Monday, November 21, 2011

Jaulah sebelum jaulah.

Jaulah sebelum Jaulah.

Mulanya kena tido di surau yang banyak nyamuk kerana mahu tunggu seorang ikhwah yang akan sampai butterworth dengan bus sebelum subuh. Baru jalan beberapa minit , kereta over tempreture dan memerlukan rehat seketika serta top-up air. Kemudian kena lalui perjalanan feri 3 jam untuk ke Pulau Pinang kerana ada larian maraton di jambatan penang- biasanya 40 minit sahaja. Akhirnya sampai lewat ke tempat program ,dan balik awal pulak untuk memudahkan pendafataran beberapa ikhwah di uitm. Semuanya berlaku di luar perancangan kecuali perancangan balik awal.

Maafkan kami
.

Terpaksa datang lewat dan balik awal. Pastinya bukanlah teladan yang baik untuk dicontohi. Objektif program tidak dipenuhi sepenuhnya. Objektif lain yang dapat. Harap ikhwah - ikhwah yang hadir program faham, bukan sengaja dan bukan tidak datang seperti ikhwah-ikhwah lain yang " iman down ".

Objektif tambahannya adalah menguji kesabaran lebih sikit.


Alhamdulilah banyak perkara yang kami dapat dalam perjalanan ke program jaulah usm kali ini . Boleh diistilahkan jaulah(perjalanan) sebelum jaulah usm. Disamping ujian kesabaran, kami dapat melihat keajiban Allah azawajala memberikan kami " buku menarik " yang menemani jaulah kami kali. Buku tersebut seolah-olah berbicara secara hidup dengan kejadian yang berlaku.


Gambar:Ikhwah yang layan tepi pantai tidak sedar gambar mereka dirakam bersama sebuah buku .

Kisah dibawah inilah yang aku maksudkan hidup dengan peristiwa yang dialami hari ahad baru ini. Aku baca kisah tu sembil "drive merangkak " naik feri yang makan masa kurang lebih 2 jam. Kemudian aku kongsi cerita tersebut dengan ikhwah yang lain.

IF YOU DON’T LIKE YOUR OUTCOMES, CHANGE YOUR RESPONSES

Let’s look at some examples of how this works.

Do you remember the Northridge earthquake in 1994? Well, I do! I lived through it in Los Angeles. Two days later, I watched as CNN interviewed people commuting to work. The earthquake had damaged one of the main freeways leading into the city. Traffic was at a standstill, and what was normally a 1-hour drive had become a 2- or 3-hour drive.

The CNN reporter knocked on the window of one of the cars stuck in traffic and asked the driver how he was doing. He responded angrily, “I hate California. First there were fires, then floods, and now an earthquake! No matter what time I leave in the morning, I’m going to be late for work. I can’t believe it!”

Then the reporter knocked on the window of the car behind him and asked the second driver the same question. This driver was all smiles. He replied, “It’s no problem. I left my house at five AM. I don’t think under the circumstances my boss can ask for more than that. I have lots of music cassettes and my Spanish-language tapes with me. I’ve got my cell phone. I have coffee in a thermos, my lunch—I even brought a book to read. So I’m fine.”

Now, if the earthquakeor the traffic were really the deciding variables, then everyone should have been angry. But everyone wasn’t. It was their individual response to the traffic that gave them their particular outcome. It was thinking
negative thoughts or thinking positive thoughts, leaving the house prepared or
leaving the house unprepared that made the difference. It was all a matter of attitude and behavior that created their completely different experiences.


kisah tu boleh didapati di ms 7 dan 8 buku How to Get from Where You Are to Where You Want to Be.

100 % tanggungjawab HIDUP sendiri.

Aku bertangungjawab 100 % kerana membuat keputusan berada disitu,
Aku bertangungjawab 100 % kerana memilih untuk hadir lewat,
Aku bertangungjawab 100 % kerana memilih kereta itu,
Aku bertangungjawab 100 % kerana memilih untuk tido di surau itu,
Aku bertangungjawab 100 % kerana tidak sarapan pagi,
Aku bertangungjawab 100 % kerana jalan itu,
Aku bertangungjawab 100 % kerana mahu hadir program jaulah itu,

Aku bertangungjawab 100 % terhadap hidupku, kejahatanku,kebaikanku, ibadahku,perkara laroku(sia-sia), makan-minumku, fizikalku, ilmuku , pakaianku, kenderaanku, orang yang sekitarku, tempat tinggalku dan terhadap kedudukanku sekarang (Aku sekarang tengah duduk atas kerusi warna biru,mengadap laptop dan menekan papan kekunci).

Ada pilihan atau tidak ! , semua adalah tangungjawabku 100 %.

Anda boleh percaya kenyataan yang aku highlightkan di atas atas adalah asas penting yang membawa kejayaan kepada Jack Canfield yang berjaya membuat USD 80 juta tanpa apa-apa, W. Celement Stone membuat USD 600 juta, Bill Gate menjadi orang terkaya di dunia,dan Steve Jobs kaya dengan appels-nya.? Anda harus percaya. Kalau tidak percaya cuba tanya semua orang yang anda jumpa. Tidak kira apa pun bidang,orang yang berjaya dan dikenang dalam bidangnya pasti setuju dengan kata - kata tersebut .

"You must take personal responsibility.You cannot change the circumstances,the seasons,or the wind, but you can change yourself."(JIM ROHN America’s foremost business philosopher)

Apa-apa sahaja bidang yang kita mahu betul-betul berjaya,Hatta bidang dakwah, kata-kata tersebut sangat penting.

Tanpa rasa tangungjawab 100 % Muhammad Bin Abdulah SAW terhadap agama ISLAM , pasti ISLAM tidak berkembang sehinggakan kita dapat rasai kemanisanya pada hari ini.

kita TELAH bertangujuwab 100 % terhadap dakwah kita ? mari evaluasi diri kita.



Gambar: Kenangan Jaulah-rehlah USM .Sampai ke botanical garden di saat ikhwah lain hampir ke destinasi berikutnya. Sempat pusing satu round saja dan ambil gambar . Aktivity pengisian dan solat duha di botanical garden tak sempat ikut.


Gambar: Ikhwah beli aiskrim sebelum meninggalkan botanical garden.(zul tension sebab abang aiskrim tu lambat sangat serve.:-)

Di dalam al-Quran pula, terdapat banyak ayat-ayat yang menerangkan bahawa setiap insan harus bertanggungjawab 100% di atas hidupnua atau apa yang diamalkan oleh dirinya sendiri semasa di dunia ini. Tidak ada keterangan bahawa seseorang itu akan memikul tanggungjawab di atas amalan yang dilakukan oleh orang lain, sama ada yang bersangkut-paut dengan dosa atau pahala.

Berikut adalah sebahagian yang sempat aku himpun:

اَلاَّ تَزِرُوْا وَازِرَةٌ وِزْرَ اُخْرَى ، وَاَنْ لَيْسَ لِلاِنْسَانِ اِلاَّ مَا سَعَى.

"Sesungguhnya seseorang itu tidak akan menanggung dosa seseorang yang lain dan bahawasanya manusia tidak akan memperolehi ganjaran melainkan apa yang telah ia kerjakan".

AN NAJM, 53:38-39.

ditafsirkan juga oleh jumhur ulama tafsir terutamanya Ibn Abbas melalui hadis dari Aisyah radhiallahu 'anha:

قَالَ ابْنُ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا : قَالَتْ عَائِـشَةُ (لَمَّا سَمِعَتُ ذَلِكَ) حَسـْبُكُمُ الْقُرْآن ، وَلاَ تَزِرُوْا وَازِرَة وِزْرَ أخْرَى. رواه البخاري ومسلم.

"Berkata Ibn Abbas: Telah berkata Aisyah radiallahu ‘anha ketika mendengar hal tersebut: Cukuplah bagi kamu ayat al-Quran. Bahawa kamu tidak (dipertanggung-jawabkan) untuk memikul dosa orang yang lain". H/R Bukhari dan Muslim.

مَنْ عَمِلَ صَالِحًا فَلِنَفْسِهِ وَمَنْ أَسَاءَ فَعَلَيْهَا وَمَارَبُّكَ بِظَلاَّمٍ لِلْعَبِيْدِ.

"Sesiapa yang mengerjakan amal yang soleh maka untuk dirinya sendiri dan sesiapa berbuat kejahatan maka (dosa-dosanya) atas dirinya sendiri dan tidaklah Tuhanmu menganiaya hamba".

FUSHILAT, 41:46

وَمَا تُجْزَوْنَ اِلاَّ مَا كُنْتُمْ تَعْمَلُونَ.

"Kamu tidak akan diberi balasan kecuali apa yang telah kamu kerjakan".

AS SAFAAT, 37:39.

لَهَا مَاكَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا اكْتَسَبَتْ.

"Baginyalah apa yang dia kerjakan dan atasnyalah apa yang dia usahakan".

AL BAQARAH, 2:286.

مَنْ كَفَرَ فَعَلَيْهِ كُفْرُهُ وَمَنْ عَمِلَ صَالِحًا فَلأِنْفُسِهِمْ يَمْهَدُونَ.

"Sesiapa yang kafir maka dia sendirilah yang menanggung (akibat) kekafirannya dan sesiapa yang beramal soleh maka untuk diri mereka sendirilah (tempat yang menggembirakan)".

AR RUM, 30:44.

مَنْ عَمِلَ سَيِّئَةً فَلاَ يُجْزَى اِلاَّ مِثْلَهَا.

"Sesiapa yang melakukan kejahatan maka dia tidak akan dibalas melainkan sebanding dengan kejahatan".

AL MU'MIN, 40:40.

مَنِ اهْتَدَى فَاِنَّمَا يَهْتَدِى لِنَفْسِهِ وَمَنْ ضَلَّ فَاِنَّمَا يَضِلُّ عَلَيْهَا وَلاَ تَزِرُوْا وَازِرَةٌ وِزْرَ أخْـرَى وَمَا كُنَّا مُعَذِّبِيْنَ حَتَّى نَبْعَثَ رَسُولاً.

" Sesiapa yang beramal secara yang bersesuaian dengan hidayah (Allah), maka sesungguhnya dia telah berbuat untuk (keselamatan) dirinya sendiri dan sesiapa yang sesat maka kesesatan itu bagi dirinya sendiri. Seseorang yang berdosa tidak akan dapat memikul dosa orang lain dan Kami tidak akan mengazab seseorang sebelum Kami mengutus seorang Rasul".

AL ISRA', 17:15.

مَنْ تَزَكَّى فَاِنَّمَا يَتَزَكَّى لِنَفْسِهِ.

"Sesiapa yang membersihkan dirinya (dari dosa-dosa) maka dia telah membersihkan dirinya sendiri".

FATIR, 35:18.

وَاتَّقُوْا يَوْمًا لاَتَجْزِى نَفْسٌ عَنْ نَفْسٍ شَيْئًا.

"Dan hendaklah kamu takut kepada satu hari yang (di hari tersebut) tidak boleh seseorang melepaskan sesuatu apa pun dari seseorang yang lain".

AL-BAQARAH, 2:123.

فَالْيَوْمَ لاَ تُظْلَمُ نَفْسٌ شَيْئًا وَلاَ تُجْزَوْنَ اِلاَّ مَاكُنْتُمْ تَعْمَلُوْنَ.

"Maka pada hari (Kiamat) tidak seorang pun yang teraniaya sedikit juapun dan tidak dibalas pada kamu melainkan apa yang kamu telah kerjakan".

YASIN, 36:54.

يَاايُّهَاالنَّاسُ اتَّقُوْا رَبَّكُمْ وَاخْشَوا يَوْمًا لاَ يَجْزِيْ وَالِدٌ عَنْ وَلَدِهِ وَلاَ مَوْلُوْدٌ هُوَ جَازٍ عَنْ وَالِدِهِ شَيْئًا.

"Hai manusia! Hendaklah kamu takut kepada satu hari (di akhirat) yang (di dalamnya) tidak boleh seseorang bapa melepaskan (sesuatu apa pun) dari anaknya dan tidak pula anaknya boleh melepaskan sesuatu apa dari ayahnya".

LUQMAN, 31:33.

مَنْ جَاهَدَ فَاِنَّهَا يُجَاهَدُ لِنَفْسِهِ.

"Sesiapa yang bekerja keras (di dunia) maka tidak lain melainkan untuk dirinya sendiri".

AL-ANKABUT, 29:6.

كُلُّ نَفْسٍ بِمَا كَسَبَتْ رَهِيْنَةٌ.

"Tiap-tiap jiwa (seseorang) bergantung kepada apa yang telah ia usahakan (semasa hidupnya)".

AT-THUR, 52:21.

وَاَنْ لَيْسَ لِلاِنْسَانِ اِلاَّ مَا سَعَى.

"Dan sesungguhnya manusia itu tidak akan mendapat melainkan (menurut) apa yang telah diusahakan (semasa di dunia)".

AN-NAJM, 53:39.

فَمَنْ يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ خَيْرًا يَرَاهُ ، وَمَنْ يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ شَرًّا يَرَهُ.

" Maka sesiapa yang mengerjakan kebaikan sebesar debu pasti dia akan melihatnya dan sesiapa yang mengerjakan kejahatan seberat debu pasti dia akan melihatnya ".

AZ-ZILZAL, 99:7-8.


gambar: Destinasi ke-2 Jaulah-rehlah USM , pantai sekitar Teluk Bahang.

Rujukan tambahan :

link promosi buku :

http://www.thebigwhitebook.com/the-success-principles-2-chapters.pdf

Ikhwah wa akhwat sekitar penang yang berminat dengan buku ini boleh je tempah melalui ana atau kalau nak super cepat cari je dekat kedai buku besar sekitar antum.

Ayoh ambil banyak manfaat dari buku ini.Bagi ana , Buku ini boleh jadi Al-hikmah yang telah Rasulullah saw sebut. Dalil AL-Quran dan hadis telah lebih awal sebutkan apa yang diceritakan dalam buku ini. Cuma salah kita sahaja yang tidak tahu dalil kitab kita, tidak faham atau tidak nampak cara untuk memudahkan kefahaman kepada masyarakat kita. Ambilah Al-hikmah atau ilmu itu walaupun bukan dari pengikut agama kita.

الحكمة ضالة المؤمن فحيث وجدها فهو أحق بها (رواه الترمذي)

Maksudnya: Al-Hikmah adalah barang yang hilang dari orang mukmin, maka di mana saja ia dapati, dia adalah orang yang paling berhak terhadapnya. (Riwayat Tirmizi).

No comments:

Post a Comment