Friday, November 13, 2009

Wahabi?

Bismilah Ar-rahman dan Ar Rahim ,aku menulis,

Dalam Halaqah mingguan minggu ni,seorang anak halaqah ku bertanyakan tentang isu Dr Asri yang yang ditangkap pihak JAIS atas alasan “Tauliah”dan komen yang didengari dari beberapa senior uitm ini berkaitan isu wahabi .

Aku mendengar agak lama komen dari anak halaqahku itu dan bertanyakan setiap yang hadir sebelum memberi jawapan .Agar aku tahu sejauh mana pandang serta analisis mereka tentang isu tersebut.Dari pandangan dan jawab balas mereka ,semua masih keliru apa itu wahabi dan adakah Dr Asri itu wahabi?

Maka aku memberikan pendapatku yang ringkas berkaitan wahabi ini.

Antara isi-sis penting yang aku sampaikan kepada mereka adalah:

1.Wahabi ini adalah salah satu dari Gerakan islam yang bersungguh-sungguh memperjuang kan Al-Quran dan sunnah dengan cara yang mereka fahami. Mereka dalam kelomok sunnah wal jamaah dan diperingatkan mereka adalah satu fahaman yang membentuk satu gerakan islam,bukanlah mereka satu mazhab.Malah pengasasnya sendiri iaitu Muhammad bin Abdul Wahab bermazhab Hambali.

2.Bab yang paling wahabi bersungguh adalah akidah.Ini memang sangat baik.kalau nak tahu macam mana mereka membasmi orang-orang yang menunjukan akidah yang salah , sila ke Mekah.Mungkin satu bukti , kita boleh lihat bagaimana ketegasan Pak Guard Masjidil Haram yang akan menolak kepala jemaah haji dengan keras besarta laungan “bidaah” bagi sesetengah amalan haji yang tidak sepatutnya dibuat.-kalau tak percaya Tanya pakcik dan makcik yang balik haji nanti.

3.Bagi wahabi di Malaysia.Kebanyakan yang dituduh wahabi adalah mereka ingin bersungguh-sungguh kepada islam.Cuma yang jadi masalah adalah sebahagian dari mereka menggunakan pendekatan yang tidak berhikmah.

4.Malah yang lebih sedih orang yang menuduh orang itu dan ini wahabi , tidak tahu apa itu wahabi.maka keluarlah masalah saling mencaci sampai kepada isu kafir-mengkafir. Disedihkan lagi hal ini dilakukan oleh sesetengah ustaz.Masalah utama mereka adalah kurang ilmu dan lebih kepada sakit hati.

5.Aku bukan yang sokong wahabi.Malah kata ramai pihak Dr Asri itu wahabi itu juga aku kurang setuju.Dia juga menafikan dalam webnya.Dan bukan semua pendapat dia aku terima,ada yang sokong dan ,ada yang ditolak.

Itulah komentarku kepada anak halaqahku yang dahagakan ilmu dan amal islami yang benar.

Bagiku,Dr Asri adalah pejuang islam ,Dia punya peranan tersendiri yang harus dimainkan .Malah dimainkan dengan cukup bijak,Dan kita pula ada peranan dan kelebihan tersendiri yang tidak boleh lakukan Dr Asri lakukan serta tugas dakwah dan tarbiah kita juga bermanfaat untuk ummat.Maka teruslah kita melakukan apa yang terbaik yang kita fahami demi islam.

Sikap yang harus dihindarkan dari pihak Dr Asri adalah terlajak dalam mempertikainkan tugasan orang lain.Begitu juga kita.Tidak boleh melulu menuduh dia bukan-bukan dan bertindak semberono.Samalah juga pihak-pihak yang ada kuasa menghukum.

Pokonya kembali kepada masalah Ilmu yang kemudiannya menghasilkan Amal yang benar ,Bukan jadi hebat sahaja sudut ilmu tapi bermasalah sudut amal.Begitu juga tidak boleh sahaja amal tanpa rujukan ilmu yang benar.

Jika kedua-dua tidak seimbang maka banyak fitnah akan menimpa kita,Lebih malang ego yang tinggi dan cemburu dengan keadah yang tidak benar menjadikan agama kita terfitnah kembali oleh kita sendiri.

Disebabkan masalah itulah bagiku,kita dapat lihat tindakan tidak bijak Pihak JAIS dan beberapa jabatan Agama yang menyokong penangkapan Dr ASri mendapat malu kembali atau kita katakan sebagai Back fire kembali kepada JASI.Sebenarnya pihak jais pun bertindak mengikut arahan dari atas.Itulah resam orang suruhan.Kasihan mereka,Yang bermasalah orang “atasan”.yang jadi mangsa nama buruk seluruh JASI.Mungkin juga ada isu politik ni…

Akhir kata ,kita perlulah bijak dalam menganalisis dan menerima fakta,banyakkan membaca ,mendengar komen dan lebih terbuka agar islam yang kita terima tidaklah memalukan kita kembali.Jauhkan sikap menolak kebenaran hanya kerana ia dari sumber yang kita rasa “mereka selalu salah”.
Ps :ada 3 laman web yang menarik bagiku untuk mengetahui isu wahabi dan Dr asri ni.

1.laman web peribadi Dr asri sendiri. http://drmaza.com
2.Abu Saif, http://saifulislam.com/
3. Ustaz.Zaharudin. http://www.zaharuddin.net/

No comments:

Post a Comment