Saturday, July 11, 2009

Debarran cinta……Cinta itu datang lagi .bahagian 1

Aku duduk di sebelah ahmad dan mula bersuara,

Ahmad,Abg Aman nak minta tolong bawa semua ikhwah kita ke tempat program!.

Rasa berat la pulak nak bawa depa pergi sana.Aman rasa nak balik dan jumpa ummi jap.Mungkin sebelah malam baru Aman sampai.

"Ummi macam mana ?dan kat mana?.Dah borak apa yang Aman suruh pada khamis malam?"tanyaku kepada ahmad.

“Abang Aman,Ummi dah bersama ayah malam tadi!” balas adiku ringkas.

“HAA!.MAksud hang?”terkejutku hairan.

"Ya,Ummi dan pun bersama ayah malam tadi(jumaat malam)dan ummi dah mahu kembali kepada ayah,dan doakan semoga kekal." balas adiku lagi.

Aku pegang tangan adikku dengan kuat dan bertanya lagi,
“betul ke Mad?”tanyaku lagi mohon kepastian.

"Ya,betul " balasnya ringkas.

Ya Allah , betul ke apa yang aku dengar ini!,alangkah bahagianya hati ku saat ini.

Aku terus sujud dan menangis penuh gembira dan syukur.Ya Allah,Ya Rabbana,yang maha kuasa ke atas hati manusia,kepada mu aku menyembah dan muliakan.Setinggi-tinggi kemulian kepadaMu yang telah memberikan hamba ini jalan keluar yang diidamkan.

Maha suci Allah yang memberikan jalan keluar kepada hambanya dari arah yang tidak diketahui.

alhamdulilah,
alhamdulilah,
alhamdulilah,

Rasanya aku menangis kurang lebih 30 saat dalam keadaan bersujud.

“Ah... sekarang masih ramai orang di dalam pusat islam ini”.aku harus segera normal.

aku duduk antara dua sujud segera dan mengusap air mata.Aku bangun dan segera keluar ke gerbang utama Pusat islam uitm.Aku tidak mahu,para ikhwah dan jemaah yang masih dalam PI melihat aku yang baru menangis.

Di luar aku melihat ke langit sambil hatiku terus bertasbih dan bersuyukur memuji Rab Al Alamin.

alhamdulilah,
alhamdulilah,
alhamdulilah,

Betul kah semua ini?.Terasa seperti sebuah novel pulak.seperti happy ending diantara dua insan.Seperti khairul Azzam yang akhirnya ditakdirkan menikah juga dengan Ana dalam novel Ketika Cinta Bertasbih,seperti Maria yang dapat juga menikah dengan fahri dalam novel Ayat-Ayat cinta,seperti cerita Holywod yang aku tidak ingat tajuknya,ceritanya adalah 2 orang kanak-kanak kembar yang berjaya menyatu kembali ibu dan bapa mereka ketika mereka berjumpa dalam satu perkemehan cuti musim dan mereka buat plan tukar dan beberapa perancangan bagi parent mereka sehinggalah berjaya ...,dan seperti cerita-serita melayu , bolywod yang semua pihak bergembira,yang bercerai berkahwin semula dan macam-macam lagi.

Semuanya tidak diduga,aku asalnya telah optimis yang ummi dan ayah akan berpisah,99 peratus dan terpaska menyiapkan diri untuk menghadapi kenyataan itu,aku sudah buntu dan hanya mampu meletakkan pengharapan pada Allah sahaja.

Tetapi ternyata Allah mengkehendaki yang lain,Yang kosong peratus boleh jadi 100 peratus,begitu juga sebaliknya.

Itulah Allah yang maha Kuasa atas diri Hambanya.

Ya Allah ,aku kepingin jumpa ummi ku segera dan tengok betul ke kata AHmad itu.

aku segera masuk kedalam PI dan menyatakan hasratku.
…………………………………………………………………………………………………………………………………..
Aku memecut motosikal honda wave dengan rasa riang dan bahagia.Saat hampir masuk ke ekspressway BKE aku ternampak satu gerai air soya di tepi jalan dan melepasinya kerana agak laju.

“Ah,ummi memang amat mengemari air soya.Baik aku beli”.kataku sendirian.

Aku segera melihat kenderaan dari arah belakang dan depan bagi membuat U turn.
Setiba di hadapan gerai.

“Assalamulaikum kak”sapaku spontan sambil membuka helmet.

“Walaikum salam dik,nak berapa bungkus”respon kakak penjual air tangkas dan bangun dari tempat duduknya.

“Kak,bagi 2 air soya,satu gula putih dan satu gula merah.” balasku.

“2 ringgit sahaja dik”balas kakak penujual air itu.

Aku membayar ,meletak bungkusan air soya itu di bakul dan terus pecut ke arah expressway BKE.

Di rumah,aku memberi salam dan segera masuk.Kedengaran suara menyambut salam dari dapur.

Di ruang dapur,Aku melihat ummi sedang sibuk masak dan ayah sedang duduk membelek satu artikel di ruang meja makan yang jaraknya kurang lebih 7 meter dari dapur masak.
Alangkah bahagia aku melihat ummi saat ini,ummi yang rambutnya yang kelihatan di inai dan sedikit kerinting diikat rapi kelihatan ceria,bertenaga dan bahagia disamping suami tercinta yang seperti sedang menunggu lauk di meja makan. Umi melihatku dan segera ke arahku.

“Assalamulaikan mi”aku memberi salam lagi.

“Walaikum salam,anak ummi dah balik.Mesti penat dari kerja.Meh duduk dulu.” balas ummi ceria sambil berjalan menuju arahku.

Aku terpegun seketika dan tidak tahu apa yang hendak dikatakan.

Aku segera mencium tangan ummi yang ada bau kari ikan dan memeluk ummi erat.
Mataku berkaca-kaca dan memeluk ummi agak lama.

“Terima kasih ummi,” biskiku perlahan sambil melepaskan pelukan.

“Ummi yang patut banyak berterima kasih pada Aman”balas ummi dengan suara perlahan.
“Takpe mi,dah la tu,jom duduk dulu ” ajakku.

“Dan,Alhamdulilah.Aman ada sesuatu untuk ummi.Ni, air soya untuk ummi” kataku yang telah duduk dan menyerahkan bungkusan air soya kepada ummi yang masih berdiri di sebelah meja makan.

“Air ini khas untuk ummi sahaja”tegasku lagi .

“Alhamdulilah,Terima kasih Aman,anak ummi ” balas ummi ringkas sambil memperhatikan seketika bungkusan di tanganya dengan itu.

Aku tidak tahu apa yang difikirkan ummi.Matanya seperti haru tapi segera dia dapat mengawal keadaan.

Aman duduk dulu,ummi nak kena masak sikit je lagi.
“Aman … makan sekali ni.Ikah, tolong ambil pinggan untuk Abang Aman” ayahku mula bersuara.

“Ye, Yah,Alhamdulilah ,ummi mesti masak enak hari ini.” balasku.
“Ye, mesti enak.hari ni hari yang bahagia untuk kita” balas ayah yang juga kelihatan bertenaga dari selalu .

“Takde la sedap mana petang ni.macam biasa je,dan masakan ummi memang selalu sedap poon… dan anak-anak ummi dan ayah memang tak pernah penat puji.” balas ummi nada bergurau sambil berjalan ke dapur.

“Memang ummi adalah tukang masak terbaik buat kami”balasku bersemangat.

Ayah dan Ikah tersenymum dan bersuara ya,menyokong.

“Aman,dengar kata nak buat Rehlah dengan kawan-kawan di bukit hijau esok.?”Tanya ayah.

“Ye yah,dengan ikhwah-ikhwah uitm.Sebab tu Aman minta tolong pakcik di kampung.kami juga akan menggunakan surau di kampong untuk berprogram malam ni. mungkin makcik akan tolong masak sikit untuk kami”balasku.

Eish,menyusahkan pakcik pulak,apa kata esok ummi dan ayah je masak ?,dan juga boleh pergi sekali ke bukit hijau.”saran ayah.

Wah bagus juga Ayah.tidak susahkan makcik di kampung.Alhamdulilah sudah juga save cost program esok.

“Mungkin kegembiraan hari ini berkat setiap ahli keluarga ini tetap meneruskan agenda program islam dan dakwah walaupun duji dengan ujian yang berat.Ayah yang selalu ke hospital dan kampong telah banyak mengubat orang dengan pendekatan Ayat Al-Quran,Ummi yang pergi pengajian serta anak –anak ummi dan ayah terus terlibat dengan jemaah tarbiah membuat program dakwah” tambahku lagi penuh syukur.

“Dengan pertolongan Allah,insyaAllah” balas ayah ringkas.

Lauk petang itu enak sekali,kari ikan,dan ayam goreng yang di saluti sos pedas special buatan ummi dan sayur campur.aku tambah 2 kali .Ayah dan adik-adik juga turut tambah nasi kerana lauk yang sedap itu dan memuji masakan ummi.

Selepas makan aku segera menjatuhkan badan di katilku dan mengelamun sambil menunggu azam magrib.

Maha suci tuhanku yang telah menjadikan hari ini penuh berita gembira.Alhamdulilah betapa indahnya petang ini.semoga tidak lagi seperti petang-petang sebelumnya.

Jika petang yang sebelum hari ini,kami semua balik dengan keletihan dan suasana rumah tidak seceria hari ini.Ayah juga tidak banyak bercakap dan segera masuk ke dalam bilik.Adik-adik pula ada yang sepi melayan tv dan ada yang tido sampai ke magrib.

Hal ini berlaku kerana ummi kerap bermalam di TASKA yang dibukanya sendiri hampir setahun.Umi hanya akan pulang ke rumah ini pada waktu siang untuk masak serta mengemas rumah dan akan balik semula ke TASKA sebelum magrib.

Keadaan lebih sedih jika hari-hari sebelumnya ummi memilih tetap memakai tudung labuhnya di dalam rumah bagi mendesak ayah melepaskanya.Bila saja ayah balik rumah ,ummi akan mendapatkan tudungnya.Tidak dapat aku bayangkan betapa deritanya ayah dan adik-adik lain bila melihat kerenah ummi yang rasanya sudah hampir setahun berbuat seperti itu.Seperti orang asing di rumah sendiri.

Sehinggalah hari ini.Aku amat bahagia tidak terkata saat melihat ummi hari ni.Ayah pasti juga lebih gembira bila dapat semula melihat rambut isterinya.Ummi tidak lagi memakai tudung dalam rumah sendiri.malah ceria ,berkata lembut dengan suami dan boleh bergurau bersama seperti dulu.

Hari ini telah mengembalikan keceriaan petang yang telah hilang.Adik-adik yang sedang menonton tv di bilik sebelah juga tadi saling bergurau,bertanyakan bila lauk nak siap,dan ada juga yang tengah tolong ummi memasak tadi .

Alhamdulilah,…….alangkah bahagianya aku hari ini.

“Tapi …..kenapa ummi tiba-tiba mengubah keputusanya.?”tiba-tiba soalan itu menghingap fikiranku.

Nak Tanya ummi terus ke?

Ah,…Baik Tanya ahmad dulu malam ni.

1 comment: