Sunday, June 24, 2012

Surat terbuka Addinlove kepada tuan ASB dan aktivis 'adik-adik'.


Dengan nama Allah yang Rahman dan Rahim , saya menulis surat terbuka ini.

Assalamulaikum tuan Ahmad Sayuti Bashiron (ASB), sesiapa terbaca dan sesiapa yang akan memahami warkah ringkas ini.

1. Saya bukanlah orang besar , bukan presiden mana-mana pertubuhan , bukan seorang ustaz popular , bukan imam muda dan bukan juga seorang yang bergelar doctor (pakar akademik). Saya hanyalah anak muda tidak terkenal yang bergelar pengikut biasa (jundi) ngo dakwah isma, dan inginkan melontarkan sedikit pandangan peribadi berkaitan fenomena 'sparing pendakwah haraki di muka buku (FB)' yang semakin sensasi kini. Semoga kita semua ikhlas , berkomen dengan amanah, memberi info yang bermanfaat dan sentiasa meletakkan adab tulis yang baik agar menatijahkan perbaikan iman dan ukhwah.  Dalam fenomena ini matangkan hidup kita, ada baiknya jika kita berhati-hati kerana bukti bertulis lebih bahaya dari bukti bercakap (tidak record). Masalah bertambah jika ayat kita kerap melampau (ghulu). Lebih 'spoil' jika kita kedapatan lemah dalam 'asas beramal’ dan kerap dilihat banyak kritik saja.

2. Saya menyokong satu komen (lupa nama pengkomen dan malas nak cari) di wall FB tuan ASB yang menyatakan tuan ASB tidak 'molek'(bahasa saya) atau tidak sesuai dijadikan wakil rasmi penyatuan Qiadah (Pemimpin-Q) diantara gerakan islam yang berlainan manhaj. Terhangat mungkin diantara Q Pas dan Q isma. Ini kerana cara tuan ASB exposure, nampak isma skeptic , menceritakan maklumat-maklumat 'pelik' di FB,  terlalu offensive-mendesak dan bila tidak mendapat respon dikehendaki maka rasa ‘seperti’ kebenaran dipihaknya. Saya bukan ingin menegakkan benang yang basah , keliru dan celaru seperti di didakwa beliau kita boleh nilai sendiri dan siasat sendiri. Bab keliru dan celaru ini adalah fitrah manusia yang semua orang akan terfitnah kerananya. Maka ianya tidak boleh dielakkan dan yang mungkin kita boleh buat adalah menentukan siapa yang lebih keliru atau kurang keliru.

3. Saya maksudkan ghulu apabila tuduhan balas yang dikenakan kepada pihak lawan bukan sahaja ayat yang sepadan (keliru dan celaru) malah sampai kepada istilah sengaja membuat bohong dan menfitnah. Ini yang saya boleh katakan terpukul sekali , dibalas pukulan berkali-kali. Empunya badan baru kata 5 patah kata yang keliru , telah disimpulnya satu muka surat penuh karangan perkara yang keliru.

Perangai seperti ini mengingatkan saya kepada kelompok ultra-salafi dengan bukunya ' Ikhwanul Muslimin (IM) , Ikhwanul Muflisin'. Buku ini sampai sekarang masih belum di radd sepenuhnya atas alasan IM "malas mahu jawab dan buang masa" (sebelum ini IM pernah radd, tadi di balas semula salafi-maka pendirian ini diambil). Walaupun telah lama buku ini lahir, dakwah IM masih terus gah dan semakin mendapat sambutan. Kerisauan sama kepada tuan ASB bila mana beliau asik melontarkan banyak 'cerita' Isma dan macam tahu banyak benda, tetapi pemimpin isma buat selamba dan mungkin tidak teringinpun membaca apa yang beliau tuliskan (kerana sibuk dan banyak kerja lain lagi). Akhir cerita dakwah isma terus berkembang dan membesar atas agenda serta manhaj yang mereka yakini seperti IM yang terus membesar dan mendapat pengaruh walaupun tidak semua tuduhan kepadanya dijawab.

4. Berkata 'asas beramal ' dalam memilih jemaah (orang yang suka kaji atau baca buat modal sembang sahaja-tak perlu ambil kisah nasihat ini) , saya sampaikan nasihat ini dari hati saya, ter-khususnya kepada  adik-adik yang masih baru yang pastinya masih kabur dengan isu ta’adud dan ta’awun jemaah yang pelbagai serta serabut dengan fenomena ini .

Mudah sahaja adik-adiku: " Pertamanya : jangan biasakan diri suka berkata isu yang besar jika isu yang asas (komitmen pengajian mingguan-usrah, membaca alquran sehari sejuzuk, solat berjemaah , zikir mathur pagi petang, menjaga solat tahajud dsb) tidak terurus. Keduanya : Jangan mudah percaya kata-kata tuduhan atau perkara tidak baik Kepada seseorang individu atau satu kumpulan islam itu selagi mana anda tidak mengkaji akidah serta dasarnya, dan berjumpa individu atau kumpulan tersebut. Ketiganya : Lumrahnya , sesuatu jemaah yang hebat tidak perlu asik sibuk ceritakan keburukan orang lain. Cukuplah dia sibuk ceritakan agenda dia, jual produk(dakwah)nya, kelebihan-kelebihan kumpulanya dan penceritaannya melalui amalnya (bukan kata-kata sahaja)."

Itulah sahaja sedikit nasihat yang boleh saya simpulkan dari himpunan pengalaman saya. Saya tidak mengatakan diri ini sentiasa berkomitmen dengan 3 nasihat ini , malah saya selalu berdoa agar istiqamah. Apa yang pasti saya telah melihat ramai teman saya yang mutasaqitun (gugur) dari jalan dakwah-Tarbiyyah ini atau hanya jadi jagoh mengkritik perkumpulan-perkumpulan islam (sedangkan diri sendiri tidak menyumbang banyakpun untuk islam) kerana meremehkan nasihat di atas.

5. Juga saya melihat , tidak manis sebenarnya jika tuan ASB asik membuli adik-adik isma di FB ini dengan senioritynya yang ‘kononnya lebih kenal isma’. Tapi biarkanlah saja tuan ASB ini (wahai adik adik isma), Ini kerana (adik-adik isma harus tahu) senior atau qiadah isma tidak ada masa mahu layan tuan ASB ini kerana banyak lagi tugas level senior yang wajib mereka buat. Akhirnya kita akan tahu kerja tuan ASB ini berada pada level mana jika beliau terus seperti ini . Mungkin itu juga objektif  tuan ASB (mempengaruhi adik-adik isma).Saya tidak katakan kerja ini salah, tafadol teruskan saja kerana tiada Q isma mahu halang.

Cuma, seperti dalam noktah ke 4 saya, maaf cakap, Saya lahirkan rasa sedih kepada adik-adik (isma atau tidak isma) yang  terpengaruh dengan tuan ASB dan kuatir mungkin hanya syok jadi orang yang tahu banyak benda dan pandai mengkritik kononnya atas misi mulia menyatukan jemaah islam , indoktrinasi, dsb (tapi Malangnya amalnya tidak tara mana). Hakikatnya adik-adiku , tugas itu tidak mudah dan kalian mungkin menjadi tua dengan hidup yang tertekan menunding jari kepada orang lain (lupa ada banyak lagi jari kepada diri sendiri) , seumpama juga mencurah air di atas daun keladi sepanjang usia kalian.

6. Saya disini bukan memandang rendah tuan ASB  atau ingin melabelkan beliau mungkin salah satu kumpulan negatif yang saya tulis di atas. ( Beliau mungkin lain dari yang biasa saya jumpa kerana kami belum berkenal rapat lagi). Dari tulisan beliau , saya akui keilmuan beliau , kehebatan hujah beliau dan kesimpulanya beliau tetaplah seorang yang lebih hebat dari saya dalam banyak bidang. Saya pula? hanyalah anak muda hingusan yang masih perlu banyak menuntut ilmu , dan sikit pengalaman. Boleh jadi benar, boleh jadi tidak 2 cent saya ini. jika ada tidak benar dalam pandangan saya , usah peduli dan jangan simpan dalam hati.

7. Kepada yang ragu. isma adalah satu jemaah yang terbuka , bermanhaj dan beragendanya. Tidak ada sesiapa memaksa kalian bersama kami. Kajilah kami sebelum membuat keputusan untuk beramal dengan kumpulan kami atau kumpulan lain. Isma tiada hal untuk sakit hati atau dengki dengan sesiapa yang tidak bersama kami (asalkan beramal dengan kumpulan lain). Jika Allah rezekikan kita tsabat atas kebenaran, akan jumpa juga dalam satu jemaah juga nanti ( hakikatnya kita tetap satu jemaatul muslimin). Teruskan beramal , jika tidak bersatu jemaah di dunia ini, harapnya di surga nanti, amin ya robb.

8. Kepada yang tidak kenal isma , Isma bukan sekadar ngo yang buat tugas ngo sahaja dan bukan sebuah badan politik (kalau-lah masuk pilihanraya satu hari nanti) yang bicara isu politik sahaja nanti. Isma  lebih daripada itu. Isma juga bukan semudah di samakan dengan umno, lihatlah beza mudah program dibuat umno-isma serta penampilan wanita isma dan wanita umno sebelum melulu tuduh yang bukan-bukan. Juga isma bukan satu kumpulan yang suka amal sembang di FB , bukan bicara isu syiah sahaja, bukan bicara isu kesatuan umno-pas sahaja dan bukan semua yang buat sebahagian juzuk tertentu sahaja dalam perjuangkan kebenaran tanpa 'berusaha menggengam' kesyumulan islam dan panduan ilmu syarak. Apa ceritapun, Isma tetaplah jemaah manusia yang tidak lepas dari kelemahan manusia. Nasihat saya kenalilah isma melalui pertemuan dengan tokoh, aktivisnya dan hadir programnya, bukan dengan mendengar atau membaca dari orang lain sahaja. Dengan itu barulah anda adil mengetahui prons, cons dan agenda sebenar isma ini.

Meminjam kata sahabat saya Akhuna Ust Syamil Esa dalam komen dialog Bernama baru-baru ini:
Mesej yang dibawa ISMA adalah dari sudut konsep dan falsafah perjuangan sesebuah gerakan Islam. Jadi mungkin kita susah nak tangkap apa yang nak disampaikan oleh Ust Abdullah Zaik, kalau kita tak mendalami asal usul pemikiran gerakan-gerakan yang ada di dunia. Sebab itu beliau selalu sebut mengenai penguatkuasaan syariah, syariah sebagai rujukan tertinggi dsb. Bagi saya, Ust Lah tak cakap sangat bab-bab kebersihan kerajaan dan isu-isu kezaliman yang berlaku, tapi main focusnya adalah pada prinsip yang dipegang dan difahami oleh rakyat terhadap parti Islam."

9. Dalam dunia yang terbuka ini apa maslahnya kritikan secara terbuka.? Terpentingnya kritikan itu berasas dan bahasa yang 'ilmu'. Pas tidak suka kritik terbuka jemaah-jemaah kecil yang lain.? betul ke, apa pun mungkin wajarpun kerana ini akan menjatuhkan krediblitynya.

Sebagai contoh ; Jika pas yakini kekuatan hujah agenda tahalufnya maka tidaklah perlu tokoh atau aktivisnya membalas 'pukulan sekali dengan berkali-kali’. kita mungkin boleh tuduh isma mula serang pas dulu, tapi kita tidak boleh nafikan serang balas kepada isma berganda-ganda-buktinya? tengok di fb-siapa yang banyak share?, siapa yang banyak komen ‘pelik-pelik’ tanpa hujah syarak ? nilailah sendiri.

Bila ini terjadi, maka akan ramai orang awam (yang ada akal dan tidak taksub) bertanya : adakah benar kritikan isma kerdil itu ? Bukankah pas suatu jemaah besar yang hebat, maka apa mahu dirisaukan kritikan-kritikan jemaah kerdil yang ada ahli tidak sampai 10 000 ? Ada yang tidak betul ke dalam hujah syarak ulamak pas dalam tahaluf siyasi itu? Jika pas ada hujah syarak mantop , maka inisiatifkanlah perbincangan agar fitnah terpadam. Janganlah asyik berteori adab menegur jemaah yang lebih senior, taat saja syuro jemaah yang banyak ulamak, qiadah yang kecil lebih patut jumpa yang lebih besar, tuduh orang lain tidak tahu politik malaysia, pertikaikan niat 'kami sayangkan pas' dan lain-lain teori yang 'tertutup' . Kalau buat perangai ini bila mahu selesai?. Pihak mulakan isu tahaluf ini adalah pas , maka seharusnya bersedia jugalah mulakan dalam semua aspek (termasuk jawab cara ilmiyah yang mantop) orang yang cuba mempertikaikan tahaluf ini.

10. Noktah Akhir, sebelum saya mengakhiri “warkah ringkas yang menjadi panjang ini”. Saya  bermohon agar semua yang saya tulis ini sekali lagi bukan difahami untuk membantai tuan ASB khususnya atau PAS secara amnya. Usahlah melenting dengan warkah saya yang kerdil ini kerana tuan ASB dan PAS jauh lebih hebat dan besar daripada saya dan isma. Juga Maaf, aktivis isma tidak ramai FB warriors atau usrah FB kerana masih banyak tugas yang lebih awlawiyat dan usrah real dalam menyelamatkan masyarakat daripada syok usrah FB sahaja. Kebetulan macam saya yang ada masa lebih, baca apa yang berlaku di FB akan join usrah tersebut atau berblog ini .

Akhuna ust Salman Abdul Rahman menulis :
Ahli-ahli ISMA dengan penuh sedar merasakan setiap tindakan sama ada di peringkat qiyadah mahupun jundi, tindakan bermula dari basirah, tanggungjawab dan amanah dakwah, bukan sembrono, hawa nafsu dan amarah. Jemaah ISMA berdiri atas asas tarbiyah individu dan membangun jatidiri, kemudian menyeru dan berdakwah kepada orang lain yg sempat dan mampu dicapai sehabis mungkin.

Di sinilah teguran yg ISMA berikan kepada gerakan lain adalah agar kita berpegang pada prinsip memelihara kesucian syara' dalam setiap tindakan dan pendirian yg diambil, kerana kedudukan setiap qiyadah masing-masing jemaah adalah berada pada kedudukan qudwah yg dinilai oleh masyarakat dan dijadikan contoh, tauladan, bahkan pegangan! Kerana itulah, orang-orang terawal yg akan dihisab nanti di akhirat adalah para qiyadah harakah yg sebenarnya merupakan qiyadah kepada nadi ummah.

Satu qaedah fiqh menyebut, " يغتفر في الوسائل مالا يغتفر في المقاصد،" (Mungkin terampun kekurangan/kesilapan pada wasilah, tetapi tidak pada tujuan.) Jemaah-jemaah yg ada hanya wasilah ke arah kesatuan Ummah. Tercalar sedikit sesama jemaah lebih ringan daripada mencalar kesatuan Ummah.

Di dalam risalah Usrah Hasan Al-Banna, beliau menyebut, " hendaklah akh yg ditegur, tidak terguris walau sedikit pun di hatinya walau sejalur helaian rambut. Dan hendaklah akh yang menegur, tidak terasa di hatinya lebih baik dari yg ditegur walau sejalur helaian rambut."
Madah yg indah ditulis, tetapi sukar untuk diamalkan.
Ambil yg baik dari teguran. Abaikan emosi yg timbul dari mana-mana antara dua pihak terlibat.
Apa yg penting kita sama-sama mengejar redha Allah.
Semoga saya , tuan ASB dan semua duat yang memilih paduan Al-Quran Sunnah berjiran di syurga nanti

Kepada Allah kita dikembalikan untuk dihisab.

Dan katakanlah (wahai Muhammad): Beramalah kamu (akan segala yang diperintahkan), maka Allah dan RasulNya serta orang-orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan; dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata, kemudian Ia menerangkan kepada kamu apa yang kamu telah kerjakan”.(At-Taubah : 105)

Wallahwallam.

Ahmad Aiman Ahmad Zuki (Addinlove) ,
Hamba Allah, Kuli dakwah,Berpengalam 'tidak sengaja' dengan beberapa perkumpulan islam.
Perkumpulan (jamaah minal muslimin) terkini = isma , aktivis Kepala Batas.
Kulim , 24 jun 2012.



Thursday, June 21, 2012

Hikayat Melor : Gadis Berpurdah di Tanah Malaya.



Al kisah planet bernama Salam . Dalam planet Salam yang subur itu ada satu pulau di garisan khatulistiwa. Pulau itu diberi nama Tanah Malaya. Tanah Malaya datangnya dari nama satu bangsa melayu yang menganuti agama Islam seawal Salam diciptakan Allah.

Salam diciptakan sebagai tempat ujian kepada manusia yang pelbagai bangsa untuk mengetahui siapakah yang beriman atau tidak. Hanya satu agama sahaja yang diiktiraf Allah untuk mendapatkan syurga-Nya kelak iaitu agama islam dengan mengikuti petunjuk pesuruh-Nya bernama Ahmad dan kitab-Nya Al-Quran.

Allah memperingatkan manusia agar salam itu tidak diurus seenak tafsiran keadilan akal manusia sahaja kerana Allah sendiri telah memakna-kan keadilan sebenar dengan menurut petunjuk agama-Nya, panduan kitab-Nya dan teladan pesuruh-Nya.

Pada tahun 1946 kewujudan planet Salam , lahirnya bayi lelaki dari bangsa melayu bernama Keris Merah. Keris Merah diharapkan membesar dalam kehidupan islam , berjati diri melayu , dan dijangkakan sebagai hero utama menghalau penjajah yang tidak beriman iaitu penjajah berbangsa Inggeris .

Malangnya pengharapan itu terlalu besar. Beberapa wali ulamak Melayu bermimpi Keris merah akan bertindak sebaliknya. Malah sanggup menjadi boneka atau tali barut inggeris kerana tidak sabar memerdekakan tanah malaya. Selain itu keris merah akan menulis sejarah merdekanya tanah malaya itu seperti orang yang menang sendiri dengan menutupi jasa pihak lain yang turut bersama menentang penjajah. Lebih parah lagi keris merah mungkin tidak pedulikan nasihat ulamak melayu agar mengamalkan islam sepenuhnya dalam kehidupan serta dijangka mengutamakan perjuangan bangsa  kerabatnya sahaja.

Sebenarnya agama Islam tidak pernah menyalahkan perjuangan hak bangsa sendiri. Salahnya bila perjuangan bangsa itu dilebihkan daripada perjuangan islam sehingga menzalimi pihak tertentu (terutama rakyat bukan kerabat) dari bangsa sendiri atau bangsa lain dan melaksana suatu ketetapan hukum tidak secara adil. Itu islam namakan assobiyah dan sangat menegahnya.

Para ulama melayu dari keluarga keris merah sendiri kebimbangan jika keris merah akan membesar tidak seperti diharapkan apabila tersebarnya kisah mimpi wali tersebut. Dengan itu mereka bermunajat siang malam agar Allah lahirkan seorang lagi pahlawan dari keturunan mereka juga bagi mengimbangi , menginsafi dan jika perlu mengantikan keris merah jika perlu.

Allah yang tidak pernah lokek , sentiasa mendengar rintihan hambanya dan sebenarnya telah merancang segala-galanya memperkenankan doa tersebut lima tahun kemudian. Lahirlah dua-pupu kepada keris merah. Ianya seorang puteri . Maka berdoalah lagi ulama keturunan melayu agar puteri ini menjadi serikandi sehebat mawar berduri yang punya cita-cita luhur menegakkan syariat islam di tanah malaya. Puteri tersebut diberi nama bulan putih.

Seindah namanya, Puteri bulan putih diramalkan menjadi gadis yang cantik, membesar dengan didikan agama yang baik, bertudung labuh dan memiliki keperibadian muslimah yang hebat. Selain itu bulan putih juga akan meng-ungguli isu-isu berkaitan islam, berkarismatik pemimpin islam dan dirancang asuhannya oleh guru-guru ulama melayu pondok yang kebanyaknnya berideologi anti penjajah inggeris.

Beberapa tahun berlalu . Keris merah membesar menjadi pemuda dengan serba kemewahannya , terbukti banyak mengampu penjajah inggeris sehinggalah merdekanya tanah malaya pada tahun 1957 , mudah meniru budaya bangsa inggeris, suka berhibur, jarang bersolat di masjid , kurang menghadiri pengajian ilmu, kadang-kadang saja dilihat mendekati ulamak terutama dalam urusan rasmi dan serba serbi hidupnya longgar dari pegangan islam. Bulan putih pula membesar seperti diduga, hidup sederhana, gadis solehah yang sangat menawan dan bisa menghiurkan sesiapa sahaja.

Berkenanlah juga di hati keris merah untuk memperisterikan dua-pupunya itu walaupun dia tahu gadis itu sangat membencinya. Pelbagai usaha dilakukan keris merah untuk mendapatkan bulan putih. Cara baik pernah dan cara tidak baik pun pernah. 

Pernah keris merah berniat menculik bulan putih dan merosakkan kegadisannya supaya boleh nikah kelak. Malangnya disebalik watak kewanitaan itu, ada silat hebat yang telah dipelajari dari ulamak melayu. Maka banyak kalilah keris merah mendapat malu kerana bulan putih sentiasa mengalahkannya dan deman cuti sakit bermingu-mingu setiap kali terkena jurus pukulan balas yang menakutkan. Itulah akibatnya keris merah yang asyik ponteng kelas silat yang dibuat oleh ulamak melayu masa kecil dulu. Wajarlah selalu kalah silat dengan bulan putih disamping niat jahatnya tetap dimurkai Allah dan seluruh penduduk salam.

Rezeki itu datang.

Pada tahun 1969 berlaku hura-hara yang mengancam keamanan tanah malaya. Sekumpulan pendatang asing yang bekerja sebagai buruh di tanah malaya mengamuk dan menunjukan kebiadaban mereka kepada bangsa melayu. kebanyakan mereka dari tanah sebelah timur. Mereka agak ramai , merbahaya dan pandai berkungfu. sedangkan dalam tanah malaya itu jagoh silat tali pingang putih (junior) adalah pemuda bernama keris merah dan jagoh silat tali pinggang hitam(master) adalah bulan putih . Walaupun bulan putih hebat tetapi ancaman kungfu dari timur itu tidak mampu diselesaikan sendirian.

hasil muzakarah dan nasihatnya para ulamak , bagi menghadapi pendatang asing yang melampau dan hebat berkungfu itu, maka pernikahan di antara keris merah dan bulan putih perlu dilangsungkan. Ulamak melayu memberi nasihat kepada bulan putih agar boleh memahami acaman musuh luar yang merbahaya dengan memilih mudarat yang lebih kecil iaitu terpaksa menerima keris merah yang fasik itu demi menguatkan barisan pejuang islam.

Hasil istikarah , berjanjinya Keris merah akan berusaha memperbaiki diri dan kesedaran memilih mudaarat yang kecil, maka bersetujulah bulan putih membina sebuah rumah tangga dengan keris merah. Dinamakan rumah baru mereka BK (barisan kebangsaan) bagi melambangkan kesatuan rumah pahlawan tanah malaya menghadapi musuh luar yang lupa tanah malaya ini miliki ketuanannya.

Maka usaha jahat pendatang asing yang memporak purandakan tanah malaya berjaya dipatahkan berkat strategi pernikahan seorang pemuda fasik melayu dan seorang gadis melayu muslimah . Itulah bukti hebatnya islam apabila si muslimah sedar demi maslahah ( kebaikan , kepentingan dan keamanan) negerinya, maka dia harus siap berkorban.

Seperti kata pepatah melayu , langit disangka cerah , rupanya hujah ditengah hari. Keris merah dan bulan putih bercerai pada tahun 1978 disebabkan kononnya keris merah masih tidak bersungguh mahukan islam dan musuh pendatang asing dilihat tidak merbahaya lagi. Maka bulan putih meninggalkan rumah barisan kebangsaan yang dibina walaupun ramai pihak cuba memujuknya.

34 tahun kemudian. Pada tahun 2008 , bulan putih mengejutkan sebahagian ulama melayu apabila menjadi madu seorang pemuda kacak bermata satu yang telah mempunyai isteri pertama bernama Roket. Demi dendam kepada keris merah, bulan putih sanggup menjadi isteri kedua si liberal kontrovesi itu dengan nama baru rumah mereka BR (barisan rakyat) bagi bersaing merebut 'PutraBerjaya' yang di miliki BK sejak merdeka. Misi bulan putih bukan lagi membina negara islam seperti cita-citanya ketika muda. Katanya membina negara berkebajikan dan tiada lagi negara islam. Teori barunya adalah tidak penting nama islam, yang penting nilai islam itu ada.

"Apa guna nama negara sahaja islam tetapi keadilan dalam pemerintahan tidak wujud.? Lebih baik nama negara bukan islam dan bukan malaya, tetapi keadilan islam hidup." Itulah tafsiran keadilan oleh pemuda mata satu yang telah menjadi suami bulan putih. Bulan putih mungkin tidak suka dan tahu bahayanya ke-liberal-an pemuda bermata satu serta madu-pertamanya yang bukan islam, tetapi disebabkan sakit hati sangat dan rasa dipermainkan oleh keris merah sekian lama, maka bulan putih hilang sabar dan sanggup jadi isteri kedua walaupun ditomah ramai pihak.

Walaupun ada beberapa ulamak melayu menyokong ijtihad bulan putih dalam menumbangkan pemerintahan keris merah yang telah lebih 50 tahun , namun akhir dekat 2000 menyaksikan makin ramai dari ulamak melayu sedar akan risiko besar tindakan bulan putih ini.

Antara akibatnya ialah lahirnya persaingan menifestasi pilihanraya yang tidak bunyi islamik lagi. Jika dulu pernah slogan keris merah adalah 'islam had-hari' bersaing dengan slogan bulan putih 'hadarah islam'. Tetapi kini masing-masing bersaing sesiapa yang lebih kurang islamis atau liberal demi menawan hati pengundi bangsa bukan islam. Adalah menyedihkan apabila kuasa penentu undi terletak pada tangan bukan islam yang minority. Sungguh memalukan islam apabila nasib tanah malaya tidak lagi ditentukan oleh orang islam kerana terus berpecah atau berpolitik keanak-anakan. Tidak hairanlah ada seorang pemuda berilmu bernama Salahpi sanggup menjadi penasihat rasmi keris merah pada tahun 2010 walaupun dikritik hebat oleh ramai ulamak melayu lainnya.

Selain itu ada juga beberapa kritikan dari seorang gadis melayu berpurdah. Kritikannya ditujukan kepada semua pihak tanpa memilih bulu.  Kepada ibunda bulan putih seruannya agar membina jati diri bangsa melayu , kembali ke meja kesepakatan pejuang islam dan jangan mudah percayakan lelaki mata satu yang dilihat lebih bahaya agenda liberal-plural-nya.

Kata gadis berpurdah  ; " Anakda akui kezaliman keris merah sepanjang 60 tahun ini, anaknda juga tidak pernah merestuinya. Tapi ibundaku, dari ilmu islam yang anaknda pelajari, ada beberapa mudarat atau harga sangat besar harus dibayar jika barisan rakyat menang pilihanraya ke 13 nanti. Masalahnya bukan sahaja ada pada ayahnda mata satu yang liberal itu, tetapi lebih bahaya pada queen control atau agenda licik isteri pertama ayahnda mata satu , madu ibunda sendiri iaitu roket yang berbicara keberibadian muslimah sejati kononya dalam keadaannya sendiri tidak bertudung."

Kata si gadis lagi : "anaknda tidak minta ibunda bersama ayahnda keris merah lagi, walaupun itu yang paling diharapkan demi menghadapi gelombang pluralisme sekarang. Yang sangat diharapkan atau Paling kurangpun , tolonglah duduk bermuzakarah isu bangsa melayu dan islam yang boleh disepakati demi mempertahankan hak islam dan melayu di bumi kita ini. Ancaman luar juga harus tidak dilupakan dalam kerakusan kita membaiki ancaman dalaman."

Tambah si gadis: "terbaiknya jika ibunda tidak bersama ayahnda mata satu dan berdiri sendiri dengan slogan negara kebajikan atau negara islam. Kalau itu berlaku , sudah pasti semua ilmuan melayu islam , muda atau tua, aktivis atau profesional islam (kecuali pemuda bernama Salahpi) akan kematian hujah dan wajib bersama ibunda walaupun jalan yang bakal kita tempuh mungkin sangat sukar dan lambat mencapai destinasinya. Yakinlah janji Allah ibu, jika kita mampu membentuk bersungguh-sunggh sepersepuluh (10%) dari tanah melayu ini orang yang sabar , pertolongan allah pasti tiba. Kita tidak perlukan mata satu yang liberal dan roket yang sangat licik itu dalam berjuang di tanah malaya agar diredoi Allah. Kemudian si gadis berpurdah membacakan kalam Allah dari surah Al-Anfal ayat ke 65 : Wahai Nabi, peransangkanlah orang-orang yang beriman itu untuk berperang. Jika ada di antara kamu dua puluh yang sabar, nescaya mereka dapat menewaskan dua ratus orang ; dan jika ada di antara kamu seratus orang, nescaya mereka dapat menewaskan seribu orang dari golongan yang kafir, disebabkan mereka orang-orang yang tidak mengerti."

" ibunda, anaknda kuatir, jika ibunda masih menjadi isteri mata satu dengan alasan tahaluf siyasi dalam keadaan sekarang (belum mantap dan pintu fitnah masih luas), suara ilmuan islam sendiri akan terpecah. bayangkan jika suara ilmuan sendiri (termasuk anaknda) terpecah , maka makin rumitlah pecahan di kalangan masyarat umum islam dalam memahami politik kita ini. Akan untungnya adalah pihak bukan islam dan kerugian besar di pihak kita. Ini belum lagi dikira kritikan ilmuan islam berkaitan ibunda telah melantik mamat bernama Syiah sebagai orang kanan. Kata gadis berpurdah sedikit tegas bagi menyedarkan lagi.

Melor , itulah nama gadis berpurdah yang lahir pada tahun 1996 . Sangat cintakan islam seperti kecintaan ibunda bulan putih suatu ketika dulu. Sangat menghormatinya ibunda bulan putih yang telah banyak berjasa berjuang di tanah malaya. Tetapi melihat dendam ibunda kepada keris merah yang semakin emosi tanpa perkiraan cukup menghadapi ancaman luar dan gelombang pluralisme, maka Melor terpaksa bersuara dengan ilmu didada walaupun pahit untuk ditelan ibunda bulan putih dan pengikutnya.

Baru beberapa kali Melor tegur agak kasar dengan istilah keliru atau celaru identity perjuangan ibunda bulan putih pada permulaan tahun 2010 . Jawapan balas kepada Melor bukan sahaja dikatakan keliru dan celaru kembali, malah turut dituduh oleh beberapa pengikut bulan putih sebagai pemfitnah dan berbohong secara sengaja. Itulah cabaran besar kepada Melor yang tetap bersabar menunjukkan akhlaqnya, bicara apa yang perlu dan berusaha tenang walaupun ditomah balas dengan kata- kata melampau serta bertubi-tubi dari saudara sendiri.

Melor hanyalah gadis kerdil yang cuba memberikan nasihat dengan ilmu islam yang dipelajari dari ulama arab di tanah timur tengah . Bukanlah Melor semberono melontarkan pandangnya kerana mahukan habuan dunia. Semuanya kerana masa depan islam dan melayu. 

Malah lontaran kritikan Melor atas dasar ilmu. Malangnya Melor banyak di salah-anggap oleh sebahagian penduduk tanah malaya terutama dari pengikut rumah BR yang nampak keadilan hanya mampu ditegakkan bila menumbangkan keris merah.

Melor bukan tidak mahu melihat korupsi keris merah berakhir, tetapi Melor memikirkan bagaimana nasib islam di tanah malaya kelak jika diperintah oleh pemuda mata satu, dan isteri pertamanya roket . Adapun ibunda bulan putih hanyalah bergelar isteri kedua yang terpaksa taat kepada suami dan berhadapan dengan madu-tua yang sangat licik itu.

Melor merintih dalam setiap solat tahujudnya ; " Apa yang dibuat-ku hanya satu muhasabah , agar mereka tidak lupa objektif salam yang perlu diperintah dengan agama Allah , petunjuk Ahmad dan kitab Al-Quran . Ya Allah aku perlukan pertolongan-Mu , bantulah hamba-Mu yang kerdil ini dengan kesabaran nabi-Mu, sentiasa dalam landasan kitab-Mu dan setiap saat dalam lindungan-Mu ! Amin ya rabal alamin."

Taman bahagian 1.

PS: Cerita ini rekaan semata mata, Terinspirasi dari kisah ust al-bakistani -1- dan sumber khazanah kata-kata melor serta fakta angka adalah rahsia. Apa yang baik dari hikayat ini boleh diambil iktibar. Segala cacat dan cela dari hikayat ini angaplah kekhilafan penulis dalam melakar cerita. Semoga Allah merahmati kita semua. Wallah walam.

-1- http://g-82.blogspot.com/2012/05/mufti-balaci-pencuri-selipar.html