Wednesday, October 28, 2009

kelompok dan jemaah.

bismilah Ar-Rahman dan Ar-Rahim,aku menulis

ya Allah semalam dah genap sebulan tak update blog aku ni,

emmm...banyak benda yang berlaku bulan ni......

kalau sudut penuslisan, aku sampai tak tahu dan bingung apa yang hendak ditulis
atau apa yang mahu dipostingkan disini.?

ya Allah kepada-Mu lah aku pohon pertolongan.....

Dalam bulan yang terasa berat ujian Allah ini baik dari sudut perancangan nikah yang tergendala,pengurusan dakwah yang sedang agak bergolak ,dan komitmen kepada mencari rezeki yang memilih bekerja sendiri walaupun graduan kejuruteraan awam dengan keputusan "bolehlah",yang kalau minta kerja boleh dapat.lagi minggu ni pun ummi bertanya lagi,tidak mahu apply kerja ? beberapa minggu lepas juga dia memintaku mengisi borang kerja di web sekian-sekian,tapi aku tidak endahkan.( jangan risau aku pandai pujuk ummi aku untuk optimis buat masa ni aku lebih memilih mencuburi bidang perniagaan.)

dan aku..... semalam mendapat satu sms dari seorang ikhwah yang aku cintai di uitm dulu,dan insyaallah masih aku cinta dia kerana Allah sampai saat ini.

Smsnya mengandungi larangan berkelompok,mengangotainya,menolak kelompok-kelompok lain,dan bangga kelompok sendiri yang di bangun atas hawa nafsu serta menyelisih para sahabat adalah tercela,disertakan juga hujah-hujah dari Al-Quran serta beberapa soalan logiklah timbul kelompok-kelompok yang menyelsisih Al-Quran sunnah termasuk amalan sahabat?dijawab sendiri Tidak, tapi hakikatnya ribuan jemaah islam menyelsisih AlQuran dan Sunnah kerana mereka berkelompok.

Setelah mengamati sms yang di tulisnya panjang lebar ,hati ku memujinya,ingat juga dia pada aku,Alhamdulilah mungkin juga benar katanya,Alhamdulilah dia mengajak aku untuk bersms.

aku mula membalas sms nya dengan beberapa persoalan,terutama apakah solusinya,dan juga persoalan bukankan juga perlu kelompok bagi "counter" mereka yang berkelompok?

dibalas lah dia solusi Al-Quran dan Sunnah,juga diterangkan secara ringkas kepada ku banyak kelompok membuat syariat sendiri bukan syariat islam.Disusuli sms contoh jemaah yang berkelompk adalah Ikhwanul muslimin(IM),kesalahan IM yang dikatakan berlapang dada dengan syiah dalam mencaci sahabat,juga kesilapan Syed Qutub yang di sokong oleh kelompoknya dalam hal takwil sifat-sifat Allah yang salah dan juga beberapa contoh jemaah islam di malaysia yang dikatanya telan bulat-bulat apa dari IM dan mengaplikasikanya,juga mana syariat Allah?

Wah , nampaknya banyak benda yang perlu diperbetulan dan diperiksa dari kenyataan ikhwaku ini.Takpe aku balas kemudian,kataku sendirian.

Pertama harus aku tahu kelompok mana dia sekarang ,kerana sudah lama kami berpisah dan aku juga tidak tahu kelompok dakwah mana yang dia ikut,maka aku sms dia bagi mendapat jawapan.

Alhamdulilah jawapan diberikan,Dia masih dalam kelompok KU.kata hatiku,

maka aku mula menulis sms bagi memperbetulan apa yang aku fikirkan salah dan perlukan bukti dari ikhwahku itu,

sms ku berbunyi kurang lebih seperti ini,

akhi,jika IM berlapang dada dalam masalah syiah mencaci sahabat,ana juga tidak setuju,jadi tolong emaikan ana bukti,dan pembetulan,apa yang Syed Qutub buat adalah urusan dia dengan Allah,tidak ada kaitan dengan asas manhaj IM,juga kelompok jemaah di Malaysia (disebutkan dalam sms,tapi aku tidak mahu tulis disini) yang anta kata telan bulat-bulat manhaj ikhwan juga,salah.n Afwan, lebih baik kita lebih tawaduk.Apa bukti "kelompok kita" telah tegakkan syariat Allah di M'sia?(bermaksud: kita nak pertikaikan kelompok jemaah islam di malaysia yang telah besar dan hebat tidak tegakan syariat Allah ? sedangkan kita ? apa syariat allah yang kita dah tegak? )

aku biarkan sms itu melayang ke langit dan dalam handset ku menunjukan telah selamat sampai kepada dia.

dan di situ sahaja bersms nya kami,tidak ada maklum balas dari dia selepas itu.Akan aku nantikan jawapan dia di emailku,

aku terus berkata sendirian,

Semoga Allah menunjukiku dan dia jalan terbaik dalam hidup ini.

Pendek kata dia ingin membawa diri ku jauh dari memikirkan tentang kelompok dan bersatu dalam jemmah islam yang sebenar .Ya memang itu yang dikehendaki kita,tapi persoalanya bagaimana ? adakah yang salah itu kelompok ? atau orang dalam kelompok ? adakah kelompok tidak perlu ? kalau tidak ada kelompok ,bagaimana ingin menyusun gerak kerja ? bagaimana organisasinya? bagaimana sistemnya ? bagaimana strateginya? bagaimana ingin buat kerja ? apakah jaminan yang sesuatu hasil yang amat diharapkan seperti "daulah islam" boleh dicapai tanpa perlu perkumpulan , organisasi , pertubuhan , parti dan macam-macam betuk kelompok yang berada dalam satu jemaah islam.

ada pihak mengatakan kita tidak perlu bermazhab dan berhizbiah( berkelompok ).Tapi adakah mereka sedar,seruan mereka kepada tidak bermazhab juga boleh dikatakan menubuhkan satu mazhab yang bernama "tidak bermazhab".?

juga jika mereka benar-benar mahu berhasil dalam mencapai matlamat negara Al-Quran dan Sunnah mereka perlu berkelompok dan berkomitmen dengan kelompok mereka.Ada carta organisasinya,ada yang memberi perintah dan menerima perintah,baru kerja jalan.

tidaklah dikatan satu kelompok yang hebat jika tidak bersistem,Tidaklah dikatakan satu kelompok yang hebat jika ramai sahaja orang tapi tidak tahu bagaimana mengurus dengan baik ,jelas serta praktikal ke arah apa yang ingin dicapai.Tidaklah juga dikatakan kelompok yang hebat jika sistem musyawarahnya tidak berjalan dan dihormati.Juga tidaklah kita dikatakan kelompok yang baik jika pertikaikan kelompok lain,sedang kelompok sendiri tidaklah membuktikan banyak benda untuk ummat.

macam nak suruh kita berbanga dan berkerja untuk kelompok sendiri pulak aku ni.Tak itu bukan apa yang hendak disampaikan,

Apa yang hendak dikatakan disini adalah permasalah sebenar bukanlah wujudnya "kelompok" tapi,orang dalam kelompok tersebut.Bila terlalu syok dengan kelompok sendiri ,kurang ilmu dan ditambah lagi mentaliti "katak bawah tempurng" ,maka lahirlah yang terlalu fanatik dan taksub membabi buta atas kelompok sendiri,semua pendapat kelompok sediri sahaja yang diterima ,apa yang keluar dari kelompok yang diletakan dalam kandang musuh adalah salah,yakin dan percaya sahaja kata tokoh kelompok sendiri adalah tertepat,terlalu yakin melampau-lampau dengan pendapat sendiri walaupun pendapat lain boleh pakai,berfikir dalam masalah fiqh yang sempit dan banyak lagi penyakit-penyakit kejahilan tumbuh membiak-biak.

sampai isu yang sepatutnya bukan jadi isu pun jadi isu ,seperti kisah sejadah berdiri,lucu betul,kat rumah sendiri pun boleh buat.(saja keluar topik sikit)

akhirnya menampakkan islam ini jelak,suka isu-isu cepisan,suka bertengkar,tidak tahu mana isu cabang dan asas,suka membangga atas kelompok sendiri , suka menyalahkan kelompok lain,dan pendek kata berkelompok juga.

Jadi yang harus diperbetulkan adalah individu-individu dalam kelompok tersebut dengan misi menumbuhkan nilai-nilai yang benar dari Al-Quran dan sunnah.Bukanlah cara yang tepat mengatakan tidak perlu berkelompok ,membidaahkan nya atas kejahilanya sedangkan dia masih dalam lingkungan sunnah,dan mengatakan kelompok itu dan ini salah,hanya kelompok ini yang disertai diri sendiri sahaja dikatakan benar.

Alangkah baik jika kelompok-kelompok yang ada lebih tawaduk dengan Allah azawajala,mengurangkan celaan antara satu dan yang lain,saling berhikmah dalam bertegur ,dan cuba menimbulkan nilai-nilai benar dari Al-quraun dan sunnah dalam kelompok masing-masing.Baru lah dengan nilai-persamaan dari sudut ilmiah , amal dan zikir akan semakin kecilnya jurang berbezaan antara kelompok -kelomok islam dan memudahkan prooses mewujudkan jemaah islam yang saling menguatkan antara satu dengan yang lain.

maka seharusnya kita jelas,kewujudan kelompok hanyalah satu wasilah(alat) bukan qayah(tujuan).maka dengan kesatuan kelompok yang ada maka akan saling melengkapi alat-alat yang diperlukan untuk mencapai Qayah kita iaitu,islam dalam redo Allah.

Kepada Allahlah kita akan kembali.....

Sunday, September 27, 2009

kenapa tak update?

dengan nama Allah yang rahman dan rahim aku menulis.

alhamdulilah aku masih diberi kesempatan untuk hidup.

wah..... nampaknya tak sempat nak update blog ni .sibuk?

ya , memang agak sibuk dan bulan Ramadan yang lepas sahaja memang aku sengaja tidak mahu update.Antara sebabnya:

1.Awal bulan 9 aku dah mula bersungguh-sungguh dalam perniagaan.(misi terdekat kumpul lagi duit untuk nikah).Alhamdulilah dalam 2 minggu bulan ramadan sale produk yang aku jual ada dalam kurang lebih Rm 20 ribu.untung dalam 20 peratus.setelah dibahagi gaji diri sendiri sebagai pekerja, gaji 2 minggu tu yang juga mewakili bulan 9 ni ada dalam kurang lebih RM 1 800.Ini bermaksud dua kali gaji bulan sebelumnya.(kalau ambil semua untung. memang lumayan,tapi tak boleh.Perlu ada sikit simpanan modal untuk ke depan)

Malah sekarang aku yakin dapat maintain gaji tersebut dan boleh dapat lebih.maka dapat buat simpanan dan segerakan misi yang penting tu.Setelah dibuat pengiraan,buat masa ni pengiraan kos hidup aku setelah grad ,aku perlukan sebulan RM 1000 untuk menyara diri dan aktiviti dakwah yang dibuat dan terkadang lebih.Alhamdulilah mungkin berkat pertolongan Allah atas hambanya yang hampeh ini ,tapi tetap mahu usaha ubah diri dengan tarbiah islam.Semoga Allah terus memberkati diriku dan para ikhwah dan akhwat yang bersamaku.
Aku ....terasa haru dan rasa nak menangis dalam satu daurah ekonomi pada sebulan lepas,saatnya bila aku mendengar seorang akhwat yang membuat perniagaan menceritaka gaji bulananya kurang lebih Rm 400 sahaja.Subhanallah dakwahnya begitu bagus.ke hulu ke hilir buat dakwah hanya dengan gaji bulanan dalam Rm 400 .malah yang tidak stabil.betapa zuhud hidupnya.dan macam mana dia menyara dirinya.?...Sedangkan aku ,belanja untuk urus diriku ,buat aktiviti tarbih dan travel bagi aktiviti dakwah sahaja aku terpaksa usaha cari RM 1000 sebulan-YA Allah ampunilah hamba ini yang dakwah begitu lemah malah hidup lebih mewah dari ikhwah dan akhwatku yang lebih bersungguh dalam dakwah.....)

2.Sebab ke dua.Aku buka blog yang lain .Blog tu lebih untuk perniagaan.Tak nak lah bagi tahu kat sini sebab blog tu aku dedahkan identiti aku.

3.Sebab ke tiga,nak rehat dalam bulan Ramadan dan lebih fokus untuk ibadah.kalau golongan salaf seperti Imam Malik,masuk sahaja ramadan dia akan hentikan pengajian,simpan kitab dan tidak mengeluarkan faktwa yang besar hanya kerana untuk menghabiskan seluruh masa ramadan dengan amal dan dia memang terkenal sebagai orang yang khatam Al_Quran berkali-kali dalam bulan ramadan.

jadi aku pun sengaja berijtihad sendiri tidak mahu update blog....

4.sebab ke empat .ada artikel dan cerita yang dah ditulis,tapi aku tidak sedia lagi untuk di posting kat sini......

akhir kata aku minta maaf atas sesiapa yang menunggu posting dari aku.minta maaf bebanyak dan sempena bulan orang asik minta maaf ini,aku pon nak minta maaf la atas salah silap yang pernah aku buat selama aku buat blog ni dan terutama mereka yang aku kenali dan kenal akan aku...... juga kepada mereka yang terguris perasaannya blog ini.

jap belum habis lagi.bawah ini aku nak konsi satu tips kejayaan aku dalam bulan ni.tip ni ramai dah tahu ,cuma payah nak amal sebab diri sendiri.jawapan untuk amalkannya hanyalah .....buat.sama seperti aku cuba menyelesaikan masalah aku yang mudah lupa,Solusi kepada seorang pelupa adalah dia harus....,ingat,ingat dan usaha diri sendiri untuk meingati benda tersebut.

ok. tips yang aku nak kongsi tu adalah:

"TULIS APA YANG ANDA INGIN CAPAI DAN LETAKKAN DI TEMPAT YANG SELALU ANDA LIHAT"

tips ni aku lama dah dengar,masa sekolah menengah lagi.sebab tu cikgu suruh tulis target SPM dan tampal kat loker,katil dll. tapi tak buat pun.Alhamdulilah aku baru termotivasi untuk amalkan apabila mendapat pengisian dari seorang usahawan berjaya dalam daurah ekonomi yang aku ikut dalam bulan 8 yang lepas.di kata ini adalah pekara yang dilihat remeh tapi adalah rahsia besar jutawan.anda lihat setiap hari maka anda akan termotivasi.

maka dengan kretiviti sendiri ,gambar di bawah ini terhasil dan dijadikan wallpaper laptop aku:



gambar ini aku edit guna coreldraw12.target RM 40 000 tu aku buat awal bulan 9.tinggal 2 hari lagi untuk usaha dapat Rm 20k,sebab 1 minggu ni dah cuti dan aku langsung tak buat sale,akan aku cuba.....minima esok lusa dapat 2k dah ok.total dalam 22K utk bulan 9.ini satu progres baik.sebab 2 kali ganda sale bulan lepas (RM 10k)....

Wednesday, September 16, 2009

Maksud "Raya Time"?

Hari Raya Bukan Hari Sedih


Disiarkan pada Sep 13, 2009 dalam kategori Dakwah |

oleh: Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin

Masyarakat melayu kita sering mengaitkan hariraya dengan hari kesedihan. Perkara ini diransang tambah oleh media kita. Apabila tiba hariraya, takbir raya ala melayu berirama sedih, alunan melodinya mendayu dan mengundang airmata, drama dan cerita dalam media akan dikaitkan dengan kisah-kisah sedih dan pilu, puisi dan lagu juga begitu. Apakah hariraya dalam Islam hari sedih, atau hari kemenangan dan kegembiraan?
Terlebih dahulu kita hendaklah tahu bahawa hari raya dalam Islam bukan sekadar tradisi atau cetusan idea mana-mana pihak, ia adalah syariat yang diturunkan oleh Allah dan ada hukum-hakamnya yang tersendiri. Di samping ia adalah hari yang Allah peruntukkan untuk kaum muslimin membesarkan Allah, kemenangan dan kegembiraan.

Firman Allah (maksudnya):

“Bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah.

Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan, maka hendaklah dia berpuasa; dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (maka diganti) pada hari-hari yang lain. (dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Dia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur”. (Surah al-Baqarah: 185).

Ayat ini menjelaskan tentang kedatangan Hari Raya adalah tanda syukur atas nikmat kurniaan Allah. Maka kita disuruh bertakbir membesarkan Allah pada Hari Raya. Ini semua tanda kejayaan dan kegembiraan.

Apatah lagi hadis-hadis Nabi s.a.w menunjukkan penghayatan hari raya pada zaman baginda penuh dengan kegembiraan dan ceria. Kata Ummu Atiyyah r.aha:

“Rasulullah s.a.w memerintahkan kami (kaum wanita) keluar pada hari raya fitri dan adha; termasuk para gadis, wanita haid, anak dara sunti. Adapun mereka yang haid tidak menunaikan solat tetapi menyertai kebaikan dan seruan kaum muslimin” (Riwayat al-Bukhari).

Maka Nabi s.a.w dalam sunnahnya, menunaikan solat hari raya di tanah lapang, sehingga memungkin setiap individu menyertai kemenangan dan kegembiraan pada hari tersebut, juga lebih penting untuk memperlihatkan kekuatan, perpaduan, kejayaan dan kebahagiaan hidup kaum muslimin.

Takbir hari raya adalah takbir yang bersemangat, bukan berirama sedih seperti takbir kita. Cubalah dengar takbir hari raya di dunia Arab, lain iramanya.


Hiburan

Di sudut hiburan pula, ruang yang luas Islam berikan untuk insan muslim bergembira, syaratnya jangan menyanggahi syariat. Islam agama yang luhur lagi memahami jiwa insan yang berbagai. Hiburan bukan satu kewajipan, tetapi satu ruang atau sudut yang kadang-kala diperlukan oleh insan dalam keadaan tertentu, atau membantu seseorang menikmati kehidupan dunia ini. Sesiapa yang tidak mahu, tidak mengapa tetapi jangan dihalang orang menikmatinya.

Hari raya adalah hari gembira. Hiburan dengan disiplin dan adab yang baik merangsang kegembiraan itu, maka bertambah meriah hari raya yang diperuntukkan agama untuk kita.

Dalam hadis daripada isteri Rasulullah s.a.w Ummul Mukminin ‘Aishah r.aha:

“bahawa pada hari raya Fitri atau Adha, Abu Bakr masuk ke rumahnya (rumah ‘Aishah) dan Nabi s.a.w berada di sisinya. Ketika itu ada dua penyanyi wanita sedang menyanyi mengenai kebanggaan Ansar pada Hari Bu‘ath (peperangan antara Aus dan Khazraj). Abu Bakr berkata: “Suara syaitan” (sebanyak dua kali). Nabi s.a.w bersabda: “Biarkan mereka wahai Abu Bakr! Setiap kaum ada hari raya dan sesungguh hari ini adalah hari raya kita” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Dalam riwayat Muslim yang lain menyatakan mereka memukul gendang sebagai alatan muzik iringan nyanyian mereka.

Amat menarik sikap lunak yang ditunjukkan oleh Nabi s.a.w. Bayangkan bagaimana dua gadis ini boleh menyanyi dalam rumah Rasulullah s.a.w? Jikalah tabiat Rasulullah itu keras dan garang, tentulah dari awal mereka tidak berani menyanyi dan bergendang dalam rumah Nabi s.a.w.

Lihat pula reaksi baginda apabila Abu Bakr memarahi mereka, baginda tidak berdiam diri sebaliknya menyatakan pendirian nabawi bahawa itu semua diizinkan.

Ada sesetengah pendapat yang menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w tidak menafikan bahawa nyanyian adalah suara syaitan seperti yang disebut oleh Abu Bakr, cuma membiarkan khusus untuk hari tersebut kerana ia hari raya. Pendapat ini agak ganjil. Apakah jika hari raya maka suara syaitan dibenarkan? Atau apakah hari raya nyanyian tidak menjadi suara syaitan, tetapi apabila tamat hari raya ia kembali menjadi suara syaitan kembali? Cukuplah dengan teguran Nabi s.a.w itu sebagai satu bantahan umum atas kenyataan Abu Bakr.

Bahkan hadis ini diriwayatkan al-Bukhari bersama riwayat berikut untuk menunjukkan keluasan Islam; kata ‘Aishah juga:

“Pada hari raya orang Sudan membuat pertunjukan permainan perisai dan lembing. Aku tidak pasti sama ada aku yang meminta, atau baginda yang berkata: “Apakah engkau ingin menontonnya?” Jawabku: “Ya”. Lalu baginda menjadikan aku berada belakangnya, pipiku menyentuh pipinya sambil baginda berkata: “Teruskan wahai Bani Arfidah (orang-orang Sudan)”. Sehinggalah aku jemu. Kemudian baginda berkata kepadaku: “Sudah cukupkah (jemukah)?”. Jawabku: “Ya”. Kata baginda: “Kalau begitu, pergilah”. (Riwayat al-Bukhari).

Pertunjukan yang disebut dalam hadis ini sebenarnya berlangsung dalam masjid Nabi s.a.w seperti mana yang disebut oleh hadis lain yang juga diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim. Maka pandangan yang agak ketat dan ‘tidak luas’ yang menghadkan menikmati hiburan seperti yang disebut dalam hadis-hadis di atas untuk hari raya sahaja sebenarnya telah menyempitkan urusan muamalat dan kehidupan yang diluaskan oleh Islam.

Soal hiburan bukan seperti ibadah khusus yang memang tidak boleh ditokoh tambah. Hiburan adalah sesuatu yang bermula dari titik tolak ‘harus’ atau keizinan umum syarak yang tidak boleh diharamkan melainkan dengan dalil yang jelas. Hiburan bukan seperti ibadah yang tidak boleh direka tambah.

Hiburan adalah hak inovasi dan kreativiti insan yang diizinkan secara luas selagi tidak menyanggahi prinsip dan hukum yang Islam tetapkan.
Apatah lagi baginda Nabi s.a.w apabila mengizinkan hal-hal ini semua menyebut pada hari berkenaan:

“Agar Yahudi mengetahui bahawa dalam agama kita ada keluasan. Sesungguhnya aku diutuskan dengan agama yang lurus lagi mudah” (Riwayat Ahmad, dinilai sahih oleh al-Albani).

Pada hari ini ramai yang rasa Islam itu sempit dan menyongkong. Demikian Barat dan Yahudi menuduh Islam hal yang sama. Nabi s.a.w membuka ruang kegembiraan dan hiburan, agar Islam tidak difitnah dan dituduh demikian rupa.

Apa yang hendak disampaikan adalah hari raya dalam Islam adalah hari gembira, bukan hari sedih dan duka seperti yang selalu ditonjolkan oleh drama dan lagu melayu menjelang hari raya. Apa sahaja aktiviti yang merangsang suasana gembiara dan tidak menyanggahi syarak, adalah digalakkan pada hari raya. Ini termasuklah kuih-muih, ziarah-menziarahi, duit dan hadiah raya, juga nyanyian dan hiburan. Islam adalah agama lurus tapi mudah dan praktikal untuk kehidupan insan.

Malang masyarakat kita, jika di sebahagian tempat, hari sedih seperti hari kematian dijadikan hari kegembiraan dengan dibuat ‘kenduri atau jamuan kematian’, ‘wang angpau untuk sembahyang jenazah’ dan berbagai perkara lain bagaikan berpesta dengan kematian. Itu semua bukan ajaran Islam.

Namun apabila tiba saat yang disuruh gembira iaitu hari raya, didendangkan irama dan drama sedih, menangis di kubur dan berbagai lagi. Kita terbalikkan suasana. Hari raya hari gembira bukan hari sedih. Bak kata sabda Nabi s.a.w: “Agar Yahudi mengetahui bahawa dalam agama kita ada keluasan. Sesungguhnya aku diutuskan dengan agama yang lurus lagi mudah

Thursday, August 20, 2009

Selamat menyambut Ramadan Ahmad.

Dengan nama Allah yang Rahman dan Rahim aku menulis.

Ya Allah Aku mengadukan kelemahanku pada Mu,Rab yang memiliki segala kesempurnaan,RAb yang pengampun,yang telah Menjadikan seluruh system cakrawala ini berjalan atas kehendaknya , Menghidupkan apa sahaja yang di ingininya,Merezekikan sesiapa sahaja yang dipilihnya dan memudahkan segala urusan hambanya.

Ya Ahmad ,apakah persedian mU menghadapi Ramadan kali ini ?tanyaku sendirian

Soalan itu timbul dalam beberapa hari yang lepas.soalan itu semakin serius timbul saat aku mendengar pengisian murobi pada malam halaqah kelmarin.Soalan itu juga serius saat aku memberi taujih Ramadan kepada junior halaqah ke bawah semalam.

Apa perancangan kebaikan yang ingin aku buat untuk Ramadan kali ini?

Entah ,…seperti tiada perancangan yang istimewa.Baiki bacaan Al-Quran dan kerap kerap lagi tahajud.itulah perancangan yang hanya dibiarkan berlegar di fikiranku.

Ah ,aku mesti menulis perancangan perbaikan Ramadan detail sebelum magrib esok,seperti aku menulis untuk mencapai jualan perniagaan aku dan adiku bulan 8 ini lebih 3 ribu.Aku jadikan wall paper laptoku,Setiap kali buka pasti Nampak.Alhamdulilah hampir tercapai dan rasanya jika mendapat bantuan paklong ku dalam minggu ini,dan target jualan sebelum Raya ini juga melebihi RM 10 ribu.Aku amat yakin akan mencapainya.

Bulan ini begitu sibuk,sibuk dengan banyak kerja-kerja perniagaan yang baru mahu dikenali..Aku mahu mula mengenali dunia perniagaan ini dari bawah.Membuat iklan sendiri.Dari design sehinggalah edar iklan sendiri untuk mempromosikan produk yang aku jual,mencari sahabat-sahabat yang ingin bekerja bersama ,Sudah mula tidur lewat untuk merancang perniagaan dan sudah mula bertegas dan berani dalam banyak hal berkaitan perniagaan ku.

Aku cukup bersemangat untuk berniaga saa ini.

Tapi………. bagaimana dengan Ramadan kali ini?

aku tidak sempat meluangkan masa untuk diriku.ibadah tahajud juga tidak cemerlang seperti minggu sebelumnya.Masa yang berlalu begitu pantas melupakan di manakah aku?

yA ,di mana aku,….sekarang?

sibuk bekerja atau sibuk mem persiapkan diri untuk memperbanyakkan ibadah pada bulan Ramadan yang akan datang menyapai hamba diriku kurang lebih 17 jam 40 minit lagi.

yang pastinya sekarang aku tengah mengadap laptop ku dan menulis..buat lawak la pulak.

Dah Ahmad cukuplah….masa untu tido.

Ok lepas post yang ini ke dalam blog ..aku nak tulis kat kertas apa yang aku nak capai dalam Ramadan ini,tampal kat notis board kat bilikku,solat witir satu rakaat dulu ……dan tido…………

Ah….brodband ada masalah pulak…..

Tengah redail:

Aku dengar dulu la ,faourate nasyedku .mengasikkan……http://www.youtube.com/watch?v=-Mir7hBXm4U&eurl=http://addinlove.blogspot.com/&feature=player_embedded#t=14

Tulisan kali ni nampak macam tak ada objektif,saja nak bagi update blog. tak .....ada objektifnya.cuma,malas pulak nak susun ayat dan formal sangat…tapi tulisan sebelum ni pun bukan formal dan banyak silap juga….DAH CUKUp

Wednesday, August 5, 2009

Debaran cinta....hadis itu palsu




Assalamulaikum,aku membuka daun pintu dan melangkah masuk ke dalam rumah.Di luar aku melihat kereta proton waja pakcik As.

Walaikum salam , terdengar suara yang menyambut dari dapur,

“Oh! pakcik As,lama dah sampai?”sapa ku yang masuk ruang dapur dan kelihatan pakcik As sendirian.

“Baru je,”balas ringkas pakcik As melangkah ke singki untuk meletakan pinggan yang telah licin makananya.

“Maaf la Man pakcik makan sorang kat umah Aman,Man Dah makan ? ”soalnya sambil basuh tangan.

“Ala macam tak biasa wat macam umah sendiri ,makanan atas meja tu memang untuk dilicinkan .”

“Dan alhamdulilah tengahari tadi dah belahap lebih,masih kenyang lagi.Tunggu makan malam je la”tambahku lagi.

“Ha ! tok.”aku sedikit terkejut apabila ter-toleh ke belakang melihat tok yang berdiri di tepi pintu bilik kakak.Senyap sahaja dia , tidak pula menyapaku.Aku menuju ke arahnya.

“Aman Rindu tok,dan…… maaf ,lama tak balik kampong,”ujarku dengan suara rendah dan segera cium tangan tok serta merapatkan pipi kiri dan kanan di mukanya seperti selalu.

“Kelihatan tok kurang ceria.Mesti dia marah kat aku dan cucunya yang lain sebab tak balik kampung untuk makan buah durain.”dzon otak ku.

Kami terus saling bertanya kahabar.Aku bertanya akan keadaan dia di pondok barunya , bagaimana pengajian di sana dan kawan-kawan yang dia dapat di sana.

Dari ceritanya ,dia kurang ceria juga dengan tempat yang baru.Bukan kerana masalah kemudahan,tapi masalah disiplin podok yang dilihatnya lebih longgar , ustaz muda yang lebih moderate dan berjauhan dari rumah anak-anaknya.Tidak seperti di pondok lama,dekat dengan rumah anak-anaknya dan Ustaz yang mengajar lebih tegas serta dilihatnya lebih pengalaman dengan fiqh masyarakat melayu ,sesuai dengan cara fikirnya.Di amat minat pengajian di sana.Cumanya yang ber-masalah adalah kemudahan asas.Tandas di luar rumah ,kawasan persekitaran yang agak berbau kerana berdekatan dengan tempat ternakan dan terpaksa menaiki 5 anak tangga sebelum masuk rumah sehinggakan sakit tulang belakang telah menjadikan dia tidak mampu bertahan lagi.

Maka atas sarana anak-anaknya dan ingin juga tukar angin mengaji di pondok yang lain , dia berhijrah ke podok yang baru.Kemudahan pondok bagus,hampir semua masalah podok lama kelihatan selesai , Cumanya agak jauh dari kami dan disiplin pengajian di sana menjadikan dia kurang minat pula.

“Takpe la tok,Tok pon baru lagi,lama-lama ok la.Baru kita tahu tok,setiap pondok ada kelebihan dan kelemahnya.Disiplin yang tok tengok agak berbeza dari pondok sebelum ini bukan bermaksud ustaz baru ni tidak mantap ilmunya .Dan itulah namanya keluasan dalam islam dan masalah kilaf.Setiap pondok juga punya pendekatanya masing-masing yang selagi tidak keluar dari islam dan ada hujahnya kita terima sahaja.Malah makin banyak mengaji di pondok yang berlainan,maka makin banyak ilmu dan pengalamannya ” ucapku cuba memotivasikan.

“Dan Aman banga la dengan tok Aman ni.Pada usia tua masih punya kesunguhan untuk mengaji kitab.Memang tok yang terbaik …”tambahku lagi cuba memujinya dengan nada bergurau.

“Ah takde la man…Tok ni masa muda tak macam Aman yang dah dapat mengaji,masa muda asik motong getah dan tak sempat nak baca kitab.Jadi dah usia macam ni baru nak ngaji….tak tau lama berapa lama lagi?” balasnya agak sayu.

“insyaAllah usaha tok Aman tidak akan pernah di sia-sia kan oleh Allah,Aman yakin ,tok akan panjang umor” balasku yang tidak mahu suasana sedih mendominasi.

“Tok balik dulu la man,pakcik dah lama pakcik tunggu kat luar tu,”.ucap tok sambil bangun dari bangku dan mendapatkan begnya.

“Tak pe tok,bagi man angkat”.Aku segera mencapai begnya dan kami berjalan menuju ke pintu.

“Ha ,man ,bulan ni kan Rejab,Ada kan hadis yang kata bulan ni….. adalah bulan Allah,bulan rasulnya dan bulan untuk hambanya,macam mana bunyi hadis tu?….”Tanya tok yang memerlukan kepastian.

“Oh…. hadis tu,Emmm….tok ,….Aman rasa kedudukan hadis tu tak kuat tok .Dan ada ulamak katakan ianya hadis palsu,maka tidak baik kita sebarkan"balasku.

"hadis palsu?takkan Man,tok dengar banyak kali di pengajian pondok"balasnya dengan riak muka yang terkejut atas jawapanku.

..sebab semua bulan ni milik Allah kan?....dan hadis yang kata bulan rejab bulan Allah ,bulan syaban bulan ku(Muhammad saw) dan bulan Ramadan bulan umatku adalah hadis palsu tok.Selain itu tok,hadis ni juga tidak lah ada sangat manfaat kepada kita.Jadi baik jangan kita sebarkan kerana darjat hadis ni sampai kepada palsu”balasku menegaskan jawapan ku atas soalannya.

“Oh,”balasnya.

Dia diam seketika.

Aku melihat tok .Dia agak terkedu dengan jawapanku.Kelihatan dia tidak menyangka jawapan balasku seperti itu.Di senyap sahaja.

Aku terus menambah;

“Tapi takpe tok,Aman tahu.Tok nak galakan Aman beramal.InsyaAllah Aman akan perbanyakan posa dan amal sebagai persedian bulan Ramadan seperti doa-doa sahabat nabi kita bila masuk bulan Rejab.Depa akan minta barakah bulan rejab , dipanjang umur ke bulan syaban dan Ramadan.”

“Kalau banyak pusa bulan rejab,macam mana?”tanyanya lagi.

“Kalau pasal perbanyakan posa bulan Rejab dan syaban,itu memang rasulullah saw tunjuk,jadi kita akan cuba perbanyakan posa.”balasku ringkas.

“Ha,Aman tok balik dulu la,kalau ada masa singgah kampong .Buah motan pun dah masak….”.ucap tok sambil memakai kasutnya.

InsyaAllah, Maaf la tok sebab tak balik awal,dan juga menyusahkan tok untuk payah-payah ke sini .”balasku sambil mencium tangan tok dan mencium pipi kiri dan kanannya.

Aku melambai tok yang masuk ke dalam kereta waja pakcik As.

“Ah ,adakah jawapan aku tadi tidak tepat? Maaf la tok ,sebab bab hadis lemah dan lagi palsu ni tak boleh toleransi sangat.”kataku sendirian.

Aku buat seperti tu kerana Teringat artikel Dr Asri pasal bulan Rejab dan Syaban yang dibacaku,tak silap 2 tahun lepas,masih ada lagi di web-nya: http://drmaza.com/home/?p=363

Sunday, August 2, 2009

Air penawar pondok.



Minggu lepas aku ternampak satu botol air mineral 500ml di atas meja jahit ummiku.
Setelah diperhatikan lebel air itu aku merasa cukup kagum dengan air itu,diberi nama Air penawar podok.Kemulianya dibandingkan dengan air yang lain adalah dibacakan 70 kali surah yasin,al-fatihah,ayat kursi,surah lazim dan beberapa lagi ayat-ayat pilihan dari Al-quran.Dan satu lagi, dibaca oleh pelajar –pelajar podok yang terpilih.

Aku bertanya ummi ku,dari mana dia dapat air tu.Katanya air itu dibawa pulang adiku dari satu program motivasi pelajar sekolah rendah.Mungkin adiku diberi atau dia yang beli.

Yang menariknya adalah dibacakan ayat-ayat Al-Quran.Aku pernah mendapat kertas edaran yang menceritakan bagaiman rupa bentuk molukel air yang didedakah kepada beberapa bunyi . Antara nya dibuat perbandingan rupa bentuk molekul air yang di buat ujian dalam keadaan yang berbeza.Keadaan pertama adalah air yang didedahkan kepada suara caci maki ,keadaan kedua adalah air yang dibacakan Al-Quran dan keadaan ke tiga ditunjukan juga bagaiman rupa molukul air zamzam.

SubhAnallah maha agung Allah azawajala ,Air juga seakan mampu menunjukkan perasannya. Sehinggakan kita mampu buat kesimpulan dengan perubahan perasan air itu , berubah juga perasaan peminum air tersebut mengikut bentuk perasan semasa air tersebut,

Kalau logiknya manusia juga di dominasi oleh cecair yang banyak ,maka air begitu mudah masuk dan bersilaturrahim dengan darah dalam masa yang amat singkat.
Alhamdulilah semoga usaha pelajar –pelajar pondok yang membaca ayat-ayat Al-Quran pada air tersebut mendapat perhatian Allah azawajala dan Allah menambahkan keredoanya kepada mereka atas usaha yang mulia itu.Kerana redo itulah hadiah terbaik dari Allah atas hambanya yang beriman.Mereka menjadikan molukel air itu cantik dan indah.Dengan molekul air yang indah itu , darah pesakit yang bentuk molukelnya tidak tentu arah menjadi neutral .

Alhamdulilah.Tapi , aku amat ingin mengajak diri sendiri dan saudaraku berfikir satu perkara reality yang benar-benar berlaku dalam masyarakat kita.

Tidaklak kita terasa pelik , hairan dan malu , apabila uncle Chinese yang menjadi jiran kita ditemu-ramah oleh wartawan yang mengetahui keputusan peperikasan yang cemerlang luar biasa anaknya, dia mengatakan anaknya tidaklah punya rahsia apa-apa. Tidaklah diberi sebarang air jampi atau apa-apa pun bacaan mentera sebelum peperiksaan .Yang diberikan oleh dia (si ayah),hanyalah kata-kata semangat untuk kerap belajar,menyediakan tempat belajar yang selesa,di kekang dari bermain game,di berikan tusyen dan di hadiahi sesuatu sebagai motivasikan bila anaknya dapat A dalam sebarang subjek.Uncle tu tegaskan lagi, itu sahaja yang dibuatnya,tidak ada rahsia lain.Dan hasilnya anak dia mendapat hampir semua A dalam peperiksaan SPM .

Sedangkan kita , sebelum nak hadapi peperiksaan ,solat hajat setiap malam,jumpa macam-macam ustaz dan tok guru untuk didoakan,dan buat air yang dibaca bermacam-macam ayat Al-Quran dan disuruh minum juga kita setiap malam .Tapi bila peperiksaan tamat keputusan sedehana je,malah ada yang gagal.Aneh bukan?Dimana silapnya ?.Silap pada ustaz yang doakan untuk kita ?Silap pada agama kita yang kita yakin benar ? atau silap diri sendiri yang tidak usaha tapi tawakal luar biasa ?

Dan aku agak setuju bila Dr Asri, bekas musti perlis cukup lantang dalam masalah seumpama ini.Ya , memang benar apa yang dikatakan.Agama menjadi mandul disebabkan perangai orang kita yang malas berusaha,salah paham dalam bab tawakal dan percaya sahaja tanpa fikir panjang.Malah jika dibiarkan pekara ini boleh sampai kepada mensyirik Allah.Asal sahaja yang kata itu ustaz , terus percaya,tanpa pikir logic ke?,ada ayat Al-Quran ke?,atau betul ke sahih hadis yang diucapkan?.Maka , yang lahirnya adalah masyarakat yang “buta dan membabi buta” serta malas guna akal untuk berfikir. Jadi bila la orang kita yang dikatakan islam akan ke depan ?

Bila la?lagi 5 tahun?10 tahun?20 tahun atau 100 tahun?

Dan akhir kisah…yang paling aku geli hati adalah ummiku.Dia menceritakan masa mudanya yang pernah minum air “nota rebus” dan mendapat keputusan agak baik.Dia buat seperti itu sebab yang suruh tu seorang yang berpengaruh seperti “ustaz” .Masa muda yang jahil dan tidak mengenal nilai-nilai islam,yang ada hanya nama je islam dan beberapa ritual islam, bab solat pun belum pasti lepas, komentar ummi ku mengenang nostalgia lama itu.Masa tu , dia kata hampir semua kawan-kawan dia minum,keluarga juga mengalakkan.Memang percaya bulat-bulat pada kata-kata ustaz bila nak exam .Sekarang, bila dikenang kebodohan itu ,lucu gile dan yang mendengarnya pasti ketawa geli hati .

Alhamdulilah ummi aku tak mati masa tu atau lahir zuriat yang bermasalah,Semua anaknya sukses,insyaAllah.

Monday, July 27, 2009

Bacaan Pilihan .

ISU WAHHABIYYAH: TINGKAP YANG DISANGKA PINTU

http://saifulislam.com/?p=1801.

Aku Salafi, Anakku Bagaimana

http://saifulislam.com/?p=1804

Hadis Palsu Rejab, Sya’aban

http://drmaza.com/home/?p=363