Tuesday, February 28, 2012

Melayu juga pendatang .

28 February 2012.

Rakaman Video “melayu pun pendatang”.



Kenyataan YB Chong Eng menolak ketuanan Melayu bukanlah perkara pelik dari lidah seorang yang berdarah china di Malaysia ini . Hujahnya “melayu pun pendatang” bagi membetulkan istilah dalam silibus sejarah sekolah menengah yang katanya menyokong ketuanan melayu dan menzalimi bangsa lain dengan istilah yang tidak tepat. (Dalam isu istilah "paria" itu , usaha mereka akhirnya berjaya pada 2011 dengan penarikan balik Interlok daripada sukatan pelajaran komponen sastera) .

Langkah pertama mereka telah berjaya.

Hebat mereka ini , tidak pernah kenal erti lelah dalam misi menghapuskan ketuanan bangsa Melayu. Lebih mengkagumkan lagi , begitu berani dan tanpa rasa bersalah ingin menyamakan “pendatang melayu” seperti mereka juga yang digelar pendatang . Ini mungkin kerana ramai melayu juga yang bersama mereka.

Itulah DAP [-0-] yang istiqamah dengan agendanya sejak tahun 1966 lagi dan sentiasa terus berusaha memanfaatkan segenap penjuru, ruang dan peluang mempertikaikan ketuanan melayu yang sangat berkadar langsung dengan survivor kepimpinan Melayu Islam di negara ini.

Apa tujuan mereka ? Ada yang mengatakan supaya adil menurut kaca-mata samarata hak , ada mengatakan niat murni mereka adalah bantu hapuskan “ pemerintahan UMNO al-zalimy ” dan ingin berkongsi usaha membina tamadun pemerintahan islam-liberal di negara madani ini . Dan tidak kurang juga ada yang membaca niat sebenar mereka ingin me-lenyapkan kuasa penuh pemerintahan Islam.

Entahlah , saya tidak pasti , Apa yang saya tahu mereka mahukan kuasa pemerintahan kerana telah terlibat dalam pilihanraya dan sudah pasti DAP yang menjadikan rujukan logic akal , demokrasi ,dan HR (Human Right) itu tidak akan pernah mahu bicarakan rujukan primary (utama) Al-Quran-Sunnah dalam menentukan dasar perjuangan mereka walaupun ada orang melayu islam yang bersama mereka.

Kita pejuang yang celaru ?

Sebagai muslim , kita tidak akan pernah merestui kezaliman , korupsi (salah guna kuasa) dan putar belit sejarah oleh sesiapapun terutamanya dari parti yang "mewakili pemerintah" islam.

Tetapi sedarkah kita ! perjuangan yang kononnya adil itu terselit "perangkap ultra kaisu” yang sangat bahaya. Jika kita tidak melakukan analisis yang penuh hati-hati serta ambil mudah menilai perjuangan mereka sentiasa adil dan tidak lari dari landasan syariat islam kerana "bersepakat juga" dengan parti islam , maka janganlah menyesal suatu hari nanti bila kisah Pak Kaduk " menang sorak kampung tergadai" menjadi kenyataan .

Oleh itu langkah Pertama kita adalah harus “celik agenda ultra kaisu” yang hakikat-nya lebih bahaya daripada masalah assobiyah melayu. Keduanya kita harus “jelas agenda perjuangan sendiri (Islam)” .

Berkata seorang Cendiakawan perang yang terkenal:

“ If you know your enemies and know yourself, you can win a hundred battles without a single loss”. (Sun Tzu , Art of War )

Kerana itu tidak-lah pelik jika ada pejuang islam yang boleh membaca ancaman masa depan umat islam di Malaysia ini sanggup focuskan perbicaraannya siang-malam terhadap isu ultra kaisu sahaja tanpa pernah peduli kata-kata negative sesiapapun . Lagi jauh mengenali erti lelah dalam mentazkirahkan agenda kesatuan melayu. Malah beliau memalukan orang melayu sendiri apabila mendapat gelaran “lebih melayu dari melayu” .

Beliau adalah Dr Ridhuan Tee Abdullah yang disegani dan sentiasa didoakan terus istiqomah dengan perjuangan beliau .(Amin-ya-rob). Nah ternyata benar ! apabila kita melihat tulisan terbaru beliau : “Ultra kiasu ini memang pandai memanipulasikan isu untuk mencapai kepentingan niat jahat mereka. Mencari publisiti murahan dan laba politik bagi menyelirukan khalayak” -1-

Cukup ! itu sahaja bicara mengenai ultra kaisu dari saya . Jika mahu tahu lebih lanjut ultra kaisu itu dan kenapa saya katakan “lebih bahaya dari assobiyah melayu“ sila baca dengan minda yang terbuka di blog beliau . Kembali kepada isu Melayu juga pendatang .

Kita mahu ambil takrifan pendatang dari mana ? Dari fakta sejarah atau logic akal?

Jika dari Logic akal , ini pandangan saya :

“Jika ditakrif oleh keimanan agama langit , manusia di bumi ini semuaya pendatang dari negeri bernama Syurga . Didatangkan oleh tuhan untuk hidup di negeri buangan yang bernama Dunia (Bumi ini) kerana pernah melakukan kesilapan . Apa-pun alasanya sebenarnya tujuan tuhan adalah menguji layakkah kembali ke kampong asalanya iaitu Syurga yang penuh nikmat atau dihalau lebih jauh ke negeri azab bernama Neraka. Jika ditakrif dari agama bumi (rekaan manusia), tidak ada istilah pendatang kerana manusia ini memang wujud automatic di dunia ini dan mengalami “reborn (lahir semula) ”berkali-kali sehingga tiada penghujungnya. Tetapi takrif penganut agama rekaan manusia ini dinafikan fakta saintis moden yang meyakini dunia ini ada awalnya (big bang theory) dan akan lenyap juga satu hari nanti.”

Siapa pendatang yang layak menjadi pemerintah?

Masalah pendatang dan siapalah yang asli di tanah ini saya kira bukanlah hal yang sangat penting kerana hakikatnya kita semua pendatang . Hal yang pentingnya adalah bangsa apa dan agama apa yang datangnya memerintah tanah ini dengan adil , di iktiraf pemerintahanya oleh rakyat dan paling "minima" menzalimi bangsa atau agama lain.

Ini kerana masalah dokongan rakyat serta minimanya kezaliman pemerintah bangsa-agama itu akan lebih diterima oleh mafhum keamanan . Dengan itu barulah bangsa-agama tersebut lebih layak memerintah atau dikekalkan pemerintahannya.

"Antara bangsa melayu , cina dan india , siapakah yang pernah tercatat dalam sejarah dan reality hari ini sebagai pemerintah yang adil dan paling sedikit menzalim?"

"Jika majority bangsa dikaitkan dengan agama . Antara agama bangsa melayu , agama bangsa cina dan agama bangsa india , mana lebih baik pemerintahanya.?"
Maaf pembaca sekalian , jika saya akan melakukan perbandingan dengan fakta yang mungkin tidak disenangi sesetengah pihak . Tetapi ini adalah suatu kebenaran yang harus dianalisiskan dan diceritakan agar kita bijak lebih berhati-hati dalam memilih.

Negara China , bangsa cina , pemerintahan dan agamanya secara am.

Republik Rakyat China (RRC), lebih dikenali dengan nama China sahaja, ialah sebuah negara di Asia Timur yang merupakan negara paling ramai penduduknya di dunia dengan diduduki lebih 1,300 juta orang. China diperintah oleh Parti Komunis China di bawah sistem satu parti. Selama lebih 4,000 tahun, sistem politik China berasaskan sistem raja turun-temurun (juga dikenali sebagai dinasti). Negara ini diperintah oleh Parti Komunis China (CPC) yang kuasanya dijamin oleh Perlembagaan.[43] 92% ethnic nya adalah Han dan 55 kaum minoriti teriktiraf-2-

Bangsa China Muslim di Republik Rakyat China hari ini .

Bangsa Uyghur atau Uygur, merupakan sebuah etnik minoriti rasmi di Republik Rakyat China. Suku ini merupakan keturunan dari suku kuno Huihe yang tersebar di Asia Tengah, menuturkan bahasa Uyghur dan memeluk agama Islam.-3- Peratusannya dari penduduk Republik China adalah 0.79% sahaja .-2-

Kekejaman kepada bangsa China yang beragama Islam .

Pada tahun 1966, poster-poster yang ditampal di sekitar Peking (kini Beijing) secara terbuka mendesak ajaran agama Islam dihapuskan. Umat Islam juga diharamkan mempelajari bahasa penulisan Arab. Perubahan ini cukup kritikal kerana ia menambahkan jurang umat Islam daripada bahasa Arab yang juga bahasa al-Quran dan aspirasi Islam. -4-

Ketika polisi Mao diperkenalkan, bilangan populasi umat Islam di negara komunis itu telah berkurangan sehingga 10 juta orang. Berdasarkan statistik populasi yang dikeluarkan pada tahun 1936, bilangan umat Islam di China dianggarkan berjumlah 48,104,240 orang. Penghapusan sekitar 38 juta orang umat Islam yang begitu drastik tidak pernah dijelaskan oleh kerajaan Kuomingtang pada ketika itu.

China berkali-kali menabur janji manis dari aspek kebebasan kepada warga Uighur. Namun, ia hadir dengan syarat tertentu . Imam-imam diwajibkan memperoleh lesen daripada kerajaan negeri. Penjawat awam termasuk guru pula diharam keras daripada bersembahyang di masjid ketika cuti sakit. Lebih teruk lagi, tiada sesiapa yang berusia 18 tahun ke bawah dibenar mempelajari sebarang ajaran agama Islam.-4-

Sejarah bangsa china datang ke Malaysia.

Kebanyakan pendatang Cina di Tanah Melayu berasal dari China selatan, terutamanya wilayah Fujian dan Guangdong. Pada abad ke-19, kebanyakan mereka datang untuk bekerja sebagai "buruh terikat" melalui perjanjian bertulis (indentured labour), dikenali sebagai kuli.-5-

Kezaliman orang melayu kepada bangsa cina.

Carian di googel saya tidak menjumpai kejahatan yang berat setimpal yang dilakukan pemerintah CPC kepada muslim Uyghur di China.

Dijumpai hanya peristiwa sebelum merdeka dan hal itu pun dipengaruhi oleh penjajah Jepun dan British . Antaranya ini;

“Penempatan semula orang Cina. Ini adalah kerana sebahagian besar daripada ahli PKM adalah orang Cina, dan banyak orang Cina telah tinggal di kawasan setinggan semasa pendudukan Jepun (Rujuk pendudukan Jepun). Dengan kawalan dari orang Cina, jadi masalah untuk membanteras komunis adalah lebih senang.-5.1-

Ramai orang Cina dibunuh dan dicampakkan ke dalam lombong bijih timah di Sungai Klang berhampiran lorong Tiong Nam, Chow Kit. Konon ada rakaman televisyen oleh pemberita dari BBC dan Australia, beberapa pemuda Cina ditangkap, dibariskan di tepi lombong dan dibunuh. Bagaimanapun, sehingga sekarang, tiada bukti yang diedarkan mengenai rakaman ini.-5.2-

Jika ada Siapa boleh bantu saya mencari bukti kezaliman bangsa melayu islam kepada kaum cina .? Sila kongsikan.

Negara India, bangsa dan agamanya secara am .

India (Hindī: भारत Bhārat), atau Republik India, terletak di Asia Selatan dan merangkumi kebanyakan subbenua India merupakan negara kedua terpadat penduduk dan negara demokrasi, dengan seribu juta penduduk dan lebih seratus bahasa berlainan. Mayoritas penduduk di India beragama Hindu 80.46%, Islam 13.43%, Kristen 2.34%, Sikh 1.87%, dan sisanya Buddha 0.77%, Jain 0.41%, dan Yahudi. -6-

Layanan Republik India kepada bangsa India beragama Islam.

“Keganasan di Kashmir telah terjadi dalam pelbagai bentuk, terutamanya di Jammu dan Kashmir, bahagian yang di bawah kawasan India di wilayah dipertikai itu. Kashmir telah menjadi sasaran kempen ketenteraan oleh semua pihak dalam konflik ini. Ribuan nyawa telah hilang sejak 1989 disebabkan pemberontakan dan penindasan yang makin menjadi-jadi. Korban termasuklah orang awam, angkatan keselamatan India serta Pakistan dan militan sama ada dari Kashmir atau luar. Majoriti penduduk Kasmir adalah Muslim. -7-

Seperti kebanyakan umat Islam lain yang terdapat di benua Asia, rakyat di Kashmir telah menghabiskan separuh kedua abad ke-20 dalam kancah peperangan dan konflik. Sebab utama mengapa keamanan dan ke¬stabilan tidak wujud di Kashmir selama lebih kurang 50 tahun adalah disebabkan oleh penindasan yang dilakukan oleh pentadbiran kerajaan India yang mendudukinya. ”-7-

Layanan bangsa asal India yang bukan islam terhadap bangsa india beragama islam sudah cukup menjelaskan kezaliman pemerintahan India . Malah kejahatan nya boleh dibawa dalam filem bertaraf dunia bertajuk slumdog-milionire sebagai satu sindiran kejahatan kerajaan india kepada muslim disana.

Jika bangsa sesama warna kulit mereka boleh membenci seperti itu atas beza keyakinan agama , maka apa tangapan kita layanan terhadap bangsa berlainan warna kulit dan beza agama.?

Sejarah orang india ke Malaysia .

Orang India Malaysia adalah rakyat Malaysia yang berasal dari India. Kebanyakan mereka datang ke Malaysia semasa jaman penjajahan British di Malaya. Sebahagian penghijrah India yang amat besar terdiri daripada penutur bahasa Tamil dari negeri Tamil Nadu. Pada tahun 1947, mereka merupakan 77% daripada jumlah penduduk India di Tanah Melayu dan Singapura. Orang India Selatan yang lain, khususnya orang Malayalee dan Telugu, merupakan lagi 14% pada tahun 1947, dan baki komuniti India terdiri daripada orang India Utara, terutamanya orang Punjabi, Bengali, Gurjarati, dan Sindhi.-8-

Kebanyakan kaum india Malaysia beragama Hindu (78.4%) ,dan diikuti sikh 9.6% kristian 8.0% ,dan terkecilnya islam (india muslim) atau lain-lain agama hanya dengan masing-masing 2% sahaja .-8-

Kezaliman orang melayu kepada bangsa india.

Pada peringkat awal buruh India ini tidak peduli dengan sistem kad pengenalan yang diwajibkan kepada rakyat Malaysia. Ramai juga yang bercita-cita pulang ke India dan meninggal dunia di sana, jika berkemampuan sebagai mana India Muslim. Ada di antara mereka mempunyai isteri, anak-anak, adik-beradik dan sanak-saudara dan hubungan yang begitu erat dan intim. Mereka tidak mempunyai sebarang dokumen apalagi kad pengenalan kerana berserah 100 % kepada majikan ladang. Majikan berkuasa penuh dan tidak memberi mereka peluang untuk mendaftar kelahiran, mempunyai surat beranak dan seterusnya memiliki kad pengenalan. Tetapi kini majikan ladang zaman 'orang putih' telah bertukar tangan. Pengurus ladang bukan lagi dari kalangan kaum mereka.-9-

Saya rasa boleh bagi lagi banyak bukti kebaikan yang dilakukan oleh bangsa melayu kepada bangsa india jika dibandingkan dengan penindasan yang dikenanakan Negara India.Tapi saya tidak perlu lakukan kali ini kerana perbicaraan kita sekitar membandingkan kezaliman pemerintah.

Sekali lagi , berdasarkan layanan negara India kepada Muslim disana, adakah sama level kejahatan yang dilakukan oleh bangsa Melayu muslim kepada bangsa india di Malaysia seperti kejahatan Kerajaan India kepada muslim disana.?

Melayu . Negara dan sejarahnya.


Malang sungguh orang melayu , mereka tidak ada nama negara Republic Melayu seperti negara untuk bangsa India dan China . Yang ada hanyalah nama negara Malaysia . Malaysia diguna pakaikan pada tahun 1963 apabila negeri-negeri Persekutuan Tanah Melayu serta Singapura, Borneo Utara (Sabah) dan Sarawak membentuk persekutuan baru.[4] -10-

Malaysia berakar-umbikan Kerajaan-Kerajaan Melayu yang wujud di wilayahnya dan menjadi taklukan Empayar British sejak abad ke-18. Wilayah British pertama di sini dikenali sebagai Negeri-Negeri Selat. Semenanjung Malaysia yang ketika itu dikenali sebagai Tanah Melayu atau Malaya, mula-mula disatukan di bawah komanwel pada tahun 1946, sebelum menjadi Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948. -10-

Perlembagaan Malaysia menjamin kebebasan beragama, sungguhpun Islam selaku agama yang paling ramai penganutnya merupakan agama rasmi Malaysia. Menurut perangkaan Banci Penduduk dan Perumahan 2000, kira-kira 60.4% penduduk menganut agama Islam; 19.2% Buddha; 9.1% Kristian; 6.3% Hindu; dan 2.6% yang lain mengamalkan Konfusianisme, Taoisme dan agama Cina tradisional yang lain. Yang selebihnya dikira menganut kepercayaan animisme, agama rakyat, dan Sikhisme, melainkan 0.9% yang tidak beragama atau tidak memberikan maklumat.[111][112] -10-

Semua orang Melayu dikira beragama Islam mengikut Perkara 160 Perlembagaan Malaysia.[113] Menurut statistik Banci 2000, 75.9% orang Cina mengaku beragama Buddha, diikuti ramai penganut Taoisme (10.6%) dan Kristian (9.6%), di samping sebilangan kecil Hui-Muslim di tempat-tempat tertentu seperti Pulau Pinang.[112] Majoriti orang India Malaysia beragama Hindu (84.5%), diikuti ramai penganut Kristian (7.7%) dan Islam (3.8%), lebih 150,000 beragama Sikh, dan 1,000 penganut Jain. Kristian merupakan agama utama masyarakat Bumiputera bukan Melayu (50.1%), di samping 36.3% lagi umat Islam dan 7.3% pengikut agama tradisional.[112] -10-

Malaysia adalah negara islam berdasarkan rujukan perlembagaan: Perkara 3(1): ISLAM adalah agama bagi Persekutuan ; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana Bahagian Persekutuan -11-

Bangsa melayu melayan bangsa bukan melayu pada hari ini.

Dr Hassan turut menegaskan Sejarah Melayu tidak pernah memaparkan watak Melayu yang rasis, sebaliknya bersifat bangga bangsa. “Sifat bangga bangsa ini, bukannya benci bangsa lain kerana orang Melayu mempunyai akal budi Melayu yang diperlihatkan dalam Sejarah Melayu.-12-

Sejarah orang melayu datang ke Tanah melayu.

Rumpun Melayu adalah penduduk asal bumi Malaysia sejak 40,000 tahun lalu dan bukannya berhijrah dari tanah besar utara di China, demikian menurut hasil kajian arkeologi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Ketua Pakar Arkeologi UKM, Prof Dr Nik Hassan Shuhaimi, berkata artifak yang ditemui di lebih 100 kawasan ekskavasi adalah berbentuk tempatan dan bukannya dibawa dari luar. Katanya, artifak terbabit ditemui di kawasan ekskavasi di Pulau Kalumpang dan Beruas di Perak; Kota Johor Lama, Kota Seluyut, Kota Sayong Pinang, dan Muar di Johor; Kota Melaka di Melaka; Kota Lukut di Negeri Sembilan, serta beberapa tapak di Tasik Kenyir di Terengganu.-13-

Jadi bangsa apa yang paling sedikit menzalimi jika memerintah. ?

Dari fakta di atas , kesimpulan yang boleh kita buat adalah muslim-lah yang paling sedikit menzalimi . Bangsa apa pun jika kesultanannya (pemerintahnya) menerima islam merekalah yang akan paling baik melayani bangsa lain dan jika bangsa lain ( bukan islam ) mendapat pemerintahan , merekalah lebih banyak menzalimi bangsa yang beragama islam . Inilah hakikat pahit yang harus ditelan bangsa SELAIN agama islam.

Kemulian Bangsa yang memeluk islam ada pada Islamnya.

Saya bukanlah assobiyah kepada sesuatu bangsa yang disandarkapa kepada warna kulit. Malah saya dari keturuanan darah cina dan melayu. Tok saya (my grandmother) adalah Chinese muslim dan masih hidup sehingga hari ini.

"Apa yang saya assobiyah adalah bangsa islam kerana terbukti dari kajian ringks di atas , bangsa islamlah yang paling minima menzalimi bangsa bukan islam dan bila disebut bangsa Islam di Malaysia ianya akan secara amnya ditujukan kepada bangsa melayu."

Oleh itu di Malaysia ini , bangsa apakah yang melindungi agama islam secara amnya? Tanpa perlu saya memberikan jawapan anda boleh menilai . Dengan ini ketuanan (siyadah-kepimpinan) bangsa tersebut wajar dipertahankan demi tertegaknya islam di bumi ini .

Ada yang mengatakan , " Cina dan india akan lebih baik dari melayu jika mereka muslim " . Saya katakan : " Ya benar . Oleh itu mari kita islamkan mereka dulu sehingga bangsa cina dan india muslim mendominasi bangsa cina dan india bukan muslim kemudian baru kita akan katakan tidak perlu ketuanan bangsa melayu kerana ketuanan yang sebenar kita adalah islam. Tetapi hakikatnya berapa peratus cina dan india muslim di malaysia dan bila agaknya mereka akan mendominasi ?

Apa ! anda tidak tahu . saya pun lagi tidak tahu . Jadi bagaimana kita mahu menjadikan mereka pemimpin .?

Tolonglah kawan-kawan , jangan bincang hal teori , dan idelistik "Islam for All " dalam semua perkara , sedangkan ada dikalangan gerakan dakwah anda sendiri yang sebenarnya banyak buat kerja islah (perbaikan) kepada bangsa melayu juga . Saya bukan menidakkan dakwah islam untuk semua kerana memang benar Islam for All ( Islam untuk semua bangsa) . Tetapi dalam masalah "pemerintahan islam" dan berkaitan-denganya di Malaysia ini : Adakah " All will defend islam " (Semua bangsa akan pertahankan islam) ?.

Kesimpulan tulisan kali ini .

Terlebih dahulu saya minta maaf jika ulasan saya “bersifat provokatif” dan menyamakan rakyat republic india dengan india di negara ini. Begitu juga untuk bangsa cina. Bukan itu tujuan saya.

"Apa yang ini saya sampaikan dari tulisan yang panjang lebar ini adalah perbezaan agama menjadi factor pemerintahan yang lebih zalim atau kurang zalim".

Jika China yang beragama islam(Cina muslim) dilayan buruk oleh majority cina yang bukan islam di negara China , lalu apa pandangan anda jika bentuk layanan Pemerintah China kepada bangsa Melayu islam yang bukan sahaja beza keyakinan malah warna kulit.?

Terang lagi bersuluh kenapa ketuanan melayu penting.

Dengan ini usaha mengekalkan tampuk pemerintahan di kalangan orang beragama islam adalah penting tanpa melihat kepada bangsa apapun .

Tetapi kita tetap maklum sekarang bangsa majority islam yang berhak mempertahankan islam di malaysia ini adalah bangsa melayu .

Al fadil ustaz Abdullah Zaik , Presidengn ISMA berkata:

"Perkataan ketuanan merujuk kepada istilah bahasa Arab iaitu siyadah dengan makna kepimpinan. Orang Melayu atas sifatnya sebagai penghuni asal Tanah Melayu dan beragama Islam maka mengikut konsep kenegaraan Islam, merekalah yang paling berhak atas kepimpinan negara dan dalam menentukan rupa bentuk kenegaraan dan masa depan negara.

Beliau mengakui bahawa politik Melayu hari ini tidak dapat merealisasikan aspirasi politik Islam sepenuhnya, tetapi adalah tidak dapat dinafikan ia merupakan satu kemaslahatan yang perlu dipelihara di zaman ketiadaan daulah.

Mengekalkan kuasa di tangan orang Melayu lebih selamat dalam konteks maqasid syariah bagi memelihara kedaulatan, membela maruah bangsa dan masa depan negara, berdasarkan kaedah “barang yang tidak boleh dicapai sepenuhnya tidak ditinggalkan sepenuhnya.

"Ustaz Abdullah Zaik turut mengingatkan orang Melayu khususnya terhadap kewujudan pihak tertentu yang sedang mengatur strategi dalam percaturan politik semasa bagi meruntuhkan konsep ketuanan Melayu kerana menganggapnya sebagai penghalang cita-cita mereka untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang berteraskan kesamarataan mutlak."-14-

“Melayu Sepakat, Islam Berdaulat”


Nota kaki :

Parti Tindakan Demokratik (DAP: Democratic Action Party) ialah sebuah parti politik Malaysia yang berbentuk pelbagai kaum, sekular dan sosialisme demokratik. Ia ditubuhkan pada 18 Mac 1966.[1] Kubu-kubu kuat parti DAP dari segi sokongan rakyat ialah Pulau Pinang, Perak dan Wilayah Persekutuan Kula Lumpur. DAP terkenal dengan konsep "Malaysian Malaysia" (Malaysia untuk semua rakyat Malaysia). Parti ini komited kepada perjuangan untuk sebuah Malaysian Malaysia yang bebas, berunsur sosialisme demokratik, berdasarkan prinsip-prinsip hak asasi manusia, kesamarataan, keadilan sosial dan ekonomi, dan berasaskan institusi demokrasi parlimen.[2] Bentuk sosialisme yang menjadi pilihan DAP ini adalah sosialisme sederhana yang bersifat anti-komunis dan anti-kapitalis, dan berdasarkan atitud tidak memihak kepada mana-mana pengaruh kuasa besar dunia sama ada blok Barat ataupun blok Timur.[3]

-0- http://ms.wikipedia.org/wiki/Parti_Tindakan_Demokratik

Rujukan :

-1- http://ridhuantee.blogspot.com/2012/02/apabila-berita-dimanipulasikan.html

-2- http://ms.wikipedia.org/wiki/Republik_Rakyat_China

-3- http://ms.wikipedia.org/wiki/Orang_Uyghur

-4- http://satuumat.blogspot.com/2009/07/penduduk-xinjiang-dizalimi.html

-5-http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/component/content/article/185-masyarakat-majmuk/3241-masyarakat-cina-di-malaysia.html

-5.1- http://ms.wikipedia.org/wiki/Darurat_Tanah_Melayu

-5.2- http://ms.wikipedia.org/wiki/Peristiwa_13_Mei

-6- http://id.wikipedia.org/wiki/India#Agama

-7- http://ms.wikipedia.org/wiki/Keganasan_di_Kashmir

-8 http://ms.wikipedia.org/wiki/Orang_India_Malaysia

-9- http://ms.wikipedia.org/wiki/Diskriminasi_Orang_India_Malaysia

-10- http://ms.wikipedia.org/wiki/Malaysia

-11- http://addinlove.blogspot.com/2011/11/slogan-melayu-sepakat-islam-berdaulat.html

-12- http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Melayubukanpendatang/Article

-13- http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Melayubukanpendatang_/Article

-14- http://www.ismaweb.net/v4/2011/03/isma-tidak-tolak-ketuanan-melayu-ustaz-abdullah-zaik/

PS: saya telah melakukan sedikit pembetulan ayat kerana saya sangka video itu baru beberapa bulan lepas. Saya terlepas pandang tarikh video dan perkembangan isu di atas berkaitan "interlok rupanya " kerana video ini di upload di web lain . :-)

Monday, February 13, 2012

Keutamaan saya ? : Bayar Takaful (insurance) atau Bayar Pinjaman atau Simpanan duit dalam bank .

Dairy Addinlove. (12 February 2012).
“Waalaikumsalam, takpa aiman. Buat masa ni ana (aku) tak ambik lagi.”
sms balas sahabat baik saya merespon “ sms promosi takaful bersulam muhasabah " tentang sahabat kami iaitu akh Farid Jawani yang kemalangan motosikal sebelum perayaan tahun naga air 2012 ( tahun baru cina-beberapa minggu lepas).

Kemudian saya membalas sms sahabat baik saya itu dengan sedar diri kami (saya dan dia) masing-masing berstatus “ graduan junior ” kerana ijazah sarjana muda di tangan kami baru berusia kurang lebih 2 tahun , gaji cukup makan saja , hidup serta latar belakang keluarga pula serba sederhana dan simpanan untuk belanja nikah pun entah bila nak cukup? :-)
“Akhi (saudaraku) ,ana faham, kita ni masih gaji x stabil , dari umur nta (engkau),ada (caruman) rm 29 je sebulan.dpt cover kematian rm20k (RM 20 ribu) ,lumpuh rm20k (RM 20 ribu) ,pnyakit kritikal rm 10k (RM 10 ribu) dan rm 2k utk pengkebumian. Asif (maaf sangat-sangat) , kita bukan harap berlaku. tpi (tetapi) sbg org yg beriman kpd qada qadar,buatlah persiapan utk tak susahkan family kita kelak. adakah rm30 berat?.ana yg tidak stabil ni ( bayar caruman takaful ) rm135 sbln, afuan skdar tazkirah.”
Saya tidak mendapat respon sms dia lagi selepas itu . Saya yakin beliau sedang muhasabah diri . Saya berniat jumpa dia empat mata selepas ini bagi menjelaskan dengan lebih baik jika dia berminat . Bukan saya mahu memaksa , tetapi mahu tawarkan cara ‘ beriman bijaksana’ dengan memahami kemudahan takaful dunia sekarang . Dan Bukanlah niat saya ingin “ mengugut ” atau “ menakutkan” perihal sebuah kecelakaan atau kematian kepada dia , tetapi berusaha memikirkan dan "bertindak" sebagai bukti persiapan ke-arah itu adalah suatu tuntutan agama .

Mari melihat rakaman perbualan Nabi Muhammad saw dengan seorang lelaki:
Berkata (lelaki) bertanya lagi : ‘Maka manakah orang mukmin yg bijak (atau pintar)?’ Bersabda Nabi (s.a.w) (menjawab): ‘Aktharuhum lil-mauti zikran wa-ahsanuhum lima ba’dahu isti’dadan, ulaika al-akyasu.’ ( Yang bermaksud: Yang lebih banyaknya mereka pada kematian ingatkannya (yakni, ingatkan kematian selalu) dan lebih baiknya mereka dengan apa-apa sesudah matinya persiapan (contoh. menyediakan) dirinya (yakni, mengerjakan amalan dan ibadah ketika hidup sebagai menyediakan diri untuk kebajikan akhiratnya), mereka itulah orang yg bijak (atau pandai dan pintar)) [Hadith Ibnu Majah, Kitab Zuhud]
Dalam hadis sahih yang diriwayat Imam Bukhari :
“Tinggalkan anak dan isteri kamu dengan kesenangan adalah lebih baik daripada meninggalkan mereka dalam keadaan meminta-minta (miskin melarat ) ”.
Apa Takaful yang saya maksudkan ?

Perkataan takaful itu sendiri bukanlah urusan berniaga barang dengan akad jual beli . Maksud asal takaful adalah saling menjamin dan menangung beban . Takaful yang saya maksudkan dalam tulisan ini pula adalah sejenis caruman wang dalam satu tabung bagi mendapatkan jaminan kewangan untuk peristiwa yang tidak diingini atau menyedihkan . Bagi memahami maksud takaful atau bahasa lamanya (bukan islamik) insurance dan beza-diantaranya , sila perhatikan jadual dibawah.-1-

Takaful merupakan salah satu konsep insurance berasakan muamalah islam yang berlandsakan hukum syariah . Konsep ini telah diamalkan 1400 tahun dahulu.-2-

Note: perkataan skim juga bermaksud "tabung takaful" .

Jadual atas : Perbezaan Insurance dan Takaful.

Sesungguhnya benarlah antara tujuan sms diatas ingin promosi takaful dan mengkhabarkan kepada kawan saya itu akan diri ini telah menjadi salah seorang perunding takaful . Saya tidak dapat melindungi niat tersebut . Tetapi lebih jauh dihati saya adalah perasaan cinta “ukhwah fi iman wa dakwah” ( saudara dalam iman dan dakwah ) yang ingin berkongsi " kebaikan bersama " kepada sahabat seperjuanga saya.

Muskilah pertama : Hutang belajar saya ? .

Saya graduan berhutang PTPTipu , eh bukan , PTPTN . Saya terpaksa menangung beban hutang pengajian Diploma dan ijazah sarjana muda saya sebanyak RM 25 000 . RM 7500 untuk Diploma dan RM 17 500 untuk ijazah sarjana muda . Mungkin jumlah pinjaman saya ini sedikit jika dibandingkan kawan-kawan di university lain. Tapi sedikit ini pun terasa sangat sengsara membayarnya . Dan perasaan menyesal pernah hadir kerana jika tidak ambil PTPTN dulu pun rasanya boleh juga tamat belajar sebab saya jenis yang buat business masa belajar .Tapi semua itu telah berlalu .Yang harus difikirkan sekarang bagaimana membayarnya .? Ini belum cerita lagi hutang mulakan perniagaan kedai computer dengan adik (RM10k) , hutang mulakan perniagaan buku dari FAMA ( father and mother ) dengan strategi P.Ramle dalam cerita "anak bapak"(Pak,nak kawin,ok ! bapak bagi 5 ribu,tapi duit itu untuk tujuan lain.;-).Tapi saya guna untuk perniagaan buku (bukan berjoli macam cerita anak bapak) kerana nikah saya diuji-3-

Ingatkah kita akan sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah :
"Sesiapa yang berhutang dengan niat untuk membayar balik, Allah akan membayarkan. Tetapi, jika sesiapa berhutang dengan niat menyeleweng , Allah akan musnahkan harta bendanya."
Juga satu peringatan keras dalam hadis sahih riwayat imam muslim :
"Diampuni semua dosa orang yang mati syahid kecuali hutang."
SubhanaAllah , sangat berat bab hutang ini . Bagaimana menyelesaikannya ? , Jawapan terbaik adalah bayar juga ,tiada cara lain atau satu cara lagi…

Muskilah ke-dua : membuat simpanan ?

Ingat cu , RM50 saja sebulan.

“Dalam hidup ini kena ada simpanan setiap bulan walaupun sikit”
Kata Tok (grandmother) saya berdarah asli cina yang sentiasa menjadi teladan terbaik keluarga saya dalam membuat simpanan.
“Dan duit simpanan itu jangan di kacau walaupun susah. Cuba simpan RM 50 sahaja sebulan , kena buat juga!”
Tambah Tok tegas seperti memaksa tetapi hakikatnya hanya mampu memotivasikan cucu dan anak-anaknya.

Beberapa kali saya jumpa Tok dia akan banyak bercerita. Bila Masuk sahaja bab duit , pasti pesanan yang hampir sama berkaitan simpan duit akan keluar dari mulutnya . Berulang-ulang kali dan anak-anak serta cucunya kena khusyuk mendengarnya tanpa boleh jemu .

Semua kata-kata tok benar . “Tapi masalahnya tok, macam mana mahu buat simpanan jika gaji-pun tidak stabil dan masalah paling berat bila simpan , teruji sikit je , duit tersebut dikeluarkan mudah sangat" , monolog saya sendirian yang pernah mencuba dan mahu juga beralasan. :-)

gambar(atas) : Tok saya dan adiknya . Gambar masa jamuan tahun baru cina 2011.

Ya Allah , payahnya nak menyimpan duit . bagaimana menyelesaikannya ? Jawapan terbaiknya adalah kena juga simpan dan harus kuat disiplin , tiada cara lain atau satu cara lagi…..

Atau satu cara lagi untuk selesaikan muskilah Pertama dan ke-dua ADALAH ambil Takaful.

Carum (bayar) takaful setiap bulan. Seperti yang saya sms kepada sahabat baik saya. Contohnya RM 30 di carum setiap bulan dalam takaful akan pertamanya mendapat wang perlindungan manfaat kematian RM 20 ribu , lumpuh(TPD) RM 20 ribu , Urusan jenazah RM 2 ribu , Penyakit kirtikal RM 10 ribu . Jika mencarum lebih tinggi , maka lebih tinggi nilai pelindungan serta ada banyak manfaat lagi seperti elaun masuk hospital sehari dapat rm100 , pelindungan separa cacat , bonus akdemik cemerlang , waver dan macam-macam lagi .

Dengan wang itu kita mampu bayar hutang yang tidak selesai lagi jika ajal menjemput lebih awal atau ditimpa kecelakaan . Maka tidak perlu pening kepala ahli keluarga yang lain . Dengan wang itu juga , waris kita harapnya tidak hidup meminta-minta seperti dalam hadis nabi diatas .

Selain itu duit yang kita takafulkan adalah seperti simpanan bank yang menguntungkan jika tidak berlaku apa-apa dalam tempoh caruman . Peraturan keluar duit yang sedikit ketat seperti ada tempoh masa dan beberapa kali sahaja boleh "membantu kita" daripada simpan di bank biasa yang sifatnya mudah sangat keluar duit bila terdesak sedikit.

Sebab itu setelah mengetahui kewujudan takaful yang sangat hebat ini , saya memilih untuk mengambilnya walaupun gaji tidak stabil . Seperti yang saya katakan kepada beberapa sahabat saya sebelum ziarah Farid di Kuala Kangsar:
“ Pada pandangan ana, membayar takaful lebih utama (diawalkan) daripada membayar hutang PTPTN. Bayangkan sekarang ana hanya bayar semula PTPTN RM 50 saja sebulan , tidak ada jaminan (jika berlaku sesuatu sebelum hutang selesai ), dan Entah bila habis bayar . Tetapi , sekarang ana ada dua takaful , bayar RM 135 sebulan , insyaallah ana ada jaminan cukup untuk bayar hutang ana jika berlaku sesuatu . Sebab itu jika terpaksa memilih antara bayar hutang atau takaful , ana akan bayar takaful dulu ”.
Dan juga saya akan bayar takaful dulu sebelum buat simpanan di bank biasa . InsyaAllah RM 135 akan jadi simpanan dan mencapai objektif yang tok saya bebel-kan.

Kesimpulannya , pada pandangan saya , takaful lebih utama daripada hutang atau saving (simpanan) dalam bank , tetapi bukanlah membayar hutang dan membuat simpanan tidak dipedulikan langsung .

Mengambil pengajaran dari mereka yang telah diuji .

Akhi wa ukhti fillah , ( satria dan satriawati seperjuangan ),

Ingatkah lagi kisah seorang ikhwah kita dalam awal tahun 2000 yang meninggal dunia asbab kecelakaan jalan raya di Perak selepas balik dari program dakwah ?

Ingatkah Dua kisah berasingan akhwat kita yang dalam satu perjalanan dakwah di-uji dengan kemalangan sehinggakan sorang itu lumpuh dan seorang lagi hilang penglihatan sebelah matanya.

Ingatkah kita kisah Akh Aizam Sarawak yang kemalangan sehinggakan terpaksa tanggung kos pembedahan yang tinggi.

Juga kepada ikhwah dan akhwat sekitar Penang pasti masih ingat kisah saya yang accident langgar lembu masa balik dari pengajian malam . Akibat dari kemalangan itu , tulang tangan (ulna) saya yang patah ke dua-dua belah terpaksa di-ikat besi dan kawasan pergelangan kanan yang “dislocate” tidak normal lagi sampai hari ini .

Dan terbaru sekali dua kejadian kemalangan motosikal . Pertama Akhi Farid Jawani , Kuala Kangsa yang saya jadikan tazkirah pencetus sms promosi takaful di permulaan tulisan ini . Keduanya , kemalangan motosikal juga yang di ujikan kepada Al-fadil Ust Abdul Halim Abdullah, ketua Biro dakwah ISMA ( ikatan muslimin malaysia ) .


Gambar 1.1 (atas) : Di-upload oleh adik . keadaan di hospital pagi kejadian 23 October 2010


Gambar 1.2 (atas) : Tangan saya hari ini , Febuari 2012. Macam ada lipan kat tangan :-)

“kenangan manis” kemalangan langgar lembu di depan Sekolah Rendah Mengkuang , Pulau Pinang . Kisahnya berlaku sekitar jam 1 pagi , 23 October 2010 . Saya “merempit” balik dari pengajian tafsir di Alor Star . Alhamdulilah itu-pun “rempit saya” hanya pada kelajuan 60-70 km/j sebab baru lepas trafik light . Saya sangat bersyukur kerana hanya patah tangan dan telah cantum semula dengan izin Allah swt.

Boleh dikatakan 98% tangan saya telah recover (sembuh). Cuma pergelangan sebelah kanan sahaja yang tidak boleh pusing 180’. Doctor merawat saya menceritakan banyak juga kes kemalangan langgar lembu oleh kenderaan dua tayar yang mengakibatkan kematian . Saya ini katanya (doctor itu) antara golongan bernasib baik . Alhamdulilah, Mungkin kerana speed tidak lebih 100km/j :-) Ada jaminankah speed bawah 100 tidak boleh fatal ?.Wallahwalam. Saya juga hanya mampu doakan tidak syahid di jalan raya kerana saya mahu syahid dimedan “jihad”. Allah lebih mengetahui ajal saya bagaimana . Apa yang penting , Iktibar dari kemalangan ini adalah saya buat persiapan lagi dengan ambil takaful ke-dua sebanyak RM 85 sebulan walaupun gaji bulanan tidak stabil .


Gambar 2 (atas) : Bergambar semasa ziarah akh Farid Jawani di rumah mertuanya , Kuala Kangsar . Farid kemalangan semasa perjalan ke tempat kerja . Masih sangat baru berlaku , iaitu sebelum tahun baru cina 2012 . Kaki kirinya Patah 3 . Pertamanya tulang paha yang mendapat hadiah besi pertama . Keduanya tulang lutut yang dislocate dan “pecah” yang menyebabkan doctor terpaksa masuk sejenis dawai untuk ikat kembali dan ketiganya tulang betis yang terpaksa operate masuk besi juga .

Alhamdulilah , Farid bernasib baik kerana kos operasi pembedahannya ditanggung oleh majikan disebabkan “berlaku dalam masa bekerja”. Jika luar waktu kerja , susah hati berganda mahu cari lebih RM 5000 untuk tampungnya . Kata Farid : “ ana tak ambil takaful . asik bertangguh ”. Satu pengajaran untuk dia dan kita.


Gambar 3 (atas) : Ust Abd Halim Abdullah, Pengerusi Biro Dakwah Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA). Seorang ustaz yang sangat saya kagumi dan hebat. Boleh ziarah blog dia untuk lebih kenali -4-Paru-paru beliau ada kebocoran yang menyebabkan darah masuk kembali ke dalam paru-paru pada peringkat permulaan, pendarahan ringan di hati, tulang bahu kiri patah, tulang rusuk kanan yang ke-7 juga patah dan tulang belakang C6 retak kecil.-5-

Akhir kalam :

Akhir kata , saya paham , bukanlah semua kenalan dan sahabat-sahabiyah seperjuangan saya orang yang berduit . Ramainya berstatus miskin . Purata gajinya RM 1500 sebulan . Dengan gaji itulah kita menyara diri, anak dan isteri . Malah duit itu juga dicatu untuk menyumbang dalam jalan dakwah ini kerana kita ditarbiyyah membiasakan duit poket sendiri tanpa merunggut berapa banyak infak kita demi dakwah islamiyah terus hidup. Tetapi tidakkah kita fikirkan sebuah kemanfaatan dari caruman yang sedikit demi mendapatkan sejumlah wang untuk selesaikan hutang kita atau kehidupan ahli keluarga yang kita tinggalkan kelak atau boleh infak wang tersebut untuk dakwah (tulis wasiat jika tidak mahu bagi waris) supaya tambah saham akhirat kelak. Jika tidak mahu tinggalkan waris atau keluarga kita sebarang betuk wang , minima janganlah tinggalkan mereka beban hutang kita.

PS:

1. Jika anda carum RM 30 ringgit sebulan dan tidak berlaku apa-apa sehinggalah tempoh caruman matang , duit itu akan jadi seperti simpanan dalam bank dan akan dilaburkan . Maksudnya duit itu akan dikembalikan kepada anda dengan sedikit keuntungan . Malah dalam takaful ikhlas anda boleh keluarkan sebanyak 5 kali sepanjang tempoh caruman anda. Tetapi kalau anda simpan RM 30 sebulan dalam “ bank biasa sahaja ” , ada manfaat takaful (insurance) seperti yang sms kepada sahabat saya diatas ?.

2. Sesiapa sekitar Penang , Kedah , Perak atau dimana sahaja lokasi anda di semenanjung ini yang berminat ingin mendengar nasihat perunding takaful secara percuma , sila call , sms , email atau ber-chat FB dengan saya . Insyaallah pertemuan secara individu dan berkumpulan boleh dilakukan dalam jarak yang mampu termampu .

3. Saya juga adalah aktivis NGO dakwah , ISMA cawangan kepala batas . Jika ada yang berminat untuk berjumpa saya atau ahli-ahli ISMA lain yang jadi perunding takaful , boleh call : Ahmad Aiman-saya sendiri : 013-5025046 (Perunding Takaful Ikhlas) email : mad_aim85@yahoo.com -6-, Ahmad Amin : 013-5826368 (Perunding Prudential BSN -Takaful) , Ust Yusuf : 019-5734834.(Perunding Etika-takaful)

Rujukan:

-1- http://zaharuddin.net/index.php?option=com_content&task=view&id=307&Itemid=72

-2- http://www.takaful-ikhlas.com.my/malay/profilKorporat/konsep.asp

-3- http://addinlove.blogspot.com/2011/11/dimanakah-aku.html

-4- http://inijalanku.wordpress.com/about/

-5- http://pemudapetua.blogspot.com/2012/02/ziarah-ust-abdul-halim.html?spref=fb

-6- http://iluvtakaful.blogspot.com/

Monday, February 6, 2012

Duh kader-kader manja . ( Aduh ! pewira-pewira manja )


Duh kader-kader manja, maunya(mahunya) selalu mendapat, tapi enggan memberi. Maunya diperhatikan, tapi tak mau memperhatikan. Maunya dihargai, tapi tak mau menghargai.

Duh kader-kader manja, merasa paling dibutuhkan(diperlukan) dalam dakwah hingga tinggi hati menyerang niat nan suci. Merasa paling berkontribusi(menyumbang) tapi lupa diri, bahawa yang diperbuatnya tak begitu berarti(bermakna).

Duh kader-kader manja, masalah pribadi jadi masalah lembaga (persatuan dakwah). Harusnya fokus memikirkan umat, tapi sibuk mengungkit masalah internal(dalaman) yang dibuat buat. Kapan(Bila) kita geraknya sobat(sahabat-kawan yang rapat)?

Duh Kader-kader manja, selalu enggan datang rapat(pertemuan), kalaupun datang pasti bilangnya “afwan telat(maaf terlambat)”

Duh kader-kader manja, inginnya selalu instan(segera). Ingin dapet jabatan (inginkan jawatan) . Ingin terlihat mapan(stabil). Kalau tidak berhasil jadinya menjauh dari perkumpulan. Barisan patah hati pun jadi bermunculan .

Duh kader-kader manja, ingin ini ingin itu , tapi tak mau bergerak. Hanya bisa(boleh) berteriak-teriak, duh sampe suaranya serak , tak banyak manfaat.

Duh kader-kader manja, senangnya mengkritisi(mengkritik) tapi tak memberi solusi(penyelesaian), panjang lebar berdiskusi tapi tak ada aksi.

Duh kader-kader manja,

ternyata usia tak selalu berbanding lurus dengan kedewasaan. Bersikap seperti anak-anak padahal beban dakwah semakin banyak. Umat ini sedang butuh kontribusimu(perlu sumbanganmu) , jangan kau tambah lagi masalah umat dengan kemanjaanmu.

"Ingat, Komitmen kita di jalan dakwah ini akan Allah bayar, jauh lebih mahal dari materi yang selama ini kita kejar. Jadi jangan beralasan meninggalkannya hanya karena disibukkan dengan permasalahan-permasalahan pribadi. Syurga itu amat mahal takkan dapat dicapai dengan upaya seadanya saja. Buanglah sifat manja, buktikan bahwa kita kader-kader dakwah yang siap bekerja untuk umat dan bangsa."


Sumber: http://www.dakwatuna.com/2011/08/11900/kader-kader-manja/#ixzz1lg42nN8F

maksud kata:

Duh= aduh , kata untuk menyatakan rasa sakit, keluhan.

Kader=1.perwira atau bintara dl ketentaraan; 2 orang yang diharapkan akan memegang peranan yang penting dalam pemerintahan, partai, persatuan dsb;

Sumber: http://artikata.com/arti-332376-kader.html

Sunday, February 5, 2012

Jangan jadi imam solat.


Dairy Addinlove.

“ Adik-M , nta (kamu-lelaki-seorang) tidak boleh jadi imam solat , itu saja.” permintaanku setelah menjelaskan panjang lebar.

Adik-M tidak memberikan sebarang jawapan.Entah setuju ,entah tidak.

“Ana tidak boleh paksa , pilihan ditangan nta .” tambahku lagi bagi menampakan tidak persuasive, tetapi sebenarnya berniat memaksa dia untuk terima cadangan itu yang bagiku terbaik untuk semua sekarang.

Rasional adik-M tidak boleh menjadi imam solat telah aku sebut sebelum itu "tanpa rasa bersalah" :

“ Ada beberapa junior institute ini telah tahu nta adalah syiah. Mereka tahu melalui ana dalam satu forum syiah (pembongkaran kesesatan akidah syiah) yang dianjurkan beberapa bulan lepas di-U-X . Masalahnya adalah mereka tidak akan ikut nta , bila anta menjadi imam solat . Dan pastinya kurang selesa jika mereka buat jemaah lain dalam surau ini .”

Itulah sedikit ugutan hikmah-ku sebagai bekas murobi yang cuba selesaikan masalah.

Jika aku berada di tempat adik-M, pasti juga akan sedikit tertekan kerana dia bersendirian mengimani syiah imamiyah di institude -X. Apakan daya , perbezaan syiah dan sunni bukan masalah yang kecil bagi mereka yang pedulikan hal akidah . Tetapi ini bukan bermaksud sunni-syiah tidak boleh hidup harmoni serta saling bermuamalah dengan aman .

Dalam kes ini , aku tidak punya pilihan “ringan” lain kecuali mengusulkan cadangan itu. Ini kerana adik-M yang bermazhab Jafari syiah imamiyah telah terlantik sebagai Amir atau Pengerusi (ketua) Pusat Islam(surau utama/masjid) institute-X.

Kalau dia jenis syiah yang tidak pegang jawatan “ terpenting ” di pusat islam institude-A dan low profile, pasti aiman tak kisah,tapi kali ini aiman kisah.

Aku hanya mengusulkan cadangan adik-M tidak menjadi imam solat. Jawatan yang dia pegang tidak perlulah dilepaskan dan tidak perlu "junior sunni peduli" (yang tahu dia syiah) buat hal report kepada ustaz ,ustazah atau pihak pentadbiran Institued-X .

Selain itu alasan cadangan ini disebabkan dia hampir grade dari institude itu. Jika jawatan adik-M baru dilantik , aku tetap melihat wajar diganti orang lain , tetapi semesternya hampir habis , maka aku tidaklah mengusulkan hal tersebut supaya dia sendiri boleh fokus study dan segala plan activity pusat islam institued-X tidak tergangu.

Bagaimana sunni akan melayan Syiah pada pemahamanku.?

“ Adik-M, nta perlu faham , perbezaan akidah kita bukan bermaksud kita bermusuh, kita tetap akan berkawan seperti biasa. Sebagai contoh ana sendiri juga ada ramai kawan non-muslim ketika diploma di Sabah dulu. Berbeza agama atau akidah bukan bermaksud hidup memusuhi atau saling memboikot. Malah ana berkawan dengan mereka( kawan non-muslim) baik saja seperti makan bersama , main bersama , dan study bersama .” jelasku kepada adik-M yang menyamakan hubungan muslim-non muslim dengan hubungan sunni-syiah juga.

“…juga boleh tido bersama ,eh bukan, maksud ana boleh je jadi kawan sebilik . Begitu jugalah sunni-syiah . ” tambahku .

“ Cuma bezanya dalam masalah ibadah sahaja tidak boleh bersama . Kami (suni) tak boleh ikut nta dalam solat kecuali kami tak tahu ”. jelasku lagi .

Sembah Allah swt yang sama.

“kami AB(ahlul Bait-Syiah) , solat sembah Allah yang sama ,Cuma bezanya kami hanya yakini 12 imam dari keluarga nabi ada kelebihan ” terang adik-M yang cuba menghujah.

“ Betul, Allah yang sama .tapi itulah bezanya akidah kita , 12 imam yang ntum yakini. Selain itu yang lebih penting(perbezaannya) antum menolak kepimpinan para sahabat bermula Abu Bakar, Umar, Uthman sehinggakan yang extream mengkafirkan mereka (para sahabat) ” balasku .

Adik-M yang aku kenali pintar dan pandai menghujah kelihatan tidak bersuara menafikan 2 sebab yang aku timbulkan itu . Untuk makluman alasan inilah para ulamak sunnah meng-ketogorikan isu sunni-syiah dalam pertelingkahan akidah(masalah usul) ,bukan pertelingkahan furu . Natijah berbeza akidah adalah sampai kiamat-pun sunni-syiah tidak akan bersatu .

Aku yakin dengan modal 2 hujah itu (yang menjadikan beza ketara akidah sunni dan syiah) iaitu syiah melantik 12 pemimpin dari kalangan darah nabi sahaja dan perangai syiah mengkafirkan sahabat sudah cukup jelas berbedanya sunni dengan syiah.-1-(sila lihat rujukan akhir tulisan ini untuk dalil)

PAS tak kisah?

Catatan perbualan dengan " junior sunni peduli " institude-X ketika lepak rehatkan diri setelah penat uruskan program HIMPUN Pulau Pinang . ( beberapa hari sebelum aku bertemu adik-M untuk permintaan tidak jadi imam solat ).

“tapi adik-M itu ikut usrah PAS” kata junior sunni instituted-X yang juga tahu keaktifan adik-M.

“nak buat macam mana , PAS bukan peduli syiah ” jawabku selamba yang telah tahu lebih awal.

Maaf , ini bukan tuduh secara pukul rata (keseluruhan) kepada jemaah PAS itu sendiri , tetapi hanya secara khusus kepada individu tertentu yang berselindung disebalik PAS. Saya yakin bukan semua dalam PAS "tidak kisah" syiah .

Pada sangkannya mungkin juga naqib PAS dia tidak tahu , atau mungkin tahu tapi jenis yang tidak peduli akidah-syiah dalam jemaah mereka atau mungkin naqib PAS dia itu syiah ?.

Aku juga ingat adik-M pernah ceritakan (kali pertama dia “declare syiah ” ) padaku (tahun lepas) hal berkaitan keluarganya . Keluarga dia (ayah dan mak dia) menjadi pengikut Syiah imamiyah dengan mula mengkagumi revolusi iran pada tahun 1979 , keluarganya "PAS" , Keluarga dia akan ada usrah sebulan sekali dengan ustaz syiah dan hanya ada beberapa keluarga di kawasan-X bermazhab syiah . Pada pandanganku , ini adalah indikator keluarga dia bukanlah Syiah secara keturunan (warisan nenek moyang) . Mereka dinamakan syiah jadian. (macam serigala jadian pulak tau..:-). Apa yang lebih menarik diceritakan adik-M ketika itu adalah , mereka “mendapat tempat” dalam PAS .

PS: “ syiah jadian” adalah istilah panel akidah jakim , (ust aizam masud) .

Oleh itu , maaflah sahabat-sahabat PAS jika aku kata “ PAS bukan peduli syiah ” . Ini kerana aku hanya menjelaskan apa yang Adik-M katakan. Dan rasanya orang no-2 dalam PAS sekarang pun “syiah” kan? Betul ke?.

Jika benar,aku doakan sahabat-sahabat dalam PAS yang berakidah ASWJ buat sesuatu sebelum terlambat.

Masalahnya sekarang .

Beberapa hari lepas aku mendapat sms dari junior yang tahu dia syiah:

“sepertinya adik-M mnjadi imam…ana x ke surau isyak ni..”

Kemudian aku call junior tersebut bagi mendapatkan kepastian dan dia positif telah 2 kali nampak adik-M masih menjadi imam.

Maka aku menghantar sms kepada adik-M mohon JAWAPAN dia setuju atau tidak dengan permintaan kecil aku itu . Jika dia perlu bahaskan lagi aku sedia berjumpa dan minta email FB dia untuk berinteraksi. Aku hantar sms 2 kali , tapi tidak mendapat sebarang jawapan sampai saat ini.

Jadi apa yang harus aku lakukan.?

PS: kepada ikwah wa akhwat yang tahu institute A, dan nama real adik-M mohon rahsiakan.

Jika adik-M terbaca tulisan abg aiman ini harap boleh fahami dengan tenang kenapa abg aiman expose tulisan ini . Kepada adik-M dan sesiapa sahaja yang rasanya mahu jadi syiah atau masih 2 alam antara syiah-sunni dan jiwanya ikhlas mencari kebenaran melalui jalan ilmu dalam isu sunni-syiah ini , renungi nasihat dibawah:

" Pengikut Syiah jadian (Malaysia) sering mendakwa memeluk Syiah setelah mengkaji tentang Syiah, lalu memutuskan untuk meninggalkan Ahli Sunnah. Sedangkan ketika menjadi Sunni mereka tidak pernah mendalami Ahli Sunnah berdasarkan disiplin dan sumber Ahli Sunnah sendiri . Akhirnya mereka hanya akan mengenali Ahli Sunnah menerusi persepsi Syiah yang menyeleweng."panel akidah JAKIM , (Al-fadil Ust Aizam Masud)-2-
Walllahwalam.

RUJUKAN :

-1-Dalil Syiah Mengkafirkan Para Sahabat

Agama Syiah mengkafirkan para pembesar sahabat secara umum. Pengkafiran ini boleh dilihat dalam kitab-kitab besar Syiah yang ditulis oleh ulama mereka, contohnya ialah wasiat para ulama mereka:

Abu Ja'far berkata (salah seorang daripada 12 imam yang syiah wajib beriman) :

"Semua manusia (kaum muslimin Ahli Sunnah wal-Jamaah) menjadi Ahli Jahiliyah (kafir/murtad setelah kewafatan Rasulullah) kecuali empat orang, Ali, Miqdad, Salman dan Abu Dzar".[8]


http://rasuldahri.tripod.com/articles/kka1_tiga.htm

-1-
Dalil Syiah beriman kepada 12 imam ?
http://addinlove.blogspot.com/2011/11/tambah-ilmu-aswj-know-your-enemies.html

-2-http://addinlove.blogspot.com/2011/12/apa-yang-kita-tahu-isu-syiah-vs-sunni.html

BACAAN TAMBAHAN:

1.Hukum ikut solat imam fahaman syiah.
http://darululumonline.wordpress.com/2011/05/05/hukum-ikut-imam-solat-fahaman-syiah/

2.Beza rukun iman sunni dan syiiah di mana?
http://sdar948-semasa.fotopages.com/?entry=2021278

3.Di tehran boleh ada rumah ibadah agama lain.tetapi masjid sunni?
http://muslimvillage.com/ms/2011/09/01/sunni-muslims-banned-from-holding-own-eid-prayers-in-tehran/