Thursday, February 17, 2011

Selangkah Memahami Perjuangan.Siri 2

Orang yang beriman sentiasa berharap semoga Allah mengampuni segala dosanya dan memasukkannya ke dalam syurga. Keampunan Allah dan syurga itu adalah kejayaan yang besar yang hanya tercapai setelah dia dapat melintasi pintu syurga beberapa langkah sahaja. Tetapi, rasa ketamakan terhadap apa yang ada di sisi AlIah itu adalah satu keinginan yang manis dan lazat.

Apabila harapan itu ada bersama kita, kita tidak merasa cukup hanya setakat melintasi pintu syurga, tidak cukup rasanya kalau sekadar tinggal di tingkat syurga yang rendah darjatnya, bahkan kita bercita-cita untuk masuk ke syurga‘illiyyin (yang tertinggi) dan syurga Firdaus yang yang tertinggi.

Di sinilah lojiknya kata-kata:

“Sesiapa yang inginkan darjat yang tertinggi di syurga, dia hendaklah berada di martabat yang tertinggi di dalam kehidupan dunia.

Satu dengan satu.

Setiap barang ada harganya

Tidak ada martabat yang tertinggi di dunia ini kecuali martabat dakwah

dengan melakukan kerja-kerja dakwah kepada Allah.

Demikianlah tulisan Syeikh Abdul Qadir al-Kailani Rahimahullah di dalam bukunya yang bertajuk “Futuh ul-Ghaib”.

Beliau adalah seorang da’I dan reformis. Oleh itu, kita dapati setiap bukunya tertumpu kepada pengertian dakwah dan kewajipan dakwah. Menurut pandangan Abdul Qadir al-Kailani, ‘orang yang berjaya’ ialah orang yang dipilih oleh Allah:

“…dan Allah menjadikannya seorang cendekiawan yang menyeru manusia kepada Allah, memberi peringatan dan ancaman kepada mereka, menjadi hujah (dia telah menyampaikan Islam), pembawa hidayah dan menyampaikannya.” Kemudian beliau berkata: “Itulah matlamat tertinggi di kalangan bani Adam. Tiada darjat lain mengatasai mereka kecuali darjat kenabian.”94

Mukmin Bisu adalah Ketinggalan

Syeikh Abdul Qadir Kailani menganggap golongan bukan da’i berada di martabat lain. Golongan itu merupakan orang mukmin yang mempunyai hati tetapi tiada lidah untuk menyampaikan dakwah. Mereka adalah di antara makhluk Allah yang terlindung daripada makhluk dan terdinding di sebalik tirai. Kekurangan mereka menutup mata dan hati mereka dari menerima hidayah.

Oleh kerana mukmin tersebut tidak mempunyai lidah, turunlah martabatnya dan ketinggalanlah dia. Dia tidak mendapat gelaran yang hebat dan agung. Mukmin dan golongan yang pertama (yang berdakwah) dikatakan sebagai ‘jahbaz’ iaitu para cendekiawan, ‘da’i’ dan ‘hujah’ ibarat sinaran yang terang-benderang. Mukmin yang kedua (yang tidak berdakwah) dikatakan mukmin yang ‘mastur’ atau yang terselindung. Perbezaan bunyi dan sebutan di antara dua kategori panggilan tersebut amatlah jauh sekali umpama langit dan bumi.

Jarak dan jurang antara keduanya sangat jauh dan luas. Antara martabat dakwah dengan martabat iman yang tertutup dan menjauhkan diri. Jurang luas itu tidak lain melainkan disebabkan oleh faktor lidah yang menyatakan kebenaran. Tiada sebab lain. Sesiapa yang mempunyai lidah berani menyatakan kebenaran maka dia akan berada di hadapan kumpulan yang berjalan menuju Allah. Memang setiap orang beriman berjalan menuju kepada keredhaan Allah. Cuma soalnya, samakah siapa yang berada di hadapan dengan yang ketinggalan di belakang?

Insya Allah, mereka semuanya akan memasuki syurga. Tetapi samakah golongan yang menjadi barisan pertama memasukinya dengan golongan yang dapat memasukinya hanya setelah bertahun-tahun menunggu di padang mahsyar?

Kerana itulah Syeikh Abdul Qadir Kailani Rahimahullah cuba memahamkan bahawa perasaan seorang da’i terhadap kemestian untuk mengubah perkara yang batil dan memenangkan hak merupakan satu kurniaan Allah bagi sesiapa yang ada kebaikan di dalam hatinya. Pengertian ini dibentuk dengan kata-kata yang lebih mudah, tetapi berharga. Iaitu:

“Apabila betulnya hati seorang hamba itu kepada Allah S.W.T. dan berjaya menghampirkan diri kepadaNya, Dia akan mengurniakan kepada hamba tersebut kerajaan dan kekuasaan di seluruh alam. Dia menyerahkan kepadanya kerja mengembangkan dakwah kepada makhlukNya, dikurniakan kepadanya kesabaran terhadap gangguan manusia, serta diserahkan kepadanya urusan mengubah kebatilan dan menegakkan kebenaran.”95

Demikianlah tingginya bahasa bila ia terbit dari pelita kenabian, sama ada keluarga dari aspek nasab atau ilmu. Syeikh Abdul Qadir berada di kemuncak kemuliaan kerana nasabnya dari keturunan Ali r.a. Tambahan pula, beliau menguasai ilmu hadis dan memahami kata-kata Imam Ahmad bin Hanbal Rahimahullah:

“Sesungguhnya peluang untuk mengembangkan dakwah itu adalah taufiq dari Allah. Allahlah yang memudahkannya bagi siapa yang didapati ada kebaikan dalam hatinya hatinya. Tugas itu adalah satu penghormatan dari Allah kepada seorang hamba, bukannya bebanan.”


Renunglah dengan teliti terhadap kata-kata al-Kailani diatas yang bermaksud: “… serta diserahkan kepadanya urusan mengubah kebatilan dan menegakkan kebenaran...”

Kebatilan wajib diubah oleh da’i. Ubah ertinya hendaklah diperangi,dihapuskan dan dikuburkan. Jika sekiranya kamu berharap agar kebatilan itu sendiri meninggalkan tempatnya dan menyerahkannya kepada kamu atau jika kamu berharap kamu akan dapat berbicara dengannya mengunakan bahasa diplomasi.....

Maka sesekali ianya tidak akan berlaku. Cara ini tidak akan mendatangkan sebarang faedah. Hanya perkataan ‘mengubah’ sahaja yang disebutkan dalam undang-undang dakwah.

Kita Hubungkan Generasi Lalu Dengan Generasi Seterusnya.

Sesungguhnya, Islam hari ini sangat-sangat memerlukan kepada satu kumpulan da’i yang memiliki kefahaman ‘mengubah’ ini, memahami betulbetul kewajiban membawa petunjuk kepada manusia, tahu kedudukan mereka di dalam angkatan dakwah yang berjalan dan mengerti bahawa mereka adalah mata rantai yang menghubungkan angkatan dahulu dengan angkatan yang akan datang nanti. Mereka bersama mengumandang nasyid:

Kita ini adalah angkatan musafir di dalam hidup ini
Menjadi penghubung barisan yang mendatang dengan mereka yang telah lalu
Mereka yang terdahulu telah menunjukkan jalan ini kepada kita
Wajib pula kita menunjukkan jalan kepada generasi depan.96

Betul....golongan yang terdahulu telah bersusah payah menyampaikan akidah tauhid kepada kita, mendidik kita, membersihkan akidah kita, membentuk kita dan menyelamatkan kita dari bahaya yang membinasakan. Oleh itu, sepatutnya kita setia kepada mereka, menyempurnakan janji kita dalam melaksanakan tugas dakwah yang telah diserahkan kepada kita supaya kita bekerja dan beramal seperti mana yang pernah mereka lakukan.

Mereka yang menanam pohonnya, kita yang menikmati hasilnya.

Seterusnya, kita pula akan menanam pohon supaya buahnya boleh dimakan oleh generasi yang datang.

Penanaman itu memerlukan kita bergaul dengan orang ramai, berbicara dengan mereka dan mengucapkan kalimah kebenaran dengan tegas dan terus terang.

Tetapi, bagi sesiapa yang memilih untuk bersembunyi, mengasingkan diri dan enggan menentang pemikiran sesat dan kerosakan akhlak yang berlaku, maka orang itu samalah seperti yang dikatakan oleh Mustafa al-Rafi’ie:

“Orang itu menyangka bahawa dia telah lari dari kehinaan menuju
kemuliaan, tetapi pelariaannya dari memerangi kehinaan itulah kehinaan bagi
dirinya. Apa ertinya kesucian, amanah, al-sidq, kesetiaan, kebaikan, ehsan dan
lain-lain kemuliaan bagi seorang yang berada keseorangan di padang pasir atau
di puncak gunung? Bolehkah dianggap al’-sidq itu satu kemuliaan pada
seseorang manusia jika di sekelilingnya hanya ada ketulan-ketulan batu? Demi
Allah, sesungguhnya siapa yang langsung tidak memerangi keburukan, maka
dia sebenarnya langsung tidak mempunyai kebaikan dan kelebihan.”97

Apakah bezanya antara orang yang mengasingkan diri di puncak gunung dengan orang yang membisu seribu bahasa di tengah-tengah orang ramai?

Masalah umat Islam hari ini sebenarnya bukanlah disebabkan kurangnya bilangan mereka. Begitu juga masalah dakwah Islam pada hari ini juga bukan disebabkan oleh kurangnya orang yang berpegang teguh dengan Islam di tengah-tengah kegawatan umat yang meninggalkan solat, mengamalkan bid’ah dan mendukung pemikiran kufur dan teori jahiliah. Tidak sekali-kali, kerana setiap tanah umat Islam di seluruh dunia ini sentiasa mempunyai ramai angkatan muda Islam yang baik.

Masalah yang berlaku ialah mereka ini tidak menzahirkan keIslaman mereka, tidak menyampaikan dakwah Islam kepada orang ramai atau mereka melakukan kerja-kerja dakwah tetapi tanpa adanya penyelarasan di kalangan mereka.

Seorang mujahid dakwah dan ahli fiqh Islam, Al-Syahid Abdul Qadir Audah telah menunjukkan makna ini kepada kita lalu berkata:

“Di dunia Islam pada hari ini ada generasi terpelajar yang mepunyai ilmu Islam yang
tinggi. Mereka bersungguh-sungguh mengembalikan semula kedudukan Islam yang telah hilang. Dalam menegakkan kebenaran, mereka tidak takut kepada cercaan orang ramai. Namun, kekurangan mereka yang ketara ialah mereka terpengaruh oleh pendekatan generasi terdahulu. Kebanyakan kerja-kerja mereka tertumpu kepada soal ibadah dan nasihat sahaja. Adalah lebih baik bagi mereka dan bagi agama ini sekiranya mereka tumpukan sebahagian besar usaha mereka bagi mengingatkan orang Islam terhadap perlunya menghidupkan semula syariat mereka yang telah dipinggirkan dan menghapuskan undang-undang mereka yang bertentangan dengan Islam.”98


Imam Ahmad sendiri melakukan Amal Tajmi’

Da’i mesti mengenalpasti angkatan pemuda yang terbaik di dalam masyarakat dan seterusnya bergaul dan berkenalan dengan mereka, menziarahi mereka dan mengajar mereka kaedah menggabungkan dan menyelaraskan tenaga-tenaga Islam.

Tindakan ini akan memperbaharui sejarah yang dicatatkan oleh Imam Ahmad bin Hanbal, seorang da’i yang dihormati.

Diceritakan: “Apabila sampai kepada Imam Ahmad berita tentang seorang lelaki yang soleh atau zuhud atau yang menegakkan kebenaran dan mengikuti perintah Allah, beliau akan bertanya mengenai orang tersebut. Beliau amat gembira jika dapat berkenalan dengannya serta mengetahui hal ehwalnya.”99


Lihatlah, Imam Ahmad tidak mengasingkan diri dan lari dari orang ramai. Da’i hari ini sepatutnya sentiasa mencari orang ramai, bertanya khabar, menemui dan bermusafir untuk menemui mereka serta menziarahi mereka di dalam tempat perhimpunan mereka. Orang yang hanya menunggu kedatangan orang ramai untuk menemuinya sama ada di masjid atau di rumahnya, dia hanya akan tertinggal keseorangan dan dia hanya akan mempelajari seni menguap dan mengantuk.

Sebagai contoh, lihatlah kesungguhan Imam Ahmad yang disebut sewaktu sebahagian ulama’ memperkenalkan Musa bin Hizam (guru kepada Imam al-Bukhari dan al-Tarmizi).

“Beliau (Musa bin Hizam) adalah seorang soleh dan thiqah. Walaupun begitu sebenarnya pada peringkat awal, Musa menganut fahaman Murji’ah yang menyeleweng. Kemudian Allah menolongnya melalui Ahmad bin Hanbal. Beliau berubah dan menjadi pengikut sunnah, membela sunnah dan menentang siapa yang menyalahi sunnah, terus berpegang pada agama dan sunnah hinggalah beliau wafat”100

Kata-kata itu sungguh bermakna kerana mengandungi makna dakwah yang sangat besar ertinya. Perubahan tidak akan berlaku hanya dengan anganangan dan harapan.

Bayangkanlah bagaimana tekunnya Imam Ahmad mendampingi beliau,duduk lama bersama, berbincang dengan lemah lembut, tenang, penuh hikmat dan nasihat yang baik sehingga berjaya memalingkan beliau dari bid’ah golongan Murji’ah. Bid’ah itu telah membuatkannya beranggapan bahawa amalan bukanlah merupakan syarat kepada iman tetapi iman hanyalah kepercayaan di dalam hati sahaja. Imam Ahmad kemudiannya duduk lagi
bersamanya, mengajarnya pula tentang hadis. Kemudian duduk lagi bersamanya bagi membangkitkan semangat. Begitulah secara terus-menerus sehingga akhirnya beliau menjadi pembela sunnah yang setia, menentang ahli bid’ah dan golongan pengikut hawa nafsu hinggalah beliau meninggal dunia.Begitulah cara berdakwah dan berkhidmat demi Islam. Begitulah sikap para da’I salafussoleh terdahulu.

Mesti wujud hubungan dengan manusia.

Anda mesti duduk bersama untuk mengajar mereka.

Anda mesti meninggalkan isteri, anak-anak, majlis-majlis keduniaan dan kesibukan perniagaan untuk beberapa jam setiap hari. Berikan ianya untuk
dakwah kepada Allah. Gunakan waktu ini untuk menarik orang sesat yang
telah menjadi mangsa taghut hari ini dan memandunya ke jalan yang lurus.
Atau gunakan waktu ini untuk membantu seseorang yang frust, kecewa dan
mendiamkan diri, berduka cita melihat realiti kehidupan muslim tetapi dia
sendiri dibelenggu dengan keinginan dunia. Moga dengan itu, anda dapat
menggerakkannya dan menggegarkan jiwanya sambil merangkulnya dengan
bersungguh-sungguh.

Sesungguhnya itulah rangkulan keazaman yang pernah dilakukan oleh
Jibril a.s. semasa memeluk Nabi kita Muhammad S.A.W sebanyak tiga kali di
gua Hira’pada detikdetik pertama kenabian baginda. Jibril a.s. memeluk
baginda rapat-rapat dan bersungguh-sungguh. Kemudian barulah
memerintahkan baginda:

“Bacalah dengan nama Tuhanmu yang telah menciptakan”
Begitu juga Rasulullah S.A.W. memeluk sepupunya Abdullah bin Abbas
dan berdoa: “Wahai Tuhanku ajarkan Al-Quran kepadanya.”
Seperti mana para da’I pernah merangkul kamu, maka kamu juga wajib
merangkul orang lain. Pelukan yang meletakkan batas pemisah di antara zaman
dan masa relaks dan selesa dengan zaman memikul amanah secara tekad,
penuh keazaman dan kesetiaan.

Allah S.WT. menolong ribu-ribu orang seperti Musa bin Hazam melalui
usaha-usaha Imam Ahmad itu. Melalui mereka yang berjaya dibantu itu pula,
helah golongan Jahmiyah dan Muktazilah berjaya ditolak dan mazhab al-
sunnah dipertahankan. Maka kamu pula… berapa ramaikah pula yang akan
berhasil dari usahamu orang yang akan menolong kamu untuk menangkis
serangan timur dan barat?

Sesungguhnya bagi para salafussoleh r.a, saat yang paling gembira bagi
mereka ialah ketika melakukan kerja-kerja dakwah dan membawa hidayah
kepada seseorang hasil asuhan tangan mereka.

Abdul Qadir al-Kailani telah berkata:

“Maha Suci Allah yang telah menggerakkan hatiku untuk memberi
nasihat kepada manusia dan telah menjadikan kerja nasihat itu sebesar-besar
cita-citaku.”

Dia berkata lagi: “Apabila aku melihat seorang murid yang benar telah
berjaya lahir di bawah bimbinganku, aku pun merasai kenyang, puas dan aku
merasa bangga dan gembira memikirkan bagaimana ia boleh terhasil dari
bimbinganku?”101

Inilah kepuasan dan kegembiraan mereka. Kegembiraan mereka bukanlah
dengan mengarang kitab yang mengulang-ngulang perkara yang sama.
Seorang alim yang sebenarnya ialah seorang da’i. Bagi orang alim yang
hanya mengarang kitab semata-mata, kita katakan kepada mereka: “Demi
Allah, kamu bukanlah ulama’ atau orang yang bijaksana, tetapi kamu hanyalah
memperdagangkan ilmu.”102

Islam hari ini tidak memerlukan penambahan lagi terhadap kajian-kajian
di dalam cabang-cabang ilmu fiqh berbanding keperluannya kepada da’i yang
bergabung tenaga, tolong-menolong dan berganding bahu sesama mereka.
Fiqh Dakwah Seorang Menteri Yang Juga Seorang Da’i
Dengarkanlah kefahaman murni seorang faqih, ahli hadis, abid dan menteri
kerajaan Abbasiyyah yang soleh, iaitu Ibnu Hubairah Al-Dauri Rahimahuliah.
tatkala dia membaca firman Allah S.W.T. :

وَجَاءَ رَجُلٌ مِنْ َأْقصَى الْمَدِينَةِ يَسْعَى
“Seorang lelaki dari hujung negeri datang dengan berlari-lari (bersegera) (Al-Qasas
28: 20)

dan firman Allah S.WT. :

وَجَاءَ مِنْ َأْقصَى الْمَدِينَةِ رَجُلٌ يَسْعَى قَا َ ل يَاَقوْمِ اتَّبِعُوا الْمُرْسَلِينَ

“Seorang lelaki dari hujung negeri datang dengan berlari-lari (bersegera) katanya:
“Hai kaumku, ikutlah utusan-utusan itu.” (Yasin 36:20)

Kata Ibnu Hubairah: “Aku perhatikan sebutan ‘dari hujung negeri’. Kedua-dua
lelaki di dalam ayat tersebut datang dari jauh kerana ingin melaksanakan ‘amar makruf.

Keduanya tidak duduk diam di rumah dengan alasan jauh perjalanan.”103
Deduksi yang baik –walaupun kelihatan remeh- itu mendorong para da’i
untuk berfikir. Terfikirkah da’i pada hari ini untuk merasa susah dalam
memikul tugas dakwah yang memerlukan pergerakan seharian yang jauh?
269

Pernahkah dia terfikir bahawa kesusahan ini telah dilalui oleh salafussoleh dari
kalangan da’i golongan awal-awal Islam? Sifat-sifat mereka dinukilkan di
dalam al-Quran yang memaparkan siri pengembaraan dan perjalanan mereka
ke tempat-tempat yang jauh hanya semata-mata untuk mengembangkan
dakwah dan melaksanakan amar makruf nahi mungkar.

Firman Allah S.W.T.:

وَجَاءَ مِنْ َأْقصَى الْمَدِينَةِ رَجُلٌ يَسْعَى قَا َ ل يَاَقوْمِ اتَّبِعُوا الْمُرْسَلِينَ

“Kemudian, datanglah seorang laki-laki berlari-laki dari ujung negeri, Katanya: Hai
kaumku, ikutlah utusan-utusan itu.”

Lelaki yang mendengar dakwah itu terus menerimanya setelah melihat
segala bukti kebenaran dan logik apa yang disebut dalam ucapannya kepada
kaumnya. Apabila hakikat iman itu telah bertapak di hati, bergeraklah hakikat
itu di dalam hatinya. Hinggakan dia tidak tergamak untuk mendiamkan diri
atau hanya diam membisu di rumahnya dengan akidahnya sedangkan dia
melihat kesesatan, kekufuran dan maksiat berleluasa di kekelilingnya.

Bahkan dia bersegera mendokong kebenaran yang telah tertanam di jiwanya dan
menyala di dalam sanubarinya. Dia bergegas dari tempat yang jauh berjumpa
kaumnya untuk menyampaikan dakwah Islam kepada mereka walaupun
mereka menafi, menolak, menyangkal serta mengancamnya. Dia datang dari
tempat yang jauh, dari hujung kota untuk melaksanakan tugas dakwah dan
menyeru kaumnya kepada kebenaran. Dia menghalang niat jahat kaumnya
yang hampir-hampir mencederakan Rasul-rasul Allah a.s.

Apa yang jelas ialah lelaki itu bukan orang yang mempunyai pangkat
ataupun kekuasaan. Dia juga bukan orang yang mempunyai mempunyai
keluarga ternama untuk mempertahankannya. Tetapi akidah yang hidup di
jiwanya itu mendesak dan mendorongnya untuk datang dari kawasan
pedalaman yang paling jauh untuk menyampaikan dakwah Islam kepada
kaumnya.

94 Syeikh Abdul Qadir, Futuh al-Ghaib, m.s. 49
101 Al-Fathu Al-Rabbani, m.s. 27
102 Abdul Wahab Azam, Diwan al-Mathani, m.s. 97
103 Ibnu Rejab, Zail Tabaqat al-Hanabilah, Jilid 1, m.s.
100 Ibnu al-Jauzi, Tahzib alTahzib, Jilid 10, m.s. 341
98 Islam Baina Jahli Abnaihi wa Ajzi Ulamaihi, m.s. 65
99 Ibnu al-Jauzi, Manaqib al-Imam Ahmad, m.s. 218
96 Abdul Wahab Azam, Diwan al-Mathani, m.s. 149
97 Wahyu al-Qalam, Jilid 2, m.s. 97
96 Abdul Wahab Azam, Diwan al-Mathani, m.s. 149
95 Syeikh Abdul Qadir, al-Fath al-Rabbani, m.s. 144

Sumber:Bab 6 muntalaq,Abu Ammar

Tuesday, February 15, 2011

Selangkah Memahami Perjuangan.Siri 1

Ada dua malapetaka yang besar pernah terjadi dalam sejarah Islam.
Malapetaka besar itu membawa penderitaan kepada seluruh umat Islam
sehingga beberapa generasi. Malapetaka besar itu jauh berbeza dengan segala
malapetaka-malapetaka kecil lain yang menimpa umat sepanjang sejarah.

Malapetaka yang pertama: Di bawa oleh Hulagu dari Mongolia.

Malapetaka besar itu tiba ke kemuncaknya dengan serangan mereka ke atas ibu
kota Islam, Baghdad.

Pemerhati yang menyaksikan malapetaka itu mendapati, ia bukanlah
perkara baru yang pernah menimpa bangsa dan umat yang berada di zaman
kelemahannya. Ia telah dijangka oleh ramai para ulama. Mereka telah memberi
peringatan kepada umat Islam dan pemerintah selama bertahun-tahun sebelum
berlakunya malapetaka yang terjadi pada tahun 656 H itu. Amaran itu diberi
apabila mereka mendapati keadaan umat yang menghadapi keruntuhan aqidah
dan akhlak, ketidaksungguhan dan tiadanya tajarrud pentadbiran kerajaan,
kelemahan kuasa khalifah dan kemalasan majoriti golongan ulama’ dari tugas
amar makruf nahi mungkar. Para ulama hanya sibuk dengan perdebatan dan
perbahasan yang kosong dan menyakitkan hati.’

Sebahagian dari khalifah Islam di saat-saat akhir zaman kejatuhan itu
berusaha untuk memperbaiki keadaan umat yang rosak itu melalui sistem
ketenteraan dan merubah cara hidup sebahagian besar orang awam kepada
cara hidup ala tentera. Tetapi perubahan tersebut gagal dan sebagaimana yang
diharapkan kerana tidak bersandar kepada akidah sebagai asas tarbiyyah bagi
sistem itu. Ini menjadikan sistem itu bagaikan barang gurauan dan permainan.

Inilah penafsiran terhadap kebingungan yang menimpa sebahagian besar
dari umat Islam yang hidup setelah terjadinya malapetaka itu. Suasana kelam
kabut itu akan berterusan sekiranya Allah S.W.T. tidak menghantar Imam Ibnu
Taimiyah kepada umat ini. Beliau mengembalikan keyakinan diri ummat dan
menjelaskan cara bekerja untuk Islam. Usaha beliau telah disambut baik oleh
sebahagian ulama’ yang hidup hatinya. Mereka membantunya menampal mana
yang koyak rabak dalam urusan umat Islam sekadar yang mereka termampu.
Walau bagaimanapun pengaruh dan keberkesanan usaha tajdid dan islah
oleh Ibnu Taimiyyah, sahabat-sahabat beliau serta pengikut-pengikut mereka
terbatas dan tidak meliputi seluruh umat Islam. Secara umum, majoriti ummat
masih mundur dan dunia Islam terus terpecah kepada beberapa kerajaan kecil
yang lemah dan saling bermusuhan sesama sendiri.

Beberapa abad selepas berlakunya malapetaka besar itu muncullah
kerajaan Uthmaniyah pada zaman pertengahan. Dengan kelahiran beberapa
orang sultannya yang gagah, mereka mengembangkan kekuasaannya,
mewarisi kehebatan kerajaan ‘Abbasiyyah dan mengembalikan erti sebuah
kekuasaan dan suasana pemerintahan yang seakan-akan suasana yang pernah
dinikmati oleh umat Islam di pertengahan pemerintahan Abbasiyyah, kalau
pun tidak ia menyerupai suasana yang lebih lampau.

Kerajaan Uthmaniyyah kekal membela dan menaungi dunia Islam sehingga
ke akhir pemerintahan Sultan Abdul Hamid Rahimahullah. Ia wajar disifatkan
sebagai kerajaan Islam sekalipun terdapat beberapa kecacatan, kelemahan dan
kekurangan di dalam melaksanakan sebahagian dari syariat Islam di akhir
pemerintahannya di samping kezaliman yang dilakukan oleh sebahagian
pegawai-pegawai tinggi dan pembesar-pembesar negara yang tersilap lantik
oleh pemerintah-pemerintah itu.

Tidak ada yang membantah pendapat bahawa kerajaan itu adalah
kerajaan Islam kecuali mereka yang telah terpengaruh dengan pemalsuan
hakikat sejarah zaman moden hasil rekaan orientalis dan mubaligh kristian.
Mereka menggunakan boneka penulis atau orang yang rela menjadi mangsa
mereka, bertopengkan nasionalis Arab yang melampau.

Malapetaka kedua: Iaitu, penjajahan tentera-tentera British dan Perancis
ke atas negara-negara Islam dalam peperangan dunia yang pertama. Mereka
telah menghapuskan pemerintahan Uthmaniyyah, kerajaan Islam yang terakhir.


Mereka menghapuskan apa sahaja usaha yang bertujuan membetulkan
penyelewengan yang berlaku di dalam pemerintahan Uthmaniyyah. Parti al-
Ittihad wa al-Taraki (Parti Bersatu dan Kebangkitan ) yang menggulingkan
kerajaan Sultan Abdul Hamid telah mengubah banyak undang-undang syariah
kepada undang-undang Barat, merubah sistem pendidikan menurut sistem
Barat dan mengembangkan rasa perkauman al-Turaniyah iaitu semangat
perkauman bangsa Turki. Parti ini juga telah menerima campur tangan pihak
Yahudi dan Freemason di dalam dasar parti dan urusan politik negara.

Sebagaimana tujuan Hulagu menjajah Baghdad adalah untuk
memusnahkan semangat umat Islam secara umumnya, demikian juga negaranegara
Berikat terutamanya Inggeris dan Perdana Menterinya sendiri, Winston
Churchill menjadikan usaha memusnahkan semangat dan keperibadian umat
Islam dengan menakluk Baghdad dan Baitul Maqdis. Mereka mengulangi
peristiwa penaklukan Hulagu ke atas dunia Islam. Rancangan mereka
didedahkan melalui komunikasi antara ketua turus tentera Inggeris dan
kementerian yang mengawal tanah-tanah jajahan semasa mereka menakluk
negara Iraq sekitar perang dunia pertama.

Dengan tewasnya dunia Islam di bawah pemerintahan ketenteraan
penjajah atau di bawah pemerintahan raja-raja yang dilantik dan dalangi oleh
mereka, maka jahiliyah telah kembali semula mencengkam dunia Islam.
Mereka mula menguasai ke akar umbinya, mengarahkan setiap institusi politik
dan menguasai badan pendidikan, institusi perdagangan dan ekonomi dunia
Islam. Dengan itu, mereka berjaya mempengaruhi hati orang-orang Islam
samada secara suka atau terpaksa.

Dengan kembalinya jahiliyah menguasai dunia Islam, dunia Islam
memerlukan orang-orang yang berdakwah dan berjihad untuk mengembalikan
pemerintahan Islam di dunia Islam.

Respon Yang Dicetuskan Oleh Suasana

Ketika segolongan umat Islam yang ikhlas bingung menghadapi
penyelewengan besar yang dilakukan oleh parti al-Ittihad wa al-Taraki, terdapat
di kalangan mereka berusaha menghapuskan dan menentang bid’ah itu dengan
serta merta, tetapi gagal, sepertimana yang pernah diceritakan dalam kisahkisah
yang mashyur. Namun demikian, beberapa tahun kemudian bangkitlah
usaha dari kesedaran di Baghdad dilakukan oleh seorang panglima tentera di
zaman Sultan Abdul Hamid. Beliau terkenal di kalangan penduduk Iraq
dengan kemuliaan, ketakwaan dan keberaniannya. Orang yang dimaksudkan
itu ialah Muhammad Fadhil Basya al-Daghastani Rahimahullah. Dengan
kerjasama mereka yang terpilih dari kalangan pemimpin-pemimpin Baghdad
kabilah al-Khatib, terbentuklah al-Hizb al-Islami atau Parti Islam secara rahsia.
Tujuannya dinyatakan adalah untuk menentang pemerintahan golongan al-
Ittihad yang menyeleweng dari Islam dan berusaha mengembalikan
pemerintahan Islam menurut bentuk terdahulu sebelumnya.1137 Usaha mereka
itu dilakukan pada tahun 1913.

Situasi-situasi peperangan dunia yang pertama memaksa mereka
menangguhkan perjuangan mereka dan menghadapi bahaya yang sedang
melanda umat itu. Kemudian, pahlawan Islam Muhammad Fadhil al-
Daghastani mati syahid terkena serpihan peluru meriam di dalam peperangan
mengepung al-Kut. Peperangan itu berjaya meraih kemenangan yang gemilang
dan diakhiri dengan kekalahan Inggeris di hadapan saki-baki mujahidin. Empat
belas ribu orang tentera Inggeris telah menyerah diri dan mereka telah
dijadikan orang tawanan. Peperangan ini dipimpin oleh Muhammad Fadhil al-
Daghastani. Beliau mengetuai pasukan sukarelawan sebelum dan semasa
peperangan tersebut. Pemimpin yang gagah perkasa itu dikebumikan di tepi
kubur imam Abu Hanifah di Baghdad. Berkuburlah cita-cita yang mulia dan
besar bersama beliau.


Berulangnya Kebingungan

Tamatnya Perang Dunia Pertama dan kekuasaan jahiliah barat di dunia Islam telah
meninggalkan umat Islam di seluruh dunia hidup dalam kebingungan dan tercengangcengang.

Situasi yang baru ini sangat-sangat memerlukan seorang pemimpin
bagi memulakan langkah baru membentuk individu-individu Islam menjadi
umat Islam sebenar dan memimpin mereka bagi membina pemerintahan Islam,
menggunakan cara dan pendekatan yang sesuai dengan realiti semasa.

Tetapi taufan jahiliah yang terus kencang melanda dunia Islam yang
kosong, tidak ada sesiapapun yang bangun menyalakan semangat baru umat
Islam menghadapi taufan jahiliyyah dari segenap penjuru dunia pada masa itu.
Ya, walaupun masih banyak suara-suara yang ikhlas di beberapa pelusuk
dunia Islam, namun mereka tidak mengenali jalan kerja yang betul untuk
menentang dan mengatasi ribut taufan jahiliyyah itu. Setengahnya tidak
mempunyai kemurniaan Islam yang sempurna. Mereka menyangka cara untuk
menentang jahiliyah itu hanya dengan menulis rencana-rencana atau
mengadakan perhimpunan-perhimpunan dan membuat resolusi
mengembalikan Islam di atas kertas semata-mata. Suara dan pendapat tentang
hal ini memang ada terpapar di dada-dada akhbar, di sebutkan di atas mimbarmimbar
dan dibincangkan di dalam muktamar-muktamar. Tetapi ia hanyalah
umpama irama canggung berhadapan dengan lagu perosak yang berada di
carta teratas koleksi lagu permintaan umat di masa itu.

Islam di waktu itu memerlukan seorang pemimpin yang mengetahui
kaedah dan jalan yang benar untuk kembali semula kepada Islam. Islam
memerlukan pemimpin yang memahami asas amal jama’ie sebagaimana yang
telah dilaksanakan oleh salafussoleh, lalu dia menepuk dadanya dan
melaungkan suaranya agar didengar oleh umatnya dan berkata: “Inilah aku.”
Lantas umat berhimpun di sekelilingnya serta mengenali panggilan dan
takbirnya.

Mengenali Diri Sendiri

“Inilah aku” merupakan slogan yang diperlukan oleh umat. Ia difahami oleh
Muhammad Iqbal Rahimahullah. Menurut Iqbal, kalimah tersebut
melambangkan erti mengenali diri. Dalam masa kebingungan seperti itu,
kalimah ini beerti mengenali jalan yang betul, dimulakan dengan pentarbiahan
individu muslim di atas pengertian akidah Islam yang benar dan sejati dan
berkembang menjadi satu tajammu’ yang mempunyai qiyadah dan
perencanaan.

Muhammad Iqbal telah menggambarkan bahawa umat yang kembali
mengenali diri mereka sebagai Islam setelah mereka dilanda kebingungan
adalah umpama kanak-kanak yang baru mengenali dirinya setelah melalui
peringkat bayi pada permulaan umurnya.

Perumpamaan seperti ini sangat sesuai, kerana umat ini lahir dari proses
dakwah oleh hanya seorang lelaki yang faham, berhemah dan berwibawa.
Sebagaimana yang tertulis di dalam koleksi puisi beliau yang khusus
menggambarkan tentang diri tersebut; “umat ini lahir dari hati seorang yang
mulia”.

Telah jelas gambaran bagi langkah pertama dalam rangka menarik umat
yang kebingungan dan mengembalikan mereka kepada Islam.
Langkah pertama dimulakan dengan hati seorang yang berjiwa besar, lalu
beliau menepuk dadanya di hadapan orang-orang Islam dan berkata: “Inilah
aku”. Kesucian akidahnya dan keunggulan peribadinya menyebabkan manusia
tertarik lalu mereka berhimpun di sekelilingnya.”

Iqbal telah mengungkapkannya gambaran pemimpin yang ditunggu--
tunggu untuk membawa khabar gembira dan ancaman buruk setelah sedar dari
kebingungan ini dengan puisinya:

Wahai muslim yang mempunyai mata
Tidakkah kamu lihat kanak-kanak kecil itu
Tidak tahu apa-apa tentang dirinya sendiri
Telinganya tidak mengerti maksud lagu yang diperdengarkan kepadanya
Dia hanya bisa merengek dan meronta-ronta
Alam ini menolong manusia untuk melihat segala sesuatu
Tetapi mereka tidak dapat melihat dirinya sendiri
Setelah bersusah payah menarik tali, barulah nyata kepadanya
Setelah kedua belah tangannya membuka ikatan
Lalu matanya melihat dirinya berpekik,
Sambil menepuk dadanya dan dia berkata: “Inilah aku!”
‘Aku’ itulah bermulanya hidup
Inilah bahasa kebangkitan untuk kembalinya hidup ini.139

138 Petikan dari Diwan al-Asrar wa al-Rumuz, m.s. 108

Inilah yang dinamakan sebagai mujaddid menurut istilah Islam. “Islam tidak kenal
erti fenomena kekuasaan berada di tangan jahiliyah lalu Islam bersikap ‘pak turut’.
Tidak mungkin cukup dengan sekadar wujud di sana-sini orang-orang secara individu
yang berpegang teguh kepada Islam sedangkan kehidupan masyarakat yang luas
bercampur-baur di antara jahiliah dengan Islam.

Justeru, Islam sentiasa memerlukan kewujudan manusia-manusia yang kuat,
mampu menentukan perjalanan sejarah dan memimpin manusia kepada Islam. Tidak
kira samada kerja dan usaha mereka boleh jadi meliputi segenap jurusan kehidupan
manusia atau terbatas kepada sebahagian darinya. Golongan inilah yang digelar sebagai
Mujaddid.”

Oleh kerana jalan yang mereka lalui itu menuntut pengorbanan, maka salah satu
syarat yang mesti ada pada mereka ialah mereka mestilah seorang yang gagah perkasa
dan berani (giler), kerana: “Orang yang tidak mampu berkorban demi mengejar cita-cita
yang tinggi, maka dia tidak akan berani berhadapan dengan bahaya dan kesusahan.
Orang yang hanya mencari kesenangan, keselesaan dan kemewahan semasa hidup di
dunia ini nescaya akan mudah terpengaruh dengan suasana, tunduk kepada tekanan
dan hanyut oleh arus. Mereka tidak dapat menyumbangkan sebarang jasa di dalam
sejarah kemanusiaan. Tidak ada sesiapapun yang mampu melukiskan sejarah kecuali
pahlawan-pahlawan yang gagah berani. Mereka itulah yang telah merubah arus
perjalanan hidup manusia dengan jihad dan pengorbanan mereka dan merekalah yang
merubah corak pemikiran dunia.”

“Inilah Aku” ...Kata Imam Hassan Al-Banna

Orang yang dimaksudkan itu ialah pahlawan yang gagah berani pada awal
abad ke dua puluh ini, yang telah menepuk dadanya sambil berkata: “Inilah
aku!” Beliau adalah Imam Hassan al-Banna Rahimahullah. Beliau melaungkan
suaranya dan mengisytiharkan kelahiran tajammu’ dan perjalanan ini pada
tahun 1928 iaitu sepuluh tahun selepas umat Islam tenggelam di dalam
kebingungan kesan daripada malapetaka yang mereka alami akibat Perang
Dunia Pertama.

Tajammu’ ini segera mendapat sambutan dan sokongan gerombolan
pertama yang terdiri dari pekerja-pekerja di terusan Suez. Itulah dakwah Islam
yang mewarisi dakwah golongan salafussoleh dan penyambung perjuangan
mereka dalam menjalankan amar makruf nahi mungkar.

Dalam masa yang sama, Ustaz Al-Maududi bersiap sedia dengan kajian
yang amat berharga sebagai persiapan untuk memulakan kerja ini di India.
Pada tahun 1938 beliau memulakan pembentukan tajammu’ itu.

Dakwah ini kemudiannya disambut segera dari Hassan Al-Banna oleh
beberapa tokoh. Di setiap tempat lahirlah lelaki-lelaki yang berani dan
berkumpullah di sekeliling mereka angkatan pelopor perjuangan yang beriman.
Dakwah Islam yang mulia itupun bermula di Sudan, Syria, Palestine, Iraq,
Jordan dan Lubnan.

Dengan itu, pemimpin-pemimpin ini di bawah kepimpinan Hassan al-
Banna Islam dan bersama-sama dengan angkatan pelopor gerakan yang
bergerak itu mula menggariskan gambaran praktikal bagi fiqh amal jama’ie di
zaman moden ini. Mereka menggunakan kefasihan Al-Syahid Sayyid Qutb
untuk mengungkapkan jalan perjalanan dakwah ini.

Mereka mengajak kita untuk mengingat kembali, “...bagaimana gerakan
Islam ini berlaku buat kali pertama. Ia dimulakan oleh seorang tokoh yang
berhadapan dengan manusia seluruhnya, membawa manhaj Allah sambil
berkata kepada mereka –mematuhi perintah Allah S.W.T.- : “Manusia berada
dalam jahiliyah. Sesungguhnya, tiada petunjuk kecuali petunjuk Allah.”
Kemudian, berubahlah sejarah apabila kenyataan yang agung dan hebat ini
telah bertapak di dalam hati tokoh yang seorang itu. Sejarah berubah
sepertimana yang diketahui oleh kawan dan lawan.

Hakikat yang tertanam di hati tokoh tersebut terus wujud sepertimana
wujudnya hukum alam yang agung. Dan kehidupan manusia yang sesat juga
masih wujud dan mereka telah kembali kepada keadaan jahiliyah semula.
Begitulah secara ringkas kerja dan situasinya.

Mesti ada titik permulaan atau langkah pertama iaitu meletakkan hakikat
tersebut di dalam satu hati kemudiannya ke dalam beberapa hati, seterusnya di
dalam hati sekumpulan manusia yang beriman. Kemudian, berangkatlah
angkatan tersebut di atas jalan dakwah dan jihad. Satu jalan yang panjang,
sukar, penuh dengan onak dan duri. Jalan ini begitu asing pada hari ini
sebagaimana asingnya ia ketika petunjuk Allah mula-mula datang kepada
manusia di zaman jahiliyah dahulu, dengan beberapa pengecualian. Akhirnya
angkatan dakwah dan jihad ini akan tiba juga ke penghujung jalan setelah
melalui perjalanan yang panjang dan penuh ranjau itu sebagaimana generasi
Islam pertama di bawah pimpinan Rasulullah S.A.W. telah sampai.

Aku tidak menganggap kerja ini sebagai mudah dan bukanlah satu perjuangan yang singkat, tetapi yang pasti ia pasti mendatangkan hasil. Semua benda yang hakiki, selaras dengan fitrah kejadian dan sifat semulajadi insan perkara akan menyokongnya. Tidak dapat tidak, ia pasti akan ditentang oleh sampah sarap yang bertimbun-timbun dan dirintangi oleh realiti kepongahan kemanusiaan yang hebat. Namun, semua itu hanya sementara sahaja bagaikan buih-buih di permukaan. Ya, rintangan yang dihadapi memang besar tetapi ia hanyalah seperti buih-buih.”142

“Titik permulaan buat masa sekarang itulah juga titik permulaan zaman
manusia mula-mula menerima Islam. Ia bermula dengan adanya orang-orang
di suatu tempat yang berpegang agama yang benar. Mereka yakin dan
mengaku dengan sesungguhnya tiada Tuhan kecuali Allah dan sesungguhnya
Muhammad itu utusan Allah. Mereka menerima dan berpegang dengan
hakimiyyah dan Allah sahaja sebagai penentu hukum. Kemudian mereka
melaksanakan syariat tersebut di dalam realiti kehidupan. Kemudian mereka
berjalan di muka bumi untuk menyebarkan berita ini kepada manusia
membebaskan mereka dari jahiliyah.”143

“Mesti ada sekumpulan pelopor yang mengambil keazaman ini untuk
meneruskan perjalanan. Tiga orang akan bertambah menjadi sepuluh orang dan
dari sepuluh akan menjadi seratus, dan dari seratus menjadi seribu dan dari
seribu menjadi dua belas ribu.”144

Inilah uslub pelopor gerakan Islam dalam usaha kebangkitan Islam demi
merealisasikan cara hidup Islam. “Manhaj ini hanya dapat direalisasikan
sekiranya manhaj tersebut didokongi oleh satu kumpulan manusia yang benarbenar
beriman dengannya, beristiqamah sedaya mungkin dan kemudiannya
berusaha bersungguh-sungguh untuk merealisasikan manhaj tersebut di dalam
hati dan kehidupan orang lain.”145

Tidak dapat tidak, “Kita mestilah berusaha ke arah kebangkitan Islam
sekalipun jarak amat jauh antara usaha kebangkitan Islam dengan masa
mencapai tampuk kepimpinan dan kemenangan Islam. Usaha ke arah
kebangkitan Islam merupakan langkah pertama. Perjalanan tidak akan bermula
tanpa langkah pertama ini.”146

Angkatan pelopor gerakan Islam itulah angkatan yang mendapat taufik
Allah dan berjaya. Sesiapa yang tidak menyertai mereka mulai sekarang,
nescaya akan menyesal dan berdukacita sebagaimana Zuljausyan al-Dhababi
r.a., seorang sahabat Rasulullah S.A.W. yang tidak menyertai Islam kecuali
selepas pembukaan Mekah. Padahal, Rasulullah SAW. telah mengajaknya
kepada Islam selepas peperangan Badar

“Baginda bersabda:
“Mahukah kamu menjadi seorang dari angkatan pelopor pertama di
dalam urusan itu”?
Dia berkata: “Tidak.”
Baginda bersabda: “Apakah yang menahan kamu daripada masuk Islam”?
Dia menjawab: “Aku telah melihat kaummu mendustakan kamu, mengusir
kamu dan memerangi kamu. Tengoklah nanti. Jika kamu mengalahkan mereka,
aku beriman kepadamu dan aku akan mengikutmu. Jika mereka mengalahkan
kamu, aku tidak akan mengikutmu.”

.....Setelah beliau masuk Islam, dia sentiasa berdukacita dan menyesal
kerana tidak segera memeluk Islam ketika diajak oleh Rasulullah S.A.W.”147

Bukankah ramai orang mengambil pendirian yang sama seperti Zul
Jausyan? Realiti pertempuran Islam mengajak mereka supaya mereka tergolong
dalam kelompok perintis, pelopor, pendahulu dan ketua kebangkitan Islam,
tetapi mereka enggan berbuat demikian. Mereka hanya duduk memerhati di
belakang dan menunggu siapakah yang akan menang, Islam atau jahiliah.

Berapa banyak agaknya jari-jemari yang akan digigit kerana rasa kesal
ketika melihat angkatan pelopor memenangi pertarungan tersebut?

Dalam dunia Islam pada hari ini masih ada anasir individu-individu du’ah
yang baik, terdapat pelbagai persatuan Islam, perkumpulan yang mempelajari
hadis-hadis dan pandangan salaf, tariqat-tariqat sufi dan penuntut-penuntut
pengajian syariah. Terdapat juga parti-parti Islam yang menyertai pilihanraya
tetapi bersandar kepada cara tarbiyyah Islam. Namun, tiada suatu pun di
kalangan parti, pertubuhan, perkumpulan, individu dan tariqat ini mahu
menumpukan usahanya melalui jalan dakwah yang berasaskan ketaatan
kepada pada seorang amir, bersungguh-sungguh dalam pentarbiyahan dan
merancang untuk mengubah keadaan dan realiti dengan menukarkannya
kepada pemerintahan Islam.

Oleh itu, semua jamaah-jamaah tadi -di mana sahaja mereka sama ada di
Afrika Utara, Afrika Timur, Afrika Barat, Negara Arab, Afghanistan dan Asia
Tenggara- diseru supaya mengoreksi kembali diri mereka. Mereka perlu
memperbetulkan akidah mereka ditakuti terdapatnya anasir bid’ah. Seterusnya
perlu meninggikan semangat mereka kembali sekiranya mereka diselimuti
ketakutan. Mereka mesti membersihkan diri mereka dari sifat keakuan atau ego
serta gila kuasa kesan dari terlalu lama berada dalam kelompok perkumpulan
yang kecil. Mereka kemudian hendaklah memberi kesetiaan dan ketaatan
secara sukarela kepada seorang pemimpin yang bebas, di sebuah gerakan Islam
yang terserlah kejelasan matlamat perubahan, mempunyai pendekatan tarbiyah

147 Tabaqat Ibnu Saad, Juzu’ 6, m.s. 47

yang utuh dan struktur organisasi yang mantap.

Apabila muncul seorang pemimpin maju ke hadapan dan berkata: “Inilah
aku!”, maka setiap individu di dalam jamaah dan persatuan-persatuan Islam
sebenarnya mempunyai contoh ikutan dari dialog indah antara Nabi Ibrahim
a.s. dengan anaknya Nabi Ismail a.s. ketika Allah memerintahkan baginda
membina Ka’abah.

“Sabda Nabi Ibrahim a.s.: “Wahai Ismail, sesungguhnya Allah telah
menyuruh aku satu perkara.”

Ismail lalu menjawab: “Lakukanlah sepertimana yang disuruh Allah
kepadamu.”

Ibrahim bertanya: “Adakah engkau akan menolongku?”

Ismail menjawab: “Aku akan menolongmu.”148

Beginilah jawapan orang yang beriman, nekad tanpa ragu-ragu atau
teragak-agak.

Allah telah memerintahkan supaya dikembalikan pemerintahan Islam.
Anda semua mestilah menjadi para penolong bersama. Janganlah anda
ketinggalan, maralah, segeralah dan jadilah pengikut jejak Ismail.
Jangan hanya duduk di rumah.

Jangan dengar suara-suara tentang karier dan keuntungan perniagaan di
masa depan.

Di dalam jawapan Nabi Ismail a.s. itu terkandung satu modal anda yang
sebenar. Sekiranya kamu merasa pelik dan enggan menerima pendekatan para
pelopor gerakan kebangkitan Islam kerana kamu hanya mahu berpegang
kepada fatwa-fatwa ulama’ silam sahaja, maka dengarlah penjelasan Imam Ibnu
Taimiyah kepadamu:

“Terdapat ramai manusia, apabila mereka melihat kemungkaran, atau hal
ehwal Islam telah berubah, dia menjadi gelisah, kaku dan meratap hiba seolaholah
dia yang ditimpa musibah, walhal dia dilarang meratapi musibah, bahkan
disuruh bersabar, bertawakal, tetapkan pendirian di atas Islam dan beriman
kepada Allah bersama-sama dengan orang yang bertaqwa.”

Ibnu Taimiyah menyambung lagi: “Sabda Rasulullah S.A.W. : “Islam akan
kembali semula menjadi dagang (asing) sepertimana ketika ia mula-mula
datang.” Saat yang paling dagang bagi Islam ialah apabila orang yang telah
muslim tiba-tiba menjadi murtad.

Firman Allah S.W.T.:

“Wahai orang-orang yang beriman! Sesiapa di antara kamu berpaling tadah dari
ugamanya (jadi murtad), maka Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Ia kasihkan
mereka dan mereka juga kasihkan Dia; mereka pula bersifat lemah-lembut terhadap
orang-orang yang beriman dan berlaku tegas gagah terhadap orang-orang kafir, mereka
berjuang dengan bersungguh-sungguh pada jalan Allah, dan mereka tidak takut kepada
celaan orang yang mencela.” (Al-Maidah 5:54

Golongan ini akan menegakkan Islam apabila terdapat golongan yang
murtad dan keluar dari Islam.

Begitulah Islam bermula dengan dagang kemudian menjadi kuat dan
terus tersebar luas. Begitu juga ia kadangkala ia asing di kebanyakan tempat
dan masa, hinggakan ia lahir semula dan berkembang di mana akhirnya Allah
S.W.T. menguatkannya kembali sebagaimana yang telah berlaku pada zaman
Umar bin Abdul Aziz. Ketika beliau dilantik menjadi khalifah, banyak perkara
Islam pelik kepada ramai orang hinggakan ada di kalangan mereka tidak tahu
bahawa arak itu haram. Lalu, Allah memberi kemenangan kepada Islam
dengan usaha Umar dan menerangkan apa yang tidak diketahui tentang
Islam.”149

Para Perintis Menjelaskan Sifat-sifat Jalan Dakwah
Sekiranya Allah memberi hidayah anda dan anda sekarang berada dalam
angkatan pelopor, maka dengarlah pemimpin-pemimpin dakwah dan gerakan
Islam zaman ini menjelaskan sifat-sifat jalan dakwah.

Perkara pertama yang dijelaskan oleh Imam al-Syahid Hassan al-Banna ialah:

Perlu bersungguh-sungguh dan bekerja. Perlunya dilakukan ‘takwin’ (pembentukan) selepas‘tanbih’ (memberi peringatan) atau pelunya ‘ta’sis’ selepas ‘tadris’.150
Seterusnya beliau menjelaskan: “Setiap dakwah hendaklah melalui tiga marhalah:

1. Marhalah promosi, pengenalan (takrif), menyebarkan fikrah Islam dan
memastikan ianya sampai kepada setiap lapisan masyarakat.

2. Marhalah Pembentukan (Takwin), memilih para pendokong, mempersiapkan
petugas yang komited dan menyusun barisan di kalangan orang yang telah menerima
dakwah.
3. Marhalah Pelaksanaan (Tanfiz) bekerja dan mengeluarkan hasil.


Ketiga-tiga marhalah ini selalunya berjalan serentak dan seiringan memandangkan
adanya kesatuan dakwah dan kaitan yang kukuh di antara ketiga-tiganya. Seorang da’i
itu biasanya berdakwah dan dalam masa yang sama dia bekerja dan men’tanfiz’. Tetapi,
apa yang pasti, tujuan dan hasil terakhir hanya akan dapat diraih setelah dakwah itu
tersebar luas, mempunyai pendokong yang ramai dan pembentukan yang kukuh.”151
Ustaz al-Maududi pula menyeru kita supaya merenung sejarah Nabi
Muhammad S.A.W. untuk melihat bagaimana: “Baginda pada mulanya berdiri
keseorangan mencabar dunia seluruhnya. Baginda menolak semua pemikiranpemikiran
salah dan jalan-jalan bengkok yang menguasai dunia seluruhnya.

Baginda menawarkan akidah yang datang dari Allah. Satu akidah yang khusus
dan mempunyai jalan tersendiri. Dalam beberapa tahun sahaja selepas itu,
baginda telah berjaya mengubah arus perjalanan dunia dan menukar warna
zaman dengan kekuatan penyampaian dan jihadnya.”152

“.. Sesungguhnya menegakkan kepimpinan yang soleh di bumi Allah ini
merupakan suatu tugas yang sangat penting dan mustahak di dalam sistem
Islam. Setiap orang yang beriman dengan Allah dan RasulNya dan mengambil

‘deen’ yang mulia ini tidak akan selesai kerjanya kecuali dengan mengorbankan
seluruh tenaganya dan segenap kemampuannya untuk membentuk hidupnya
menurut acuan Islam.

Sekiranya tujuan dan maksud tertinggi itu tidak mungkin dapat
direalisasikan kecuali dengan usaha secara berjamaah, maka tidak boleh tidak,
mesti dibentuk satu jamaah yang soleh, yakin dan memelihara prinsip-prinsip
al-haq. Tiada tujuan lain di dalam kehidupan ini kecuali menegakkan sistem
Islam yang benar dan mentadbirkan kerja Islam dengan seluruh perhatian.
Demi Allah, sekiranya di muka bumi ini hanya ada seorang sahaja lelaki
yang beriman, maka dia tidak harus merasa rela dan redha kepada kekuasaan
batil. Walaupun dia mendapati dirinya keseorangan dan ketiadaan wasilah
yang mencukupi, walaupun dia boleh menyembunyikan dirinya di sebalik
alasan syara’ dengan kaedah “memilih satu bencana (kerosakan) yang lebih
ringan di antara dua bencana.” Tetapi, sebenarnya, dia hanya ada satu jalan
sahaja iaitu: menyeru seluruh manusia kepada cara hidup yang diredhai Allah,
iaitu cara hidup Islam.

Sekiranya tiada seorang pun yang sudi menyahut seruannya, maka tetap
berdirinya di jalan yang lurus dan terus berusaha tanpa henti menyeru manusia
kepada Islam hinggalah dia menemui Tuhannya (meninggal dunia) itu beriburibu
kali ganda lebih baik bagi dirinya daripada dia melaungkan seruan
jahiliyah yang menjanjikan keseronokan dunia hingga dia tersungkur di lembah
kesesatan dan kejahilan.”153

Tetapi, hakikat ini telah dilupakan oleh ramai orang. Mereka sangka jalan ini
cukup dengan sekadar pidato, syarahan, ceramah, resolusi-resolusi dan seminar
semata-mata. Oleh itu, seorang da’i Islam yang agung, Syakib Arsalan
Rahimahullah telah berusaha bersungguh-sungguh mengajar jalan yang betul
namun masih juga belum berjaya.

Di dalam sebuah risalahnya yang diterbitkan pada tahun 1931 dan disiarkan
di dalam majalah al-Muslimun, beliau berkata kepada salah seorang warga
Palestine: “Banyak surat sampai kepadaku, sama ada dari Morocco, Jawa,
Mesir, Syria, Iraq dan negara kamu, Palestine. Penulis-penulisnya
mencadangkan supaya diadakan satu Muktamar Islam, atau melantik seorang
Khalifah atau perkara-perkara yang seumpama dengannya. Namun, seperti
biasa aku akan menjawab: “Kita wajib memulakan usaha Islam ini dari bawah.
Kita perlu mendidik individu.”

Seterusnya beliau berkata: “Apalah gunanya mengadakan muktamar yang
menghimpunkan orang-orang yang lemah, tidak mempunyai keinginan tersendiri dan
tidak mampu melaksanakan walaupun satu keputusan atau resolusi. Apa faedahnya
berbuat demikian? Adakah kamu mahu kami mengumpulkan angka-angka kosong?”154
Kata-kata beliau itu menyerlahkan kemuncak kesedaran dan pengalaman
mutakhir pada da’i, tetapi rakan-rakan Syakib Arsalan telah mengecewakan
beliau dan tidak bersemangat.

Kita masih menyaksikan penceramah-penceramah di atas mimbar-mimbar masjid
pada hari Jumaat dan perhimpunan- perhimpunan perayaan yang meratapi dan
dukacita. Mereka mengajak umat Islam untuk beramal dan berjihad. Mereka menutup
ucapan dan pidato mereka dengan kata-kata: “Islam menyeru kamu....” Sebaliknya
mereka tidak bertanya kepada diri mereka sendiri, ‘Manakah pemimpin yang harus
dipercayai? Sedangkan pemimpin yang ada hanyalah pemimpin yang menjadi boneka
dan hamba penjajah yang kononnya berkuasa penuh.

Mereka tidak memahami jalan amal yang sahih. Syarahan dan pidato mereka hanya
menambahkan lagi penderitaan dan kekesalan pada diri mereka dan pada para
pendengar. Sekiranya mereka mengajar orang ramai supaya jangan lagi mengharap
kepada para pemimpin hari ini, kemudian membimbing mereka agar berjamaah dan
menjalankan tugas menyeru kepada kebaikan yang dibawa oleh Islam dan menegah dari
melakukan kemungkaran yang dilakukan oleh parti-parti dan pemimpin-pemimpin yang
berkuasa, pasti mereka dapat mencapai apa yang mereka inginkan.

Namun, sampai kini kita masih mendengar laungan-laungan di dalam
perhimpunan-perhimpunan serta resolusi-resolusi di muktamar-muktamar sejak
puluhan tahun lalu. Semuanya itu hanya merupakan himpunan angka kosong.
Usaha dakwah mestilah dimulakan dari bawah sepertimana kata Syakib. Tiada cara
lain. Ianya adalah dengan khemah tanzim dan penyusunan barisan yang terdidik
dengan tarbiyah Islam yang sejati. Bukan dewan-dewan perhimpunan dan seminar. Ia
adalah dengan api semangat yang merdeka, bukan sinaran bintang.

Dirikanlah khemah kamu di padang pasir jahiliyah kurun kedua puluh ini dan
nyalakanlah apimu supaya ia dilihat oleh orang yang sesat dan terputus dari hidayah,
supaya mereka menuju kepadanya dan bernaung di dalam khemah kamu. Kamu
panggillah puterimu: “Marilah anakku”, untuk menyemarakkan lagi nyalaan unggun
api lalu kamu mengajarnya:

Marilah wahai anakku, nyalakanlah api itu sepanjang malam.
Nyalakanlah api itu, semoga api itu menjadi penunjuk
Nyalakanlah ia wahai manjaku
Sesungguhnya para da’i dalam kehairanan
Nyalakan ia untuk para pengembara di padang luas ini
Marakkan api dan nyalakanlah baranya
Semoga para pengembara segera datang kepadanya
Usirlah kegelapan yang pekat ini
Tunjukkanlah jalan ini kepada rama-rama yang sesat itu
Inilah api yang paling baik, dinyalakan di tengah malam yang gelap gelita
Itulah sebaik-baik penghibur yang menyalakan api hidayah itu
Bukan persinggahan yang menjadi tujuan pasukan
Tetapi ia hanyalah api yang menunjukkan jalan kepada pengembara yang mencari
panduan

Bekalkanlah kami dengan kehangatan cinta dan tanggungjawab
Bekalkan kau wahai puteri si manjaku, dari nyalaan hidayah ini.155

155 Abdul Wahab Azam, disertakan dalam synopsis Diwan Risalah Masyriq, oleh Muhammad Iqbal.

142 Said Qutb, Al-Islam, wa Musykilat al-Hadarah, m.s. 191
143 Fi Zilal al-Quran, Juzu’ 10, m.s. 191
144 Syed Qutb, Ma’alim fi al-Tariq, Jilid 9, m.s. 118
145 Syed Qutb, Haza al-Din, m.s. 7
146 Syed Qutb, Ma’alim fi al-Tariq, m.s. 7
149 Ibnu Taimiyah, Majmu’ Fatawa, Jilid 18, m.s. 297
150 Muktamar Ke-5, al-Majmua’ah, m.s. 239
151 Ibid, m.s. 254
152 Nahnu wa-al-Hadarah al-‘Arabiyah, m.s. 250
148 Sahih Bukhari, Jilid 4, m.s. 175
153 Al-Usus al-Harakiyah li al-Harakah al-Islamiyah, m.s. 18
154 Al-Muslimun, Bil. 2, m.s. 363

Friday, February 4, 2011

“Suatu Kebetulan” Dalam Persaudaraan Islam.

“Tidaklah dua orang muslim berjumpa, lalu keduanya berjabat tangan, kecuali keduanya diampuni sebelum keduanya bepisah.” (H.R. Abu Daud)

Selepas Berjabat tangan dan berpelukan rindu dengan Baba , Abg Syauki, Abg Naim dan Asyraf kerana lama tidak berjumpa , kami berjalan menuju ke ruang beranda (ruang depan rumah) pengantin.

Aku berkata kepada Abg Syauki:

“ Pengantin ni Aiman kenal , kawan rasanya ….” kataku.

“ Yang mana? yang perempuan? ” teka Abg Syauki. ( tekaan beliau itu mungkin kerana sebelum sampai tadi aku menelefonnya dan menyebut nama pengantin perempuan yang ada dalam kad jemputan izzul.)

“Tak, yang lelaki ” balas ku.

“Jom masuk dalam….” pelawaan Abg Syuki yang terlebih dahulu masuk ,terus menuju ke sebuah pintu bilik dan sepertinya dia sedang memanggil seseorang (sepertinya pasangan pengantin).

“ Jap! Tunggu , mereka dalam bilik ” kata Abg Syauki.

“Ha.. kenal ke siapa ni ? katanya….. kenal pengantin…..” Tanya Abg syuki kepada pengantin lelaki dan perempuan yang baru keluar.

Izzul yang baru selak langsir , melihatku sejenak ,dan merespon spontan:

“TAK kenal ”….

“ Kurang Ajaq ” balasku sepontan , yang mengenali izzul yang suka bergurau.

Kemudian kami Bersalam sambil berpelukan erat….

Suatu kebetulan yang tidak diduga.Sememangnya hari itu (30 jan 2011 ) aku telah dimaklumkan akan pernikahan Izzul. Akad nikah dan walimah sebelah perempuan diadakan di satu alamat dalam kawasan Kuala Kurau .

Paginya , jam 4.30 pagi , aku baru sampai rumah setelah melalui perjalanan malam yang panjang kerana pulang dari Konvesnyen Memperingati 500 Tahun Kejatuhan Empayar Islam Melayu Melaka 1511 anjuran Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) yang diadakan julung kalinya di Melaka semalam-nya (29 jan 2011),



Jam 11 pagi pula, baru bangun dari “tido selepas subuh” .Kemudian dimaklumkan ummi yang Baba dan mama ada menjemput ke Kuala Kurau untuk hadiri walimah anak saudara Mama. Kad jemputanya dari Abg Sayuki (anak sulung baba) ada pada ayah yang tidak dapat hadir kerana negeri kedah kerja pada hari Ahad dan ayahku agak sibuk hari itu .Nama pengantin pada kad yang ada pada ayah itu tidak dapat ku ketahui,walaupan dah call ayah kerana kad itu tinggal di rumah.Maka Yang menjadi panduan-ku ke Kuala Kurau ini adalah kad “kahwin Spam” (istilah saifulislam.com) Izzul di FB beliau.

Alhamdulilah Dua kad jemputan yang dijangkakan walimah yang berasingan berakhir dengan satu walimah sahaja.



Siapa Baba (ust Arshad) dan mama (isterinya) ?

Mereka boleh dikatakan sebagai ayah dan ibu ke-2 bagi aku dan adik-beradik ku ketika di Sabah dulu.Kami duduk berjiran sebelah rumah kurang lebih 6 tahun.Mereka adalah yang turut banyak berjasa dalam membantu membesarkan adik-adikku menjadi orang yang hebat kini selain mendapat didikan dari ummi dan ayah tercinta.Terlalu banyak memori-memori indah diantara keluarga Baba&mama dengan keluarga ku.Mengajikan Al-Quran adik-adiku,berkerjasama hantar dan ambil balik sekolah,Setiap tahun keluarga kami adalah harapan urus kenduri Raya haji di bukit 2, Memori bermain badminton,memori di Pusat islam ,dan banyak lagi suka duka yang dikongis antara keluarga ku dan mereka. Hubungan ayah & ummi ku dengan Baba & Mama juga sangat baik , sehinggakan kepada kes ayahku yang menikah seorang lagi pun atas saranan Baba.(Apapun hubungan keluarga kami tidak pernah terjejas.Ayah dan ummi ku sahaja yang lain ceritanya….).




Siapakah Izzul?

Dikenali sebagai prince izzul di FB,orang negeri 9,rumah di Seremban , Graduan UTM sekudai , sekarang bekerja sebagai engineer di sebuah syarikat consultant .Beliau , ikhwah ku di atas jalan dakwah sejak kurang lebih 3 tahun lepas. Kami kerap musafir bersama. Menghadiri Program-program motivasi dakwah seperti Daurah (kursus), jaulah(bermusafir berjemaah), rehlah(berkelah), mukayam(berkamping), program motivasi sekolah, program perancangan dakwah university dan macam-macam lagi.

Mungkin aneh,aku di Utara ,dia pula nun jauh Selatan.Bagaimana kami boleh kerap berjumpa semasa belajar dulu ?,Malah kadang-kadang berprogram bukan waktu cuti semester pun( maksudnya:hujung minggu kuliah sahaja).Juga sampai sekarang ,masih ada program bersama walaupun tidak kerap.

Semua kerana : “Program dakwah yang diatur oleh persatuan atau NGO yang kami sertai ” .

Boleh dikatakan hampir setiap semester akan ada pertemuan program dakwah nasional ( merentasi negeri ) bagi mengkordinasi dan berkongsi permasalahan dakwah di kampus masing-masing.Minima sekali dalam satu semester ,tapi biasanya lebih.

Beliau juga seorang “pendakwah lapangan” yang hebat di kampusnya,(sure satu UTM kenal beliau walaupun beliau tidak memegang apapun jawatan hebat aktivis mahasisiwa di kampusnya.)

Beliau pernah mengatakan:

“Terlalu banyak nikmat kita di atas jalan dakwah ini.Jika ana tidak bersama dakwah,tak dapatlah merasa travel sampai ke Indonesia.Malah dalam jalan dakwan ini juga kita boleh tahu selok-belok banyak tempat…”

Itulah nikmat di atas jalan dakwah yang Alamiyyah. Dakwah yang pernah kami lalui tidak static setempat dengan hanya bergaul dengan kawan-kawan satu kampus sahaja,tetapi jalinan(networking) dakwah dan ukhwah islamiyyah itu dibentuk merentasi kampus IPT & IPTS ,merentasi negeri , merentasi negara dan tiada sempadan.

Itulah akhi izzul,salah seorang dari ratusan aktivis & duat (pendakwah) lapangan kampus hebat aku kenali ketika belajar di Uitm Pulau Pinang dulu.

Perhimpunan mereka yang bercinta kerana Allah.

Aku mengharpakan diriku pada hari walimah akhi izzul itu seperti “Seseorang” dalam hadis dibawah:

Rasulullah Saw. bersabda,

“إن رجلاً زار أخًا له في قرية أخرى، فأرصد الله تعالى على مَدْرَجَتِهِ مَلَكًا، فلما أتى عليه، قال: أين تريد؟ قال: أريد أخًا لي في هذه القرية، قال: هل لك من نعمة تَرُبُّها عليه؟ قال: لا، غير أنني أحببته في الله تعالى، قال: فإني رسول الله إليك أخبرك بأن الله قد أحبَّك كما أحببْتَه فيه”

“Ada seseorang yang mengunjungi saudaranya di sebuah desa. Di tengah perjalanan, Allah mengutus malaikat-Nya. Ketika berjumpa, malaikat bertanya, “Mau kemana?” Orang tersebut menjawab, “Saya mau mengunjungi saudara di desa ini.” Malaikat bertanya, “Apakah kau ingin mendapatkan sesuatu keuntungan darinya?” Ia menjawab, “Tidak. Aku mengunjunginya hanya karena aku mencintainya karena Allah.” Malaikat pun berkata, “Sungguh utusan Allah yang diutus padamu memberi kabar untukmu, bahwa Allah telah mencintaimu, sebagaimana kau mencintai saudaramu karena-Nya.” (HR. Imam Muslim).

Manakala Baba sekeluarga dan akhi Izzul adalah dalam kelompok “ saudaranya atau saudara di desa ini atau saudaramu ” dalam hadis di atas.

Rasulullah Saw. bersabda,

“إن حول العرشِ مَنابِرَ من نورٍ، عليها قومٌ لِبَاسُهم نورٌ، ووجوهُهم نورٌ، ليسوا بأنبياءَ ولا شهداءَ، يَغبِطُهم النبيُّونَ والشهداءُ”. فقالوا: انعَتْهم لنا يا رسول الله. قال: “هم المتحابُّون في الله، والمتآخون في الله، والمُتزاوِرُون في الله” الحديث أخرجه الحافظ العراقي في تخريجه للإحياء وقال: رجاله ثقات (2/198) عن أبي هريرة رضي الله عنه.

“Sesungguhnya di sekitar arasy Allah ada mimbar-mimbar dari cahaya. Di atasnya ada kaum yang berpakaian cahaya. Wajah-wajah mereka bercahaya. Mereka bukanlah para nabi dan bukan juga para syuhada. Dan para nabi dan syuhada cemburu pada mereka karena kedudukan mereka di sisi Allah.” Para sahabat bertanya, “Beritahukanlah sifat mereka wahai Rasulallah. Maka Rasul bersabda, “Mereka adalah orang-orang yang saling mencintai karena Allah, bersaudara karena Allah, dan saling mengunjungi karena Allah.” (Hadis yang ditakhrij Al-Hafiz Al-Iraqi, ia mengatakan, para perawinya tsiqat).

Ya Allah , Ya Rahman dan Ya Rahim,kami mohon agar dimasukkan dalam golongan yang “saling mencintai kerana MU,bersaudara kerana Mu dan saling mengunjungi kerana Mu”.

PS: Untuk makluman;

1.Mama dan Baba masih berkhidmat di Sabah .Baba sebagai tenaga pengajar bahasa arab di Uitm sabah,Mama pula Pengurus sekolah persendirian di sana.(Mereka hanya balik cuti beberapa hari untuk kenduri pernikahan anak saudara mereka ini dan bersilaturahim dengan keluarga yang ada kat sini ).

2.Sebelum tahun 2010 Pena dan Izzul aktif dengan ngo,Purebase.Sejak awal tahun 2010 pula sehingga sekarang bersama Ikatan muslimin malaysia (ISMA).