Bismilah Ar-rahman dan Ar-rahim,aku menulis.
Aku cukup tertarik pada tulisan Abu saif yang bertajuk“Tamrin Dakwah Generasi IPOD”.Tulisan beliau itu mengandungi nasihat yang sarat untuk generasi muda memahami kondisi mereka sekarang.Perubahan zaman yang terlalu cepat,peringatan untuk mereka agar tidak boleh terlalu lama bermain dengan teknologi yang tidak bermanfaat dan yang penting adalah mulakan “langkah perubahan” dengan solat berjemaah.
Berkata tentang solat maka aku juga turut ikut memberi komen dalam artikel beliau itu.Bukan bermaksud mengatakan kenyataan beliau itu salah,aku menyokong kenyataan beliau,malah aku memberi sedikit cadangan kepada pembaca-nya supaya turut menitik beratkan beberapa perkara yang akan membantu kita solat berjemaah secara istiqamah.
Berikut adalah komen ku yang menyokong artikel beliau yang disiarkan di web peribadinya, saifulislam.com :
…………………………………………………………………………………………………………………………………..
“jazakallah ust kerana ingatkan tentang kita mula langkah dengan solat.
tapi,tu lah yang payah, payah nak laksanakan…
tapi tulah langkah mula yang harus dilalui,kalau seorang muslim itu tidak ambil peduli langkan ini,pasti ada kecacatan dalam tarbiah hidupnya…
apa pun mari kita buat,jangan bak kata seorang sahabat “di bibir sahaja”.
dalam bab ni kita harus malu kepada sahabat tabligh kita,
mereka katakan iman,kemudian amal,
kita juga kata iman,tapi amal kita?.
dan dalam langkah ini,kita memerlukan,paham kenapa perlu buat,tekad yang kuat untuk buat,lingkungan kawan yang memotivasikan,pengajian yang istiqamah,
berusaha meninggalkan amal mungKAR,dan terpenting ikhlas kerana Allah.
hiduplah dalam suasana ilmu,iman,amal,cinta dan ukhwah”.
……………………………………………………………………………………………………………………………………
Dari komen ku itu aku ingin tekankan satu langkah yang harus dilakukan oleh pemuda dan pemudi islam dalam mengharungi cabaran zaman ini.
Paham sebelum amal,yang juga bermaksud ilmu sebelum amal.
Telah jemu rasanya kita mendengar tazkirah dan ceramah ramai ustaz tentang ayat Al-Quran pertama yang diturunkan oleh Allah azawajala,ayatnya adalah awal surah Al-Alaq.Kata semua ustaz,setakat ini tidak pernah ada yang mentafsirkan dengan maksud lain, ayat ini adalah isyarat yang penting buat seorang muslim untuk mendepankan ilmu.
Jadi ketahui lah saudaraku,ilmu adalah penting sebelum amal.Jika amal yang didepankan dari ilmu,jadilah kita ahli abid atau orang yang banyak ibadah sahaja atau orang yang quantity ibadahnya banyak tetapi tidak dapat menandingi ibadah orang berilmu yang ibadahnya dilihat sedikit tetapi berquality.
Berikut adalah sarana-sarana ilmu yang pernah kita lalui disebabkan oleh kepedulian penjaga atau ibu bapa kita :
1. Belajar di rumah bila kita telah lahir,suasana dan siapa yang menjadi isi
rumah adalah guru kita.(lahir sahaja-sampai mati)
2. Pergi ke taska,bila mak juga kena pergi kerja.(1 tahun ke 5 tahun)
3. Pergi tadika bila dah umar 5 atau 6 tahun.Di sini kita patut dah tahu sikit
membaca dan yang penting kita patut dah dapat kenal huruf jawi(minima),iqro 1
patut dah pas.
4. Pergi sekolah rendah,(7 ke 12 tahun)
5. Pergi sekolah menengah,sudah akil baligh(13 ke 17 tahun)
6. Pergi University,terlepas dari ketiak ibu dan ayah..(18 ke 20 lebih tahun)
7. Alam perkerjaan,Belajar sendiri.Dah grade dari university nak belajar kat
mana lagi?(sibuk kerja,komitmen itu dan ini dan tanggungjawab biasanya
menjadi penghalang).(20 tahun lebih).
8. Dah mati.Belajar di alam kubur.boleh ke?
Sebenarnya banyak lagi sarana-sarana yang kita akan tahu apa bila kita semakin besar dan matang.Sarana tersebut boleh diselitkan diantara perkara-perkara yang aku gariskan itu.Di antara sarana tambahan tersebut adalah pembacaan peribadi,kelas tambahan,sekolah pondok,mencari guru tamahan,perbincangan,berblog dan banyak lagi.
Cuma ,di sini aku ingin mengajak pemuda dan pemudi ,berfikir satu sarana yang cukup penting yang mungkin kita tidak titik beratkan iaitu :pengajian informal atau pembelajaran secara informal.
Sarana tersebut aku lebih khususkan ,ianya adalah “pengajian agama” yang akan melengkapkan syariat agama kita,Minima kita tahu serba sedikit untuk diamalkan walaupun untuk mendalaminya mungkin perlu ustaz yang memang memegang amanah tersebut.
Perkara agama paling asas adalah akidah yang kemudian akan menghasilkan akhlak yang baik.Maka mencari pengajian akidah,ilmu fiqh,pengetahuan tentang hadis ,tafsir al-Quran ,dan sirah pejuang islam seharusnya dilakukan oleh setiap muslim sejak akhil baligh atau sejak dirinya-nya mula timbul soalan-soalan penting seperti,mengapa aku hidup?mengapa aku beragama islam?mengapa aku belajar?untuk apa?kaya?senang?hanya untuk ikut cakap ibu bapaku?untuk apa,aku ke university ini ?untuk cita-citaku?untuk cari makan ? atau aku ni hidup untuk memuaskan nafsuku?-dan macam-macam lagi soalan seumpanya yang menuntut kita satu jawapan yang matang.
Soalan seumpama itulah yang menggerakkan aku untuk terus mencari pengajian sehinggalah saat ini.Kerana baru aku sedar,dari kecil ibu bapaku agak kurang menekankan banyak aspek-aspek agama yang diperlukan bagi menghadapi cabaran masa kini.Walaupun sebenarnya mereka telah lakukan yang terbaik untuk diriku.
Zaman yang musibahnya tidak tahu mana hujungnya ,terlalu banyak huru hara,semakin banyak dan semakin sulit difikirkan penyelesaianya.Seorang sahabat pernah berkata dalam ceramahnya ;
“dalam 20 tahun yang lepas,tidak pernah saya bayangkan kerosakan zaman seperti ini,maksiat yang semakin terang-terangan,pesta arak di merata tempat,buang anak macam buang sampah,cerita kumpulan pemuda-pemudi yang sanggup berzina atas Al-Quran,kes murtad yang semakin tidak diendahkan,video-video lucah yang begitu mudah dapat,dan banyak lagi musibah yang memeningkan.Tu pun waktu tu,saluran tv-nya hanya ada tv1,tv2 dan tv 3,tapi sekarang?rumah siapa yang tidak ada astro?angkat tangan.!”
Jadi umat kita kelak bagaimana,?dapat kita bayangkan musibah apa dalam 20 tahun akan datang?
Dan kita?,adik-adik kita,kakak kita?bakal suami atau isteri kita ? akan dapat melaluinya?atau dapatkah kita jamin anak-anak kita atau zuriat kita akan terselamat dari musibah yang kita tidak tahu bentuknya apa ,20 tahun ke depan.?.
Adakah persedian kita?ilmu kita,?komitmen kita melakukan perubahan yang lebih baik sudah cukup?Atau kita tidak payah peduli?
Jadi kita dimana?-(sekarang depan screen , tengah baca artikel aku la.)
Seorang ustaz yang popular bernama hasan Al-bana rahimahullah pernah berkata;
“Kita harus bertindak,mulakan dengan melahirkan diri sendiri sebagai individu muslim,kemudian kita usahakan sebuah keluarga muslim,kemudian masyarakat muslim,kemudian baru kita melangkah kepada negara muslim”
Bagi ku pula langkah yang Ustaz Hasan Al-Bana rah. katakan amat benar berdasarkan Al-Quran,Hadis dan sirah nya nabi kita.Malah dalam langkah-langkah tersebut sentiasa meng-kehendaki kepada “pengajian” dan tidaklah akan berhenti walaupun kita sudah punya sebuah daulah islam.
Dan pengajian ini pula akan bermasalah , jika didatangkan dengan penyampaian yang terlalu syadid(keras) pada tempat yang tidak sepatutnya,kerap keluar tajuk , bercampur isu politik pada tempat yang tidak perlu, isu yang sama sahaja , penyampai tidak update dengan teknologi , tidak kretif , pendekatan yang sama sahaja , pembelajaran ilmu feqah yang sempit dan perbahasan akidah yang payah difahami.
Maka tanggung jawab kita adalah mencari pengajian yang selain itu dan berusaha sampai jumpa.Jangan kerana kita hanya jumpa beberapa tempat seperti ciri di atas, maka kita sudah tidak meminati pengajian agama.
Bak kata hadis melayu;
“Hendak seribu daya ,tak hendak seribu dalih”.
Yang mencari akan jumpa,yang jumpa akan menikmatinya.
Begitu juga kata “bapa kaya” kepada Robert T.Kiyosaki :
“There are people who make thing happen;there are people watch thing happen;and there are people whom say, ’what happened?’ ”
Jadi kita yang mana satu?
a) Make thing happen,or
b) Watch thing happen; or
c) ‘What happened?’
No comments:
Post a Comment