Monday, December 30, 2013

Apa alasan anda tidak membawa Kitab Al-Quran dan Hadis.

Kepada penguna android :

Kitab hadis sahih yang tebal itu kini free untuk anda.
https://play.google.com/store/apps/details?id=com.vormalin.shahihbukhari
Begitu juga apps Alquran yang free semakin banyak.

Apa alasan anda tidak membawa Kitab Al-Quran dan Hadis?

Saturday, November 2, 2013

Mengapa benci sangat? Isu Mufti Sabah Berhidung Bab-i


Gambar berhidung bab-i yang disunting kepada muka SS Mufti Sabah Ust Bongsu bukanlah sesuatu yang boleh dipandanag remeh. Ianya suatu usaha terancang lagi licik tangan-tangan ghaib yang mempunyai agenda tersendiri bagi merobek keharmonian di negara kita ini.

Mari analisisi sikit apa yang boleh ditafsirkan dari gambar itu? Melihatnya sahaja tidak lalu (maaf saya tidak mahu letak gambar itu di sini). Terlalu banyak massage negatifnya. Selain kebencian bersifat peribadi kepada beliau tafsiran luasnya adalah suatu isyarat kebencian kepada orang Islam serta agama-nya, perlecehan institusi agama Islam atau mufti, suatu jenayah yang  boleh membawa kepada fitnah lebih banyak dan terpenting sekali "ada pihak yang mahu" ingin menguji sejauh mana respon atau sensetiviti umat Islam Malaysia.

Apa kata-kata Ust Bungsu yang mencetus kebencian ini?

Ini adalah perkara asas yang harus kita faham. Dari sumber Malaysia kini -1-, Saya melihat terdapat dua saja kemungkinannya. Pertamanya tidak puas hati dengan fakta beliau yang mengatakan "Kadazan bangsa yang dicipta". Apa salahnya fakta beliau? jadi apa fakta sebenar kalau fakta beliau salah? KATANKAN ada salah faktanya. Jadi persoalan yang lebih besar, berat mana salah beliau? Kerana pandangan ini sahaja mahu marah sangat, bawa masuk mahkamah adat, minta beliau minta maaf dan kena penjara jika beliau enggan? Entah saya tidak faham ! nampak macam masalah kecil yang tidak cukup kuat untuk dijadikan alasan.

Saya nampak kemungkinan kedua lebih menampakkan sebabnya. Iaitu kerana
 beliau mengeluarkan satu idea hebat lagi kontrovesi yang berupa PENYELESAIAN untuk menyatupadukan umat Islam Sabah iaitu "MeMelayukan rumpun Melayu (Bumiputera ISLAM) Sabah dan Sarawak". 

Jadi kesalahan beliau hanya bagi cadangan atau "idea jarang dengar" untuk selesaikan permasalah orang Islam Sabah yang bersuku-suku (berpecah-pecah) atau kata lainya kerana misi beliau mahu membentuk suatu bangsa Islam yang kuat di Sabah.?

Boleh setuju dengan kemungkinan saya? Tidak setuju? Baiklah sila dengar sendiri rakaman beliau di simposium tersebut -2- dan bagi tahu saya jika ada kemungkinan lain.(nasihat ikhlas kepada yang mahu dengar rakaman ini: 
"Adalah kurang bijak dan matang untuk kita terus menerus mengeluarkan pandangan dan kritikan balas tanpa melihat teks asal perbincangan simposium dan konteks serta mauduk pandangan ini diutarakan," kata Yang Dipertua Abim Sabah Dr Abdullah Bade (kiri) dan Pengerusi WADAH Sabah Abdul Manap Mahmud.) - Saya sendiri adalah yang hadir simposium itu dan dengar secara langsung disana. Insyallah saya faham objektif simposium, teks perbincangan dan konteks perbincnagan progam itu.

Kenapa kita tidak boleh berlapang dada dan nyatakan pandangan sendiri penuh ilmiyah? Kenapa sampai paksa beliau minta maaf, bawa ke mahkamah adat (penghakiman dengan cara bukan islam iaitu dengan peraturan kaum peribumi sabah-kalau cara islam bawa ke mahkamah syariah bukan mahkamah adat) , minta sogit? dan terbaru buat gambar itu ? Siapa yang buat semua ini?. 

Entah siapa mereka. Apa yang saya nampak KEBARANGKALIAN paling besar adalah SEBAHAGIAN pribumi NON-MUSLIM yang bencikan pribumi MUSLIM menjadi KUAT. Kerana itu kata-kata mufti Sabah yang tidak ada kaitan pun dengan mereka atau dilihat sebagai ancaman. (Ust Bongsu hanya merujuk kepada MUSLIM bumiputera, bukan merujuk kepada bumiputera NON-MUSLIM. Jadi apa kaitan non muslim mahu bising? sepatutnya yang bising adalah bumiputera muslim yang tidak setuju) 

Kenapa "mereka" berani?

Kerana ada "muslim yang celaru identity atau otak politik kepartian sempit" menyokong mereka. Mereka meng-kuda-kan Muslim keliru yang tidak paham isu sebenar demi menjayakan misi TIDAK inginkan suku-suku rumpun Melayu Sabah bersatu SEPERTI suku-suku rumpun Melayu Semenanjung yang boleh bersatu dibawah identity Melayu.

Jika kita mengkaji sejarah dan perlembagaan Malaysia, kita akan memahami seruan kepada menjadi satu bangsa Melayu adalah seruan menjadi sebuah bangsa islam yang kuat. 

Hal ini difami jelas oleh "mereka" atau musuh musuh islam yang sedang bekerja mengagalkan kewujudan sebuah bangsa Islam yang kuat di Malaysia ini. "Mereka" tahu perlembagaan negara meng-silaturahim-kan istilah Melayu dengan Islam. Perlembagaan tidak silaturahim istilah Bajau dengan Islam, Bugis dengan Islam, Iranun dengan Islam, Sulu dengan Islam dan lain lain rumpun melayu sabah, Hanya melayu sahaja yang disilaturahimkan dengan Islam. Oleh itu jika semua rumpun Melayu Sabah berjaya SEDAR diri adalah Melayu, "mereka" akan bermasalah. KESEDARAN itu yang "mereka" tidak mahu.

KESEDARAN itu yang difahami Ust Bongsu. Kesedaran hampir sama seperti itu juga ada aktivis-aktivis islam yang membuat seruan "Kesepakatan Melayu untuk mendaulatkan Islam".

Assobiyah adalah "menyeru Melayu sepakat buat jahat" DAN "menyeru melayu sepakat buat baik" ?

Permasalah yang besar yang timbul di kalangan sebahagian besar orang MELAYU Islam di negara kita adalah mereka tidak faham mafhum Assobiyah sebenarnya. Dengar sahaja seruan bangsa, maka mereka membuat kesimpulan itu sebagai "Seruan kepada Assobiyah terlarang". Sedangkan Assobiyah terlarang dimaksudkan Nabi Muhammad saw hanya akan wujud jika seruan kepada bangsa atas tujuan kejahatan bukan sebaliknya (tujuan kebaikan). 

Bagi menjelaskan lagi cuba perhatiakan dua seruan ini:

Pertama "Wahai orang melayu, jom kita solat di masjid".

Kedua "Wahai orang Melayu, jom kita pergi disco".

Apa persamaan dan berbezaan di dalam dua seruan itu.? Persamaanya menyeru orang Melayu sahaja. Perbezaanya seruan pertama ajak kepada kebaikan seruan kedua kepada kejahatan atau keburukan. Kata lainnya seruan pertama Assobiyah Hasanah dan seruan kedua Assobiyah Mazmumah.(Bagi faham istilah Hasanah dan Mazmumah ini sila baca link dibahagian rujukan)-3-

Sekali lagi, "Mereka" yang membenci agenda Islam di Malaysia ini tahu permasalah kekeliruan mahfum assobiyah ini. Dengan ini mereka berani mengambil kesempatan menimbulkan fitnah ini. Mereka yakin ada orang melayu yang bersama mereka.

Warga Malaysia ! Mari peduli sebelum terlambat , jangan melampaui batas dan saling hormat-menghormati.

Saya mempunyai ramai kenalan baik non muslim di Sabah yang masih berhubung di alam maya iaitu FB sehinggalah hari ini. Saya mengharapkan tulisan saya ini tidak disalah faham dan dilihat memusuhi semua non-muslim. BUKAN itu tujuan saya. Saya hanya memusuhi "mereka" atau non-muslim yang berniat jahat menimbulkan huru-hara yang selama ini tidak pernah timbul. Telah lebih 50 tahun muslim dan non-muslim hidup aman sahaja dalam negara Islam Malaysia -4- ini. Kenapa tiba-tiba mahu membuat huru-hara ini? Saya yakin majoritynya non-muslim tidak bersetuju dan turut simpati pada Ust bongsu. Hanya sebahagian SANGAT kecil sahaja yang bermasalah dan perlu dirawat segera sebelum menjadi lebih parah.

Kepada kawan-kawan non-muslim saya harap anda menasihati saudara-saudara anda yang bermasalah agar jangan "terbiasa" campur tangan dalam urusan perbaikan umat Islam (contoh isu ini dengan menyekat umat Islam Sabah dari bersatu dibawah satu identity). Ini kerana jika umat Islam semakin baik, maka anda juga pasti akan merasai manfaatnya. Selain itu kami yang muslim tidak terbiasa campur tangan atau berniat rosakan usaha perbaikan di dalam agama anda (kami hanya akan campur tangan jika sangat mengancam identity negara Islam ini). Malah sekian lama anda telah diberi kebebasan untuk mengamalkan agama anda. Bila telah diberi kebebasan harapnya jangan salah guna sehingga melampaui batas seperti yang dibuat kepada Ust Bongsu ini. Tolong hormat kami agar kami juga boleh hormat anda dan hidup kita sentiasa harmoni.

Kepada semua kaum muslimin pula ! Sampai bila kita mahu pentingkan diri, hidup tidak reti mahu sepakat, tidak faham masalah umat, berdiam diri dan buat tidak kisah?Cukuplah! sedarlah sebelum terlambat, banyak pihak yang akan ambil kesempatan dalam keadaan kita yang berpecah belah ini, ADAKAH mahu tunggu "negara milik orang SESAT" baru sedar?. Wahai orang Melayu dan SEMUA RUMPUN MELAYU, bersepakatlah demi mendaulatkan Islam. 

Friday, October 11, 2013

Kalimah "Allah" , Bukan Khilaf Lagi.


Ramai masih berpandangan isu kalimah Allah ini hanya khilaf dan remah. Mereka menjadikan rujukan pandangan Dr MAZA, Prof Yusof Qardawi dan beberapa ilmuan lagi.

Saya berpandangan:  Betul ! Isu kalimah Allah ini asalnya khilaf dan boleh dipandang remeh. Tapi keadaan telah berubah menjadikan ianya "Bukan khilaf Lagi" dan tidak boleh dipandang remeh. Saya ada 3 sebab utama sahaja:

1. Saya ingin membetulkan isu : "Isunya sebenar adalah Penyalahgunaan kalimah Allah" (bukan isu pengunaan kalimah Allah). Penyalahgunaan ini saya merujuk kepada mana-mana gerakan Kristian atau agama lain yang ingin gunakan kalimah Allah dalam terbitan "Bahasa Melayu" mereka dalam bentuk risalah atau apa sahaja medium DENGAN mendapat kelulusan KDN . Tujuannya? Sudah pasti untuk tujuan dakyah atau sebarluaskan kepada  orang AWAM Melayu (Muslim) di negara ini .  Adapun pengunaan kalimah Allah oleh pihak Kristian atau agama lain secara perbincangan ilmiyah seperti "Dailog Perbandingan Agama" di tempat-tempat seumpama university, bukanlah yang saya maksudkan. 

2.  Bukan semua orang Melayu mengikuti pengajian "Perbandingan Agama". Maka pandangan terbaik, "Ter-Selamat" dan wajar dihormati adalah kesepakatan Majlis Fatwa Kebangsaan yang melihat isu ini  secara menyeluruh, non-academic dan sesuai dengan waqie Malaysia. Majlis fatwa turut mengunakan kaedah saiduzaraie (menutup pintu fitnah atau maksiat sebelum ianya berlaku).  Ini juga bertepatan keadah umum majority manusia imani iaitu "mencegah lebih baik dari mengubati".

3. Dalam keadaan umat Islam lemah dan berpecah sekarang, isu ini juga sangat berkait dengan "isu agenda kesepakatan orang islam atau melayu bagi mendepani agenda musuh islam atau perancangan asing". Isu yang hadir bersama ini  telah menjadikan semua ini bukan lagi isu khilaf dan sangat perlu dipandang serius. wallahwalam.

PS:

1. Ada pihak menuduh saya dan kaum muslimin yang seperti saya,... sebagai bodoh, tidak berilmu, sentimen tak bertempat, tidak tahu adab khilaf, tidak tahu berlapang dada dan lebih dahsyat dituduh membangkitkan fitnah yang akan merosakkan hubungan antara Islam-Kristian.

Saya katakan :

"Hubungan Islam-Kristian di negara kita baik saja sebelum ini. Tapi kebelakangan ini ada pihak-pihak yang sengaja ambil kesempatan dalam KELEMAHAN & PERPECAHAN umat Islam sekarang dengan sengaja membangkitkan fitnah ini. Entah siapa, apa yang nampaknya mereka adalah beberapa tokoh politik dan beberapa kumpulan Kristian (bukan semua kristian). Bukti nya jelas tuntutan mereka di mahkamah pada hari ini. Aneh dan peliknya, saya serta kaum muslimin yang ingin menjaga hak hak kami , masa depan anak-cucu kami dan keselamatan negara kami pula dituduh (oleh orang islam sendiri). Sedihnya saya dengan keadaan ini. Jika anda tidak mahu berjuang bersama kami, Minima diamkan dari dari menuduh kami dengan tuduhan yang pelik-pelik. Ketahuilah kata kata kejimu tidak akan mematah semangat kami. Kepada Allah kami bergantung harap."

2. Saya menyeru seramai mungkin kaum muslimin CAKNA, HADAM dan MENGIKUTI perkembangan isu ini secara dekat. Terbaiknya ramai-ramai kita hadir setiap perbicaraan di mahkamah bagi memberi sokongan moral kepada peguam kita dan memberi isyarat kepada musuh yang kita SERIUS & BERSEPAKAT dalam hal-hal agama kita walaupun berbeza kumpulan. (Sokongan yang hadir di luar mahkmah penting dan sedikit sebanyak boleh pengaruhi keputusan hakim).

Tolonglah... wahai umat Melayu dan Islam Malaysia, lupakan seketika beza warna parti kalian dan bersepakat dalam isu agama Islam ini demi mendaulatkan Islam di bumi tercinta ini.

Suara ikhlas : addinlove.
KalimahAllah(Gambar – Ini adalah barisan peguam muslim yang terlibat dalam perbicaraan mewakili kerajaan Malaysia dan Majlis Agama Islam Negeri-Negeri)
BANGI, 8 OKT – Keputusan Mahkamah Rayuan berhubung larangan penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan mingguan Katolik, The Herald  pada 14 Oktober ini amat penting demi masa depan dan kesucian agama Islam di negara ini.
Sehubungan itu, Ikatan Muslimin Malaysia hari ini menyeru kepada seluruh umat Islam untuk hadir bersama-sama ke Mahkamah Rayuan Putrajaya pada 14 Oktober bagi mendengar keputusan penuh rayuan berhubung kes tersebut.
Menurut Timbalan Presiden ISMA, Tuan Haji Aminuddin Yahaya, umat Islam diseru untuk bersatu merentasi ideologi politik demi menunjukkan kebersamaan dalam isu kalimah Allah ini.
Katanya, Islam hari ini menerima pelbagai asakan dari musuh dan isu kalimah Allah ini adalah salah satu strategi mereka.
“Justeru kita seluruh umat Islam harus bersama-sama mempertahankannya.
“Bagi mereka yang tidak sempat hadir pada hari tersebut, mereka diminta berdoa dan melakukan solat hajat agar keputusan rayuan nanti akan berpihak kepada Islam,” ujarnya.

10 September lalu, hakim perbicaraan Dato’ Seri Mohamed Apandi  Hj Ali mengumumkan penangguhan keputusan perbicaraan rayuan oleh kerajaan Malaysia bagi membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan penggunaan nama suci Allah dalam penerbitan gereja pada hujung tahun 2009. 

Sumber berita : 
http://www.ismaweb.net/v4/2013/10/keputusan-kalimah-allah-penting-demi-masa-depan-islam-di-malaysia/ )

Sunday, July 28, 2013

(MSIB) Assobiyah Hasanah dalam MSIB ?


Jika anda tidak Cakna (peduli) MSIB , minima jangan salah faham.

Melayu Muslim dan Assobiyah Hasanah? Dari mana datangnya istilah Melayu Muslim dan Assobiyah Hasanah?. Jawapanya, Saya tidak pasti dari mana. Saya yang reka atau pernah saya dengar dari sesiapa?. Apa yang pasti saya boleh menjelaskannya:

1. Melayu Muslim.

Istilah ini sangat jangal kita dengar. Kenapa? Kerana Bila disebut Melayu kita akan segera membayangkan seorang muslim atau orang-orang Islam. Perkaitan sangat rapat antara Melayu dan Islam telah wujud sangat lama. Ada sumber sejarah mengatakan ianya terbenih pada kurun ke 7 Hijrah yang merupakan kurun pertama kedatangan Islam di Nusantara. Maka lahirnya masyarakat Melayu beragama Islam, pemerintahan Melayu Islam, Tamadun Melayu Islam di Nusantara, Tanah Melayu dan akhirnya sebuah negara Islam bernama Malaysia.

Dengan ini sebenarnya tidak perlu diwujud istilah "Melayu Muslim". Berlainan pula dengan perlunya wujud India Muslim cina Muslim. Ini kerana lambang agama asal perkataan India dan Cina tidak membayangkan majoritnya muslim. 

Tapi Kenapa saya wujudkan istilah Melayu muslim? Banyak sebabnya, Antaranya yang saya akan sentuh pada tulisan ini adalah, kerana pada hari ini ada sebilangan Melayu yang tidak mahu menjadi Melayu Muslim lagi. Mereka ini terbahagi kepada dua kumpulan:

Pertamanya Murtad atau keluar islam. Secara hakikatnya murtad mereka diterima, tetapi secara status kerakyatan tidak mudah diterima. Ini  kerana perlembagaan Persekutuan Malaysia mengikat Melayu dengan islam sangat erat sehinggakan Melayu mesti difahami islam dan juga sebaliknya. Akibat ikatan ini agama Islam di lindungi oleh sesuatu kaum tonggak (Melayu) di Malaysia ini.

Kumpulan ke dua adalah muslim yang benci bangsanya sendiri. Mereka merasakan bangsa tidak ada nilai dan peranannya. Bagi mereka cukuplah di katakan kami bangsa Islam.

Dengan ini saya datangkan istilah Melayu Muslim ini agar Kita semua sedar betapa bahayanya negara Islam Malaysia jika tidak pedulikan dua kelompok ini. Masalahnya cukup besar, kalau kelompok pertama kerugian di akhirat pasti menanti mereka. Kelompok kedua pula tidaklah serugi kelompok pertama, Tapi mereka akan menjadi bangsa yang lupa asal usul, menghina keturuanan sendiri, tidak berjati diri dan menjadi fitnah kepada Islam . Islam akan dianggap agama yang menghapuskan bangsa lain. Sebagai contoh: seorang berbangsa Cina yang ingin memeluk Islam akan merasakan perlu bertukar bangsa juga kepada baru bernama bangsa Islam. Inilah satu kefahaman yang salah. Hakikatnya Islam yang sebenar tidak pernah mengajar sesiapapun melupakan bangsa asalnya.
   
Istilah Melayu Muslim ini akan menjadikan melayu semakin berpecah? Akan ada budaya hukum menghukum atau mengketogeri disebabkan wujud istilah ini?. Ya , ini antara kesan besar jika istilah Melayu Muslim ini dibiasakan dalam masyarakat. Tujuan saya membuat istilah ini bukan untuk itu. Saya lakukan ini sebagai muhasabah kepada bangsa Melayu agar menghargai istilah "Melayu" sebelum terlambat. Jika berlaku budaya mengketogeri melayu maka saya katakan puncanya bukan saya, Ianya telah dimulakan oleh politik orang melayu. Semoga Allah menjauhi kita dari pepecahan dan menyatukan kita.

Kesimpulanya, saya tidak berhasrat mengubah orentasi pemikiran masyarakat umum yang memahami melayu sebagai orang islam. Teruskan berfikir begitu kerana ianya sangat baik untuk masa depan negara. Adapun istilah Melayu Muslim ini wujud hanya sebagai muhasabah agar melayu itu benar-benar menjadi muslim yang tidak pernah lupa asal usul bangsanya dan bangga dengan Islam yang dianutinya.

2.  Assobiyah (Asabiyyah) Hasanah.

Rasulullah SAW bersabda:

Bukan daripada kalangan ummat ku mereka yang menyeru ke arah berpuak-puak, yakni asabiyyah. Maka seorang sahabat bertanya tentang Asabiyyah yang bagaimana ya Rasulullah? Lalu Rasulullah menjawab; Asabiyyah di mana kamu saling tolong menolong dalam kezaliman.“-1-

Jika kita perhatikan hadis diatas, Asabiyyah WAJIB memenuhi syarat atau WUJUD-nya "tolong menolong dalam kezaliman" . Cuba kita bertanya " Adakah menolong kaum kerabat dalam kebaikan (atau juga kebaikan agama) termasuk dalam makna Asabiyyah yang di maksudkan nabi?"

Ibnu Khaldun di dalam kitabnya, Al-Muqadimah secara terang dan nyata telah mengatakan bahawa “Assobiyah” adalah suatu yang mustahak di dalam usaha menegakkan pemerintahan Islam dan bagi menjawab persoalan yang ditimbulkan daripada nas-nas yang mencela “assobiyah”, beliau mengatakan bahawa apabila syarak mencela satu-satu perkara bukan bererti ia mahu mencabutnya dari akar umbi tetapi menghalang daripada digunakan untuk tujuan yang salah.-1- (Tambahan saya : "Assobiyah" dimaksudkan Ibnu Khaldun bukanlah dalam urusan kezaliman atau kejahatan di sisi agama)

Menurut beliau, berdasarkan hadis tersebut, assobiyyah yang mengajak ke arah melakukan kezaliman, iaitu kita mempertahankan kaum kita walaupun secara terang-terangan kita berlaku zalim terhadap orang lain seperti menindas dan sebagainya, maka assobiyyah di dalam maksud sedemikian adalah amatlah ditentang. Walaubagaimanapun, JIKA assobiyyah tersebut adalah di dalam konteks untuk mempertahankan agama Islam, mempertahankan negara daripada serangan musuh, ataupun assobiyyah di dalam menyeru kebaikan dan mencegah kemungkaran, maka assobiyyah ini adalah dibenarkan malah merupakan salah satu elemen penting dan diperlukan kepada bangkitnya sesebuah tamadun, empayar ataupun kerajaan.-1-  

Oleh itu "Assobiyyah atau asabiyyah untuk mendaulatkan Islam" bukanlah termasuk dalam asabiyyah yang dimaksudkan nabi. Dengan ini secara teorinya tidak tepat gelaran Asabiyyah dimaksudkan nabi dituduh kepada sesiapa yang memperjuangkan Slogan MSIB. 

Bagi meraikan juga yang masih keliru atau gagal memahami "Asabiyyah yang bukan Asabiyyah" atau "Assabiyah dimaksukan nabi dengan Asabiyyah yang dibenarkan nabi ", maka saya wujudkan istilah Assabiyyah Mazmumah iaitu menolong kaum kerabat dalam kejahatan sebagai yang dimaksudkan nabi dan Assobiyyah (Assabiyyah) Hasannah iaitu menolong kaum kerabat dalam kebaikan dan ketakwaaan sebagai yang tidak dimaksukan nabi.

Semoga KULIM ringkas dibawah menjelaskan lagi salah faham berkaitan MSIB. Wallahwalam.




Rujukan:

-1- http://www.ismaweb.net/v4/2012/03/kenapa-perlunya-umat-melayu-islam-di-malaysia-bersepakat/

Monday, June 10, 2013

Cubit-cubit sayang dalam Jamaah.



Sempena bulan seluruh dunia memperingati hari Bapa, saya ingin mengambil kesempatan memohon maaf kepada ayahnda tercinta kerana beberapa perkataan yang pernah saya ucapkan sehingga menyakiti ayah saya dulu. 

Ayah pasti ingat, Di rumah Sabah, waktu itu Aiman baru grade diploma, masih semangat lebih dan bersama sebuah “Jamaah minal muslimin” yang agak syadid

Maafkan anaknda ini dalam "kalam itu“ yang telah merendahkan ayah daripada ramai pendakwah lain hanya kerana melihat ayah telah beruzlah. Hari ini anaknda ingin menarik "kalam itu" dengan berkata: 

Maafkan anak ini... mungkin ada beberapa orang diluar sana sindir ayah juga seperti ISMA yang tertipu oleh syaitan kerana keluar Jamaah. Tapi ayah, terus bersabarlah, jangan pernah ambil peduli kata-kata mereka. Jadilah ayah sebagai qudwah kepada anak ini agar terus beramal walaupun ditomah macam-macam. Alhamdulilah, sejak masuk ISMA, Anak ini makin memahami cabaran beramal dalam kehidupan ini.

Ayahku! Ketahuilah bahwa anda adalah jaguh seluruh dunia olehku dalam banyak urusan, mungkin dalam urusan amal jamaie, anak ini belum menuruti sepenuhnya pandanganmu, tapi ketahuilah dalam urusan itu juga anak ini makin nampak sebenarnya kamu lebih baik daripada
pendakwah-pendakwah yang melampau memahami makna Jamaah walaupun dalam Jamaah.”

“ISMA yang tertipu oleh syaitan kerana keluar  Jamaah!
. Macam marah sangat bunyinya dari suara-suara yang tidak perlu saya dedahkan identitinya.

Bagi orang yang tidak peka, tidak kenal ISMA atau benci pandangan ISMA dalam politik baru-baru ini, pasti kalam-kalam tersebut ringan ditelan dan di imani.

Cuba kita bertanya dalam diri, Ditipu syaitan kerana keluar Jamaah?, Jamaah Apa? dan aku ini pula, dalam Jamaah? Dan Apa Jamaah yang dimaksudkan?

Adakah Jamaah dimaksukan adalah seperti contoh ini: 

Aiman dulu pernah termasuk Jamaah Tabligh asbab ajakan seorang kawan bernama Kamal. Setelah beberapa tahun Aiman tidak merasa sesuai bersama Tabligh kerana mula minat usrah PAS, akhirnya Aiman masuk PAS dan tidak aktif Tabligh lagi. Aiman terjumpa Kamal yang masih aktif tabligh dan menghormati dia sebagai sahabat dakwah juga.  Malangnya Kamal berkata: “Kamu ini Aiman, kenapa keluar Jamaah? , kamu ini telah ditipu oleh syaitan ini, bertaubatlah dan kembalilah kepada Jamaah (Tabligh) kita dulu”.

Sedih Aiman mendengar pandangan sahabatnya itu.
Bingung-nya, Tabligh rasa mereka (Tabligh) adalah Jamaah, Jumpa aktivis PAS ,ada juga rasa mereka (PAS) adalah Jamaah, Jumpa aktivis Hizbul Tahriri juga begitu, dan juga jumpa beberapa kelompok Islam yang lain di Malaysia ini, mereka rasa “cara mereka” adalah Jamaah dan sesiapa yang tidak ikut mereka atau keluar dari Jamaah atau dihukum “keluar Jamaah”.

Mungkin rasa yang sama pernah di alami oleh ayah masa muda dulu? dan akhirnya beruzlah dari semua mereka.?

Semunya kerana  aku dalam Jamaah dan kamu diluar Jamaah?

Apa masalah keluar  Jamaah?

 
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَي اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ :مَنْ خَرَجَ مِنَ الْطَاعَةِ وَفَارَقَ الْجَمَاعَةَ فَمَاتَ مَاتَ مَيْتَةً جَاهِلِيَّةٍ .وَمَنْ قَاتَلَ تَحْتَ رَايَةٍ عُمْيَةٍ يَغْضِبُ لِعَصَبِيَّةٍ أَوْ يَدْعُوْ لِعَصَبِيَّةٍ أَوْ يَنْصُرُ عَصَبِيَّةً فَقُتِلَ فَقِتْلَةٌ جَاهِلِيَّةٌ , وَمَنْ خَرَجَ عَلَي أُمَّتِيْ بِسَيْفِهِ يَضْرِبُ بَرَّهَا وَفَاجَرَهَا وَلاَ يَتَحَاشَيْ مِنْ مُؤْمِنِهَا وَلاَ يَفِيْ لِذِيْ عَهْدٍ عَهْدَهُ فَلَيْسَ مِنِّيْ وَلَسْتُ مِنْهُ . ( رواه مسلم(
 
Darpada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda:”Barang siapa yang keluar dari ketaatan (derhaka) dan memisahkan diri dari Jamaah ( Islam), lalu ia mati , maka matilah ia sebagai kematian jahiliyah. Barang siapa berperang di bawah panji –panji kesesatan , ia marah kerana assobiyah atau mengajak kepada assobiyah ataupun membantu assobiyah , lalu ia terbunuh maka ia terbunuh sebagai kematian jahiliyah .Barang siapa memerangi umatku dengan pedangnya ia memenggal dengan pedangnya orang yang baik dan orang yang jahat dan ia tidak mengecualikan orang mukmin dari umatku , dan ia tidak menunaikan janji orang yang diberi janjinya , maka dia bukanlah dari golonganku dan aku bukanlah dari golongannya .” (Hadis Riwayat :Al-Bukhari, Muslim, ad-Darimai dan Ahmad). -1- 

Jelas, jujur dan lagi benar  perkataan Jamaah (Islam) yang di tafsirkan oleh penulis. Walaupun beliau aktivis PAS, beliau tidak tafsir perkataan Jamaah sebagai “Jamaah PAS” .

Oleh itu sesiapa yang keluar dari Islam maka dia selayaknya dikatakan keluar Jamaah atau ditipu oleh Syaitan.

Adakah anda merasakan Ayah saya sekarang yang tidak ikut mana-mana Jamaah minal muslim yang terkenal (sekelompok dari Jamaah yang terkenal di Malaysia ini), atau saya sekarang yang mengikut Jamaah minal muslimin yang kerdil iaitu ISMA adalah orang yang terkeluar dari Jamaah?
 
Kebanyakan ulama cenderung mengatakan Jamaah yang dimaksudkan dalam hadis itu adalah Khilafah Islam atau Jama’atul Muslimin atau Pemerintah Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Persoalannya sekarang adakah telah wujud kembali Khilafah Islam atau
Jama’atul Muslimin yang kita semua maklum telah berakhir pada Turki Uthmaniah 1924 M ?

Hal ini diakui oleh ulama hebat, Hussain bin Muhammad bin Ali Jabir, MA yang membuat kajian mendalam berkenaan Jama'atul Muslimin (Jamaah). “Adakah Jama’atul Muslimin di dunia sekarang ini?” Dan kemudian beliau sendiri menyimpulkan jawabannya bahwa berbagai pemerintahan Islam yang ada saat ini tidak satu pun yang memenuhi persepsi konsepsional mengenai Jama’atul Muslimin yang dicita-citakan oleh setiap muslim yang cinta akan kemuliaan Islam dan kaum muslimin. [Dr. Salim Segaf al-Jufri, Kata Pengantar buku Menuju Jama'atul Muslimin] -2-

Buku berjudul Menuju Jama’atul Muslimin; Telaah Sistem Jama’ah dalam Gerakan Islam sangat baik untuk kita semua fahami kaedah menuju Jama'atul Muslimin yang sebenar pada abad ini. Istilah Jamaah (Jamaatul Muslimin) atau istilah Jamaah minal muslimin ( sekelompok dari Jammaatul Muslimin) juga dijelaskan dengan baik untuk kita semua faham. (PS: Ahli keluarga terdekat yang susah dapatkan buku ini dan mahu pinjam boleh jumpa saya, Alhamdulilah masih ada dalam library peribadi dan kalau nak pinjam tak boleh lebih sebulan na, ^_^). 


 Jika sekarang tidak ada Khilafah atau Jama'atul Muslimin dan tidak ada satupun yang layak lagi penuhi katerianya, jadi siapa JAMAAH?

Penafsiran yang paling tepat tentang "Jamaah" ialah: "Mereka-mereka yang tergolong dari kalangan para sahabat kerana mereka sentiasa di atas kebenaran, ahlinya dan golongan yang teramai (السواد الاعظم) mengikut fahaman (manhaj) salaf yang hak" -3-

Tapi sahabat nabi telah tiada dan lebih tepatnya "Jamaah" yang mengikut fahaman (manhaj) salaf yang hak?

Menurut saya yang paling selamat tafsir "Jamaah" adalah "sesiapa sahaja baik secara individu atau berkelompok yang berpegang teguh kepada manhaj Ahli Sunnah Wal Jamaah".

اَلْجَمَاعَةُ : هِيَ الَّتِيْ مَا اَنَا عَلَيْهِ وَاَصْحَابِيْ
 
"Al-Jamaah:  Iaitu (sesiapa yang amal dan akidahnya mengikuti aku atau persis) serupa dengan apa yang ada pada diriku dan para sahabatku (sesiapa yang sepertiku dan para sahabatku)." -Lihat:  تحفة الاحوذى(7/399-340).  Berkata Turmizi: Hadis ini hasan dan  gharib. Lihat: سلسلة الاحاديث الصحيحة  No. 203 atau 1192. Syeikh Al Albani.

اَلْجَمَاعَةُ مَا وَافَقَ الْحَقَّ وَاِنْ كُنْتَ وَحْدَكَ.
 
"Al-Jamaah (berjamaah) atau (yang dikatakan berada dalam jamaah) ialah apabila (engkau) mengikuti kebenaran sekalipun engkau hanya seorang diri (keseorangan) - Lihat: Riwayat Baihaqi. al-Madkhali.  الحوادث والبدعHlm.  22.  Abu Syamah.-

Jamaah adalah
Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Akhir kalam saya ingin menyeru semua ahli keluarga saya khususnya dan semua individu muslim secara amnya agar berjinak-jinak dengan mana-mana saja gerakan Islam atau jamaah minal muslimin yang ada di Malaysia ini. Kalau boleh masuklah dan aktif  dalamnya jika anda cenderung kepada mereka.

Hiduplah dalam perkumpulan J
amaah minal muslimin kerana kewajipan berjamaah telah jatuh kepadanya selagi belum wujud khilafah. Tapi ini tidak bermaksud Jamaah minal muslimin yang kita ikut itu boleh berkuasa penuh seperti Khilafah yang boleh "memaksa". Buatlah perkumpulan Jamaah minal muslimin sendiri jika tidak setuju dengan mana-mana Jamaah minal muslim yang sedia ada. Asasnya Jamaah minal muslimin yang anda pilih masih dalam lingkungan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Kesempatan ini, saya juga ingin mohon maaf kepada ahli keluarga saya jika teguran saya ini agak terbuka. Sengaja agar dapat membantu insan lain yang dalam delima sama. Harapnya jadi "cubit-cubit sayang” supaya boleh membetulkan tasawur Jamaah kita, saling menghormati dan hubungan kekeluargaan masih terjaga.
 
Tanpa mengurangi rasa hormat kepada sesiapapun yang lebih makan garam, saya hanyalah mahu sampaikan pandangan peribadi 2 cent dari ilmu yang saya ada. Asasnya menyampaikan nasihat dengan kebenaran dan ketakwaan.

Saya bersyukur ada ahli keluarga saya yang pelbagai Jamaah minal muslimin. Ada UMNO, ada PAS, ada IKRAM, ada TABLIGH, ada SALAFI MODERATE, ada PENGAJIAN PONDOK, ada ISMA, ada Ber”UZALAH (buat Jamaah minal muslimin sendiri) dan macam-macam ada. Ingat terpentingnya kita semua masih dalam Jamaah induk ASWJ (Ahli Sunnah Wal Jamaah) dari segi iktikad dan amalan. Insyallah semoga saling berlapang dada dan banyak beramal dari berbicara akan mempercepatkan Jamma’ataul Muslimin yang kita idamkan.


Wallahwalam.

Dan katakanlah (wahai Muhammad): Beramalah kamu (akan segala yang diperintahkan), maka Allah dan RasulNya serta orang-orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan; dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata, kemudian Ia menerangkan kepada kamu apa yang kamu telah kerjakan” (Surah At-Taubah: 105)

Rujukan:


-1- http://sautulhaq.blogspot.com/2012/06/hadis-ketujuh-larangan-keluar-dari.html


-2- http://www.dakwatuna.com/2011/05/25/12372/menuju-jamaatul-muslimin/#ixzz2VmcqEEfv







 

 

 





Friday, March 29, 2013

Menang kecewa, kalah pun kecewa.


Minggu ini ada "qoute merisaukan" dikongsikan aktivis ISMA yang menziarahi YDP PAS kawasan X  iaitu salah satu kawasan ISMA akan bertanding . Riwayatnya adalah sahih kerana didengari lebih dari 4 orang aktivis ISMA pada masa yang sama.
" ...kerana ISMA masuk bertanding yang menyebabkan PR kalah dan memenangkan BN, ....ISMA berdosa kerana menghalang kemenangan Islam," kata Al-fadil ustaz YDP PAS kawasan X.

...setelah lama sembang, seorang aktivis ISMA berkata dengan niat menutup perbincangan dengan aman;

".....kami, ISMA walau menang atau kalah dalam pilihanraya kali ni, insyaAllah takkan kecewa...." belum sempat nak habiskan ayatnya (aktivis isma tersebut), Al fadil YDP PAS kawasan X terus menyampuk.;

"Tetapi mengecewakan PAS....."
Itulah antara luahan hati seorang tokoh masyarakat atau ketua kawasan X untuk PAS.

Ada beberapa persoalan dan tafsiran yang bermain dalam fikiran saya:

Pertama : Hanya apa yang jemaah PAS buat adalah pahala ? cara PAS sahaja layak menangkan islam? kalau jemaah islam lain membuat keputusan tidak senada PAS, maka itu berdosa , merugikan dan melambatkan kemenangan islam?

Kedua : mengapa PAS kecewa? Ini pelik . Saya boleh katakan Orang yang sepatutnya kecewa tak jadi kecewa, yang tidak patut kecewa pula kecewa atau Kita sangka kita paling kecewa rupa-rupanya ada orang lain lebih kecewa.

"Orang yang sepatutnya kecewa" adalah ISMA dan rakyat Melayu di kawasan itu . Ini kerana :

1. Kawasan majority muslim, tapi wakil rakyat non muslim.

2. Sebelum ini mereka (orang melayu disitu) tiada pilihan atau "dipaksa memilih" diantara dua orang bukan islam (BN bukan islam, PR juga bukan islam),

3. PAS dan UMNO tidak bertanding disitu kerana ada semacam perjanjian Hudaibiyah.

4. Kata orang melayu disitu : " wakil rakyat bukan islam disitu pada mulanya saja peduli orang islam dan macam bagus, lama-lama tetap sama saja, tidak boleh percaya juga dan sibuk dengan orang dan agama dia saja". 


5. Kalau BN tahaluf dengan bukan islam, kenapa PAS buat juga dan membuatkan orang melayu disitu jadi mangsa?. Dari laporan servey dilakukan aktivis isma, ramai melayu yang tidak membuang undi, sangat ramai mengundi dengan tidak rela hati, dan ramai juga malas peduli.

Tapi yang berlaku sekarang "orang yang mungkin tidak patut kecewa pula kecewa".

PAS atau UMNO yang memberi laluan kepada "rakan parti komponen mereka yang bukan islam" merasa KECEWA ?.

Dan kenapa harus kecewa pada ISMA pula ?

ISMA hanya membawa suara keluhan orang Melayu Islam disitu, isma pula dituduh mengecewakan? Adakah maksudnya orang Melayu disitu mengecewakan PAS (atau UMNO) ?

Lebih ajaib: kalau ISMA kalah pun kecewa juga?

M
ungkin wajar juga , Kalau ISMA kalah juga akan kecewa sebab yang jadi wakilnya adalah bukan Islam dari PKR atau DAP.  Kalau ISMA menang lagi kecewa kerana sepatutnya wakil PAS yang bertanding dan menang.

Kesimpulannya orang Islam ini selalu hidup dalam kecewa. Kalau menang pun kecewa kalau kalah pula, lagi la kecewa. yang tidak kecewanya hanyalah bukan Islam dan wakil rakyat bukan Islam yang menang disitu. Seronok mereka, orang islam yang berkempen mati-matian, berdemo agar tumbangkan kerajaan dan sanggup berbalah sesama Islam sendiri untuk bagi mereka menang. Takpe kemenangan mereka (wakil bukan islam) itu untuk menangkan islam juga kan? 

Oleh itu marilah kita buat kerja yang lebih kurang sama juga PRU kali ini, "Mari pakat ramai-ramai  kempen ABI (asal bukan isma) , kami anti isma, boikot isma, terus berpersepsi ISMA adalah tali barut UMNO kerana berpersepsi adalah cara politik kita dan jangan lupa "undilah calon non muslim DAP atau PKR yang berwibawa itu" kerana KALAU undi calon muslim berwibawa ISMA itu ....kita akan LEBIH kecewa. .

Eh, tapi ada orang kata : "....Katakan-lah PR menang atau PR dan BN menang sama banyak bilangan kerusi, maka ISMA akan jadi bargin power yang boleh untungkan islam ... ATAU... kalau kita undi "calon muslim berwibawa isma" itu akan lebih tinggi kebarangkalian atau ada peluang PM kita dari orang PAS. Ini kerana non muslim dari DAP dan PKR memang sah sah hanya minta Anwar yang berfikiran Islam liberal itu dan TOBAT tidak akan setuju PM dari PAS".

Kata satu suara ghaib : "....jangan percaya semua itu, jangan lupa persepsi kita "ISMA adalah UMNO". walaupun sekarang tiada bukti kukuh , satu hari nanti pasti ada. itulah keimanan kita yang akan sentiasa mendapat pahala dan membawa kepada kemenangan Islam, sesiapa yang sokong ISMA atau undi ISMA, dia.... berdosa ! "

Penghasut yang ikhlas : Addinlove.

[ tulisan ini ditulis seorang aktivis ISMA yang tak jadi nak kecewa kerana lihat ada orang lain yang lebih kecewa. aktivis ISMA ini hanya mampu mengakhiri tulisan ini dengan doa : " Ya Allah janganlah engkau masukkan aku dikalangan orang yang kecewa, Amin ya rabal alamin"]