Tuesday, November 15, 2011

Menangisi diri insan.

Dengan nama Allah yang Rahman dan Rahim , aku menulis.

Apakah jasaku sepanjang hidup lebih 26 tahun di bumi Malaysia ini?

Entah! Apa yang telah aku buat untuk diriku ? ,
Entah! Apa yang telah aku buat untuk ummi dan ayahku ? ,
Entah! Apa yang aku buat untuk kakak dan adik-adikku ?
Entah! Apa yang aku sumbang untuk masyarakat ,bangsa ,Negara dan agama-ku ?

Entah apa - apa entah aku ini.

Nikah pun belum , kerja dunia pun tidak stabil , dan Kerja Dakwah & Tarbiyah pun macam ada yang tidak kena.

Apa yang pastinya adalah Dakwah & Tarbiyah yang aku buat atas kerelaan , kemampuan dan kefahamnku itu tetaplah aku yakini asset yang paling berharga buat diriku.

Tanpa dakwah & Tarbiyyah , maka apakah nilai-ku? .

Tidak mahu aku fikirkan soalan itu , seumpama soalan tanpa ke syurga ke manakah aku ?

Jika tanpa dakwah & Tarbiyyah aku lebih rela dilenyapkan dari dunia ini. Tidak sanggup aku menjadi " Bangkai Bernyawa " yang mungkin luaranya kaya harta, berpengaruh, dan berpendidikan tetapi melata di muka bumi ini tanpa roh imaniyah.

Terasa ujian yang melandaku semakin hari , semakin berat.

Berat bukan secara luarannya seperti kepayahan hidup mendapatkan sesuap nasi atau kecacatan yang mengaibkan atau penyakit fizikal yang jelas kelihatan , tetapi terasa berat konflik jiwa seperti mungkin juga kebanyakan insan lain merasainya.

Ya Allah , aku hanya mengadu pada-Mu.

Solat fardu dan solat sunat, Bacaan Al-Quran dan zikir harian ,Aktif merencana dan mengerakan persatuan belia atas nama dakwah & tarbiyah , Aktif hadiri pengajian ilmu secara live atau rakaman , Membaca buku dan tulisan bermanfaat, Sekali sekala berkarya di laman sesawang dan menghidupkan blog sendiri , Membimbing adik-adik di sekolah dan IPT , Membantu program motivasi dengan menjadi fasilitator dan penceramah ,dan sibuk macam-macam program tarbiyyah dan dakwah.

Tapi semuanya itu masih tidak cukup ,tidak puas dan tidak mantap lagi.

Sepertinya aku tercari-cari dan berkeinginan sesuatu untuk melengkapi hidupku.

Mungkinkah yang dicariku adalah pendamping hiduku yang boleh menguatkan , mengimbangkan , memaniskan , meluruskan , memanusiakan dan menambah bekalan amal yang aku rasa masih tidak cukup ini ?

Bukan tidak mahu cari.

Ketika berusia 21 tahun , aku pernah terbakar atau tarcabar oleh sepupu sebayaku. Dia aktivis dalam gerakan dakwah yang aku turut sama kecimpung . Dia telah berjaya menamatkan zaman bujangnya tahun itu juga dalam status pelajar junior university .

Tapi api yang membakar semangatku untuk ikut jejak sepupuku itu dipadam oleh konflik ayahku yang buka cawangan kedua di bumi bawah bayu itu . Akibatnya mengamuklah umiku seumpama ledakan nukler. Maka hasratku tersimpan sahaja dalam hati disebabkan cuba mengurus masalah tekad umiku mogok keras minta diceraikan.

Sehinggalah awal tahun 2009 dan aku telah memperoleh ijazah sarjana muda kejuruteraan awam dari uitm Pulau Pinang . Kemudian barulah aku cuba memotivasikan diriku berkali-kali, membuat beberapa persiapan awal dan membina keyakinan diri dalam keadaan masih serabut tidak menjumpai solusi tindakan umiku yang tidakku fahami ketika itu. Proses takruf(perkenalan untuk nikah) aku juga diburukkan lagi oleh konlik "jemaahku" waktu itu. Maka Tertangguh lagilah sehingg akhir tahun. Akhirnya usaha takruf dengan bantuan seorang ikwah-ku dilakukan juga.

Entah mengapa ? saat ini masih aku ke-bujang-an.

Mengapa aku sukar mencari kekasih hati yang akan menemani perjalanan hidupku.Tiga kali pernah dicuba,bukan tiga tapi empat kali.

Cubaan pertama nyaris jumpa minggu depanya selepas aku remind ikhwah yang mengurusnya. Tapi konflik jemaah yang meletup minggu depanya juga membantutkan segalanya. Kelompok jemaah terpecah kepada dua ,sekelompok besar mahu Islah, selebihnya mahu kekal. Si dia yang dijanjikan takruf denganku memilih kekal, maka habislah cerita.

Cubaan kedua.

Semuanya kerana kejahilanku "over test" bertanyakan soalan berkaitan poligami yang kuharapakan dia memahami dan membantuku menjadi qudwah kepada ummi ku . Dia tidak kuat untuk itu ,juga mungkin tidak sanggup memahami konflikku dan keluargaku. Akhirnya dia mengundur diri.

Sebenarya bukan silap dia , tapi silap aku yang lurus bendul sangat dan tidak memahami wanita. Aku sangkakan tiada masalah saja sebab memang ada alasan pun nak "cuba tanya" dan ada juga dua testimony ikhwahku yang lulus soalan keramat tersebut masa takruf. ....Tapi , aku tak lulus.

" Sapa suruh tanya soalan keramat yang belum tentu engkau boleh laksanakan dan mustahil engkau akan sakiti isteri pertamamu seperti yang dibuat ayahmu. Adakah engkau tidak ambil pengajaran?" , pernah marahku sendirian.

Cubaan ketiga.

Kali ini pulak adalah cobaanku mengkhitbah anak sahabat baik ayahku. Gagal kerana dia adalah aktivis harapan jemmahnya. Aku pulak aktivis kelompok lain. Disebabkan seorang ikhwahku mengusulkan sorang lagi calon lain dan aku buntu beberapa bulan mencari solusi selain salah satu pihak akhirnya terpaksa berkorban bila berlaku pernikahan antara aktivis yang lain kelompok , maka aku melepaskan dia untuk sambung belajar di luar negara.

Cubaan ke-empat.

Kali ke tiga lagi aku dah tak buat hal tanya soalan keramat itu. Aku telah sangat mengarapkan semuanya berjalan lancar kali ini walaupun hantaran yang tinggi dan dia masih belajar.

Silap-nya aku pada " surat kepada bakal mertuaku " yang menyatakan maksud sebenar cinta ikhlasku dan keingianku untuk walimah mendekati sunnah bagi mengikis budaya jahiliyah walimah yang masih meluas( baca mendekati sunnah bukan menepati sunnah).

Spoilnya pada ibunya yang mengangap aku biadab sangat mahu mengajar pernikahan cara islam walaupun aku telah menulis dengan penuh hati-hati, dinilai oleh dia dan kakaknya sebelum serah kepada ibunya. Ternyata benar suatu tulisan itu membawa maklumat tidak sampai 10 peratus seperti dikabarkan banyak kajian . Cara persembahan , orang yang membaca dan tidak mohon penjelasan menjadikan salah paham pasti berlaku.

Ibunya rasa terhina oleh seorang anak muda yang mahu tazkirahkan agama. Akhir ceritanya berjayalah dia menghasut anaknya dengan tangisannya dan berkata tidak mahu maafkan aku walaupun aku telah minta maaf . Maka luruh-lah seluruh keyakinan dia yang awalnya berjanji menghadapi segala kemungkinan bersamaku. Malam itu juga , aku menangis mengenang nasib malang-ku.

Jadi terkejut beruklah ahli keluargaku kerana hampir tarikh pertunangan kami. Juga percuma aku dimarahi murrobi dan sahabatku kerana kononya salah cara menyampaikan kebenaran. Aku tidak mengalah juga kerana rasanya bukan salahku sendiri sahaja, kenapa dia memutusknnya di pertenghan jalan?. Kenapa aku tidak diberi peluang menyelesaikan misi-ku untuk menjelaskan, minta maaf dan jumpa keluarga dia ?, lalu bagimana aku dikatakan salah dan tidak berhikmah.? Surat terakhirku kepada dia juga tidak diserahkan oleh ikhwah yang mengurus kami kerana kuatir dia akan futur (melemah) atau mutasaqitun(keluar) dari jalan dakwah. Aku tak kisah sajalah jika sebaiknya tidak diserah suratku itu untuk kelangsungan dia bersama dakwah , maka aku berserah sahaja pada apa yang baik menurut ikhwahku itu.

Aku meluahkan pada seorang ustaz; " kalaulah dia seorang yang yakin padaku (kerana bukan maksiat yang aku buat ), PASTI lautan api pun aku akan redah demi mendapatkan dia."

Ah ! Semuanya tetap salah engkau Aiman, tawaduklah diri dan banyakkan muhsabah diri sikit. (Ada rezeki nanti mungkin aku akan ceritakan lebih detail sikit lagi kisah sedihku supaya mungkin pemuda-pemudi lain tidak lakukan kesilpanku dan kesilapan dia. Kalau cerita di atas sudah mencukupi untuk difahami,maka tidak perlulah aku ceritakan lagi.

Semuanya telah berlalu hampir setahun.

Soalannya sekarang Siapakah Si Dia yang layak buat ku ? Ade ke orang yang mahu aku yang miskin ini , kerja sendiri & masih boleh diberi title graduan pengangur berhutang , serta banyak sangat masalah dan kelemahan ini ?

Rasanya hampir episode hidupku seperti pencarian jodoh Abdullah Khairul Azzam. Tidak!, Aku adalah aku. Aku lebih suka menjadi diri sendiri. Malah perbezaan kami sangat banyak. Mana mungkin, Aku bukanlah seperti dia yang nerd(semua benda nampak sempurna). Aku ni macam-macam ada.

Pernah juga aku rasa mahu buat seperti Azzam yang telah serahkan cincin kepada gurunya(murrobi) untuk mencarikan jodoh tanpa kisah apa-apa lagi hatta diberikan jodoh yang buta sekalipun . "Kalau Bisa biar akad nikah terus macam novel KCB itu. Barulah namanya nikah yang lebih sunnah dan kurang syubahat" . Ah !, mengelamun lebih aku ini. Mana ada Anna Afatunisa layak untuk aku yang bezanya dengan Azzam seperti langit dan bumi.

Eh, Bukankah aku masih punya ummi dan ayah , kenapa tak serah cincin pada mereka dulu? atau Bukankah aku punya murrobi yang asik push kata ramai akhwat dalam " waiting list", kenapa tak minta sorang ?

Maafkan aku wahai ummi, ayah , murrobi , ikhwah wa akhwat-ku. Aku perlukan sedikit masa lagi untuk menginsafi diri , menambah ilmu, mencermin diri dan membuat persiapan kali ke lima pulak.

Doa-lah dipermudahkan.

Kata seorang ustaz dalam chat di FB: " Jangan minta yang sesuai untuk kita,Tapi minta yang lebih baik,kerana doa itu diajarkan oleh Rasulullah saw dalam hadis yang sahih ". Betul juga kata ustaz tu , Bila minta pasangan lebih baik , kita akan berusaha menjadi lebih baik juga selari dengan peringatan Al-Quran dalam surah an-nur ayat ke 26 . Itulah rahsianya nabi ajar doa seperti itu.

Adakah yang lebih baik dari yang telah berlalu untuku yang "celaru" ini.?

Adakah aku juga termasuk dalam golongan pemuda yang celaru identity seperti yang dikatakan tuan presidenku.? Jawapanya:InsyaAllah Tidak! Bukan masalah identity celaru.

Masalah aku adalah insan yang perlu menangisi diri sendiri dan tambahkan amal.

Ketahuilah ! Tidak ada kehebatan apa pun aku ini. Semuanya biasa-biasa sahaja. Mungkin orang ramai hanya nampak kebaikan dan kelebihan yang ada padaku . Sebagai hamba Allah yang lemah aku juga seperti kata-kata ulamak kesayanganku iaitu Prof Yusuf Qardawi yang kurang lebihnya : " Jika kalian mengetahui aib-ku pasti kalian akan membenciku ".

Apa yang berlaku kepadaku ini pastinya ujian buat imanku. Allah yang Rahman dan Rahim menyuruh aku menambahkan amal, melakukan banyak lagi islah , menghitung dosa-dosa lalu agar berusaha menjauhi bersungguh-sungguh dan pasti ada yang lebih baik sedang menunggu. Jika tidak ada di dunia ini pasti di syurga nanti ada, InysaAllah.

Kata-kata Abu al-Atahiyah harus menjadi sandaran muhasabahku : "Allah telah berbuat baik kepada kita dengan tidak menyebarkan kesalahan kita,Padahal kesalahan yang tersembunyi dari kita terkuak jelas di hadapan-Nya".

Doa riwayat Imam Bukhori dan Imam Muslim berikut telah menemaniku beberapa tahun ini. Dibacaku dalam duduk tahyat akhir sebelum aku memberi salam:

اللهم إني ظلمت نفسي ظلما كثيرا ولا يغفر الذنوب إلا أنت فاغفر لي مغفرة من عندك وارحمني إنك أنت الغفور الرحيم

Maksud doa: Ya Allah, sesungguhnya aku menzalimi diriku dengan kezaliman yang banyak. Tiada siapa yang dapat mengampuni dosa-dosa melainkan Engkau. Maka ampunilah bagiku dengan keampunan dariMu, dan rahmatilah aku. Sesungguhnya Engkau adalah Al-Ghafur (Yang Maha Pengampun) dan Al-Rahim (Yang Maha Mengasihani).

Note:

Perkataan "jemaah" atau kelompok di atas bermaksud " jamaah minal jamaah muslimim" , bukan "jamaatul muslimin" . bagi memahami dua istilah tersebut sila baca disini : http://addinlove.blogspot.com/2011/12/taadud-jemaah.html

No comments:

Post a Comment