Catatan addinlove . April 2012
"Tau tak tadi di trafik light Desa Aman ada kemalangan ? " kata Amin di muka pintu sambil tengah buka kasut .
"Tak pulak.... " balas ku separa terkejut dengan berita itu.
"...meninggal jugalah rasanya..." kata Amin lagi setelah masuk rumah.
"Innalilah wainn ilaihoroji'on.....macam mana berlaku ?" tersirap darahku ,dan memberikan perhatian sepenuhnya kepada Amin daripada layan laptop.
"Amin sampai agak lambat di sana .... waktu agak hujan sikit.... Jenis Motosikal besar langar kereta kelisa.....,yang kereta kelisa tu nak masuk Desa Aman ...dan moto tu pulak dari arah Baling.... motosikal terlekat di sebelah kiri kereta.... tangki minyak moto tu tercabut ....tak dapat bayangkan lajunya moto tu..... walaupun penunggang motosikal tu pakai suit penuh tapi masa buka helmet darah dah keluar dari mulut dia ... dan beberapa orang telah cuba bantu.....tapi tak berjaya.... luaran badan dia ok saja ....tidak nampak cedera langsung....tapi mungkin dalaman...." Riwayat Amin lagi .
"Astafirullah ....Ya Allah..." kataku penuh hiba , lebih-lebih lagi bila mendengar perkataan motosikal.
"Moto tu dari arah Baling?...... kalau macam tu rasanya dah tahu siapa yang bersalah , siapa yang langar lampu merah dan siapa lampu hijau... kita dan orang tempatan yang mendengar berita ni pasti akan dapat agak siapa yang bersalah .... " tambahku.
Ya.... Amin pun dapat rasa siapa yang bersalah ..... kalau dulu pernah berlaku sekali seorang penunggang moto yang baru nak keluar dari Desa Aman dan ada satu kereta laju dari arah kiri ( Kulim ) langgar lampu merah...nasib baik moto tu sempat juga elak sikit dan naik atas divider trafik light di sebelah kanan saja...dan penungangnya cedera sikit je...." sambung amin.
"Tadi ada juga kawan-kawan dia yang pakaian sama buat calling dan cakap bahasa kelantan atau terenganu , maksudnya satu konvoi mereka ni dari sana agaknya...." kata amin lagi.
"Ya Allah .....sedih dan kasihanyanya....mereka dari jauh ni...." kata ku lagi,
Gambar atas: Google-Map "Tempat kejadian". Peringatan kepada sesiapa yang melalui jalan ini , apabila berjumpa SIMPANG : PERLAHAN-KAN kenderaan anda walaupun LAMPU anda HIJAU .
Tahu siapa bersalah tidak penting , kerana yang mati tidak akan hidup semula. Tiada siapa mahukan kemalangan .
Kemudian aku dan Amin terus berborak isu tersebut hampir setengah jam.
Antara bicara kami sebelum bersurai:
"Dengar berita macam ni.... amin terfikir....bayar insurance (takaful) bulan ni ok ke tak? " kata Amin yang merupakan agen Takaful-insurance (Prudential) dan sanggup mencarum lebih RM 800 sebulan menjadi pembayar takaful 3 ahli keluargaku yang lain.
"Ya betul ! Pertama sekali kita fikirkan amal ibadah kita macam mana dan keduanya macam mana takaluf kita....." balasku yang juga seorang agen takaful (Ikhlas) dan mempunyai 2 polisi takaful yang dibayarku RM 135 sebulan walaupun gaji tidak stabil .
Siap-kah kita menghadapi-Nya ?
Sepengetahuanku jika penunggang motosikal itu mati, maka kali pertamalah kes kematian di trafik light Desa Aman itu. Suatu taman perumahan yang baru berusia se-dekat (10 tahun) lebih dan tertetak antara jalan lurus express-way Butterworth ke Gerik .
Jalan expressway yang panjang itu sebenarnya telah mencatatkan banyak kes ngeri. Kes di Desa Aman bukanlah kali pertama. Pernah aku dengar di Gerik sana pertembungan antara Naza-Ria dengan Toyota-Wish meragut nyawa hampir sekeluarga dan banyak lagi kisah ngeri yang tidak sanggup aku naqal-kan disini. Manusia-manusia yang tinggal berdekatan atau yang sentiasa berinteraksi dengan jalan tersebut lebih mengetahuinya. Walau bagaimanapun ianya bukanlah tempat yang paling banyak kemalangan di Malaysia ini kerana express-way itu bukanlah tertua.
Itulah sejarah hitam jalan raya dimana saja. Disamping banyak berbudi kepada
kita , ianya akan sentiasa menagih nyawa orang yang menggunakanya.
Dan aku sentiasa bermohon agar kesyahidan-ku bukan di jalan raya , Kerana cita-citaku mahukan syahid di medan jihad Qital (peperangan) bertembung musuh Allah suatu hari nanti.
Apa yang pasti , kita semua tahu kematian itu bukan kawalan kita. Kita hanyalah mampu berharap , yang menentukan hanyalah Allah swt jua.
Ulasan Maksu-Atun ( adik PakJang Mizi ) : Dia diambil oleh PENCIPTANYA pada usia 47 tahun 1 bulan, semoga Allah merahmati ruh abangku AHMAD TAMEZI BIN HASAN... ALLAHUMRHAMHU WA`AAFIIHI WA`FU`ANHU. Gambar2 ini diambil pada 6/6/2010 -0-
Ya Allah , banyaknya berita sedih kebelakangan ini,
Baru pergi saja , adalah Pak-Jang Mizi pada 22 Mac lalu. Beliau meninggal di rumahnya
dalam usia yang relatif muda. Tidak disangka semua ahli keluarga yang
kehadiranya ke walimah sepupuku (Fahmi ) adalah terakhir
"berusrahnya" kami sekeluarga. Puncanya kematiannya adalah kesihatan Jantungnya .
Semua ahli keluarga-ku berdukacita.
Semua ahli keluarga-ku berdukacita.
Tidak pulak diketahui PakJang ada ambil takaful atau tidak ?, Nanti sajalah aku bertanyakan hal ini kerana duka hati anak-anaknya masih segar.
Apa-pun alasannya, bicara hal ini sangat penting walaupun dalam dukacita,
Ini kerana ramai orang muslim yang masih tidak mengetahui , tidak peduli atau salah faham urusan takaful ini. Bila dah terkena baru menyesal .Sebelum terkena , kata-kata mereka " kita yakin saja pada qada dan qadar , tak perlu takaful atau isurance."
Kataku : " TIDAK , kata-kata itu satu kesalahan dan tidak melambangkan iman yang kuat serta benar. Ketahuilah orang yang beriman kepada "qada dan qadarlah" akan mengambil perlindungan atau takaful . Ini kerana dia tidak mengetahui bila musibah itu datang , maka keharusan membuat persiapan adalah bukti keimanan kepada "qada dan qadar" .
Kita bukanlah meminta musibah datang, Tetapi kebarangkalian sentiasa ada walaupun kita sangat berhati-hati. Cuba bayangkan diri kita yang akan susah bila kemalangan dan mengalami hilang upaya kekal atau meninggal dunia. !
Bagaimana kita mahu mencari rezeki bila telah bergelar OKU ? apa nasib isteri , anak-anak dan hutang kita ? Sanggupkah kita membebankan hidup orang yang kita sayangi , membiarkan mereka hidup susah atau terminta-minta.?
Mari kita perhatikan sedikit penjelasan berkaitan perlindungan (takaful) ini :
1. Takaful adalah pelindungan yang mengurus risiko musibah kita
Musibah adalah ketentuan daripada Allah s.w.t. Ia merupakan satu ujian atau cubaan ke atas umat manusia bagi menguji tahap kesabaran mereka. Ini dijelaskan oleh Allah s.w.t melalui firmannya di dalam surah al-Baqarah ayat 155-157 yang bermaksud:
“Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan dan kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman.Dan berilah khabar gembira kepada orang yang sabar [155].Orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: Sesungguhnya kami kepunyaan Allah dan kepada-Nyalah kami kembali [156].Mereka itulah orang yang dilimpahi dengan kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmat-Nya; dan mereka itulah orang yang mendapat petunjuk hidayah-Nya [157].
Sebagai
hamba, kita perlu menerima ketentuan ilahi dan perlu pasrah kepada
qada’ dan qadarNya. Bagaimanapun ini bukan bermaksud kita perlu berdiam
diri tanpa perlu berikhtiar untuk mengelak ia daripada terjadi atau
mengurangkan risiko yang bakal menimpa jika berlaku.
Islam mengajar kita supaya sentiasa bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan berlakunya ujian ini. Dengan kata lain, tanpa persediaan awal, kita mungkin berhadapan dengan risiko yang lebih berat lagi kesan daripada ujian tadi.
Sehubungan dengan itu, risiko-risiko ini perlu diurus dengan bijaksana supaya kesannya dapat dikurangkan dan tidak memberi kesan yang mendalam ke atas ketahanan fikiran dan jasmani manusia.
Dalam hal ini, konsep Takaful merupakan kaedah pengurusan risiko yang boleh diterimapakai untuk mengurangkan penderitaan yang bakal ditanggung akibat musibah yang mungkin melanda.-3-
Islam mengajar kita supaya sentiasa bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan berlakunya ujian ini. Dengan kata lain, tanpa persediaan awal, kita mungkin berhadapan dengan risiko yang lebih berat lagi kesan daripada ujian tadi.
Sehubungan dengan itu, risiko-risiko ini perlu diurus dengan bijaksana supaya kesannya dapat dikurangkan dan tidak memberi kesan yang mendalam ke atas ketahanan fikiran dan jasmani manusia.
Dalam hal ini, konsep Takaful merupakan kaedah pengurusan risiko yang boleh diterimapakai untuk mengurangkan penderitaan yang bakal ditanggung akibat musibah yang mungkin melanda.-3-
2. Takaful adalah bukti Kerjasama dan Tangungjawab Kemasyarakatan ( Ta’awuni @ Ijtima’ie )
Insuran(takaful) termasuk dalam jenis kontrak sumbangan ikhlas (‘uqud tabbaru’at) yang diikat untuk mencapai matlamat bantu membantu di antara individu masyarakat yang menghadapi musibah dan demi mengurangkan bebanan yang ditanggung.
Dalil Keharusannya :
Mafhum Hadith : “ Sesungguhnya al-‘Asy’ariyyun apabila bertolak ke medan
peperangan, berkuranglah bekalan makanan keluarga mereka di Madinah,
maka dikumpulkan apa yang terdapat dari kalangan mereka dalam satu
tempat, kemudian di bahagikan antara mereka, mereka daripada kami, dan
kami daripada mereka”
(Riwayat al-Bukhari & Muslim, Rujuk Fath
al-Bari 6/55)
Hendaklah
kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa (al-Birr
dan al-Taqwa) dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada
melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan.
(Surah Al-Maidah, Ayat 2)
(Surah Al-Maidah, Ayat 2)
Perbandingan hubungan dan perasaan antara Mukmin umpama sebuah badan;
apabila salah
satu daripada bahagian merasa sakit, akan terasa seluruh
badan.
(Riwayat Imam al-Bukhari dan Imam Muslim)
(Riwayat Imam al-Bukhari dan Imam Muslim)
Demi
diriku, yang di dalam kekuasan ALLAH, tiada siapa yang akan masuk Syurga
jika ia
tidak melindungi jirannya yang di dalam kesusahan.
(Riwayat Imam Ahmad bin Hanbal)
(Riwayat Imam Ahmad bin Hanbal)
Berdasarkan dalil-dalil di atas, para sarjana Islam telah membuat
keputusan bahawa perlunya ada usaha yang bersepadu untuk melaksanakan
konsep Takaful sebagai kaedah yang terbaik untuk menghuraikan keperluan
ini. - 2 -Inilah bentuk kerjasama, tolong menolong mengurangkan bebanan musibah yang menjadi asas Insurans ta’awuni.-1-
Dalam islam perlindungan ini dinamakan takaful dan dalam sistem bukan islam pelindungan ini dinamakan Insurance. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah mengeluarkan fatwa bahawa Insurans nyawa adalah HARAM - 2-
Dalam islam perlindungan ini dinamakan takaful dan dalam sistem bukan islam pelindungan ini dinamakan Insurance. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah mengeluarkan fatwa bahawa Insurans nyawa adalah HARAM - 2-
3. Takaful menyediakan jaminan untuk masa depan anak-anak dan isteri kita.
Orang yang meninggalkan anak isterinya dengan keadaan kaya itu adalah lebih baik dari meninggalkan mereka di dalam keadaan miskin dan meminta – minta –
(Riwayat Bukhari & Muslim)
4. Carumlah Takaful walaupun kecil.
Terdapat pelbagai manfaat perlindungan kepada sesiapa yang mengambil takaful . Semunya bergantung kepada kadar bayaran , usia dan plan yang diambil. Kesimpulanya, soal kita semua ambil takaful atau tidak , adalah urusan yang sangat berkaitan dengan iman tetapi wallahwalam-insya-Allah tidaklah sampai kepada urusan neraka Allah Azawajala .
Yang menjadi bicara kita neraka atau syurga adalah , kata-kataku yang pertama sebelum mengakhiri bicara dengan adiku sebelum ini .
Iman dan amal kita dimana?
Cukupkah amal kita untuk menghadapi rob kita.?
Bagaimana solat kita ?, puasa kita ?, zakat dan sedekah kita ?, dah naik haji ke belum ? dosa dan taubat kita ?....dan banyak mana pahala kita....? hanya kita dan Allah yang tahu.
Wallahwalam.
PS:
1. Jika anda carum Takaful RM 30 ringgit sebulan dan tidak berlaku apa-apa sehinggalah tempoh caruman matang , duit itu akan jadi seperti simpanan dalam bank dan akan dilaburkan . Maksudnya duit itu akan dikembalikan kepada anda dengan sedikit keuntungan . Malah dalam takaful ikhlas anda boleh keluarkan sebanyak 5 kali sepanjang tempoh caruman anda. Tetapi kalau anda simpan RM 30 sebulan dalam “ bank biasa sahaja ” , ada manfaat takaful (insurance) seperti yang sms kepada sahabat saya diatas ?.-4-
2. Sesiapa sekitar Penang , Kedah , Perak atau dimana sahaja lokasi anda di semenanjung ini yang berminat ingin mendengar nasihat perunding takaful secara percuma , sila call , sms , email atau ber-chat FB dengan saya . Insyaallah pertemuan secara individu dan berkumpulan boleh dilakukan dalam jarak yang mampu termampu .-4-
3. Saya juga adalah aktivis NGO dakwah , ISMA cawangan kepala batas . Jika ada yang berminat untuk berjumpa saya atau ahli-ahli ISMA lain yang jadi perunding takaful , boleh call : Ahmad Aiman-saya sendiri : 013-5025046 (Perunding Takaful Ikhlas) email : mad_aim85@yahoo.com -6-, Ahmad Amin : 013-5826368 (Perunding Prudential BSN -Takaful) , Ust Yusuf : 019-5734834.(Perunding Etika-takaful) -4-
4. Anda ambil takaful dengan siapa bukanlah saya kisahkan , jika menjadi pelanggan saya maka amanah sayalah untuk menjaga anda sepanjang tempoh caruman anda . Begitu juga jika anda ambil dengan kawan yang anda lebih percayai .
Apa yang penting ! Ambil Takful ,(BUKAN Insurance kerana ianya haram di sisi Syarak).
Apa yang penting ! Ambil Takful ,(BUKAN Insurance kerana ianya haram di sisi Syarak).
Rujukan:
perkataan "anak isteri" dalam hadis noktah 3 boleh difahami "jamak" iaitu anak-anak dan isteri-isteri ....
ReplyDeleteatau ....juga boleh diganti .....anak-anak dan suaminya....:-)