Gambar berhidung bab-i yang disunting kepada muka SS Mufti Sabah Ust Bongsu bukanlah sesuatu yang boleh dipandanag remeh. Ianya suatu usaha terancang lagi licik tangan-tangan ghaib yang mempunyai agenda tersendiri bagi merobek keharmonian di negara kita ini.
Mari analisisi sikit apa yang boleh ditafsirkan dari gambar itu? Melihatnya sahaja tidak lalu (maaf saya tidak mahu letak gambar itu di sini). Terlalu banyak massage negatifnya. Selain kebencian bersifat peribadi kepada beliau tafsiran luasnya adalah suatu isyarat kebencian kepada orang Islam serta agama-nya, perlecehan institusi agama Islam atau mufti, suatu jenayah yang boleh membawa kepada fitnah lebih banyak dan terpenting sekali "ada pihak yang mahu" ingin menguji sejauh mana respon atau sensetiviti umat Islam Malaysia.
Mari analisisi sikit apa yang boleh ditafsirkan dari gambar itu? Melihatnya sahaja tidak lalu (maaf saya tidak mahu letak gambar itu di sini). Terlalu banyak massage negatifnya. Selain kebencian bersifat peribadi kepada beliau tafsiran luasnya adalah suatu isyarat kebencian kepada orang Islam serta agama-nya, perlecehan institusi agama Islam atau mufti, suatu jenayah yang boleh membawa kepada fitnah lebih banyak dan terpenting sekali "ada pihak yang mahu" ingin menguji sejauh mana respon atau sensetiviti umat Islam Malaysia.
Apa kata-kata Ust Bungsu yang mencetus kebencian ini?
Ini adalah perkara asas yang harus kita faham. Dari sumber Malaysia kini -1-, Saya melihat terdapat dua saja kemungkinannya. Pertamanya tidak puas hati dengan fakta beliau yang mengatakan "Kadazan bangsa yang dicipta". Apa salahnya fakta beliau? jadi apa fakta sebenar kalau fakta beliau salah? KATANKAN ada salah faktanya. Jadi persoalan yang lebih besar, berat mana salah beliau? Kerana pandangan ini sahaja mahu marah sangat, bawa masuk mahkamah adat, minta beliau minta maaf dan kena penjara jika beliau enggan? Entah saya tidak faham ! nampak macam masalah kecil yang tidak cukup kuat untuk dijadikan alasan.
Saya nampak kemungkinan kedua lebih menampakkan sebabnya. Iaitu kerana beliau mengeluarkan satu idea hebat lagi kontrovesi yang berupa PENYELESAIAN untuk menyatupadukan umat Islam Sabah iaitu "MeMelayukan rumpun Melayu (Bumiputera ISLAM) Sabah dan Sarawak".
Saya nampak kemungkinan kedua lebih menampakkan sebabnya. Iaitu kerana beliau mengeluarkan satu idea hebat lagi kontrovesi yang berupa PENYELESAIAN untuk menyatupadukan umat Islam Sabah iaitu "MeMelayukan rumpun Melayu (Bumiputera ISLAM) Sabah dan Sarawak".
Jadi kesalahan beliau hanya bagi cadangan atau "idea jarang dengar" untuk selesaikan permasalah orang Islam Sabah yang bersuku-suku (berpecah-pecah) atau kata lainya kerana misi beliau mahu membentuk suatu bangsa Islam yang kuat di Sabah.?
Boleh setuju dengan kemungkinan saya? Tidak setuju? Baiklah sila dengar sendiri rakaman beliau di simposium tersebut -2- dan bagi tahu saya jika ada kemungkinan lain.(nasihat ikhlas kepada yang mahu dengar rakaman ini: "Adalah kurang bijak dan matang untuk kita terus menerus mengeluarkan pandangan dan kritikan balas tanpa melihat teks asal perbincangan simposium dan konteks serta mauduk pandangan ini diutarakan," kata Yang Dipertua Abim Sabah Dr Abdullah Bade (kiri) dan Pengerusi WADAH Sabah Abdul Manap Mahmud.) - Saya sendiri adalah yang hadir simposium itu dan dengar secara langsung disana. Insyallah saya faham objektif simposium, teks perbincangan dan konteks perbincnagan progam itu.
Kenapa kita tidak boleh berlapang dada dan nyatakan pandangan sendiri penuh ilmiyah? Kenapa sampai paksa beliau minta maaf, bawa ke mahkamah adat (penghakiman dengan cara bukan islam iaitu dengan peraturan kaum peribumi sabah-kalau cara islam bawa ke mahkamah syariah bukan mahkamah adat) , minta sogit? dan terbaru buat gambar itu ? Siapa yang buat semua ini?.
Entah siapa mereka. Apa yang saya nampak KEBARANGKALIAN paling besar adalah SEBAHAGIAN pribumi NON-MUSLIM yang bencikan pribumi MUSLIM menjadi KUAT. Kerana itu kata-kata mufti Sabah yang tidak ada kaitan pun dengan mereka atau dilihat sebagai ancaman. (Ust Bongsu hanya merujuk kepada MUSLIM bumiputera, bukan merujuk kepada bumiputera NON-MUSLIM. Jadi apa kaitan non muslim mahu bising? sepatutnya yang bising adalah bumiputera muslim yang tidak setuju)
Kenapa "mereka" berani?
Kerana ada "muslim yang celaru identity atau otak politik kepartian sempit" menyokong mereka. Mereka meng-kuda-kan Muslim keliru yang tidak paham isu sebenar demi menjayakan misi TIDAK inginkan suku-suku rumpun Melayu Sabah bersatu SEPERTI suku-suku rumpun Melayu Semenanjung yang boleh bersatu dibawah identity Melayu.
Jika kita mengkaji sejarah dan perlembagaan Malaysia, kita akan memahami seruan kepada menjadi satu bangsa Melayu adalah seruan menjadi sebuah bangsa islam yang kuat.
Hal ini difami jelas oleh "mereka" atau musuh musuh islam yang sedang bekerja mengagalkan kewujudan sebuah bangsa Islam yang kuat di Malaysia ini. "Mereka" tahu perlembagaan negara meng-silaturahim-kan istilah Melayu dengan Islam. Perlembagaan tidak silaturahim istilah Bajau dengan Islam, Bugis dengan Islam, Iranun dengan Islam, Sulu dengan Islam dan lain lain rumpun melayu sabah, Hanya melayu sahaja yang disilaturahimkan dengan Islam. Oleh itu jika semua rumpun Melayu Sabah berjaya SEDAR diri adalah Melayu, "mereka" akan bermasalah. KESEDARAN itu yang "mereka" tidak mahu.
KESEDARAN itu yang difahami Ust Bongsu. Kesedaran hampir sama seperti itu juga ada aktivis-aktivis islam yang membuat seruan "Kesepakatan Melayu untuk mendaulatkan Islam".
Assobiyah adalah "menyeru Melayu sepakat buat jahat" DAN "menyeru melayu sepakat buat baik" ?
Permasalah yang besar yang timbul di kalangan sebahagian besar orang MELAYU Islam di negara kita adalah mereka tidak faham mafhum Assobiyah sebenarnya. Dengar sahaja seruan bangsa, maka mereka membuat kesimpulan itu sebagai "Seruan kepada Assobiyah terlarang". Sedangkan Assobiyah terlarang dimaksudkan Nabi Muhammad saw hanya akan wujud jika seruan kepada bangsa atas tujuan kejahatan bukan sebaliknya (tujuan kebaikan).
Bagi menjelaskan lagi cuba perhatiakan dua seruan ini:
Pertama "Wahai orang melayu, jom kita solat di masjid".
Kedua "Wahai orang Melayu, jom kita pergi disco".
Apa persamaan dan berbezaan di dalam dua seruan itu.? Persamaanya menyeru orang Melayu sahaja. Perbezaanya seruan pertama ajak kepada kebaikan seruan kedua kepada kejahatan atau keburukan. Kata lainnya seruan pertama Assobiyah Hasanah dan seruan kedua Assobiyah Mazmumah.(Bagi faham istilah Hasanah dan Mazmumah ini sila baca link dibahagian rujukan)-3-
Pertama "Wahai orang melayu, jom kita solat di masjid".
Kedua "Wahai orang Melayu, jom kita pergi disco".
Apa persamaan dan berbezaan di dalam dua seruan itu.? Persamaanya menyeru orang Melayu sahaja. Perbezaanya seruan pertama ajak kepada kebaikan seruan kedua kepada kejahatan atau keburukan. Kata lainnya seruan pertama Assobiyah Hasanah dan seruan kedua Assobiyah Mazmumah.(Bagi faham istilah Hasanah dan Mazmumah ini sila baca link dibahagian rujukan)-3-
Sekali lagi, "Mereka" yang membenci agenda Islam di Malaysia ini tahu permasalah kekeliruan mahfum assobiyah ini. Dengan ini mereka berani mengambil kesempatan menimbulkan fitnah ini. Mereka yakin ada orang melayu yang bersama mereka.
Warga Malaysia ! Mari peduli sebelum terlambat , jangan melampaui batas dan saling hormat-menghormati.
Saya mempunyai ramai kenalan baik non muslim di Sabah yang masih berhubung di alam maya iaitu FB sehinggalah hari ini. Saya mengharapkan tulisan saya ini tidak disalah faham dan dilihat memusuhi semua non-muslim. BUKAN itu tujuan saya. Saya hanya memusuhi "mereka" atau non-muslim yang berniat jahat menimbulkan huru-hara yang selama ini tidak pernah timbul. Telah lebih 50 tahun muslim dan non-muslim hidup aman sahaja dalam negara Islam Malaysia -4- ini. Kenapa tiba-tiba mahu membuat huru-hara ini? Saya yakin majoritynya non-muslim tidak bersetuju dan turut simpati pada Ust bongsu. Hanya sebahagian SANGAT kecil sahaja yang bermasalah dan perlu dirawat segera sebelum menjadi lebih parah.
Kepada kawan-kawan non-muslim saya harap anda menasihati saudara-saudara anda yang bermasalah agar jangan "terbiasa" campur tangan dalam urusan perbaikan umat Islam (contoh isu ini dengan menyekat umat Islam Sabah dari bersatu dibawah satu identity). Ini kerana jika umat Islam semakin baik, maka anda juga pasti akan merasai manfaatnya. Selain itu kami yang muslim tidak terbiasa campur tangan atau berniat rosakan usaha perbaikan di dalam agama anda (kami hanya akan campur tangan jika sangat mengancam identity negara Islam ini). Malah sekian lama anda telah diberi kebebasan untuk mengamalkan agama anda. Bila telah diberi kebebasan harapnya jangan salah guna sehingga melampaui batas seperti yang dibuat kepada Ust Bongsu ini. Tolong hormat kami agar kami juga boleh hormat anda dan hidup kita sentiasa harmoni.
Kepada semua kaum muslimin pula ! Sampai bila kita mahu pentingkan diri, hidup tidak reti mahu sepakat, tidak faham masalah umat, berdiam diri dan buat tidak kisah?Cukuplah! sedarlah sebelum terlambat, banyak pihak yang akan ambil kesempatan dalam keadaan kita yang berpecah belah ini, ADAKAH mahu tunggu "negara milik orang SESAT" baru sedar?. Wahai orang Melayu dan SEMUA RUMPUN MELAYU, bersepakatlah demi mendaulatkan Islam.
Siapa terlebih dahulu yang memulakan isu ini, tuan mufti tidak terfikirkah tentang perasaan bangsa lain bila mana nak memelayukan Dusun, Kadazan dan Murut sebagai nama baharu yakni Melayu Dusun, Melayu Kadazan dan Melayu Murut.
ReplyDeleteTahukah kenapa puak Kristian kritik mufti itu? Sebab kelancangan beliau mengatakan "KADAZAN ITU REKAAN" hahhhh, nila faktor utama mengapa mereka kritik mufti dan saya sebagai Dusun Islam pun terkejut dgn kenyataan ini. Alih-alih ditulis pula di atas sebagai "MUSUH-MUSUH ISLAM" ditujukan kepada puak2 Kristian, Secara jujurnya, kami Dusun Islam, Kadazan islam dan Murut Islam tidak mempunyai sekelumit pun rasa benci terhadap sebangsa kami yang Kristian. Anda boleh lihat sendiri akan hal ini di sabah. Jangan timbulkan kekecohan agama di sabah. Kami tidak akan menyokong kamu jika kamu berseteru dengan puak Kristian ni, sebab mereka juga adalah darah daging kami cuma agama sahaja yang beza.
Mana-mana blog atau tulisan dekat internet yang membela tuan mufti ini tidak ada seorangpun membincangkan kenyataan beliau berhubung "KADAZAN ITU REKAAN". Malah putar belit dengan menyatakan mereka memusuhi Islam, benci Islam dan lebih teruk Musuh-musuh Islam. Hentikan permain ini saudara. Marilah sama-sama menjaga keharmonian, kesejahteraan tempat tinggal kita yng mempunyai pelbagai keturunan dan agama agar semuanya selamat.
Kadazan diambil dari dialek Kadazan Penampang yg bermaksud "orang" atau "the people", Dalam 'rinait' atau 'chant' Bobolian ada menyebut istilah Kadazan ini dalam doa-doa mereka, ini bermaksud istilah Kadazan wujud sudah lama dengan berdirinya institusi bobolian dalam komuniti Kadazan Penampang dan Papar. Tidak ada yang boleh menafikan kerana rinait atau 'chant' tersebut diperturunkan ke generasi ke generasi bobolian hingga lah hari ini, boleh cari rinait itu di internet. Pendapat Kadazan adalah rekaan adalah salah sama sekali dan tidak tepat.
ReplyDeleteIstilah Kadazan sudah pun direkod pada November 1924 oleh A.L Glossens dalam Grammar and Vocabulary of Dusun Language menyatakan "In this vocabulary I have followed the pronunciation as used in Papar, Dusun themselves Kadazan" (M/S 87). Ikut tahun tersebut zaman buku ini ditulis adalah semasa zaman pemerintahan North Borneo lagi. Maksudnya mereka sudah mengelarkan diri mereka sebagai Kadazan dan pada masa yang sama orang luar mengelar mereka sebagai Dusun termasuk Orang putih pada masa itu yang tidak tahu menahu maksud istilah Dusun.
Begitu juga dalam buku Owen Rotter diterbitkan pada tahun 1929 dalam bukunya The Pagans of Borneo menyatakan "...on the west coast particularly at papar, as Kadazan" (m/s 31). Jadi persoalannya mana kebenaran ucapan mufti yang menyatakan bahasa Kadazan itu rekaan?
Berbalik kepada ucapan mufti sebenarnya beliau terpengaruh atas pertelingkahan antara dua parti politik yg diwakili masing2 oleh Kadazan dan Dusun di masa pasca-kemerdekaan. Apabila Tun Fuad Stepens mengangkat Kadazan sebagai ras kepada rumpun Dusun keseluruhannya dan pada masa inilah Kadazan jadi popular maksudnya dikenali ramai hingga kini. Namun Dusun dari daerah2 lain menentang habis-habisan kerana faktor politik, ada juga pendapat bahawa ustaz (Non-Dusun and non-Kadazan) juga memainkan peranan utama supaya tidak menyokong gagasan Kadazan sebagai bangsa disebabkan ia dibawah pengaruh Kristian, persoalannya di sini mengapa Non-Dusun and non-Kadazan terlibat hal sebegini? adakah mereka juga tidak mahu KDM itu bersatupadu dibawah satu bangsa? apa yang terjadi selepas itu? Penentang kpd istilah Kadazan itu menggunakan model dgn mencaci, menghina dan mempermain2kan istilah Kadazan itu sebagai kedai, orang bandar, lupa daratan sebab mengaku orang kedai dan macam2 lagi, bagi meraih sokongan kelompok Dusun lainnya, mainan politik itu tertanam dalam kepala orang Dusun dan bangsa lain hinggalah sekarang. pertelingkahan ini berlaku tahun 1963. Atas faktor itu bangsa lain yang melihat dan mendengar hal ini menelan bulat2 permainan politik hinggalah sekarang pun masih ada bangsa rumpun melayu khususnya Brunei dan Bajau menganggap Kadazan itu hanya direka-reka (bukan semualah). Seperti ucapan mufti itulah.
Dusun bukan asal dari bahasa Dusun atau Kadazan, istilah Dusun ini adalah istilah yang diberikan oleh Brunei dan Bajau kepada Dusun dalam membuat bancian dahulu kala. Tetapi diterima sebagai nama bangsa sehingga setiap Dusun bangga dengan nama bangsa itu. Kerana Dusun sinonim dengan tanah atau kebun, mereka inilah yang membekalkan hasil tanaman dari tanah untuk dibekalkan kepada Bangsa Bajau dan Brunei dahulu dengan tukaran garam, kirai, gong dan hasil laut dari pihak Bajau dan Brunei.
Jika dibandingkan dengan Dusun dan Kadazan, Kadazan adalah asli dari bahasa Kadazan itu sendiri berbanding Dusun di mana asal dari bahasa Melayu yang diberikan kepada orang Dusun itu.
Dusun Sokid...
Di Pantai Timur mereka mengelar org2 Keturunan Dusun di sabah ini sebagai Idaan. Dan nama itu kekal hanya kepada kaum Idaan di Pantai Timur hari ini.
ReplyDeleteManakala Bajau mengelar Dusun sebagai "Sama Talun" bermaksud "orang hutan", Satu penghinaan???? hahahahahaha.... jgn emosi la kio, ni zaman dulu punya cerita...
Brunei mengelar org2 Dusun dan Kadazan sebagai "Dusun". Apabila British sampai di Sabah mereka hanya adaptasi istilah Dusun itu dalam tulisan2 mereka. Dan kini Dusun dan Kadazan itu nama kaum yang ada di sabah yang sama budaya, bahasa, kepercayaan, serta makanan.
Bagi kami pula, Kami mengelar bangsa Melayu (Kelompok Melayu) sebagai "Tulun Tabung" yang bermaksud "orang yang tinggal diperairan" tapi kalu direct translation bagi istilah itu ialah "orang air" atau 'orang berendam" diambil dari kata "tobung - berendam/masuk dalam air". hehehehehehehehe.
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteBila masa pula bangsa melayu semenanjung bersatu di bawah nama Melayu?
ReplyDelete