Thursday, July 23, 2009

Halaqah ilmu dan halaqah dakwah.

Bismilah Ar-rahman dan Ar-rahim aku menulis,



Dalam satu daurah ilmiah , aku dan beberapa orang peserta sedang menikmati minuman petang bersama seorang ustaz muda,ustaz Abu yang baru selesai memberi pengisian ilmiah di sebelah tengahari itu.Kami duduk mengelilingi meja yang disusun panjang .Ustaz Abu sedang berborak rancak dengan beberapa orang peserta daurah.Telingaku tertarik ketika dia mula bersuara jelas:

“Akhi,dari antum hadir usrah sahabat-sahabat di university yang tumpuan ilmiahnya kurang ,lebih baik anta cari pengajian-pengajian sunnah seperti di sini yang lebih memelihara khazanah sunah nabi dari sumber yang sahih” saran ustaz Abu .

“Cuba,anta tengok sahaja ramai yang menjadi mentor atau naqib dalam usrah tu kadang-kadang ilmu tak seberapa,hadis pun tak pasti sahihnya dan menyampaikan entah mereka faham ke tak?” tambah ustaz Abu lagi yang terus mempromosikan pengajian ilmiah dan memperlekeh usrah-usrah aktivis pelajar university.

Aku ,yang dipisahkan jarak oleh 4 orang peserta darinya dan beberapa peserta yang bersamanya diam mendengar komentar ustaz Abu itu. Komentar yang kritis dan sinis terhadap aktivis pelajar yang memilih pendekatan “Usrah” di kampus.Diri ku tidak setuju dengan pendapatnya.Tapi baru aku bersuara;

Ya betul ustaz,tapi….

“Para ikhwah,jom kembali ke tempat masing-masing untuk pengisian seterusnya.Nak mula dah ni!”suara Ahmad ,Ajk Daurah yang baru sampai depan pintu memangil kami dengan suara agak lantang.

Peserta program mula bangun dari bangku tempat minum .Aku lihat ustaz Abu pun turut bangun mengucapkan salam pepisahan dan bersalam dengan beberapa peserta sekitarnya.Nampaknya dia seperti tidak mendengar suaraku. Peserta lain mula segera ke bilik kuliah yang akan diadakan pengisian seterusnya.

Aku mendapatkanya ,kami bersalam dan sayang nya dia kelihatan ingin cepat juga kerana ada urusan lain. Jadi hajatku tidak kesampain untuk mengemukakan pendapatku dan aku juga tidak dapat jawapan yang lebih mendalam mengapa dia berkata seperti itu.Aku berniat untuk jumpa dia lain kesempatan.

Bagiku kata-katanya itu betul tapi tidaklah tepat dan kurang berhikmah.
Ya memang benar.Kita akui akan kelemahan ilmiah kebanyakan aktivis-aktivis university.Apatah lagi mereka bukan dari bidang yang mendalami ilmu agama.Malah ramai dari mereka pandai membangkitkan semangat dakwah dengan kesedaran dari zaman jahiliah mereka dan punya ambil peduli masalah umat pada tahap yang mengkagumkan.



Tapi ,adakah wajar kita menghukum mereka tidak layak menyampaikan ilmu.?atau kita mengatakan halaqah mereka tidak perlu ?,juga mengatakan halaqah ilmiah itu lebih perlu dari halaqah lain? Adakah ilmu itu hanya berkisar Al-quran dan hadis sahaja ?Tidak adakah yang dikatakan ilmu berdakwah? Dan tidakkah kita tahu kebanyakan aktivis pelajar sejak tahun 80-an lagi yang memilih pendekatan halaqah atau usrah di university telah banyak menyumbang kepada perkembangan positif islam di Negara kita. Dari usrah –usrah atau halaqah seperti itulah lahirnya golongan professional yang punya kesedaran islam sehingga ada yang mengelar mereka prostaz (professional + ustaz).


halaqah di tv 9

Dan yang lebih penting , halaqah yang dilakukan oleh pelajar senior kepada junior di university adalah lebih kepada gerak kerja dakwah yang memerlukan perancangan teliti serta bijak bagi menjayakan dakwah di universiti .Perancangan bagaimana hendak mendekati objek dakwah,perancangan bagaimana ingin mengeratkan silaturahim,perancangan ziarah seperti ingin mencontohi sunnah rasullulah dan para sahabat yang berjalan dari lorong ke lorong ,dari khabilah-ke khabilah dan dari pintu ke pintu bagi menyampaikan islam,perancangan bagaimana ingin membenteras maksiat di university,perancangan bagaimana ingin membuat program-program islami dan macam macam lagi program dakwah.Dan semua itu memerlukan pelajar sendiri merancang, kerana mereka-lah yang lebih mengetahui medan dakwah mereka. Disebabkan itu, halaqah itu dinamakan halaqah dakwah bukan halaqah ilmiah.

Tapi sayangnya ramai yang salah faham.Mereka anggap halaqah dakwah itu juga adalah halaqah ilmu.Malah ada yang anggap sama taraf.sedangkan antara keduanya pada peringkat yang berbeza. Aku secara jujur dalam membawa usrah atau halaqah di university, aku katakan point dibawah dengan jelas dalam pertemuan awal kepada junior yang ingin di usrahkan : “perhimpunan kita di sini adalah salah satu usaha terpenting dalam membina tarbiah imaniah yang mencakupi seluruh aspek keislaman.Kita akan menjadi orang yang mengeratkan silaturahim ,bermanfaat kepada sahabat-sahabat kita,memastikan amal kita seiring percakapan kita,membuat aktiviti jamaie(berkumpulan),turut menumpukan aktiviti yang menyuburkan ruhiyah kita,menjadi anasir teladan,menyemarakan semangat jihad yang benar di kalangan pemuda-pemuda islam dan membuat aktiviti dakwah kerana cinta kepada saudara kita dan ingin mereka merasai nikmat tarbiah yang kita rasai .Halaqah ini bukanlah medan terbaik mencari ilmu.Jika antum mahu benar mencari ilmu lebih dalam bidang al-Quran hadis atau lain-lain ,antum harus mencari di tempat lain.Selayaknya yang memberikan ilmu itu adalah ustaz yang di akui ilmunya seperti dalam kuliah-kuliah yang diadakan di merata tempat di Negara kita.Dan ana tidak halang antum mencari kerana ana juga mencari pengajian-pengajian ilmu dari merata tempat”.

Disebabkan itulah aku agak sedih dan hairan kepada sahabat-sahabat yang dikatakan memperjuangkan islam,tapi hanya menjuzukan pada aspek ilmiah sahaja , tidak bertoleransi atas masalah kilaf yang memerlukan masa untuk paham , tidak mahu menerima fiqh dakwah yang memerlukan mengikat hati sebelum menerangkan , kerap menimbulkan kontrovesi sehinggakan mereka ni kerap dikatakan suka perdebatan dan yang lebih malang mereka memperlekehkan aktiviti –aktiviti jemaah lain yang melaksanakan tugasan islam sedangkan mereka tidak mampu lakukan.

Mereka datang dengan mengatakan mereka memilih manhaj salafi dan menamakan diri sebagai salafiyun. Bagiku mereka itu bukanlah salafi , mungkin mereka ultra salafi atau dikatakan ramai ulama sebagai pro-salafi.Yusuf Qardawi menulis dalam risalah kecil yang bertajuk Bunga Rampai Fatwa Yusuf Qardhawi,Citra "Salafiah" Dirusak oleh Pihak yang Pro dan Kontra .Istilah "Salafiah" telah dirusak citranya oleh kalangan yang pro dan kontra terhadap "salafiah". Orang-orang yang pro-salafiah - baik yang sementara ini dianggap orang dan menamakan dirinya demikian, atau yang sebagian besar mereka benar-benar salafiyah - telah membatasinya dalam skop formalitas dan controversial saja, seperti masalah-masalah tertentu dalam Ilmu Kalam, Ilmu Fiqh atau Ilmu Tasawuf. -1

Mereka sangat keras dan garang terhadap orang lain yang berbeda pendapat dengan mereka dalam masalah-masalah kecil dan tidak prinsipil ini. Sehingga memberi kesan bagi sementara orang bahwa manhaj Salaf adalah metoda "debat" dan "polemik", bukan manhaj konstruktif dan praktis. Dan juga mengesankan bahwa yang dimaksud dengan "Salafiah" ialah mempersoalkan yang kecil-kecil dengan mengorbankan hal-hal yang prinsipil. Mempermasalahkan khilafiah dengan mengabaikan masalah-masalah yang disepakati. Mementingkan formalitas dan kulit dengan melupakan inti dan jiwa.-1

Kerana salafi yang sebenarnya adalah yang memerhatikan sudut keseimbangan dalam beramal dan berdakwah, moderate, bersungguh dalam ber amal,menghidupkan ruhiyah ,penuh kebijasanaan ketika berdakwah,tahu menilal mana satu yang lebih utama di dakwahi atau diamalkan,berkerjasama dalam hal yang disepakati , dan tahu siapa lawan dan siapa kawan.

Bagi ku , mereka yang mengikut manhaj salafi adalah mencontohi kehidupan seluruh pertamanya Rasulullah saw, sahabatnya , tabien ,dan tabiu tabien .Dan antara tokoh salafi yang baik kita perhatikan adalah Ibnu Taimiyah sendiri yang bagiku seorang daie robbani yang telah Allah azawajala berikan hikmah dalam berdakwah dan memahami islam dari pelbagai aspek .

Dinukilkan oleh Yusuf Qardawi:

Sering terlupakan sisi Robbani dari kehidupan Ibnu Taimiyah yang pernah menuturkan kata-kata: "Aku melewati hari-hari dalam hidupku dimana suara hatiku berkata, kalaulah yang dinikmati ahli syurga itu seperti apa yang kurasakan,pastilah mereka dalam kehidupan yang bahagia".Di dalam sel penjara dan penyiksaannya, beliau pernah mengatakan: "Apa yang hendak dilakukan musuh terhadapku? Kehidupan di dalam penjara bagiku merupakan khalwat (mengasingkan diri dari kebisingan dunia), pengasingan bagiku merupakan rekreasi, dan jika aku dibunuh adalah mati syahid".-1

SubhanAllah amat hebat tokoh salafi seperti Ibnu Taimiyah .Pastinya di hormati dan disanjung di zamannya sebagai seorang Robbani yang telah berjaya menghidupkan halaqah ilmu dan halaqah dakwah .Memahami bila dan dengan siapa yang perlu dilakukan halaqah ilmiah dan bila pula halaqah dakwah diperlukan dalam melaksanakan misi islam sehinggalah beliau turut dikenali sebagai panglima perang yang memenagkan islam dalam beberapa peperangan dan dalam masa yang sama digelar tokoh ilmuan yang disegani sepanjang zaman.

Jadi adakah wajar kita yang hanya memberi fokus kepada satu bidang islam menidakkan hak ikhwah kita yang berjuang dalam bidang yang lain.Adapun kelemahan mereka , adalah wajib bagi kita menegur mereka dengan penuh hikmah tanpa menimbulkan permusuhan dan perdebatan sia-sia yang pasti merugikan kita kembali.

Al-Imam Hasan Albana memperingatkan kepada orang yang berselisih faham dalam perkara-perkara cabang fiqh dengan berbincang mengenainya tentang satu penyakit yang amat bahaya lagi serius yang boleh memusnahkan umat dan menyesatkan orang-orang yang berselisih faham itu sendiri. Ianya tidak lain dari penyakit selalu bertengkar dan ta'assub yang telah diberi amaran dan peringatan oleh Rasulullah saw. dengan sabdanya :Maksud: "Tidak akan sesat sesuatu kaum itu selepas mendapat petunjuk melainkanapabila mereka selalu berdebat.At-Tirmizi: 5/353 No: 3253

Pertengkaran dan ta'assub sebenarnya boleh mengeraskan hati, menaikkan kemarahan di dada dan menjadikan seseorang itu buta dari kebenaran dan berjalan mengikut hawa nafsu.Oleh itu, ianya patut ditinggalkan bagi menjaga ukhuwwah dalam agama dan kejinakan hati. Ini sememangnya adalah merupakan suatu perkara yang lebih besar dan seharusnya diutamakan. -(Syarahan usul 20/ms 67)

Seikhul Islam Ibn Taimiyyah berkata:

"Umat tidak beselisih dan berpecah jika pertikaian itu boleh diputuskan dengan ilmu dan keadilan. Jika tidak, maka dengan berpegang kepada ijmal yang thabit dengan nas dan ijma'. Wajib menyuruh orang awam berpegang dengan ijamal yang thabit dengan nas dan ijma' serta mencegah mereka dari hanyut ke dalam huraian (tafsil) yang mencetuskan perpecahan dan perselisihan. Sesungguhnya perpecahan dan perselisihan adalah di antara sebesar-besar perkara yang dilarang oleh Allah dan rasulNya. (Al-Fatawa: 12/237)



Jadi ,ayoh sahabat-sahabatku sekalian,mari kita jauhi perdebatan yang mengelapkan hati dan menimbulkan perpecahan.Marilah kita bersepakat dalam hal-hal yang dipersetujui,mencari titik-titik pertemuan ,tidaklah hanya merasakan kita sahaja yang betul dan tidak mencela jemaah-jemaah dakwah yang masih diiktirah ulama dalam lingkungan ahli sunnah wal jamaah.

Juga penting kepada aktivis islam di kampus atau dalam masyarakat mengetahui akitiviti halaqah jenis apa pada tahap “taklim (pengajian umum) ” dan aktiviti halaqah jenis apa pada tahap takwim (pembentukan) sehinggalah kita tahu membezakan yang mana lebih utama dalam beramal . Pada tahap taklim , kita akan lihat tuntutan kehadiran tidaklah ketat.Tambahan lagi kehadiran kita boleh ditangguh kerana teknologi semasa seperti “record kuliah audio dan video” yang semakin banyak dimuatkan di internet.Tapi pada tahap takwim kita akan di tarbiah lebih serius bagi menjayakan misi islam dan kesanya terhadap pembinaan iman adalah lebih menonjol.Maka seharusnya kita bersikap terhadap pengarahan dakwah yang tidak menyuruh bermaksiat kepada Allah azawajal seperti mukmim yang diceritakan dalam surah dibawah:

Sesungguhnya perkataan yang diucapkan oleh orang-orang yang beriman ketika mereka diajak ke pada Kitab Allah dan Sunnah RasulNya, supaya menjadi hakim memutuskan sesuatu di antara mereka, hanyalah mereka berkata: “Kami dengar dan kami taat”: dan mereka itulah orang-orang yang beroleh kejayaan(an-nur:ayat 51)

Ingat ! Kita bukan hanya ditanya Allah kelak mengenai satu aspek aktiviti seperti juzuk halaqah ilmiah atau juzuk halaqah sufi sahaja.Kita akan ditanya kelak bagaimana kita beradaptasi dengan masyarakat untuk mewujudkan daulah islam yang dirindui semua makahluk melalui sarana halaqah membina persaudaraan islam (ukhwah),halaqah dakwah,halaqah jasadiah(fizikal),halaqah tasawuf atau sufi ( aspek Ruhiyah ),halaqah ekonomi,halaqah kemasyarakatan,halaqah pendidikan dan halaqah politik(siasah).Kerana itulah yang diajarkan islam.wallahwalam.

Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Ugama Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata.(Surah Al-baqarah: ayat 208)

(p/s:Nama ustaz Abu dan Ahmad dalam posting ini bukanlah nama sebenar.)

Rujukan ; 1. Bunga Rampai Fatwa Yusuf Qardhawi
2. Dr. 'Ali 'Abdul Halim Mahmud,Syarah Usul 20

No comments:

Post a Comment