Tuesday, January 7, 2014

Isu Kalimah Allah datang lagi.


Baru awai tahun 2014,Isu kalimah Allah mai dahhhh... Jom hadam radd atau kiritikan Ilmiyah ini agar kitar tidak terbabas sembang.

http://www.ismaweb.net/v4/2013/11/isu-kalimah-allah-menjawab-pemikiran-mujahid-rawa/

Inilah Mahal An-Nizak nya.

Malangnya dalam isu yang mudah ini kita dapati, sebilangan penceramah, pemikir atau penulis cuba mengalih-alihkan Mahal An-Nizak (premis/konteks perbincangan) kepada yang lain seperti :

- “Allah bukan milik eksklusif umat Islam …”,
- “Allah untuk semua”
- Nyanyian lagu negeri ada sebutan kalimah “Allah”
- Emblem di baju polis dan askar ada tertulis kalimat “Allah”.
- Perbualan atau ucap selamat orang kafir kepada kawannya.

Ini boleh menyebabkan :

- Di kalangan Ulamak, perbincangan tidak berkesudahan atau tidak mencapai suatu keputusan yang amali, kerana Premis-premis Perbincangan berbagai-bagai.

- Masyarakat Awam menjadi keliru. Ada yang bersetuju Allah untuk semua manusia tetapi tidak sedar bahawa larangan ini adalah mengenai suatu hal khusus yang lain. Kesannya mereka mencemuh Majlis Fatwa, Majlis Syura, Hakim-hakim Mahkamah Agung, tokoh-tokoh Ulamak dan lain-lain tanpa menggarap premis perbincangan sebenar.

Dalam hal ini kita mengajak semua pihak agar amanah terhadap ilmu-ilmu Islam yang telah dipelajari dan amanah terhadap kepercayaan masyarakat yang telah diperolehi, bukan kita turut mengusutkan lagi suasana.

5. Perjuangan menyempurnakan undang-undang.

Di zaman dahulu hakim memutuskan hukuman dalam sesuatu mahkamah berdasarkan ilmunya tentang Fiqh Islam dan keterangan dalam perbicaraan.

Adapun di zaman kini, hakim memutuskan berdasarkan Undang-undang yang diwartakan di Parlimen oleh Ahli-ahli Parlimen atau DUN oleh ADUN-ADUN dan keterangan-keterangan dalam perbicaraan.

Yang boleh menyatukan umat Islam adalah Ketua Negara sebagai simbol perpaduan dan kekuatan, serta Majlis-majlis Ulamak/Syura yang mempunyai mekanisma dan disiplin dalam mengeluarkan fatwa-fatwa.

Oleh itu seharusnya, apa yang diputus oleh Majlis-majlis Ulamak, Fatwa, Syura dan seumpamanya diusahakan pula melalui kesepakatan Ahli-ahli Parlimen dan ADUN-ADUN khususnya mereka yang beragama Islam dari pelbagai parti utk dijadikan Undang-undang di dalam dewan-dewan perundangan masing-masing tanpa berlengah.

Jika tidak, undang-undang akan terus kekal dalam keadaan kurang sempurna dan hakim terpaksa banyak bergantung kpd ruh kenegaraan iaitu “Hifz Ad-Deen wa Nasyr Ad-Dakwah” (menjaga Agama dan menyebarkan Dakwah), pengalaman diri serta firasat hatinya.

Ulamak terdahulu mengatakan, “Inna Al-Adla fil nafs Al-Qadhi, la fi nusus Al-Qanun …”. (Sesungguhnya Keadilan itu terletak dalam jiwa Hakim, bukan pada ayat-ayat dalam undang-undang. Adakalanya undang-undang itu tertulis lengkap, tetapi jiwa hakimnya zalim, lalu keputusannya zalim. Adakalanya undang-undang tidak lengkap, tetapi jiwa hakimnya adil, lalu dia menghukum dengan tepat dan adil).

Dalam isu Kalimah “Allah” Majlis-majlis Fatwa di bawah Ketua Negara telah lama berfatwa mengenainya, namun wakil-wakil rakyat tidak menggubalkannya dalam Dewan-dewan Perundangan dengan sebaiknya, sehingga ada ruang-ruang yang bolos (loop holes) untuk pihak-pihak tertentu cuba mengambil kesempatan daripada kealpaan kita.

Namun kita bersyukur, walaupun dengan kekurangan undang-undang sedia ada, keputusan Hakim-hakim Mahkamah Rayuan pada 14/10/2013 lalu adalah tepat dan adil, mengambilkira Malaysia sebuah Negara Islam, menafsirkan “Hak Kebebasan Beragama” dan “Hak Kebebasan Bersuara” dengan jiwa yang adil melihat realiti setempat, berbeza dari tafsiran Hakim Lau Bee Lan dalam penghakimannya di Mahkamah Tinggi pada 31/12/2009.

Kita jangan lupa pengajaran dari kes mahkamah Ooi-Siow yang bercumbuan di khalayak ramai melawan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (yang membuat tangkapan) atas premis “Hak Kebebasan Individu” hingga kes diheret ke peringkat Mahkamah Persekutuan. Ini tidak lain selain ada loop holes di dalam undang-undang sivil. Akhirnya DBKL menang kes antara lain kerana jiwa hakim yang adil dan mengambilkira realiti masyarakat setempat. (Rujuk : The Malaysian Bar – Grounds of Judgment on DBKL’s “Hugging & Kissing” case:: Ooi Kean Thong & Siow Ai Wei v DPP 2006 [FC] -http://www.malaysianbar.org.my/selected_judgements/grounds_of_judgment_on_dbkls_hugging_kissing_case_ooi_kean_thong_siow_ai_wei_v_dpp_2006_fc.html ).

Kita melihat Mujahid Rawa mungkin terlepas pandang prinsip-prinsip Islam yang sebenar, serta status Malaysia sebagai sebuah Negara Islam, sebaliknya beliau mendakwa “… Mahkamah Rayuan (yang) terlepas pandang (terhadap) kerangka negara yg sedang dibina.”

PS: sila baca penuh di link.