Sunday, August 2, 2009

Air penawar pondok.



Minggu lepas aku ternampak satu botol air mineral 500ml di atas meja jahit ummiku.
Setelah diperhatikan lebel air itu aku merasa cukup kagum dengan air itu,diberi nama Air penawar podok.Kemulianya dibandingkan dengan air yang lain adalah dibacakan 70 kali surah yasin,al-fatihah,ayat kursi,surah lazim dan beberapa lagi ayat-ayat pilihan dari Al-quran.Dan satu lagi, dibaca oleh pelajar –pelajar podok yang terpilih.

Aku bertanya ummi ku,dari mana dia dapat air tu.Katanya air itu dibawa pulang adiku dari satu program motivasi pelajar sekolah rendah.Mungkin adiku diberi atau dia yang beli.

Yang menariknya adalah dibacakan ayat-ayat Al-Quran.Aku pernah mendapat kertas edaran yang menceritakan bagaiman rupa bentuk molukel air yang didedakah kepada beberapa bunyi . Antara nya dibuat perbandingan rupa bentuk molekul air yang di buat ujian dalam keadaan yang berbeza.Keadaan pertama adalah air yang didedahkan kepada suara caci maki ,keadaan kedua adalah air yang dibacakan Al-Quran dan keadaan ke tiga ditunjukan juga bagaiman rupa molukul air zamzam.

SubhAnallah maha agung Allah azawajala ,Air juga seakan mampu menunjukkan perasannya. Sehinggakan kita mampu buat kesimpulan dengan perubahan perasan air itu , berubah juga perasaan peminum air tersebut mengikut bentuk perasan semasa air tersebut,

Kalau logiknya manusia juga di dominasi oleh cecair yang banyak ,maka air begitu mudah masuk dan bersilaturrahim dengan darah dalam masa yang amat singkat.
Alhamdulilah semoga usaha pelajar –pelajar pondok yang membaca ayat-ayat Al-Quran pada air tersebut mendapat perhatian Allah azawajala dan Allah menambahkan keredoanya kepada mereka atas usaha yang mulia itu.Kerana redo itulah hadiah terbaik dari Allah atas hambanya yang beriman.Mereka menjadikan molukel air itu cantik dan indah.Dengan molekul air yang indah itu , darah pesakit yang bentuk molukelnya tidak tentu arah menjadi neutral .

Alhamdulilah.Tapi , aku amat ingin mengajak diri sendiri dan saudaraku berfikir satu perkara reality yang benar-benar berlaku dalam masyarakat kita.

Tidaklak kita terasa pelik , hairan dan malu , apabila uncle Chinese yang menjadi jiran kita ditemu-ramah oleh wartawan yang mengetahui keputusan peperikasan yang cemerlang luar biasa anaknya, dia mengatakan anaknya tidaklah punya rahsia apa-apa. Tidaklah diberi sebarang air jampi atau apa-apa pun bacaan mentera sebelum peperiksaan .Yang diberikan oleh dia (si ayah),hanyalah kata-kata semangat untuk kerap belajar,menyediakan tempat belajar yang selesa,di kekang dari bermain game,di berikan tusyen dan di hadiahi sesuatu sebagai motivasikan bila anaknya dapat A dalam sebarang subjek.Uncle tu tegaskan lagi, itu sahaja yang dibuatnya,tidak ada rahsia lain.Dan hasilnya anak dia mendapat hampir semua A dalam peperiksaan SPM .

Sedangkan kita , sebelum nak hadapi peperiksaan ,solat hajat setiap malam,jumpa macam-macam ustaz dan tok guru untuk didoakan,dan buat air yang dibaca bermacam-macam ayat Al-Quran dan disuruh minum juga kita setiap malam .Tapi bila peperiksaan tamat keputusan sedehana je,malah ada yang gagal.Aneh bukan?Dimana silapnya ?.Silap pada ustaz yang doakan untuk kita ?Silap pada agama kita yang kita yakin benar ? atau silap diri sendiri yang tidak usaha tapi tawakal luar biasa ?

Dan aku agak setuju bila Dr Asri, bekas musti perlis cukup lantang dalam masalah seumpama ini.Ya , memang benar apa yang dikatakan.Agama menjadi mandul disebabkan perangai orang kita yang malas berusaha,salah paham dalam bab tawakal dan percaya sahaja tanpa fikir panjang.Malah jika dibiarkan pekara ini boleh sampai kepada mensyirik Allah.Asal sahaja yang kata itu ustaz , terus percaya,tanpa pikir logic ke?,ada ayat Al-Quran ke?,atau betul ke sahih hadis yang diucapkan?.Maka , yang lahirnya adalah masyarakat yang “buta dan membabi buta” serta malas guna akal untuk berfikir. Jadi bila la orang kita yang dikatakan islam akan ke depan ?

Bila la?lagi 5 tahun?10 tahun?20 tahun atau 100 tahun?

Dan akhir kisah…yang paling aku geli hati adalah ummiku.Dia menceritakan masa mudanya yang pernah minum air “nota rebus” dan mendapat keputusan agak baik.Dia buat seperti itu sebab yang suruh tu seorang yang berpengaruh seperti “ustaz” .Masa muda yang jahil dan tidak mengenal nilai-nilai islam,yang ada hanya nama je islam dan beberapa ritual islam, bab solat pun belum pasti lepas, komentar ummi ku mengenang nostalgia lama itu.Masa tu , dia kata hampir semua kawan-kawan dia minum,keluarga juga mengalakkan.Memang percaya bulat-bulat pada kata-kata ustaz bila nak exam .Sekarang, bila dikenang kebodohan itu ,lucu gile dan yang mendengarnya pasti ketawa geli hati .

Alhamdulilah ummi aku tak mati masa tu atau lahir zuriat yang bermasalah,Semua anaknya sukses,insyaAllah.

No comments:

Post a Comment