Sunday, March 27, 2011

Peringatan buat diri untuk memilih wakil rakyat. ( Bahagian 1)

Aku adalah pemuda yang tidak menjadi ahli mana-mana parti politik kerana menyampah melihat perangai “ politik berparti ” yang telah menyebabkan Negara Malaysia yang dicintai ini “ Terbantut dan terancam masa depannya ” .

Aku berwarganegara Malaysia , waras dan berhak untuk memilih pemimpin. Maka aku PERLU mengundi walaupun tidak ada parti yang diminati secara sukarelanya. Jika aku tidak terlibat mengundi , maka aku telah melanggar fitrah ke-PEDULIAN yang sangat penting bagi mewujudkan suasana masyarakat yang “ hidup sejahtera bersama” seperti yang dituntut agamaku .

Jika tidak memihak kepada mana-mana parti !, Maka-nya siapakah yang harus aku pilih?.

Panduan asas yang diajar agamaku adalah : “Pilihlah yang kurang mudarat ”.
Maka aku ingin menasihati diriku dan kawan-kawan yang mungkin sekepala dengan-ku tanpa mengira agama dan bangsa agar:

1.Jika ada pemimpin islam yang jelas perjuangan akidahnya ( berjuang atas keadilan dan menegakkan syariat islam ) , maka dia harus diutamakan. Ini penting kerana melibatkan ke-CELIKAN kita tentang sejarah islam di Malaysia ini dan pengHORMATAN kita kepada perlembagaan Malaysia. Jika pemimpin islam tidak majority, maka Negara ini akan huru-hara.

2.Mengundi pemimpin yang berprinsip , berwibawa dan bertingkah laku baik .


3.Jangan mudah terpedaya dengan isu yang berkaitan serangan peribadi kepada seorang pemimpin .Contohnya isu yang memalukan , melambangkan kejahilan agama dan tahap pemikiran yang rendah adalah isu “ mendedahkan video lucah pemimpin pembangkang Kononnya ”.

Teringat aku yang kebetulan tertengok movie mission imposible 3 (MI3) .MI3 itu ditayangkan semula media arus perdana dalam dua minggu lepas. Ada babak Hero cerita itu yang mengklon penjahat dengan memakai topeng muka.Malah topeng muka itu sebijik dengan muka penjahat tu.

Jadi Tidak terdetik dikepala otak kita?: “Mungkinkah orang yang dalam video itu juga pakai topeng macam hero MI3 dan kemudian buat sex dengan pelacur cina dalam video tu???

Macam-macam boleh jadi…..Ya Allah lindungilah kami dari fitnah seumpama itu.

Pena ulamak muda terkenal, Dr Asri juga mengambil bahagian memperingati kita:

“Muslim hendaklah mengelakkan diri dari terlibat dalam kes-kes seperti ini. Ia menjadi pengajaran kepada semua parti politik. Manusia-manusia yang rendah nilai dan maruah sanggup untuk terbabit dalam hal seperti ini sejak lama dahulu. Mereka ini ada dalam UMNO, PKR dan PAS.”

Sedangkan Allah berfirman (maksudnya)“Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip mencari-cari kesalahan orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat antara satu sama lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani. (Surah al-Hujurat: 12).”

4.Jangan hanya percaya kepada satu sumber berita sahaja tanpa melakukan penelitian dan pengsahihan berita yang kita dengar dengan menyiasat dan membaca dari sumber-sumber berita yang lain.

Allah berfirman (maksudnya): Hai orang-orang yang beriman! Jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka ber-tabayyun-lah (siasat dan sahih-kanlah), agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatan itu,'' ( QS Al Hujurat : 6 ).

5.Jangan suka-suka sebar berita yang kita dengar tanpa memikirkannya dulu.Bak kata pepatah melayu: “terlajak perahu boleh diundur,telajak kata buruk padahnya”.

Juga peringatan Nabi Muhammad saw.

“Cukuplah seseorang itu untuk dianggap berdusta, bila dia menceritakan semua yang didengarinya”. Riwayat Muslim.