Monday, January 31, 2011

Dakwah kita adalah Dakwah Cinta

Bila menyelami hakikat cinta, saya teringat tragedi yang menimpa sahabat lama saya Allahyarham Baharudin yang lemas bersama 3 orang anaknya sekitar awal tahun 2000an. Kami pernah bersama-sama menuntut di Australia pada tahun 1980an dan bertemu dalam program-program nasional seAustralia.

Pertemuan yang paling saya ingat ialah didalam perkhemahan musim panas pertama dianjurkan iaitu Summer Camp 1984 di Marion Mosque, Adelaide.

Apa yang telah berlaku dalam tragedi itu ialah mereka sekeluarga berkelah di pantai Desaru, Johor, dimana Allahyarham cuba hendak menyelamatkan anaknya yang dibawa ke tengah laut oleh ombak sehingga dia sendiri hanyut. Dalam masa yang sama, rupa-rupanya di belakang beliau, ada anaknya juga yang lain yang ingin menolong bersama-sama ayahnya walaupun usianya kecil, lalu bertarung dengan ombak besar yang tinggi lagi ganas, lupa kemampuan diri demi ayah dan adik beradik yang dicintai. Tragedi berakhir dengan kesemua 4 orang mereka mati lemas ditelan ombak.

Saya kagum dengan salah satu dari naluri manusia yang diciptakan Allah swt untuk manusia iaitu perasaan cinta dan sayang. Cinta ini boleh ke tahap seorang boleh melupai dirinya demi untuk apa atau siapa yang dicintainya. Demikianlah potensi cinta. Ia boleh mencetuskan keajaiban-keajaiban yang tidak tergambar oleh manusia. Allah swt menciptakan musuh-musuh Agama dan segala bentuk kemampuan mereka merencana dan bertindak. Tetapi Allah juga mencipta Rasul-rasulNya, para Mujaddid dan Duat seperti kita sehingga ke Hari Kiamat. Dia Yang Maha Berkuasa membekali dalam naluri kita potensi Cinta, agar kita bermatian berjuang melupai keselesaan diri, demi Dia, Rasul dan AgamaNya.

Seekor burung yang baru dilanggar kenderaan laju.

Pasangannya cuba menyelamatkannya sedaya mungkin.

Kecederaan teruk organ-organ dalamannya tidak memungkinkan ia hidup lebih lama dari pertemuan terakhir itu. Namun pasangannya tidak berputus asa cuba mengejutkannya atau memberinya semangat untuk terus hidup.

“Ihbib man syi’ta, fa innaka mufarikuhu” (Cintailah siapa yang engkau kehendakki, sesungguhnya engkau adalah orang yang akan berpisah dengannya) (Syair Arab).

Oleh sebab itu, Cinta banyak diulang-ulangi di dalam Al-Quran dan Al-Hadis. “Katakan (kepada mereka ya Muhammad) sekiranya kamu mencintai Allah maka ikutilah (perjuangan) aku, nescaya Allah akan mencintai kamu dan mengampunkan dosa-dosa kamu” (Ali Imran:31). Rasul saw bersabda bermaksud, “Tidak beriman seseorang dari kamu sehingga ALlah dan RasulNya lebih dia cintai melebihi dari selain kedua-duanya” (Hadis).

Bagi pecinta-pecinta Islam yang hakiki, tiada yang lebih besar cara membuktikan di depan Allah akan cinta mereka ini selain bekerja keras untuk memenangkannya berdepan dengan musuh-musuhnya, melupai keselesaan diri di rumah atau di pejabat, atau perniagaan yang menggoda dengan peluang-peluang keuntungan yang banyak. Duat lebih rela mengorbankan jiwa, duit, masa dan nyawa demi mencapai cita-cita Islam yang telah dia fahami dan pusakai dari Seerah Rasulullah saw, kekasih yang dicintainya.

Yang aku mahu dengan Ukhuwwah itu ialah hati-hati dan ruh-ruh diikat dengan ikatan Aqidah. Aqidah adalah ikatan yang paling kuat dan mahal. Ukhuwwah adalah adik beradik kepada Iman, sedang perpecahan adalah adik kepada Kekufuran. Kekuatan pertama ialah kekuatan Kesatuan. Tidak ada kesatuan tanpa kasih sayang. Minina kasih sayang ialah berlapang dada. Maksima kasih sayang ialah Ithar (mengutamakan seseorang melebihi diri sendiri). “Sesiapa yang selamat dari kebakhilan diri sendiri, mereka orang-orang yang berjaya” (Al-Hasyr). Seorang akh yang jujur (dalam Ukhuwwahnya) melihat ikhwahnya lebih utama pada dirinya dari dirinya. Ini adalah kerana sekiranya dia tidak bersama mereka, dia tidak akan dapat bersama selain mereka. Sedang mereka pula, jika tidak bersama dia, mereka bersama selain dia. Hanyasanya serigala memakan kambing yang bersendirian. “Orang mukmin dengan mukmin yang lain seperti sebuah binaan yang saling kuat menguat antara satu sama lain” (Hadis). “Orang-orang beriman lelaki dan perempuan adalah wali (penolong) diantara satu sama lain” (Al-Quran). Beginilah kita sepatutnya. [Imam Hasan Al-Banna]

Oleh itu, satu hakikat penting yang harus kita sama-sama insafi dan hidupkan didalam perjuangan ini ialah Dakwah kita ini menyeru kepada Cinta. Cinta Allah, Rasul dan balasan di Akhirat sebagai asas. Begitu juga Dakwah kita mengajar agar cinta kepada teman-teman seperjuangan dan masyarakat Islam disekeliling kita. Dari asas dan titik tolak perasaan Iman dan Cinta inilah kita menyeru manusia. Ke arah Cinta juga kita mendidik mereka sehingga mereka pula menjadi pejuang-pejuang Agama dan Kebenaran yang kuat kecintaannya kepada Allah, Rasul dan oranag-orang beriman.

Kita mahu masyarakat kita mengetahui bahawa mereka adalah lebih kita sayangi dari diri kita sendiri. Mereka adalah kekasih jiwa-jiwa kita ini, hingga jiwa dan nyawa kita rela terkorban menjadi tebusan demi mencapai keagungan untuk mereka, sekiranya perjuangan menuntut tebusan sedemikian. Jiwa-jiwa kita rela bersusah payah membayar harga yang mahal demi mendapatkan kemuliaan bagi agama dan cita-cita mereka. Kita tidak mengambil pendirian sedemikian melainkan kerana perasaan cinta ini yang telah memenuhi segenap hati-hati kita, melupakan kita tentang tempat tidur dan mengalirkan airmata kita. Amat berat kita rasakan terhadap apa yang sedang dialami oleh masyarakat kita. Kita bekerja di jalan Allah untuk orang ramai lebih banyak dari kita bekerja untuk diri kita sendiri. Kami adalah untuk anda semua wahai kekasih-kekasih kami, bukan untuk selain kamu. Tidak akan datang hari dimana kami berjuang untuk selain kamu” (Imam Hasan Al-Banna).

Sebaliknya sebarang perjuangan lebih-lebih lagi perjuangan Islam yang tidak didasari dan diwarnai dengan Ukhuwwah dan kasih sayang adalah perjuangan yang pasti akan gagal. Ini adalah kerana tanpa kasih sayang, organisasi tersebut telah hilang salah satu ciri keimanan yang terpenting seperti yang dianjurkan oleh Allah swt di dalam Al-Quran, dan ditunjukkan oleh Rasulullah saw dan para Sahabat. Kita sendiri dapat gambarkan sekiranya perjuangan yang tidak mempunyai gaji dan upah seperti Dakwah ini tidak mampu menyirami anggota-anggotanya dengan Iman dan Ukhuwwah, lambat laun mereka akan lebih tertarik dengan dunia dengan segala perhiasan dan godaannya. Contoh dan pengalaman yang berlaku di depan mata kita terlalu banyak berlaku. Kata mengata, jatuh menjatuh, cantas mencantas sebenarnya membakar hangus isi dan intipati ruh perjuangan sesebuah jemaah seperti api di dalam sekam.

“Orang yang merdeka hatinya adalah orang yang meraikan saat-saat manis walau sesaat dan bergabung dengan oang yang memberinyanya menfaat walau melalui sepatah perkataan” (Imam Syafie). Jika asas perjuangan hanya semangat dan isu-isu semasa, ianya bermusim dan pasti menyejuk dalam masa terdekat. Jika asas perjuangan adalah aqidah, faham dan kasih sayang, ia berkekalan untuk masa yang panjang. (Foto hiasan : Rehlah tarbawiyah di Mesir tahun-tahun 1990an).

Ya ALlah, kurniakan kami kecintaan kepadaMu, rasulMu dan kekasih-kekasihMu. Kurniakanlah juga kepada kami kecintaan kepada mereka yang berjuang untuk memenangkan AgamaMu. Kasihkan kami kepada isteri, anak-anak dan keluarga kami. Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki hati-hati ini. Amin.

(Ini diantara artikel terawal INIJALANKU. Dipos pada 2 November 2007. Ia dipos semula dengan ubaisuaian).

sumber:Ustaz Halim www.inijalanku.wp.com

Thursday, January 20, 2011

Pengurusan "Jemaah" memerlukan Mutabaah.

Fahamilah kenapa Mutabaah perlu.

Baru-baru ini aku sempat berchat di facebook dengan beberapa kawan-kawan yang tidak memahami keperluan "Mutabaah".

Mutabaah diperlukan dalam membuat pengawasan yang baik dalam kehidupan muslim yang tidak boleh lari dari berjemaah.

Kerana kita "harus" mahu menjadi orang yang beriman kepada surah ke 61(As-saf)ayat 4.

Jika kita tidak mahu hidup berjemaah ? layak-kah kita menjadi sebahagian orang beriman dalam ayat diatas.?

Berikut adalah sebahagian daripada chat kami:










Allah swt berfirman:

"Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela ugamaNya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh."(As-saf:ayat 4)

Antara inti utama yang harus diambil manfaat oleh kita jika ingin mengembalikan kehebatan islam atau berjuang untuk melihat islam gemilang kembali adalah dengan:

1.Berjuang bukan bersendirian.Maksud lainnya adalah berjemaah.Dalam ayat di atas disebut "orang-orang" yang membawa maksud lebih dari seorang , ramai orang atau berjemaah.

2.Bila sudah berjemaah,janganlah bersama jemaah yang tidak tersusun atau tidak ada sistem pengurusan yang baik.

Dalam ayat di atas juga disebut,"orang-orang yang berperang untuk membela ugamaNya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh."

Kesimpulan:Jika ingin mejadi orang yang dicintai Allah kita perlu penuhi semua syarat berikut:
Syarat pertama:berjuang atau berperang di jalan Allah.

Syarat ke dua:Bukan bersendirian atau(Secara berjemaah).

Syarat terakhir:Bersama jemaah yang ada Sistem pengurusan yang baik.("barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh.").

Sistem pengurusan yang baik.

Ingat lagi aku formula asas pengurusan ketika belajar diploma dulu,POLC.Aku yakin berbincang berkaitan pengurusan yang baik ,kita tidak akan dapat lari daripada 4 perkara ini(POLC):

Pertama:Planning(Merancang)
Ke-dua:Organizing(Organisasi)
Ke-tiga:Leading(memimpin)
Ke-empat:Controlling(Pengawasan/Evaluasi/Mutabaah).

Ada yang bertanya:

"Aku mahu bersama jemaah islam .....tapi tidak mahu dengan jemaah yang ada pengawasan atau Mutabaah.boleh ?

Jawabku:

"Terserah kepada anda,tapi bagaimana anda ingin beriman atau mendapat kecintaan Allah seperti syarat dalam surah 61 ayat ke 4 itu?Dan apalah guna berjemaah ?, jika ahli dalam jemaah itu tidak boleh dikawal atau semua jenis buat kepala masing-masing?"

PS: Mari kita teselusuri tulisan seorang sahabat yang baik berkaitan mutabaah ini:

Tajuk:Mutabaah Satu Keperluan

Sumber:http://www.halaqah-online.com/v3/index.php?option=com_content&view=article&id=678:mutabaah-satu-keperluan&catid=74:fiqh&Itemid=123

Kata mutaaba’ah berasal dari kata taaba’a. Kata ini memiliki beberapa pengertian. Di antaranya, tatabba’a (mengikuti) dan raaqaba’ (mengawasi). Dengan demikian, kata mutaaba’ah bererti pengikutan dan pengawasan. Yang dimaksud dengan mutaaba’ah sebenarnya adalah mengikuti dan mengawasi sebuah program agar berjalan sesuai dengan yang direncanakan. Kata mutaaba’ah sama dengan kata pengendalian di dalam konsep pengurusan.

Berbeza dengan mutaaba’ah, muhasabah tidak mengikuti dan mengawasi sesebuah program agar berjalan sesuai dengan yang telah direncanakan. Kata muhasabah berasal dari kata hasaba. Kata itu bererti, antara lain, jaazaa wa ‘aaqaba (mengganjari dan menghukum). Jadi, kata muhasabah bererti pengganjaran dan penghukuman. Yang dimaksudkan dengan kata itu sebenarnya adalah mengganjar yang telah menjalankan sebuah program sesuai dengan yang telah direncanakan dan menghukum yang telah menjalankannya tidak sesuai dengan yang telah direncanakan. Kata itu tidak dimuatkan dalam konsep pengurusan secara umum.

Sebahagian dari kita menolak mutaaba’ah kerena di dalam benak mereka yang terbayang dari kata itu adalah orang melaporkan apa yang telah mereka lakukan dalam rangka menjalankan program-program yang direncanakan, yang biasanya berupa amal-amal ‘ibaadah, seperti salat jamaah, qiyamullail, al-ma'thurat, tilawah, puasa sunat dan kemudian mereka berpendapat bahawa itu adalah riyaa. Sebenarnya tidak seperti itu.

Rasulullah shallaahu ‘alaihi wasallam bertanya, “Siapa di antara kalian yang hari ini berpuasa?” Abu Bakar radhiyallahu ‘anh menjawab, “Saya.” Rasulullah shallaahu ‘alaihi wasallam bertanya, “Siapa di antara kalian yang hari ini menziarahi orang mati.” Abu Bakar radhiyallahu ‘anh menjawab, “Saya.” Rasulullah shallaahu ‘alaihi wasallam bertanya, “Siapa di antara kalian yang hari ini memberi makan orang miskin?” Abu Bakar radhiyallahu ‘anh menjawab, “Saya.” Rasulullah shallaahu ‘alaihi wasallam bertanya, “Siapa di antara kalian yang hari ini menjenguk orang sakit?” Abu Bakar radhiyallahu ‘anh menjawab, “Saya.” Rasulullah shallaahu ‘alaihi wasallam bersabda, “Tidak berkumpul hal-hal ini di dalam diri seseorang kecuali dia akan masuk surga.” Hadits di atas diriwayatkan oleh Muslim (1/421-422 dan 2/382) dan Al Bukhari di dalam Al Adabul Mufrad (hal 157) dari jalan Marwan, yaitu Al Fazari, dari Yazid, iaitu Ibnu Kaisan, dari Abu Hazim Al Asyja’I, dari Abu Hurairah. Al Albani di dalam As-Silisilatush Shahiihah (1/133) menyebutkan bahawa hadist ini juga diriwayatkan oleh Ibnu ‘Asakir di dalam Taarikh-nya (juz 9/288/I) dari jalan itu.

Apakah dengan menjawab pertanyaan-pertanyaan Rasulullah shallaahu ‘alaihi wasallam itu bererti Abu Bakar radhiyallahu ‘anh telah riyaa? Tentu tidak! Kerena beliau hanya sekadar menjawab pertanyaan-pertanyaan itu, dan tidak bermaksud riyaa dengannya.

Demikian pula, kita tidak riyaa hanya kerena kita menjawab pertanyaan-pertanyaan di dalam mutaaba’ah. Sebab, hal itu diadakan tidak dengan maksud agar kita riyaa melainkan agar dapat diketahui apakah kita dengan baik telah menjalankan program-program yang telah direncanakan. Bahawa kemudian di antara kita ada yang bermaksud riyaa dengan menjawab pertanyaan-pertanyaan mutaaba’ah, itu bukanlah salah mutaba’ah. Yang salah adalah dia yang bermaksud riyaa.

Sememangnya, hadits itu bukan tentang mutaba’ah Rasulullah shallaahu ‘alaihi wasallam terhadap para sahabat beliau radhiyallahu ‘anh, tetapi tentang ajaran beliau bahwa hal-hal itu dapat membuat mereka masuk syurga. Akan tetapi, di dalam hadits itu terdapat dalil bahawa sekadar menjawab pertanyaan-pertanyaan tentang amal-amal ‘ibaadah sebagaimana di dalam mutaba’ah tidak bererti riyaa.

Sebagaimana salah satu konsep pengurusan, mutaba’ah sebetulnya satu keperluan penting. Ini kerena tanpa mutaba’ah manajemen tidak sempurna. Padahal di dalam kaedah fikih dikatakan, “Apa yang tanpanya sesuatu yang waajib tidak sempurna adalah waajib.” Kesempurnaan fungsi-fungsi pengurusan adalah perencanaan, pengorganisasian, pemimpinan, dan pengendalian. Mutaaba’ah adalah pengendalian.

Saturday, January 15, 2011

Always Be There Lyrics

By: Maher Zain

Alllahu Akbar…
If you ask me about love
And what i know about it
My answer would be
It’s everything about Allah
The pure love, to our souls
The creator of you and me,the heaven and whole universe
The one that made us whole and free
The guardian of HIS true believers
So when the time is hard

There’s no way to turn
As HE promise HE will always be there
To bless us with HIS love and HIS mercy
Coz, as HE promise HE will always be there
HE’s always watching us, guiding us
So when the time is hard
There’s no way to turn
As HE promise HE will always be there
To bless us with HIS love and HIS mercy
Coz, as HE promise HE will always be there
HE’s always watching us, guiding us
And HE knows what’s in all in our heart
So when you lose your way
To Allah you should turn
As HE promise HE will always be there…



HE bring ourselves from the darkness into the light
Subhanallah praise belongs to YOU for everything
Shouldn’t never feel afraid of anything
As long as we follow HIS guidance all the way
Through the short time we have in this life
Soon it all’ll be over
And we’ll be in His heaven and we’ll all be fine
So when the time gets hard
There’s no way to turn
As HE promise He will always be there
To bless us with HIS love and HIS mercy
Coz, as HE promise HE will always be there
HE’s always watching us, guiding us
And HE knows what’s in all in our heart
So when you lose your way
To Allah you should turn
As HE promise HE will always be there…
Allahu Akbar…
So when the time gets hard
There’s no way to turn
As HE promise He will always be there
To bless us with HIS love and HIS mercy
Coz, as HE promise HE will always be there
HE’s always watching us, guiding us
And he knows what’s in all in our heart
So when you lose your way
To Allah you should turn
As HE promise HE will always be there…
Allahu Akbar…