Sunday, October 23, 2011

Bibit - bibit kesatuan.

Alhamdulilah , segala puji bagi Allah Azawajala ,tuhan semesta alam,

HIMPUN 22 oct 2011 telah melabuhkan tirainya ,

Telah berlangsung dengan Jayanya seperti dirancang berkat pertolongan Allah swt.

Telah menghimpunkan umat islam seluruh pelosok Malaysia dari Sabah Dibawah Bayu sehinggalah Perlis Darul Sunnah.

Telah Berjaya menghadirkan insan-insan perihatan terhadap permasalahan ASAS umat islam berkaitan AKIDAH dan pemahaman PERLEMBAGAAN tanpa mempedulikan latar belakang.

Telah di analisiskan penjaga Stadium Shah Alam jumlah hadirin boleh sampai 20 ribu orang dan pihak media pula menganggarkan 8 sehingga 5 ribu orang.

Telah Berjaya menghadirkan beberapa pemimpin POLITIK islam yang berlainan ideologynya walaupun mendapat tentangan ,prasangka buruk dan respon dingin dari parti masing-masing.

Telah Berjaya mewujudkan kerjasama dan KESEPAKTAN antara ngo islam dalam berjuang demi Malaysia tercinta ini.

Telah Berjaya menghimpunkan sangat ramai belia-belia yang perihatin ,belia-belia yang bencikan perpecahan,belia-beliau yang optimis,belia-belia yang islamis dan aktivis ,belia-belia yang semakin celik akan pentinnya usaha kesatuan, belia-belia islam dan bukan islam yang ingin melihat keharmonian Negara Malaysia tercinta.

Telah membuktikan kesepakatan agenda islam itu ada sinarnya.


MELAYU SEPAKAT ISLAM BERDAULAT.


Siapa sahaja yang menghadiri himpun ini dan peka terhadap kain rentang atau Banner yang dipasang dalam stadium pasti akan sedar ada satu kain rentang yang lebih besar dari yang lain yang tertulis ;

“ MELAYU SEPAKAT ISLAM BERDAULAT ”

Gambar:Tekan pada gambar diatas untuk melihat lebih dekat.Walaupun menggunakan kamera telefon 3 MP.tulisan tersebut jelas kelihatan.

Eh ,tidakkah kita tertanya apa kenanya perlu adanya perkataan “melayu” demi daulatkan islam? ini asobiyyah namanya.

Pasti itulah kesimpulan awal yang akan dibuat oleh kebanyakan orang dan segera menghukum assobiyah tanpa memikir panjang , tanpa rasional melihat keadaan Malaysia dan tanpa ilmu.

Untuk makluman perkataan 4 patah perkataan tersebut yang boleh diringkaskan menjadi MSIB telah menjadikan slogan penting oleh salah satu NGO islam yang bernama IKATAN MUSLIMIM MALAYSIA (ISMA).

Alhamdulilah slogan yang sangat unik ini telah Berjaya dianggkat serta didedahkan lebih besar dari slogan lain dalam HIMPUN dan pastinya telah dipersetujui oleh semua gabungan ngo-ngo yang mengadakan perhimpunan tersebut kerana rasionalnya keperluan yang sangat dasar MEMBAIKI KESATUAN orang melayu islam yang menjadi tonggak perjuangan ISLAM di Malaysia.


JIka ada yang mahu retorik dengan slogan umum dan tidak focus kepada golongan sasar seumpama UMMAH SEPAKAT ISLAM BERDAULAT, kita akan katakan:

“benar saudaraku ,slogan anda itu sangat benar.Tetapi memberi focus kepada orang melayu adalah lebih tepat dalam menyelesaikan masalah kedaulatann islam.

kenapa saya berkata seperti ini?

Jawapan saya mudah sahaja,saya ingin bertanyakan soalan . Di Negara Malaysia ini, bangsa apakah yang ramai islam dan MEMBENTUK KUMPULAN NGO atau POLITIK ISLAM ? adakah bangsa cina atau india ramai yang islam ? dan jika YA. Adakah mereka mempunyai “KUMPULAN NGO atau POLITIK” yang kuat untuk BERSAING dengan rakan “KUMPULAN NGO atau POLITIK” bangsanya yang bukan islam?

Anda cari jawapan sendiri ,Tanya dalam diri , belajar kembali sejarah penubuhan Negara ini , mencari fakta taburan bangsa-bangsa islam dan bukan islam di Negara ini dan cuba melihat reality Negara sendiri yang politik islamnya bagaimana ? dan politik kumpulan bukan islam juga bagimana ? mana yang lebih matang dan mana yang lebih beragenda ?

Anda beriman , menganalisi , berfikiran jerneh , terbuka,dan rasional,MAKA anda akan memahami kenapa perlunya MELAYU SEPAKAT ISLAM BERDAULAT.

Penjelasan ilmiyah slogan ini juga boleh baca disini:

http://www.ismaweb.net/v4/wp-content/uploads/2011/05/Ucapan-Dasar-AGM-ISMA-ke-12.pdf

Gambar:



Gambar di atas:Kenangan di HIMPUN bersama penulis dan pejuang islam yang saya kagumi , Assoc. Prof. Dr. Mohd Ridhuan Tee bin Abdullah, ( http://ridhuantee.blogspot.com/ ).Beliau banyak mendedahkan perangai ultra kaisu (asobiayh melampau) golongan cina yang sekarang tengah mengancam Negara Malaysia tanpa kita sedari .



Gambar di atas:Kenangan bersama rakan-rakan seperjuangan dari seluruh negeri yang hadir bersama dalam himpun.(selebihnya upload di FB)

1 comment:

  1. berita himpun:

    http://suaradarigunung.wordpress.com/2011/10/23/sejarah-baru-negara-terbentuk/

    http://www.ismaweb.net/v4/2011/10/syabas-himpun/

    http://www.ismaweb.net/v4/2011/10/deklarasi-himpun-kemukakan-sepuluh-ketetapan/

    http://www.ismaweb.net/v4/2011/10/himpun-beberapa-persoalan/

    http://www.ismaweb.net/v4/

    ReplyDelete