Hari ini negaraku sibuk membicarakan lagi usaha ketegaq kerajaan PAS untuk melaksanakan Hudud di Kelantan. Uniknya hudud yang diusulkan PAS sedikit berbeza dari hudud negara islam yang lain. Perbezaan paling utama adalah HANYA untuk orang Islam dan TIDAK dikenakan kepada orang bukan Islam.
Maka tidak hairanlah jika ada segelintir umat Islam dan pemimpinya yang tidak mahu hudud ini dilaksankan kerana kuatir kerja jahat atau maksiat yang mereka buat akan diadili kelak oleh hudud ini.
Tapi sedikit hairan kenapa ada sebahagian pemimpin bukan Islam sangat menentang keras Hudud ini? walhah telah jelas "ONLY FOR MUSLIM" dan kita semua tahu masalah negara ini banyak berpunca dari orang islam. Jika wujud hudud maka umat Islam Malaysia juga mungkin akan jadi lebih baik seperti penurunan kadar jenayah yang sangat mendadak di Aceh selepas hudud diamalkan.
Bukankan jelas teori dan praktikalnya membawa kebaikan kepada negara. Tapi kenapa ada pihak yang tidak berkaitan dirinya juga tidak mahu? Malah mereka itu adalah sahabat tahaluf PAS sendiri?
Sungguh aneh, delema dan kasihan PAS.
Harapkan UMNO yang lemah kefahaman dan amalan Islam belum ada jaminan. Ingatkan dapat harap rakan tahaluf, malangnya lagi keras LUAR BIASA penentangannya. Kenapa UMNO tidak mahu atau mungkin sebahagian saja mahu kita maklum sekian lama sebabnya. Tapi PKR dan DAP menjadi tanda tanya yang menarik? Menariknya kerana PAS boleh tolak ansur sebarang policy PKR DAP buat kepada negeri jajahan mereka walapun PAS tidak setuju. Tapi kenapa PKR DAP tidak boleh tolak ansur dengan urusan PAS serta negeri jajahannya? Menarikan untuk kita kaji, jadi mari kita kaji.
Berikut adalah sedikit pandangan saya buat masa ini.
Berikut adalah sedikit pandangan saya buat masa ini.
Pada saya perangai PKR dan DAP ini tiada ungkapan lain melainkan; "inilah hakikat pertembungan Haq vs Batil sepanjang sejarah kehidupan". Tanpa menafikan kebaikan dalam tubuh PKR dan DAP kita harus terima hakikat pahit ditelan iaitu "MATLAMAT Perjuangan PKR dan DAP adalah pada jalan Batil". Tanpa menafikan wujud kekurangan dan mazmumah dalam tubuh PAS kita harus terima hakikat pahit ditelan iaitu " MATLAMAT Perjuangan PAS adalah jalan Haq".
Apakah kebatilan PKR dan DAP dalam isu Hudud ini? Mungkin kita belum cukup bukti untuk katakan PKR dan DAP ANTI ISLAM sejati. Tapi saya kira kita telah cukup bukti untuk katakan PKR dan DAP tidak mahu umat Islam Sepakat perjuangkan agenda mereka secara bersama. PKR DAP tidak mahu lihat parti besar umat islam UMNO-PAS berkerjasama atau kata lainnya PKR DAP tidak mahu semua umat islam bersatu dalam agenda agama mereka.
Bersatu atau sepakat umat islam akan jejaskan periuk nasi PKR DAP.
Bersatu atau sepakat umat islam akan jejaskan periuk nasi PKR DAP.
Pelbagai cara PKR DAP akan buat agar umat Islam terus berpecah, berbalah dan tidak boleh dibiarkan bersepakat atau bersatu dalam agenda hidup mereka. Kerana apa? mudah! kerana Kesepakatan dan kesatuan Umat Islam akan menjayakan MATLAMAT perjuangan HAQ. Perpecahan dan perbalahan umat Islam pula menjayakan MATLAMAT perjuangan BATIL. Itulah sifir dan hakikat Pertembungan Haq vs Batil sepanjang sejarah kehidupan ini.
Sekian.
No comments:
Post a Comment