Assalamulaikum, pandangan ini telah mula ditulis sebelum Al Fadhil Ustaz Abdul Halim, Ketua Unit Penerangan Biro Politik ISMA Pusat memberikan jawapan, saya selesaikan juga apa yang termampu sebagai sisi pandang seorang ahli biasa isma.
Melayu
sepakat, Islam Berdaulat.?
Kita
semua maklum Melayu adalah bangsa tongak Islam di Malaysia ini. Ini jelas
dilihat pada fakta yang banyak "mensaudarakan Melayu dengan Islam" di negara ini. Persaudaraan itu begitu erat sehingga termaktub
dalam perlembagaan negara ini. Hal ini terbukti apabila istilah Melayu boleh
difahami Islam dan Islam adalah Melayu apabila banyak kes mahkamah negara ini
gagal menjatuhkan status Islam dalam kad pengenalan beberapa individu Melayu
yang murtad (keluar Islam). Kefahaman lainnya juga adalah bila seseorang itu
memeluk agama Islam maka kita boleh fahami dia masuk Melayu dari sudut
statusnya. Selain itu seruan "orang Melayu sepakat" turut boleh ditafsir seruan agar "umat Islam sepakat".
Pemimpin
isma ada kebijakan sendiri dalam memilih slogan politik "Melayu sepakat Islam berdaulat". Jika istilah "umat Islam" dipilih mengantikan
"Melayu" ianya akan bersifat terlalu umum, tidak menarik perhatian
dan tidak memfokus kepada masalah sebenar negara ini. Bila perkataan Melayu
dipilih , ia boleh ditafsir serampang dua mata sasarannya (pertama orang Melayu
dan keduanya orang Islam), fokus khas kepada kaum Islam terbesar iaitu Melayu
yang banyak masalah dan ada nilai publisity (popularkan nama isma) mudah dengan mencetus pelbagai tafsiran dari umat Islam.
Sebagai
muslim saya yakin Islam akan berdaulat jika umat islam negara ini sepakat dalam
hak kebaikan dan ketakwaan. Juga adalah mustahil berdaulatnya Islam jika
sepakat dalam hal kezaliman atau kejahatan kerana hal itu tidak tercatat dalam
sejarah dan bertentangan dengan sifat Islam itu sendiri. Maka seruan isma
adalah mengajak umat islam amnya dan khusunya Melayu kembali bertakwa jika mahu Islam berdaulat.
Saya
percaya fitnah kepada Islam "kurang" ketika pengabungan UMNO-PAS pada
tahun 1974-1978. Kedudukan Islam lebih baik pada tahun pengabungan
tersebut kerana ahli PAS-UMNO lebih aman
solat dalam satu masjid, kurang kedengaran doa laknat antara PAS-UMNO, juga
sikit kes mengkafirkan UMNO oleh ahli PAS dan terpentingya musuh Islam sebenar
rasa terancam kerana kedua dua parti besar umat Islam bersatu.
Tidaklah Melayu mulia dari bangsa lain. Tidak pernah saya mendengar tokoh isma mengajar
dalam usrah (pengajian kecil) sehingga ke ceramah umum, "Islam ini untuk orang Melayu
sahaja". Hal ini dibuktikan lagi dengan ramai aktivis dan asatizah isma
terlibat secara langsung atau tidak dalam misi pengislaman non muslim di serata
negara ini. Di Penang sendiri (saya aktivis isma Penang) ada "aktivis isma India muslim" (seorang baru memeluk Islam dan seorang lagi India muslim).
Jika dalam manhaj dan silibus isma hanya bicara Islam untuk Melayu saja, adakah
akan ada bukan Melayu muslim yang bersama isma?
Salah faham "isma mengkhususkan Islam untuk Melayu saja" turut saya lihat berlaku kepada Dato Dr Asri di wacana kelantan baru-baru ini. Dato Dr Asri kelihatannya tidak memahami bahasa "pertahankan syaukah (kekuasaan politik) islam" oleh Ustaz Hazizie dengan asik mensamakan hal ini (Dakwah Islam untuk Melayu saja) dan menghentam isma seperti menafikan hak non muslim atau muslim yang bukan Melayu. Bagi isma sebelum perkatakan hak bangsa lain kita harus melihat apa hak kita sebagai orang islam di dalam kerajaan Islam. Bagaimana kita mahu perkatakan hak bangsa bukan islam jika hak bangsa dan kekuasaan islam sendiri semakin terhakis atau terabai? Adakah jika ada agamawan kristian yang menuntut hak kalimah Allah dalam bible bahasa Melayu maka tidak ada hak orang Islam untuk mencegahnya kerana kuatir akan menimbulkan salah faham?.
Benar, kita boleh nampak banyak kesamaan dalam istilah dakwah islam dan istilah siyasah Islam, Tapi kita tidak boleh menafikan perbezaannya yang banyak juga. Bila kita membicarakan kekalkan kekuasaan "Siyasah Islam di kalangan orang Melayu" itu tidak bermaksud kita katakan dakwah atau "Islam untuk melayu sahaja". Juga bila kita katakan "fokus dakwah kepada Melayu dulu dalam tempoh sekian-sekian" itu bukan bermakusd "Islam ini untuk Melayu selamanya", Bila kita katakan "Melayu Sepakat" hari ini kerana melihat signifikan kadar langsung "Melayu dengan Islam (Melayu hina-Islam hina, Melayu hebat Islam hebat)", itu bukan bermaksud selamanya akan kekal jika Cina muslim dan India muslim telah berbukti mampu memerintah dan mensyaukahkan kaum mereka, maka kita katakan "Melayu,Cina dan india sepakat Islam berdaulat". Semua itu hanya slogan politik yang bersifat flexible dengan keadaan, bukan suatu prinsip keimanan yang tetap sifatnya.
Salah faham "isma mengkhususkan Islam untuk Melayu saja" turut saya lihat berlaku kepada Dato Dr Asri di wacana kelantan baru-baru ini. Dato Dr Asri kelihatannya tidak memahami bahasa "pertahankan syaukah (kekuasaan politik) islam" oleh Ustaz Hazizie dengan asik mensamakan hal ini (Dakwah Islam untuk Melayu saja) dan menghentam isma seperti menafikan hak non muslim atau muslim yang bukan Melayu. Bagi isma sebelum perkatakan hak bangsa lain kita harus melihat apa hak kita sebagai orang islam di dalam kerajaan Islam. Bagaimana kita mahu perkatakan hak bangsa bukan islam jika hak bangsa dan kekuasaan islam sendiri semakin terhakis atau terabai? Adakah jika ada agamawan kristian yang menuntut hak kalimah Allah dalam bible bahasa Melayu maka tidak ada hak orang Islam untuk mencegahnya kerana kuatir akan menimbulkan salah faham?.
Benar, kita boleh nampak banyak kesamaan dalam istilah dakwah islam dan istilah siyasah Islam, Tapi kita tidak boleh menafikan perbezaannya yang banyak juga. Bila kita membicarakan kekalkan kekuasaan "Siyasah Islam di kalangan orang Melayu" itu tidak bermaksud kita katakan dakwah atau "Islam untuk melayu sahaja". Juga bila kita katakan "fokus dakwah kepada Melayu dulu dalam tempoh sekian-sekian" itu bukan bermakusd "Islam ini untuk Melayu selamanya", Bila kita katakan "Melayu Sepakat" hari ini kerana melihat signifikan kadar langsung "Melayu dengan Islam (Melayu hina-Islam hina, Melayu hebat Islam hebat)", itu bukan bermaksud selamanya akan kekal jika Cina muslim dan India muslim telah berbukti mampu memerintah dan mensyaukahkan kaum mereka, maka kita katakan "Melayu,Cina dan india sepakat Islam berdaulat". Semua itu hanya slogan politik yang bersifat flexible dengan keadaan, bukan suatu prinsip keimanan yang tetap sifatnya.
PAS sepakat
dengan Umno.?
Bicara
sebenar isma berkaitan PAS-UMNO bukan perkataan bersatu, tapi
ber"sepakat"nya PAS dan UMNO. Seruan bersatu hanyalah pandangan
peribadi beberapa tokoh isma. PAS dan UMNO telah ada pengalaman
bernikah (bersatu) yang tidak membuahkan hasil yang baik, kata mudahnya PAS
pernah gagal dalam pernikahan. Oleh itu jika soal wajar atau tidak ditimbulkan, saya ingin bertanyakan " wajarkah PAS mengajak semua umat Islam bersatu
dibawahnya atau menyokongnya jika PAS sendiri pernah gagal dalam pengabungan
dengan umno (sejarahnya juga pas lahir dari umno) tanpa kita selidik secara
adil kegagalan pengabungan tersebut.?"
begitu
jugalah adakah wajar jika isma (sejarahnya pula isma bukan pecahan PAS atau JIM)
pernah gagal dalam peristiwa pengabungan dengan beberapa jemaah islam maka kita
terus menghukum isma tidak layak bicara soal bersatu atau sepakat dan
berkesimpulan pihak yang nampak salahnya adalah isma?
Di
peringkat dunia selepas jatuhnya khalifah turki uthmaniyah pada 1924 , tiada
satu pun jemaah Islam yang layak mengatakan dirinya peganti khalifah turki
uthmaniyah (khalifah ada kuasa memaksa jemaah lain bersamanya) hatta Ikhwanul Muslimin yang mempunyai cawangan lebih seratus buah negara. Begitu juga Malaysia,
PAS atau jemaah senior yang lain tidak boleh memaksa jemaah kecil atau baru
bersama mereka. isma yang mempunyai
beberapa pandangan berbeza dengan jemaah senior lain mutakhir ini pastinya
menjadikan dirinya lumpuh atau tidak praktikal jika bernaung dibawah jemaah pas
atau jemaah senior lain. Adapun "ke-engganan bernaung" ini tidak wajar
ditafsir tidak boleh mencari titik kesepakatan atau saling berperanan.
Alangkah
baiknya jika isma dilihat saling menguat PAS , check-& balance dan melengkapi jemaah Islam yang sedia ada
dari luar saja kerana isma sekarang mampu membuat apa yang "kurang mampu dibuat
secara optima" oleh beberapa jemaah senior yang lain. Sebagai contoh, isma tidak memihak
kepada BN atau PR, fokus pembinaan jati diri Melayu muslim, lantang memerangi
syiah-liberalisme-pluralisme, dan tegas mengkritik bukan Islam yang "memerangi"
agenda negara Islam Malaysia.
Amanat Haji
Hadi vs Amanat Dr Mahathir.?
Dr
Mahathir di
maklumi bukan agamawan berpengaruh seperti Tuan Guru Haji Hadi. Seorang
"agamawan
berpengaruh" yang keliru dalam pandangan lebih bahaya daripada pemimpin
negara yang dimaklumi "lemah agamanya". kesesatan amanat Dr Mahathir
boleh dikesan budak sekolah atau orang kampung yang mengaji tidak habis,
tetapi
kesalahan fatwa seorang "agamawan berpengaruh" sukar dikesan dan
jarang dibangkang rakyat terutama ahli parti agamawan tersebut. Buktinya
hari
ini masih kedengaran suara mengkafirkan atau me-munafikkan (islam pada
luaran tapi dalam kafir-hakikatnya kafir) UMNO walaupun kesnya
sangat terpencil.
Penglibatan
dalam pilihanraya ?
Isma
mengkritik
pengamalan politik yang kotor, kepartian dan merugikan islam. ini
bukan bermaksud isma tidak mahu terlibat mengatur politik negara ini .
Perlembagan isma hanya melarang gelar dirinya parti politik dan tidak
boleh
terlibat politik "kepartian".
Disebabkan
politik
adalah sebahagian dari Islam dan tiada pun sekatan isma "tidak
boleh berpolitik", tahun 2010 telah menyaksikan isma berani mengiklankan
slogan politiknya "Melayu sepakat Islam berdaulat" yang telah
menimbulkan banyak acara kontrovesi "agenda Melayu dan Islamnya"
seperti HIMPUN, mencetus beberapa konvensyen , menyertai demonstrasi
aman
pertahankan kalimah Allah sehinggalah
terbarunya terlibat dalam PRU ke 13.
Kuasa
politik orang Melayu.?
Apa yang
saya fahami dari kuasa politik atau syaukah orang Melayu bukanlah quantity (jumlah)
wakil rakyat tetapi quality (berfungsi dengan baik). Apa guna bertambahnya wakil rakyat tetapi tidak mencapai hasrat atau syaukah
parti (umno dan pas) umat Islam tetap semakin lemah. kemerosotan quality syaukah ini
dapat dilihat dalam "toleransi melebih-lebih" ke dua-dua pihak kepada isu ditimbulkan politikus
non-muslim muttakhir ini.
Apa
yang
kita perlukan bukan bertambah bilangan sahaja tetapi quality atau yang
benar benar ada fikrah atau idelogi sepakat demi islam. Kita lebih rela
jika kurang quantity tetapi berquality (mencapai maksud syaukah). Tetapi
bacaan politik kini melihat tidak boleh bergantung kepada wakil rakyat
muslim dari BN atau PR sahaja dalam isu syaukah ini. Buktinya jelas bertambah wakil rakyat
muslim dari PR tapi syaukah umat Islam tetap sama atau makin lemah . Dengan izin Allah
saya
yakin calon muslim berwibawa dari isma ada ciri ciri ini dan dilihat
lebih
mudah dipercayai kerana bukan dari kandang BN atau PR.
Hubungan
intim dengan Umno?
Hal dana
pru isma mungkin dapat dirungkaikan jika isma sendiri mengakui dan didatangkan
bukti jelas UMNO menjadi dalangnya. jika tidak ada sebarang bukti jelas maka
marilah kita kekal beriman dengan menjauhi prasangka dan memikirkan sesuatu
yang lebih bermanfaat.
pada
saya sekarang, tiada dalang disebalik penglibatan isma memeriahkan lagi pru
paling sengit ini melainkan dalang "iman dalam diri ahli ahli isma".
Arus Baru bukan Arus Biru dan bukan Haru Biru.
Saya mohon maaf kerana berminat dan mampu memberi 6 pandangan saja dari 11 yang
ditimbulkan. Sebelum mengakhiri kalam, saya ingin mengajak semua aktivis parti
PAS atau UMNO rasional dengan seruan arus baru atau penglibatan isma ini agar
tidak merugikan kita kelak.
Perhatikan
sedikit nokhtah ini:
1. Isma
mendatangkan "Arus Baru"
dengan seruannya undilah "calon
muslim berwibawa" (CMB) . seruan CMB bukanlah menyuruh
anda tidak mengundi calon PAS atau UMNO, bahkan menyuruh lagi. Undilah CMB
dari PAS atau UMNO yang anda yakini.
2. Isma akan mengunakan tiket parti Berjasa untuk CMB
yang dipilihnya. Isma berkomitmen tidak menghantar CMB nya di tempat yang ada
calon PAS atau UMNO. Maka jelas calon CMB isma hanya akan
bertanding di tempat tiada
calon UMNO atau PAS. Dengan ini SEPATUTNYA dapat dielakkan jentera isma akan bertempur
dengan jentera PAS dan UMNO.
3. CMB
isma juga akan bertanding di tempat majority muslim tetapi calon akan datang
atau wakil rakyat sebelum ini adalah non muslim. Isma melakukan hal ini kerana mendengar keluhan masyarakat Islam di tempat tersebut dengan menjadi
alternatif dan melihat "BERPOTENSI MENAMBAH WAKIL RAKYAT MUSLIM BERFIKRAH
KESEPAKATAN ".
Jika
wakil rakyat non muslim kita telah maklum pastinya bukan dari UMNO atau PAS
tetapi adalah parti sekomponen PAS atau UMNO. Dengan ini akan ada isu jentera
BN dan PR yang akan bertembung dengan jentera isma.
Saya hanya ingin menimbulkan sedikit persoalan kepada ahli PAS dan UMNO di kawasan bakal ada CMB isma:
Saya hanya ingin menimbulkan sedikit persoalan kepada ahli PAS dan UMNO di kawasan bakal ada CMB isma:
"walaupaun terdapat hukum harus dengan syarat tertentu, sanggupkah anda berkempen untuk pemimpin bukan Islam yang pastinya agenda utama mereka tetap menetang perlaksaan Islam sepenuhnya di negara ini.?""jika ditakdirkan PR menang, adakah anda yakin mereka akan memilih PM dari orang PAS?"
"jika ditakdirkan BN pula kekal, adakah anda yakin mereka akan menyokong syariat islam sepenuhnya?"
"Jika perlantikan mereka (Calon bukan muslim) bukan isu walak sekalipun, Tidak adakah rasa kasih sayang seakidah, bersangka baik sesama muslim dan memahami kefarduan memilih seorang muslim (CMB isma) yang LEBIH BERPOTENSI menyokong PM di kalangan PAS jika PR menang atau memperkasakan suara agenda islam jika BN atau PR memerintah?"
4.
Ingatlah saudaraku, saat ini isma masih berkomitmen belum PR dan belum BN.
tidak ada lagi bukti solid mengaitkan isma ini akan ke PR atau BN. Bagi saya
isma yang macam "sedikit lunak" dengan UMNO bukan suatu yang mudah dibaca atau indikator
awal. Tanpa mengira PR atau BN menang, apa yang saya pasti
kemenangan CMB isma ada manfaat besar untuk agenda islam.
5. jika
isma belum PR atau belum BN maka isma
berhasrat menjadikan kuasa penentu undi atau memiliki kuasa tawar menawar
(bargin power). kuasa ini hakikatnya sekarang ada pada undi bukan islam dan
inilah antara bukti besar kelemahan syaukah parti islam di negara ini sekarang.
Isma bertekad mengembalikan kuasa tawar menawar ini kepada umat islam dengan
secepat mungkin kerana sejarah negara ini mencatatkan kebanyakan "hak yang
kita beri tidak akan mampu di ambil kembali".
kesimpulannya,
saya melihat tidak perlu pun atau kurang bijak jika aktivis PAS dan UMNO
bermusuh atau bertembung dengan arus baru kerana banyak titik kebaikan dan
manfaat akhir CMB isma tetap dikongsi bersama kelak dan pastinya banyak
membantu usaha mendaulatkan islam tanpa mengira BN atau PR yang menang. Tenaga
aktivis dan penyokong PAS-UMNO saya cadangkan lebih bermanfaat memperkasakan
tugas-tugas kempen sedia ada dari menambahkan keserabutan di kepala memikirkan
atau menambah arus baru sebagai seteru baru masing masing.
Sungguh, Arus Baru tidak pernah menganggap atau mahu meletakkan ahli PAS atau UMNO
sebagai jentera musuh ketika PRU nanti, bahkan kami adalah saudara kalian yang
memerlukan bantuan kalian agar kita sama sama memenangkan Islam.
Tidak banyak pun kerusi yang isma bakal tandingi, sepuluh peratus pun tidak sampai. Kemungkinan 7 Parlimen dan 3 Dun. Kedekut sangatkah sedikit kerusi itu untuk bagi peluang CMB isma menang.? Jika awal-awal lagi telah lancar kempen boikot CMB isma, macam mana mahu tahu isma akan ke PR atau BN? atau bagaimana mahu tahu arus baru berkesan atau tidak ? Menangkan CMB isma kemudian baru kita tahu.
Ayoh undi CMB isma di tempat yang ada calon isma dan teruskan mengundi calon muslim berwibawa (PAS atau UMNO) pilihan anda di tempat-tempat yang lain.
"Melayu Sepakat Islam Berdaulat"
"Undilah Calon Muslim Berwibawa"
Tidak banyak pun kerusi yang isma bakal tandingi, sepuluh peratus pun tidak sampai. Kemungkinan 7 Parlimen dan 3 Dun. Kedekut sangatkah sedikit kerusi itu untuk bagi peluang CMB isma menang.? Jika awal-awal lagi telah lancar kempen boikot CMB isma, macam mana mahu tahu isma akan ke PR atau BN? atau bagaimana mahu tahu arus baru berkesan atau tidak ? Menangkan CMB isma kemudian baru kita tahu.
Ayoh undi CMB isma di tempat yang ada calon isma dan teruskan mengundi calon muslim berwibawa (PAS atau UMNO) pilihan anda di tempat-tempat yang lain.
"Melayu Sepakat Islam Berdaulat"
"Undilah Calon Muslim Berwibawa"
Wallahwalam,
No comments:
Post a Comment