Wednesday, August 24, 2011

Ambil pengajaran.

22 Ramadan 1432H.

15:00 pm lebih.

Tengah duduk kat kaunter Maybank kerana mahu tukar kad lain.

Tiba-tiba ada seorang brader tergesa-gesa ke kaunter sebelah dan mahu jumpa seorang pegawai bank kerana akaun dia kena ceroboh.Baru berlaku tengahari tadi kerana dia login online Maybank melalui link email.

Pegawai bank tu bertindak segera segera dan katanya dah 3 ribu duit dia dipindahkan , mereka cuba selamatkan dan alhamdulilah katanya berjaya.Gembira tak terkira brader tu dan berjanji akan bersedekah lebih pada hari tu.

kes aku ? apa pasal nak tukar kad ?

ceritanya kurang lebih sebulan lepas,

Ringkas ceritanya,

Aku terbagi no kad maybank pada sorang awek yang call cerita offer kad diskaun percutian ,yuran bayar sekali sahaja dan macam-macam dia cerita kelebihan kad tu yang aku dah tak ingat.

Aku asalnya memang malas nak layan,tapi dok asik call dan pandai persuasive maka aku cair.

dia kata:

"takpe encik bagi no dekat kat tu,itu bukan no akaun pun".

Aku yang masa tu tak tahu no card pon boleh macam pin number kita . maka aku bagi la kat dia.

10 minit kemudian dia call.

" maaf encik baki encik tak cukup untuk kad diskaun kami,boleh encik masukan segera."

lepas tu perbualan terputus.

" Apa ? macam mana dia tahu baki akaun aku ? maksunya dia dapat masuk secara online" kata hatiku.

Alhamdulilah aku bijak sikit.kalau bagi no kad debit yang lain mampus aku.

Alhamdulilah sedikit berhati-hati menyelamatkan keadaan. Kali berikutnya dia telefon aku tak layan.Lepas aku dah berkeras beberapa kali kata tidak mahu , baru dia berhenti ganggu.

"Tak faham ke saya tak beminat dengan servis kad awak.apa paksa-paksa ni."

pengalaman penting hari itu:

1.jangan login akaun guna link email.masuk guna website official bank tersebut.

2.jangan layan sapa-sapa tak kenal yang minta maklumat berkaitan akaun atau apa-apa maklumat dekat kad debit .







No comments:

Post a Comment