"Kenapa (persedian) Merdeka tahun ini tidak meriah?"
Ada yang menjawab;
"Ramai masih dalam mood raya".
Ya! Saya setuju dengan jawapan itu
sehinggakan banyak soalan timbul dalam diri saya. Antaranya:
"Apa nilai kemerdekan dalam diri umat islam malaysia?."Apa cara sebenar sambutan kemerdekaan?, dan
"Apa Merdeka sebenar yang kita cari?”
Kemudian terlintas juga soalan;
“Orang bukan Islam tidak sambut atau meriahkan hari Merdeka? (kerana sepatutnya hanya orang islam tengah mood raya )."Adakah orang bukan Islam rasa negara kita belum Merdeka ?""Sambutan Merdeka untuk orang Melayu Islam sahaja?...”
Merdekanya Malaysia.
Masa kecil saya diceritakan
Malaysia Merdeka pada 31 Ogos 1957. Tapi beberapa tahun lepas, saya dengar dari
professor bijak pandai yang berkata “Malaysia bukan negara yang dijajah”
sehinggakan timbulnya keraguan sambutan hari kemerdekaan selama ini.
Ada pula yang berkata tarikh Merdeka Malaysia sebenar bukan 31 Ogos 1957 kerana hanya melibatkan Tanah Melayu sahaja. Akhirnya, seronoklah Malaysia apabila tambah satu lagi cuti umum yang diberi nama "Hari Malaysia" bagi membetulkan keadaan kerana pada 16 September 1963 terbentuknya Malaysia dengan pengabungan Sabah-Sarawak walaupun asalnya dirancang pada 31 Ogos tahun yang sama (1963) tetapi mendapat ganguan dari Filipina dan Indonesia.

Malaysia yang dicari.
Saya ingin menarik sedikit perhatian
kepada isu negara yang bakal tiba bila-bila masa. Ya!, isu raya lagi, iaitu pilihanraya.
Bila ditanya "Apa Malaysia
Merdeka yang kita mahu?", Pasti ada pihak yang akan bagi jawapan: Merdeka dari UMNO(ABU),
merdeka dari rasuah, pilihanraya kotor dan sewaktu-denganya.
Tidak kurang juga ada yang bagi jawapan; Merdeka dari penguasaan agenda bukan islam, merdeka dari ULTR-kaisu bangsa bukan islam yang mengancam sekarang, juga merdeka dari ideologi sesat yang seperti kanser iaitu Syiah, islam liberal , pluralisme, LBGT, HAM dan sewaktu-dengannya.

Dan pelbagai jawapan lain kita boleh jumpa. Bagi saya pula; " Waktu pilihanraya inilah Kita perlu Merdeka dari nafsu dan kejahilan kita" iaitu 1. Merdeka-kan diri kita dari dendam dan fanatik
parti, 2. dari jahil diri sendiri kepada musuh seperti kanser itu. dan 3.dari "tidak berjati diri".
Harapan orang politik.
"Kalau mahu selamatkan Melayu
dan perkasakannya, wajib masuk PAS yang mendaulatkan Islam, bukannya
masuk UMNO yang memikul Islam tanpa pelaksanaan sepenuhnya setelah lebih satu
abad memikul amanah. Inilah pembetulan yang wajib dilakukan."
-1- kata Tuan Guru Hadi Awang dalam Harakah baru-baru ini.
Juga masih baru, lepas DAP keluar
kenyataan konsistennya menolak hudud, berkata Ketua Pemuda PAS, Al-fadil
Ust Nasrudin Hassan :" ....Ketiga : Sehingga saat ini, hanya PAS yang
konsisten sebagai salah satu parti besar dalam negara yang berhasrat mahu
melaksana dan mendaulatkan syariat Islam. Cuma keterbatasan kuasa dan
mandat rakyat meletakkan PAS masih belum memiliki keupayaan sebenar bagi
membangunkan negara bersama syariat Allah swt. [nota ini memerlukan ahli UMNO
menyokong PAS untuk melaksanakan Islam jika mereka juga mahu melihat Islam
tegak di atas tanahair kita]"-2-
Itulah kata-kata dua tokoh “politik
berparti” yang pastinya semua tahu fanatik-partinya demi
impian murni mereka mendaulatkan Islam. Begitu juga tidak kurang hebatnya kata-kata lobi yang hampir sama kita boleh jumpa dari musuh PAS iaitu tokoh-tokoh
UMNO yang yakin “makin tidak jauh beza” dengan PAS dan mampu
“ikhlas atau janji ditepati” bagi kekal memerintah.
Alhamdulillah, walaupun PAS “semakin banyak” syubahat dan diragui "mendaulatkan Islam sendirian" oleh
ramai ilmuan, kita
masih boleh akui PAS adalah sebuah parti Islam yang paling Islami
sekarang.
Tapi banyak persoalan besar yang timbul. Antaranya berapa ramai percaya
hakikat ini secara jelas bezanya dengan UMNO seperti hitam-putih? atau
bagaimana PAS akan pastikan islaminya tanpa syubahat
yang hampir sama seperti UMNO?. Jika dulu UMNO tidak ada kelompok
ulama hebat, sekarang telah ada ILMU. Jika dulu PAS berslogan “negara
Islam”,
sekarang tidak lagi dan telah bertahaluf dengan bukan parti islam
seperti
UMNO. Jika PAS katakan negara berkebajikan, UMNO juga. Jika PAS katakan mendaulatkan Islam,
UMNO boleh juga. Jadi secara mata kasarnya UMNO dan PAS telah hampir
sama walaupun masih banyak beza antara keduanya yang boleh dibedah
secara halus.
Saya mahu bertanyakan hal
yang lebih praktikal kepada PAS yang pastinya memerlukan sokongan padu (lebih
90%) dari pengundi UMNO untuk berjaya.
Sebagai jemaah Islam terbesar di Malaysia, berapa banyak usaha PAS mengislah orang melayu
UMNO?, berdakwah dengan santun kepada mereka, telah
berhikmah berdebat dengan mereka tanpa membalas kata-kata kesat, dan betapa
hebat usaha PAS memenuhkan jemaah subuh di masjid seperti solat jumaat?
Jemaah Subuh di Masjid seperti solat Jumaat?
Petunjuk ini adalah bukti orang benar-benar beriman yang mahukan syariat islam sepenuhnya.
Saya pilih petunjuk ini berdalil-kan ayat 18 surah At-taubah : ...Hanyasanya (tiada lain hanya) yang layak memakmurkan (menghidupkan)
masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan
hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak
takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat-sifat yang tersebut) maka
adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan yang mendapat petunjuk.
Walaupun maksud zahir dari ayat ini adalah penjelasan siapa
yang layak memakmurkan masjid Allah, tetapi maksud tersurat juga adalah: "tempat yang masjidnya makmur adalah
petanda dihuni oleh orang-orang beriman kepada Allah dan tiada lain cara makmur
yang disepakati ulama pertamanya, melainkan solat fardu berjemaah." Dalam sebuah hadits yang
diriwayatkan oleh Imam Ahmad dari Abu Sa’id al-Khudri dikatakan, “Anna
Rasulullah Saw. Qaal, “Idza ra’aitumur rajulun ya’taadil masjida, fa asyhidu
lahu bil iiman” (Jika kalian melihat seseorang yang senantiasa mendekatkan
diri di masjid, maka saksikanlah bahwa dia seorang yang beriman). Hadits
ini menunjukkan kepada kita tentang betapa pentingnya shalat berjamaah di
masjid, karena dengannyalah kita mendapatkan pengakuan atas kebenaran keimanan
kita-3-
"....jangan hanya sekedar berbicara bahwa shalat berjamaah lebih utama daripada shalat sendirian, akan tetapi hendaklah kita pahami dan kita pahamkan kepada masyarakat kita bahwa shalat berjamah merupakan sebuah keharusan. Bahkan dalam fiqhul Islami, sebagian besar imam madzhab mengatakan bahwa shalat jamaah hukumnya fardhu ‘ain (wajib bagi setiap orang). Dan dalil dipergunakan untuk menyimpulkan hal ini memang kuat, di antaranya karena Rasulullah Saw. tidak pernah meninggalkan shalat berjamaah sampai akhir hayatnya. Ketika beliau menjelang dipanggil Allah, barulah posisi(kedudukan) beliau sebagai imam shalat berjamaah digantikan oleh Abu Bakar. Bahkan ketika perang pun, Rasulullah Saw. tidak meninggalkan shalat berjamaah. Semua ini menunjukkan pentingnya shalat berjamaah, dan ia merupakan standar dari kebenaran keimanan seseorang. Bahkan, Rasulullah Saw. Mengatakan, “Awwalu maa yahaasabu ‘ala ‘abdi yaumal qiyaamati ash-shalah” (amal yang pertama kali dihisab oleh Allah Swt. adalah shalat)".-3-

Jadi
solat subuh di masjid-surau di seluruh malaysia sepanjang tahun
bagaimana?. Satu-dua-tiga sof sahaja atau melimpah macam solat
jumaat?
Sokongan padu (lebih 90%)?
Jika tidak ?
Kita semua tahu jika sedikit sahaja
ahli UMNO yang berpaling, tidak akan memberikan apa-apa kesan. Maaf
jika saya katakan harapan kedua-dua
pemimpin hebat PAS itu dan mana-mana tokoh politik yang melobi seperti
itu sebagai satu
angan-angan kosong yang tidak memahami reality keimanan bangsa melayu
sekarang dan keliru dalam memberi formula mendaulatkan Islam.
Wahai PAS! Kalian sendiri mengetahui masjid-surau Malaysia dimakmurkan bagaimana. Usahlah bercita-cita besar "mendaulatkan Islam," atau janganlah janji kosong “mendaulatkan Islam” jika amal atau kerja kalian membentuk orang beriman tidak sehebat kata-kata. Kerana Al-Quran telah mengajar, tidak mungkin penduduk sebuah negara yang tidak sepenuhnya memakmurkan masjid Allah mampu menjadi hamba Allah yang sebenar-benar beriman. Lagi mustahilah penduduk (rakyat) yang tidak beriman (atau kurang mantap iman) akan memilih pemimpin yang beriman. Benarlah seperti sebahagian ulama yang mentafsirkan ayat“…tiada lain hanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah…” dengan berkata, Jika ingin mengetahui penduduk sebuah negeri itu beriman dan mampu menegakkan syariat islam atau tidak, lihatlah masjidnya."
Mendaulatkan Islam sekarang?
Saya lebih suka tokoh-tokoh yang
"tidak politik berparti" serta dilihat lebih memahami reality sekarang untuk "mendaulatkan Islam".
Antara mereka berkata:
...kita perlu mengambil
pendekatan beransur-ansur (tadaruj) dalam langkah pengislahan (perubahan)
melalui cara pembangunan umat; dakwah dan tarbiyah. Bukan dengan cara perubahan
dari atas semata-mata iaitu melalui politik. Ini kerana manhaj pelaksanaan
siasah shariyyah memerlukan kepada proses penyediaan umat. Kuasa politik pada
hakikatnya adalah terbit dari keadaan umat itu sendiri. Kita sering mendengar
ungkapan yang menyebut sebagaimana kamu begitulah juga pemimpin yang akan
memimpin kamu. Perubahan politik memerlukan terlebih dahulu perubahan terhadap
aqidah dan kefahaman umat.-4-
Bukti yang jelas kita dapat lihat
pada hari ini ialah apabila umat Islam sendiri di sana sini menentang dan
menolak hukum Islam. Kemudian parti politik dalam keadaan ini akan tunduk
kepada kehendak masyarakat dan memiliki kefahaman yang bercampur baur. Bagi
mendapat undi walaupun pada laungannya ingin mendaulatkan Islam.-4-
Satu fakta yang penting juga ialah
arahan melaksanakan fardu kifayah adalah kewajipan ke atas bahu umat.
Pemerintah bagi pihak umat melaksanakan tuntutan fardu kifayah tersebut agak
sukar digambarkan dalam keadaan umat tidak faham. Mereka tidak bersedia untuk
dibebankan dengan tanggungjawab pelaksanaan siasah shariyyah. Tanggungjawab
pemerintah untuk berusaha mengukuhkan dan meninggikan kedudukan Islam dan
memartabatkan umat Islam. Melalui pelbagai agensi yang sedia diperuntukkan
untuk tujuan tersebut di dalam perlembagaan.-4-
Semua tindak tanduk politik hendaklah mengarah kepada memelihara dan memperkukuhkan muhtasabat supaya perbalahan politik tidak mengakibatkan kehilangan kuasa (doya’ al-baidhoh).-4-
"Fahamilah real politik
Malaysia. Ingatlah Parti Melayu Islam (Pas dan Umno) tidak boleh
menang SENDIRIAN , jika mereka tidak bersatu, kerana kita hanya ada 50 peratus.
Umat Islam memerlukan antara satu sama lain. Dua parti umat Islam ini sudah
cukup untuk saling memperkukuhkan Islam jika ada kemahuan. Tidak perlu mengharapkan
kepada PKR. Mereka hanya parti nyamuk. Nyamuk-nyamuk ini membawa banyak
virus." ( 28 Mei 2012 : Untungnya bila Umno dan Pas bertemu,
http://ridhuantee.blogspot.com/ ) -5-
Tidak perlu BERSATU, mulakan SEPAKAT.
Saya dan beberapa teman seperjuangan
yang mungkin dilabelkan kuasa ke-tiga atau apa saja gelaran, telah mengulangi
banyak kali seruan praktikal kami. Terbarunya ini :
"PAS-UMNO wajib Sepakat (tidak
perlu BERSATU membentuk parti baru) saja demi maslahah umat islam malaysia
iaitu pertahankan pemerintahan islam di negara ini, kuatkan jati diri melayu
islam dan setuju dalam hak-hak islam lain atau bendung kurang ajar ZIONIS
Malaysia (ULTRA KAISU, cegah PLURALISME-LGBT-LIBERASLISME-SYIAH dan isem-isem
sesat lain atas nama hak asasi)....-6-
Juga dalam "fatwa" yang panjang :
Sedarlah wahai UMNO dan PAS, demi
Islam, KALIAN (UMNO-PAS) perlu bersepakat kerana saling memerlukan (tidak mampu
satu pihak berdiri sendiri untuk islam), menangisi-lah dosa-dosa KALIAN kerana
membiarkan musuh merogol fikiran KAMI sejak setengah abad lalu, Hukum-lah diri
KALIAN kerana tidak pedulikan rintihan KAMI. Insaf-lah sebelum kematian
menjemput KALIAN dan Janganlah meninggalkan KAMI dalam kesengsaraan (akibat
perbutan kalian) . -7-
Jangan fanatik buta, fahamilah.
Hakikat sekarang yang kita harus
terima walaupun tidak berdalilkan Al-quran dan hadis secara literalnya adalah
“Bangsa Melayu adalah bangsa tonggak Islam di Malaysia”. Kenyataan ini telah
disokong hujah ilmiyah “Assobiyah yang dibenarkan”, Perlembagaan negara dan
sejarah melayu yang diiktiraf dunia sebagai bangsa yang sangat berkait rapat
dengan Islam.
Saya tidak khususkan islam untuk melayu sahaja, tetapi bila kita bicarakan soal masa depan islam dan bangsa yang akan melindunginya secara praktikal, Cuba rasional, Jika tidak ada bangsa Melayu untuk pertahankan islam, bangsa apakah yang akan pertahankan islam di Malaysia sekarang?, Mampukah cina muslim atau india muslim (yang mereka itu bukan sahaja minority di kalangan rakyat Malaysia, malah minority di kalangan bangsa mereka sendiri) pertahankan islam di Malaysia?

Seruan yang tidak disukai.
Saya maklum seruan kepada "kesepakatan" atau duduk semeja parti politik PAS-UMNO bukan suatu yang diminati ramai orang "berpengaruh" diluar sana. Lagi sinislah jika seruan "bersatu" seperti yang dicanang oleh Dr Ridhuantee Abdullah. Tetapi saya yakin kebenaran manhaj pertengahan yang tidak ghuluw(melampau) ada dalam seruan kami.
Mungkin sekarang kami mengeluh;
...apabila doktrin Islam pasti bertembung dengan doktrin liberal Barat, di manakah noktah persimpangannya? Bila dan bagaimana? “Turning point” itu perlu ditelah dari sekarang dan dilakarkan jalan keluarnya. Saya pasti majoriti yang memimpin sekarang bukan orang yang dangkal dalam bab strategi licik menggelicik, bahkan boleh dianggap mahaguru berdasarkan pengalaman memerhati dan mengalami. Sudah tentu mereka sudah mempersiapkan pelannya. Mereka amat pandai.
Tapi saya tidak percaya semua itu. Saya
percaya gerakan liberal Barat ini sudah jadi arus dan badai yang tidak
boleh disekat lagi. Jalan-jalannya menuju ke lembah kuasa telah
dipermudahkan oleh semangat pengikut-pengikut muda yang jahil, yang
melambung tinggi. Saya pasti lambungan tinggi semangat itu akan jatuh
menghempas tabungan hasil usaha dakwah yang tidak seberapa ini. Pada
ketika itu, saya yakin pemuda-pemuda itu tidak faham apa-apa, manakala
golongan tua yang ikhlas pula kekal menyalahkan seteru tradisi yang
sememangnya sudah bingal. Mereka amat naif.
Andai perkara ini benar-benar terjadi,
saya membayangkan bahawa gerakan Islam terpaksa belayar di lautan
liberal yang melanda. Usah cakap pasal “turning point”. Anda boleh
bayangkan bagaimana sebuah kapal mahu mengubah haluannya? Kapal gerakan
Islam yang tidak pasti bersediakah atau tidak, dipaksa belayar di
tengah lautan liberal yang mengganas. Kita terperosok jauh ke belakang
dalam trek saingan pemikiran dan anutan. Tidak kira anda memilih jalan
perubahan dari bawah, mahupun dari atas, kesemua kita akan menerima
padahnya.-8-
Tapi kami yakin suatu hari nanti seruan kami akan mendominasi. Dengan syarat kami degil memilih nasihat nabi melalui hadis riwayat Imam Muslim berikut sebagai inspirasi perjuangan yang tidak diminati ini (perjuangan tidak fanatik kepada UMNO atau PAS, tetapi hanya fanatik pada kebenaran Islam). Rasulullah saw bersabda:
“Sentiasa akan ada satu golongan dari umatku yang menegakkan kebenaran. Mereka tidak akan tergugat oleh sesiapa pun yang menentang mereka sehingga datanglah hari kiamat dan mereka tetap di dalam keadaan mereka.”.-9-
Tegakkan Islam dalam dirimu,
nescaya Islam akan tertegak di atas bumimu.-10-
Telah
lebih 55 tahun kita mencapai
kemedekaan dari penjajah British. Alhamdulilah orang tua kita telah
selesaikan
satu tahap perjuangan menghalau penjajah secara fizikalnya . Tapi
perjuangan belum selesai, kita berhadapan tahap kedua perjuangan iaitu
melawan penjajahan
bentuk non-fizikal atau penjajahan pemikiran atau lebih dikenali sebagai
perang pemikiran yang sedang gigih meranapkan jati diri umat Islam.
Misi menyelamatkan jati diri kita mustahil tercapai tanpa membentuk kesepakatan agenda bagi mendulatkan islam di bumi kita dengan ke-egoan, dendam, kedengkian,kezaliman sesama kita. Lagi Mustahil, jika kita sombong rasa kumpulan atau parti sendiri sahaja yang mampu daulatkan atau kembalikan jati diri bangsa Melayu Islam.
Ada pihak kerap hanya memfokuskan hal kemerdekaan besar dengan melihat kezaliman pembesar negara, ada satu pihak lagi berusaha membuktikan diri bukan penzalim, ada pula malas ambil peduli masalah umat walhal dirinya adalah sebahagian umat, dan ada juga yang berfikir sebagai kuasa ke-tiga. Tapi lupakah kita, ada jiran kita yang dirinya masih tidak lepas hal yang kecil seumpama solat berjemaah di masjid. Tidak, bukan solat jemaah, solat fardu penuh sekalipun tidak lulus.
Mungkin sekarang masih sukar bagi sesetengah orang di luar sana setuju seruan aktivis dakwah seperti saya yang mengajak kesepakatan UMNO-PAS untuk daulatkan Islam atau perkasakan agenda jati diri melayu islam. Tapi apa yang pasti, seorang muslim dari puak atau kumpulan politik manapun tidak sukar memahami kesepakatan untuk memakmurkan masjid Allah.
Oleh itu kita semua sepakat memakurkan masjid Allah demi daulatkan islam. Kita (muslim) di Malaysia pula perlembagaan label-kan "Melayu". Apa salahnya jika dikatakan "JOM!, Melayu sepakat makmurkan masjid, Islam pasti berdulat"!.
Selamat hari Malaysia...

Rujukan:
-1- http://www.harakahdaily.net/index.php/headline/12953--melayu-wajib-kuatkan-pas-dalam-pr
-2-
http://www.harakahdaily.net/index.php/columnist/ketua-pemuda-pas/12099-qhududq-alamat-kubra-pru-13
-3-
http://ari2abdillah.wordpress.com/2007/07/03/tafsir-al-quran-memakmurkan-masjid-qs-at-taubah-17/
-4-
http://www.ismaweb.net/v4/2012/07/islam-dan-politik-kepartian-malaysia/
-5-
http://addinlove.blogspot.com/2012_05_01_archive.html
-6-
http://addinlove.blogspot.com/2012/09/stay-fokus-sebenar.html
-7- http://addinlove.blogspot.com/2012/08/fatwa-hari-raya-posa-ke-6-1433h.html
-8- http://www.ismaweb.net/v4/2011/06/menginsafi-realiti/
-9- Sahih Muslim, Jilid 6, m.s. 52
-10- kata-kata Syeikh Hasan al-Hudhaibi, Mursyidul Am Ikhwan ke-2.
kenapa x meriah??
ReplyDeletekalau saya jawapan jujur - TEMA (patriotik sangat)
Seorang lelaki
ReplyDeletehttp://addinlove.blogspot.ie/2012/01/sepakat-dalam-amal-islami.html menulis,
"Menerima Ta’adud jemaah-1- ,adalah syarat pertama dalam amal islami ."
Penulis juga menulis pada tempat yang sama,
"Saling bersangka baik , tidak dengki dan tidak menghalang amal dakwah persatuan atau kelompok islam lain adalah syarat kedua dalam muamalah sesama muslim ."
BUT, WAIT,
penulis juga menulis seperti berikut pada http://addinlove.blogspot.ie/2012/09/merdeka-masjid-malaysia.html
1) "jika amal atau kerja kalian membentuk orang beriman tidak sehebat kata-kata"
2) "Alhamdulillah, walaupun PAS “semakin banyak” syubahat dan diragui "mendaulatkan Islam sendirian" oleh ramai ilmuan"
Mungkin ini yang penulis rasa "bahwa saling bersangka baik". Boo to you, wahai penulis. Boo to you. Orang munafiq memang begini, cakap lain, buat lain.:)