Sunday, April 22, 2012

Kita akan X-treme selepas ini.

Alhamdulilah baru balik dari mukayam belia  X-tream ISMA zon utara.

tadi sempat singah rumah tok di chemor dan tido dalam 2 jam disana,

Alhamdulilah rasanya tido tu dah cukup dan tidak perlu tido seperti muakayam yang sebelum ini,mungkin......sebabnya kali ini jadi urusetia program bukan peserta:-)

Eh! tapi urusetialah yang patutnya lebih penat sebab kami hadir sehari sebelum program....dan penat ana pula hampir sama peserta sebab terpaksa-rela jadi orang paling ganas berinteraksi dengan peserta , alhamdulilah mungkin berkat riadah sebelum pergi mukayam yang menyebabkan badan tidak letih sangat .

kepada adik-adik ikhwah yang jadi peserta, tolong jangan q'ado tido 2 hari dengan alasan kurang tido dalam 2 hari lepas ,

terpenting jangan tuang kuliah esok atau lewat punch card esok , jadikan orang yang awal atau panctual esok ..... :-)

antum orang yang hebat !

Allah ! .... qo'yatuna.
Jihad!.....sabiluna,
Rasul!...qudwatuna,

ikhwah!.....????..hanya akh Mun'aim Idrus yang tahu jawapannya...

kepada ikhwah yang jadi peserta: Saiful Ayyas,Mohammad Muzzammil,Ahmad Faiz,Muhamad Farid,Syed Fariq....dan lain-lain,.....maaf jika bagi iqob yang kurang adil atau keterlaluan sepanjang program..... ana melepaskan jawatan sebagai kem kom.....antum telah dibebaskan...:-)


Gambar urusetia : Tahniah Kepada Urusetia dan fasi yang mem-setup mukayam kali ini . Kami telah  disini hari khamis lagi bagi membersih tempat yang baru kena tusnami ini . Alhamdulilah team urusetia yang mantap.

Gambar bersama peserta : kena tunggu urusetia media uploadkan ....

Tuesday, April 17, 2012

Aiman ! perhatikan dirimu sekarang.


Catatan Addinlove. Perjuanganku sekarang ?


Jika di awal tarbiyyah dulu.....di Uitm dulu......di Sabah dulu......

berpayah pergi pengajian atau usrah dengan sejam lebih perjalanan menaiki bas atau kereta sapu setiap minggu ,

berpayah pinjam moto usang ikhwah atau ada moto sekuter sendiri yang kerap rosak dan juga biasa lencun dibadai hujan dalam perjalanan ke program dakwah ,

berpayah biasakan diri balik bilik pukul 2-3 pagi atau terpaksarela melepak-beriktikaf tido-sesuka hati di masjid atau surau sampai subuh demi berusrah mengatur gerakan dakwah dan tarbiyyah ,

dan dulu.....banyak lagi keperitan tarbiyyah dan kesusahan dakwah bersama para ikhwah yang sangat manis jika dikenang semuanya ,

Sangat manis dan penuh memori sehinggakan bisa mengalirkan air mata ,

tapi kini ....... semua itu beransur pudar , semakin selesa , tidak sepayah dulu dan pesona-pesona dunia semakin mengaburi ,

...... ternyata benar ...... t'sabat itu bukan kata-kata mainan di bibir,

...... Ya Allah kekalkan aku dalam perjuangan ini ,

....... Jalan juangku masih panjang....... atau bila-bila sahaja boleh berakhir,

...... aku inginkan pengakhiran ku ....... seperti Rantisi itu,

....... Akhuna Ust Muhammad Fauzi Asmuni pernah memberi nasihat yang sangat bermakna dan aku harus tazkirahkan diriku selalu demi meneladani sosok Dr Abd Azizi Rantisi :

"Jaga stamina. Kurangkan masalah peribadi. Ringankan tanggungan yang tak sepatutnya ditanggung. Kecilkan cita-cita dunia. Hiduplah secara simple seperti seseorang yang bersedia untuk dikerah bila-bila masa tenaga dan keringatnya. Jangan berkira dalam memberi tenaga. Bersedia untuk bekorban segalanya termasuk masa depan dan nyawa. Kurangkan bercakap dan banyakkan amal"
PS:

1. Ust Muhammad Fauzi Asmuni -> http://www.ismaweb.net/v4/2010/04/berdakwah-adalah-semulia-mulia-kerjaya-ust-fauzi/

2. 17hb April - 8 tahun kesyahidan Dr Abdul Azizi Rantisi -> https://m.facebook.com/photo.php?fbid=360305170684120&id=155707591143880&refid=13&_ft_=qid.5732348673875234823%3Amf_story_key.8092765801720288490&_rdr#360305170684120

Saturday, April 7, 2012

Matematik , Ilmu terpenting selepas Al-Quran-Sunnah.

Catatan addinlove : menjadi mu'alim. 5 April 2012.

"Mu'alim (cikgu), nisbah tu apa ?" tanya Arofat yang membuatkan aku sedikit terkejut..

"Emmm.... Nisbah itu satu makanan yang lazat dimakan " jawabku dengan penuh yakin.

"Muka Arofat kaget ...." kehairanan bin ajaib dengan jawapanku.

serentak ketawa satu kelas...

" Kembali kepada soalan bagi memahami apa itu nisbah. Tadi mu'alim ada sebut ( lebih 3 kali dah ni ) , bila dikatakan AB nisbah BC adalah 1 nisbah 3 (ditulis 1:3) , maka untuk membentuk BC perlu ada 3 kali AB ." jelasku kepada kelas yang kembali segar dari kelesuan petang dan kecemburuan mengintai junior bermain diluar.

" Baiklah , cuba tengok carta pai ini atau bulatan ..... macam kek " kataku sambil membuat satu bulatan di whiteboard.

"....Macam roti arab"..... mencela si Arofat,

"Ya ! anggap macam roti arab " kataku mengiakan sambil kedengaran beberapa ketawa kecil rakan kelasnya.

"Dibahagikan kepada empat bahagian , satu bahagian dikeluarkan atau dimakan oleh Arofat . Jadi berapa bahagian yang hilang daripada jumlah bahagian yang asal ? " soalku sambil melorek bahagian yang dimakan atau hilang .

"Satu bahagian..." jawab Arofat bersama beberapa pelajar lain , tetapi jawapan tidak lengkap.

"Satu bahagian yang dimakan (atau hilang) daripada 4 bahagian . Betul tak?" jawabku sendiri .

"Ya betul "sahut mereka .

"Jadi kita tulis 1/4 telah hilang. Dan 1/4 ini adalah seperti AB . Dan bahagian yang selebihnya tinggal berapa?..... 3 daripada 4 bahagian kan , maka bahagian ini kita tulis sebagai BC" jelasku sambil tulis huruf AB pada bahagian berlorek dan huruf BC pada bahagian yang tinggal (yang tidak berlorek) bagi mengaitkan terus dengan soalan.

"Jadi kita tulis semula AB = 1/4 dan BC = 3/4 . Jika kita kembali kepada soalan , Itulah juga yang kita boleh faham dari garis lurus AC = 12 cm , tetapi ada satu titik B yang kemudian dikatakan nisbah AB kepada BC adalah 1 nisbah 3." tambahku lagi.

"Untuk dapatkan nilai AB dalam cm , kiraannya begini , 1/4 darab dengan AC . Begitu juga nilai BC ,iaitu 3/4 darab AC " jelasku sambil menulis AB=1/4 x 12 = 3 cm dan BC= 3/4 x 12 = 9 cm.

"Jadi kita telah dapat nilai AB dan BC dalam cm melalui nisbah yang diberikan. Ok , Semua faham?." simpulku sambil menyoal bagi memastikan mereka benar-benar faham.

"....dan betulkan ! nisbah itu juga adalah satu benda yang enak dimakan ". gurauku sekali lagi bagi menutupi rasa bersalah gurau yang mungkin memalukan Arofat tadi.

Sebenarnya hari ini Arofat tidak seperti selalu . Setahuku dia jenis yang pendiam dan antara yang paling kurang responsive ketika aku mengajar , tetapi entah kenapa dia begitu spoting dan outspoken petang ini ,rupanya ada identity tersembunyi. Insyaallah ini mungkin tandanya dia semakin berminat denganku kerana tadi dah kena denda berdiri sebab tidak hantar latihan minggu lepas .

Takpe, Arofat tak kisah :-)

Kasihan mereka.

Sebenarnya aku agak kasihankan pelajar-pelajarku itu. Ini kerana mereka akan ambil spm tahun ini . Macam mana mahu score kalau basic matematik tingkatan 1,2,3 dan 4 pun lemah. Apa tidaknya , pmr tidak ambil . Tak ! bukan sebab pmr , tetapi kerana kebanyakan mereka baru belajar "matematik exam oreinted" tahun lepas (tingkatan4) atau belajar matematik secara tidak bersungguh dan kurang sistematik selama ini (baik disekolah ini atau sekolah lama mereka).

Tapi kenapa mereka lemah metematik?, nak kata otak lembap dan tak pandai ? Mustahil , kerana mereka ada yang telah hafal seluruh isi alquran, dan subjek bahasa arab atau subjek agama , jangan ditanya , hampir semua jagoh dan cemerlang.

Adakah kerana sekolah agama persendirian ini tidak pedulikan subjek matematik, dan buat perangai peduli bila nak ambil exam saja ? Kalau itulah sebabnya , Jika saya ada anak nanti , pasti sekolah ini bukan pilihan saya.

Apa yang pasti matematik bukan subjek hafalan, tetapi seorang yang cemerlang menghafal tidak wajar dibiarkan lemah matematik atau membiarkan diri tidak termotivasi untuk belajaq matematik.

Bagi saya peranan terbesarnya tetap pada guru atau sistem sekolah kerana jika kehebatan guru dan sekolah yang telah menjadikan anak murid mereka hebat bidang hafalan-agama , mengapa tidaknya dalam bidang hidup yang sangat penting iaitu matematik atau ilmu kira-kira. ? Bukti lemahnya pelajar mereka ini adalah masih ada perlu tekan kalkulator untuk sifir 3x2 , sungguh mengharukan .

Gambar atas : Soalan dalam bab Trigonometri 2 tetapi perlu sentuh bab Nisbah hampir 15 minit kerana hampir satu kelas tidak tahu apa maksud nisbah dan kegunaanya.

Apa pun ceritanya , Insyallah belajar hanya untuk score spm sahaja bukan payah mana. rahsianya belajar metematik mudah saja , iaitu : Anda jangan hafal formula tetapi anda buat latihan berulang-ulang kali dengan formula itu. Telahpun aku ceritakan kisah seorang kawan masa spm dulu yang hafal formula saja "last minute" dan rasa yakin boleh jawab dengan hafalannya , tetapi keputusanya adalah dia gagal teruk subjek yang mudah ini.

Masalahnya sekarang, pelajar-pelajar sekolah agama ini sibuk luar biasa . Jadual mereka super padat. Banyak sangat mahu dikejar , Subjek agama, subjek hafalan dan subjek akademik. Awal pagi sehingga malam , waktu berriadah atau main petang pun makin tiada. Harapnya jangalah jadi yang dikejar tak kesampaian yang dikendong berciciran.

Malah aku yang sekadar diberi kelas tambahan di waktu tidak productive ini (waktu main bola) , sekali semingu dan selama 2 jam sahaja , sangat tidak cukup dalam keadaan mereka sekarang.
Aku mesti memikirkan keadah study smart daripada study hard kepada mereka ini .

Doakan kejayaan mereka , .... Dan doakan aku juga ..:-)

Semoga kata-kata dibawah ini memuhasabahkan pelajar agama atau pihak sekolah agama yang memandang rendah ilmu matematik.

Guruku, Al-fadil Ustaz Fazullah Syuib , Pensyarah Falsafah dan etika di Uitm , berkata :

"Beberapa ulamak silam meletakkan susunan kitab di rak buku dengan tingkat teratasnya (pertamanya) kitab ilmu berkaitan Al-Quran , tingkat kedua ilmu Hadis dan rak ke ketiga ilmu berkaitan matematik , kemudian rak-rak bawahnya barulah disipilin ilmu yang lainnya."



Wednesday, April 4, 2012

Gadis 7 Petala Cinta hanya 1% dalam listku.

Catatan addinlove.

Jumaat , 24 mac 2012.

[ Hide ]

Gambar Atas : Gadis berpudah di analogikanku sebagai gadis 7 petala cinta.

Ahhh.... tambah berat ujian.

Apa yang pasti offer diberikan oleh paklong ini bukan suatu yang biasa , sangat luar biasa dan mengiurkan setiap pemuda.

[ Hide ]

Kenapalah aku tiba-tiba dioffer begitu lumayan ni, sedangkan aku ni seorang yang bermasalah, banyak kekurangan dan kelemahan....?

...ahhh tidak.... bingung dengan ujian pilihan...

Aku menjadi bingung.?

Aku adalah aku ,(tidak mahu jadi fahri AAC-abdullah azam KCB-hamka 7PC-atau sesiapa saja yang nerd), aku adalah seorang hamba allah yang biasa saja , kerjapun sendiri , gaji pun tidak stabil..... aktivis jemaah isma dan berkemungkinan sangat besar mahu nikah dengan aktivis muslimat jemaahku juga.

Sebelum ini tidak pernah cuba mahu nikah ? Ceritanya disini . Dan sekarang ...... aku bingung. Bingung dengan 3 pilihan.

Disebabkan aku ini dari keluarga otak kiri , maka bahasa dalam isu ini pun ..... matematik,

Seperti madah tawaran dari umiku : " umi mahu kira-kirakan (pernikahan dengan gadis pilihannya itu) jika aiman setuju".

Ya , memang banyak kira-kira telah aku buat.

Antara kira-kiraku dalam bab memilih pasangan sekarang adalah :

"Pilihan pertama 90% iaitu dari akhwat isma, pilihan ke-dua adalah dari ummiku iaitu 9 % dan pilihan terakhir 1 % sahaja iaitu bidadari 7 petala cinta cadangan paklongku."

Jika bidadari syurga sebenar-pun dioffer kepada ku , aku tetap letakkan dia dalam kumpulan 1% list ku.

Bukanlah aku mahu sombong , menolak nikmat Allah swt dan tolak tawaran lumayan , tapi masalahnya lepas nikah bidadari syurga pun, KENA hidup dibumi ini juga , bukan hidup di syurga.

Kena fikir apa yang dilalui oleh manusia biasa , perihal perjuangan , bab nafkah , isu tempat kediaman, isu membesarkan anak-anak, isu pendidikan , isu hubungan keluarga , isu cemburu, isu cinta , isu tanggungjawab dan macam-macam lagi asam garam kehidupan dunia ini yang aku rasa bidadari syurga pun belum tentu mantap bersamaku.

Kecuali bidadari syurga yang dijelmakan dalam isma , kerana dia adalah kebarangkalian "kira-kira" yang terbaik pada mataku sekarang (90%), kerana dia akan memahami , menyokong, mendokong , berkongsi suka-duka dan meng-imani serta meng-imami keputusan hidup bersama dalam parit perjuangan ini ."

Tetapi kata-kata memujuk ini banyak kali dari pelbagai pihak :
"bukankah perempuan itu wajib menurut atau wajib berimam-kan suaminya , jika dia bukan aktivis jemmah kamu pun , bentuklah dia dan fahamkanlah dia. boleh saja kan?"
Ya , kata-kata itu memang benar teorinya dan nampak macam mudah . Tetapi secara praktikalnya berapa ramai yang berjaya ? Atau akan berlaku sebaliknya ? berapa ramai pemuda dakwah telah meninggalkan dakwahnya kerana ujian isterinya?. hatta isteri yang aktivis jemaah sendiri pun macam-macam kes . Pada analisisku sekarang kejayaannya kata-kata di atas hanya berlaku mungkin 1 nisbah 10 atau nisbah 1 daripada 100.

" Akhwat yang ramai dalam gerakan antum nak tunggu nikah dengan siapa? Kalau dapat suami yang bukan aktivis dakwah , habislah masa depan dakwah mereka.! Kalau tidak nikah dengan antum , sapa lagi ?" tazkirah umum seorang ikhwah.

"Apa pasal pulak nak suruh nikah dengan aku dan beberapa ikhwah bujang yang berapa kerat ni saja!...... Poligamilah dengan ikhwah yang dah nikah.... buktikan keimanan akhwat kepada poligami dengan praktikal.... selesai masalah." sabotaj-ku ,..... tetapi dalam hati saja kerana tawaduk dengan tazkirah ikhwah tersebut.

"Antum buat bidaah kerana wajibkan ikhwah nikah dengan akhwat jemaah antum saja." kata seorang sahabat salafi pulak .

Apa kaitan nak pilih jodoh dengan bidaah pulak? Sapa mewajibkan pulak?,

Bukan mewajibkan ,tetapi cuba memberi saranan dan panduan pilihan yang terbaik serta tepat. Memang betul kita tidak boleh nafikan antara 10 orang akhwat mungkin ada satu yang bermasalah juga. Kita tidak boleh nafikan mungkin nisbah 1 sahaja dari sepuluh wanita lain yang dinikahi akan menyokong, mendokong dan memahami dakwah kita kelak . Tapi mudahkah kebarangkalian 10% dapat? dan mungkin juga 1 peratus ? ( 1 nisbah 100) .

"Jika mahu menempa masalah ! cubala." provoke seorang ikhwah.

Ini muhasabah yang paling killer:

"Cuba antum letakkan diri antum sebagai akhwat , mungkin antum akan faham kata ana." tazkirah umum seorang ikhwah juga .

Emm ... kalau mahu nada macam seorang sahabat salafi di FB ; "Kalau ana jadi wanita, ana sedia jadi isteri ke 4".

Sudahlah omong macam-macam aiman , Apa pun ceritanya , harap ikhwah yang urus baitul-muslimku sekarang , segera memberi jawapan , sebab aku sekarang telah terpaksalah lagi cari jalan tangguhkan jawapan atau beralasan kepada ummi lagi bulan ini ...... kasihani la ana akhi.

Juga satu lagi ;

Ya Allah , lindungillah aku dari "terlihat" atau nakal mahu melihat bidadari 1%peratus itu.... jika terlihat ...... aku kuatir.... dari satu peratus boleh jadi 99%...... kerana aku.... akan terkena demam gadis berpurdah 7 petala cinta ... :-)
Ps:

1.Peringatan ! , movie 7 petala cinta adalah cubaan " cinta islami " oleh filem tanah air kita , malangnya banyak "perangai" yang tidak islami serta mencemarkan imej golongan islamis atau pengajian pondok. Cerita cinta islami kita itu masih perlu banyak islahnya(perbaikan). Komen baik seorang penonton disini. Ukhti nafisah, zaujah seorang ikhwahku yang namanya hampir sama heroin cerita tersebut telah terang-terang komen di fb-nya.... DON'T LIKE IT.

Aduh , bila la filem islamik malaysia mahu setanding indonesia atau dunia ?.

2.Peribadinya aku tidak berapa minat gadis berpurdah , kerana ada saja yang berpurdah tetapi bertabaruj (berhias) dan mencantikkan matanya demi sebuah "perhatian" yang akan mengundang anak panah syaitan . Ketahuilah ! lelaki beriman tidak boleh tergiur kerana purdahnya itu saja . Dalam uruf (adat kebiasaan) malaysia ini pula , purdah bukanlah kayu ukur kesolehan atau kemantapan peribadi seorang akhwat , tetapi hanyalah pilihan tambahan seorang muslimat demi sejahtera imannya serta orang di sekelilingnya pada pandangannya. Sebab itulah aku tak kisahpun bakal isteri yang berpurdah atau tidak ..... Tetapi yang membuatkan aku mungkin tertarik dengan anak haji M adalah peribadi haji M dan keluarganya sendiri.

Astagfirullah aiman , insyallah bakal mertua kamu dari akhwat isma lebih baik ..... tetapkan kesabaran , banyakkan doa dan optimis mu aiman .... amin ya rob.