Dengan nama Allah yang Rahman dan Rahim , saya menulis surat terbuka ini.
Assalamulaikum tuan Ahmad Sayuti Bashiron (ASB),
sesiapa terbaca dan sesiapa yang akan memahami warkah ringkas ini.
1. Saya bukanlah
orang besar , bukan presiden mana-mana pertubuhan , bukan seorang ustaz popular
, bukan imam muda dan bukan juga seorang yang bergelar doctor (pakar akademik). Saya hanyalah anak
muda tidak terkenal yang bergelar pengikut biasa (jundi) ngo dakwah isma, dan
inginkan melontarkan sedikit pandangan peribadi berkaitan fenomena 'sparing
pendakwah haraki di muka buku (FB)' yang semakin sensasi kini. Semoga kita semua ikhlas , berkomen dengan amanah, memberi info yang bermanfaat dan sentiasa
meletakkan adab tulis yang baik agar menatijahkan perbaikan iman dan ukhwah. Dalam fenomena ini matangkan hidup kita, ada baiknya jika kita berhati-hati kerana bukti bertulis lebih
bahaya dari bukti bercakap (tidak record). Masalah bertambah jika ayat kita kerap melampau (ghulu).
Lebih 'spoil' jika kita kedapatan lemah dalam 'asas beramal’ dan kerap dilihat
banyak kritik saja.
2. Saya
menyokong satu komen (lupa nama pengkomen dan malas nak cari) di wall FB tuan ASB yang menyatakan tuan ASB tidak 'molek'(bahasa saya)
atau tidak sesuai dijadikan wakil rasmi penyatuan Qiadah (Pemimpin-Q) diantara gerakan islam yang
berlainan manhaj. Terhangat mungkin diantara Q Pas dan Q isma. Ini kerana cara
tuan ASB exposure, nampak isma skeptic , menceritakan maklumat-maklumat 'pelik'
di FB, terlalu offensive-mendesak dan
bila tidak mendapat respon dikehendaki maka rasa ‘seperti’ kebenaran
dipihaknya. Saya bukan ingin menegakkan benang yang basah , keliru dan celaru
seperti di didakwa beliau kita boleh nilai sendiri dan siasat sendiri. Bab
keliru dan celaru ini adalah fitrah manusia yang semua orang akan terfitnah
kerananya. Maka ianya tidak boleh dielakkan dan yang mungkin kita boleh buat
adalah menentukan siapa yang lebih keliru atau kurang keliru.
3. Saya
maksudkan ghulu apabila tuduhan balas yang dikenakan kepada pihak lawan bukan
sahaja ayat yang sepadan (keliru dan celaru) malah sampai kepada istilah
sengaja membuat bohong dan menfitnah. Ini
yang saya boleh katakan terpukul sekali , dibalas pukulan berkali-kali. Empunya
badan baru kata 5 patah kata yang keliru , telah disimpulnya satu muka surat
penuh karangan perkara yang keliru.
Perangai seperti ini mengingatkan saya kepada kelompok ultra-salafi dengan bukunya ' Ikhwanul Muslimin (IM) , Ikhwanul Muflisin'. Buku ini sampai sekarang masih belum di radd sepenuhnya atas alasan IM "malas mahu jawab dan buang masa" (sebelum ini IM pernah radd, tadi di balas semula salafi-maka pendirian ini diambil). Walaupun telah lama buku ini lahir, dakwah IM masih terus gah dan semakin mendapat sambutan. Kerisauan sama kepada tuan ASB bila mana beliau asik melontarkan banyak 'cerita' Isma dan macam tahu banyak benda, tetapi pemimpin isma buat selamba dan mungkin tidak teringinpun membaca apa yang beliau tuliskan (kerana sibuk dan banyak kerja lain lagi). Akhir cerita dakwah isma terus berkembang dan membesar atas agenda serta manhaj yang mereka yakini seperti IM yang terus membesar dan mendapat pengaruh walaupun tidak semua tuduhan kepadanya dijawab.
Perangai seperti ini mengingatkan saya kepada kelompok ultra-salafi dengan bukunya ' Ikhwanul Muslimin (IM) , Ikhwanul Muflisin'. Buku ini sampai sekarang masih belum di radd sepenuhnya atas alasan IM "malas mahu jawab dan buang masa" (sebelum ini IM pernah radd, tadi di balas semula salafi-maka pendirian ini diambil). Walaupun telah lama buku ini lahir, dakwah IM masih terus gah dan semakin mendapat sambutan. Kerisauan sama kepada tuan ASB bila mana beliau asik melontarkan banyak 'cerita' Isma dan macam tahu banyak benda, tetapi pemimpin isma buat selamba dan mungkin tidak teringinpun membaca apa yang beliau tuliskan (kerana sibuk dan banyak kerja lain lagi). Akhir cerita dakwah isma terus berkembang dan membesar atas agenda serta manhaj yang mereka yakini seperti IM yang terus membesar dan mendapat pengaruh walaupun tidak semua tuduhan kepadanya dijawab.
4. Berkata 'asas
beramal ' dalam memilih jemaah (orang yang suka kaji atau baca buat modal sembang sahaja-tak perlu ambil
kisah nasihat ini) , saya sampaikan nasihat ini dari hati saya, ter-khususnya
kepada adik-adik yang masih baru yang
pastinya masih kabur dengan isu ta’adud dan ta’awun jemaah yang pelbagai serta
serabut dengan fenomena ini .
Mudah sahaja
adik-adiku: " Pertamanya : jangan biasakan diri suka berkata isu yang
besar jika isu yang asas (komitmen pengajian mingguan-usrah, membaca alquran sehari sejuzuk, solat
berjemaah , zikir mathur pagi petang, menjaga solat tahajud dsb) tidak terurus.
Keduanya : Jangan mudah percaya kata-kata tuduhan atau perkara tidak baik
Kepada seseorang individu atau satu kumpulan islam itu selagi mana anda tidak
mengkaji akidah serta dasarnya, dan berjumpa individu atau kumpulan
tersebut. Ketiganya : Lumrahnya , sesuatu jemaah yang hebat tidak perlu asik
sibuk ceritakan keburukan orang lain. Cukuplah dia sibuk ceritakan agenda dia, jual produk(dakwah)nya,
kelebihan-kelebihan kumpulanya dan penceritaannya melalui amalnya (bukan
kata-kata sahaja)."
Itulah sahaja
sedikit nasihat yang boleh saya simpulkan dari himpunan pengalaman saya. Saya
tidak mengatakan diri ini sentiasa berkomitmen dengan 3 nasihat ini , malah
saya selalu berdoa agar istiqamah. Apa yang pasti saya telah melihat ramai
teman saya yang mutasaqitun (gugur) dari jalan dakwah-Tarbiyyah ini atau hanya jadi jagoh mengkritik
perkumpulan-perkumpulan islam (sedangkan diri sendiri tidak menyumbang
banyakpun untuk islam) kerana meremehkan nasihat di atas.
5. Juga saya
melihat , tidak manis sebenarnya jika tuan ASB asik membuli adik-adik isma di FB ini dengan
senioritynya yang ‘kononnya lebih kenal isma’. Tapi biarkanlah saja tuan ASB
ini (wahai adik adik isma), Ini kerana (adik-adik isma harus tahu) senior atau
qiadah isma tidak ada masa mahu layan tuan ASB ini kerana banyak lagi tugas
level senior yang wajib mereka buat. Akhirnya kita akan tahu kerja tuan ASB ini
berada pada level mana jika beliau terus seperti ini . Mungkin itu juga objektif tuan ASB (mempengaruhi adik-adik isma).Saya tidak katakan kerja ini salah, tafadol teruskan saja kerana tiada Q isma mahu halang.
Cuma, seperti dalam
noktah ke 4 saya, maaf cakap, Saya lahirkan rasa sedih kepada adik-adik (isma
atau tidak isma) yang terpengaruh dengan
tuan ASB dan kuatir mungkin hanya syok jadi orang yang tahu banyak benda dan
pandai mengkritik kononnya atas misi mulia menyatukan jemaah islam , indoktrinasi, dsb (tapi Malangnya amalnya tidak tara mana). Hakikatnya
adik-adiku , tugas itu tidak mudah dan kalian mungkin menjadi tua dengan hidup
yang tertekan menunding jari kepada orang lain (lupa ada banyak lagi jari kepada diri sendiri) , seumpama juga mencurah air di atas daun keladi sepanjang usia kalian.
6. Saya disini
bukan memandang rendah tuan ASB atau ingin
melabelkan beliau mungkin salah satu kumpulan negatif yang saya tulis di
atas. ( Beliau mungkin lain dari yang biasa saya jumpa kerana kami belum
berkenal rapat lagi). Dari tulisan beliau , saya akui keilmuan beliau ,
kehebatan hujah beliau dan kesimpulanya beliau tetaplah seorang yang lebih hebat
dari saya dalam banyak bidang. Saya pula? hanyalah anak muda hingusan yang masih
perlu banyak menuntut ilmu , dan sikit pengalaman. Boleh jadi benar, boleh jadi tidak 2 cent saya ini. jika ada tidak benar
dalam pandangan saya , usah peduli dan jangan simpan dalam hati.
7. Kepada yang
ragu. isma adalah satu jemaah yang terbuka , bermanhaj dan beragendanya. Tidak ada
sesiapa memaksa kalian bersama kami. Kajilah kami sebelum membuat keputusan
untuk beramal dengan kumpulan kami atau kumpulan lain. Isma tiada hal untuk
sakit hati atau dengki dengan sesiapa yang tidak bersama kami (asalkan
beramal dengan kumpulan lain). Jika Allah rezekikan kita tsabat atas kebenaran,
akan jumpa juga dalam satu jemaah juga nanti ( hakikatnya kita tetap satu jemaatul
muslimin). Teruskan beramal , jika tidak bersatu jemaah di dunia ini, harapnya
di surga nanti, amin ya robb.
8. Kepada yang
tidak kenal isma , Isma bukan sekadar ngo yang buat tugas ngo sahaja dan bukan
sebuah badan politik (kalau-lah masuk pilihanraya satu hari nanti) yang bicara isu politik
sahaja nanti. Isma lebih daripada itu.
Isma juga bukan semudah di samakan dengan umno, lihatlah beza mudah program dibuat umno-isma serta penampilan
wanita isma dan wanita umno sebelum melulu tuduh yang bukan-bukan. Juga isma
bukan satu kumpulan yang suka amal sembang di FB , bukan bicara isu syiah
sahaja, bukan bicara isu kesatuan umno-pas sahaja dan bukan semua yang buat sebahagian
juzuk tertentu sahaja dalam perjuangkan kebenaran tanpa 'berusaha menggengam' kesyumulan islam dan panduan ilmu
syarak. Apa ceritapun, Isma tetaplah jemaah manusia yang tidak lepas dari kelemahan
manusia. Nasihat saya kenalilah isma melalui pertemuan dengan tokoh,
aktivisnya dan hadir programnya, bukan dengan mendengar atau membaca dari orang lain sahaja. Dengan
itu barulah anda adil mengetahui prons, cons dan agenda sebenar isma ini.
Meminjam kata sahabat saya Akhuna Ust Syamil Esa dalam komen dialog Bernama baru-baru ini:
“Mesej yang dibawa ISMA adalah dari sudut konsep dan falsafah perjuangan sesebuah gerakan Islam. Jadi mungkin kita susah nak tangkap apa yang nak disampaikan oleh Ust Abdullah Zaik, kalau kita tak mendalami asal usul pemikiran gerakan-gerakan yang ada di dunia. Sebab itu beliau selalu sebut mengenai penguatkuasaan syariah, syariah sebagai rujukan tertinggi dsb. Bagi saya, Ust Lah tak cakap sangat bab-bab kebersihan kerajaan dan isu-isu kezaliman yang berlaku, tapi main focusnya adalah pada prinsip yang dipegang dan difahami oleh rakyat terhadap parti Islam."
9. Dalam dunia
yang terbuka ini apa maslahnya kritikan secara terbuka.? Terpentingnya kritikan
itu berasas dan bahasa yang 'ilmu'. Pas tidak suka kritik terbuka jemaah-jemaah kecil
yang lain.? betul ke, apa pun mungkin wajarpun kerana ini akan menjatuhkan krediblitynya.
Sebagai contoh ; Jika pas yakini kekuatan hujah agenda tahalufnya maka tidaklah perlu tokoh atau aktivisnya membalas 'pukulan sekali dengan berkali-kali’. kita mungkin boleh tuduh isma mula serang pas dulu, tapi kita tidak boleh nafikan serang balas kepada isma berganda-ganda-buktinya? tengok di fb-siapa yang banyak share?, siapa yang banyak komen ‘pelik-pelik’ tanpa hujah syarak ? nilailah sendiri.
Sebagai contoh ; Jika pas yakini kekuatan hujah agenda tahalufnya maka tidaklah perlu tokoh atau aktivisnya membalas 'pukulan sekali dengan berkali-kali’. kita mungkin boleh tuduh isma mula serang pas dulu, tapi kita tidak boleh nafikan serang balas kepada isma berganda-ganda-buktinya? tengok di fb-siapa yang banyak share?, siapa yang banyak komen ‘pelik-pelik’ tanpa hujah syarak ? nilailah sendiri.
Bila ini terjadi,
maka akan ramai orang awam (yang ada akal dan tidak taksub) bertanya : adakah benar kritikan isma
kerdil itu ? Bukankah pas suatu jemaah besar yang hebat, maka apa mahu
dirisaukan kritikan-kritikan jemaah kerdil yang ada ahli tidak sampai 10 000 ?
Ada yang tidak betul ke dalam hujah syarak ulamak pas dalam tahaluf siyasi itu? Jika pas ada hujah
syarak mantop , maka inisiatifkanlah perbincangan agar fitnah terpadam. Janganlah
asyik berteori adab menegur jemaah yang lebih senior, taat saja syuro jemaah
yang banyak ulamak, qiadah yang kecil lebih patut jumpa yang lebih besar, tuduh
orang lain tidak tahu politik malaysia, pertikaikan niat 'kami sayangkan pas'
dan lain-lain teori yang 'tertutup' . Kalau buat perangai ini bila mahu
selesai?. Pihak mulakan isu tahaluf ini adalah pas , maka seharusnya bersedia
jugalah mulakan dalam semua aspek (termasuk jawab cara ilmiyah yang mantop) orang yang cuba
mempertikaikan tahaluf ini.
10. Noktah Akhir, sebelum saya mengakhiri “warkah ringkas yang menjadi panjang ini”.
Saya bermohon agar semua yang saya tulis
ini sekali lagi bukan difahami untuk membantai tuan ASB khususnya atau PAS secara
amnya. Usahlah melenting dengan warkah saya yang kerdil ini kerana tuan ASB
dan PAS jauh lebih hebat dan besar daripada saya dan isma. Juga Maaf, aktivis isma tidak ramai FB warriors atau usrah FB kerana masih banyak tugas yang lebih awlawiyat dan usrah real dalam menyelamatkan masyarakat daripada syok usrah FB sahaja. Kebetulan macam saya yang ada masa lebih, baca apa yang berlaku di FB akan join usrah tersebut atau berblog ini .
Akhuna ust Salman Abdul Rahman
menulis :
“Ahli-ahli ISMA dengan penuh sedar merasakan setiap tindakan sama ada di peringkat qiyadah mahupun jundi, tindakan bermula dari basirah, tanggungjawab dan amanah dakwah, bukan sembrono, hawa nafsu dan amarah. Jemaah ISMA berdiri atas asas tarbiyah individu dan membangun jatidiri, kemudian menyeru dan berdakwah kepada orang lain yg sempat dan mampu dicapai sehabis mungkin.
Di sinilah teguran yg ISMA berikan kepada gerakan lain adalah agar kita berpegang pada prinsip memelihara kesucian syara' dalam setiap tindakan dan pendirian yg diambil, kerana kedudukan setiap qiyadah masing-masing jemaah adalah berada pada kedudukan qudwah yg dinilai oleh masyarakat dan dijadikan contoh, tauladan, bahkan pegangan! Kerana itulah, orang-orang terawal yg akan dihisab nanti di akhirat adalah para qiyadah harakah yg sebenarnya merupakan qiyadah kepada nadi ummah.
Satu qaedah fiqh menyebut, " يغتفر في الوسائل مالا يغتفر في المقاصد،" (Mungkin terampun kekurangan/kesilapan pada wasilah, tetapi tidak pada tujuan.) Jemaah-jemaah yg ada hanya wasilah ke arah kesatuan Ummah. Tercalar sedikit sesama jemaah lebih ringan daripada mencalar kesatuan Ummah.
Di dalam risalah Usrah Hasan Al-Banna, beliau menyebut, " hendaklah akh yg ditegur, tidak terguris walau sedikit pun di hatinya walau sejalur helaian rambut. Dan hendaklah akh yang menegur, tidak terasa di hatinya lebih baik dari yg ditegur walau sejalur helaian rambut."
Madah yg indah ditulis, tetapi sukar untuk diamalkan.
Ambil yg baik dari teguran. Abaikan emosi yg timbul dari mana-mana antara dua pihak terlibat.
Apa yg penting kita sama-sama mengejar redha Allah.
Semoga saya , tuan ASB dan semua duat yang memilih paduan Al-Quran Sunnah berjiran di syurga nanti.
Kepada Allah kita dikembalikan untuk dihisab.
Dan katakanlah (wahai Muhammad): Beramalah kamu (akan segala yang diperintahkan), maka Allah dan RasulNya serta orang-orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan; dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata, kemudian Ia menerangkan kepada kamu apa yang kamu telah kerjakan”.(At-Taubah : 105)
Wallahwallam.
Ahmad Aiman Ahmad Zuki (Addinlove) ,
Hamba Allah, Kuli dakwah,Berpengalam 'tidak sengaja' dengan beberapa perkumpulan islam.
Perkumpulan (jamaah minal muslimin) terkini = isma , aktivis Kepala Batas.
Kulim , 24 jun 2012.
Salam akhi, ini ana dapat dari web sorang Salafi.Baru ana kenal siapa dia yang turut bermasalah dgn pihak lain. ASB juga bekas Ketua Pemuda PAS Shah alam. Letak jawatan sbb nak ikut zaujah dia buat phd di adelaide.
ReplyDeletehttp://alturkistani.blogspot.com/2011/09/kritikan-ke-atas-ahmad-sayuti-bin.html?zx=ddca2d6549609009
http://alturkistani.blogspot.com/2012/02/menjawab-fitnah-ahmad-sayuti-bin.html
https://www.facebook.com/ahmadsayutibashiron