bismilah yang rahman dan ar-rahim aku menulis.
alhamdulilah aku masih hidup dalam nikmat islam.
wah dah berapa hari ya aku tak upadate blog ni?
tak sempat la pulak.
sibuk,tak dapat acess internet dan tambah lagi penat dari kerja dari jam 9 pagi ke 7 petang.malah travel ulang alik dari tempat kerja saja dalam beberapa minggu ni yang makan masa 1 jam menambahkan lelah.
walaupun sibuk dengan pelbagai urusan tidak harus halang aku dari menulis bagi meluahkan rasa,berkongsi pengalaman,dan lebih penting menjadikan teknologi satu manfaat untuk diri dan masyarakat.
ok dah.cukup !jangan melalut.
kali ni aku nak tulis pasal isu pendakwah yang bijak atau berkata-kata benar pada tempatnya.
baru-baru ini aku menghadiri satu daurah ilmiah.daurah atau kurus ini diberi tajuk kelimuan sebelum berdakwah.
memang tajuk yang hebat.ada tiga pengisian dalam daurah ini dan semuanya memang baik dalam mengajak kita berfikir dan berusaha mencari kebenaran Allah azawajalla.
Asasnya sumber dalam daurah ini adalah kembali kepada keaslian Al-Quran dan sunah dalam memahami islam .
betapa baik satu pengisian akan juga ada kelemahan kerana yang menyampaikan adalah manusia.
maka aku ,selepasa balik dari daurah itu,aku menimbulkan kontrovesi dengan membuat satu posting dan poskan kat tempat yang tidak sepatutnya .maka bila difikir balik aku katakan tindakan aku itu tidak bijak dan aku dah minta maaf kepada orang yang terlibat.bukan kerana buat posting tu yang salah.Yang salah adalah poskan kat tempat yang salah.
sebenarnya aku membuat posting itu kerana tidak tidak bijaknya pengisi ke tiga dalam daurah tu.
terlalu banyak benda yang harus ditabayun atau diperiksa.....
pasal tabayun ,aku dah berjanji dengan orang terlibat untuk selesaikan dengan cara yang lebih hikmah.
cuma disini aku ingin berkongsi kata-kata beliau yang dilihat tidak berhikmah dan tidak kena tempatnya.Disebabkan itulah seorang pendakwah itu harus melihat wakik atau tempat dalam melaksanakan misi dakwahnya,walaupun MUNGKIN saja kata-katanya benar.
Antaranya adalah beliau menyampaikan jawapan albani yang ditanyakan solan ,adakah boleh masuk jemaah tabligh dan ikhwanul muslimin?
maka albani menjawab ,tidak boleh.dan jelaskan panjang lebar......
Maka, aku disini tidak setuju atas kata-katanya albani tersebut.Aku mengetahui albani adalah seorang ulamak sunah yang cukup hebat dari segi ilmunya.
aku tidak setuju bukan pada kata-katanya.mungkin sahaja solan itu ditanya oleh pengikutnya yang berada di arab saudi.yang disana fikrah salafi mendominsai sampai kepada pemerintah.maka jawapannya mungkin tepat.
tapi cuba bayangkan jika kata-kata itu didengari oleh kami,mahasiswa aktivis dakwah di bumi Malaysia yang pasti kebanyakan ditarbiah dengan corak tarbiah Ikhwanul Muslimin,dan juga didengari sahabat-sahabat tabligh.Akan berlaku sangka buruk dan saling mempertikai kata-kata Albani tersebut.Kalau pengikut yang faham dan berpendidikan tidak menjadi masalah.tapi akan timbul masalah dengan golongan yang tidak berapa cerdik.kerana akan ada sahaja golongan seperti ini dalam mana-mana jemaah islam dengan niat yang pelbagai.Ada yang niat baik dan tidak.
maka akan berlakulah permusuhan antara PENGIKUT jemaah-jemaah islam yang mendekati SUNNAH.
Aku amat yakin Albani tidak mahu keadaan di atas berlaku.Dia tidak berniat kata-katanya itu didengari semua orang.Maka seharusnya pengikutnya menyampaikan faktwa nya dengan bijak dan perlu melihat tempat.
ya .kita tidak nafikan akan kelemahan tabligh dan ikhwanul muslimin.tapi jangan sampai kita lupa kebaikan dan kekuatan mereka yang harus dimanfaatkan dan jangan sampai kita merasakan jemaah atau fikrah yang kita sahaja yang BETUL.Alangkah tidak sunah atau berhikmanya dalam berdakwah.
adakah pengikut albani lupa siapa musuh mereka?
Adakah pengikut albani lupa akan jemaah-jemaah yang tidak islamk langsung yang tumbuh dan SEMAKIN MEMBIAK sampai kita pening kepala ,tidak tahu cara nak berhadapan mereka dan tidak punya masa berhadapan dengan mereka?
Adakah pengikut albani di Malaysia lupa akan jemaah Liberal yang semakin kuat,Pejuang hak wanita yang tidak mengerti islam(cth mudah: sister in islam) yang semakin berani,golongan anti hadis dan penyampai hadis palsu yang masih ramai,golongan tidak mahu memahami Al-Quran yang tidak dapat dikira,golongan syiah yang jelas sesat tapi masih ramai orang kita yang mengkagumi mereka ,golongan masyarakat ummum yang Sentiasa ikut sesuatu membabi buta,golongan islam yang bermaksiat yang tidak tahu berapa jumlahnya.
Adakah pengikut albani di seluruh dunia lupa akan kekuatan Zionis,Amarika,Rusia,dan lain lain negara kufar yang sentiasa berkerjasama dalam menghentam islam?
Adakah pengikut albani lupa arus hedonisem(hiburan melampau-lampau),pluralisam(semua agamasama),kapatalisem,kominisem,sosialisem,skularisem,liberalisem,zionisem,syaitanis,berhala-isem,lain-lain isem dan sistem-sitem yang bukan2 dan menzalimi kehidupan yang terlalu ramai ORANG MASIH PERCAYA SAMPAI KITA TIDAK TAHU BERAPA JUMLAHNYA dan sistem ini dan kefahaman nya masih hidup berakar umbi di bumi ini?
adakah kau lupa,kita pernah berjayaaaa...,
adakah kau lupa,kita pernah berkuasaaa......dah cukup! nak bernasyid la pulak,
adakah kau lupa,saudaraku yang dicintai....salafi?
jika kalian tidak LUPA! mengapa kalian menambahkan koleksi musuh kalian?
Sedangkan mereka bersungguh2 dalam mencari kebenaran.Malah ada sahaja kerja yang tarbiah Ikhwanul muslimin dan tabligh buat yang KALIAN TIDAK MAMPU BUAT.juga sedangkan mereka tidak keluar dari lingkungan sunnah.
jika kita katakan mereka bermasalah.maka berilah teguran yang terbaik kepada mereka.
aku juga memilih manhaj salaf,dan aku bukanlah aku salah satu ahli jemaah tabligh dan IM.aku tidak fanatik kepada mereka.Tapi insyallah aku memilih pendekatan dakwah mereka.kerana jika sesiapa yang mengkaji mereka dari kaca mata seorang yang berdakwah,maka kita akan cukup menghargai dan memahami mereka.
TAPI jika kita hanya melihat dalam skop ilmiah sahaja,kita hanya pandai borak urusan dakwah,kita tidak pernah bersama mereka,kita punya niat yang tidak baik terhadap mereka dan kita rasa kita manhaj kita je betul....maka kita tidak akan ke mana.malah akan menjadi anasir permusuhan dan perosak dalam kehidupan ini.....Wallah wallam.
No comments:
Post a Comment