Sunday, April 2, 2017

Kisah Misteri Perebutan Aset Dakwah.

Misteri pemilik Aset X.

Ada aktivis Jemaah A "tuduh" Jemaah B "rampas" aset Jemaah A.

[ Mungkinkah fahaman aktivis A "ahli Jamaah tak punya apa-apa hak, semuanya hak sejenis lembaga yang diberi nama Jemaah" ? Wallahwalam -Tulisan ini bukan perbincangannya ]

Ada "bekas" aktivis Jemaah, digelar C yang futur (melemah) atau mutasaqitun (berguguran) kerana rasa Jemaah telah menzaliminya, dan merampas semua aset yang dibina "bersama". Bagi C dia juga punya hak kerana telah banyak susah payah bina aset tersebut dan Jemaah tidak wajar buat dia begitu. Kebanyakan jenis C ini serik, tidak mahu lagi ikut mana-mana Jemaah Islam.

Juga ada aktivis Jemaah B yang masih aktif berdakwah dengan aset dakwah yang dibina "bersama" A dulu, tapi telah berpisah dengan A dan aset tersebut bersama B.

[ Sebagai contoh (fokus) maksud aset adalah sebuah badan amal atau yayasan dakwah yang mana dibina atas sumbangan (infak) ahli atau orang ramai. ]

Suatu ketika dahulu, Jemaah A dan B pernah bertahaluf. A mengetuai pakatan tersebut. Mereka melancarkan Aset X untuk B. Pembahagian tugas kurang lebih begini; tugas A 10% (kerja 1 & 2), tugas B 90 % (kerja 3 sehingga 20). Semua 20 kerja perlu dibuat untuk menjayakan aset X.

Lama selepas itu, berlaku konflik yang tidak boleh damai, A dan B kena pisah. Kerana B sedikit dalam pakatan tersebut, maka B dihukum. Gaji tak bayar, dilucutkan, dilabel buruk, di asingkan dibuang kerja dll. Akhirnya B terpaksa di usir atau undur diri.

Ada banyak aset diurus oleh A, sedikit aset diurus oleh B. Salah satu yang B urus adalah aset X. B tak minat nak kacau aset A walaupun pernah juga bantu menjayakan aset-aset A, tapi A berminat dengan aset-aset B dan kalau boleh mahu kaut semua sebagai "hukuman" kepada B, aset X paling di minta A. Namun B rasa lebih berhak atas aset X kerana sangat banyak bersusah payah jayakannya.

Bagaimana mahu selesai? Ya! kita perlukan mahkamah sebenar yang adil, bukan "mahkamah dalaman" yang berat kepada A. Tapi A TIDAK mahu bawa ke mahkamah sebenar atas sebab sebab "tersendiri". Kerana secara berdaftar (legal) memang atas nama aktivis B, akhirnya B teruskan saja urus aset X tersebut dengan jayanya sehingga hari ini tanpa berkerjasma dengan A lagi. --- Jadilah misteri nusantara, iaitu kes tidak selesai, siapa yang lebih berhak A atau B ? Atau patut dikira selesai milik B kerana anggapan tiada tuntutan undang-undang dari pihak A. Kalau begitu bagus la. Tapi ---

Benda tersebut telah berlaku lama.

Pada satu hari ada aktivis muda B bersembang dengan aktivis muda A di alam maya. Berlaku tidak enak sikit apabila B pertikai sesuatu isu semasa melibatkan A. A tak puas hati , mula ungkit dan kait isu lama yang tidak selesai itu: "Jemaah B bawa keluar aset X ".

Aktivis muda B malas layan, B tamatkan komen dan tinggal A & the geng sembang syok sendiri.

[ "Aduhai timbul lagi perkara yang KALIAN SENDIRI tidak mahu selesaikan cara betul. Rampas la, bawa lari la dan macam macam TUDUHAN yang TIDAK DI ADILI DI Mahkamah . Benda dah lama dan kalian ada banyak lagi aset masa tu, juga hari ini kalian telah ada aset baru yang sama hebat aset X, apa pasal nak ungkit ni? Kalau aset X itu sebuah istana atau perniagaan menjana berjuta juta nak direbut berbaloi juga, tapi aset itu hanyalah sebuah beban badan dakwah yang akan dihisab. Tak cukup dizalimi pimpinan B dulu, nak ungkit lagi, sepatutnya bersyukur la aset X memudahkan atau kick start B beramal, kalian dapat pahala. Kalau kalian ambil mungkin melambatkan amal dakwah B atau jadi boleh jadi seperti C, itukah matlamat sebenar kalian? " - aktivis muda Jemaah B]

Kesimpulanya aktivis muda Jemaah B mengharapkan:

1- Sesiapa saja tidak menghukum sesuka hati dengan pandangan sebelah pihak sahaja dalam isu misteri seperti ini.

2- Selain itu tidak wajar hukuman label (bawa keluar, bawa lari, rampas dll) diputuskan tanpa melalui sistem kehakiman yang betul.

3- Juga tidak patut masalah misteri dan kebencian tidak selesai ini di wariskan kepada generasi muda Jemaah terlibat.

4- Paling tidak patut adalah aktivis muda Jemaah terlibat jadikan senjata berulang kali untuk menyerang aktivis muda di pihak yang kena hukum atau label.

[ Nota tambahan: Ada beberapa kes kezaliman kepada aktivis jemaah B seperti tidak dibayar gaji dan dibuang kerja tanpa sebab munasabah telah di bawa ke mahkamah sebenar (bukan mahkamah dalaman) dan Alhamdulilah B mendapat pembelaan. Pihak A kalah dan terpaksa bayar ganti rugi. Mungkinkah kerana ini A tidak mahu bawa isu aset X ke mahkamah sebenar? Wallahwalam ianya terus menjadi misteri... ]

Akhir kata aktivis muda B memohon ampun dari Allah, di jauhkan menjadi C dan di kuatkan azam terus beramal sehabis baik bersama Jamaah.

Sekian sejarah ringkas perebutan aset X.

#AktivisMudaB
#MisteriNusantaraAsetX

Kisah perebutan ini bukan direka-reka. Ia misteri yang benar benar berlaku. Oleh itu pohon sangat jasa baik semua jangan kaitan A,B & C dengan mana mana NAMA individu atau kumpulan di ruang komen saya. Sesiapa yang tidak faham kisah mungkin lebih baik. Jzkkk ^_^

No comments:

Post a Comment