Wednesday, December 23, 2009

Jemputan ke Konvensyen Sunnah di IQ


Assalamualaikum,

Saya menjemput seluruh pengunjung Minda Tajdid ini untuk turut menghadiri Konvensyen Sunnah di Institut al-Qayyim:

Tempat: Mengkuang, Bukit Mertajam, S. Perai.
Tarikh: 26hb Dis 2009.
Bayaran: percuma (makanan di sediakan bermula pada 25hb mlm)

Semoga kehadiran saudara-saudari menguatkan ukhuwwah sesama kita. Untuk urusan penginapan boleh hubungi pihak urusetia. Maklumat lanjut sila klik di sini.

sumber:http://drmaza.com/home/?p=889

------------------------------------------------------------------------------------

alhamdulilah ini satu program yang baik.Semalam selepas pengajian Dr asri ,pengerusi IQ telah minta Syabab(Pemuda)menghadiri program ni.Dijangka yang akan datang sehingga 500 0rang.

aku jangkakan akan lebih.

semoga allah perkenankan.ayoh kita sertai.fee =percuma

insyaAllah aku juga akan ke sana.Cuma sayang mungkin tak sampai akhir program sebab ada daurah dengan ikhwah usm.yang penting mari silaturahim.

Friday, December 18, 2009

‘What happened?’

Bismilah Ar-rahman dan Ar-rahim,aku menulis.

Aku cukup tertarik pada tulisan Abu saif yang bertajuk“Tamrin Dakwah Generasi IPOD”.Tulisan beliau itu mengandungi nasihat yang sarat untuk generasi muda memahami kondisi mereka sekarang.Perubahan zaman yang terlalu cepat,peringatan untuk mereka agar tidak boleh terlalu lama bermain dengan teknologi yang tidak bermanfaat dan yang penting adalah mulakan “langkah perubahan” dengan solat berjemaah.

Berkata tentang solat maka aku juga turut ikut memberi komen dalam artikel beliau itu.Bukan bermaksud mengatakan kenyataan beliau itu salah,aku menyokong kenyataan beliau,malah aku memberi sedikit cadangan kepada pembaca-nya supaya turut menitik beratkan beberapa perkara yang akan membantu kita solat berjemaah secara istiqamah.

Berikut adalah komen ku yang menyokong artikel beliau yang disiarkan di web peribadinya, saifulislam.com :

…………………………………………………………………………………………………………………………………..
“jazakallah ust kerana ingatkan tentang kita mula langkah dengan solat.

tapi,tu lah yang payah, payah nak laksanakan…

tapi tulah langkah mula yang harus dilalui,kalau seorang muslim itu tidak ambil peduli langkan ini,pasti ada kecacatan dalam tarbiah hidupnya…

apa pun mari kita buat,jangan bak kata seorang sahabat “di bibir sahaja”.

dalam bab ni kita harus malu kepada sahabat tabligh kita,

mereka katakan iman,kemudian amal,

kita juga kata iman,tapi amal kita?.

dan dalam langkah ini,kita memerlukan,paham kenapa perlu buat,tekad yang kuat untuk buat,lingkungan kawan yang memotivasikan,pengajian yang istiqamah,
berusaha meninggalkan amal mungKAR,dan terpenting ikhlas kerana Allah.

hiduplah dalam suasana ilmu,iman,amal,cinta dan ukhwah”.
……………………………………………………………………………………………………………………………………

Dari komen ku itu aku ingin tekankan satu langkah yang harus dilakukan oleh pemuda dan pemudi islam dalam mengharungi cabaran zaman ini.

Paham sebelum amal,yang juga bermaksud ilmu sebelum amal.

Telah jemu rasanya kita mendengar tazkirah dan ceramah ramai ustaz tentang ayat Al-Quran pertama yang diturunkan oleh Allah azawajala,ayatnya adalah awal surah Al-Alaq.Kata semua ustaz,setakat ini tidak pernah ada yang mentafsirkan dengan maksud lain, ayat ini adalah isyarat yang penting buat seorang muslim untuk mendepankan ilmu.

Jadi ketahui lah saudaraku,ilmu adalah penting sebelum amal.Jika amal yang didepankan dari ilmu,jadilah kita ahli abid atau orang yang banyak ibadah sahaja atau orang yang quantity ibadahnya banyak tetapi tidak dapat menandingi ibadah orang berilmu yang ibadahnya dilihat sedikit tetapi berquality.

Berikut adalah sarana-sarana ilmu yang pernah kita lalui disebabkan oleh kepedulian penjaga atau ibu bapa kita :

1. Belajar di rumah bila kita telah lahir,suasana dan siapa yang menjadi isi
rumah adalah guru kita.(lahir sahaja-sampai mati)
2. Pergi ke taska,bila mak juga kena pergi kerja.(1 tahun ke 5 tahun)
3. Pergi tadika bila dah umar 5 atau 6 tahun.Di sini kita patut dah tahu sikit
membaca dan yang penting kita patut dah dapat kenal huruf jawi(minima),iqro 1
patut dah pas.
4. Pergi sekolah rendah,(7 ke 12 tahun)
5. Pergi sekolah menengah,sudah akil baligh(13 ke 17 tahun)
6. Pergi University,terlepas dari ketiak ibu dan ayah..(18 ke 20 lebih tahun)
7. Alam perkerjaan,Belajar sendiri.Dah grade dari university nak belajar kat
mana lagi?(sibuk kerja,komitmen itu dan ini dan tanggungjawab biasanya
menjadi penghalang).(20 tahun lebih).
8. Dah mati.Belajar di alam kubur.boleh ke?

Sebenarnya banyak lagi sarana-sarana yang kita akan tahu apa bila kita semakin besar dan matang.Sarana tersebut boleh diselitkan diantara perkara-perkara yang aku gariskan itu.Di antara sarana tambahan tersebut adalah pembacaan peribadi,kelas tambahan,sekolah pondok,mencari guru tamahan,perbincangan,berblog dan banyak lagi.

Cuma ,di sini aku ingin mengajak pemuda dan pemudi ,berfikir satu sarana yang cukup penting yang mungkin kita tidak titik beratkan iaitu :pengajian informal atau pembelajaran secara informal.

Sarana tersebut aku lebih khususkan ,ianya adalah “pengajian agama” yang akan melengkapkan syariat agama kita,Minima kita tahu serba sedikit untuk diamalkan walaupun untuk mendalaminya mungkin perlu ustaz yang memang memegang amanah tersebut.

Perkara agama paling asas adalah akidah yang kemudian akan menghasilkan akhlak yang baik.Maka mencari pengajian akidah,ilmu fiqh,pengetahuan tentang hadis ,tafsir al-Quran ,dan sirah pejuang islam seharusnya dilakukan oleh setiap muslim sejak akhil baligh atau sejak dirinya-nya mula timbul soalan-soalan penting seperti,mengapa aku hidup?mengapa aku beragama islam?mengapa aku belajar?untuk apa?kaya?senang?hanya untuk ikut cakap ibu bapaku?untuk apa,aku ke university ini ?untuk cita-citaku?untuk cari makan ? atau aku ni hidup untuk memuaskan nafsuku?-dan macam-macam lagi soalan seumpanya yang menuntut kita satu jawapan yang matang.

Soalan seumpama itulah yang menggerakkan aku untuk terus mencari pengajian sehinggalah saat ini.Kerana baru aku sedar,dari kecil ibu bapaku agak kurang menekankan banyak aspek-aspek agama yang diperlukan bagi menghadapi cabaran masa kini.Walaupun sebenarnya mereka telah lakukan yang terbaik untuk diriku.

Zaman yang musibahnya tidak tahu mana hujungnya ,terlalu banyak huru hara,semakin banyak dan semakin sulit difikirkan penyelesaianya.Seorang sahabat pernah berkata dalam ceramahnya ;

“dalam 20 tahun yang lepas,tidak pernah saya bayangkan kerosakan zaman seperti ini,maksiat yang semakin terang-terangan,pesta arak di merata tempat,buang anak macam buang sampah,cerita kumpulan pemuda-pemudi yang sanggup berzina atas Al-Quran,kes murtad yang semakin tidak diendahkan,video-video lucah yang begitu mudah dapat,dan banyak lagi musibah yang memeningkan.Tu pun waktu tu,saluran tv-nya hanya ada tv1,tv2 dan tv 3,tapi sekarang?rumah siapa yang tidak ada astro?angkat tangan.!”

Jadi umat kita kelak bagaimana,?dapat kita bayangkan musibah apa dalam 20 tahun akan datang?

Dan kita?,adik-adik kita,kakak kita?bakal suami atau isteri kita ? akan dapat melaluinya?atau dapatkah kita jamin anak-anak kita atau zuriat kita akan terselamat dari musibah yang kita tidak tahu bentuknya apa ,20 tahun ke depan.?.

Adakah persedian kita?ilmu kita,?komitmen kita melakukan perubahan yang lebih baik sudah cukup?Atau kita tidak payah peduli?

Jadi kita dimana?-(sekarang depan screen , tengah baca artikel aku la.)

Seorang ustaz yang popular bernama hasan Al-bana rahimahullah pernah berkata;

“Kita harus bertindak,mulakan dengan melahirkan diri sendiri sebagai individu muslim,kemudian kita usahakan sebuah keluarga muslim,kemudian masyarakat muslim,kemudian baru kita melangkah kepada negara muslim”

Bagi ku pula langkah yang Ustaz Hasan Al-Bana rah. katakan amat benar berdasarkan Al-Quran,Hadis dan sirah nya nabi kita.Malah dalam langkah-langkah tersebut sentiasa meng-kehendaki kepada “pengajian” dan tidaklah akan berhenti walaupun kita sudah punya sebuah daulah islam.

Dan pengajian ini pula akan bermasalah , jika didatangkan dengan penyampaian yang terlalu syadid(keras) pada tempat yang tidak sepatutnya,kerap keluar tajuk , bercampur isu politik pada tempat yang tidak perlu, isu yang sama sahaja , penyampai tidak update dengan teknologi , tidak kretif , pendekatan yang sama sahaja , pembelajaran ilmu feqah yang sempit dan perbahasan akidah yang payah difahami.

Maka tanggung jawab kita adalah mencari pengajian yang selain itu dan berusaha sampai jumpa.Jangan kerana kita hanya jumpa beberapa tempat seperti ciri di atas, maka kita sudah tidak meminati pengajian agama.

Bak kata hadis melayu;

“Hendak seribu daya ,tak hendak seribu dalih”.

Yang mencari akan jumpa,yang jumpa akan menikmatinya.

Begitu juga kata “bapa kaya” kepada Robert T.Kiyosaki :

“There are people who make thing happen;there are people watch thing happen;and there are people whom say, ’what happened?’ ”

Jadi kita yang mana satu?

a) Make thing happen,or
b) Watch thing happen; or
c) ‘What happened?’

Monday, December 14, 2009

Agama Cinta?

bismilah Ar-rahman dan Ar-rahim.

Ketika perang Qadisiyyah meletus, Khalifah ‘Umar bin Khattab menulis surat kepada panglimanya, Sa‘ad bin Abi Waqqas, supaya menaklukkan Hilwan, sebuah propinsi di Irak. Maka dikirimlah 300 personel kavaleri di bawah komando Nadhlah bin Mu‘awiyah al-Ansari. Hari itu, setelah dengan mudah menguasai seluruh propinsi, mereka menyaksikan suatu kejadian luar biasa.

Saat itu masuk waktu maghrib dan Nadhlah pun naik ke sebuah tempat yang agak tinggi di lereng bukit untuk mengumandangkan azan. Anehnya, setiapkali Nadhlah selesai mengumandangkan kalimat azannya, spontan terdengar suara seseorang menjawabnya. “Allahu akbar!” laung Nadhlah, “Kabbarta kabiran, ya Nadhlah!” sahut orang itu. “Asyhadu alla ilaha illa Allah” dijawab dengan “Kalimatul ikhlas, ya Nadhlah!”.

Lalu ketika dilaungkan “Asyhadu anna Muhammadan Rasulullah”, suara misterius itu menyahut, “Huwa ad-dinu, wa huwa alladzi basysyarana bihi ‘Isa ibnu Maryam ‘alayhima as-salam, wa ‘ala ra’si ummatihi taqumu as-sa‘ah!” Nadhlah menyambung azannya, “Hayya ‘ala ash-shalah!” lalu dijawabnya, “Thuba liman masya ilayha wa waazhaba ‘alayha!”, sedangkan “Hayya ‘ala al-falah!” dijawab dengan “Qad aflaha man ajaaba Muhammadan shallallahu ‘alayhi wa sallam, wa huwa al-baqa’ li ummatihi”. Dan laungan “La ilaha illa Allah” disambut dengan “Akhlashta al-ikhlash, ya Nadhlah, faharrama Allah jasadaka ‘ala an-naar!”

Selesai azan, Nadhlah yang tentu saja tidak gentar, meskipun cukup heran, lantas berseru: “Siapakah engkau, hai orang yang dikasihi Allah!? Apakah engkau Malaikat, jin penghuni di sini, atau seorang hamba Allah (dari golongan manusia)? Engkau telah memperdengarkan pada kami suaramu, maka tunjukkanlah pada kami dirimu! karena kami ini datang atas perintah Allah dan Rasulullah saw. dan atas instruksi Umar bin Khattab!” Lalu tiba-tiba terdengar suara gemuruh seperti gempa bumi kemudian bukit itu terbelah, dan dari situ muncul seorang berambut dan berjenggot serba putih.

Setelah memberi salam, orang misterius tersebut memperkenalkan dirinya: “Saya Zurayb bin Bartsamla, orang yang disuruh tinggal di bukit ini oleh hamba yang saleh ‘Isa bin Maryam alayhima as-salam dan didoakan oleh beliau dapat berumur panjang untuk menunggu turunnya beliau dari langit, dimana beliau akan memusnahkan babi, menghancurkan salib dan berlepas diri dari agama kaum Nasrani (yatabarra’ mimma nahalathu an-nashara).”

Kisah sejarah ini diriwiyatkan oleh Syaikh Muhyiddin Ibnu ‘Arabi dalam kitabnya, al-Futuhat al-Makkiyyah, bab 36 (fi ma‘rifat al-Isawiyyin wa aqthabihim wa ushulihim). Lalu apa relevansi kisah tersebut? Menurut Ibnu Arabi, berdasarkan riwayat ini jelas sekali bahwa pengikut Nabi Isa yang murni tidak hanya mengimani kenabian Muhammad saw. tapi juga beribadah menurut syari‘atnya.

Ini karena dengan kedatangan sang Nabi terakhir, syari’at agama-agama sebelumnya otomatis tidak berlaku lagi. Fa inna syari‘ata Muhammad saw. naasikhah!, tegas Ibnu Arabi, seraya mengutip hadis Rasulullah,

“Law kana Musa hayyan ma wasi‘ahu illa an yattabi‘ani).”

“Seandainya Nabi Musa hidup saat ini, maka beliau pun tidak dapat tidak mesti mengikutiku”

Di sini nampak cukup jelas sikap dan posisi Ibnu Arabi terhadap agama pra-Islam.
Ironisnya, sejak beberapa dekade yang lalu hingga sekarang, tokoh Sufi yang berasal dari Andalusia ini oleh sementara ‘kalangan’ acapkali ‘diklaim’ sebagai pelopor gagasan Islam inklusif. Nama beliau kerap ‘dicatut’ untuk menjustifikasi ide pluralisme agama.

Tidak hanya itu, Syaikh tasawuf ini bahkan ‘dijadikan bemper’ untuk melegitimasi asumsi para penganut ‘agama perennial’ (religio perennis) bahwa dalam aspek esoteris dan pada dataran transenden, semua agama adalah sama, karena semuanya sama benarnya, sama sumbernya (Tuhan), dan sama misinya (pesan moral, perdamaian, dsb).

Dengan kata lain, seperti diungkapkan oleh Nurcholish Madjid (dalam kata pengantarnya untuk buku Tiga Agama Satu Tuhan, hal. xix), “Setiap agama sebenarnya merupakan ekspresi keimanan terhadap Tuhan yang sama.” Sebagaimana kita ketahui, pemahaman semacam ini dipopulerkan oleh F. Schuon, S.H. Nasr, W.C. Chittick dalam tulisan-tulisan mereka yang kini nampak mulai mendapat tempat di Indonesia.

Untuk mendukung klaimnya, biasanya ‘kalangan’ ini mengutip tiga bait puisi Ibn Arabi dalam karya kontroversialnya, Tarjuman al-Asywaq, yang berbunyi: “Hatiku telah mampu menerima aneka bentuk dan rupa; ia merupakan padang rumput bagi menjangan, biara bagi para rahib, kuil anjungan berhala, ka‘bah tempat orang bertawaf, batu tulis Taurat, dan mushaf bagi al-Qur’an. Agamaku adalah agama cinta, yang senantiasa kuikuti kemanapun langkahnya; demikianlah agama dan keimananku.”

Seolah membenarkan asumsinya sendiri (self-fulfilling prophecy), Nasr menyimpulkan bahwa disinilah Ibnu Arabi “came to realize that the divinely revealed paths lead to the same summit” (Lihat: Three Muslim Sages [Delmar, New York: Caravan Books, 1964], hlm.118).

Sekilas memang nampak meyakinkan. Akan tetapi sebenarnya kaum transendentalis [sengaja?] tidak mengemukakan—kalau bukan justru menyembunyikan—fakta bahwa Ibnu Arabi telah menjelaskan maksud semua ungkapannya dalam syarah yang ditulisnya sendiri, yaitu Dzakha’ir al-A‘laq syarh Tarjuman al-Asywaq (ed.Dr.M.‘Alamuddin asy-Syaqiri, Cairo: Ein for Human and Social Studies, 1995, hlm.245-6). Di situ dinyatakan bahwa yang beliau maksudkan dengan ‘agama cinta’ adalah agama Nabi Muhammad saw., merujuk kepada firman Allah dalam al-Quran Ali Imran:31
“Katakanlah [hai Muhammad!], kalau kalian betul-betul mencintai Allah, maka ikutilah aku!—niscaya Allah akan mencintai kalian.”

Dan memang dalam kitab Futuhat-nya (bab 178, fi Maqam al-Mahabbah), Ibn Arabi dengan gamblang menerangkan apa yang beliau fahami tentang cinta dalam ayat tersebut.

Berdasarkan objeknya, terdapat empat jenis cinta, kata beliau: (1) cinta kepada Tuhan (hubb ilahi); (2) cinta spiritual (hubb ruhani); (3) cinta alami (hubb thabi‘i); dan terakhir (4) cinta material (hubb ‘unsuri).

Setelah menguraikan tipologi cinta tersebut, Ibn Arabi dengan tegas menyatakan bahwa cinta kepada Tuhan harus dibuktikan dengan mengikuti syari‘at dan sunnah Rasul-Nya saw (al-ittiba‘ li-rasulihi saw. fima syara‘a). Jadi, ‘agama cinta’ yang beliau maksudkan adalah Islam, yaitu agama syari‘at dan sunnah Nabi Muhammad saw., dan bukan ‘la religion du coeur’ versi Schuon dan para pengikutnya itu.

Selain bait puisi di atas, kaum Transendentalis juga giat mencari pernyataan-pernyataan Ibn Arabi yang dapat di‘plintir’ to serve their own purposes. Ini biasanya disertai dengan tafsiran seenaknya yang sesungguhnya merupakan ekspresi ke‘sok tahu’an belaka dan murni reka-reka (conjecture) , sebagaimana terungkap dalam kalimat “perhaps Ibn Arabi would also accept”, “may be that”, “Ibn Arabi might reply” dsb. (Lihat Chittick, “A Religious Approach to Religious Diversity” dalam buku Religion of the Heart: Essays presented to Frithjof Schuon on his eightieth Birthday, ed. S.H. Nasr dan W. Stoddart, Washington, D.C.: Foundation for Traditional Studies, 1991).

Lebih parah lagi—dan ini yang perlu diwaspadai dan dikritisi—adalah praktek menggunting dan membuang bagian dari teks yang tidak mendukung asumsi mereka. Sebagai contoh, ketika mengutip sebuah paragraf dari Futuhat (bab) yang mengungkapkan pendapat Ibnu Arabi mengenai status agama-agama lain dalam hubungannya dengan Islam, Chittick tidak memuatnya secara utuh.

“All the revealed religions (shara’i‘) are lights. Among these religions, the revealed religion of Muhammad is like the light of the sun among the lights of the stars. When the sun appears, the lights of the stars are hidden, and their lights are included in the light of the sun. Their being hidden is like the abrogation of the other revealed religions that takes place through Muhammad’s revealed religion. Nevertheless, they do in fact exist, just as the existence of the light of the stars is actualized. This explains why we have been required in our all-inclusive religion to have faith in the truth of all the messengers and all the revealed religions. They are not rendered null (batil) by abrogation—that is the opinion of the ignorant.” (Lihat: Imaginal Worlds: Ibn Arabi and the Problem of Religious Diversity, New York: State University of New York Press, 1994, hlm.125).

Dengan [sengaja?] berhenti di situ, Chittick memberi kesan seolah-olah Ibnu Arabi menolak pendapat mayoritas kaum Muslimin bahwa semua agama samawi pra-Islam dengan sendirinya terabrogasi dengan datangnya Islam. Padahal maksud pernyataan Ibn Arabi adalah semua agama dan kitab suci yang dibawa oleh para rasul pada zaman dahulu harus diakui kebenarannya dalam konteks sejarah masing-masing—yakni sebelum Nabi Muhammad saw. muncul. Dan ini merupakan bagian dari rukun iman. Akan tetapi tidak berarti bahwa validitas tersebut berkelanjutan setelah kedatangan Rasulullah saw. atau bahkan sampai sekarang. “Nabi Isa pun, seandainya sekarang ini turun, niscaya tidak akan mengimami kita kecuali dengan mengikut sunnah kita [Ummat Muhammad], dan tidak akan memutuskan suatu perkara kecuali dengan syari‘at kita.” (Wa hadza ‘Isa idza nazala ma ya’ummuna illa minna, ay bi sunnatina, wa la yahkumu fina illa bi syar‘ina), demikian tegas Ibn Arabi (Lihat: Futuhat, bab 36).

Lebih jauh, dengan kutipan yang tidak komplit itu Chittick berusaha menggiring pada para pembaca agar meyakini bahwa Ibnu Arabi adalah seorang penganut pluralisme dan transendentalist seperti dirinya.

Sambungan pernyataan Ibnu Arabi yang dipotong oleh Chittick dalam kutipan tersebut di atas berbunyi: “Maka berbagai jalan [agama] semuanya bermuara pada jalan [agama] Nabi [Muhammad] saw. Karena itu, seandainya para rasul berada di zaman beliau, niscaya mereka mengikuti beliau sebagaimana syari‘at mereka ikut syari‘at beliau” (Fa raja‘at ath-thuruq kulluha nazhiratan ila thariq an-Nabiy shallallahu ‘alayhi wa sallama, fa law kanat ar-rusul fi zamanihi latabi‘uhu kama tabi‘at syara’i‘uhum syar‘ahu).

Bagaimana dengan ayat yang mengatakan bahwa Allah telah menciptakan syari‘at dan jalan untuk masing-masing kalian (al-Ma’idah:48)

“Likullin ja‘alna minkum syir‘atan wa minhajan”.

Menurut Ibnu Arabi, kata ganti orang kedua dalam bentuk jamak (“kum”) dalam konteks ayat tersebut merujuk kepada para Nabi, bukan umat mereka. Sebab jika ia ditujukan kepada umat mereka, niscaya Allah tidak mengutus lebih dari seorang rasul untuk suatu umat. Dan jika kata “kalian” disitu difahami sekaligus untuk para rasul serta umat mereka, maka kita telah menta’wilkannya secara gegabah. Jadi maksud ayat tersebut, menurut Ibnu Arabi, bukan membenarkan semua jalan menuju Tuhan, atau menyamakan status semua agama. Sebaliknya, terdapat garis demarkasi yang jelas antara hak dan batil, iman dan kufur, tawhid dan syirik, dst. Kalau tidak, lanjut Ibnu Arabi, niscaya Nabi saw. tidak akan berdakwah mengajak orang masuk Islam, niscaya orang yang pindah agama (yartadid ‘an dinihi) tak disebut kafir (2:217) dan niscaya tidak keluar perintah membunuh orang yang murtad (hadits: “man baddala dinahu fa-qtuluhu”).

Oleh sebab itu, Ibnu Arabi menambahkan, orang Yahudi atau Nasrani yang masuk Islam tidak dikatakan murtad, karena ajaran murni agama mereka memang mengharuskan beriman kepada dan mengikuti ajaran Nabi Muhammad saw. (Selengkapnya dapat dilihat di Futuhat, bab 495, fi Ma‘rifati hal quthb kana manziluhu “wa man yartadid minkum ‘an dinihi fayamut wa huwa kafir”).l

sumber:http://www.al-ikhwan.net/islam-agama-cinta-3332/

Friday, December 11, 2009

Kunjungan semula ke ibnu Qayyim.

Bismillah ar-rahman dan ar-rahim ,aku menulis.

Terdetik hati untuk bersilaturahim kembali ,rasa rindu kepada pengajian ilmu dan keinginan diri untuk terus menjadikan “islam diri ini” lebih baik dari hari ke hari telah membawa diriku menjejaki semula ke-dewan ibnu Qayyim ,Mengkuang , Pulau Pinang.

Rasanya lebih 8 bulan aku tidak memasuki dewan itu setelah hari selasa yang lepas.Keadaan dalam dan luar dewan tidak banyak yang berubah.

Selasa malam itu ,aku sampai dalam jam 8.05 malam .Hampir separuh kawasan parking kereta depan dewan IQ telah dipenuhi.Kereta yang dipandu sepupuku masuk lebih dalam bagi mencari tempat parking.Terlihat satu sosok tubuh yang gigih memberi arahan untuk mem-parking kereta dengan baik.

“Ha ! tu paklong,seorang yang gigih menguruskan Ibnu Qayyim ini ” kataku kepada sepupuku dan adik serta umiku yang bersama dalam kereta kami yang baru selesai mem-parking kereta.

“Paklong tu , memang seorang yang banyak berjasa di sini,Aman nak turun dan salam dia dulu”.Aku segera turun dan menerpa ke arahnya ,memberi salam,menghulurkan ke dua-dua tangan dan bersalam denganya agak lama sambil bertanyakan khabar.

Seperti yang dijangka ,dewan lebih penuh dari kehadiranku pada bulan-bulan awal tahun ini.Insya Allah semoga kehadiran semua nya di sini adalah kerana Allah,kerana ilmu,silaturahim dan cintakan pengajian.

Tapi yang pastinya daya tarikan nya adalah mantan mufti perlis,Dr asri yang membahaskan kitab kecil yang telah menghimpunkan hadis-hadis pilihan dari imam bukhori dan muslim.

Huraianya malam itu juga cukup baik kerana persiapanya dan kelebihan ilmu yang telah Allah Azzawajala berikan kepadanya.Bagiku ,dia seorang penulis yang hebat.Semuanya dituangkan dalam web peribadinya yang telah mendapat kunjungan lebih 3 juta orang.Lebih-lebih lagi bulan lepas,Dirinya semakin popular dengan penangkapanya di Selangor yang di katakan tidak mempunyai tauliah.

Analisiku yang ringkas tentang isu beliau itu adalah seperti kataku kepada adiku,

“Pada pendangan Aman,Dr Asri ni mememang-lah bersalah,tapi yang dilihat lebih bersalah dalam “isu tauliah” ini adalah pihak jabatan agama islam Selangor (JAIS) sendiri.Entahlah,rasanya tidak dapat dibayangkan betapa berat azab Allah yang akan dibelengukan di tengkuk mereka (pihak JAIS) kelak.Sudahlah mereka tidak dapat melakukan dakwah atau amar makruf dan nahi mungkar dengan baik di bumi Selangor itu.Kemudian menyusahkan pula pendakwah dari “muslim biasa” yang tidaklah mengharapkan habuan melainkan dari Allah dengan perlukan “Tauliah” jika nak bicara apa-apa yang berkaitan agama.Sehinggakan hendak mengajar kalimah syahadah pada saudara baru atau mengajar anak mengaji pun perlukan tauliah.?Apa-lah yang mereka fikirkan.?lupakah mereka kepada ayat-ayat

Allah yang mengancam penghalang agamaNya dengan azab yang pedih?Semoga Allah azawajala menjadikan mereka cepat sedar.”

Isu tauliah Dr asri masih belum selesai.Khamis lepas sahaja dia terpaksa turun lagi ke sana untuk di “siasat”.Berita terkini mengenainya boleh didapati di web peribadinya.

Semoga Allah memudahkan urusanya dan menjadikan “tauliah” di negeri Selangor itu tidak seperti sekarang .Aku doakan suatu hari kelak Selangor penuh dengan pendakwah bebas yang berdakwah tanpa perlu taulih yang menyusahkan itu dan tidak mengharapkan imbalan melainkan dari Allah azawajala semata-mata.

Berbalik kisahku ke ibnu Qayim malam selasa itu.Kehadiranku malam itu bukanlah kerana Dr Asri.Awal tahun lagi aku telah dimaklumkan jadual pengajian malam adalah pada Selasa dan Khamis.Dah kebetulan jadual Dr Asri malam itu, maka dengar je la.Lagipun rasanya baru kali ke 2 aku melihat secara live pengajian beliau di situ.Selebihnya pengajianya online.Sebenarnya aku lebih rindukan pengajian ustaz Rashid dan ustaz Hisyam yang aktif datang ketika aku hadir pada awal tahun ini.Sehinggalah dalam bulan 3 aku membuat keputusan sendiri untuk uzlah sebentar dari ibnu Qayim bagi meredakan “isu” yang telah aku buat di al-fikrah.net selepas pulang dari satu daurah yang dibuat disitu.

Seorang ikhwaku mengatakan sepatutnya antum datang je IQ.Itu tempat ilmu,biaslah bila berlaku sedikit pergesaran.Jangan kerana itu , antum tidak mahukan ilmu,katanya.

“Mungkin betul juga apa yang antum kata.Tapi biarlah sekejap.Semoga ada pengajaran kepada pihak yang terlibat dan diriku.Takpe-lah lagipun pengajian di situ kan dirakam?,jadi ilmunya tak putus lagi, boleh dengar semula nanti.”balasku yang masih dengan keputusanku.

Semoga ikhwaku memaafkan kesilapanku yang salah meng-postingkan ke forum tersebut.kesilapanku bukanlah pada membuat threat tersebut,tapi salah pada tempat yang hendak di post.

Juga hatiku penuh harap ,saudara-ku yang gemar ke sana boleh lebih terbuka serta postif memahami manhaj pertengahan dengan menerima kritikanku dalam forum al-fikrah.net itu.Isunya adalah aku tidak senang dengan “seorang tokoh wahabi “ atau yang aku katakan dia dalam kumpulan “salafi jalur keras” yang dijemput dalam daurah tersebut.Penyampaianya yang terlalu menyalahkan manhaj lain dengan keadah yang tidak berhikmah serta banyak pandanganya yang perlu diperiksa semula dan dirinya yang terlalu fanatic terhadap pemahaman“salafiyah” akan lebih memecahkan belahkan kekuatan ummat ini yang masih lemah.

Setelah hamir 8 bulan tidak ke ibnu Qayaiam ,aku kembali.Kembali dengan rindu dalam hati untuk mewujudkan kembali silaturahim,rindukan pengajian ilmiah.Juga bertujuan mengajak bersama ahli keluargaku istiqamah dan merasai nikmat pengajian.

Dengan izin Allah , jika tidak ada urusan penting atau urusan dakwah,pasti akan aku cuba istiqamah ke sana.Minima seminggu sekali.Semoga Allah memudahkan urusanku.

Monday, December 7, 2009

Pengitlakan Istilah Yang Mengundang Fitnah

“Betul ke dia tidak baca al-Fatihah dalam wirid lepas Solat? Itu Wahabi tu!” tegas Abu.

“Imam tu tidak akan sekali-kali meninggalkan Qunut semasa Solat Subuh. Kalau terlupa, digantinya dengan Sujud Sahwi. Astaghfirullah. Itu Bid’ah tu!” ujar Hamdan.

“Ummah Centric? Idea yang menolak kewajipan berjemaah itukah? Itu mesti agen UMNO” dakwa Ismail.

“Dia tidak setuju dengan idea kita dalam Kursus Bina Diri ini. Dia itu pasti geng pembangkang!” kata Khir.

“Ada ke dalam masjid pun nak ambil fakta daripada buku Covey. Itu sudah tentu terkena jarum Orientalis!” ulas Salmah selepas kuliah Maghrib di Masjid.

“She is a prominent sympathizer towards Palestinians. She must then a Moslem terrorist!” simpul Helen tentang rakannya.


Dialog di atas itu merentas zaman. Ia disebut di sana sini. Ada di antaranya yang lebih menonjol di satu-satu masa, menenggelamkan yang lain selepas isunya reda.

Apakah titik persamaan di antara Wahabi, Bid’ah, UMNO, Pembangkang, Orientalis dan Muslim Terrorist?

Kesemuanya adalah The Others. Terma yang digunakan untuk merujuk kepada apa-apa sahaja idea yang bertentangan dengan arus perdana di dalam kelompok tertentu manusia. The Others itu adalah suatu pengitlakan, membuat anggapan umum atu boleh juga disebut sebagai generalisasi, merujuk kepada terma generalization di dalam Bahasa Inggeris.

Pengitlakan konsep, yang kurang spesifik pada kriteria-kriteria yang dirujuk, selalu dilihat sebagai teras kepada logik manusia untuk meletakkan sebab musabbab sesuatu. Ia boleh menjadi sesuatu yang positif dan perlu, tetapi lazim juga mencerminkan kedangkalan maklumat atau kejahilan seseorang terhadap pengitlakan yang dibuat. Penilaian mesti dibuat untuk memastikan apakah ada atau tidak kebenaran di dalam pengitlakan berkenaan.

WAHABI VS. BID’AH

Menganggap apa sahaja yang berbeza daripada amalan arus perdana sebagai Wahabi, adalah di antara polemik yang sangat membelenggu lagi mengganggu kehidupan masyarakat umat Islam semasa.

Tidak melafazkan niat di permulaan Solat adalah Wahabi.
Basmalah di dalam Surah al-Fatihah tidak dibaca secara jahriyyah (bersuara) adalah Wahabi.
Meletakkan posisi tangan tinggi sedikit di dada semasa Qiyam di dalam Solat adalah Wahabi.
Menggerak-gerakkan jari telunjuk semasa tasyahhud adalah Wahabi.
Tidak menyapu muka selepas memberi salam usai bersolat adalah Wahabi.
Berwirid sendiri-sendiri selepas solat berjamaah adalah Wahabi.
Tidak bersetuju dengan amalan kenduri arwah adalah Wahabi.
Tidak membaca Yasin di Khamis malam Jumaat adalah Wahabi.
Apatah lagi tidak bertalqin selepas pengebumian jenazah adalah Wahabi.
Apa sahaja yang berbeza daripada amalan kebiasaan yang wujud di dalam Masyarakat, maka secara mudah ia dianggap sebagai Wahabi. Satu pengitlakan yang amat memudaratkan sesiapa yang menjadi mangsanya. Melabelkan seseorang sebagai Wahabi adalah satu cara mudah untuk membunuh perbezaan yang berlaku walaupun hakikatnya ada penjelasan yang lebih murni terhadap perbezaan itu selain melabelkannya sebagai Wahabi.

Perbezaan-perbezaan itu wujud secara muktabar di dalam mazhab-mazhab yang lain. Pendirian Mazhab Hanafi, Maliki atau Hanbali diterima sebagai pendapat yang berada di dalam ruang lingkup Ahli Sunnah wal Jamaah. Tetapi menghapuskan hakikat ini dan melabelkannya secara total sebagai Wahabi, ia adalah suatu jenayah yang merosakkan umat.

Malah istilah Wahabi itu sendiri mempunyai konotasi yang kotor. Istilah Wahabi itu dirujuk kepada pengasas gerakan Muwahhidin pada kurun ke-18 di Semenanjung Tanah Arab, iaitu Muhammad ibn ‘Abd Al-Wahhab ibn Sulaiman ibn Ali ibn Muhammad ibn Ahmad ibn Rashid Al-Tamimi. Nama beliau adalah Muhammad dan kabilah asal usulnya adalah al-Tamimi. Tetapi mengapa gerakannya digelar sebagai Wahabi?

Wahabi itu adalah nisbah kepada nama bapa beliau iaitu Abd al-Wahhaab dan kalimah al-Wahhaab itu sendiri adalah salah satu daripada 99 nama Allah di dalam al-Asmaa’ al-Husna.

Menggelar gelaran Wahabi kepada gerakan beliau, adalah salah daripada banyak sudut. Abd al-Wahhab adalah nama bapanya dan bukan nama beliau. Manakala menyuntikkan konotasi buruk ke dalam kalimah WAHHABI adalah suatu pencemaran kepada al-Asmaa’ al-Husna yang mungkin tidak disedari oleh mereka yang secara liar menggunakannya.

Daripada manakah asal usul terma ini?

Golongan yang sangat komited menggunakannya dalam pendakwaan mereka bertanggungjawab untuk membuat penjelasan.

Itu kisah kelompok yang membuat pengitlakan dengan istilah Wahabi. Apa sahaja yang bertentangan dengan kita adalah Wahabi.

Wahabi adalah The Others!

Ada pun di sana, kelompok yang sering digelar sebagai Wahabi juga tidak terlepas daripada membawa budaya pengitlakan yang sama. Sebahagian daripada golongan yang membawa syiar Tajdid ini beranggapan bahawa apa sahaja yang tidak menepati kefahaman mereka tentang Sunnah, maka ia adalah Bid’ah.

Melafazkan niat di permulaan Solat adalah Bid’ah.
Basmalah di dalam Surah al-Fatihah dibaca secara jahriyyah (bersuara) adalah Bid’ah.
Berwirid secara berjamaah selepas solat berjamaah adalah Bid’ah.
Bersalam-salaman sesama jamaah di masjid usai mengerjakan Solat adalah Bid’ah.
Menyapu muka selepas berdoa adalah Bid’ah.
Membaca Yasin di Khamis malam Jumaat adalah Bid’ah.
Bertalqin selepas pengebumian jenazah adalah Bid’ah.
Menyertai kumpulan juga adalah Bid’ah.
Apa sahaja yang tidak secara tekstual menepati kefahaman pihak ini terhadap Sunnah maka ia terus dilabelkan sebagai Bid’ah. Sebahagian daripada apa yang dianggap Bid’ah itu hakikatnya adalah pendapat-pendapat yang wujud di dalam Mazhab yang muktabar, masih berada di satu wajah daripada wajah-wajah (Wajhun min Wujuh) kefahaman yang terbit daripada rujukan al-Quran dan al-Sunnah, tetapi secara mudah dilabel dengan istilah pembunuh bernama Bid’ah.

Setiap Bid’ah adalah sesat.

Setiap yang sesat tempatnya adalah di Neraka.

Tidak dinafikan, ada di antara amalan yang wujud di dalam masyarakat, benar-benar sesuatu yang tiada asal usul agama, tiada justifikasi agama, malah menjurus kepada Syirik. Contoh ekstrim seperti Mandi Safar, bersolat di kuburan, atau menyelewengkan ayat al-Quran dalam perubatan yang menggunakan pertolongan Jin, semua ini adalah Bid’ah yang besar dan harus ditentang sebagai kemungkaran.

Tetapi sebahagian daripada amalan yang wujud di dalam masyarakat, tidak semestinya Bid’ah hanya kerana ia tidak menepati satu teks Hadith. Daripada manakah asalnya perbuatan melafazkan niat sebelum mengangkat Takbir Solat? Mengapakah adanya bacaan wirid secara berjamaah selepas Solat? Apakah asal usulnya bacaan Tahlil di dalam majlis keraian masyarakat? Daripada manakah susur galur terjadinya bacaan Talqin selepas pengebumian jenazah? Bagaimanakah pula dengan menjadikan al-Fatihah sebagai doa yang dibaca di kebanyakan tempat dan sempena?

Sebahagiannya, berasal usul daripada proses mendidik dan memudahkan golongan bermasalah untuk melaksanakan ibadah. Melafazkan niat sebagai bantuan kepada golongan bermasalah, menggunakan al-Fatihah sebagai doa pada keterbatasan kemampuan masyarakat menghafal pelbagai doa, wirid berjemaah selepas Solat sebagai satu proses Tarbiyah… kesemua itu memerlukan pendukung Tajdid untuk lebih teliti pada usaha memurnikan amalan masyarakat.

Apatah lagi pada urusan yang menjadi khilaf muktabar seperti Qunut di dalam Solat Subuh. Adalah keterlaluan untuk melabelkannya sebagai Bid’ah.

Apa sahaja yang popular dalam amalan masyarakat tetapi bersalahan dengan satu wajah tafsiran kita terhadap al-Quran dan Sunnah, maka ia adalah Bid’ah.

Bid’ah adalah The Others.

Akhirnya, kontroversi yang membabitkan istilah Wahabi dan Bid’ah di dalam masyarakat, menjadi fitnah yang sangat memudaratkan umat. Tajdid mungkin membawa maksud pencerahan dan pemurnian, tetapi apabila pengitlakan istilah berlaku secara liar, ia mengundang kegelapan yang lebih berbahaya daripada sebelumnya. Perbuatan reaktif golongan yang mahu menangkis istilah Bid’ah ini pula bertemu dengan perkataan Wahabi yang digunakan sewenang-wenangnya, sebagai satu character assassination yang berkesan pada mematikan proses dialog dan peningkatan Tsaqafah umat.

Ia bukan lagi isu perbezaan pendapat.

Tetapi persoalan sikap dan mazmumah Akhlaq.

PEMBANGKANG (PAS) VS. UMNO

Menganggap apa sahaja pandangan yang tidak selaras dengan keputusan Syura, pimpinan atau pandangan parti sebagai UMNO atau AGEN UMNO, adalah penyakit pengitlakan istilah yang turut menimpa segelintir pendukung gerakan Islam di dalam PAS.

Beberapa tahun yang lalu, al-Ustaz Maszlee Malik pernah melontarkan satu idea yang dikenali sebagai Ummah Centric sebagai solusi cadangan kepada ketaksuban sesetengah orang kepada jemaah mereka. Timbul kemalangan intelektual apabila idea Ummah Centric ini dilabel sebagai idea UMNO dan Ustaz Maszlee sendiri digelar sebagai Agen UMNO.

Di dalam PAS, menyabitkan seseorang sebagai UMNO atau agen UMNO adalah satu bentuk character assassination yang sangat berkesan pada mematikan pengaruhnya. Apa sahaja pandangan yang tidak selaras dengan apa yang berada di dalam arus perdana kelompok ini, akan secara mudah dianggap sebagai jarum-jarum UMNO.

Keadaan ini menutup pintu wacana atau pandangan di luar kotak yang sebahagiannya dilontarkan oleh pihak luar dan dalam, untuk kebaikan PAS itu sendiri. Ia suatu kerugian, dan tindakan yang berkesan pada meramaikan musuh.

Contoh terbaru yang boleh dirujuk adalah pada lontaran pandangan kontroversi Prof. Dr. Abdul Aziz Bari berkenaan dengan isu Kerajaan Perpaduan, serta persepsi semasa masyarakat terhadap PAS. Selama ini, Prof. Dr. Abdul Aziz Bari sering mengambil pendirian yang menjadikannya ‘makhluk asing’ di lingkungan dunia akademiknya, tatkala berpendapat dengan pendapat yang berpihak kepada PAS. Pandangan perundangan beliau tentang isu peralihan kuasa pemerintahan di Negeri Perak sangat banyak memberikan nilai penting kepada PAS.

Tetapi apabila pandangan beliau tidak selari dengan apa yang dijangkakan oleh PAS, maka dengan mudah Prof. Dr. Abdul Aziz Bari dilabel sebagai UMNO.

Apa sahaja yang bertentangan dengan PAS adalah UMNO.

UMNO adalah The Others.

Pandangan yang terbit daripada sikap yang sama turut ditemui di dalam lingkungan pendukung UMNO.

Sekiranya ada pandangan yang tidak selaras dengan kehendak kepimpinan tertinggi dan parti, maka dengan mudah ia dianggap sebagai idea pembangkang.

Di peringkat bawahan, para mahasiswa dan mahasiswi sering berdepan dengan belenggu ini. Mereka harus berbeza pandangan daripada idea-idea yang lebih popular di kalangan kelompok pelajar yang pro-pembangkang. Jika selama ini pelajar yang pro-pembangkang bekerja keras berusaha menentang maksiat yang berlaku di dalam kampus maka pelajar yang pro-UMNO sukar untuk melontarkan persetujuannya terhadap apa yang dilakukan oleh pelajar pro-pembangkang tentang maksiat yang bertentangan dengan Islam itu kerana khuatir dilabel sebagai Agen Pembangkang.

Manakala di peringkat atasan pula, kita sama-sama dapat melihat bagaimana kontroversinya tahun 2008 apabila pandangan Datuk Mohd. Zaid Ibrahim terhadap Ahli Parlimen Teresa Kok, blogger Raja Petra Kamaruddin dan wartawan Tan Hoon Cheng di bawah peruntukan ISA. Bantahan beliau terhadap tindakan itu telah menyebabkan Datuk Zaid Ibrahim diposisikan sebagai ahli UMNO yang berpihak kepada pembangkang, walaupun ketika itu beliau tidak mempunyai sebarang hubungan yang kelihatan dengan PKR atau Pakatan Rakyat.

Sesiapa sahaja yang mengkritik kepimpinan UMNO atau pandangan arus perdana parti itu, maka ia dianggap sebagai Pembangkang atau PAS.

PAS dan PEMBANGKANG adalah The Others.

Sikap ini membekukan perkembangan kedua belah pihak apabila PAS dan Pakatan Rakyat serta UMNO mengambil pendirian yang merugikan mereka. Namun kerugian terbesar bukanlah setakat di peringkat politik, malah ia ditanggung secara langsung oleh rakyat, pihak yang sebenar-benarnya menjadi mangsa kepada pemikiran seperti ini.

ORIENTALIS VS. PENGGANAS MUSLIM

Di pentas-pentas ceramah, kuliah Maghrib dan Subuh, perkataan Orientalis sering diulang-ulang oleh para ustaz dan pendakwah sebagai pihak yang mewakili apa sahaja pendapat yang bertentangan dengan Islam.

Orientalis disudutkan sebagai satu fahaman yang mewakili idea-idea yang tidak menepati arus perdana masyarakat. Jika tadi, ada kelompok yang saling berbalah antara Wahabi dan Bid’ah, kini kedua-duanya boleh bersepakat pada menghentam dan menyalahkan Orientalis, setiap kali munculnya pandangan yang ‘berbau Barat’.

Apabila Khairuddin al-Tunisi memberi saranan agar Sultan Abdul Hamid II mengkaji dan mengambil iktibar daripada sejarah kehidupan Charlemagne di Eropah, pandangan Khairuddin al-Tunisi itu dianggap sebagai pandangan Orientalis Barat yang memudaratkan Islam. Sedangkan apabila Khairuddin al-Tunisi memberikan saranan sedemikian rupa, beliau mahukan Sultan Abdul Hamid II dan kabinetnya menyuntik unsur dinamik kepada Pan Islamisma agar Islam sebagai ideologi Politik tidak kabur dengan konsep-konsep yang tidak diperincikan seperti konsep Syura.

Di negara kita juga, pada era 90′an, istilah Triple IT yang merujuk kepada International Institute of Islamic Thought (IIIT) sering diguna pakai untuk merujuk kepada idea-idea yang berbeza daripada pandangan konservatif Islam. Triple IT juga disebut sebagai Islam Amerika, khusus untuk menangkis idea-idea ‘pembaharuan’ yang dibawa oleh musuh besar pembangkang di era itu iaitu Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mengistilahkan apa sahaja yang asal usulnya daripada Barat sebagai Triple-IT, atau Orientalis adalah satu bentuk pengitlakan istilah yang merugikan umat.

Di dalam buku Orientalism tulisan Maryam Jamilah, beliau secara tegas menyatakan bahawa tidak semua Orientalis atau Orientalisma itu negatif. Katanya:

Is Orientalism then totally evil? The answer is a qualified no. A few outstanding Western scholars have devoted their lives to Islamic studies because of their sincere interests in them. Were it not for their industry, much valuable knowledge found in ancient Islamic manuscripts would have been lost or lying forgotten in obscurity. English Orientalists like the late Reynold Nicholson and the late Arthur Arberry accomplished notable work in field of translating classics of Islamic literature and making them available to the general reader for the first time in a European language.

Maryam Jamilah mengiktiraf sumbangan sekumpulan Orientalis seperti Reynold Nicholson dan Arthur Arberry yang sememangnya tidak terbabit di dalam agenda kolonialisasi Imperialisma Barat.

Tetapi buku Orientalism karangan Maryam Jamilah itu sendiri, tidak banyak berhasil pada menunjukkan sisi positif beberapa aspek Orientalisma justeru apa yang ketara hanyalah penolakan yang sedikit sebanyak merugikan umat.

Orientalis dan Barat adalah The Others.

Ada pun di pihak negara Barat sendiri, sikap yang sama tidak terkecuali.

Tanggapan bahawa mana-mana pendapat yang bertentangan dengan polisi luar Amerika Syarikat atau Akta Anti Keganasan, sebagai pengganas Muslim, adalah kebiasaan yang sering mencetuskan kekacauan.

Kita tidak lupa kepada Cherie Booth, isteri kepada bekas Perdana Menteri Britain. Pada tahun 2002, sejurus selepas kejadian letupan yang berlaku di Jerusalem membabitkan kematian 19 orang di Palestin yang berpunca daripada Pengebom Berani Mati Palestin, beliau berkata, “as long as young people feel they have no hope but to blow themselves up, we’re never going to make progress, are we?”

Pandangan tersebut telah mencetuskan kemarahan yang luar biasa di kalangan negara Barat hingga memaksa Cherie Booth meminta maaf kepada orang ramai. Tony Blair sendiri mengalami kemerosotan reputasi akibat kenyataan yang dibuat oleh isterinya itu.

Demikian juga pendirian Ken Livingston, Datuk Bandar Kota London yang banyak berpihak kepada Palestin dan Muslim, telah memposisikan beliau sebagai seorang yang ‘disyaki’ di bawah suluhan lampu pemikiran The Others masyarakat Barat.

Muslim atau Muslim Terrorist adalah The Others!

Sikap yang seperti ini menyuburkan Islamophobia di dalam masyarakat Barat malah mencetuskan paranoid yang keterlaluan. Pandangan yang prejudis terhadap sesiapa sahaja yang berbeza daripada kita, menimbulkan banyak ketidakstabilan sosial di dalam masyarakat dan mencetuskan fitnah yang sukar untuk dipadam.

Kepada umat Islam, cukuplah peringatan Allah berikut menjadi panduan:



“Wahai orang-orang yang beriman, apabila datang kepada kamu seorang Fasiq membawa sebuah berita yang penting, maka periksa dan telitilah dahulu mengenainya, supaya jangan nanti kamu menghukum sesuatu kaum dalam keadaan yang jahil sehingga nantinya akan menjadikan kamu sesal (akan ketelanjuranmu itu)” [al-Hujuraat 49: 6]

Banyak isu yang menghangat serta membingungkan masyarakat hari ini, bukanlah isu perbezaan usul yang tulen. Sebaliknya ia lebih berpunca daripada mazmumah sikap yang gagal mengangkat kepentingan Ummah sebagai keutamaan yang diamanahkan Allah kepada Khalifah-Nya.

Semoga kita kembali bertaqwa kepada Allah.

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 AMPANG

Friday, November 13, 2009

Wahabi?

Bismilah Ar-rahman dan Ar Rahim ,aku menulis,

Dalam Halaqah mingguan minggu ni,seorang anak halaqah ku bertanyakan tentang isu Dr Asri yang yang ditangkap pihak JAIS atas alasan “Tauliah”dan komen yang didengari dari beberapa senior uitm ini berkaitan isu wahabi .

Aku mendengar agak lama komen dari anak halaqahku itu dan bertanyakan setiap yang hadir sebelum memberi jawapan .Agar aku tahu sejauh mana pandang serta analisis mereka tentang isu tersebut.Dari pandangan dan jawab balas mereka ,semua masih keliru apa itu wahabi dan adakah Dr Asri itu wahabi?

Maka aku memberikan pendapatku yang ringkas berkaitan wahabi ini.

Antara isi-sis penting yang aku sampaikan kepada mereka adalah:

1.Wahabi ini adalah salah satu dari Gerakan islam yang bersungguh-sungguh memperjuang kan Al-Quran dan sunnah dengan cara yang mereka fahami. Mereka dalam kelomok sunnah wal jamaah dan diperingatkan mereka adalah satu fahaman yang membentuk satu gerakan islam,bukanlah mereka satu mazhab.Malah pengasasnya sendiri iaitu Muhammad bin Abdul Wahab bermazhab Hambali.

2.Bab yang paling wahabi bersungguh adalah akidah.Ini memang sangat baik.kalau nak tahu macam mana mereka membasmi orang-orang yang menunjukan akidah yang salah , sila ke Mekah.Mungkin satu bukti , kita boleh lihat bagaimana ketegasan Pak Guard Masjidil Haram yang akan menolak kepala jemaah haji dengan keras besarta laungan “bidaah” bagi sesetengah amalan haji yang tidak sepatutnya dibuat.-kalau tak percaya Tanya pakcik dan makcik yang balik haji nanti.

3.Bagi wahabi di Malaysia.Kebanyakan yang dituduh wahabi adalah mereka ingin bersungguh-sungguh kepada islam.Cuma yang jadi masalah adalah sebahagian dari mereka menggunakan pendekatan yang tidak berhikmah.

4.Malah yang lebih sedih orang yang menuduh orang itu dan ini wahabi , tidak tahu apa itu wahabi.maka keluarlah masalah saling mencaci sampai kepada isu kafir-mengkafir. Disedihkan lagi hal ini dilakukan oleh sesetengah ustaz.Masalah utama mereka adalah kurang ilmu dan lebih kepada sakit hati.

5.Aku bukan yang sokong wahabi.Malah kata ramai pihak Dr Asri itu wahabi itu juga aku kurang setuju.Dia juga menafikan dalam webnya.Dan bukan semua pendapat dia aku terima,ada yang sokong dan ,ada yang ditolak.

Itulah komentarku kepada anak halaqahku yang dahagakan ilmu dan amal islami yang benar.

Bagiku,Dr Asri adalah pejuang islam ,Dia punya peranan tersendiri yang harus dimainkan .Malah dimainkan dengan cukup bijak,Dan kita pula ada peranan dan kelebihan tersendiri yang tidak boleh lakukan Dr Asri lakukan serta tugas dakwah dan tarbiah kita juga bermanfaat untuk ummat.Maka teruslah kita melakukan apa yang terbaik yang kita fahami demi islam.

Sikap yang harus dihindarkan dari pihak Dr Asri adalah terlajak dalam mempertikainkan tugasan orang lain.Begitu juga kita.Tidak boleh melulu menuduh dia bukan-bukan dan bertindak semberono.Samalah juga pihak-pihak yang ada kuasa menghukum.

Pokonya kembali kepada masalah Ilmu yang kemudiannya menghasilkan Amal yang benar ,Bukan jadi hebat sahaja sudut ilmu tapi bermasalah sudut amal.Begitu juga tidak boleh sahaja amal tanpa rujukan ilmu yang benar.

Jika kedua-dua tidak seimbang maka banyak fitnah akan menimpa kita,Lebih malang ego yang tinggi dan cemburu dengan keadah yang tidak benar menjadikan agama kita terfitnah kembali oleh kita sendiri.

Disebabkan masalah itulah bagiku,kita dapat lihat tindakan tidak bijak Pihak JAIS dan beberapa jabatan Agama yang menyokong penangkapan Dr ASri mendapat malu kembali atau kita katakan sebagai Back fire kembali kepada JASI.Sebenarnya pihak jais pun bertindak mengikut arahan dari atas.Itulah resam orang suruhan.Kasihan mereka,Yang bermasalah orang “atasan”.yang jadi mangsa nama buruk seluruh JASI.Mungkin juga ada isu politik ni…

Akhir kata ,kita perlulah bijak dalam menganalisis dan menerima fakta,banyakkan membaca ,mendengar komen dan lebih terbuka agar islam yang kita terima tidaklah memalukan kita kembali.Jauhkan sikap menolak kebenaran hanya kerana ia dari sumber yang kita rasa “mereka selalu salah”.
Ps :ada 3 laman web yang menarik bagiku untuk mengetahui isu wahabi dan Dr asri ni.

1.laman web peribadi Dr asri sendiri. http://drmaza.com
2.Abu Saif, http://saifulislam.com/
3. Ustaz.Zaharudin. http://www.zaharuddin.net/

Wednesday, November 4, 2009

Bacaan pilihan .

pilihan pertama :

Antara permintaan ibu bapa atau suami:

Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta'ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama' yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta'ala dan seluruh muslimin. Amin.

Terima Kasih kepada Saudara Wahafiz yang menaruh kepercayaan kepada kami untuk menjawab soalan di atas .

Sebelum dijawab soalan di atas , maka marilah kita bersama-sama melihat terlebih dahulu kepada butiran-butiran berikut :

1 ~ Perkahwinan bukanlah pemisah di antara seseorang anak dengan ibu-bapanya , sebaliknya ia adalah sebagai pengerat hubungan kekeluargaan dengan hadirnya seorang lagi ahli baru di dalam sesebuah keluarga itu .

2 ~ Sebagai mana seseorang suami wajib memahami perasaan dan kehendak isterinya dan begitulah juga dengan si isteri , maka pasangan suami-isteri ini juga wajiblah memahami bahawa tanggung-jawab mereka terhadap kedua-dua ibu-bapa mereka adalah tetap dituntut , apatah lagi di saat kedua-dua ibu-bapa semakin tua .

3 ~ Ada di kalangan ibu-bapa yang menyangka bahawa si menantu telah merampas kasih-sayang yang pernah dicurahkan kepada mereka oleh anak kandung mereka . Ini adalah satu perasaan yang silap dan menyumbang ke arah konflik rumah-tangga . Punca utamanya ialah : Lemahnya Iman akibat kejahilan dan bisikan syaitan terkutuk .

4 ~ Ketaatan kepada Allah Ta’ala dan Baginda Rasulullah s.a.w adalah ketaatan secara total tanpa berbelah bagi , manakala ketaatan kepada selain Allah Ta’ala dan Baginda s.a.w adalah BERSYARAT iaitu selagi tidak bercanggah dengan firman Allah Ta’ala dan sabda Baginda s.a.w .

5 ~ Ketaatan si isteri kepada kedua ibu-bapanya TIDAKLAH MENAFIKAN kewajipannya juga untuk taat kepada suaminya .

teruskan membaca di link bawah.....

bacaan elok untuk kita semua,yang dah nikah,yang nak tahu,dan lebih penting yang bakal nikah.

sumber:

http://al-ahkam.net/forum09/viewtopic.php?f=102&t=15466&p=15643&hilit=taat+orang+tua+suami&sid=0eb17fe0bd61a3f908e8991abd7ff43a#p15643

pilihan ke 2.

sumber:http://drmaza.com/home/?p=808

“Dan berikanlah kepada kaum keluargamu, dan orang miskin serta orang musafir akan haknya masing-masing; dan janganlah engkau membazir dengan pembaziran yang melampau. Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara-saudara syaitan, sedang syaitan itu pula sangat kufur kepada Tuhannya”. (Surah al-Isra: 26-27).

Saya tertarik apabila membaca membaca kisah al-Imam al-Nawawi (631-676H) yang diminta oleh Raja pada zamannya al-Malik al-Zahir untuk memberikan fatwa bagi mengharuskan Raja mengambil harta rakyat untuk digunakan memerangi musuh yang mengancam negara iaitu tentera Tatar. Tujuan itu pada zahirnya baik kerana mempertahankan negara dari ancaman musuh. Harta itu pun hendak digunakan untuk keperluan jihad.


Namun ramai ulama yang telah dibunuh ketika itu kerana enggan mengeluarkan fatwa berkenaan. Al-Nawawi juga enggan menulis surat sokongan terhadap tindakan Raja Zahir itu sekalipun beliau tahu pengambilan harta itu untuk kepentingan negara juga.

Apabila Raja bertanya kepada beliau mengapa beliau enggan menyokong? Beliau menjawab: Setahu saya engkau dahulunya seorang hamba, tidak mempunyai harta. Kemudian Allah memberikan kurniaan kepadamu lalu diangkat engkau menjadi seorang raja. Aku dengar engkau memiliki seribu hamba lelaki yang setiap mereka memiliki talipinggang daripada emas. Engkau juga ada memiliki dua ratus hamba perempuan, dan setiap mereka memiliki sebekas perhiasan. Jika engkau belanjakan itu semua, sehingga hamba-hamba lelakimu hanya memakai tali pinggang kain, dan hamba-hamha perempuanmu hanya memakai baju tanpa perhiasan, juga baitul mal sudah tiada simpanan wang, harta dan tanah lagi, maka aku akan fatwakan untukmu keharusan mengambil harta rakyat itu. Sesungguhnya yang menolong jihad dan selainnya ialah penyerahan diri kepada Allah dan mengikut jalan nabiNya s.a.w. (lihat: ‘Abd al-Ghani al-Daqar, al-Imam al-Nawawi, 144-145, Damsyik: Dar al-Qalam).

Saya suka dengan jawapan al-Imam al-Nawawi ini. Saya tahu, selepas ini banyak forum-forum perdana, ceramah-ceramah di radio dan televesyen akan memperkatakan tentang kewajipan berjimat cermat. Maka ustaz, ustazah dan penceramah pun –atas pemintaan penaja yang membayar harga ceramah- akan bersungguh-sungguh menyuruh orang-orang bawahan untuk berjimat cermat.

Dalil-dalil pun akan dibaca. Mungkin akan ada ustazah yang mencari cerita-cerita ajaib yang baru untuk dikaitkan dengan bab jimat cermat dan jangan membazir. Mungkin akan ada penceramah yang cuba menangis-menangis –seperti seorang pelakon berjaya yang menerima anugerah- bercerita kepada mak cik-makcik yang kusyuk menonton tentang azab seorang yang membazir ‘nasi lemaknya’.

Datanglah orang-orang kampung mendengar forum perdana dengan basikal atau motosikal sebagai menyahut seruan agar tidak membazir petrol. Adapun penceramah, datuk-datuk pengajur, YB-YB hanya menggunakan kenderaan mewah yang berkapasiti atas daripada 2000cc. Tujuannya untuk mengelakkan pembaziran wang kerajaan yang terpaksa dibayar kepada empunya kenderaan 2000cc ke bawah, lebih tinggi daripada 2000 ke atas.

Maka insaflah mak cik dan pak cik yang barangkali teringatkan tulang ikan yang pernah dibuangnya padahal masih ada sedikit sisa isinya yang melekat. Itulah membazir namanya. Maka, atas keinsafan dan taubat itu, mungkin ada yang akan mula mengurangkan makan nasi lemak daripada sebungkus seorang kepada sebungkus yang dikongsi bersama. Air kopinya yang memang sudah ‘ceroi’ akan ditukar kepada yang warna hitamnya antara kelihatan dan tidak. Maka selamat negara kita ini, disebabkan pakcik dan makcik, pak long dan mak long, pak lang dan mak lang di kampung sudah mengubah gaya hidup mereka.

Jika saya hadir ke forum yang seperti itu, saya ingin bertanya soalan, tapi soalan yang belum ‘dijakimkan’, “apakah agama ini dihantar oleh Allah untuk menghukum manusia bawahan dan menghalalkan yang lain tidur dalam kekenyangan dan kemewahan?”. Sebelum harga minyak naik, telah sekian mereka yang berada di teratak usang itu menjimat makan dan pakai. Saban hari mereka mengira belanja untuk memboleh mereka terus hidup di kala negara dunia belum menghadapi krisis harga minyak.

Saya tidak mahu membicarakan tentang kenaikan harga minyak dari sudut perjalanan ekonomi antarabangsa. Telah banyak pakar-pakarnya bicarakan. Tapi saya ingin bincangkan tentang soal pembaziran dan jimat-cermat. Ya, memang Islam memusuhi pembaziran. Bahkan al-Quran tidak pernah mempersaudarakan antara mana-mana pembuat dosa dengan syaitan, melainkan mereka yang membazirkan.

Allah menyebut dalam al-Quran: (maksudnya): “Dan berikanlah kepada kaum keluargamu, dan orang miskin serta orang musafir akan haknya masing-masing; dan janganlah engkau membazir dengan pembaziran yang melampau. Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara-saudara syaitan, sedang syaitan itu pula sangat kufur kepada Tuhannya”. (Surah al-Isra: 26-27).

Demikianlah Allah persaudarakan pembazir dengan syaitan. Kesan pembaziran sangat besar. Lihat negara kita yang kaya dengan berbagai hasil. Sepatutnya kita akan tetap kukuh dan setiap rakyat akan menikmati kekayaan ini dengan adilnya. Namun, disebabkan pembaziran, harta negara yang sepatutnya dapat dimakan puluhan tahun, tetapi surut mendadak dalam masa beberapa tahun.

Maka, yang patut mendapat bantuan dan hak, tidak cukup untuk sampai kepadanya. Barang keperluan pula bertukar menjadi mahal. Pembaziran memusnahkan kehidupan rakyat bawahan dan menghalang hak yang sepatutnya sampai kepada mereka. Maka betapa wajar untuk para pembazir itu dipersaudarakan dengan syaitan. Apatah lagi dalam banyak keadaan, pembaziran itu lahir dari keangkuhan dan kesombongan. Sifat-sifat itulah jua yang menjadi asas kepada kekufuran syaitan.

Soalannya, mengapakah apabila kita membicarakan tentang pembaziran, kita hanya terbayang orang-orang bawahan di kampung ataupun bandar. Jika kita ingin meminta supaya setiap warga negara ini berjimat dan jangan membazir, maka bermulalah daripada atas. Bukan sekadar untuk ‘mengenakan si miskin yang sekian lama telah berjimat dan sudah tidak tahu apa yang hendak dijimatkan lagi. Mengapa kita hanya terbayang rakyat yang berada dalam rumah persendirian dan berbelanja dengan wang poketnya yang sudah lelah?

Kita sepatutnya terlebih meneliti semula bagaimana perbelanjaan yang menggunakan harta negara dan rakyat yang sedang berjalan di istana-istana, kediaman-kediaman rasmi kerajaan di peringkat negara dan negeri?. Apakah wajar di kala ini keraian untuk orang-orang besar sama ada sultan atau menteri begitu mewah? Makanan yang dihidangkan untuk mereka, harga satu meja kadang-kala boleh dimakan oleh ratusan rakyat bawahan. Karpet yang dipijak oleh mereka harganya ribuan bungkusan nasi yang dimakan oleh ‘orang biasa’.

Apakah patut di saat yang sebegini, ada istana atau kediaman rasmi menteri yang hendak ditambahmewahkan? Apakah patut orang-orang besar ini diraikan dengan hiburan atau pertunjukan dan konsert yang menelan puluhan ribu ringgit sempena sesuatu kunjungan mereka. Wang itu, wang negara. Wang itu, wang rakyat.

Apakah dalam masa yang sebegini mereka masih mendapat peruntukan untuk bersantai, bermain golf dan ‘berhiburan’ dengan menggunakan wang rakyat bawahan yang disuruh menjimatkan nasi lemak dan air kopi mereka?. Pembaziran sebegini lebih rapat menjadi saudara syaitan dibanding wang persendirian yang dibelanjakan.

Meminjam falsafah al-Imam al-Nawawi yang saya sebutkan tadi, jika orang atasan telah benar-benar berjimat, maka wajarlah untuk dikurangkan subsidi rakyat. Al-Nawawi telah dibuang negeri kerana enggan bersekongkol dengan perkara yang seperti ini. Namun, jika itu tidak dilakukan, ulama bukan burung kakak tua.

Saya mengambil risiko menulis hal ini. Tanggungjawab di hadapan Allah lebih besar daripada segala-galanya. Para ulama dahulu jauh lebih mulia, tidak dibandingkan kedaifan saya ini. Pun mereka telah menunaikan tanggungjawab al-Amr bil Ma’ruf dan al-An-Nahy ‘an al-Munkar ini. Semoga Allah menimbang tinta para ulama dengan darah para syuhada.

Telah berlaku tahun kesusahan dan kelaparan yang amat sangat di Semenanjung Arab pada zaman Amirul Mukminin ‘Umar bin al-Khattab. Dikenali dengan ‘Am al-Ramadah kerana seakan bagaikan warna ramad atau abu disebabkan kekurangan hujan, warna tanah dan warna kulit manusia yang bertukar disebabkan kekeringan. Ini berlaku pada antara tahun 17H dan 18H selama sembilan bulan.

Amirul Mukminin telah berhempas pulas menguruskan harta negara ketika itu bagi mengatasi kesusahan rakyat. Di samping kecemerlangan pengurusan, yang ingin disebutkan di sini kecemerlangan pendirian dan sikap. Ibn Jarir al-Tabari meriwayatkan bahawa ‘Umar bin al-Khattab tidak memakan pada tahun berkenaan lemak haiwan, susu dan daging sehingga orang ramai dapat memakannya. Barangan makanan berkurangan di pasar.

Pada suatu hari pekerjanya dapat membeli untuknya lemak dan susu namun dengan harga yang agak tinggi. ‘Umar enggan makan bahkan berkata: “Engkau telah menyebabkan lemak dan susu menjadi mahal, sedekahkan keduanya, aku bencikan pembaziran. Bagaimana aku dapat memahami keadaan rakyat jika tidak mengenaiku apa yang mengenai mereka?”. (Al-Tabari, 2/358, Beirut: Dar al-Fikr).

Juga diriwayatkan bahawa suatu hari pada tahun berkenaan disembelih unta lalu dimasak dan dibahagikan kepada orang ramai. Lalu diceduk masakan itu untuk dihidangkan juga buat ‘Umar. Tiba-tiba yang diceduk itu bahagian belakang unta dan hatinya. Lalu ‘Umar bertanya: “Dari mana diperolehi ini?”. Daripada unta yang kita sembelih hari ini. Kata ‘Umar: “Oh! Alangkah buruknya aku ini sebagai pemimpin, jika aku memakan bahagiannya yang baik lalu aku berikan rakyat makan yang sisa” (Ibn Sa’d, al-Tabaqat al-Kubra, 3/312, Beirut: Dar Sadir).

Maka alangkah buruknya seorang presiden, atau sultan, atau raja, atau perdana menteri, atau menteri besar, atau menteri yang makan dengan mewah daripada peruntukan harta negara atau negeri sedangkan rakyatnya dalam kesusahan. Ketika rakyat membilang butiran beras, helaian ringgit untuk persekolahan anak, keperitan membayar sewa rumah, api dan air, sementara mereka yang berkuasa ini pula menghadiri jamuan negara dan negeri itu dan ini.

Bermewahan dengan pertunjukan dan hiburan dari peruntukan wang negara. Kemudian bercuti rehat, tanpa rakyat ketahui apakah kepenatannya untuk rakyat. Kos cuti itu pula ditanggung oleh negara tanpa sebarang pulangan keuntungan buat rakyat. Alangkah zalim! Alangkah keji sikap yang sedemikian rupa.

Saya kadang-kala begitu hairan apabila seseorang dianggap ‘berjiwa rakyat’, hanya kerana makan nasi yang dijamu oleh rakyat, atau masuk ke kampung mendukung anak rakyat untuk beberapa minit bagi membolehkan wartawan mengambil foto. Apakah itu dinamakan berjiwa rakyat?

Jika hendak diiktiraf sebagai berjiwa rakyat, rasailah apa yang rakyat rasai. Orang seperti ‘Umar bin al-Khattab lebih mulia daripada segala keturunan atau pangkat yang ada di kalangan manusia. Kemuliaannya telah diiktiraf oleh Allah dan RasulNya. Dia ahli syurga dengan jaminan Allah dan RasulNya sementara politiknya tidak ada saingan yang menggugatnya. Namun tetap amanah dan jujurnya terhadap rakyatnya. Merasai penderitaan rakyat. Beliau idola kepimpinan kita sepatutnya. Walaupun beliau tidak pernah menyuruh orang menyembah atau menjulangnya, namun beliau dipuja oleh sejarah dan diangkat oleh Allah.

Kenaikan harga minyak menaikkan harga barang. Orang berpendapatan rendah menjadi mangsa. Agama berperanan untuk menyedarkan semua pihak tentang tanggungjawab terhadap rakyat. Dalam keadaan begini, antara perkara pertama yang patut dibentang kepada rakyat adalah pengurusan kemasukan dan pengagihan zakat. Zakat yang mungkin sampai kepada peringkat bilion ringgit di seluruh negara mesti diagihkan secara telus dan bijaksana.

Mengapa masih ada fakir miskin yang bagaikan meminta sedekat kepada pihak yang menguruskan zakat? Mengapa program tv lebih menjumpai si miskin dibanding pihak yang menguruskan zakat? Mengapa zakat masih berbaki dengan begitu banyak setiap tahun sedangkan kemiskinan masih banyak? Mengapa pihak yang menguruskan zakat kelihatan bertambah mewah, sementara yang patut menerima hak kelihatannya bertambah letih dengan keadaan sekarang?

Di masa inilah peranan zakat bagi memastikan setiap yang memerlukan memperolehinya tanpa kerenah birokrasi yang bukan-bukan. Jangan sampai untuk mendapat RM150 si miskin berulang alik berkali-kali dengan tambang sendiri, sementara yang mendakwa amil zakat mengisi minyak kereta dengan wang zakat atas nama amil! Ramai kata kita berjaya menguruskan zakat sebab kutipan yang tinggi. Saya katakan, pengurusan yang berjaya itu bukan sahaja kutipan semata, tetapi juga pengagihan secara telus, bijaksana dan bertanggungjawab.

Dalam usaha kerajaan menangani kemelut ekonomi hari ini, perkara-perkara yang disebutkan ini mestilah dipandang serius. Kejayaan sesebuah kerajaan menghayati penderitaan rakyat akan menjadikan mereka lebih disayangi dan disokong. Jika orang atas mengubah cara hidup, kita akan berkempen untuk semua agar mengubah cara hidup. Jika orang agama disuruh berkempen orang bawahan agar mengubah cara hidup, sementara melupai yang di atas, mereka sebenarnya cuba menjadikan agama sebagai candu agar seseorang melupai masalah yang sebenar.

bacaan ke 3

SIKAP RESMI IKHWANUL MUSLIMIN DALAM MASALAH PEREMPUAN-II

(Diterjemahkan dari kitab Ar-Ru’yah Asy-Syamilah lil Ikhwanil Muslimin, bab Al-Ikhwan dan Masalah Perempuan)

Manhaj Jamaah dalam Menangani Masalah Perempuan

Perempuan adalah separo masyarakat, dan ia menjadi pilar tegaknya generasi, baik laki-laki atau perempuan. Karena itu, surga berada di bawah telapak perempuan. Perempuan adalah makhluk yang suci dan mulia. Allah Subhanahu wa Ta‘ala memuliakan perempuan, sebagaimana Dia memuliakan laki-laki.

“Sungguh Kami telah memuliakan anak-anak Adam..” (Al-Isra’ : 70)

Perempuan adalah makhluk yang berakal, bijak, dan turut diajak bicara oleh Allah di dalam al-Qur’an dan Sunnah, sama seperti pembicaraan kepada laki-laki. Ia juga dibebani kewajiban dan tanggungjawab secara penuh. Jadi, tanggungjawab pidana dan perdata wanita itu sama seperti laki-laki, dan tanggungan hartanya juga penuh. Seluruh tindakan finansialnya sah dan berlaku, tanpa membutuhkan persetujuan suami, atau ayah, atau saudara, atau yang lain.

Ruang lingkup kepemimpinan laki-laki atas istrinya terbatas pada masalah-masalah rumah tangga saja, dan ini adalah kepemimpinan atas dasar cinta, kasih sayang, dan musyawarah, sebagai kompensasi dari tanggungjawab yang dipikul laki-laki.

Berangkat dari kedudukan yang mulia ini, kami berpandangan: Hak-hak pribadi Hak-hak personal adalah hak memilih suami tanpa ada tekanan, paksaan, atau wasiat; hak mahar, pengasuhan, dan susuan; hak tempat tinggal dan nafkah di masa ‘iddah; serta hak kepemilikan dan warisan sebagaimana yang ditetapkan oleh syari‘at.

Hak-hak umum Hak-hak umum adalah hak memerintahkan kebajikan, mencegah yang mungkar, hak mengajar yang merupakan kewajiban setiap mukmin dan mukminah—yaitu mengembangkan kepribadian, meningkatkan keberanian dalam menghadapi kehidupan, berinteraksi dengan suami dan anak-anak, serta mampu bekerja untuk meningkatkan penghasilan keluarga saat dibutuhkan; hak bekerja karena pekerjaan bagi wanita adalah hak, bukan kewajiban, kecuali ketika wanita harus melakukan suatu pekerjaan tertentu, sehingga pekerjaan itu menjadi fardhu ‘ain atau kifayah baginya.

Di antara hak wanita adalah terlibat dalam pemilihan umum dewan perwakilan rakyat dan sejenisnya. Juga menjabat sebagai anggota majelis ini dalam ruang lingkup yang bisa menjaga kesuciannya, netralitasnya, dan kehormatannya tanpa ada yang harus dikorbankan.

Termasuk hak wanita adalah memangku jabatan-jabatan publik selain imamah kubra dan yang sama hukumnya; memberantas buta aksara yang banyak dialami kaum wanita, terutama di pedesaan; menjamin agar kurikulum pendidikan sesuai dengan watak wanita, peran dan kebutuhannya; menjaganya di setiap tempat, baik di angkutan umum atau di tempat-tempat kerja; mendirikan dan mendukung organisasi-organisasi wanita yang bekerja untuk memperbaiki kondisi sosial, ekonomi, dan politik wanita, serta membela hak-hak wanita di dalamnya; membentuk kelompok kerja wanita dengan didasari pengalaman dan pengetahuan tentang masalah-masalah wanita di dunia untuk merepresentasikan sudut pandangan Islam di berbagai konggres wanita dan kependudukan yang diorganisir oleh PBB.

sumber:http://www.al-ikhwan.net/sikap-resmi-ikhwanul-muslimin-dalam-masalah-perempuan-2-3105/

Omayyah Joha, Kisah Cinta Isteri dari Dua Syahid Gaza
[ 24/06/2009 - 03:57 ]sumber:http://www.infopalestina.com/ms/default.aspx?xyz=U6Qq7k%2bcOd87MDI46m9rUxJEpMO%2bi1s7%2bm%2b8RmVthBE8pJlUsurlBeM%2fn3Q9L2ZXLMA558eflODLwq6%2b%2fQAg6skIMrIjSN%2f%2b8kx8lW5X8qtRvQEZklLRGS7rn4aMKD1iHioSoVSTKYg%3d

Mengucapkan selamat tinggal dengan lukisan yang mengalirkan air mata darah untuk suami pertama dan lilin yang menyinari gelapnya blokade untuk suami kedua.

Aminah Ziyaroh/majalah filistin muslimah

Berapa banyak perpisahan begitu sulit bagi seseorang. Apalagi jika berpisah dengan orang yang sangat dicintai. Dan lebih menyakitkan bila perpisahan itu terjadi dengan orang yang selama ini menyertainya dalam perjuangan. Akan tetapi apa yang terjadi pada Omayyah Joha lebih pahit dari itu. Ia kehilangan suaminya, As-Syahid Romi Saad dan setelah itu ia juga harus kehilangan suami keduanya, As-Syahid Wail Uqailan.

Namun perpisahan dengan dua orang yang sangat dicintainya tidak meruntuhkan ketegaran dari wanita agung Palestina ini yang menggambarkan keteguhan jiwa dan kesabaranya dalam menghadapi cobaan dari yang Maha Kuasa.

Teman Hidup dan Jihad

Pena serasa tak berdaya untuk menorehkan sosok wanita Palestina dengan segala kesabaran dan perjuanganya. Ia ditinggalkan dua orang terkasih dalam hidupnya.

Kunjungan penulis ke rumahnya tadinya untuk memberikan do’a ta’ziyah pada hari kedua gugurnya Wail Uqailan. Namun penulis dikagetkan dengan sosok yang begitu tegar bagaikan gunung Palestina. Ia menyambut semua yang datang ke rumahnya dengan senyuman yang ramah. Ia mulai bercerita tentang suaminya sekaligus temanya, Wail Uqailan, kepada semua yang hadir.

Ia mengatakan, "Wail adalah seorang laki-laki yang agung. Dalam arti, aku tak pernah mendapatinya mengeluh. Walau sakit yang dideritanya sangat hebat terutama pada lambungnya yang sudah dideritanya sejak beberapa bulan. Ia senantiasa menyembunyikannya dariku. Ia selalu menampakan kekuatanya di depanku. Ia lalui kehidupannya secara normal. Seseorangpan tidak merasakan ada kelainan. Dulunya ia sering berangkat berjihad dan tidak pernah absen. Joha berhenti sejenak ia berusaha menahan air matanya, namun ternyata tumpah juga.

Ia melanjutkan, "Aku belum pernah melihat Wail menangis. Ia seorang laki-laki yang langka di dalam masyarakat ini. Ia tangguh dan berwibawa, selalu disukai dimanapun ia berada." Joha teringat suatu ketika Wail menangis. Yaitu ketika pasukan Zionis membunuh saudara kandungnya, Wail Muhammad Abdul Qadir Uqailan. Ketika ia mengusung jenazahnya, saat itulah Wail menangis. Wail juga pernah menangis ketika ia berada di atas tempat tidurnya, ketika ia teringat teman-temanya yang meninggal syahid. Sering kali ia menginginkan untuk meninggal sebagai syuhada, tidak meninggal di tempat tidurnya.

Janji Bulan Mei

Sesaat Joha terhenti sejenak. Ia menyambut kedatangan sejumlah tamu, dan tampak ia begitu tegar seraya mengucap puji Syukur pada Allah SWT atas apa yang menimpa dirinya.

Ia berkata, “Seolah aku teringat pada janji bulan Mei. Ketika Romi Saad meninggal syahid pada bulan tersebut tahun 2003 yang lalu, di usia 28 tahun. Darinya aku dikarunia seorang putri bernama Nur yang baru berumur sembilan bulan. Adapun Wail ia meninggal syahid pada 3 Mei 2009 kemarin, di usia 32 tahun. Aku sangat berharap dikarunia anak dari Wail, namun ternyata Allah belum berkenan.

Wail dan Romi adalah dua shahabat bahkan dua saudara yang selalu bersama, makan bersama, tidur bersama, serta berjihad bersama-sama. Keduanya berjuang di barisan perlawanan Brigade Izzuddin Al-Qossam.

Sejumlah usaha berakhir dengan kegagalan

Kemudian ia memutar wajahnya seolah mencari orang yang menyertainya, lalu mengulas senyum di wajahnya. Ia melanjutkan ceritanya, Aku hidup bersama Wail selama empat tahun, hari itu adalah hari-hari terindah dalam hidupku. Kami saling menghormati satu sama lain. Ia sering membantuku dalam menemukan ide-ide bagi lukisanku, terutama lukisan untuk suami pertamaku, Romi Saad. Kuas lukisku seolah menggambarkan penderitaan rakyat. Dulu Romi menyarankan agar lukisan-lukisanku ini disertakan gambar kunci, untuk memberikan simbol hak kembali Palestina. Hal yang sama ditegaskan Wail. Aku merasakan antara Romi dan Wail tidak ada perbedaan. Keduanya selalu sama dalam hal ide dan pemilihan judul. Aku bersyukur kepada Allah ta'ala atas limpahan nikmat untuk selalu bersabar dan tetap tegar dalam menghadapi semua ujian yang menyebabkan hati siapapun hancur. Akan tetapi alhamdulillah aku dapat menanggung semua ini. Aku kembali pada kebiasaan semula menorehkan kuasku pada kanvas untuk melukiskan perjuangan, tantangan serta blokade.

Joha kemudian menceritakan peristiwa syahidnya Wail. “Sebulan sebelumnya, Wail menderita pecah lambungnya yang menyebabkan ia dirawat di rumah sakit Al-Syifa, untuk dilakukan operasi bedah secepatnya. Namun akibat blokade Zionis terhadap Gaza dan ketiadaan alat-alat pembedahan, ia dirujuk untuk berobat ke luar Gaza. Tetapi mimpi untuk dapat berobat ke luar negeri kandas di depan gerbang Rafah. Wail dilarang keluar Gaza dengan berbagai alasan. Memang ada sejumlah mediator dari sejumlah negara Arab yang bisa mengantarkan Wail untuk dapat berobat ke luar Gaza. Tetapi aku terlambat membuat visa masuk, hingga akhirnya suamiku meninggal sebelum aku menyelesaikan persyaratannya. Suamiku tergolek di rumah sakit selama sebulan berjuang melawan penyakitnya hingga Allah menjemput nyawanya.

Tentang sakitnya Wail

Sahabat-sahabat Wail maupun orang-orang terkasih Omayyah tidak mengetahui tentang sakitnya Wail, kecuali melalui tulisanku yang berjudul, “Ketika Para Lelaki Menangis”. Dalam Tulisan itu, aku bercerita tentang sakitnya suamiku yang terluka. “Peganglah tanganku kuat-kuat”, katanya sejenak. Dan mengalirlah air matanya melalui kedua pipinya. Ia melanjutkan, “Selama hidupku dengan Wail, aku tak pernah melihatnya menangis, kecuali dua kali. Pertama, saat adiknya Muhmmad Abdul Qodir meninggal syahid dan ketika ia menyebutkan nama-nama yang meninggal syahid di Gaza dalam perang Zionis kemarin. Ia pernah mengatakan, “Aku sangat rindu untuk berjuang di garda terdepan, sebagaimana dulu”. Akupun menjawab, "Tak ragu lagi, kau akan kembali, sayangku !. Engkau akan bertempur melawan musuhmu dengan senjatamu. Dan engkau akan bertemu dengan Allah setelah engkau berumur panjang dengan sebaik-baik amal, insya Allah. Aku tidak akan mau menikah kecuali dengan mujahid fi sablillah”, ungkapku. Dengan suara pelan ia bertanya, “Apa yang akan kau lukis besok ?”, aku akan melukis tentang berita kembalinya para juru runding dialog dan rekonsiliasi nasional dari Kairo. Ia diam, lalu memegang tanganku, dan aku menutupkan matanya, lalu ia tertidur.

Tangisan untuk Wail dan Romi

Di hari ketiga syahidnya Romi Saad, suami pertamanya, Joha telah menggambar lukisan yang ditunggu-tunggu semua orang. Ia melukis foto suaminya Romi yang berada di kedua kelopak matanya yang mengeluarkan air mata darah. Air mata itu jatuh dan membentuk gambar hati. Sementara pada hari ketujuh syahidnya Wail, ia menggambar dirinya sedang berjalan menenteng senjata kuas. Di tangan kanannya membawa lilin yang bertuliskan Wail yang menyinari gelapnya blokade dengan cahaya cinta. (asy)

Padan muka kena tipu,

Bismilah Ar-Rahman dan Ar-Rahim,aku menulis,

kali ni aku nat tulis pasal kes aku kena tipu melalui membeli barang elektronik di web mudah.my.barang elektronik tersebut bukan bermanfaat mana,tapi punya nilai dan boleh dijual semula pada orang lain sekitar kedah ni.Juga boleh guna dulu sebelum jual semula.tapi mungkin Allah dan tunjukkan benda tersebut tidak sampai ke tanganku maka jadilah apa yang Allah rencanakan.

Aku mohon ampun pada Allah azzawajala,ke alpaan diri dan kelemahan diri ku.

jadi kes nya begini:

2 minggu lepas aku teringin membeli satu barang elektronik yang di iklankan di mudah.my,(ada la satu barang ni,harap tak perlu la tahu).barang tersebut aku tengok begitu murah dari barang yang lain.maka tanpa ragu aku sms pengiklan tersebut.Dia kata ada dan dalam keadaan baik.Maka berbalaslah sms kami sehinggalah aku mendapat maklumat no public bank dia dan nama penuh dia.Jadi dengan yakin aku masukkan RM 4XX ke no akauan tersebut.Aku simpan slip dari mesin Atm dan aku sms dia yang aku dah masuk duit.Dia menjanjikan produk itu sampai.Dia akan hantar.Aku pun percayalah dia.

Aku tidaklah meletakan perhatian sangat untuk bagi presure kat mamat tu suruh hantar.Maka Tiga hari telah berlalu,aku rasa tak sedap hati,aku sms dia ,tak berbalas,esoknya aku telefon dia,tak diangkat,telefon lagi,voice mail,AH mungkin bateri dia habis kot sangka-ku,hari esok dan berikutnya aku call lagi,tetap juga voice mail,Ah-dah kena tipu ni,umpatku.

Dan sampai hari ni, dah dua minggu barang tersebut tak sampai,aku dah buat laporan kat mudah dan laporan polis.Tak tahulah sejauh mana bantuan dari polis.Minggu ni aku mungkin akan jumpa lagi polis bahagian penipuan barang dagangan untuk beri keterangan.

Aku pernah membuat pembelian melalui bank in duit,tak sangka kali ni kena tipu,takpe sebagai pengajaran,dan memang benar peringatan ayahku,

"harga sebuah pengalaman bukanlah murah"

Ayahku amat kurang percaya kepada pihak polis.Dalam hidupnya dia ingatkan aku dua pihak yang paling dia tidak percaya,pertama polis ,kedua peguam.Dia punya hujah yang rasional serta solid yang boleh dipakai.Semua itu dari apa yang dilalui dalam hidupnya.kesimpulan dari kata-katanya adalah;

"sistem polis dan undang-undang negara sekarang kita telah rosak,jadi hati-hatilah anakku"

berikut adalah jawapan selepas aku membuat laporan kepada pihak mudah:

Dear xxxxxxx (email aku),

Thank you for writing to us with regards to your concern.

We would like to advise you to try and write or call the advertiser and ask for
your item. We will on our part send him and email to remind him about your item.
In the event which he does not respond to us or to you, within 5 working days from
today; we would then advise you to lodge a police report against him using the
information which you have. If at all you need further information or any sort of
assistance, please write to us and we will be more than happy
to assist you.

Kindly note that we always advise our buyers to practice safe trading methods. In
fact, when you click on any advertisement, and then on *Contact Advertiser*; we
have placed a notification at the bottom: NEVER pay in advance to a seller you
don't know.

Please also read our shop safe link below:
http://www.mudah.my/security/index.htm?ca=9_s

We are truly sorry for the inconvenience caused to you. Please write to us if you
need further assistance.

Kind Regards,
Abuse Team - Mudah.my Customer Service
http://www.mudah.my/ | The marketplace of Malaysia
..................................................................................

itu je lah yang mereka dapat buat setakat ni,seperti yang aku sangka,Tapi tak guna nak salahkan mereka.

aku balas email dia:

..................................................................................

yes when i read back

http://www.mudah.my/security/index.htm?ca=9_s

i relay made mistake,but ,How to avoid point 1 in title Shope Safely that state (Never pay in advance to the seller that you do not know).

because most of person there we do not know.

dont worry,police will help me trace it,i already lodge report and wait for police action:i will put effort to it.

at least god know.

ok here,

i have some suggestion for mudah.my, now i will write in Bahasa Melayu,

Saya mencadangkan pihak mudah.my membuat satu ruang kecil testimonial ringkas kes penipuan yang telah berlaku melalui web tuan,Sediakan satu ruang di bawah web atau di tepi web bagi urusan ini.

contoh kes saya:

Dibawah tajuk:

Hati-hati Dengan Penipuan,

Berikut adalah kes pilihan penipuan yang berlaku pada bulan/minggu ini.
(pilihlah satu atau dua kes dan update setiap minggu).

"En Ahmad yang berasal dari Kedah telah membuat pembayaran melalui "bank in" kepada seorang yang mengiklankan barang elektronik dari kuala Lumpur,malangnya selepas masuk duit , pengiklan tidak dapat dihubungi dan barang yang dibeli tidak sampai walaupun telah dua minggu."


.....................................................................................

Testimoni ringkas ini bukan bermaksud memalukan pihak Mudah, tapi menjadikan pelanggan lebih berhati-hati dalam berniaga di alam maya ini.Pihak tuan jangan risau ,web tuan saya yakin lebih dipilih ramai pihak bagi membuat penjualan secara cepat kerana memang MUDAH.

saya mengharapkan kerjasama dan perhatian dari pihak tuan bagi mengurangkan kes sumpama ini di masa hadapan.Juga supaya Mudah Sale betul-betul menjadi web pengiklanan yang PALING SELAMAT seperti yang pihak tuan amat harapkan

mudah.my web pengiklanan no 1 di malaysia...

harap cadangan saya dipertimbangkan.

.....................................................................................

Did i need to translate to english?i hope mudah.my understand , i can talk english,but in writing not realy good.

For more better Malaysian generation,No cheat,mean our malaysian more educated and civilized.

"Malaysia is safe country"

...................................................................................

jadi itulah surat balas aku kepada mudah,tak tahu mereka akan buat atau tidak.

apapun dari ku,

aku mendapat satu pengalaman bermakna.

Wednesday, October 28, 2009

kelompok dan jemaah.

bismilah Ar-Rahman dan Ar-Rahim,aku menulis

ya Allah semalam dah genap sebulan tak update blog aku ni,

emmm...banyak benda yang berlaku bulan ni......

kalau sudut penuslisan, aku sampai tak tahu dan bingung apa yang hendak ditulis
atau apa yang mahu dipostingkan disini.?

ya Allah kepada-Mu lah aku pohon pertolongan.....

Dalam bulan yang terasa berat ujian Allah ini baik dari sudut perancangan nikah yang tergendala,pengurusan dakwah yang sedang agak bergolak ,dan komitmen kepada mencari rezeki yang memilih bekerja sendiri walaupun graduan kejuruteraan awam dengan keputusan "bolehlah",yang kalau minta kerja boleh dapat.lagi minggu ni pun ummi bertanya lagi,tidak mahu apply kerja ? beberapa minggu lepas juga dia memintaku mengisi borang kerja di web sekian-sekian,tapi aku tidak endahkan.( jangan risau aku pandai pujuk ummi aku untuk optimis buat masa ni aku lebih memilih mencuburi bidang perniagaan.)

dan aku..... semalam mendapat satu sms dari seorang ikhwah yang aku cintai di uitm dulu,dan insyaallah masih aku cinta dia kerana Allah sampai saat ini.

Smsnya mengandungi larangan berkelompok,mengangotainya,menolak kelompok-kelompok lain,dan bangga kelompok sendiri yang di bangun atas hawa nafsu serta menyelisih para sahabat adalah tercela,disertakan juga hujah-hujah dari Al-Quran serta beberapa soalan logiklah timbul kelompok-kelompok yang menyelsisih Al-Quran sunnah termasuk amalan sahabat?dijawab sendiri Tidak, tapi hakikatnya ribuan jemaah islam menyelsisih AlQuran dan Sunnah kerana mereka berkelompok.

Setelah mengamati sms yang di tulisnya panjang lebar ,hati ku memujinya,ingat juga dia pada aku,Alhamdulilah mungkin juga benar katanya,Alhamdulilah dia mengajak aku untuk bersms.

aku mula membalas sms nya dengan beberapa persoalan,terutama apakah solusinya,dan juga persoalan bukankan juga perlu kelompok bagi "counter" mereka yang berkelompok?

dibalas lah dia solusi Al-Quran dan Sunnah,juga diterangkan secara ringkas kepada ku banyak kelompok membuat syariat sendiri bukan syariat islam.Disusuli sms contoh jemaah yang berkelompk adalah Ikhwanul muslimin(IM),kesalahan IM yang dikatakan berlapang dada dengan syiah dalam mencaci sahabat,juga kesilapan Syed Qutub yang di sokong oleh kelompoknya dalam hal takwil sifat-sifat Allah yang salah dan juga beberapa contoh jemaah islam di malaysia yang dikatanya telan bulat-bulat apa dari IM dan mengaplikasikanya,juga mana syariat Allah?

Wah , nampaknya banyak benda yang perlu diperbetulan dan diperiksa dari kenyataan ikhwaku ini.Takpe aku balas kemudian,kataku sendirian.

Pertama harus aku tahu kelompok mana dia sekarang ,kerana sudah lama kami berpisah dan aku juga tidak tahu kelompok dakwah mana yang dia ikut,maka aku sms dia bagi mendapat jawapan.

Alhamdulilah jawapan diberikan,Dia masih dalam kelompok KU.kata hatiku,

maka aku mula menulis sms bagi memperbetulan apa yang aku fikirkan salah dan perlukan bukti dari ikhwahku itu,

sms ku berbunyi kurang lebih seperti ini,

akhi,jika IM berlapang dada dalam masalah syiah mencaci sahabat,ana juga tidak setuju,jadi tolong emaikan ana bukti,dan pembetulan,apa yang Syed Qutub buat adalah urusan dia dengan Allah,tidak ada kaitan dengan asas manhaj IM,juga kelompok jemaah di Malaysia (disebutkan dalam sms,tapi aku tidak mahu tulis disini) yang anta kata telan bulat-bulat manhaj ikhwan juga,salah.n Afwan, lebih baik kita lebih tawaduk.Apa bukti "kelompok kita" telah tegakkan syariat Allah di M'sia?(bermaksud: kita nak pertikaikan kelompok jemaah islam di malaysia yang telah besar dan hebat tidak tegakan syariat Allah ? sedangkan kita ? apa syariat allah yang kita dah tegak? )

aku biarkan sms itu melayang ke langit dan dalam handset ku menunjukan telah selamat sampai kepada dia.

dan di situ sahaja bersms nya kami,tidak ada maklum balas dari dia selepas itu.Akan aku nantikan jawapan dia di emailku,

aku terus berkata sendirian,

Semoga Allah menunjukiku dan dia jalan terbaik dalam hidup ini.

Pendek kata dia ingin membawa diri ku jauh dari memikirkan tentang kelompok dan bersatu dalam jemmah islam yang sebenar .Ya memang itu yang dikehendaki kita,tapi persoalanya bagaimana ? adakah yang salah itu kelompok ? atau orang dalam kelompok ? adakah kelompok tidak perlu ? kalau tidak ada kelompok ,bagaimana ingin menyusun gerak kerja ? bagaimana organisasinya? bagaimana sistemnya ? bagaimana strateginya? bagaimana ingin buat kerja ? apakah jaminan yang sesuatu hasil yang amat diharapkan seperti "daulah islam" boleh dicapai tanpa perlu perkumpulan , organisasi , pertubuhan , parti dan macam-macam betuk kelompok yang berada dalam satu jemaah islam.

ada pihak mengatakan kita tidak perlu bermazhab dan berhizbiah( berkelompok ).Tapi adakah mereka sedar,seruan mereka kepada tidak bermazhab juga boleh dikatakan menubuhkan satu mazhab yang bernama "tidak bermazhab".?

juga jika mereka benar-benar mahu berhasil dalam mencapai matlamat negara Al-Quran dan Sunnah mereka perlu berkelompok dan berkomitmen dengan kelompok mereka.Ada carta organisasinya,ada yang memberi perintah dan menerima perintah,baru kerja jalan.

tidaklah dikatan satu kelompok yang hebat jika tidak bersistem,Tidaklah dikatakan satu kelompok yang hebat jika ramai sahaja orang tapi tidak tahu bagaimana mengurus dengan baik ,jelas serta praktikal ke arah apa yang ingin dicapai.Tidaklah juga dikatakan kelompok yang hebat jika sistem musyawarahnya tidak berjalan dan dihormati.Juga tidaklah kita dikatakan kelompok yang baik jika pertikaikan kelompok lain,sedang kelompok sendiri tidaklah membuktikan banyak benda untuk ummat.

macam nak suruh kita berbanga dan berkerja untuk kelompok sendiri pulak aku ni.Tak itu bukan apa yang hendak disampaikan,

Apa yang hendak dikatakan disini adalah permasalah sebenar bukanlah wujudnya "kelompok" tapi,orang dalam kelompok tersebut.Bila terlalu syok dengan kelompok sendiri ,kurang ilmu dan ditambah lagi mentaliti "katak bawah tempurng" ,maka lahirlah yang terlalu fanatik dan taksub membabi buta atas kelompok sendiri,semua pendapat kelompok sediri sahaja yang diterima ,apa yang keluar dari kelompok yang diletakan dalam kandang musuh adalah salah,yakin dan percaya sahaja kata tokoh kelompok sendiri adalah tertepat,terlalu yakin melampau-lampau dengan pendapat sendiri walaupun pendapat lain boleh pakai,berfikir dalam masalah fiqh yang sempit dan banyak lagi penyakit-penyakit kejahilan tumbuh membiak-biak.

sampai isu yang sepatutnya bukan jadi isu pun jadi isu ,seperti kisah sejadah berdiri,lucu betul,kat rumah sendiri pun boleh buat.(saja keluar topik sikit)

akhirnya menampakkan islam ini jelak,suka isu-isu cepisan,suka bertengkar,tidak tahu mana isu cabang dan asas,suka membangga atas kelompok sendiri , suka menyalahkan kelompok lain,dan pendek kata berkelompok juga.

Jadi yang harus diperbetulkan adalah individu-individu dalam kelompok tersebut dengan misi menumbuhkan nilai-nilai yang benar dari Al-Quran dan sunnah.Bukanlah cara yang tepat mengatakan tidak perlu berkelompok ,membidaahkan nya atas kejahilanya sedangkan dia masih dalam lingkungan sunnah,dan mengatakan kelompok itu dan ini salah,hanya kelompok ini yang disertai diri sendiri sahaja dikatakan benar.

Alangkah baik jika kelompok-kelompok yang ada lebih tawaduk dengan Allah azawajala,mengurangkan celaan antara satu dan yang lain,saling berhikmah dalam bertegur ,dan cuba menimbulkan nilai-nilai benar dari Al-quraun dan sunnah dalam kelompok masing-masing.Baru lah dengan nilai-persamaan dari sudut ilmiah , amal dan zikir akan semakin kecilnya jurang berbezaan antara kelompok -kelomok islam dan memudahkan prooses mewujudkan jemaah islam yang saling menguatkan antara satu dengan yang lain.

maka seharusnya kita jelas,kewujudan kelompok hanyalah satu wasilah(alat) bukan qayah(tujuan).maka dengan kesatuan kelompok yang ada maka akan saling melengkapi alat-alat yang diperlukan untuk mencapai Qayah kita iaitu,islam dalam redo Allah.

Kepada Allahlah kita akan kembali.....

Sunday, September 27, 2009

kenapa tak update?

dengan nama Allah yang rahman dan rahim aku menulis.

alhamdulilah aku masih diberi kesempatan untuk hidup.

wah..... nampaknya tak sempat nak update blog ni .sibuk?

ya , memang agak sibuk dan bulan Ramadan yang lepas sahaja memang aku sengaja tidak mahu update.Antara sebabnya:

1.Awal bulan 9 aku dah mula bersungguh-sungguh dalam perniagaan.(misi terdekat kumpul lagi duit untuk nikah).Alhamdulilah dalam 2 minggu bulan ramadan sale produk yang aku jual ada dalam kurang lebih Rm 20 ribu.untung dalam 20 peratus.setelah dibahagi gaji diri sendiri sebagai pekerja, gaji 2 minggu tu yang juga mewakili bulan 9 ni ada dalam kurang lebih RM 1 800.Ini bermaksud dua kali gaji bulan sebelumnya.(kalau ambil semua untung. memang lumayan,tapi tak boleh.Perlu ada sikit simpanan modal untuk ke depan)

Malah sekarang aku yakin dapat maintain gaji tersebut dan boleh dapat lebih.maka dapat buat simpanan dan segerakan misi yang penting tu.Setelah dibuat pengiraan,buat masa ni pengiraan kos hidup aku setelah grad ,aku perlukan sebulan RM 1000 untuk menyara diri dan aktiviti dakwah yang dibuat dan terkadang lebih.Alhamdulilah mungkin berkat pertolongan Allah atas hambanya yang hampeh ini ,tapi tetap mahu usaha ubah diri dengan tarbiah islam.Semoga Allah terus memberkati diriku dan para ikhwah dan akhwat yang bersamaku.
Aku ....terasa haru dan rasa nak menangis dalam satu daurah ekonomi pada sebulan lepas,saatnya bila aku mendengar seorang akhwat yang membuat perniagaan menceritaka gaji bulananya kurang lebih Rm 400 sahaja.Subhanallah dakwahnya begitu bagus.ke hulu ke hilir buat dakwah hanya dengan gaji bulanan dalam Rm 400 .malah yang tidak stabil.betapa zuhud hidupnya.dan macam mana dia menyara dirinya.?...Sedangkan aku ,belanja untuk urus diriku ,buat aktiviti tarbih dan travel bagi aktiviti dakwah sahaja aku terpaksa usaha cari RM 1000 sebulan-YA Allah ampunilah hamba ini yang dakwah begitu lemah malah hidup lebih mewah dari ikhwah dan akhwatku yang lebih bersungguh dalam dakwah.....)

2.Sebab ke dua.Aku buka blog yang lain .Blog tu lebih untuk perniagaan.Tak nak lah bagi tahu kat sini sebab blog tu aku dedahkan identiti aku.

3.Sebab ke tiga,nak rehat dalam bulan Ramadan dan lebih fokus untuk ibadah.kalau golongan salaf seperti Imam Malik,masuk sahaja ramadan dia akan hentikan pengajian,simpan kitab dan tidak mengeluarkan faktwa yang besar hanya kerana untuk menghabiskan seluruh masa ramadan dengan amal dan dia memang terkenal sebagai orang yang khatam Al_Quran berkali-kali dalam bulan ramadan.

jadi aku pun sengaja berijtihad sendiri tidak mahu update blog....

4.sebab ke empat .ada artikel dan cerita yang dah ditulis,tapi aku tidak sedia lagi untuk di posting kat sini......

akhir kata aku minta maaf atas sesiapa yang menunggu posting dari aku.minta maaf bebanyak dan sempena bulan orang asik minta maaf ini,aku pon nak minta maaf la atas salah silap yang pernah aku buat selama aku buat blog ni dan terutama mereka yang aku kenali dan kenal akan aku...... juga kepada mereka yang terguris perasaannya blog ini.

jap belum habis lagi.bawah ini aku nak konsi satu tips kejayaan aku dalam bulan ni.tip ni ramai dah tahu ,cuma payah nak amal sebab diri sendiri.jawapan untuk amalkannya hanyalah .....buat.sama seperti aku cuba menyelesaikan masalah aku yang mudah lupa,Solusi kepada seorang pelupa adalah dia harus....,ingat,ingat dan usaha diri sendiri untuk meingati benda tersebut.

ok. tips yang aku nak kongsi tu adalah:

"TULIS APA YANG ANDA INGIN CAPAI DAN LETAKKAN DI TEMPAT YANG SELALU ANDA LIHAT"

tips ni aku lama dah dengar,masa sekolah menengah lagi.sebab tu cikgu suruh tulis target SPM dan tampal kat loker,katil dll. tapi tak buat pun.Alhamdulilah aku baru termotivasi untuk amalkan apabila mendapat pengisian dari seorang usahawan berjaya dalam daurah ekonomi yang aku ikut dalam bulan 8 yang lepas.di kata ini adalah pekara yang dilihat remeh tapi adalah rahsia besar jutawan.anda lihat setiap hari maka anda akan termotivasi.

maka dengan kretiviti sendiri ,gambar di bawah ini terhasil dan dijadikan wallpaper laptop aku:



gambar ini aku edit guna coreldraw12.target RM 40 000 tu aku buat awal bulan 9.tinggal 2 hari lagi untuk usaha dapat Rm 20k,sebab 1 minggu ni dah cuti dan aku langsung tak buat sale,akan aku cuba.....minima esok lusa dapat 2k dah ok.total dalam 22K utk bulan 9.ini satu progres baik.sebab 2 kali ganda sale bulan lepas (RM 10k)....

Wednesday, September 16, 2009

Maksud "Raya Time"?

Hari Raya Bukan Hari Sedih


Disiarkan pada Sep 13, 2009 dalam kategori Dakwah |

oleh: Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin

Masyarakat melayu kita sering mengaitkan hariraya dengan hari kesedihan. Perkara ini diransang tambah oleh media kita. Apabila tiba hariraya, takbir raya ala melayu berirama sedih, alunan melodinya mendayu dan mengundang airmata, drama dan cerita dalam media akan dikaitkan dengan kisah-kisah sedih dan pilu, puisi dan lagu juga begitu. Apakah hariraya dalam Islam hari sedih, atau hari kemenangan dan kegembiraan?
Terlebih dahulu kita hendaklah tahu bahawa hari raya dalam Islam bukan sekadar tradisi atau cetusan idea mana-mana pihak, ia adalah syariat yang diturunkan oleh Allah dan ada hukum-hakamnya yang tersendiri. Di samping ia adalah hari yang Allah peruntukkan untuk kaum muslimin membesarkan Allah, kemenangan dan kegembiraan.

Firman Allah (maksudnya):

“Bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah.

Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan, maka hendaklah dia berpuasa; dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (maka diganti) pada hari-hari yang lain. (dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Dia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur”. (Surah al-Baqarah: 185).

Ayat ini menjelaskan tentang kedatangan Hari Raya adalah tanda syukur atas nikmat kurniaan Allah. Maka kita disuruh bertakbir membesarkan Allah pada Hari Raya. Ini semua tanda kejayaan dan kegembiraan.

Apatah lagi hadis-hadis Nabi s.a.w menunjukkan penghayatan hari raya pada zaman baginda penuh dengan kegembiraan dan ceria. Kata Ummu Atiyyah r.aha:

“Rasulullah s.a.w memerintahkan kami (kaum wanita) keluar pada hari raya fitri dan adha; termasuk para gadis, wanita haid, anak dara sunti. Adapun mereka yang haid tidak menunaikan solat tetapi menyertai kebaikan dan seruan kaum muslimin” (Riwayat al-Bukhari).

Maka Nabi s.a.w dalam sunnahnya, menunaikan solat hari raya di tanah lapang, sehingga memungkin setiap individu menyertai kemenangan dan kegembiraan pada hari tersebut, juga lebih penting untuk memperlihatkan kekuatan, perpaduan, kejayaan dan kebahagiaan hidup kaum muslimin.

Takbir hari raya adalah takbir yang bersemangat, bukan berirama sedih seperti takbir kita. Cubalah dengar takbir hari raya di dunia Arab, lain iramanya.


Hiburan

Di sudut hiburan pula, ruang yang luas Islam berikan untuk insan muslim bergembira, syaratnya jangan menyanggahi syariat. Islam agama yang luhur lagi memahami jiwa insan yang berbagai. Hiburan bukan satu kewajipan, tetapi satu ruang atau sudut yang kadang-kala diperlukan oleh insan dalam keadaan tertentu, atau membantu seseorang menikmati kehidupan dunia ini. Sesiapa yang tidak mahu, tidak mengapa tetapi jangan dihalang orang menikmatinya.

Hari raya adalah hari gembira. Hiburan dengan disiplin dan adab yang baik merangsang kegembiraan itu, maka bertambah meriah hari raya yang diperuntukkan agama untuk kita.

Dalam hadis daripada isteri Rasulullah s.a.w Ummul Mukminin ‘Aishah r.aha:

“bahawa pada hari raya Fitri atau Adha, Abu Bakr masuk ke rumahnya (rumah ‘Aishah) dan Nabi s.a.w berada di sisinya. Ketika itu ada dua penyanyi wanita sedang menyanyi mengenai kebanggaan Ansar pada Hari Bu‘ath (peperangan antara Aus dan Khazraj). Abu Bakr berkata: “Suara syaitan” (sebanyak dua kali). Nabi s.a.w bersabda: “Biarkan mereka wahai Abu Bakr! Setiap kaum ada hari raya dan sesungguh hari ini adalah hari raya kita” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Dalam riwayat Muslim yang lain menyatakan mereka memukul gendang sebagai alatan muzik iringan nyanyian mereka.

Amat menarik sikap lunak yang ditunjukkan oleh Nabi s.a.w. Bayangkan bagaimana dua gadis ini boleh menyanyi dalam rumah Rasulullah s.a.w? Jikalah tabiat Rasulullah itu keras dan garang, tentulah dari awal mereka tidak berani menyanyi dan bergendang dalam rumah Nabi s.a.w.

Lihat pula reaksi baginda apabila Abu Bakr memarahi mereka, baginda tidak berdiam diri sebaliknya menyatakan pendirian nabawi bahawa itu semua diizinkan.

Ada sesetengah pendapat yang menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w tidak menafikan bahawa nyanyian adalah suara syaitan seperti yang disebut oleh Abu Bakr, cuma membiarkan khusus untuk hari tersebut kerana ia hari raya. Pendapat ini agak ganjil. Apakah jika hari raya maka suara syaitan dibenarkan? Atau apakah hari raya nyanyian tidak menjadi suara syaitan, tetapi apabila tamat hari raya ia kembali menjadi suara syaitan kembali? Cukuplah dengan teguran Nabi s.a.w itu sebagai satu bantahan umum atas kenyataan Abu Bakr.

Bahkan hadis ini diriwayatkan al-Bukhari bersama riwayat berikut untuk menunjukkan keluasan Islam; kata ‘Aishah juga:

“Pada hari raya orang Sudan membuat pertunjukan permainan perisai dan lembing. Aku tidak pasti sama ada aku yang meminta, atau baginda yang berkata: “Apakah engkau ingin menontonnya?” Jawabku: “Ya”. Lalu baginda menjadikan aku berada belakangnya, pipiku menyentuh pipinya sambil baginda berkata: “Teruskan wahai Bani Arfidah (orang-orang Sudan)”. Sehinggalah aku jemu. Kemudian baginda berkata kepadaku: “Sudah cukupkah (jemukah)?”. Jawabku: “Ya”. Kata baginda: “Kalau begitu, pergilah”. (Riwayat al-Bukhari).

Pertunjukan yang disebut dalam hadis ini sebenarnya berlangsung dalam masjid Nabi s.a.w seperti mana yang disebut oleh hadis lain yang juga diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim. Maka pandangan yang agak ketat dan ‘tidak luas’ yang menghadkan menikmati hiburan seperti yang disebut dalam hadis-hadis di atas untuk hari raya sahaja sebenarnya telah menyempitkan urusan muamalat dan kehidupan yang diluaskan oleh Islam.

Soal hiburan bukan seperti ibadah khusus yang memang tidak boleh ditokoh tambah. Hiburan adalah sesuatu yang bermula dari titik tolak ‘harus’ atau keizinan umum syarak yang tidak boleh diharamkan melainkan dengan dalil yang jelas. Hiburan bukan seperti ibadah yang tidak boleh direka tambah.

Hiburan adalah hak inovasi dan kreativiti insan yang diizinkan secara luas selagi tidak menyanggahi prinsip dan hukum yang Islam tetapkan.
Apatah lagi baginda Nabi s.a.w apabila mengizinkan hal-hal ini semua menyebut pada hari berkenaan:

“Agar Yahudi mengetahui bahawa dalam agama kita ada keluasan. Sesungguhnya aku diutuskan dengan agama yang lurus lagi mudah” (Riwayat Ahmad, dinilai sahih oleh al-Albani).

Pada hari ini ramai yang rasa Islam itu sempit dan menyongkong. Demikian Barat dan Yahudi menuduh Islam hal yang sama. Nabi s.a.w membuka ruang kegembiraan dan hiburan, agar Islam tidak difitnah dan dituduh demikian rupa.

Apa yang hendak disampaikan adalah hari raya dalam Islam adalah hari gembira, bukan hari sedih dan duka seperti yang selalu ditonjolkan oleh drama dan lagu melayu menjelang hari raya. Apa sahaja aktiviti yang merangsang suasana gembiara dan tidak menyanggahi syarak, adalah digalakkan pada hari raya. Ini termasuklah kuih-muih, ziarah-menziarahi, duit dan hadiah raya, juga nyanyian dan hiburan. Islam adalah agama lurus tapi mudah dan praktikal untuk kehidupan insan.

Malang masyarakat kita, jika di sebahagian tempat, hari sedih seperti hari kematian dijadikan hari kegembiraan dengan dibuat ‘kenduri atau jamuan kematian’, ‘wang angpau untuk sembahyang jenazah’ dan berbagai perkara lain bagaikan berpesta dengan kematian. Itu semua bukan ajaran Islam.

Namun apabila tiba saat yang disuruh gembira iaitu hari raya, didendangkan irama dan drama sedih, menangis di kubur dan berbagai lagi. Kita terbalikkan suasana. Hari raya hari gembira bukan hari sedih. Bak kata sabda Nabi s.a.w: “Agar Yahudi mengetahui bahawa dalam agama kita ada keluasan. Sesungguhnya aku diutuskan dengan agama yang lurus lagi mudah