Sunday, February 3, 2013

Jika tidak kerana ISLAM kami tidak "MELAYU"

Terima kasih semua pembaca budiman yang singgah di ruang kerdil blog saya ini dan sentiasa motivasikan diri ini untuk terus berblog "di zaman blog jadi tidak famous".

Alhamdulilah, Doakan saya mampu mula kuatkan "nafas pejuang" kembali  apabila mendapat dua amanah baru yang makin mencabar, pertamanya menjadi peserta seminar BOS YDP ISMA Sarawak yang telah menyuntik semangat baru "perbaikan amal dakwah berorganisasi dan berjemaah" dan keduanya adalah "first time" dimasukkan dalam "list p17" yang akan ke "medan perang" tidak lama lagi.

Buat Isteriku yang merupakan amanah berharga hidupku baru-baru ini : "Semoga honeymon atau masa selesa hidup kita boleh dikorban sedikit lagi , agar blog pejuang yang telah bersawang lebih 3 bulan ini berakhir. Bukan salah engkau yang melekakan ku, tapi salah ku yang tidak pandai menguruskannya. Semoga KPI blog tahun ini ditingkatkan dengan minima 2 posting sebulan. Emm... maksudnya untuk engkau satu posting, bolehkan? ^_^ 
 
Tazkirah pertama ku tahun 2013.

Suatu perkara lama yang harus ditazkirahkan tanpa kenal penat lelah kerana masih ramai di luar sana dan terutama ruang maya perlu di perbetulkan dari suka generalize saja.

Suatu indioktrin yang harus dipecah lagi dan lagi.  

Sahabatku Nik Amir menulis di status Muka Bukunya:
"Melayu merupakan satu-satunya bangsa yang menetapkan ISLAM sebagai agama bangsa.....bila sebut seseorang itu melayu, dia merupakan orang ISLAM..."

Benar kata sahabatku itu kerana dia memahami perlembagaan dan sejarah negara ini dengan cara baik dan benar.

Saya pula hanya mampu menulis:
.....dan peguam juga boleh jadikan hujah: bila sebut seseorang itu islam, dia merupakan MELAYU.

Benar seperti kata-kata orang jika dinilai sudut perlembagaan negara atau status seseorang: "kalau kamu masuk ISLAM , kamu masuk MELAYU ". (Itu hanya sudut status. Tapi hakikat sebenar cara hidup di sisi ISLAM adalah tidak paksa tukar atau lupakan bangsa asal yang merupakan jatidiri dan anugerah tuhan. Kerana hakikat sebenar ISLAM untuk semua bangsa)

Dengan ini orang yang jauh pandangannya akan memahami kenapa perkataan MELAYU boleh dikaitkan dengan ISLAM sehingakan boleh dipertahankan di sisi undang-undang seperti gagalnya Lina Joy untuk daftarkan murtadnya.

Selain itu kita juga boleh fahami khusus di Malaysia ini, jika dikatakan :

" UMAT ISLAM SEPAKAT ISLAM BERDAULAT"

maksudnya boleh jadi

" MELAYU SEPAKAT ISLAM BERDAULAT (MSIB ini adalah slogan politik ISMA) ".

itulah kelebihan ISLAM dan MELAYU di negara bertuah ini.

Tapi malangnya masih ramai yang tidak mengerti dan tahu menghargai kelebihan ini,

kata MEREKA : " jika disebut MELAYU , maka asobiyahlah perjuangan kumpulan itu..."

tapi anehnya tidak pula dikatakan assobiyah bila bangsa CINA dilihat sepakat atau melaungkan slogan bangsanya,

alasan MEREKA : "biarkanlah CINA itu perjuangan hak nya....".

saya katakan: itulah kebodohan MEREKA (yang kebanyakan darah asli melayu) yang JAUH dari menilai sesuatu dengan neraca yang adil dan benar.... yang akhirnya akan merugikan diri MEREKA dan ISLAM sendiri kelak.

Saksikanlah saya bukan berdarah asli melayu. Ini kerana nenek saya seorang asli cina, tapi saya menyokong sepenuhnya slogan MELAYU SEPAKAT ISLAM BERDAULAT, seperti sokongan yang sama oleh seorang yang berdarah asli cina iaitu Dr Ridhuan Tee Abdullah kepada slogan yang sama.
 
Ada sesiapa atau MEREKA yang berdarah asli melayu merasa pelik kepada kami lagi ? 
atau ada sesiapa mahu kata kami perjuangan asobiyah melayu lagi ?

Jika ada , kajilah sejarah dan perlembagaan negara ini dengan hati yang ikhlas dan fikiran yang LUAR KOTAK,

jika tidak faham juga ,  ingatlah kata-kata kami ini baik-baik :

"SUNGUH HINA BANGSA MELAYU YANG MELUPAKAN ASAL USULNYA DAN TIDAK MERASA IZZAH(BANGGA) DENGAN BANGSANYA. SAKSIKANLAH KAMI JUGA TIDAK INGIN SEBUTKAN SEPATAH PERKATAAN MELAYU PUN DALAM KAMUS HIDUP KAMI JIKA TIDAK KERANA ISLAM. JIKA TIDAK KERANA MAHU DAULATKAN ISLAM DI NEGARA INI MAKA KAMI AKAN LUPAKAN PERKATAAN MELAYU SEUMUR HIDUP KAMI...

PS: Sebahagian tulisan di atas asalnya komen saya di FB, dan saya tulis tambahan di blog ini agar mudah copy dan pastekan kepada sesiapa yang  timbulkan isu pukul sama rata sesiapa yang perjuangan Melayu adalah perjuangan Asobiyah.

Tulisan lain saya boleh lihat di sini: http://addinlove.blogspot.com/2011/11/slogan-melayu-sepakat-islam-berdaulat.html




Gambar atas : Kenangan kami bersama di HIMPUN, Saya berbaju hitam bersama seorang pejuang cina muslim yang tidak asing lagi iaitu Assoc. Prof. Dr. Mohd Ridhuan Tee bin Abdullah, (http://ridhuantee.blogspot.com/ ).