Saturday, January 30, 2010

Pendedahan 6 misi hidup yang ingin dicapai,

Dengan nama Allah yang rahman dan rahim,

berikut adalah pendedahan gambar terbaru misi hidupku ,

akan aku usaha ke arahnya,Doakan untukku....

Tuesday, January 12, 2010

Nasihat Iman Al-bana yang tidak pedulikan.bhg2

Bismilah Ar-Rahman dan Ar-Rahim aku menulis,

Sungguh indah kehidupan hamba-hamba Allah Azzawajala yang dipayungi risalah Taklim Iman Hasan Al-bana(IHA).Hamba-hamba Allah yang membentuk satu jemaah .Dinamakan jemaah mereka ikhwanul muslimin (jemaah persaudaraan sesama muslim ).Mereka berusaha memahami setiap risalah IHA , mengaplikasikan dalam kehidupan mereka ,mengajak insan-insan lain merasai kenikmatan nya dan yang lebih penting dari risalah tersebut adalah " mereka mampu memahami islam " .

Salah satu risalah yang membawa kepada islam.Bukanlah bermaksud risalah "mesti" atau "wajib" yang dihadam setiap insan bagi memahami islam.Jadi harus jelas ,risalah itu adalah salah satu keadah memahami islam.Sebab itu , awal pembicaraan risalah tersebut menerangkan target utamanya atau tujuan sasaran risalah taklim itu adalah mereka yang bersedia bersama satu kelompok islam yang bernama ikhwanul muslimin.

Adapun mereka yang tidak mampu memahami islam melalui risalah tersebut,tidak mampu memenuhi tuntutanya serta meyakini islam boleh difahami melalui risalah yang lain, maka tidaklah mengurang nilai imanya dan tidaklah menjadi kesalahan sebagai seorang muslim.


Pokoknya risalah tersebut ditujukan buat aktivis ikhwannul muslimin .Bukan untuk mereka yang tidak bersama kumpulan yang bergelar ikhwanul muslimin itu.Tapi alangkah baiknya jika kita turut mengambil manfaat darinya?.


Kerana itulah yang amat di harapkan dari IHA sendiri.Jika kita baca dengan "detail" risalah IHA yang banyak dikhususkan untuk para pengikutnya (IM) ,kita sebagai muslim yang pandai dalam menganalisis serta faham tujuan utama massage yang ingin disampaikan iman HA ,kita akan memahami isi hati IHA adalah:"Alangkah baiknya jika seluruh muslim memahami dan mengaplikasikan seruanku demi islam yang tercinta".


Kembali kepada tajuk:Nasihat Iman Al-bana yang tidak pedulikan.lebih khusus ,yang dimaksudkan adalah nasihat beliau itu adalah dalam bab mahabah(kecintaan ) dan ukhwah (persaudaraan).

Mengapa imam al-bana menekankan mahabah dan ukhwah?

Inlah hal yang menyulitkan ramai pihak.Kedua - dua hal tersebut mudah difahami,mudah dcerita-i,mudah di ceramah-i,tapi payah di aplikasi.Kerana ke dua-duanya akan hidup dengan aplikasi bukan dengan teori.

Dalam pengalaman hidup yang masih sedikit dan pengetahuan yang cetek,aku berusaha untuk memahami kedua -dua istilah tersebut.Tidak ada jalan lain untuk memahami kedua-dua kalimah tersebut melainkan dengan "usaha" mencari .Yang dicari adalah kelompok manusia islam yang meng-hidupkan ke-2-2 perkara tersebut.Hidupnya pada perbuatan bukan hidup pada lisan.

jika kita mencari individu atau kelompok yang berbicara tentang iman,mudah sahaja dijumpai.Juga mudah menjumpai kelompok yang berbicara tentang amal.Juga tidak payah mencari yang berbicara tentang mahabah dan ukhwah,tetapi seperti yang kita mahu ,mahabah dan ukhwah yang kita cari lahirnya dari iman dan amal.Mahabah dan ukhwah adalah hasil dari iman dan amal.

Maka "usaha" mencari kelompok yang hidup mahabah(kecintaan) antara individu dalamnya, serta mantap ukhwah antaranya ahlinya,adalah usaha mencari kelompok yang benar sudut iman dan amalnya juga.Amat cantik susunan Iman al-Bana.Iman ,amal,mahabah dan ukhwah.


Panduan mencari ku-adalah manhaj pertengahan.


Aku amat senang dengan sikap moderate ustaz Abu Saif yang menjadi pendakwah sepenuh masa melalui keyboardnya mahupun melalui lisanya.Beliau pendakwah muda yang berpengalaman luas.Aku mangkaguminya lewat tulisan yang bermanfaat dalam web peribadinya,http://saifulislam.com/.Jika Allah izinkan mahu aku berjumpa beliau,....

... ..sambung nanti lah.bahagian 3

-reminder: 1.aku bermula dengan tabligh,kemudian usrah,kemudian ...."tarbiah".
2.kenganku bersama ikhwah.

Wednesday, January 6, 2010

Nasihat Iman Al-bana yang tidak pedulikan.bhg1

Bismilah Ar-rahman dan ar-rahim aku menulis,


Raya haji yang lepas aku sempat berborak dengan paktehku yang telah lama bersama gerakan islam di malaysia dan masih istiqmah bersama gerakan islam demi mejayakan agenda islam.Kami berborak ringkas isu kerenah kelompok - kelompok tarbiah dari sudut mencari titik temu , lapang dada , mentabayun dan yang lebih penting adalah berusaha belajar dari kesilapan.

banyak nasihat yang beliau bagi,

disini akan aku kongsi satu nasihat beliau.Nasihat yang amat diberi perhatian oleh tokoh pembaharuan Imam Hasan Al-bana rahmimahullah (IHB)dari risalah taklim-nya.

"Aman , ada 4 perkara yang harus dipunyai oleh setiap ikhwah dalam satu jemaah ,setiap satu individu dalam jemaah itu meng-hidupakan 4 perkara ini!,bukan sebahagian sahaja darinya.(suara sedikit tegas ).4 perkara ini harus di-punyai jemaah tersebut tanpa meninggalkan salah satu darinya.

4 perkara tersebut adalah Iman,amal,mahabah dan ukhwah.Ingat dengan baik 4 perkara ini.Pertamnaya iman,keduanya Amal,ketiga kecintaan(mahabah) dan ke-empat adalah ukhwah."

Amat baik nasihat yang di-tekankan oleh paktehku itu,4 perkara itu biasa aku dengar,tapi cara pe-nekanan oleh paktehku membuatkan 4 perkara tersebut ter-bekas mudah di fikiranku dan membuat-ku memikir panjang mengapa IHB memberi penekanan terhadap perkara-perkara tersebut.

Di akhir perbualan kami aku kembali bertanya dia,Dari mana 4 perkara tersebut ditekankan atau diulang-ulang IHB?,

Dia menjawab dengan mantap dan pasti:Risalah Taklim.

Aku sebenarnya telahpun lama tahu akan risalah tersebut,tapi rasanya belum cukup mengambil manfaat dari buku itu.

Buku yang mencerminkan hampir keseluruhan dakwah Ikhwah muslimin,juga mencerminkan dakwah yang harus dilakukan setiap orang islam. Menjadi rujukan sampai hari ini , dikagumi oleh sesiapa sahaja yang menkajinya dengan ikhlas ,di aplikasikan oleh banyak gerakan islam kini dan buku itu juga telah melihatkan hasil kader-kader perlawanan masa kini yang mengambil manfaat darinya sehinggalah mereka digeruni dunia kini.

Antara mereka yang hidup dengan pemahaman risalah ini adalah sebahagian besar rakyat dan mujahidin Plestine.Hidup mereka ,hidup yang mengkagumkan.Bukan kita kagum kerana hidup mereka mewah sebaliknya kita kagum atas daya tahan mereka yang dizalimi dari pelbagai sudut.Sedang kita hanya mampu menangisi atas ketidakmampuan kita membantu mereka yang dizalimi bertahun tahun lamanya sampai hari ini.Sehinggakan kita bertanya,wahai saudara ku di bumi palestine,Apa yang kalian makan saat ini?Terowaong kalian juga sedang disekat sekarang?

Jika dikumpul jawapan sebahagian dari mereka ....,kita pasti dapat simpulkan kata-kata mereka hampir seperti dibawah;

"kami hidup kerana iman kami yang optmis kepada janji Allah ,amal kami yang sahih serta bersungguh-sungguh,kekuatan kecintaan antara kami yang hidup disini sehinggalah ukhwah kami melebihi ikatan darah adik-beradik."

Sedangkan kita ?.......,akan berkata Bagaimana ?,Berani mengatakan , iman kita orang yang optmis kepada janji Allah? amal kita yang bersungguh-sungguh serta sahih?, kekuatan kecintaan antara kita yang hidup di Malaysia ini hebat sehinggalah ukhwah kita melebihi ikatan darah adik-beradik?

Berani kita...... mengatakan demikian?

Tuesday, January 5, 2010

Mendidik anak mengenal Allah

Bismilah Ar-Rahman dan Ar-Rahim,

Alhamdulilah ,di sini aku mahu paste kan satu perkembangan baik dalam pendidikan di Malaysia,satu sekolah yang swasta yang masih baru dan membawa keadah pembelajaran islam yang menarik.

Khalifah Model School.

maklumat lanjut boleh dapat di web ini:

http://www.islamic-world.net/kms/index.php

juga ulasan Saiful islam dibawah:

Metod Khalifah Adalah Laskar Pelangiku


“Beranikah kita berkata bahawa kehidupan anak-anak hari ini jauh lebih mudah daripada kehidupan ibu bapa, jika kita sedar bahawa setiap hari kita semakin menghampiri detik-detik fitnah Dajjal?” saya melontarkan soalan kepada seorang teman.

Wajahnya berubah sedikit.

Fitnah Dajjal itu bukan pada kekuatan fizikalnya memusnahkan kehidupan seperti Yakjuj dan Makjuj.

Fitnah Dajjal adalah fitnah intelektual. Sesuatu yang sangat abstrak pada menukar baik menjadi buruk dan buruk menjadi baik.

Daripada Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah saw. bersabda. “Akan datang kepada manusia tahun-tahun yang menipu. Dan pada waktu itu orang yang berdusta dikatakan benar dan orang yang benar dikatakan berdusta. Orang khianat akan disuruh memegang amanah dan orang yang amanah dikatakan pengkhianat. Dan yang berpeluang bercakap hanyalah golongan “Ruwaibidhah””. Sahabat bertanya, “Apakah Ruwaibidhah itu hai Rasulullah?”. Nabi saw. menjawab, “Orang yang kerdil dan sebenarnya hina dan tidak mengerti urusan orang ramai”. (H.R. Ibnu Majah)

ANTARA MA’RUF DAN MUNKAR

“Ma’ruf menjadi munkar dan munkar menjadi ma’ruf?” tanya beliau.

“Ya. Ma’ruf bermaksud sesuatu yang well-known. Benda yang diterima dan menjadi kebiasaan. Munkar pula bermaksud sesuatu yang dibantah dan dinafikan kerana asingnya benda itu daripada kehidupan” saya memetik pengertian dua kalimah yang sangat penting itu.

“Wah, perkataan itu sangat tangible. Mudah sahaja ma’ruf bertukar menjadi munkar dan munkar menjadi ma’ruf kalau kejahatan sudah diterima dan kebaikan semakin asing daripada kehidupan” simpul beliau.

“Allahu Akbar. Benar sekali. Justeru berbalik kepada soalan awal kita, apakah yang nak kita tanamkan dalam jiwa anak-anak untuk mendepani fitnah yang besar ini?” saya berbalik ke topik asal perbualan.

Pendidikan anak-anak.

Menyedari akan hal ini, saya membuat kesimpulan, pendidikan agama yang menekankan hafalan Sifat 20, menghafal rukun Iman, menekankan hafalan lengkap 30 juzuk al-Quran, mengejar mata pencapaian peperiksaan pada belasan subjek akademik dan Diniyyah, bukan suatu jaminan keselamatan untuk menghantar anak ke masa depan yang penuh cabaran itu. Silibus sedia ada pada kebanyakan sekolah masih belum meyakinkan saya.

Mengukir agama pada jiwa anak-anak memerlukan satu proses yang tidak ada pada silibus sedemikian rupa. Justeru perjalanan hidup saya masih meneroka jalan keluarnya, mencari penyelesaiannya.

Terkenang kepada pesanan Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam tentang pendinding yang menyelamatkan manusia daripada fitnah intelektual Dajjal yang terzahir pada Materialisma.

Materialisma bukan gila kebendaan semata.

Ia adalah fahaman yang memaut makna pada yang tersurat hingga buta pada yang tersirat.

Berikut pesan Baginda:

Surah al-Kahfi!

Kita digesa Sunnah melaziminya.

Menghidupkan malam Jumaat pada membaca dan menekuninya.

Pastinya fungsi surah al-Kahfi pada menyelamatkan seorang manusia daripada fitnah Dajjal itu tidak berlaku hanya pada membaca dan menghafalnya. Sebaliknya, keterangan Sayyid Qutb berkenaan surah ini di dalam tafsir karangannya Fi Dhilal al-Quran, ada pencerahan:

Sayyid Qutb berpandangan, Surah al-Kahf itu bertindak sebagai pendinding manusia daripada fitnah Dajjal kerana ia menyentuh mekanisma perbuatan manusia.

Jika diri kita diumpamakan seperti iceberg, tip of the iceberg yang kelihatan di mata itu mewakili perbuatan. Manakala bahagian ais yang besar tersembunyi di bawah permukaan air laut itu adalah enjin di sebalik setiap perbuatan kita iaitu AQIDAH (sistem kepercayaan), MINDSET (cara berfikir dan melihat sesuatu termasuk kehidupan, i.e worldview) dan SISTEM NILAI (cara manusia membuat penilaian terhadap apa yang benar, berharga, penting dan berguna dalam hidup ini).

Tiga komponen inilah yang mesti dibangunkan agar seorang Muslim itu menjadi Muslim yang benar-benar menghayati intipati agamanya, dan beroleh perlindungan daripada salah faham dan kecundang kepada fitnah intelektual yang diketuai oleh Dajjal dan jenteranya.

Seluruh wacana dan dakwah saya berkisar pada hal ini. Tetapi saya patah sebelah kaki pada memikirkan bagaimanakah semua ini boleh saya terapkan ke jiwa anak-anak. Jika John C. Maxwell berkata, “genius is about changing something complicated into simple“, hakikatnya saya masih belum cukup genius untuk memindahkan fikrah Islam dinamik ini kepada format yang boleh diserapkan ke jiwa anak-anak.

Saban hari saya berdoa.

Mencari panduan.

PENEMUAN PENTING


Allah melorongkan jawapan kepada doa saya itu apabila ditemukan dengan Khalifah Model School yang diasaskan oleh al-Marhum Prof. Dr. Muhammad al-Mahdi yang juga mengasaskan yayasan induknya, Khalifah Institute.

Alhamdulillah.

Membaca temuramah Majalah I dengan beliau pada Januari 2006, ia adalah pertemuan pertama saya dengan Prof. Dr. Muhammad.

Temuramah itu tidak begitu menjelaskan apakah sebenarnya yang dikatakan sebagai Khalifah Method.

Justeru saya kurang tergerak untuk mendalaminya ketika itu.

Tetapi perjalanan hidup beliau sebagai seorang saintis di dalam pelbagai disiplin amat menarik perhatian saya. Bermula daripada fizik dengan Teori Relativiti Masa Einstein yang akhirnya menukar keyakinan beliau sebagai seorang atheist kepada meyakini wujudnya Tuhan. Setelah lama mendalami ilmu psikologi untuk memahami manusia, hingga mengatasi teori gurunya yang merupan ahli psikologi paling berpengaruh untuk kurun ke-20 iaitu Burrhus Frederic Skinner, Prof. meneruskan kembara di bidang Teologi untuk melengkapkan pencariannya.

Burrhus Frederic Skinner – [Wikipedia]

Saya gementar membaca teori Skinner tentang pendidikan.

Teori itu sangat menjelaskan tentang mekanisma pembelajaran manusia dan ia amat efektif pada mencorakkan manusia untuk menjadi apa sahaja yang kita mahukan. Skinner menekankan bahawa positive reinforcement (penguatkuasaan secara positif) lebih berkuasa dalam mendidik berbanding punishment (menghukum) kerana melalui hukuman, manusia akan hanya belajar kaedah mengelak daripada dihukum.

Skinner berpendapat, ada lima halangan yang menghalang proses pembelajaran seseorang:

1. Manusia takut kepada kegagalan.
2. Tugasan yang diberi tidak dipecahkan kepada langkah-langkah kecil yang mencukupi.
3. Tiadanya arah tuju dan matlamat.
4. Arah tujuan yang ada pula tidak cukup jelas.
5. Ketiadaan penguatkuasaan positif (positive reinforcement).

Skinner memberikan pandangan bahawa apa-apa sahaja kemahiran yang mengikut kesesuaian tahap umur, boleh diajar dengan menggunakan lima prinsip sebagai rawatan kepada lima halangan itu tadi:

1. Berikan reaksi dan maklum balas kepada pelajar itu secara serta merta.
2. Pecahkan tugasan kepada langkah-langkah kecil yang mencukupi.
3. Ulangi soal arah dan matlamat seberapa kerap yang mungkin.
4. Laksanakan daripada sesuatu yang paling simpel kepada yang paling kompleks.
5. Memberikan penguatkuasaan positif (positive reinforcement).

Teori Skinner ini sangat meluas aplikasinya di Amerika Syarikat.

Tetapi Prof. Muhammad al-Mahdi setelah 40 tahun mendalami bidang psikologi, khuatir dengan teori Skinner yang sangat berpotensi untuk dimanipulasi keberkesanannya itu, mencari NILAI untuk dijadikan landasan teori Skinner. Beliau mengembara ke serata alam, mendalami agama HINDU dan BUDDHA tetapi kembara mencari Tuhan beliau, berakhir dengan Syahadah Laa Ilaaha Illallaah.

Beliau memeluk Islam. Kenalan di Indonesia mencadangkan nama Muhammad al-Mahdi kepadanya.

Lahirlah Khalifah Method, iaitu suatu teori pendidikan yang berjaya diterjemahkan menjadi satu sistem pendidikan apabila penemuan psikologi (Sunnatullah), disendikan oleh Islam sebagai Syariatnya.

Mungkin terlalu awal untuk saya membuat kesimpulan tentang apa yang saya faham mengenai Metod Khalifah. Tetapi menerusi bengkel sehari anjuran Khalifah Model School untuk ibu bapa yang baru menghantar anaknya ke sekolah berkenaan, saya berasa tarikh 2 Januari 2010 semalam, adalah salah satu tarikh terpenting dalam hidup ini.

RUMUS RINGKAS

Kebijaksanaan tinggi Metod Khalifah adalah pada memudahkan aplikasi kepada kanak-kanak seawal usia sekolah rendah.

Pelajar ditanamkan kepercayaan tentang sebab untuk mereka sentiasa menjadi cemerlang iaitu pada menghayati maksud perlantikan Allah ke atas diri mereka sebagai Khalifah. Kesedaran tentang menjadi seorang khalifah menolak mereka untuk mengeluarkan potensi diri masing-masing ke tahap tertinggi. Menghayati maksud diri menjadi hamba Allah pula, menjadikan mereka sentiasa ‘bersama Allah’.

Metod Khalifah mengajar kanak-kanak tentang pengurusan tingkah laku melalui proses merasa daya intelektual. Murid-murid diajak dari semasa ke semasa menghayati proses kontemplasi (zikir dan fikir) untuk melihat apa yang tersirat di sebalik yang tersurat. Mereka melihat pokok, batu, kereta dan apa sahaja yang ada di sekeliling kehidupan dan memikirkan mengenainya proses kejadiannya hingga sampai kepada Allah.

Saya juga teruja dengan teknik yang digunakan oleh Metod Khalifah pada mendidik murid-murid menggunakan freewill (kebebasan memilih) masing-masing. Mereka diajar tentang kewujudan freewill sebagai kebebasan yang dimiliki oleh setiap manusia merdeka, tetapi freewill itu dibentuk agar sentiasa menjadikan Allah sebagai paksi membuat pilihan dalam kehidupan.

Ia sangat selaras dengan istilah Mendidik Anak Dengan Ilmu Kebal yang pernah saya tulis sebelum ini.

Metod Khalifah juga mendidik pelajar dan ibu bapa menggunakan kata hati atau internal monologue. Manusia lebih banyak berkata-kata kepada dirinya berbanding berkata-kata dengan orang lain. Positif atau negatifnya seseorang itu banyak merujuk kepada apa kata-kata hatinya. Mempositifkan kata hati ini sangat berkesan pada membantu menukar seorang insan yang pesimis kepada optimis, positif dan mempunyai mekanisma koreksi diri sendiri yang sangat berkuasa pada menghidupkan iman di dalam diri kita.

Teknik yang diguna pakai oleh Metod Khalifah membantu murid-murid mengesan kewujudannya di dalam diri dan seterusnya memperbaiki fikiran mereka agar positif dan bermotivasi dalam kehidupan.

PEMBABITAN IBU BAPA

Apa yang lebih saya hargai ialah pada kesungguhan pihak Khalifah Model School mengkursuskan ibu bapa agar metod yang diguna pakai, turut dilaksanakan secara holistik di rumah. Ia adalah sebuah metod yang membantu ibu bapa menbentuk anak-anak dan dalam masa yang sama membantu anak-anak membentuk ibu bapa!

Melalui kursus keibubapaan wajib yang dilaksanakan oleh pihak sekolah, ibu bapa dibetulkan pandangan alam mereka, diperkenalkan dengan Law of Learning dan seterusnya diberi latihan untuk mengaplikasikan Positive Reinforcement di dalam kehidupan seharian.

Ibu bapa juga sangat dilibatkan dengan sekolah sebagai sukarelawan. Mereka boleh memberikan ceramah perkongsian kerjaya kepada anak murid, dan membantu apa sahaja sesuai dengan konsep sekolah komuniti yang dimahukan oleh al-Marhum Prof, sebagai pengasasnya.

BUKAN BENDA BARU

Segalanya bukan benda baru. Tetapi ia adalah rumusan kepada sari pati ajaran al-Quran dan al-Sunnah pada mengatur Sunnatullah dalam proses membentuk manusia. Lebih mengujakan saya, kecemerlangan akademik turut mengiringi pendekatan ini secara by-product, Insya Allah.

Alangkah bertuahnya saya jika berpeluang untuk belajar secara langsung daripada Prof. Dr. Muhammad al-Mahdi semasa hayat beliau.

Namun pemergian al-Marhum bukanlah penghalang.

Salah satu keajaiban yang pernah berlaku ialah kira-kira 3 bulan terakhir hayatnya yang dibelenggu kanser paru-paru, Prof. Dr. Muhammad telah secara intensif menumpahkan seluruh ilmu dan pengalamannya kepada kira-kira 30 sukarelawan hingga tersedianya segala fondisi yang membentuk Khalifah Model School. Prof. Dr. Muhammad al-Mahdi kembali ke Rahmatullah kira-kira dua minggu selepas misinya selesai.

Pelaburan saya ialah pada menghantar Muhammad Saiful Islam, dan Insya Allah juga adik-adiknya nanti ke sekolah berkenaan. Saya juga meletakkan azam untuk mendalami Metod Khalifah dengan lebih terpeinci lagi agar ia boleh disebar luaskan sebagai solusi kepada pendidikan anak Ummah, Insya Allah.

Saya sudah tidak lagi cemburu dengan Laskar Pelangi!

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 AMPANG

Ingin berkongsi usaha menggerakkan server Saifulislam.Com? Perkongsian anda kami dahulukan dengan ucapan jazakumulaahu khair al-jazaa'





© SAIFULISLAM.COM (1998 – 2010)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Saifulislam.Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Saifulislam.Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin SAIFULISLAM.COM terlebih dahulu.

"Erti Hidup Pada Memberi"

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang, Selangor

Sunday, January 3, 2010

Berakhirnya takruf pertama.

maaf posting ini terpaksa di hide atas sebab ....kelemahan diri,kecintaan dan ukhwah.

2 “test” ,bukan 2 syarat,

Bismilah Ar-Rahman dan Ar-Rahim ,aku menulis.

Dalam perjalanan balik dari Kl tadi aku terfikir adakah tindakan ku memberi 2 bentuk “syarat” kepada akhwat dalam takruf itu dinamakan syarat atau lain namanya.

Dan sekarang aku mendapat keputusan dalam diri ,(belum sempat melihat jawapan ikhwah ,ustaz dan jawab balas ikhwah wa akhwat dalam forum yang aku ceritakan sedikit maslah ku itu.)…sebenarnya perkataan yang lebih tepat adalah ujian atau test bagi mengenali akhwat tersebut.

Ya , sebenarnya yang aku lakukan adalah “test” bagi mengetahui kesesuaian-ku dengan akhwat tersebut.

Jika dikatakan syarat maka ia akan melibatkan syarat sah pernikahan ,jika syarat dilanggar maka boleh berlaku juga penceraian dalam pernikahan tersebut.Dan yang sewajar nya mengajukan syarat adalah wanita kerana mereka harus mengikut imam keluarga(suami),dikuatiri dizalimi dan untuk keselesaan rumah tangga.

Jadi Kenapa aku memilih istilah syarat masa tulis muskilahku itu?Minta maaflah para melihat muskilah ku,salah pilih ayat.

Ya. Alhamdulilah jumpa dah dapat satu jawapan :

“Sebagaimana Islam mengaitkan poligami dengan kemampuan untuk berlaku adil dan membatasinya dengan empat isteri, begitu juga ia menjadikan sebahagian dari hak wanita atau walinya untuk memberikan syarat agar tidak di-'madu'.

Maka, bila seorang isteri mensyaratkan di dalam 'aqad nikahnya agar suaminya tidak menikah lagi (memadunya), maka syarat ini adalah sah hukumnya dan berlaku.

Implikasinya, sang isteri mempunyai hak untuk membatalkan pernikahannya bila sang suami tidak menepatinya dan haknya di dalam pembatalan tersebut tidak gugur kecuali bila dia sendiri yang menggugurkannya dan rela melanggarnya.

Ini merupakan pendapat Imam Ahmad yang diperkuatkan oleh Syaikhul Islam, Ibnu Taimiyyah dan Ibnu al-Qayyim. Demikian pula, ini adalah pendapat 'Umar bin al-Khatthab, Sa'ad bin Abi Waqqash, Mu'awiyah, 'Amr bin al-'Ash, Jabir bin Zaid, Thawus, Imam Auza'iy, Ishaq dan 'Umar bin 'Abdul 'Aziz”

Sumber:
http://al-fikrah.net/Forums/viewtopic/t=10027.html

tetapi dalam sumber yang sama juga menyatakan;

Berhubung dengan hadith tersebut, Ibnu al-Qayyim mengulas,

"Hukum tentang hal ini mengandungi beberapa hal: bahawa seorang lelaki bila memberikan syarat kepada isterinya bahawa dirinya tidak menikah dengan selainnya (memadunya), maka dia mesti menepati syarat tersebut dan bilamana dia menikah dengan selainnya (memadunya) maka adalah hak sang isteri untuk membatalkannya (fasakh). Sedangkan sisi cakupan hadith terhadap hal tersebut adalah bahawa dalam hadith tersebut Rasulullah memberitahu bahawa hal itu menyakiti Fatimah Radhiallaahu 'anha, membuatnya takut akan akibatnya yang fatal dan hal ini juga akan dirasakan oleh beliau…".

Jadi sebelum diri sendiri terkeliru baik check balik email -ku kepada akhwat tersebut:

Alhamduliulah ayat yang aku guna bukan syarat.

Friday, January 1, 2010

Bertakruf dengan Anna Althafunnisa.

maaf posting ini terpaksa di hide atas sebab .......kelemahan diri,mahabah dan ukhwah.