya persingahaan di dunia ni.Pastinya menuju ke destinasi yang mustahil aku elakan dari sampai disana....syurga atau neraka.

Peluang itu datang lagi.

Memikirkan distinasi terakhirku membawa diriku memikirkan ,Apakah amal yang bakal aku bawa ke sana? Pekerjaan, perniagaanku, program-program Tarbiahku,usrahku,silaturahimku,solatku,zikirku,....sudah cukup untuk membayar harga syurga yang penuh nikmat itu?..

Ya Allah!,Bukankah Ramadhan akan tiba beberapa hari lagi? Ada 4 hari lagi!insyaAllah....Ya Allah.Inilah peluangku!.Akan ku ajak kawan-kawanku menghayati peluang itu lagi.Sebarkan berita gembira ini.....

" Tahukah anda,ramai tertipu kerana menganggap Ramadhan bulan puasa? Sebenarnya tidak tepat dinamakan ramadhan bulan puasa,Kerana bulan-bulan yang lain pun kita digalakkan banyak berpuasa.Ayoh mari kita persiapkan jasad dan ruhiyah kita untuk bulan barakah yang bakal kita masuk.Kurangkanlah urusan duniamu demi banyak ibadah malam-mu.Selamat datang Ramadhan,Sungguh kami merindui-mu,andainya ini ramadhan terakhirku..."

p/s:Dah aku tulis ringkas ungkapan perenggan terakhir diatas dalam sms hp ku dan sebarkan kepada beberapa sahabat-sahabatku.Kata-kata diatas direkaku hasil dari "cernaanku" selepas hadir usrah dan pengajian yang dilakukan oleh ustaz ISMA sekitar Penang dan Kedah yang aku hadiri minggu ini.Juga dari satu buku percuma yang bertajuk "Manhaj Ramadhan"Andai ini ramadhan Terakhirku....".Buku percuma ini boleh dapat dari sahabat-sahabat ISMA.

Kat aku ada 5 naskah lagi sapa yang sekitar kulim nak? boleh ps aku.cepat..percuma.

ISMA kat fb:http://www.facebook.com/profile.php?id=100000888417150#!/profile.php?id=100000888417150&v=wall

Sunday, August 1, 2010

Abdul Wahab Meninggalkan Ibunya yang Janda Pergi Berjihad

Masih muda belia. Baru sekolah di SMU. Barangkali dilihat dari usianya masih belum cukup. Tetapi ia memiliki ghirah yang sangat kuat. Semangatnya (hamasahnya) berkobar dan menyala-nyala. Memiliki kebersihan hidup. Tidak bermaksiat. Baikk kepada Allah dan makhluk. Ibadah dan dzikirnya tak pernah berhenti. Waktunya hanya diisi dengan membaca al-Qur’an dan mentadzaburi isinya.

Sebuah kisah yang mengetarkan hati, seperti yang dituturkan oleh Sheikh Yusuf Qardhawi, tentang seorang remaja yang masih belia, yang ingin ikut berjihad ke Palestina. Kecintaan kepada saudaranya di Palestina, dan perhatiannya yang begitu besar, maka ia memenuhi panggilan Jamaah Ikhwan, yang ketika itu Mursyid ‘Aamnya Imam Hasan Al-Banna, memberangkatkan ribuannya kadernya untuk berjihad ke Palestina. Mereka yang sudah mendaftarkan diri bersama dengan para mujahid lainnya, tak lain, tujuannya hanya ingin membebaskan tanah Palestina, yang sudah dirampas dan dikuasai Yahudi.

Sheikh Yusuf Qardhawi mengisahkan pengalamannya tentang seorang pemuda bernama Abdul Wahab al-Bituni. Pemuda yang santun dan halus budinya, dan tidak nampak keberaniannya, kemudian bangkit berjihad bersama-sama dengan para mujahid lainnya ke Palestina. Pemuda ini diibaratkan oleh Sheikh Qardhawi seperti Qais. Jihad adalah Laila baginya. Begitu indah dalam benaknya. Kemuliaan yang pasti akan didapatkannya. Ini semua yang membangunkan dari tidurnya. Ia sangat mendambakan mati syahid, seperti saudara lainnya yang penuh dengan harap akan datang hari kesyahidannya.

Di dalam memoarnya Sheikh Qardhawi mengisahkan betapa alimnya pemuda itu, hidupnya penuh dengan kebersihan jiwa, kezuhudan, dan memiliki hati yang sangat halus. Ulama terkemuka itu, juga mengisahkan betapa gurunya Sheikh Al-Bahi al-Khuli mengatakan, “Setiap kali aku melihat wajah Abdul Wahab, aku seperti melihat darah syahid menetes di wajahnya”, ucapnya kepada Sheikh Qardhawi.

Tetapi menurut penuturan Sheikh Qardhawi untuk dapat pergi berjihad ke Palestina, Abdul Wahab harus menghadapi dua kesulitan. Pertama, ia harus mendapatkan ridho dari ibunya. Ibunya seorang janda, yang harus dijaganya. Sepertinya tidak mungkin ia harus meninggalkan ibunya seorang diri, dan tanpa didampinginya.



Tentu, sang ibu sangat kawatir dengan anaknya yang semata wayang. Karena itulah, Abdul Wahab memikul beban amanah dipundaknya, yang tidak mungkin dapat diabaikannya. Lalu, bagaimana Abdul Wahab dapat pergi berjihad ke Palestina? Lalu, Abdul Wahab meminta ku (Sheikh Qardhawi) menjadi perantara yang akan menjelaskan kepada ibunya agar diizinkan berjihad ke Palestina.

Sheikh Yusuf Qardhawi bersama dengan tokoh Ikhwan lainnya, seperti Mohammad Asal dan Ahmad Muhammad Shaftawi berkunjung ke rumah Abdul Wahab di kampung Kfar Haurin, Santhah Pusat. Sheikh Qardawi berbicara kepada ibunya Abdul Wahab dan menjelaskan tentang keinginan anaknya untuk pergi berjihad ke Palestina. Sheikh Qardhawi menceritakan kisah ibu-ibu yang berjihad di tanah Palestina sebagai mujahidin, yang tercatat dalam sejarah sebagai pahlawan Islam.

Sheikh Qardhawi, akhirnya juga menceritakan tentang putranya, Abdul Wahab untuk berjihad di Palestina. Sheikh mengatakan, bahwa jihad itu sama sekali tidak mempercepat atau menunda ajal atau kematian seseorang dari waktu hidup yang telah ditentukan oleh Allah Azza Wa Jalla. Orang yang tidak mati dengan pedang, ia pasti mati dengan wasilah lainnya.

Sesudah berbicara panjang Sheikh Qardhawi kepada ibunya, maka kemudian sang ibu mengatakan, “Jika ini sudah menjadi keinginan Abdul Wahab, maka aku tak mungkin menghalanginya. Saya serahkan masalah ini kepada Allah. Saya berdo’a kepada Allah agar Allah menolongnya dan para Ikhwan di medan jihad, kemudian mengembalikan mereka dengan salamat dan membawa kemenangan”.

Kegembiraan yang sangat nampak jelas di wajah Abdul Wahab, remaja yang masih beliau itu. Wajah bersinar dengan cahaya, seakan ia sudah melihat surga, yang akan dihampirinya. Sheikh Qardhawi sangat kagum dengan rejama itu, yang memiliki tekad yang begitu kuat untuk berjihad ke Palestina. Dan, Abdul Wahab memeluk ibunya dengan air mata yang bercucuran, atas izinya yang telah diberikan kepadanya.

Namun, izin dari ibunya itu, belum cukup bagi Abdul Wahab untuk dapat berjihad ke Palestina. Karena Maktab Irsyad Jamaah Ikhwanul Muslimin, melarang pelajar yang masih duduk di bangku SMU untuk ikut pergi berjihad ke Palestina, kecuali dengan rekomendasi dari Mursyid ‘Aam, Hasan Al-Banna. Artinya, Abdul Wahab harus terlebih dahulu mendapatkan izin dari Mursyid.



Abdul Wahab harus pergi ke Kairo dan bertemu langsung dengan Mursyid ‘Aam. Maka, ketika itu, Sheikh Qardhawi, Mohammad Asal, Shafthawi dan Abdul Wahab berangkat ke Kairo untuk bertemu dengan Mursyid. Usaha untuk mendapatkan izin oleh Mursyid ‘Aam itu berhasil, dan mengizinkan Abdul Wahab berjihad ke Palestina, bersama dengan ribuan mujahidin lainnya.

Abdul Wahab yang selama ini mengimpikan untuk pergi tanah Isra’ Mi’raj terwujud. Abdul Wahab dapat mengunjungi tempat kiblat pertama kaum muslimin. Masjid yang dimuliakan oleh Allah Ta’ala. Abdul Wahab pergi ke Palestina, bukan untuk rekreasi, tetapi untuk memerangi kaum Yahudi, yang sudah merampas tanah kaum muslimin.

Sheikh Yusuf Qardhawi bersama dengan para pemimpin Ikhwan lainnya, termasuk Ustad Hasan Al-Banna, melepas ribuan kader Ikhwan untuk berjihad ke Palestina. Kota Kairo menjadi saksi utama, kepergian ribuan mujahidin itu, dan mereka dengan penuh suka cita, dapat memerangi musuh Allah dan Rasulnya, yaitu kaum Yahudi laknatullah.

Hari-hari yang panjang sampai di medan pertempuran yang sangat dahsyat, dan digambarkan bagaimana heroiknya para mujahidin itu, mereka berempur tanpa mengenal lelah, sepanjang hari menghadapi keganasan dan kebiadan kaum Yahudi yang memiliki senjata yang lebih baik dari para mujahidin. Karena adanya hamasah dan semangat jihad dari para mujahidin itu, mereka mendapatkan kemenangan.

Kemenangna itu seperti digambarkan oleh seorang komandan mujahidin, yaitu Ustad Kamal Syarif, yang menguraikan kisah syahid Abdul Wahab, yang dengan gagah berani melawan pasukan Yahudi, tanpa ada rasa takut sedikitpun, sampai peluru merobek dadanya. Hal itu seperti diceritakan dalam bukunya, yang berjudul : ‘Al-Ikhwanul Muslimin fi Harbi Filisthin’, Sungguh sangat luar biasa heroiknya perjuangan mereka di medan perang.

Abdul Wahab syahid dan seperti yang dicita-citakanya sejak berangkat dari kampung halamannya, dan ia merindukan akan datangnya hari yang dinanti-nanti, yaitu hari kesyahidannya, dan Abdul Wahab telah menemui dengan bahagia.

Ibunya yang sudah janda itu, tak dapat menahan air matanya, yang penuh bahagia, ketika mendengar anaknya telah syahid sesudah berperang melawan pasukan Yahudi. Kematiannya tidak sia-sia, dan perjuangan yang pernah dilakukan dalam memerangi pasukan Yahudi , masih terus berlanjut dan berkorbar sampai hari ini. Seperti sabda Rasulullah Shallahu Alaihi Wa Salam, “Tidak akan datang hari kiamat, sampai kaum muslimin memerangi Yahudi”.

Kisah yang sangat heroik itu, bukan hanya dilakukan oleh Abdul Wahab, juga oleh Hasan Thawil, seorang remaja yang masih belia dan ikut berjihad ke Palestina. Hasan sehari-hari hanyalah seorang petani di kampungnya, Basiyun. Hasan menjual kambingnya dan harta bendanya yang lain, dan ia belikan senjata, kemudian pergi sendiri berjihad melawan Yahudi di Palestina.

Di seuatu senja Hasan Thawil pergi ke rumah Haji Ahmad Bass, seorang ketua cabang Ikhwanul Muslimin di Basiyun, dan Hasan meminta izin untuk pergi berjihad ke Palestina. Kemudian Haji Ahmad menyampaikan, “Hasan, sebenarnya engkau cukup berjihad dengan dirimu saja. Sementara, biarkan orang lain yang berjihad dengan harta benda mereka. Kambing betinamu biar dititinggalkan untuk keluargamu,” ujar Ustad Haji Ahmad. "Wahai Haji Ahmad. Apakah engkau tidak tahu bahwa Allah telah berfirman, 'Berjihadlah kalian dengan harta dan diri kalian fi sabilillah'.", ucap Hasan Thawil yang mengutip surah at-Taubah. (QS. At-Taubah : 41).

Haji Ahmad mengiyakan apa yang dikatakan oleh Hasan Thawil. Lelaki belia pergi berjihad sesudah menjual seluruh hartanya, dan ia tinggalkan keluarganya, pergi berjihad ke Palestina memerangi Yahudi. Bukan berkasih sayang dengan musuh-musuh Allah Azza Wa Jalla. Abdul Wahab telah menjual dirinya kepada Khaliqnya demi mendapatkan jannah. Wallahu’alam.

sumber:http://www.eramuslim.com/berita/tahukah-anda/abdul.htm

Saturday, July 31, 2010

Menamatkan Pendidikan Kiasu

koleksi article pilihan.

Seawal 2006, saya sudah menangkap hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia untuk merombak sistem pendidikan negara yang terlalu berorientasikan peperiksaan.

Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein selaku Menteri Pelajaran ketika itu pernah membuat kenyataan betapa sistem pendidikan semasa yang berorientasikan peperiksaan menjadi satu bebanan ke atas guru dan murid. Justeru satu bentuk pendekatan baru di dalam sistem pendidikan mahu diperkenalkan.

Saya mengalu-alu saranan ini.


‘KIASUISM’

Obsesi semua pihak terhadap ukuran kecemerlangan murid berdasarkan pencapaian bilangan A di dalam peperiksaan semakin menjadi-jadi.

Jika dahulunya budaya kiasu sering membawa kita kepada membayangkan negara jiran, Singapura, kini sikap all-must-win itu sudah semakin membarah di Malaysia hingga ia tidak lagi ditonjolkan pada kegilaan menghimpun tertinggi, terpanjang, terbesar dan terhebat di mercu tanda negara, malah turut mengisi seluruh spektrum kehidupan. ‘Segala-galanya bersifat enjit enjit semut siapa sakit naik atas’!

Seawal usia pra sekolah, murid-murid sudah diheret ke budaya ‘saya masuk kelas A sebab ada yang masuk kelas B’.

Murid yang beroleh keseluruhan A akan disanjung oleh semua peringkat masyarakat dan media. Pelbagai anugerah diberikan dan jumlah mereka menyumbang kepada statistik kebanggaan sekolah, kemudian daerah dan akhirnya negeri ke peringkat kebangsaan. Sedangkan segala liputan terhadap kelompok ‘cemerlang ini’ hakikatnya adalah laporan berkenaan kelompok minoriti kecil berbanding kelompok majoriti dengan pencapaian sederhana yang terus dipinggirkan.

Sekurang-kurangnya dua tragedi besar sudah terpampang di hadapan mata kita kesan daripada obsesi terhadap peperiksaan ini.

TEKANAN PSIKOLOGI MELAMPAU



S. Subashini: kenangan terhadap ‘kegilaan’ sistem pendidikan negara

Lupakah kita kepada berita terburuk sepanjang 2007 apabila S. Subashini, 12, dari Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Sempah ditemui mati, membunuh diri kerana gagal mendapat A dalam kesemua peperiksaan UPSR yang lalu.

Sejauh mana isu ini diperbahaskan? Sejauh mana kematian S. Subashini dibedah siasat puncanya? Atau ia hanya sekadar satu isu yang datang dan pergi? Tidakkah gila masyarakat kita hari ini, boleh melupakan kematian seorang anak muda seusia 12 tahun yang mati kerana kurang cemerlang dalam UPSR? Saya yakin jika insiden ini berlaku di negara maju lain, ia sudah cukup untuk menggoncang seluruh sistem negara.

Tekanan psikologi yang dikenakan ke atas murid-murid sebagai ‘kuda pertaruhan’ amat membimbangkan. Apatah lagi, tidak semua pelajar boleh cemerlang dalam orientasi hafalan dan muntahan fakta ke kertas peperiksaan. Ramai juga yang datang daripada kategori hands-on. Mereka mahir di dalam pelbagai bidang kemahiran membabitkan seni, teknikal, vokasional dan lain-lain, namun dipandang rendah kerana tidak berjaya diukur dan pembaris tunggal yang mengukur kualiti manusia di dalam sistem pendidikan kita.

GENERASI ROBOTIK

Kesan kedua yang timbul adalah pada kualiti tenaga manusia yang dihasilkan.

Kesan ini sukar dinilai semasa murid-murid berada di bangku pengajian kerana mereka masih berada di dalam sistem itu dan menjadi sebahagian daripadanya.

Tetapi, selepas menjadi graduan kepada sistem itu, bagaimanakah kualiti mahasiswa dan mahasiswi kita di peringkat pengajian universiti hari ini? Bagaimanakah pengalaman para pensyarah semasa mengendalikan murid-murid ‘cemerlang dengan A’ ini? Malah bagaimanakah statistik pelajar universiti yang terpaksa mengulang tahun atau kecundang di dalam pengajian, biar pun mereka itu adalah cream of the cream semasa di peringkat SPM?

Tidak dilupakan, keluhan demi keluhan pihak Sumber Manusia (HR) di dalam industri.

Bagaimanakah kualiti kemanusiaan warga kerja generasi muda kebelakangan ini?

Mereka mungkin mampu memiliki ijazah dengan CGPA 4.0 tetapi tidak terfikir bahawa untuk menghulurkan pisau kepada orang lain, yang patut diajukan adalah hulu pisau dan bukan matanya.

Common sense?

Logical thinking?

Segalanya semakin membarah.

Sistem pendidikan dan peperiksaan berkomputer kita benar-benar menghasilkan computerised-being. Generasi robot!

MAJLIS PERBINCANGAN MEJA BULAT PEMANSUHAN UPSR & PMR

Justeru saya amat mengalu-alukan hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia untuk menilai kembali peranan UPSR dan PMR dalam sistem penaksiran pelajar di negara kita.

Majlis Perbincangan Meja Bulat Pemansuhan UPSR dan PMR telah berlangsung di Putra Jaya pada 27 Julai 2010 yang lalu telah menghimpunkan ramai tokoh pendidikan, ahli politik, ahli akademik IPTA dan IPTS serta NGO. Laporan awal menyatakan majoriti mereka yang hadir ke Majlis Perbincangan Meja Bulat itu mahu UPSR dan PMR dikekalkan tetapi dengan penambah baikan.

“Bagaimanapun, kebanyakan mereka yang hadir mahu UPSR dan PMR dikekalkan, tetapi kerajaan memperbaiki segala kelemahan termasuk meningkatkan kualiti guru,” kata Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Md Dom, selepas mempengerusikan Majlis Perbincangan Meja Bulat Kementerian Pelajaran.

Saya juga bersetuju dengan persoalan yang ditimbulkan oleh Setiausaha Kehormat, Persekutuan Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah China Malaysia, Poh Chin Chuan yang mahu Kementerian Pelajaran mengumumkan formula alternatif jika mahu memansuhkan UPSR. Sebarang perubahan mestilah berasaskan kepada kajian yang menyeluruh dan tidak bersifat adhocism. Perubahan mesti bersifat holistik dan bukan gunting sana dan tampal sini.

Mangsanya adalah anak-anak kita dan masa depan negara.

Biar apa pun keputusan yang bakal diputuskan nanti, saya mengharapkan agar sistem pendidikan negara kita kembali bersifat STUDENT CENTRIC dan bukannya SCHOOL CENTRIC apatah lagi PPD CENTRIC!

Bakul sampahkanlah segala yang berkaitan dengan reputasi dan kemasyhuran sekolah, rekod perkhidmatan cemerlang pegawai pendidikan atau apa sahaja yang menyebabkan murid-murid itu sendiri bukan lagi satu keutamaan.

Apakah boleh dikategorikan sebagai salah laku yang serius apabila murid yang kurang cemerlang diarahkan oleh pihak sekolah mendaftar sebagai pelajar persendirian demi menjaga peratusan kecemerlangan keputusan peperiksaan? Kepada siapa salah laku ini patut diadukan?

Menyembah peperiksaan…. demikianlah perumpamaannya.



Atau mungkin kata kuncinya, hentikan campur tangan politik dan ‘pasaran semasa’ terhadap pendidikan negara.

Sekolah bukan gelanggang lumba kuda.

Ia tempat memanusiakan manusia.

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 AMPANG

p/s: Secara tiba-tiba dua minggu sebelum berlangsungnya Majlis Perbincangan Meja Bulat Pemansuhan UPSR dan PMR, saya dihubungi oleh wakil Kementerian Pelajaran Malaysia memaklumkan bahawa saya dijemput untuk menyertai sesi perbincangan itu. Tidak pasti jemputan dibuat atas kapasiti apa, saya mengalu-alukan peluang itu dan mengambil tindakan pantas membatalkan program di UNIKL-MIMET Lumut demi amanah yang besar ini. Sehingga sehari sebelum program, saya tidak menerima sebarang berita daripada pihak penganjur. Saya mengambil inisiatif menghubungi PIC pada 26 Julai 2010 dan amat mengejutkan, beliau memberitahu bahawa senarai peserta Majlis Perbincangan Meja Bulat Pemansuhan UPSR dan PMR itu telah disenarai pendek oleh pihak atasan dan persidangan itu juga ditunda!

Segalanya tanpa sebarang notis.

Saya kehilangan peluang menyertai persidangan itu, juga kehilangan satu program yang penting untuk klien dan syarikat kami, dan ironinya persidangan itu tidak ditunda seperti yang dimaklumkan.

Tindakan tidak profesional ini semakin mendesak saya untuk terus berusaha melobi rombakan sistem pendidikan negara kita!

Saturday, June 12, 2010

Khutbah: Palestin Memanggil Kamu Pulang Kepada Islam

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Sekali lagi, umat Islam sedunia dihidangkan dengan pusingan seterusnya kekejaman regim Zionis ke atas umat Islam dan manusia di bumi Palestin. Kekejaman yang melampaui batas fikiran manusia, yang tidak lain dan tidak bukan adalah untuk mengiyakan apa yang diamarankan oleh al-Quran, tentang fasad besar-besaran pusingan kedua yang dicetuskan oleh kaum Yahudi ini.


Firman Allah SWT:



“Dan telah Kami nyatakan kepada Bani Israil di dalam Kitab itu: “Sesungguhnya kamu akan melakukan kerosakan di bumi (Palestin) dua kali, dan sesungguhnya kamu akan berlaku sombong angkuh dengan melampau” [al-Israa' 17: 4]

Para ahli Tafsir kontemporari menyetujui bahawa kerosakan pertama yang dilakukan oleh orang-orang Yahudi ini adalah semasa mastautin mereka di bumi Yathrib. Mereka menguasai politik, ekonomi dan sosial di kota tersebut, bongkak dengan impian mereka bahawa Nabi akhir zaman akan diutuskan sekali lagi daripada keturunan mereka, dan seterusnya memanfaatkan kebodohan kaum Aus dan Khazraj lalu melaga-lagakan dua kelompok kaum Arab ini hingga berperang sesama sendiri, mencecah suatu tempoh yang amat panjang.

Kerosakan pertama ini mencapai kemuncaknya, apabila mereka secara rasmi menolak Kenabian Rasul akhir zaman, tatkala tibanya Muhammad bin Abdullah ke kota Yathrib di dalam peristiwa Hijrah. Meleset sekali impian mereka, bahawa Allah telah menetapkan bahawa kaum yang banyak membunuh Nabi dan Rasul ini hilang kebanggaan buta mereka, apabila penutup segala Nabi dan Rasul, diutuskan daripada kaum Arab berketurunan Ismail ‘alayhi al-Salaam, iaitulah Junjungan Mulia Nabi Muhammad sallallaahu ‘alayhi wa sallam.

Firman Allah SWT:



“Maka apabila sampai masa janji (membalas kederhakaan kamu) kali yang pertama dari dua (kederhakaan) itu, Kami datangkan kepada kamu hamba-hamba Kami yang kuat gagah dan amat keras serangannya lalu mereka menjelajah di segala ceruk rantau (untuk menyerang dan mengusir kamu); dan (sebenarnya peristiwa itu) adalah satu janji yang benar-benar berlaku” [al-Israa' 17: 5]

Sidang Jumaat, rahimakumullah…

Misi menghadapi kaum Yahudi yang tidak pernah jemu menyebarkan kerosakan di muka bumi biar pun telah diberi peluang berkali-kali oleh Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam, disempurnakan oleh umat Islam dengan pengusiran mereka dari bumi Khaybar pada bulan Muharram tahun ke-7H.

Semenjak itu, kaum Yahudi hidup berpeleseran dan sukar diterima di mana-mana sahaja penempatan di muka bumi, di bawah mana-mana kuasa pemerintah, disebabkan oleh perilaku mereka sendiri yang tidak henti-henti mencetuskan fasad di muka bumi.

Namun, di sepanjang sejarah itu, kuasa pemerintah Islam jugalah, dengan keluasan rahmat dan toleransinya menghulurkan bantuan bersyarat kepada kaum Yahudi, termasuklah semasa mereka berdepan dengan pembunuhan beramai-ramai di bumi Andalus pada 1492 oleh kuasa Kristian. Kerajaan Islam Turki Othmaniyyah mempelawa mereka untuk mendapat perlindungan duduk di bawah pemerintah Islam, tetapi Yahudi tetap Yahudi, mereka menjadi duri dalam daging hingga akhirnya berperanan sebagai kelompok terpenting yang menjadi punca kepada kejatuhan kerajaan Turki Othmaniyyah. Yahudi Donme yang hidup talam dua muka, menjadi lubang kebocoran bagi negara Islam terakhir itu, hingga legasi Islam ribuan tahun, tamat secara rasminya pada tahun 1924.

Sidang Jumaat sekalian,

Kejatuhan kerajaan Islam terakhir itulah, titik utama kepada terlepasnya bumi Palestin dari wilayah Islam. Sehingga kini, bumi Palestin itu terus bermandi darah, setiap anak yang dilahirkan, adalah seperti sudah tersurat bahawa mereka bakal menjadi mangsa kekejaman penjajah Zionis yang terus menerus membelakangkan kemanusiaan, menghancurkan apa dan siapa sahaja yang menghalang cita-cita mereka untuk menegakkan negara Zionis dari tebing Furat ke Sungai Nil.

Itulah ’sumbangan’ Yahudi.

Kerosakan demi kerosakan.

Dan Allah SWT telah menetapkan, bahawa kitalah pada hari ini yang berdepan dengan kerosakan besar-besaran pusingan kedua, sebagaimana yang telah dicatatkan di dalam ayat yang saya bacakan tadi.

Jamaah kaum Muslimin sekalian,

Apakah tindakan kita? Apakah cukup dengan hanya menggelengkan kepala, menanti isu ini pudar daripada siaran media selepas seminggu dua, dan kemudian menggelengkan kepala lagi untuk pusingan yang seterusnya?

Sesungguhnya, kita mempunyai 3 bentuk tindakan yang menanti perlaksanaan.

Tindakan pertama, adalah dengan MENGECAM.

Kita boleh dan perlu untuk membuat kecaman. Membantah dan menyuarakan penentangan kita terhadap kekejaman Yahudi di bumi Palestin. Sama ada kecaman itu dibuat dalam bentuk demonstrasi, ucapan, khutbah dan penulisan, kecaman mesti diteruskan.

Kecaman ini boleh menjustifikasikan sokongan dan kebersamaan kita dengan saudara-saudara seagama di bumi Palestin. Ia juga menjadi bukti terhadap kepedulian kita. Ia menjadi tanda bahawa kita bukan terdiri dari kelompok manusia yang disebutkan oleh Allah dengan perumpamaan buruk sebagai BINATANG TERNAK.

Firman Allah SWT:



“Dan Sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka Jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai” [al-A'raaf 7: 179]

Binatang ternak tidak pernah peduli kepada pisau yang sedang diasah untuk menyembelihnya. Binatang ternak hanya memerhatikan rumput dengan penuh nafsu terhadap perutnya. Binatang ternak adalah perumpamaan kepada manusia yang diberi mata tidak melihat, diberi telinga tidak mendengar. Apa yang mereka pedulikan hanyalah lima rukun hidup iaitu MAKAN, MINUM, KERJA, REHAT dan KAHWIN.

Semoga dengan kecaman dan bantahan yang dibuat, menjadi saksi di hadapan Allah, bahawa kita adalah manusia, bukan binatang yang tidak punya rasa peduli dan peka.

Namun kecaman bukanlah tindakan yang terbaik oleh seorang mukmin.

Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam telah bersabda:



Daripada Abu Sa’eed al-Khudri radhiyallahu ‘anhu beliau berkata: aku mendengar Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam pernah bersabda: Sesiapa dari kalangan kamu yang melihat kemungkaran, maka hendaklah dia mengubahnya dengan tangannya. Andai tiada kemampuan untuk berbuat demikian, maka hendalah dia mengubahnya dengan lisannya. Dan jika beliau tidak mampu untuk berbuat begitu, maka hendaklah (dikecam) dengan hatinya. Dan demikian itu adalah selemah-lemah iman [Hadith riwayat Muslim]

Arahan Nabi Muhammad sallalaahu ‘alayhi wa sallam terhadap tindakan kita mencegah kemungkaran, bukan sekadar mengingkarinya dengan hati, atau menegahnya dengan lisan, tetapi bertindak dengan tangan untuk MENGUBAH keadaan. Tindak balas kita mestilah ada upaya untuk mengubah keadaan, dan kecaman masih jauh dari mampu mencetuskan perubahan itu.

Sidang Jumaat rahimakumullaah,

Tindakan kedua yang mesti kita lakukan untuk bertindak terhadap kekejaman Yahudi di bumi Palestin adalah selepas MENGECAM adalah MENCEGAH.

Mencegah boleh berlaku dalam beberapa bentuk.

Cegahan pertama adalah pada usaha mengelakkan diri untuk menjadi mangsa kepada kemungkaran itu. Ia mungkin boleh diertikan sebagai tindakan untuk berhijrah meninggalkan tempat di mana kemungkaran itu berlaku.

Ia mungkin berupaya menyelamatkan diri kita buat sementara, tetapi ia tidak akan dapat menamatkan kemungkaran itu daripada terus menerus berleluasa. Dan segala puji bagi Allah, saudara kita di bumi Palestin tidak bertindak melarikan diri. Jika mereka tidak punya semangat yang kuat untuk mempertahankan diri dan maruah Islam, sudah pasti mereka bertempiaran lari menjadi pelarian di bumi asing.

Namun Allah anugerahkan bumi itu dengan manusia yang kental jiwa. Mereka terus bertahan. Biar pun hanya dengan lastik dan batu, berundur tidak sekali-kali! Sama ada menang, atau syahid fi sabillah.

Mencegah yang kedua pula, boleh diertikan dengan tindakan kita mengekang diri daripada menjadi sebahagian daripada kemungkaran itu. Kita harus bertindak untuk menghalang diri daripada menjadi sebahagian daripada kekuatan regim Yahudi di bumi Palestin. Dan tindakan ini boleh dijustifikasikan dengan kempen boikot.

Secara individu, kita boleh menyekat diri daripada menggunakan barangan dan perkhidmatan syarikat-syarikat yang menyumbang kepada kekuatan ekonomi regim Yahudi Zionis itu.

Firman Allah SWT berkenaan dengan hal ini:



“Kemudian, Kami kembalikan kepada kamu (Yahudi) kekuasaan untuk mengalahkan mereka, dan Kami perpanjangkan kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan dan anak pinak, serta Kami jadikan kamu kaum yang lebih ramai pasukannya” [Al-Israa' 17: 6]

Di era kerosakan kedua oleh kaum Yahudi ini, Allah SWT menjelaskan bahawa kekuatan mereka adalah hasil yang diperpanjangkan kepada mereka berupa harta kekayaan dan sumber tenaga manusia. Ayat ini amat jelas menunjukkan kepada kita, bahawa regim Yahudi Zionis hari ini menjadi kuat hasil sokongan luar yang mereka terima.

Sokongan itu tidak lain dan tidak bukan adalah daripada negara Polis Dunia iaitu Amerika Syarikat.

Laporan http://www.ifamericansknew.org menjelaskan bahawa regim Zionis yang menjajah bumi Palestin menerima bantuan di antara 10 ke 15 juta US Dollar sehari daripada Amerika Syarikat. Jumlah ini mengatasi jumlah keseluruhan bantuan Amerika Syarikat kepada negara-negara Amerika Latin, Sub Sahara Afrika dan Carribean.

Kekuatan utama rejim Zionis di Palestin adalah sokongan Amerika Syarikat. Negara kuasa besar dunia itu berupaya memanipulasi kewangannya sendiri untuk memberikan sokongan dan bantuan kepada rejim Zionis hasil kombinasi beberapa pihak, khususnya media di Amerika Syarikat yang tidak melapor, melapor secara simplistik, atau memberikan laporan yang salah, untuk mengawal kefahaman penduduk Amerika Syarikat tentang isu Palestin.

Maka tindakan memboikot barangan yang menyumbang kepada kekuatan ini, tindakan menghentikan penggunakan matawang Dollar Amerika Syarikat adalah tindakan mencegah yang boleh memberikan kesan kepada hal ini, jika umat Islam dan seluruh warga manusia yang prihatin bersatu padu menjayakannya.

Sidang Jumaat sekalian,

Walau bagaimana pun, tindakan mengecam dan mencegah masih belum mencapai standard yang ditetapkan oleh Nabi Muhammad sallallaahu ‘alayhi wa sallam kepada kita. Bahawa kemungkaran mesti menerima tindak balas yang bersifat MENGUBAH.

Perubahan itulah yang mesti diperhatikan oleh kita semua.

Apakah kekalahan demi kekalahan yang menimpa umat Islam selama ini berlaku tanpa sebab?

Apakah kejatuhan kuasa Islam hanya disebabkan oleh faktor luar?

Sesungguhnya mencela kaum Yahudi yang melakukan kerosakan, tidak lebih daripada sekadar kata pepatah Melayu, SEPERTI MARAHKAN ANJING MENYALAK BUKIT. Yahudi dan kerosakan sudah sinonim, maka janganlah kita sekadar marahkan Yahudi, sebaliknya cerminlah diri kita, apakah yang sedang berlaku kepada umat Islam sendiri?

Kaum Muslimin rahimakumullaah,

Menjawab soalan ini, saya teringat kepada apa yang telah diungkapkan oleh Abu al-Hasan Ali al-Nadawi di dalam bukunya Ila al-Islam Min Jadeed (Kembali Semula Kepada Islam). Di bawah tajuk “Antara Ilusi dan Realiti” (Bayna al-Soorah wa al-Haqiqah), al-Nadwi telah memberikan suatu analogi yang sangat baik untuk difikirkan bersama.

Al-Nadwi membayangkan bagaimana seorang pemimpin hebat yang telah mati, dikenang oleh pengikutnya dengan membina sebuah patung yang besar dan amat menyerupai rupa pemimpin itu semasa hayatnya. Tetapi pada suatu hari, seekor burung datang bertenggek di atas hidung “pemimpin”tersebut dan melepaskan najisnya. Patung yang besar dan gagah itu tidak mampu berbuat apa-apa terhadap burung yang kecil itu, walaupun di kaki patung itu terpahat nama seorang pemimpin yang semasa hidupnya digeruni kawan dan lawan.

Mengapakah keadaan itu boleh berlaku? Mengapakah pemimpin yang hebat itu terhina hanya oleh perilaku seekor burung yang kecil?

Al-Nadawi mengulas analogi ini dengan mengemukakan konsep ilusi versus realiti.

Patung itu walaupun besar, gagah dan hebat, malah mewakili peribadi seorang pemimpin yang agung semasa hidupnya, adalah hanya “seorang patung”. Ia hanya sebuah gambaran. Sebuah ilusi. Manakala burung tersebut, walaupun kecil dari segi saiznya, ia adalah burung yang hidup. Burung itu walaupun kecil, namun ia adalah realiti.

Sunnatullah telah menetapkan bahawa realiti sentiasa mengalahkan ilusi.

Beginilah perihalnya kita ketika berhadapan dengan musuh.

Jika kita membuka lembaran al-Quran dan mengkaji tentang Yahudi, maka kita akan dapati bahawa keterangan al-Quran tentang karakter Yahudi amat selaras. Kelakuan penakut mereka yang hanya membolehkan mereka menyerang di sebalik tembok, sifat takabbur, dendam kesumat terhadap orang-orang yang beriman, semuanya menepati realiti. Maka orang-orang Yahudi hari ini adalah orang Yahudi sejati. Pertembungan kita dengan Yahudi adalah pertembungan kita dengan sebuah realiti.

Jika kita membaca al-Quran dan meneliti ayat-ayat tentang Nasrani, kita akan dapati bahawa orang-orang Kristian hari ini amat menepati watak mereka seperti yang digambarkan oleh al-Quran. Maka orang-orang Kristian hari ini adalah orang Nasrani sejati. Mereka adalah realiti. Pertembungan kita terhadap mereka adalah pertembungan kita dengan sebuah realiti.

Namun, jika kita amati keterangan al-Quran tentang ciri-ciri orang Islam dan Mukmin, apakah hasil pengamatan kita itu?

Al-Quran menjelaskan bahawa orang-orang Mukmin itu bersaudara. Al-Quran juga menjelaskan bahawa orang Mukmin itu saling menjadi pembantu kepada Mukmin yang lain. Orang Mukmin bersatu padu berpegang dengan tali Allah, mereka tidak berpecah belah ketika mendirikan agama, mereka pengasih sesama mereka dan keras terhadap Kuffar dan pelbagai lagi senarai ciri Mukmin yang diterangkan oleh al-Quran.

Namun, perhatikanlah realiti umat Islam hari ini. Berapakah jarak di antara diri idaman mereka seperti yang digambarkan al-Quran, dengan diri sebenar mereka di dalam realiti kehidupan?

Muslim ilusi berdepan dengan Nasrani realiti.

Muslim ilusi berdepan dengan Yahudi realiti.

Realiti sentiasa mengalahkan ilusi.

Ramainya kita hanyalah sebuah ilusi. Hakikatnya kita sedikit, dan jumlah itu semakin sedikit apabila saudara-saudara kita berbondong-bondong murtad meninggalkan kita.

Kayanya kita hanyalah sebuah ilusi. Hakikatnya kita miskin. Kita miskin jiwa, miskin daya juang dan kemiskinan itu semakin miskin apabila saudara-saudara kita tidak mampu mengawal jual beli harta mereka sendiri yang selama ini mengkayakan musuh.

Cerdiknya kita hanyalah sebuah ilusi. Hakikatnya kita bodoh. Kita masih dibelenggu oleh persoalan-persoalan yang bodoh dan tidak langsung menghasilkan sebarang hasil. Kebodohan kita menjadi semakin bodoh apabila kita tenggelam dalam tajuk-tajuk debat sesama kita yang langsung tidak menggambarkan yang kita sedang berada di medan perang.

Bersatunya kita hanyalah sebuah ilusi. Hakikatnya kita berpecah. Hati-hati kita terlalu mudah untuk diungkaikan ikatannya. Penyakit hati kita sangat menjijikkan. Berpecah belah hanya kerana secawan kopi. Pecah belah rumahtangga, pecah belah jiran tetangga, pecah belah masyarakat sedesa, pecah belah antara negara, perpecahan kita dari hujung daun hingga ke akar umbi.

Ya, jika al-Quran yang menjadi pengukurnya, maka Yahudi di Palestin itu adalah realiti. Nasrani di Rumah Putih itu adalah realiti. Namun umat Islam yang mengelilingi Rumah Hitam di Masjidil Haram itu hanyalah ilusi. Dan ilusi akan terus dikalahkan oleh realiti.

Selagi kita tidak berusaha untuk membentuk diri menjadi Mukmin sejati, selagi itulah kita tidak akan diizinkan oleh Allah untuk melihat pembebasan Palestin dan Masjidil Aqsa.

Tragedi di Gaza adalah seruan Allah untuk kita kembali kepada Islam.

Islam yang tulen.

Ibu bapa didiklah anak menjadi Muslim, jangan dibiarkan mereka menjadi Yahudi, Nasrani atau Majusi.

Kenalkan kepada anak-anak kita apa itu Islam dan apa itu Jahiliyyah. Fahamkan mereka siapa Yahudi dan Nasrani dan mengapa mereka dikutuk Allah. Ajarlah anak-anak mencintai kebenaran, keadilan dan memusuhi kezaliman. Agar dengan jiwa tulen seorang putera Muslim dan puteri Muslimah, Yahudi tulen akan dikalahkan oleh Muslim tulen.



“Dan jika kamu kembali, maka Kami pula akan kembali ..” [al-Israa' 17: 8]

Kembalilah kepada Allah, agar Allah kembali kepada kita dengan bantuan dan kemenangan!



ABU SAIF @ www.saifulislam.com
Surau (Jumaat) al-Munir, Sri Kembangan
12 Muharram 1430H / 9 Januari 2009

Koleksi Artikel Pencerahan.

Menjahilkan Diri Terhadap Musuh

Kelas Sabtu lalu amat berharga. Tidak sia-sia saya berkejar dari Tanjung Malim ke UIA di Gombak dan balik semula ke Tanjung Malim untuk menyambung kerja.

Di dalam pertemuan kami, kelas berdiskusi tentang persoalan pandangan Barat terhadap Islam di Zaman Pertengahan. Tentunya, teks yang menjadi asas diskusi kami adalah rakaman kuliah yang disampaikan oleh R.W. Southern di Universiti Harvard pada April 1961. Ia dibukukan di bawah tajuk, Western Views of Islam in the Middle Ages (ISBN 0-674-95055-0).

Di dalam ucapannya, Southern telah membahagikan era perkembangan persepsi Barat terhadap Islam kepada tiga era iaitu apa yang dinamakan sebagai The Age of Ignorance, The Century of Reason and Hope dan The Moment of Vision.
Di era kejahilan Eropah terhadap agama kita, mereka sangat jahil dan bebal dalam menanggapi Islam. Mereka tidak tahu bagaimanakah caranya untuk mereka memahami Islam. Contoh terdekat yang boleh mereka gunakan adalah dengan membandingkan Islam dengan tradisi Yahudi. Agama Yahudi mempunyai pelbagai prinsip yang dilihat sama dengan Islam, seperti menegaskan keesaan Tuhan dan menolak Trinity.

Akan tetapi, masalah Eropah ketika itu bukanlah masalah maklumat. Ia lebih kepada masalah sikap dan pemikiran. Mereka sudah lama berjiran dan berhubung dengan umat Islam, tetapi persepsi mereka yang menjadi tembok penghalang.

Selama ini, Eropah memperlekehkan Yahudi yang miskin, melarat, dan dibenci, sebagaimana yang digambarkan oleh William Shakespear di dalam karyanya The Merchant of Venice. Sedangkan di era sekitar kurun ke 10M, Islam begitu gah dan hebat, tidak seperti imej Yahudi. Kelekehan Yahudi membolehkan Eropah untuk mengabaikan sahaja apa-apa idea mereka, tetapi kredibiliti Islam membuatkan Eropah gelisah kerana tidak boleh memejamkan mata terhadap Islam. Maka cubaan untuk memahami Islam dari imej Yahudi, agak membingungkan. Eropah keliru.

“Seperti seorang banduan yang berada di dalam penjara, kemudian mendengar khabar-khabar angin tentang peristiwa yang berlaku di luar, lantas banduan itu cuba melakar peristiwa yang didengarinya itu, dengan bantuan idea yang telah sedia ada di dalam fikirannya!”, begitulah analogi R.W. Southern untuk membayangkan keadaan penulis Barat tentang Islam sebelum tahun 1100.

Mereka langsung tidak tahu tentang Islam sebagai sebuah agama. Pada mereka, Islam dan Muslim hanyalah sekumpulan musuh yang mengancam dunia Kristian dari segenap sudut. Pada mereka, tidak perlu dibezakan di antara Tauhid Islam dengan penyembahan berhala primitif kaum Northmen, Slavs dan Magyars. Semuanya diangkut sebakul, semuanya adalah musuh agama Kristian.

“Mereka begitu bukan kerana kurang maklumat atau tidak berpeluang mengenal Islam secara dekat” kata Prof Al-Ahsan.

“Sikap, memandang remeh dan menjahilkan diri terhadap musuh!”, saya menambah.

“Dan dengan kejahilan mereka terhadap musuh, mereka tidak berupaya untuk mengalahkan musuh!”, kata Adam.

Benar, inilah kesimpulan kami kepada bahagian pertama kuliah R.W. Southern tersebut.

“Apa yang kita boleh belajar dari hal ini?”, tanya Prof Abdullah al-Ahsan.

Kami semua tersenyum.

Saya memberanikan diri untuk menjawab.

THE AGE OF MUSLIM IGNORANCE

Pada saya, apa yang telah membelenggu Eropah di era itu, hal yang sama jugalah sedang membelenggu pemikiran umat Islam hari ini. Saya bimbang dengan pemikiran simplistik umat Islam di Malaysia hari ini. Jika Tok Wan di kampung, tentulah saya tidak bimbang. Tetapi yang menjadi kerisauan saya adalah tokoh-tokoh masyarakat, ahli politik dan Ulama sendiri.

Di era penghormatan orang ramai terhadap Ulama semakin terhakis, ramai Ulama yang dengan sendiri menambah sebab untuk mereka tidak dihormati.

Suatu ketika, kita beranggapan bahawa semua yang menentang Islam adalah Orientalis. Semua Orientalis adalah musuh Islam. Walaupun mungkin kita bahagikan Orientalis kepada Orientalis klasik, moden, dan pasca moden, namun kita beranggapan bahawa semua kelompok ini bekerja untuk menjayakan agenda penjajahan dan merancang untuk membinasakan Islam. Lantas kita gagal bersikap adil, dan seterusnya terhijab dari mengambil manfaat menerusi kajian Orientalis yang bermaksud baik seperti Arnold Toynbee.

Kita juga marah dengan Orientalis kerana menyalah tafsirkan Islam, bagaimana pula dengan jenayah kita menyalah tafsirkan Eropah? Apakah kita sudah menghasilkan terjemahan Islam terhadap Western Civilization? Orientalis gigih bekerja, dan kita hanya gigih menangkis, semata-mata.

Saya terkejut apabila mendapati ada di kalangan rakan saya yang belajar di Eropah tetapi menumpukan pembacaan tentang Orientalis kepada hasil karya orang Islam terhadap subjek tersebut. Tentunya pembacaan sedemikian rupa akan diwarnai oleh bahasa sacarstic, prejudis dan sinis yang merugikan. Sedangkan saya dan rakan-rakan di Malaysia, kami bertungkus lumus membaca tentang Orientalis berasaskan karya Orientalis sendiri, agar kami tidak bias, dan boleh membuat kesimpulan yang adil tentang mereka.

Kami menempuh kesukaran untuk mendapatkan bahan bacaan tentang Orientalis, dan jika ada terjual di Kinokuniya atau Borders, harganya menyeksa diri. Sedangkan mereka yang berada di Eropah tidak mengambil peluang daripada keberadaan mereka di sana, untuk mendalami isu ini dari sumbernya yang asli.

PUKUL RATA

Saya masih ingat di akhir 80an dan awal 90an, kita juga pernah menggunakan pukat tunda untuk melabel musuh Islam. Pada kita, asalkan ada sahaja versi Islam yang ‘anti tradisional’ dan sedikit berbau ‘liberal’, kita tuduh ia sebagai agenda IIIT (masyhur disebut sebagai Tripple I-T) dan Islam ala Amerika. Versi Islam yang direstui Amerika!

Hari ini, kritikan terhadap tradisi Islam semakin tajam, dan kita sekali lagi menggunakan pendekatan yang sempit, melabelkan semua anti Islam sebagai Islam Liberal. Kita tidak halusi pengertian Islam, dan kita tidak teliti dalam pengungkapan Liberal. Walhal, suara-suara ‘Islam Liberal’ yang ada hari ini, Islamnya pun tidak seberapa, Liberalnya pun menimbulkan persoalan.

“Sudah 3 tahun saya berusaha memujuk UIA agar subjek Introduction to the Western Civilization, diangkat menjadi subjek wajib universiti. Paling kurang, ia menjadi subjek wajib pelajar IRK”, kata Prof Abdullah al-Ahsan.

Saya akui, selepas mendalami Sejarah Eropah Moden, berkenalan dengan karya-karya George Sarton, Adam Smith, John Stuart Mill dan ulasan-ulasan Prof al-Ahsan terhadap buku silibus kami, Western Civilization: A Brief History oleh Marvin Perry, dan sebuah lagi buku dengan tajuk yang sama oleh Jackson J. Spielvogel, persepsi saya banyak berubah.

Saya teruja kerana melihat betapa asal usul idea seperti Liberalisma, Nasionalisma, malah Sosialisma, terbit dari kerangka pemikiran berteraskan agama! Eropah yang dibelenggu pelbagai krisis hablun minaLlah dan hablun minannaas, cuba menterjemahkan apa yang mereka faham tentang agama, melalui idea-idea liberal, konservatif, nasionalis dan sosialis.

Fahaman liberal mahu memulihkan identiti setiap insan sebagai individu, memberikan hak kepada mereka untuk berhubung dengan Tuhan tanpa melalui pihak ketiga, serta mahu mendefinisikan hak serta peranan mereka sebagai individu. Konservatif pula mahu memfokuskan hakikat insan sebagai manusia yang tabiatnya adalah berjemaah, bersosial dan berkelompok. Kedua-duanya mahu memperjuangkan aspek yang ada justifikasinya.

LIBERALISMA TAJDID DAN ‘ISLAM LIBERAL’

Liberalisma muncul di Eropah dalam kerangka agama. Idea tersebut terus berkembang dan mengalami perkembangan dari semasa ke semasa.

Di kalangan masyarakat Islam, golongan Tajdid mahu memulihkan kedudukan individu agar tidak terkongkong oleh taqlid yang bersandarkan kepada institusi agama. Tajdid mahu setiap individu berhak untuk memahami dalil dan sandaran hukum agar dapat beragama tanpa bergantung kepada pihak ketiga. Di sini, prinsip Liberalisma terguna pakai. Malah gerakan Tajdid hari ini, sering pula diseru kepada mencontohi gerakan Liberalisasi Martin Luther yang membawa reformasi agama terhadap institusi Katholik, sebagaimana yang sering dicontohkan oleh Muslim Professional Forum (MPF).

Di satu sudut yang lain, golongan yang sering dilabelkan sebagai ‘Islam Liberal’ oleh seterunya, turut menentang ‘tradisi agama’. Mereka membangkitkan soal kod moral kerana mahu peranan individu lebih terserlah di dalam otoriti beragama. Di atas titik ini, prinsip Liberalisma turut diguna pakai, walaupun dengan versi Liberalisma yang telah berbeza.

Kedua-dua golongan ini mensasarkan kritikan kepada arah yang sama iaitu golongan konservatif agama.

Sedangkan kedua-dua kumpulan ini mempunyai motif yang berbeza. Golongan Tajdid mahu mengukuhkan pegangan individu terhadap agama, sedangkan golongan ‘Islam Liberal’ pula mahu melonggarkan ikatan agama.

Namun, jika golongan Tajdid tidak berhati-hati, mereka akan pergi senada dengan golongan ‘Islam Liberal’.

Kedua-duanya lantang mengkritik konservatif agama, yang ada di dalam institusi kerajaan, juga parti pembangkang Islam. Golongan Tajdid dan ‘Islam Liberal’ bertemu di pentas LIBERALISMA. Pertemuan itu mudah berlaku kerana idea Liberalisma terbit dari usul agama. Liberalisma Tajdid terbit dari Usul Islam, dan Liberalisma aliran ‘Islam Liberal’ pula terbit dari Usul Christendom. Jika konservatif yang ditentang adalah konservatif golongan agama, maka Tajdid dan ‘Islam Liberal’ boleh bangkit senada.

Mungkin inilah yang perlu diperhalusi oleh SS Mufti Perlis ketika menerima siri compliment dari pelbagai pihak atas kelantangannya mengkritik golongan konservatif agama. Institusi agama dikritik, segelintir dari parti pembangkang Islam turut terheret sama, apabila yang bertembung sebenarnya adalah pemikiran Liberalisma dengan Konservatisma.



Sedangkan pada amatan saya, Tajdid yang Liberal mempunyai lebih banyak persamaan dengan kumpulan Islam yang Konservatif, berbanding dengan ‘Islam Liberal’ yang menuju ke arah yang berbeza. Jika mindset parti pembangkang Islam yang sering menjadi sasaran kritikan SS Mufti Perlis itu boleh diperbaiki, kerjasama antara Tajdid dengan perkumpulan Islam ini adalah lebih tulen bagi agenda membela Islam.

Semoga hal ini tidak menjadi musibah kepada Ummah!

PENJENAYAH DI SEBALIK DARWINISMA

Saya sering melihat Teori Evolusi sebagai suatu bencana, khususnya apabila ia diterjemahkan dalam bentuk ‘hak bangsa hebat seperti Barat untuk menjajah bangsa yang lebih lemah’. Saya memperolehi banyak sumber untuk mengutuk Charles Darwin (1809-1882) yang telah mengemukakan teori ’syaitan’ ini. Karangan-karangan yang terbit dalam kerangka ‘bahasa konspirasi’ seperti tulisan Harun Yahya, menambah lagi kebencian saya terhadap Darwinisma.

Tetapi selepas membaca sendiri susur galur perkembangan Darwinisma dari sumber Eropah, saya dapat melihat dengan jelas, benih tumbuhnya idea ini. Bermula dari kajian datuk kepada Charles Darwin iaitu Erasmus Darwin yang telah menulis pada tahun 1794, Zoonomia (The Law of Organic Life), membawa kepada kajian Charles Darwin di dalam Origin of Species (1859) dan Descent of Man (1871), saya dapat melihat bahawa penjenayah terbesarnya adalah golongan yang datang kemudian. Bukannya Erasmus dan Charles itu sendiri. Golongan Social Darwinists adalah golongan yang bertanggungjawab memindahkan teori saintifik Charles Darwin kepada aspek sosial dan ekonomi, yang menjadi teras kepada Kolonialisma.

Berlaku adil kepada kawan dan lawan, adalah prinsip tinggi di dalam Islam.

Jika kita boleh akur bahawa idea-idea yang muncul dari Barat itu banyak yang diaspirasikan oleh agama, maka tidaklah sukar untuk kita melihat faedah idea ini kepada pemulihan Islam. Bukan memulihkan Islam dengan sentuhan Barat, tetapi meminjam prinsip agama Islam yang secara tidak langsung diperhaluskan dalam bentuk polisi oleh tamadun Barat. Asalkan kita adil terhadap kawan dan lawan, boleh menghargai perkembangan sejarah terhadap satu-satu idea.

Tidaklah nanti, kita sentiasa paranoid terhadap apa sahaja yang bernama Barat!

Paranoid inilah yang merugikan umat Islam di Barat hari ini.

PARANOID TERHADAP SEMUA YANG BARAT

Sehingga kini saya masih lagi menjadi ahli kepada The Islamic Schools League of America. Jika dinilai dari sudut pendidikan sahaja pun, umat Islam di Amerika Syarikat sudah jauh lebih maju meninggalkan pencapaian umat Islam di United Kingdom, Ireland dan Perancis. Malah dari segi politik, Keith Ellison sudah berjaya menempatkan dirinya sebagai anggota Muslim pertama di Dewan Kongress Amerika Syarikat.

Tetapi ramai umat Islam yang masih paranoid. Ada yang melabelkan Keith Ellison sebagai Zionis Muslim, semata-mata beliau menerima undi daripada sejumlah orang Yahudi di tempat beliau bertanding!

Umat Islam di United Kingdom masih melatah-latah apabila Shaykh Haitham Jawwad Al-Haddad menyarankan agar umat Islam yang menghuni United Kingdom mengundi parti yang diputuskan oleh Muslim Council of Britain. Mereka menafsirkan partisipasi umat Islam di dalam policy making di negara di mana mereka tinggal, sebagai penyertaan kepada sistem Kuffar. Maka hadith-hadith tentang imitasi satu kaum ke atas satu kaum, konsep tiada dua hati dalam satu badan, isu al-Wala’ dan al-Baraa’ diguna pakai. Lantas umat Islam Eropah memilih isolasi (pemencilan) berbanding integrasi yang lebih harmoni dengan maksud dakwah.

Hal yang sama, saya ratapi apabila melihat kepada perkembangan semasa di Malaysia. Kita meremeh temehkan Eropah dan mengaggapnya sebagai bakul sampah falsafah Yunan dan Greek yang tidak perlu dibuka tudung, agar busuknya tidak melata.

Apabila Ulama tidak mahu menghalusi asas-asas pemikiran Barat, mereka gagal berinteraksi dengan cabaran semasa secara betul. Apabila golongan yang digelar sebagai Islam Liberal bersuara mengkritik beberapa idea tentang Islam, Ulama kita menjawabnya dengan bahasa sempit yang memalukan Ulama sendiri.

TELETUBBIES

Saya ingin berkongsi kisah tentang perbualan saya bersama beberapa orang rakan tentang rancangan kanak-kanak terkemuka di Britain iaitu Teletubbies. Salah satu watak yang ada di dalam rancangan tersebut, dianggap mewakili watak gay, iaitu Tinky Winky. Seorang ‘budak lelaki’ yang berwarna ungu dan bersimbol tiga segi di kepala (warna dan simbol yang sering dikaitkan dengan homoseksualiti) serta membawa beg tangan.



Lantas rakan-rakan saya mengecam rancangan televisyen tersebut.

“Ini konspirasi Barat mahu merosakkan Islam”, kata salah seorang dari kami.

“BBC sengaja mahu menyuntik budaya songsang ini kepada pemikiran kita”, kata seorang yang lain.

Saya termenung.

Benarkah bagai yang didakwa? Apakah semua benda yang tidak bersesuaian dengan kita, datang dari sebuah konspirasi?

Pada fikiran saya, pemikiran Liberal kuat mendominasi masyarakat di England. Golongan gay, sama juga seperti golongan berkulit hitam, golongan OKU malah kumpulan minoriti Islam, sudah diiktiraf sebagai sebahagian daripada kumpulan yang membentuk masyarakat Britain berdasarkan kepada terjemahan Liberalisma semasa.

Maka rancangan ini, jika benar Tinky Winky itu dimaksudkan dengan watak gay, adalah rancangan yang bertujuan mendidik kanak-kanak pra sekolah Britain terhadap polisi negara mereka sendiri. Sebagaimana mereka perlu menghormati penganut mazhab Katholik, mereka juga mesti hormat kepada umat Islam, kaum wanita, golongan hispanic, malah golongan gay.

Ia bukan konspirasi. Unsur itu masuk secara telus dan sedar.

Jika kita rasakan NILAI itu tidak sesuai dengan pegangan kita, maka tinggalkan sahaja rancangan tersebut. Untuk melabel penerbit Teletubbies sebagai ahli konspirasi dan berniat jahat, ia hanya menunjukkan kejahilan kita dan sempitnya fikiran yang mengongkong.

Untuk itu, saya sering meminjamkan nasihat dan cadangan kepada rakan-rakan yang aktif beramal di dalam gerakan Islam, agar berusaha untuk belajar tentang Eropah. Belajar tentang Eropah dari sumber Eropah. Kita tidak perlu berada di Eropah untuk belajar tentang Eropah, sebagaimana masyarakat kita tidak perlu berada di Eropah untuk telah menjadi Eropah.

Mahu tidak mahu, acuan pemikiran dan nilai Eropah itulah yang sedang menguasai umat Islam, juga bukan Islam di negara kita.

Semakin kita menjahilkan diri terhadap musuh, semakin terserlahlah kebodohan kita ketika mendepani mereka.

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
56000 Kuala Lumpur
16 Januari 2007

Friday, May 14, 2010

Novel mendidik yang wajib dimiliki...

Bismilah yang rahman dan rahim.

Minggu lepas aku berkesempatan membaca satu lagi novel membangun jiwa dari Kang Abik.Bukan milik sendiri,sebab belum masuk pasaran Malaysia.Jadi pinjam dari ikhwah usm yang telah dihadiahkan oleh seorang sahabat dari indonesia.

Aku pun asalnya tak sangka.Dalam setengah hari sahaja dah habis baca(walaupun masa tu tengah nak mula program camping moivasi dengan ikhwah usm - nasib baik jadi ajk,dapat baca dalam kereta semasa bertolak ke tempat program ).

komenku:

"novel yang WAJIB dibaca oleh remaja yang benci sejarah,seorang yang tidak percaya akan tuhan,seorang yang mahu lebih kenal APA tuhanya? dan seorang yang mahu tahu erti kesucin diri dan kebebasan yang sebenar.BACALAH ANDA TIDAK AKAN MENYESAL"




berikut adalah perview dari seorang sahabat bloger:

oleh:Iman Sulaiman, 09 Maret 2010

Dan novel yang ditunggu-tunggu para penggemar karya Habiburrahman El Shirazy atau yang lebih dikenal dengan sebutan Kang Abik ini pun terbit juga. Novel yang bertajuk Bumi Cinta ini masih merupakan novel dengan kisah romansa relijius yang tetap mengusung predikat sebagai novel pembangun jiwa, sebagaimana novel-novel Kang Abik sebelumnya yaitu Ayat-Ayat Cinta dan Ketika Cinta Bertasbih (KCB). Bahkan baik Ayat-Ayat Cinta dan KCB keduanya telah dilayarlebarkan. Namun tidak seperti novel sebelumnya yang bersetting di Mesir, kali ini Kang Abik mencoba mengeksplorasi keindahan bumi Rusia, khususnya kota Moskow.

CERITA

Dan tersebutkah seorang pemuda Indonesia bernama Muhammad Ayyas, seorang mahasiswa pasca sarjana di Delhi, India yang juga seorang santri. Muhammad Ayyas yang sebelumnya kuliah di Madinah ini berniat ingin mengerjakan tugas penelitian dari Dosen pembimbingnya yaitu mengenai Kehidupan Umat Islam di Rusia pada masa pemerintahan Stallin.

Tibalah ia di Rusia dengan disambut oleh teman lamanya David. David inilah yang mencarikan apartemen tempat tinggal untuk Ayyas. Dengan alasan keterbatasan budget yang dimiliki Ayyas dan lokasi apartemen yang strategis ternyata David hanya bisa mendapatkan sebuah apartemen yang berbagi dengan orang lain. Parahnya teman seapartemennya itu adalah dua orang wanita Rusia yang jelita. Serangkaian masalah bagi Ayyas pun bermula dari sini.



Yelena seorang pelacur kelas atas dan Linor seorang pemain biola yang akhirnya diketahui sebagai agen rahasia Mossad adalah 2 wanita yang menjadi teman seapartemen Ayyas. Apartemen yang memiliki 3 kamar ini mengharuskan Ayyas harus selalu berinteraksi dengan keduanya di ruang tamu, dapur, dan ruang keluarga. Sungguh ini merupakan godaan keimanan yang dahsyat bagi Ayyas yang mencoba menjaga kesucian dirinya sebagai muslim.

Godaan bagi Ayyas tidak hanya sampai di situ, dosen pembimbing yang dirujuk oleh dosennya di Delhi tidak bisa melakukan bimbingan ke Ayyas karena sesuatu hal, dia menyerahkan tugas bimbingan ini kepada asistennya. Dan ternyata sang asisten adalah seorang gadis muda jelita bernama Anastasia, seorang penganut kristen ortodoks yang sangat taat.

Interaksi yang intens sang asisten dengan Ayyas menimbulkan rasa simpati yang lebih di hati Anastasia kepada Ayyas. Ketertarikan itu pun kian hari kian menguat. Di lain pihak Yelena tengah dilanda konflik dengan sang mucikari dan Linor sang agen Mossad tengah menyiapkan rencana jahat kepada Ayyas, yaitu menyiapkan rekayasa fitnah sebuah pengeboman yang diarahkan agar Ayyas sebagai pelakunya.

Tiga wanita inilah yang mendominasi jalannya kisah dalam Bumi Cinta. Tidak ada konflik yang sedemikian hebat dalam kisah ini sebagaimana kita temui pada sosok Fahri yang sempat masuk penjara di Mesir, atau tokoh Furqon yang sempat terkena virus HIV. Di sini tokoh Ayyas hanya "nyaris" dipenjara karena difitnah melakukan pengeboman di Hotel Metropole oleh Linor.

Kisah ini juga dilengkapi dengan peristiwa pembantaian Zionis terhadap muslim Palestina di Sabra dan Sathila. Nuansa romansa memang terasa sangat kental di sini. Tiap halaman akan kita jumpai gejolak perasaan Ayyas atas wanita-wanita jelita yang dijumpainya.

KEKURANGAN

Lagi-lagi Kang Abik menampilkan tokoh yang terlalu sempurna di sini. Muhammad Ayyas memang dikisahkan tidak tampan dan juga tidak jelek, namun ia sangatlah cerdas, saleh, tawadhu, memiliki kepekaan sosial yang luar biasa, sangat romantis dan sifat-sifat baik lainnya. Bahkan berkali-kali Ayyas digambarkan menangis akan hal-hal yang ia anggap merupakan dosa atau mendekati dosa.

Banyak terdapat dialog-dialog yang sangat panjang yang jika kita bayangkan dalam dunia nyata ini akan sangat tidak realistis. Kang Abik dalam hal ini kurang halus dalam menyusupkan nilai-nilai dakwah. Tidak seperti dalam Ayat-Ayat Cinta dan Ketika Cinta Bertasbih, dialog-dialog bermuatan dakwah dalam novel ini ada kesan menggurui dan terlalu berpanjang-panjang.

Plot cerita terasa sangat datar. Ketika peristiwa pengeboman terjadi saya berharap ini menjadi klimaks cerita tentang kedzaliman yang harus dihadapi Ayyas, namun sayang ini sekali ini tidak kita jumpai. Tokoh Ayyas di sini tidak menghadapi konflik yang berarti alias bahagia-bahagia saja sepanjang cerita.

Mengapa yang terpikat kepada Ayyas seluruhnya merupakan wanita-wanita cantik? walau pun dengan ragam latar belakang yang berbeda tetap ini merupakan gangguan buat saya pribadi ketika membacanya.

KELEBIHAN

Sebagaimana novel sebelumnya, Bumi Cinta sarat degan muatan dakwah. Kisah romansa berbalut nilai dakwah ini disajikan dengan apik dan asyik untuk dinikmati. kang Abik juga menyelipkan kisah Sabra dan Sathila yang merupakan kisah pembantaian Zionis atas muslim Palestina.

Kang Abik menggambarkan kota Moskow dengan amat sangat detail, dari lokasi-lokasi strategis, gedung-gedung bersejarah, makanan khas Rusia, metro yang merupakan kebanggaan masyarakat Moskow, gaya hidup masyarakat di sana serta hal lainnya. Semua digambarkan dengan sangat jelas dan detail. Kutipan-kutipan bahasa Rusia juga benar-benar mampu menghanyutkan pembaca seakan benar-benar berada di negeri Rusia.

Akhir kisah yang menggantung, yaitu ketika Linor ditembak oleh agen Mossad setelah ia berhijrah ke Islam. Hingga halaman terakhir tidak diketahui apakah Linor ini akan mati atau selamat. Terus terang ini sangat membuat penasaran.

KEINDAHAN KOTA MOSKOW

Inilah beberapa foto beberapa lokasi yang menjadi latar belakang novel Bumi Cinta ini. Kita bisa membayangkan betapa indah dan cantiknya kota Moskow itu :)

Sheremetyevo Airport, bumi Rusia yang pertama dijejak Ayyas

Apartemen Kwartina, tempat tinggal Ayyas bersama Yelena dan Linor

MGU, Universitas kebanggaan masyarakat Moskow

KBRI di Moskow

Stasiun Metro Smoleskaya, lihat kemegahannya

Stasiun Metro Kievskaya, sebuah keanggunan yang berkelas

Stasiun Metro Komsomolskaya, ini stasiun atau istana ya?

Blue Mosque, satu dari 5 buah masjid di Moskow

Gereja St. Basil di Red Square (lapangan merah)

Hotel Metropole yang menjadi sasaran pemboman dalam novel ini

KESIMPULAN

Bumi Cinta sebagaimana novel Kang Abik sebelumnya memang menawarkan sebuah kisah romansa yang sangat indah dengan tetap dibalut nilai-nilai Islami. Novel ini mampu membangunkan jiwa-jiwa terlelap akan kelalaian mensyukuri nikmat Tuhan. Sangat layak dibaca dan dikoleksi :)

Bumi Cinta
Habiburrahman El Shirazy
Penerbit BASMALA
546 halaman
Harga : Rp. 50.000,00