Jangan putus asa boikot.
1- Ada pihak merasakan boikot tidak berkesan, hipokrit, bermusim, tidak bersungguh dan lain-lain respon negatif. Maka mereka buat kesimpulan mudah jangan boikot lagi.
2- Bagi memahami hal ini kita harus faham jenis dan tujuan boikot. Secara umumnya saya akan bahagikan kepada dua: Pertama boikot untuk Tujuan Tekanan Luaran (external) BTTL dan keduanya Boikot Tujuan Tekanan Dalaman (internal) BTTD
3- BTTLuaran untuk menghantar isyarat kepada pihak yang diboikot atau berkaitan agar menghentikan sokongan atau kempen berkaitan sesuatu isu. Contohnya isu penjarahan haram oleh Syaitan Zionis di Palestine. BTTL dijalankan kepada syarikat yang memberi sumbangan kepada Syaitan Zionis secara langsung dengan bukti yang sangat jelas. BTTL sangat memerlukan sokongan seramai mungkin, malah terbaiknya merentas agama atau atas nama kemanusian. Boikot jenis inilah apabila gagal mendapat sokongan ramai maka akan berlaku respon-respon negatif di atas. Senarai terbaru dibawah boikot ini adalah HP, G4S, Caterpillar, Hyundai Heavy Industry (bukan kereta Hyundai) dan Ahava. Kesimpulannya kita namakan BTTL ini level boikot orang umum atau untuk semua.
4- BTTDalaman pula level sedikit tinggi. BTTD berbeza kerana bukan sahaja dilakukan kerana mempunyai bukti kuat, bukti lemah (bukan sampai tahap palsu atau tidak logik) atau kaitan tidak langsung juga dikira kerana bersifat syubhah. BTTD ini di sarankan kepada kelompok yang lebih kecil seperti muslim sahaja.
5- Boikot jenis BTTDalaman ini bukan sahaja boleh memberi kegerunan kepada target dan menunjukkan solidarity muslim, malah tujuan lebih utama MENGHADAPI NAFSU yang bersarang dalam diri agar sentiasa kuat dan istiqomah boikot.
6- Dalam kata lain BTTDalaman bertujuan menguatkan spritual atau tekad, mendalamkan empti kepada saudara kita di Palestine dan memohon pertolongan Allah secara lebih bersungguh. Dalam kefahaman boikot jenis ini, tidak boleh keluar istilah putus asa, bermusim, hipokrit dan lain lain respon negatif.
7- BTTDalaman ini walaupun bukan semua agama yang lakukanya atau tidak memberi kesan besar kepada ekonomi Syaitan Zionos ianya tetap sebuah kejayaan. Jenis produk yang paling wajar kita boikot dengan kefahaman ini adalah berkaitan MAKANAN & MINUMAN, contohnya McD. Walaupun bukti terkini menunjukkan semakin kecil atau tiada lagi bukti langsung kepada Syaitan Zionis. Namun kaum muslim tetap perlu melaksanakannya selagimana mereka masih membayar cukai atau pemegang saham dari proksinya (contoh Amerika). Disamping itu produk tersebut bukanlah nutrisi dan mempromosi cara hidup barat yang tidak sihat. Jika kaum muslimim tidak mampu laksanakan BTTD ini, yakinlah mereka tidak akan mampu istiqomah bangun subuh berjemaah, liat solat malam untuk doakan Palestine, tidak mampu tilawah Al Quran sambil menangisi mereka dan akan cuai dalam banyak bentuk ibadah ibadah lain.
8- Kesimpulanya, BTTDalaman memang bukan mudah dan memerlukan mujahadah. Juga kita perlu faham boikot bukan menghukum produk tersebut haram. (Seorang muslim tidak boleh mengharamkan apa yang halal), namun ia dilakukan demi menguat faktor dalaman sesuatu kaum (contoh muslim) untuk menghadapi musuhnya (contoh Syaitan Zionis).
8- Nota tambahan: Syaitan Zionis bukan semua yahudi. Ada juga yahudi yang tidak menyokong agenda Syaitan Zionis. Anehnya bagaimana kaum muslim ada yang jadi penyokong separa sedar? (Tidak mahu langsung melaksanakan BTTD dan pertikai kesan boikot)
9- Jika tidak mampu sekaligus buatlah bertahap. Motivasikan diri untuk sempurnakan iman kita dengan Pesan Nabi: “Seseorang kamu tidak benar-benar (sempurna) beriman sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri.” (Sahih Bukhori dan Muslim)
10- Ayoh kaum muslimin kita lakukan BTTLuaran dan BTTDalaman untuk membuktikan ukhwah, memantapkan ibadah dan menyempurnakan iman.
Wallahwalam.
#addinlove
#prayforPalestine
#perbaikidiri
#sebarkankebaikan