Bismilah,Ar-rahman dan Ar-Rahim..
AstafirulAllah…apa la aku ni,
kan tak pasal-pasal dah kena tegur murobi dan Ikhwah.…
YA Allah ……,baru aku jumpa jawapannya,…..
Apa yang aku pos di satu forum sahabat salafi yang timbul rasa tak puas hati di kalangan sahabat di sana juga dikelaskan sebagai NAJWA(.berbisik-bisk)….
Niat baik saja ,tapi cara tak tepat,akan bawa mudarat lebih….
Sepatutnya aku terus jumpa pengisi tersebut atau beri komen rasa tidak puas hati dengan orang yang terlibat tanpa perlu menghebohkan.Jika penceramah tersebut masih tetap merasakan tindakan tersebut betul maka boleh diceritakan kepada orang lain dengan tidak menyebut nama orang dan tempat program tersebut supaya dijadikan iktibar.Itukan lebih hikmah.
INIlah aku,seorang yang lemah dan kerap saja buat silap….
Ada ayat Al-Quran dalam bab ni…..(ada tulis dalam buku usrah,lain kali la sertakan).
Aku sebenarnya dah tahu benda ni lama,tapi tidak menyangka perbuatan aku di forum tersebut adalah dalam kelas najwa yang boleh merosakkan ukhwah islamiah antara kami.
Pesan murobi dan para ikhwahku :
“Akhi,dalam masalah najwa ini cukup payah diatasi,kalau jelas berbisik-bisik buat fitnah itu jelas benda yang salah.itu mudah dikesan.”
“Tapi yang payah ,adalah berbisik bisik akan kelemahan seseorang dan kita cerita kat orang lain ,konon untuk cari kepastian betul ke dia salah atau cari keadah nak teguran orang itu dalam keadaan tanpa orang itu tahu.”
“Antum niat baik nak tegur dia,tapi antum pi cerita kat orang lain ,apa pasal?kenapa antum tak saja jumpa terus,surat-menyurat ke,email ke atau antum cari orang ke 3 yang boleh dipercayai dan nyatakan hasrat antum supaya tegur orang tu tanpa sebut nama antum ke?dan lain-lain cara yang tidak perlu pekara tersebut di dedahkan,kan itu lebih baik.”
“Akhi ,masalah inilah antara punca kejatuhan, kegagalan binaan tarbiah sesuatu jemaah islam,
“Masalah inilah,yang merengangkan ukhwah antara jemaah islam,sehinggakan saling berlaku masam muka antara jemaah-jemaah islam.”
“Malah masalah ini juga akan merengangkan ukhwan antara ahli satu jemaah sehinggalah ada yang lari atau keluar dari jemmah.”
“Ini (najwa) memang satu perangai yang payah dihindari.”
“Ingat akhi,bila anta cerita kelemahan orang lain,anta menjatuhkan maruah diri anta ! ”.
“Lainlah kalau anta cerita sesuatu yang dah diketahui umum silapnya,memang jelas silapnya,anta cerita juga secara umum,tanpa sebut tempat dan nama secara terperinci.”
Antara contoh mudah,dalam satu usrah,pernah berlaku,
Seorang mutarabi melihat rakan sehalaqahnya couple,jadi dia pi cerita kat kawan-kawan seusrah lain,dan lagi dia juga pi cerita kat ikhwah-ikhwah lain…
Yang malangnya adalah dia tidak cerita kat murobi dia,kan dah jadi masalah.Jadi kesnya murobi tak tahu.
Bila murobi dipanggil oleh murobi dia,dan ditanya apa tindakan yang telah ambil?maka terpinga-pinga si murobi kena soal dan tidak tahu menahu yang mutarabi dia Couple,
Kan dia (murobi yang tidak tahu kes tersebut) malu dan pasti akan sakit hati kat mutarabi usrah dia.
Jadi akh ,kalau anta Nampak ada seorang yang bemasalah yang besar dalam usrah ni dan antum tak tahu cara nak selesaikan .Maka cerita kat ana biar ana tegur,jangalah cerita antara antum atau berbisik antara antum sampai ana tak tahu menahu.Juga supaya berkesan.kalau anta tegur mungkin dia kurang respect,tapi kalau murobi tegur mungkin lebih baik.
Tapi kalau boleh selesai sendiri lagi baik,contoh antara antum.
Ok.Contoh:Abu Nampak Ahmad pakai seluar pendek yang nampak lutut di korido asrama,..,maka abu jumpa Ahmad dan tegur.Maka masalah selesai di situ.Jadi tidak perlulah cerita kat orang lain termasuk ana akan kesilapan Ahmad.
Yang jadi masalah bila cerita kat orang lain.Kalau masalah selesai tidak apa.Ini tambah teruk sehinggakan hampir seluruh dunia tahu akan keaiban dia sedangkan orang yang di Najwa tidak tahu menahu.
Akibatnya bila dia tahu,dia akan malu dan punya perasaan kurang senang pada orang yang menyebarkan najwa tersebut.Maka ukhwah renggang dan boleh menimbulkan permusuhan….
Ya Allah ampunlah perangai aku yang pernah najwa saudaraku,dan jauhilah aku dari perangai ini lagi….
InsyaAllah aku dalam usaha mendapatkan email penceramah tersebut untuk minta maaf dan email sahaja kat dia thread yang aku sudah buat kat forum tu.Cuma masalahnya dia orang arab.Masa dia ceramah dia guna BI.(kalau dia guna bahasa arab,KO la aku,98% tak faham –perkataan ana anta faham la ) . Mungkin kah perlu aku translate threat tu ke bahasa inggeris.?
murobi=naqib atau guru.
mutarabi=anak usrah atau murid.
No comments:
Post a Comment