Sunday, April 26, 2009

Jemaah tabligh....

Bismilah Ar-Rahman dan Ar-Rahim .

Dalam satu daurah ilmiah yang bertajuk “keilmuan sebelum berdakwah”, aku berjumpa kembali beberapa ikhwah dakwah dan sempat berkenalan dengan ramai pemuda yang datang dari pelbagai jemaah tarbiah ,fikrah salaf dan ada juga sahabat yang tabligh.Alhamdulilah satu perkumpulan pemuda-pemuda dakwah dalam mencari kebenaran islam melalui jalan ilmu.

Di sana ,aku sempat berborak dengan seorang pemuda tanah air ini yang tersentuh dengan dakwah islam.Jemaah yang dia libat dalam mengenal dakwah islam adalah jemaah tabligh ,dia masih istiqamah dan kelebihan dia ini adalah kecintaan yang mendalam terhadap ilmu.Dia baru balik dari belajar di New Zealand .

Berikut adalah point penting perbualan kami yang aku ingat .Daurah sudah berakhir dan kami melepak di kerusi sofa di dalam dewan daurah tersebut diadakan,
Dia memulakan perbualan,

“ Di new Zealand jemaah tabligh agak kuat dan membentuk suasana islam disana. Mereka mempunyai beberapa sekolah dan perniagaan.Rujukan mereka dalam membaca taklim bukanlah hanya pada fadail amal ,malah kerap juga dibacakan berberapa kitab yang lain.Antaranya radyhus salihin dan beberapa kitab hadis yang lain.”
“Oh ya.bagus”aku merespon.

Ya ,Disebabkan itulah ,apabila kita melihat dan mengkaji fadail amal dengan teliti,kita akan jumpa beberapa adab yang telah digariskan oleh ulamak dalam memahami islam.Antara adab yang penting yang digariskan dalam fadail amal adalah keadah mengambil ilmu dari sumber yang betul dan mengamalkannya.

“Tapi ……itulah,suatu pekara yang mudah dikatakan tetapi payah diamalkan.”katanya lagi.

“Tapi ,Kalau di new zeland,praktiknya berlaku cukup baik, malah yang lebih mengkagumkan adalah mereka adalah orang yang apabila berlaku salah faham dan fitnah terhadap islam yang dilakukan oleh orang bukan islam ,merekalah yang dilihat kedepan menjawab kembali beberapa fitnah-fintah dan tuduhan yang tidak tepat terhadap islam dengan hikmah dan ilmiah.

Sejak berlaku perlebelan terosis kepada umat islam di sana ,umat islam disana bersatu dan berukhwah dengan cukup baik tanpa mempersoalkan urusan jemaah dan perbedaan antara jemaah.Alangkah indahnya”katanya penuh semangat.

“Wah,ya.alhamdulilah .memang satu bentuk kesatuan yang sangat baik”balasku.
“Tapi , saya sedih apabila melihat jemaah tabligh di Negara kita.mereka tidak sama seperti jemaah tabligh disana.Kecintaan kepada ilmu tidak ditanam dengan baik.malah dalam keadah mengambil ilmu dan mengamal ilmu juga tidak diperhatikan dengan baik……sangat berbeza dengan jemaah tabligh di sana.”sambungnya dengan nada yang sedikit kecewa.

Aku diam sahaja.

Aku yang berada di sebelahnya merasa kagum dengan pencapaian jemaah tabligh di sana.Ya.aku memang pernah dengar akan kata sahabat tabligh disini yang mengatatakan sumber rujukan tabligh bukan sahaja fadail amal.ternyata benar.Tapi kenapa di sini fadail amal begitu popular dan kenapa antum tidak cuba baca kitab lain ?tanyaku kepada sahabat tabligh tu.dan …dia …tidak dapat memberi jawapan ……”aku mengalamun dan mengimbas memori itu sendirian.

Ah ! baik aku Tanya dia.

“Ya akhi,memang betul apa yang anta dikatakan ,tapi… mengapa keadaan ini berlaku ya?”tanyaku sepontan.

“Entahlah…mungkin kerana kita di sini tidak terancam,….saya pun tidak pasti kenapa keadaan ini berlaku .Tidak tahu mana silapnya….”balasnya juga spontan.

“Laa”kata hatiku.

Kami berdua diam dalam bebarapa saat.

“Ya,betapa besar sumbangan jemaah tabligh terhadap islam,terutama dalam kesungguhan dakwah mereka mendekati masyarakat dengan cukup berdisiplin dan istiqamah dengan adab-adab jemaah tersendiri. Seharusnya jemaah islam lain merasa malu dan mencontohi semangat dakwah mereka dari menceritakan perihal yang buruk tentang mereka.Cuma di Negara kita…. sudut ilimahnya memang amat perlu dibaiki.”aku memulakan perbualan yang terhenti tadi.

“Ya betul kata anta....,anta ni dari jemaah mana ?,asal dari mana? ” dia bertanya minat.

“Jemaah biasa-biasa sahaja,tak penting pun tahu.yang penting kita jemaah islam…dulu pun ana pernah juga lama bersama tabligh,pernah keluar,bla,bla,bla………..

kami terus berborak,…… aku bertanyakan bagaimana dia boleh datang ke daurah ini.?dia berasal dari mana?bidang yang di ambil?suasana masyarakat di new zeland?kawan-kawan dia di sana?.dia menjawab dengan penuh ramah.

aku senang dengannya.

…….dan macam-macam hal kami berdua saling bertukar cerita masing-masing…….sehinggalah Ajk daurah panggil untuk urus pengangkutan balik.

…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

Alhamdulilah,aku bersyukur kepada Allah azawajala yang mempertemukan kami di daurah ini.entah bila lagi boleh jumpa dia?.Di datang dari jauh demi ilmu ,dakwah dan ukhwah.

“Semoga kita berjumpa lagi dan semoga kita termasuk dalam orang yang bertemu dan berpisah kerana Allah.”Jumpa lagi akhi Ali…..

1 comment:

  1. Salam ziarah. Nice blog content.
    Awak tahu tak yang blog awak ni ada nilai? Jika mahu, tambahkan lagi nilai blog content awak, click DI SINI...

    ReplyDelete