Sunday, September 27, 2009

kenapa tak update?

dengan nama Allah yang rahman dan rahim aku menulis.

alhamdulilah aku masih diberi kesempatan untuk hidup.

wah..... nampaknya tak sempat nak update blog ni .sibuk?

ya , memang agak sibuk dan bulan Ramadan yang lepas sahaja memang aku sengaja tidak mahu update.Antara sebabnya:

1.Awal bulan 9 aku dah mula bersungguh-sungguh dalam perniagaan.(misi terdekat kumpul lagi duit untuk nikah).Alhamdulilah dalam 2 minggu bulan ramadan sale produk yang aku jual ada dalam kurang lebih Rm 20 ribu.untung dalam 20 peratus.setelah dibahagi gaji diri sendiri sebagai pekerja, gaji 2 minggu tu yang juga mewakili bulan 9 ni ada dalam kurang lebih RM 1 800.Ini bermaksud dua kali gaji bulan sebelumnya.(kalau ambil semua untung. memang lumayan,tapi tak boleh.Perlu ada sikit simpanan modal untuk ke depan)

Malah sekarang aku yakin dapat maintain gaji tersebut dan boleh dapat lebih.maka dapat buat simpanan dan segerakan misi yang penting tu.Setelah dibuat pengiraan,buat masa ni pengiraan kos hidup aku setelah grad ,aku perlukan sebulan RM 1000 untuk menyara diri dan aktiviti dakwah yang dibuat dan terkadang lebih.Alhamdulilah mungkin berkat pertolongan Allah atas hambanya yang hampeh ini ,tapi tetap mahu usaha ubah diri dengan tarbiah islam.Semoga Allah terus memberkati diriku dan para ikhwah dan akhwat yang bersamaku.
Aku ....terasa haru dan rasa nak menangis dalam satu daurah ekonomi pada sebulan lepas,saatnya bila aku mendengar seorang akhwat yang membuat perniagaan menceritaka gaji bulananya kurang lebih Rm 400 sahaja.Subhanallah dakwahnya begitu bagus.ke hulu ke hilir buat dakwah hanya dengan gaji bulanan dalam Rm 400 .malah yang tidak stabil.betapa zuhud hidupnya.dan macam mana dia menyara dirinya.?...Sedangkan aku ,belanja untuk urus diriku ,buat aktiviti tarbih dan travel bagi aktiviti dakwah sahaja aku terpaksa usaha cari RM 1000 sebulan-YA Allah ampunilah hamba ini yang dakwah begitu lemah malah hidup lebih mewah dari ikhwah dan akhwatku yang lebih bersungguh dalam dakwah.....)

2.Sebab ke dua.Aku buka blog yang lain .Blog tu lebih untuk perniagaan.Tak nak lah bagi tahu kat sini sebab blog tu aku dedahkan identiti aku.

3.Sebab ke tiga,nak rehat dalam bulan Ramadan dan lebih fokus untuk ibadah.kalau golongan salaf seperti Imam Malik,masuk sahaja ramadan dia akan hentikan pengajian,simpan kitab dan tidak mengeluarkan faktwa yang besar hanya kerana untuk menghabiskan seluruh masa ramadan dengan amal dan dia memang terkenal sebagai orang yang khatam Al_Quran berkali-kali dalam bulan ramadan.

jadi aku pun sengaja berijtihad sendiri tidak mahu update blog....

4.sebab ke empat .ada artikel dan cerita yang dah ditulis,tapi aku tidak sedia lagi untuk di posting kat sini......

akhir kata aku minta maaf atas sesiapa yang menunggu posting dari aku.minta maaf bebanyak dan sempena bulan orang asik minta maaf ini,aku pon nak minta maaf la atas salah silap yang pernah aku buat selama aku buat blog ni dan terutama mereka yang aku kenali dan kenal akan aku...... juga kepada mereka yang terguris perasaannya blog ini.

jap belum habis lagi.bawah ini aku nak konsi satu tips kejayaan aku dalam bulan ni.tip ni ramai dah tahu ,cuma payah nak amal sebab diri sendiri.jawapan untuk amalkannya hanyalah .....buat.sama seperti aku cuba menyelesaikan masalah aku yang mudah lupa,Solusi kepada seorang pelupa adalah dia harus....,ingat,ingat dan usaha diri sendiri untuk meingati benda tersebut.

ok. tips yang aku nak kongsi tu adalah:

"TULIS APA YANG ANDA INGIN CAPAI DAN LETAKKAN DI TEMPAT YANG SELALU ANDA LIHAT"

tips ni aku lama dah dengar,masa sekolah menengah lagi.sebab tu cikgu suruh tulis target SPM dan tampal kat loker,katil dll. tapi tak buat pun.Alhamdulilah aku baru termotivasi untuk amalkan apabila mendapat pengisian dari seorang usahawan berjaya dalam daurah ekonomi yang aku ikut dalam bulan 8 yang lepas.di kata ini adalah pekara yang dilihat remeh tapi adalah rahsia besar jutawan.anda lihat setiap hari maka anda akan termotivasi.

maka dengan kretiviti sendiri ,gambar di bawah ini terhasil dan dijadikan wallpaper laptop aku:



gambar ini aku edit guna coreldraw12.target RM 40 000 tu aku buat awal bulan 9.tinggal 2 hari lagi untuk usaha dapat Rm 20k,sebab 1 minggu ni dah cuti dan aku langsung tak buat sale,akan aku cuba.....minima esok lusa dapat 2k dah ok.total dalam 22K utk bulan 9.ini satu progres baik.sebab 2 kali ganda sale bulan lepas (RM 10k)....

Wednesday, September 16, 2009

Maksud "Raya Time"?

Hari Raya Bukan Hari Sedih


Disiarkan pada Sep 13, 2009 dalam kategori Dakwah |

oleh: Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin

Masyarakat melayu kita sering mengaitkan hariraya dengan hari kesedihan. Perkara ini diransang tambah oleh media kita. Apabila tiba hariraya, takbir raya ala melayu berirama sedih, alunan melodinya mendayu dan mengundang airmata, drama dan cerita dalam media akan dikaitkan dengan kisah-kisah sedih dan pilu, puisi dan lagu juga begitu. Apakah hariraya dalam Islam hari sedih, atau hari kemenangan dan kegembiraan?
Terlebih dahulu kita hendaklah tahu bahawa hari raya dalam Islam bukan sekadar tradisi atau cetusan idea mana-mana pihak, ia adalah syariat yang diturunkan oleh Allah dan ada hukum-hakamnya yang tersendiri. Di samping ia adalah hari yang Allah peruntukkan untuk kaum muslimin membesarkan Allah, kemenangan dan kegembiraan.

Firman Allah (maksudnya):

“Bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah.

Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan, maka hendaklah dia berpuasa; dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (maka diganti) pada hari-hari yang lain. (dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Dia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur”. (Surah al-Baqarah: 185).

Ayat ini menjelaskan tentang kedatangan Hari Raya adalah tanda syukur atas nikmat kurniaan Allah. Maka kita disuruh bertakbir membesarkan Allah pada Hari Raya. Ini semua tanda kejayaan dan kegembiraan.

Apatah lagi hadis-hadis Nabi s.a.w menunjukkan penghayatan hari raya pada zaman baginda penuh dengan kegembiraan dan ceria. Kata Ummu Atiyyah r.aha:

“Rasulullah s.a.w memerintahkan kami (kaum wanita) keluar pada hari raya fitri dan adha; termasuk para gadis, wanita haid, anak dara sunti. Adapun mereka yang haid tidak menunaikan solat tetapi menyertai kebaikan dan seruan kaum muslimin” (Riwayat al-Bukhari).

Maka Nabi s.a.w dalam sunnahnya, menunaikan solat hari raya di tanah lapang, sehingga memungkin setiap individu menyertai kemenangan dan kegembiraan pada hari tersebut, juga lebih penting untuk memperlihatkan kekuatan, perpaduan, kejayaan dan kebahagiaan hidup kaum muslimin.

Takbir hari raya adalah takbir yang bersemangat, bukan berirama sedih seperti takbir kita. Cubalah dengar takbir hari raya di dunia Arab, lain iramanya.


Hiburan

Di sudut hiburan pula, ruang yang luas Islam berikan untuk insan muslim bergembira, syaratnya jangan menyanggahi syariat. Islam agama yang luhur lagi memahami jiwa insan yang berbagai. Hiburan bukan satu kewajipan, tetapi satu ruang atau sudut yang kadang-kala diperlukan oleh insan dalam keadaan tertentu, atau membantu seseorang menikmati kehidupan dunia ini. Sesiapa yang tidak mahu, tidak mengapa tetapi jangan dihalang orang menikmatinya.

Hari raya adalah hari gembira. Hiburan dengan disiplin dan adab yang baik merangsang kegembiraan itu, maka bertambah meriah hari raya yang diperuntukkan agama untuk kita.

Dalam hadis daripada isteri Rasulullah s.a.w Ummul Mukminin ‘Aishah r.aha:

“bahawa pada hari raya Fitri atau Adha, Abu Bakr masuk ke rumahnya (rumah ‘Aishah) dan Nabi s.a.w berada di sisinya. Ketika itu ada dua penyanyi wanita sedang menyanyi mengenai kebanggaan Ansar pada Hari Bu‘ath (peperangan antara Aus dan Khazraj). Abu Bakr berkata: “Suara syaitan” (sebanyak dua kali). Nabi s.a.w bersabda: “Biarkan mereka wahai Abu Bakr! Setiap kaum ada hari raya dan sesungguh hari ini adalah hari raya kita” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Dalam riwayat Muslim yang lain menyatakan mereka memukul gendang sebagai alatan muzik iringan nyanyian mereka.

Amat menarik sikap lunak yang ditunjukkan oleh Nabi s.a.w. Bayangkan bagaimana dua gadis ini boleh menyanyi dalam rumah Rasulullah s.a.w? Jikalah tabiat Rasulullah itu keras dan garang, tentulah dari awal mereka tidak berani menyanyi dan bergendang dalam rumah Nabi s.a.w.

Lihat pula reaksi baginda apabila Abu Bakr memarahi mereka, baginda tidak berdiam diri sebaliknya menyatakan pendirian nabawi bahawa itu semua diizinkan.

Ada sesetengah pendapat yang menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w tidak menafikan bahawa nyanyian adalah suara syaitan seperti yang disebut oleh Abu Bakr, cuma membiarkan khusus untuk hari tersebut kerana ia hari raya. Pendapat ini agak ganjil. Apakah jika hari raya maka suara syaitan dibenarkan? Atau apakah hari raya nyanyian tidak menjadi suara syaitan, tetapi apabila tamat hari raya ia kembali menjadi suara syaitan kembali? Cukuplah dengan teguran Nabi s.a.w itu sebagai satu bantahan umum atas kenyataan Abu Bakr.

Bahkan hadis ini diriwayatkan al-Bukhari bersama riwayat berikut untuk menunjukkan keluasan Islam; kata ‘Aishah juga:

“Pada hari raya orang Sudan membuat pertunjukan permainan perisai dan lembing. Aku tidak pasti sama ada aku yang meminta, atau baginda yang berkata: “Apakah engkau ingin menontonnya?” Jawabku: “Ya”. Lalu baginda menjadikan aku berada belakangnya, pipiku menyentuh pipinya sambil baginda berkata: “Teruskan wahai Bani Arfidah (orang-orang Sudan)”. Sehinggalah aku jemu. Kemudian baginda berkata kepadaku: “Sudah cukupkah (jemukah)?”. Jawabku: “Ya”. Kata baginda: “Kalau begitu, pergilah”. (Riwayat al-Bukhari).

Pertunjukan yang disebut dalam hadis ini sebenarnya berlangsung dalam masjid Nabi s.a.w seperti mana yang disebut oleh hadis lain yang juga diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim. Maka pandangan yang agak ketat dan ‘tidak luas’ yang menghadkan menikmati hiburan seperti yang disebut dalam hadis-hadis di atas untuk hari raya sahaja sebenarnya telah menyempitkan urusan muamalat dan kehidupan yang diluaskan oleh Islam.

Soal hiburan bukan seperti ibadah khusus yang memang tidak boleh ditokoh tambah. Hiburan adalah sesuatu yang bermula dari titik tolak ‘harus’ atau keizinan umum syarak yang tidak boleh diharamkan melainkan dengan dalil yang jelas. Hiburan bukan seperti ibadah yang tidak boleh direka tambah.

Hiburan adalah hak inovasi dan kreativiti insan yang diizinkan secara luas selagi tidak menyanggahi prinsip dan hukum yang Islam tetapkan.
Apatah lagi baginda Nabi s.a.w apabila mengizinkan hal-hal ini semua menyebut pada hari berkenaan:

“Agar Yahudi mengetahui bahawa dalam agama kita ada keluasan. Sesungguhnya aku diutuskan dengan agama yang lurus lagi mudah” (Riwayat Ahmad, dinilai sahih oleh al-Albani).

Pada hari ini ramai yang rasa Islam itu sempit dan menyongkong. Demikian Barat dan Yahudi menuduh Islam hal yang sama. Nabi s.a.w membuka ruang kegembiraan dan hiburan, agar Islam tidak difitnah dan dituduh demikian rupa.

Apa yang hendak disampaikan adalah hari raya dalam Islam adalah hari gembira, bukan hari sedih dan duka seperti yang selalu ditonjolkan oleh drama dan lagu melayu menjelang hari raya. Apa sahaja aktiviti yang merangsang suasana gembiara dan tidak menyanggahi syarak, adalah digalakkan pada hari raya. Ini termasuklah kuih-muih, ziarah-menziarahi, duit dan hadiah raya, juga nyanyian dan hiburan. Islam adalah agama lurus tapi mudah dan praktikal untuk kehidupan insan.

Malang masyarakat kita, jika di sebahagian tempat, hari sedih seperti hari kematian dijadikan hari kegembiraan dengan dibuat ‘kenduri atau jamuan kematian’, ‘wang angpau untuk sembahyang jenazah’ dan berbagai perkara lain bagaikan berpesta dengan kematian. Itu semua bukan ajaran Islam.

Namun apabila tiba saat yang disuruh gembira iaitu hari raya, didendangkan irama dan drama sedih, menangis di kubur dan berbagai lagi. Kita terbalikkan suasana. Hari raya hari gembira bukan hari sedih. Bak kata sabda Nabi s.a.w: “Agar Yahudi mengetahui bahawa dalam agama kita ada keluasan. Sesungguhnya aku diutuskan dengan agama yang lurus lagi mudah