Wednesday, July 4, 2012

Demi sebuah dakwah... Tukar tarikh mabit.

catatan addinlove 5 julai 2012.(catatan peristiwa semalam).

"Akhi apa ayat al-quran berkaitan nifsu syaban?" sms seorang adik.

"Afuan, ana tak tahu" balas ku jujur.

"Malam ini nifsu syaban , kita tukar mabit kita ke malam ini" cadangan beberapa orang adik lewat sms juga.

"Nifsu Syaban lagi....." monolog hatiku sedikit keberatan.

"Mabit yang dijadualkan esok , khamis malam , mahu diubah ke malam ini kerana nifsu syaban. fikiranku terbayang kata-kata DYQ yang dikongsi di wall FB ku. Ingin menolak mentah-mentah permintaan dan berkeras kerana 'bidaah malam nifsu' kepada adik-adik yang bersemangat ini ?...... tidak kena caranya." kata hatiku.

Ya! aku harus hadir dan penuhi permintaan mereka supaya boleh menjelaskan kebida'ah sambutan malam ini.

Wah ! ramai juga yang memakmurkan 'masjid' malam ini....alhamdulilah bagus,

"Abang tolong bagi tazkirah sikit nanti" permintaan seorang adik seperti diharapkan ku.

"Berapa lama ? 5 minit?, 10 minit? atau sejam" aku berseloroh dengan adik-adik yang telah dikumpulan dalam formation halaqah.

Kemudian berceramahlah aku panjang lebar hampir 20 mint rasanya.

Yang ditadaburku secara harfian hanyalah surah yusuf ayat 108. Ku ulang beberapa kali setiap patah kata yang aku fahami. Dan ulangku hampir 5 kali rasanya kerana melihat bilangan adik-adik yang semakin bertambah. Aku tidak mahu yang lambat datang 'lost' apa yang aku ingin sampaikan , isi penting tazkirahku iaitu berpegang kepada prinsip 'ala basiro'( atas hujah yang nyata-Al-Quran & Sunnah) dalam mencari teman atau 'jemaah'(kelompok).

Juga aku sampaikan kata-kata macam pakar hadis:...^_^

Adik-adik....Sebenarnya tidak ada satu dalil pun amalan "khusus tertentu" pada malam nifsu Syabban..... Biasa kita dengar baca yasin 3 kali...... itu tidak ada dalil dari nabi.... yang sahih abang tahu : boleh sahaja banyakkan ibadah pada malam ini tanpa mengkhususkan amalan tertentu, zikir tertentu, surah tertentu atau doa tertentu....(aku ulang juga beberapa kali perkataan ini supaya semua jelas).

Kata-kata ku sebelum bersurai;

Abang ini bukanlah pakar hadis, jangan percaya bulat-bulat apa yang abang sebut, kaji dan bertanyalah kepada ust-ust lain...^_^ abang juga rujuk ulama yang pakar dalam bidangnya.... tadi abang sebutkan pandangan DYQ , dan kalau kita mahu tanya ulama , tanyalah yang dalam bidangnya...sebagai contoh isu syiah yang abang sentuh tadi , jangan tanya pada ulamak fiqh ,tapi carilah ulamaknya (yang kaji bidang syiah).

Berikut beberapa maklumat berkaitan nifsu syabban : credit sahabat-sahabat FB terutama akhi Fathi Al-Sakandary :



3 gambar di atas: faktwa ulama sunnah semasa. 


komen akhi Fathi berkaitan gambar di atas : Inilah hakikat nisfu sya'ban, ia bukan satu hari dalam kalender ahlus sunnah tapi ia adalah resapan puak syi'ah - moga Allah melaknat mereka semua. (beliau juga mengajak melihat video-3-)

Ada satu hal yang menarik dalam tulisan Imam Al Banna ini, beliau tetap menerapkan kaidah "Alla Yuaddi Inkarul Munkar Ilaa Munkari Akbar" (Melarang yang munkar jangan sampai menimbulkan kemunkaran yang lebih besar) dalam merubah pandangan masyarakat awam. Menerapkan amar ma'ruf harus dengan cara yang baik. Kaidah ini sering dilalaikan oleh para dai dalam melakukan dakwah di masyarakat.(credit kepada akh Abdul Rahman yang share link ini di FB beliau) -2-

Insyallah jangan anda hadir majlis atau masjid yang anda tidak dapat sampaikan nasihat ulamak berkaitan amalan bidaah nifus Syaban. Jadi adik-adik , lain kali ajak abang pastikan bagi lagi peluang tazkirah atau terbaiknya ada pentazkirah lain yang menasihati hal ini. Dakwah lagi dan lagi....^_^.

Beramal (beribadah) dengan apa yang ditunjukkan oleh Rasulullah saw lebih dari cukup.

wallahwalam.

Rujukan link-link berkaitan nifsu syaban:

1. http://ansarul-hadis.blogspot.com/2011/07/penjelasan-status-hadith-turrunnya.html
2. http://www.islamedia.web.id/2011/07/malam-nishfu-syaban-menurut-perspektif.html
3. http://www.youtube.com/watch?v=soGlCHI7EQg
4. FB Fathi Al-Sakandary : https://www.facebook.com/fathi.alsakandary


 
 





1 comment:

  1. الشيخ محمد حسان |

    جاء رجل إلى الإمام مالك بن أنس إمام دار الهجرة النبوية فسأله سؤالاً جميلاً وقال يا إمام من أين أُحْرِمُ للحج؟

    فقال الإمامُ مالك تُحْرِمُ من ذي الحليفة يعني من الميقات حيث أحرم رسول الله-وذي الحليفة ميقات أهل المدينة وهو الذي يُعْرَفُ الآن (بأبيار علي)

    فقال له الإمامُ مالك تُحْرِمُ من الميقات من ذي الحليفة حيث أحرم رسول الله صلى الله عليه وسلم

    فقال الرجل: لا،لا أنا لن أُحْرِمُ من هناك قال له :أأتركُ المسجد النبوي الشريف وأترك الروضة الشريفة وأترك القبر الشريف على ساكنه أفضل الصلاة والسلام وأذهب إلى أُحْرِمُ من ذي الحليفة لا أنا أُحْرِمُ من هنا سَأُحْرِمُ من المسجد من عند القبر الشريف

    إسمع ماذا قال له الإمام مالك

    قال له الإمام مالك:لا تفعل فإني أخشى عليك الفتنة

    قال وأيُ فتنةٌ يا إمام وإنما هي أميال أزيدها.

    إسمع ماذا قال له الإمام مالك

    وأيُ فتنةٍ أعظمُ من أن ترى أنك سبقت إلى فضيلة لم يسبق إليها رسول الله –هذا خطر الإبتداع- ثم استشهد الإمام مالك بدليلً قرآنيٍ من أعجز الإستشهادات على حد علمه قال له فإني سمعتُ اللهَ يقول ((فليحذرِ الذين يخالفون عن أمرهِ أن تصيبهم فتنة أو يصيبهم عذاب أليم)).

    https://www.facebook.com/photo.php?fbid=440720012615529&set=a.216291081725091.55033.215892861764913&type=1&theater

    Shaikh Muhammad Hassan menakalkan kata-kata Imam Malik rhm:

    ... lalu kata imam malik pada lelaki itu: "fitnah apakah yg lebih besar daripada engkau merasa bahawa engkau telah terkehadapan untuk mencapai suatu fadhilat yg mana nabi pun tak pernah berusaha mendapatkannya?"

    Mohd Masri Mohd Ramli - ia bermaksud bahawa kalau nabi s.a.w pun tidak pernah menyatakan satu masa itu ada fadhilat-fadhilat tertentu untuk hal tertentu, kenapa kita memandai-mandai mereka-rekanya, contohnya fadhilat amalan nisfu Sya'ban.

    ReplyDelete