Monday, March 7, 2016

Aku SPM biasa biasa.

Aku SPM biasa-biasa.

Hari ini hari ke 4 SPM 2105 keluar, masih ada yang share result dengan pelbagai cara. begitu juga adik adik yang semua A kongsi tips kejayaan di media sosial sehingga ke dada akhbar. Adik adik yang tidak semua A?, diam seribu bahasa, like result kawan yang semua A dan ada juga yang bincang lain lain isu di wall Fb.

Aku dulu nasib baik zaman tiada facebook, result SPM segan nak kongsi dengan kawan kawan dan keluarga, jika ada yang bertanya kalau boleh tak mahu jawab, sebab result biasa bisasa saja. Ayah dan umi yang paham aku, bersyukur dan tidak pernah marah aku. Kata ayah, takpe nanti kalau masuk U cuba lebih lagi.

Dengan izin Allah aku dapat masuk Diploma, Itu pun setelah rayuan dengan pengambilan ke dua, mengisi ruang budak budak cemerlang intake pertama yang tidak datang atau pilih U lain. 

Berkenalan aku dengan seorang pelajar cemerlang SPM dan masuk matrik tahun sebelum itu, tapi drop tak minat kononnya dan masuk diploma sekali aku, tapi peliknya dia jarang ke kelas, suka tiru assigment dan bila semester dua tak nampak batang hidung dah. Dia Budak cemerlang SPM, masuk Matrik tak lepas, masuk Diploma juga gagal, entah apa masalah dia? aku tak sempat kawan rapat dia, kesian juga aku kat dia, harap jadi orang berguna hari ini. Benar kata guru aku, "Cemerlang SPM belum tentu cemerlang ke peringkat lebih tinggi"

Aku pula?, sebelum nak ambil keputusan semester satu, terjumpa dekan fakulti di masjid, " tahniah aiman dapat pointer tertinggi dalam kelas...", kemudian dia beredar, aku blur, gurauan apakah ini?, mustahil la, sengaja nak pekena aku la ni, monolog aku ketika itu. Bila ke fakulti ambil slip, betul hanya dua orang result tertinggi, salah seorang aku !

Bukanlah result aku 4.0, juga tidak capai 3.85. kenapa jadi begini pula?, tak pernah aku terfikir nak pointer tertinggi dalam kelas dan memang masa sekolah dulu tak pernah pon terjadi atau bercita cita, kerana aku memang bukan otak first class. mana pergi class mate aku yang hebat hebat SPM mereka ?, terutama first intake yang lebih cemerlang dari aku yang 2nd intake ni? ...maaf bukan aku nak bangga diri, (memang semester berikutnya mereka bangkit kembali), tapi sayang kenapa mereka tak usaha lebih masa semester 1? kata ramai kawan "kejutan budaya la tu, enjoy terlebih". Aku juga alami kejutan budaya, tapi mungkin kerana sedikit usaha yang betul dan ramai kawan kawan masjid, Allah pilih aku.

Kesimpulanya hari itu aku semakin memahami kata kata guru aku, " Sikap perkara yang penting dalam menentukan kejayaan, bukan sekadar otak pandai, gagal SPM belum tentu gagal di peringkat lain, Cemerlang SPM belum tentu cemerlang ke peringkat lebih tinggi, SPM bukan kayu ukur segalanya".

Sekian, kisah aku untuk aku pujuk diri Aku setiap kali SPM keluar, ^_^

Ahmad Aiman bin Ahmad Zuki,
Pembagunan Sumber Manusia PEMBINA IPOH.

Terus mara adik-adik, SPM result biasa biasa saja bukan tanda anda tidak mampu jadi luar biasa, Jika adik adik berminat tahu rahsia lebih lagi abang atau ramai lagi kawan kawan abang dan kakak kakak yang "biasa biasa jadi luar biasa" atau " hero jadi super hero",  masuk U nanti cari kami di PEMBINA ( http://www.pembina.com.my )

Wednesday, March 25, 2015

Hakikat Pertembungan Haq vs Batil sepanjang sejarah kehidupan.



Hari ini negaraku sibuk membicarakan lagi usaha ketegaq kerajaan PAS untuk melaksanakan Hudud di Kelantan. Uniknya hudud yang diusulkan PAS sedikit berbeza dari hudud negara islam yang lain. Perbezaan paling utama adalah HANYA untuk orang Islam dan TIDAK dikenakan kepada orang bukan Islam.

Maka tidak hairanlah jika ada segelintir umat Islam dan pemimpinya yang tidak mahu hudud ini dilaksankan kerana kuatir kerja jahat atau maksiat yang mereka buat akan diadili kelak oleh hudud ini. 

Tapi sedikit hairan kenapa ada sebahagian pemimpin bukan Islam sangat menentang keras Hudud ini? walhah telah jelas "ONLY FOR MUSLIM" dan kita semua tahu masalah negara ini banyak berpunca dari orang islam. Jika wujud hudud maka umat Islam Malaysia juga mungkin akan jadi lebih baik seperti penurunan kadar jenayah yang sangat mendadak di  Aceh selepas hudud diamalkan. 

Bukankan jelas teori dan praktikalnya membawa kebaikan kepada negara. Tapi kenapa ada pihak yang tidak berkaitan dirinya juga tidak mahu? Malah mereka itu adalah sahabat tahaluf PAS sendiri?

Sungguh aneh, delema dan kasihan PAS. 

Harapkan UMNO yang lemah kefahaman dan amalan Islam belum ada jaminan. Ingatkan dapat harap rakan tahaluf, malangnya lagi keras LUAR BIASA penentangannya. Kenapa UMNO tidak mahu atau mungkin sebahagian saja mahu kita maklum sekian lama sebabnya. Tapi PKR dan DAP menjadi tanda tanya yang menarik? Menariknya kerana PAS boleh tolak ansur sebarang policy PKR DAP buat kepada negeri jajahan mereka walapun PAS tidak setuju. Tapi kenapa PKR DAP tidak boleh tolak ansur dengan urusan PAS serta negeri jajahannya? Menarikan untuk kita kaji, jadi mari kita kaji.

Berikut adalah sedikit pandangan saya buat masa ini.

Pada saya perangai PKR dan DAP ini tiada ungkapan lain melainkan; "inilah hakikat pertembungan Haq vs Batil sepanjang sejarah kehidupan". Tanpa menafikan kebaikan dalam tubuh PKR dan DAP kita harus terima hakikat pahit ditelan iaitu "MATLAMAT Perjuangan PKR dan DAP adalah pada jalan Batil". Tanpa menafikan wujud kekurangan dan mazmumah dalam tubuh PAS kita harus terima hakikat pahit ditelan iaitu " MATLAMAT Perjuangan PAS adalah jalan Haq".

Apakah kebatilan PKR dan DAP dalam isu Hudud ini? Mungkin kita belum cukup bukti untuk katakan PKR dan DAP ANTI ISLAM sejati. Tapi saya kira kita telah cukup bukti untuk katakan PKR dan DAP tidak mahu umat Islam Sepakat perjuangkan agenda mereka secara bersama. PKR DAP tidak mahu lihat parti besar umat islam UMNO-PAS berkerjasama atau kata lainnya PKR DAP tidak mahu semua umat islam bersatu dalam agenda agama mereka. 

Bersatu atau sepakat umat islam akan jejaskan periuk nasi PKR DAP.

Pelbagai cara PKR DAP akan buat agar umat Islam terus berpecah, berbalah dan tidak boleh dibiarkan bersepakat atau bersatu dalam agenda hidup mereka. Kerana apa? mudah! kerana Kesepakatan dan kesatuan Umat Islam akan menjayakan MATLAMAT perjuangan HAQ. Perpecahan dan perbalahan umat Islam pula menjayakan MATLAMAT perjuangan BATIL. Itulah sifir dan hakikat Pertembungan Haq vs Batil sepanjang sejarah kehidupan ini.

Sekian.




Thursday, May 8, 2014

Dakwah adalah Marketing ?

[ Dakwah adalah marketing? ]

Jika anda meyakini dan mengamalkan sesuatu keimanan atau ideologi, itu  menandakan anda ada produk terbaik yang anda pakai sendiri.

Jika anda meyakini, mengamalkan dan menceritakan kepada orang lain sesuatu keimanan atau ideologi, itu menandakan anda ada produk terbaik yang anda pakai sendiri dan anda marketkan (pasarkan)  kepada orang lain.

Begitu jugalah Islam. Islam itu umpama produk terbaik bagi setiap muslim (orang islam) dan Dakwah itu pula umpama aktivity marketing atau pemasaran. 

[Siapa lebih untung?]

Seorang muslim yang mempunyai produk terbaik dan dia pakai sendiri ATAU Seorang muslim yang mempunyai produk terbaik yang dia pakai sendiri dan dakwahi (pasarkan) kepada orang lain?

Jika anda seorang usahawan (businessman), pasti anda ingin bertanya;

Siapakah seorang usahawan atau "usah-kawan" ? Seorang yang buat kek sedap dan dia syok makan sendiri ATAU seorang lagi yang buak kek sedap dan pasarkan kepada orang lain?
Ironinya tahukah kita ? Ada orang buat kek tak sedap atau biasa-biasa saja, Malah ada juga yang SANGAT BAHAYA untuk kesihatan walaupun luaran nampak sedap, TETAPI mereka pandai pasarkan pada orang.

Betulkan! banyak diluar sana.

Contoh sebenar; Air bergas berusia lebih 100 tahun yang boleh jadi pencuci tandas. Kita tahu ia bukan air yang bagus untuk kesihatan kita, tapi lihat bagaimana ia dipasarkan dan mendapat perhatian kita. Begitu juga Maggi yang pemiliknya sendir tidak pernah makan kerana tahu mudaratnya, tapi lihat macam mana kegilaan "masya-karat" kita kepada makanan tersebut.

[ Ubah walaupun dah parah ]

Apa yang saya ingin tazkirah kan diri saya dan anda semua kali ini adalah tiga perkara:

1- Jika kita ada produk terbaik di dunia pun, tapi tak pandai pasarkan atau dakwahkan, maka kita adalah manusia yang sangat sangat sangat rugi atau syok sendiri saja dan akhirnya suka-tak-rela telah join kumpulan "usah-kawan".

2 - Kita jangan mudah terpedaya dengan marketing produk yang kosmetik (sedap atau cantik luaran) sahaja. Kajilah sebelum anda membelinya. 

Awasilah anak cucu kita dari doktrin atau ideologi selain Islam. Luaranya nampak seakan-akan bagus tetapi hakikatnya sesuatu musibah kepada kita.

3 - Aku tujukan khas buat aktivis dakwah;

"Jangan pernah merasa puas dengan ilmu merketing atau dakwah yang kalian ada, belajar lagi dan lagi ilmu pemasaran walapun dari bukan aktivis dakwah (atau pakar marketing bukan islam sekalipun). Ingat kata para ulama kita "hikmah kebijaksanaan itu adalah mutiara milik orang Islam yang hilang dan apabila ditemui ambilah ia".

Perhatikan gambar di bawah dan bertanya dalam diri ; Kenapa perkataan MARKETING lebih besar dari yang lainya? jika anda seorang usahawan pasti anda tahu kenapa. fikir-fikirkan dan selamat beramal  ^_^

Thursday, April 17, 2014

Melayu Sepakat Islam Berdaulat ?

INI BUKAN SERUAN DAKWAH KAMI, INI SERUAN ISLAH KAMI !


Seruan KAMI berbunyi "Melayu" seperti MSIB, Identity negara Islam Melayu, Jati diri Melayu, fahami sejarah Melayu, undilah calon Muslim berwibawa dan banyak lagi BUKAN lah seruan DAKWAH , ianya seruan  ISLAH (perbaikan) yang ditujukan kepada sasaran khas iaitu untuk orang Melayu. Perlu difahami Melayu disini kami maksudkan tafsiran perlembagaan negara yang menujukkan semua warganegara beragama Islam.

Seruan ISLAH ini amat penting kerana semakin parahnya kerosakan di kalangan orang Melayu hari ini . Kita boleh lihat orang Melayu berpecah belah, juara segala gejala sosial maksiat dan kemunduran. Dengan itu cuba kita bertanya ;

"Adakah menyeru orang Islam perbaiki urusan mereka bukan ajaran Islam dan tidak pernah dianjurkan Nabi kita?"


Seruan DAKWAH KAMI pula adalah dalam neraca wahyu seperti yang diajarkan nabi. Islam untuk semua, Tiada beza kulit kecuali takwa , dan lain-lain lagi konsep uluhiyah kepada Allah tanpa mengkhususkan golongan tertentu sahaja. Kalau KAMI TIDAK membuat seruan DAKWAH yang diajar nabi, mustahil ada aktivis KAMI yang berjaya Islamkan ramai non-muslim di seluruh Malaysia ini.


Akhir kalam, fahamilah perbezaan seruan ISLAH KAMI atau seruan DAKWAH KAMI.

Siapakah KAMI? KAMI adalah aktivis ISMA , PENYELAMAT umat Malaysia yang di nantikan. ^_^

Wallahwalam.

Sunday, February 16, 2014

Salahkah Terjemah God kpd Allah , Men kpd Jesus & Women kpd Marry?


(klik pada gambar di atas untuk besarkan)

Sungguh saya tidak mengerti dalam sebuah negara MELAYU yang telah diajar terjemahan BAHASA MELAYU perkataan God kepada Tuhan, Men kepada lelaki & Women kepada perempuan, masih ada "SENGAJA MAIN KASAR" yang boleh merosakkan hubungan harmoni beza penganut agama di negara ini.

Kenapa hal ini berlaku?

Saya bertanya pihak yang SENGAJA terjemah Men kpd Jesus & Women kpd Marry dalam Bahasa Melayu. Mereka kata ;

"Pihak sana yang SENGAJA salah terjemah God kpd Allah. Banyak kali kami telah main lembut suruh mereka hentikan salah terjemah yang akan boleh menyebabkan salah faham atau salah guna, TAPI mereka DEGIL dan mahu juga MAIN KASAR, jadi kami pun mahu main kasar juga la. Jika mereka ingin kami hentikan main kasar yang mereka mulakan dulu, maka hentikan salah terjemah mereka itu dulu."

Pihak yang SENGAJA SALAH Terjemah God kpd Allah dalam Bahasa Melayu, BOLEHKAH kamu hentikan permainan BIADAB yang boleh merosakkan hubungan beza agama di negara ini?

Tuesday, January 7, 2014

Isu Kalimah Allah datang lagi.


Baru awai tahun 2014,Isu kalimah Allah mai dahhhh... Jom hadam radd atau kiritikan Ilmiyah ini agar kitar tidak terbabas sembang.

http://www.ismaweb.net/v4/2013/11/isu-kalimah-allah-menjawab-pemikiran-mujahid-rawa/

Inilah Mahal An-Nizak nya.

Malangnya dalam isu yang mudah ini kita dapati, sebilangan penceramah, pemikir atau penulis cuba mengalih-alihkan Mahal An-Nizak (premis/konteks perbincangan) kepada yang lain seperti :

- “Allah bukan milik eksklusif umat Islam …”,
- “Allah untuk semua”
- Nyanyian lagu negeri ada sebutan kalimah “Allah”
- Emblem di baju polis dan askar ada tertulis kalimat “Allah”.
- Perbualan atau ucap selamat orang kafir kepada kawannya.

Ini boleh menyebabkan :

- Di kalangan Ulamak, perbincangan tidak berkesudahan atau tidak mencapai suatu keputusan yang amali, kerana Premis-premis Perbincangan berbagai-bagai.

- Masyarakat Awam menjadi keliru. Ada yang bersetuju Allah untuk semua manusia tetapi tidak sedar bahawa larangan ini adalah mengenai suatu hal khusus yang lain. Kesannya mereka mencemuh Majlis Fatwa, Majlis Syura, Hakim-hakim Mahkamah Agung, tokoh-tokoh Ulamak dan lain-lain tanpa menggarap premis perbincangan sebenar.

Dalam hal ini kita mengajak semua pihak agar amanah terhadap ilmu-ilmu Islam yang telah dipelajari dan amanah terhadap kepercayaan masyarakat yang telah diperolehi, bukan kita turut mengusutkan lagi suasana.

5. Perjuangan menyempurnakan undang-undang.

Di zaman dahulu hakim memutuskan hukuman dalam sesuatu mahkamah berdasarkan ilmunya tentang Fiqh Islam dan keterangan dalam perbicaraan.

Adapun di zaman kini, hakim memutuskan berdasarkan Undang-undang yang diwartakan di Parlimen oleh Ahli-ahli Parlimen atau DUN oleh ADUN-ADUN dan keterangan-keterangan dalam perbicaraan.

Yang boleh menyatukan umat Islam adalah Ketua Negara sebagai simbol perpaduan dan kekuatan, serta Majlis-majlis Ulamak/Syura yang mempunyai mekanisma dan disiplin dalam mengeluarkan fatwa-fatwa.

Oleh itu seharusnya, apa yang diputus oleh Majlis-majlis Ulamak, Fatwa, Syura dan seumpamanya diusahakan pula melalui kesepakatan Ahli-ahli Parlimen dan ADUN-ADUN khususnya mereka yang beragama Islam dari pelbagai parti utk dijadikan Undang-undang di dalam dewan-dewan perundangan masing-masing tanpa berlengah.

Jika tidak, undang-undang akan terus kekal dalam keadaan kurang sempurna dan hakim terpaksa banyak bergantung kpd ruh kenegaraan iaitu “Hifz Ad-Deen wa Nasyr Ad-Dakwah” (menjaga Agama dan menyebarkan Dakwah), pengalaman diri serta firasat hatinya.

Ulamak terdahulu mengatakan, “Inna Al-Adla fil nafs Al-Qadhi, la fi nusus Al-Qanun …”. (Sesungguhnya Keadilan itu terletak dalam jiwa Hakim, bukan pada ayat-ayat dalam undang-undang. Adakalanya undang-undang itu tertulis lengkap, tetapi jiwa hakimnya zalim, lalu keputusannya zalim. Adakalanya undang-undang tidak lengkap, tetapi jiwa hakimnya adil, lalu dia menghukum dengan tepat dan adil).

Dalam isu Kalimah “Allah” Majlis-majlis Fatwa di bawah Ketua Negara telah lama berfatwa mengenainya, namun wakil-wakil rakyat tidak menggubalkannya dalam Dewan-dewan Perundangan dengan sebaiknya, sehingga ada ruang-ruang yang bolos (loop holes) untuk pihak-pihak tertentu cuba mengambil kesempatan daripada kealpaan kita.

Namun kita bersyukur, walaupun dengan kekurangan undang-undang sedia ada, keputusan Hakim-hakim Mahkamah Rayuan pada 14/10/2013 lalu adalah tepat dan adil, mengambilkira Malaysia sebuah Negara Islam, menafsirkan “Hak Kebebasan Beragama” dan “Hak Kebebasan Bersuara” dengan jiwa yang adil melihat realiti setempat, berbeza dari tafsiran Hakim Lau Bee Lan dalam penghakimannya di Mahkamah Tinggi pada 31/12/2009.

Kita jangan lupa pengajaran dari kes mahkamah Ooi-Siow yang bercumbuan di khalayak ramai melawan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (yang membuat tangkapan) atas premis “Hak Kebebasan Individu” hingga kes diheret ke peringkat Mahkamah Persekutuan. Ini tidak lain selain ada loop holes di dalam undang-undang sivil. Akhirnya DBKL menang kes antara lain kerana jiwa hakim yang adil dan mengambilkira realiti masyarakat setempat. (Rujuk : The Malaysian Bar – Grounds of Judgment on DBKL’s “Hugging & Kissing” case:: Ooi Kean Thong & Siow Ai Wei v DPP 2006 [FC] -http://www.malaysianbar.org.my/selected_judgements/grounds_of_judgment_on_dbkls_hugging_kissing_case_ooi_kean_thong_siow_ai_wei_v_dpp_2006_fc.html ).

Kita melihat Mujahid Rawa mungkin terlepas pandang prinsip-prinsip Islam yang sebenar, serta status Malaysia sebagai sebuah Negara Islam, sebaliknya beliau mendakwa “… Mahkamah Rayuan (yang) terlepas pandang (terhadap) kerangka negara yg sedang dibina.”

PS: sila baca penuh di link.

Monday, December 30, 2013

Apa alasan anda tidak membawa Kitab Al-Quran dan Hadis.

Kepada penguna android :

Kitab hadis sahih yang tebal itu kini free untuk anda.
https://play.google.com/store/apps/details?id=com.vormalin.shahihbukhari
Begitu juga apps Alquran yang free semakin banyak.

Apa alasan anda tidak membawa Kitab Al-Quran dan Hadis?