Sunday, July 15, 2012

Syarikat Samsung Unknown.


Catatan addinlove 13 julai 2012.

Dengan nama Allah yang maha pengasih dan maha penyayang , Saya tulis  pandangan ini sambil berat hati mem-post-kannya.

Mungkin tajuk paling sesuai untuk tulisan ini adalah ; "Hentikan memori permusuhan kita bersama syarikat Samsung Unknown dulu-dulu demi masa depan islam yang cerah". 

Satu tajuk yang mungkin perlu panjang lebar bicaranya sesuai dengan tajuk yang panjang itu. Tapi saya harap tidak tulis terlalu panjang supaya dapat kurangkan apa yang tidak perlu, berdoa tidak menguriskan hati banyak pihak, dan terpentingnya mentazkirahkan diri saya sendiri jika terbuat khilaf yang sama suatu hari kelak (semoga Allah swt menjauhi).

Allah azawajala berfirman dalam kalam-Nya yang mulia:
Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir". (Al-Baqarah:286).
Semoga tulisan ringkas ini bermanfaat, sedikit mampu jernihkan salah faham, berusaha mewujudkan kesatuan akidah serta amal sebelum mengimpikan kesatuan lainnya, dan menjelaskan apa yang kita miliki adalah beban amanah yang pastinya dipersoalkan kelak (kita telah melakukan tugas dengan benar atau tidak),

Di suatu petang , hari sama Himpun Pulau Pinang yang lalu, ada seorang urusetia Himpun Penang(Pulau Pinang) ajak kenduri dirumahnya.

"...dulu semasa saya di university, saya join JIM,... masa tu ISMA masih 'bersama' JIM....ISMA belum lagi keluar JIM... " kata salah seorang anak lelaki urusetia Himpun Pulau Pinang setelah menghidangkan laksa Penang dan beberapa lauk yang lain.

".... sebenarnnya ISMA tidak pernah keluar JIM ... JIM dan ISMA adalah entiti yang berbeza ...." jelas Ustaz Budiyanto kepada pemuda tersebut.

Alhamdulilah Laksa Penang dan semua makanan yang dihidangkan tetap sedap walaupun kena menjawab lagi isu yang tidak sedap dengar itu.

Ustaz Budiyanto yang lebih senior, lebih layak bersuara dan juga merupakan wakil AP (Aman Palestine) Pulau Pinang telah memberi jawapan yang baik terhadap tuduhan "ISMA keluar JIM". Jika dia tidak bersuara mungkin saya yang junior cuba menjelaskan salah faham yang sampai hari ini rasanya masih menjadi keimanan banyak pihak kerana didoktrinkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

ISMA tidak pernah masuk JIM. Jadi macam mana boleh keluar pula?, Tidak pernah masukpun , tiba-tiba keluar . Apa kes?.-h1-

JIM dan ISMA masing-masing didaftarkan pada 1990 dan 1997 sebagai entiti yang menjalankan aktivity sendiri , mempunyai perlembagaan dan organisasinya tersendiri. Dua entiti pertubuhan bukan kerajaan (ngo) yang berbeza dan tidak tercatatpun secara "rasmi" kedua-dua ngo ini pernah 'bernikah' , bersatu atau membentuk pakatan. Tapi kerjasama separa rasmi atau tidak rasmi antara keduanya? Sudah pasti sangat banyak , tiada siapa dapat nafikan.-h2-
Jadi Fitnah ISMA keluar JIM berniat memburukkan ISMA.?

Apa masalah sebenar ISMA dan JIM ?

Masalahnya banyak, dan untuk mudah serta adil ceritanya semua pihak bermasalah.

Bagi saya masalah paling utamanya adalah -h3- syarikat Samsung Unknown yang tidak dapat menerima hakikat masalah besar dalam tubuh syarikat dan mengambil jalan mudah menyalahkan pihak lain.

Isu AS(aqsa sarif) dan VP(viva palestine) yang dizalimi AP ?

Tersebarlah satu surat oleh 'tukang pembuat cerita haraki sensasi' iaitu tuan ASB yang menceritakan kisah wakil AP telah menzalimi wakil AS dan VP ketika ambil cenderamata dari Perdana Menteri Palestine. Isu ini menjadi pisang goreng panas untuk aktivis gerakan islam lain menghentam ISMA dan AP. Sudah pastilah FB medannya .Peliknya dan ajaib pulak , ada gambar wakil 'mereka' dapat juga cenderamata yang sama. Aduh, kes macam ini pun jadi isu ? buat malu saja. ( Siapa tuan ASB? -1-)

Kemudian datang pula satu isu balas , iaitu isu kesahihan surat yang dihebahkan oleh tukang cerita sensasi itu. Posting dibuat admin facebook AP . Dibuat perbandingan surat tukang sensasi ASB dengan surat yang sama kepada pengerusi AP .

Saya yang melihat dari awal malas mahu memberikan komen kecuali minta maaf tidak bersebab di wall tukang cerita tuan ASB itu.

Menariknya ada seorang aktivis IKRAM singgah di wall AP memberi komen kata admin FB AP childish, kata syuyuhnya tenang sahaja tidak terlibat dari awal isu ini dan mentazkirah agar dicontohi. Bagus tazkirah beliau tapi spoil-nya melalut pula. Kalau mahu contoh , maka sepatutnya beliau sendiri tidak komen lagi disitu sampai mengungkit isu-isu ISMA di tempat yang lain. Nampak sangat tidak adil dan emosinya. kalau mahu adil , tolonglah childishkan diri sendiri dan tuan ASB sekali.

Sebelum posting FB AP itu didelete dengan alasan yang tidak diketahui, aktivis IKRAM yang sama sempat menimbulkan  analogi 'syarikat samsung' yang dirompak haknya dan kaitkan isunya macam ISMA dan AP yang 'dicuri' atau dirompak. Ha , sinilah datangnya istilah Samsung.

Syarikat Samsung mana dirompak atau dicuri?

Saya tidak mahu mengiakan atau bersetuju kata ISMA dan AP dicuri atau dirompak. Saya hanya mahu menimbulkan soalan mudah kepada pembaca yang tidak tahu menahu dan membuat analogi simple yang saya hadam kisahnya dari salah seorang pengasas ISMA.

Dicuri dari siapa?. Itu soalan mudah saya.

Dicuri dari JIM ? telahpun dijawab di atas.

Dicuri dari syarikat 'Samsung Unknown'? Ya , Inilah istilah yang tepat , bukan syarikat Samsung saja , tetapi ada tambah perkataan Unknown. Unknown disitu ditujukan kepada sifat illegal dari undang-undang dan tidak diketahui umum siapa mereka.-h4-
Betul ke ISMA dan AP dicuri dari syarikat Samsung unknown itu.? atau syarikat Samsung unknown itu perasan saja ISMA dan AP adalah hak mutlak mereka.?

Diceritakan kepada saya, kewujudan ISMA awalnya bukanlah dirancang atau diusahakan oleh syarikat Samsung Unknown tersebut. ISMA dirancang dan dihidupkan susah payah oleh "pekerja-pekerja islah" yang mahukan perbaikan produk amal dalam syarikat tersebut.

Tugas syarikat "Samsung Unknown Bermasalah itu" itu hanya terpaksa-rela endorse (luluskan) dan bantu beberapa bahagian sahaja.

Mungkin analogi mudah ini membantu.
Adakah milik pekerja-pekerja islah  yang buat kerja A sampai W atau milik syarikat Samsung Unknown yang tambah X-Y-Z ? Saya juga dimaklumkan syarikat Samsung Unknown asalnya sangat keberatan mahu tambah X-Y-Z itu , tapi kalau tidak tambah tugas itu, pekerja-pekerja islah mungkin akan tambah juga nanti atau masalah semakin banyak. Kalau tidak luluskan mungkin akan seperti beberapa pekerja islah lain yang telah meninggalkan syarikat dan keluar membuat syarikat sendiri.

Terpaksalah luluskan.

Kisah yang diceritakan kepada saya panjang serta beberapa versi, saya juga tidak berniat korek dalam, tidak mahu kongsi suka hati dan kisah yang paling kuat serta adil pada saya sekarang saya pilih analogikan huruf A-Z disini untuk difahami secara umum.

Malangnya kewujudan ISMA dalam 'syarikat Samsung Unknown yang bermasalah' tidak selesaikan masalah yang timbul walaupun masa kurang lebih 10 tahun telah diusahakan pekerja-pekerja islah itu. Ijtihad terakhir terpaksa diambil untuk selesaikan masalah atau menjadi ibrah dari buang masa bertahun-tahun lagi.

Pekerja-pekerja Islah terpaksa beruzlah dari syarikat Samsung Unknown itu.

Melenting bukan kepalanglah syarikat Samsung Unknown kepada pekerja-pekerja islah itu. Antaranya menuduh manipulasi isu 'dikeluarkan atau keluarkan diri', baiah di minta-bukan diberi , pemberontak kerana telah keluar dari ketaatan, berniat jahat merosakkan kesatuan umat dan macam-macam tuduhan lain yang tidak perlu saya sebutkan disini.-h5-

Mungkin jawapan mudah saya bagi menjawab sebahagian besar tuduhan itu adalah ; "Tolonglah jangan buat perangai khilafah islam atau jamaatul muslimin yang tidak ada di zaman ini. Dulu kalian asik tuduh PAS buat perangai ini , sekarang kena batang hidung sendiri. Ingatlah kembali tazkirah taadud dan tawaun jemaah yang kalian buat supaya kembali menginsafi diri".

-h6-

Mahkamah FB.

Bukti didoktrinkan kepada pekerja-pekerja setia lain -h7- ? Paling mudah pastilah di FB. Tidak larat saya mahu kira tuduhan dan sindiran dicuri , dirompak dsb.

Akhir ceritanya ketua pekerja islah iaitu presiden ISMA sendiri telah jelas mencabar:
Kepada sesiapa yang merasa mereka ada hak tertentu keatas Aman Palestin sila tampil kehadapan dengan terhormat. Apa yang saya harapkan ialah siri-siri fitnah terhadap AP dapat ditamatkan. -2-
Itu lah yang tertulis di wall FB Ust Abdulah Zaik penuh berani. Saya yakin jika ada yang rasa ISMA adalah hak mereka juga , beliau akan kata perkataan yang hampir sama .(kalau ayat saya ini salah, nanti saya minta maaf pada beliau..^^ )

Jadi , hentikan mendoktin orang ramai , wahai pekerja-pekerja setia lain berkaitan isu " ISMA dan AP dicuri di mahkamah FB" . Masuklah mahkamah real jika mahu dan ikhlas sayang pekerja-pekerja islah. Itulah caranya atau mungkin terbaiknya diamkan diri.

Jika dibawa ke mahkamah sebenar, apa akan jadi ?

-h8-

Katakanlah diputuskan hakim,  ISMA dan AP dicuri dari "syarikat samsung uknown" itu dan wajib dikembalikan , apa akan jadi.?

Jawapan mudah saya (setelah dipertahankan ISMA dan AP habis-habisan), pekerja islah itu akan tubuh ISMA baru dan AP baru kerana agendanya telah semakin didengari. Tidak banyakpun kerugiannya kerana inti sebenar produk ISMA dan AP bukan pada nama produknya tapi pada pekerja-pekerja islah itu. Dengan izin Allah pekerja-pekerja islah bersedia merintih jalan perjuangan ini dari awal semula jika perlu.

ISMA dan AP bukanlah lombong emas untuk direbut-rebut. Ianya beban Amanah dan tempat orang yang mahu beramal.

Bagi pekerja-pekerja islah : " ISMA dan AP adalah milik umat islam, bekerjanya mereka kerana umat , beramalnya mereka berlandaskan ilmu syarak, hidupnya mereka demi pertahankan serta elokkan islam di bumi ini dan matinya mereka kerana Allah semata-mata."

-h9-(ini mungkin paling menguris hati banyak pihak, saya telah hide-kan menjadi catatan peribadi code h9)

Anak muda tidak mahu kenangkan perkara lalu yang akan membayangi masa depan kesatuan mereka.



Sweet dan like gambar diatas. Tangan-tangan jahat , semoga Allah menghentikan fitnah kalian.

Kepada semua pekerja setia syarikat Samsung Unknown, hentikan doktrin yang bukan-bukan jika kalian mahu melihat masa depan kesatuan islam yang cerah.

Akhir kata, maaf, jika yang saya tulis ini seperti menggaru luka yang belum sembuh, bahasa dan sindirnya kasar. Sebagai anak muda, saya tetap mahu tulis juga isi hati saya disini, walaupun pahit untuk ditelan sesiapa yang terlibat. Semoga ianya mampu jadi muhasabah bersama dan Allah swt mengampuni ketelanjuran tulisan saya. Amin ya Robb. 

Mari lihat ke depan, lupakan kisah lama dan beramal kerana Allah.

Kepada pemuda-pemudi muslim Malaysia tercinta , masuklah IKRAM , ISMA atau mana-mana kumpulan islam lain yang kalian yakini untuk beramal.

Jangan jadi orang bodoh yang tidak solat subuh kerana serabut melihat perbalahan golongan yang mahu buat qunut atau tidak qunut. Masuklah gerakan Islam kerana pergeseran kecil antara sesama gerakan islam tidaklah memansuhkan kefarduan kita kepada "berjemaah" seperti mana kita tetap wajib solat subuh.

Mari luangkan sedikit masa teliti dan tadaburkan ayat-ayat dibawah:
Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat. 
Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim.

Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.(Al-Hujuraat : 10-12)


Wallahwalam,
Hamba Allah, kuli dakwah,
Bumi cinta , Malaysia , Negara Islam.
Addinlove. 

Rujukan:

-1- http://addinlove.blogspot.com/2012/06/surat-terbuka-addinlove-kepada-tuan-asb.html
-2- https://www.facebook.com/abdullah.zaik

PS:

1. Istilah Islah adalah saya reka sendiri. Maaf jika ada yang kurang selesa dengan istilah ini.^^

2. Macam biasa saya menulis format ikut suka saya dan atas kapasiti peribadi. jika ada sebarang masukan boleh juga ke fb saya : https://www.facebook.com/ahmad.aiman.509

3. code h1-h9 diletak mengantikan ayat yang dihilangkan menjadi catatan peribadi. Tujuannya agar dapat mengurangkan terguris hati pihak yang terlibat.

4. Jika masih ada ayat-ayat yang menguris hati sesiapa mohon bagi tahu saya. Mahu delete terus posting ini pun tidak ada masalah.Terpenting objektif saya sampai , iaitu: 1. Anak muda tidak mahu kenangkan perkara lalu yang akan membayangi masa depan kesatuan mereka. 2. Hentilah tuduhan curi , rompak dsb di mahkamah selain mahkamah real. Masuklah mahkamah real sebagai tanda sayang atau mungkin pahala lebih-lebih berganda jika berdiam diri.

5. Sila fahami apa yang saya tulis. Saya bukan mahu memandai bincangan perkara yang diluar bidang saya kerana perbincangan hal ini patut dilakukan oleh pihak yang lebih berathority (qiadah). Saya tiada hak untuk memaksa sesiapa saman -menyaman. Saya juga tidak mahu emosi cerita lebih banyak kelemahan SSU serta keluar objektif  yang ingin saya sampaikan ini. Tugas saya disini hanya mentazkirah selari qiadah saya.

6. Aktivis SSU(syarikat samsung unknown), saya pohon tidak bicara keluar tajuk dan lanjut di fb secara terbuka lagi. Cukulah, saya hanya memberi peringatan agar kita sama-sama buat kerja saja selepas ini.

7.Saya cintai kalian semua aktivis SSU kerana Allah dan hati saya sentiasa doa penuh harap agar satu hari nanti kita akan bersama kembali. Hakikatnya kita semua tetap dari satu madarasah, iaitu madrasah islam, dengan madrasah itu kita akan ke syurga nanti. Kita tidak akan kesyurga dengan tiket ikhwan,tidak dengan salafi, tidak dengan sufi, tidak dengan tabligh dan tidak dengan hizb-hizb yang lain. Hanya satu iaitu Hizb muslimin , Jamaatul Muslimin ASWJ (ahli sunnah wal jamaah.)

8. Maaf saya memang sengaja posting sebelum ramadan, agar dalam ramadan kita boleh saling memaafkan dan mahasabah "Amanah kerja kita" depan Allah nanti....
Selamat menyambut ramadan.^-^ 


Dan katakanlah (wahai Muhammad): Beramalah kamu (akan segala yang diperintahkan), maka Allah dan RasulNya serta orang-orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan; dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata, kemudian Ia menerangkan kepada kamu apa yang kamu telah kerjakan”.(At-Taubah : 105)

32 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya tak delete komen ini.penulis sndiri delete?

      Delete
  2. IKRAM memang didaftarkan 2010, tapi IKRAM wujud sebelum itu lagi.. ulang, SEBELUM TU LAGI! Qiadah antum pun tahu, jadi anta yang tak tahu ni jangan la buat tahu2. kelakar.

    salam ramadhan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh ini kes lahir tapi lupa daftar surat beranak masa lahir?dah tua baru nak daftar?kenapa tak daftar semasa lahir?,....

      tuan harus faham apa itu jemaah islam untuk beramal,dan milik mutlak ia siapa. ianya bukan anak,harta atau syarikat(syarikat samsung unknown SSU disini saya buat perumapan untuk mudah faham)dll barang utk direbut2.

      *maaf kalau tuan mahu reply lepas ini ,tolong perkenalkan diri,email,fb real dsb...terbaiknya terus ke fb saya saja,kita ukhwah kat sana saja dan jgn terus annoy...komen annoy tidak bernilai dan dilayan lagi.

      Delete
    2. (oh ini kes lahir tapi lupa daftar surat beranak masa lahir?dah tua baru nak daftar?kenapa tak daftar semasa lahir?,....)

      oh. ini memang sudah lebih.
      addinlove - jaga kalam anda. serius.

      Delete
  3. Replies
    1. siapa kianat siapa?

      tuan harus faham apa itu jemaah islam untuk beramal,dan milik mutlak ia siapa. ianya bukan anak,harta atau syarikat(syarikat samsung unknown SSU disini saya buat perumapan untuk mudah faham)dll barang utk direbut2.

      *maaf kalau tuan mahu reply lepas ini ,tolong perkenalkan diri,email,fb real dsb...terbaiknya terus ke fb saya saja,kita ukhwah kat sana saja dan jgn terus annoy...komen annoy tidak bernilai dan dilayan lagi.

      Delete
  4. Ana tak rasa 'J' mahu ISMA dan AP dikembalikan kepada 'J'. Tapi, segala aset yang pernah dilaburkan, anak-anak yang telah mereka pertanggungjawabkan untuk ditarbiyyah itu yg perlu dikembalikan.

    Setidak-tidaknya, diceritakan perkara dan sejarah sebenar kepada seluruh masyarakat. Beritahu dengan jelas, mengapa ISMA tidak lagi bersama 'J'. Mengapa ISMA tidak setuju dengan 'J'. Mengapa 'aktivis islah' yang dulunya bekerja di sekolah-sekolah Musleh, membawa lari anak-anak ikhwah 'J' di Musleh kepada ISMA.

    Kalau nak tuntut di mahkamah, semua orang tahu, zaman ta'sis mana ada tanzim yang berdaftar. Mana ada dokumen rasmi. Memanglah UAZ berani buat statement begitu sebab dia pun tahu, memang tak boleh tuntut di mahkamah. Siapa yang bekerja di medan sejak awal, pasti tahu.

    Wallaahua'lam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tuan kita beramal kerana allah, aset yang diberi kerana allah akan jadi pahala...tapi kalau ungkit2...tuan kan tahu la apa jadi pada pahala itu.

      malah kalau aset itu pada ISMA dan AP ianya tetap digunakan untuk jalan allah,kalau aset tuan ada pada mereka pahala allah tetap kpd tuan....tapi kalau tuan memang infakkan tdk ikhlas atau kepada SSU saja.....tuntutlah pernuh hormat.

      anak2?...mereka dah besar dan buat keputusan sendiri...takda sapa nak paksa...mereka tak boleh didokrin dgn kata2 saja,...amal ibu bapa mereka atau kumpulan lain adalah penentu...jgn risau jika mrk bersama ISMA atau AP masalah bukan besar...mrk bukan bersama gerakan sesat sufi,syiah,asbsh dll....jika tuan sabar dan tunjukan akhlq baik ajak mereka semula...saya aminkan doa tuan agar anak tuan bersama J tuan itu.

      cerita pekara sebenar?..entah mana satu yang benar...jumpa SSU lain cerita jumpa,isma lain cerita?...

      mengapa ISMA tidak lagi bersama 'J'.? Mengapa ISMA tidak setuju dengan 'J'. ?...tuan periksalah sendiri dari kedua2 pihak.

      teruskan bekerja....kita beramal kerana allah...atau kerana J tuan?...maaf gurau je^^

      tuan harus faham apa itu jemaah islam untuk beramal,dan milik mutlak ia siapa. ianya bukan anak,harta atau syarikat(syarikat samsung unknown SSU disini saya buat perumapan untuk mudah faham)dll barang utk direbut2.

      *maaf kalau tuan mahu reply lepas ini ,tolong perkenalkan diri,email,fb real dsb...terbaiknya terus ke fb saya saja,kita ukhwah kat sana saja dan jgn terus annoy...komen annoy tidak bernilai dan dilayan lagi.

      wallahwalam....

      Delete
  5. baca tulisan ni.. xdpt rasa pon kecintaan penulis pada deen ini.. nape nk selindung sebalik tajuk2 dan kata2 yg manis.. padahal intention tulisan ni penuh dendam kesumat yg mencelakakakan.. jika sumber dari 1 pehak memang senang utk berpuisi dan bermadah!!!.. jgn sebarang tulis wahai sahabat.. jika benar kecintaan pada deen ini yg diuar2kan.. tulisan ini xspatutnya wujud sedari awal.. bahkan penulis mungkin xterlintas langsung nk menulis tulisan yg berbau najis ini... istighfar yg berterusan sehingga saudara menemui ajal lebih baik dari tulisan saudara walaupon sepotong ayat... a'udzubillahiminasyaitonirrajim..

    ReplyDelete
    Replies
    1. maaf saya baru bersama ISMA 2010....demdam kesumat dll...entahla...maaf kalau saya tulis berterus terang...kat mana yg saya tulis silap?....sumber 1 pihak...kalau gitu tuan check la sumber satu lagi atau ajak 2-2 jumpa...maaf saya x pandai puisi....saya cinta deen ini tapi saya juga benci org yang tidak sedar mreka mrosakkan deen ini...najis? saya adu pada allah atas kata keji tuan ini....alhamdulilah saya sentias cintakan mati syahid..semoga saya syahid dijalan allah...^^

      tuan harus faham apa itu jemaah islam untuk beramal,dan milik mutlak ia siapa. ianya bukan anak,harta atau syarikat(syarikat samsung unknown SSU disini saya buat perumapan untuk mudah faham)dll barang utk direbut2.

      *maaf kalau tuan mahu reply lepas ini ,tolong perkenalkan diri,email,fb real dsb...terbaiknya terus ke fb saya saja,kita ukhwah kat sana saja dan jgn terus annoy...komen annoy tidak bernilai dan dilayan lagi.

      Delete
  6. Kesian. Ada banyak perkara yang anda tak tahu saudara Addinlove. Kalau saudara seorang yang mencintai ugama dan sangat berhati- hati dengan fitnah elok tarik balik aje posting ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. fitnah kat mananya?...kalau tuan tahu , maka tolong ceritakan pd saya.

      tuan harus faham apa itu jemaah islam untuk beramal,dan milik mutlak ia siapa. ianya bukan anak,harta atau syarikat(syarikat samsung unknown SSU disini saya buat perumapan untuk mudah faham)dll barang utk direbut2.

      *maaf kalau tuan mahu reply lepas ini ,tolong perkenalkan diri,email,fb real dsb...terbaiknya terus ke fb saya saja,kita ukhwah kat sana saja dan jgn terus annoy...komen annoy tidak bernilai dan dilayan lagi.

      Delete
  7. salam,
    pakcik dulu ada satu syarikat. So pakcik assigned beberapa org staff utk tubuh sebuah anak syarikat. Gaji pakcik yg bayar. Beberapa tempat biznes pakcik tunjukkan. Network pun pakcik connectkan. tapi lepas anak syarikat tu besar dan kuat, mereka larikan pulak anak syarikat tersebut. ngaku mcm sendiri punya. lepas tu claim macam macam.

    kesian kat pakcik. tapi alhamdulillah pakcik tak jadi miskin. cuma pakcik kesian juga kat org yg melarikan anak syarikat pakcik tu. kesian kat mereka sebab mereka melarikan anak syarikat org lain.

    pakcik hamdy

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebenarnya dalam dunia korporat memang ada caranya. Ia dipanggil Management Buy Out MBO. Bermaksud pengurusan anak syarikat tersebut membeli dari Syarikat Holding utk memiliki anak syarikat tersebut. Org yg beradab akan berbuat demikian sebab secara legal pun depa tak boleh larikan syarikat tersebut.

      Tapi, staff pakcik tuu tak buat MBO. Depa hanya larikan terus. Tapi insyallah perniagaan pakcik akan terus berkembang. Yg menipu mereka dan lama lama client anak syarikat itu akan sedar dan tahu siapa yg menipu dan penipu.

      pakcik hamdy.

      Delete
    2. wsalam pakcik hamdy....semoga allah membarakahkan rezeki yang banyak atas kezaliman yang tuan telah kena dan sudah pasti azab allah untuk mereka yang mengmbil hak tuan.

      maaf , hakikatnya ISMA dan AP tidak tepat sebagai sebuah syarikat....saya tidak tahu apa perumpaan yang tepat selain itu

      tuan harus faham apa itu jemaah islam untuk beramal,dan milik mutlak ia siapa..... ianya bukan anak,harta atau syarikat(syarikat samsung unknown SSU disini saya buat perumapan untuk mudah faham)dll barang utk direbut2.

      *maaf kalau tuan mahu reply lepas ini ,tolong perkenalkan diri,email,fb real dsb...terbaiknya terus ke fb saya saja,kita ukhwah kat sana saja dan jgn terus annoy...komen annoy tidak bernilai dan dilayan lagi.

      Delete
    3. Dinlove,

      Sepertimana ISMA dan AP bukan sebuah syarikat, seperti itu jugalah Palestin bukan juga merupakan sebuah syarikat. Adakah kita sedang merebut untuk dapatkan Palestin daripada Negara Haram (NH) Israel? Atau adakah kita hanya perlu melupakan "permusuhan" lalu, dan teruskan ke hadapan dengan Palestin yang kita ada; Gaza dan Tebing Barat? Atau adakah kita perlu menuntut segala hak yang patut dikembalikan kepada yang patut; setiap inci tanah Palestin dikembalikan kepada pemiliknya? Atau macamana?

      Saya bawa satu lagi analogi, jika anda memiliki tiga rumah; rumah A dan B. Rumah A anda sewakan kepada Ali, manakala rumah B anda sendiri yang tinggal di situ. Ali telah lama menyewa rumah anda, iaitu selama 10 tahun. Dalam tempoh tersebut, dia telah membuat beberapa renovasi rumah, ada yang dengan pengetahuan anda dan ada yang tanpa pengetahuan anda. Tiba-tiba anda menghadapi masalah kewangan dan perlu menjual rumah B, dan pada masa yang sama anda perlu tempat tinggal. Oleh kerana tidak ada pilihan lagi, anda memaklumkan kepada Ali untuk mengosongkan rumah yang anda sewakan kepadanya dalam tempoh sebulan, kerana anda akan tinggal di situ pula. Namun tiba-tiba, Ali berkata; "Ini adalah rumah aku. Aku telah lama tinggal di sini. Aku telah bawak banyak perubahan (renovasi) kepada rumah ini." Lalu anda terkedu dengan kata-katanya. Bahkan Ali bukan sekadar itu sahaja, dia memberitahu jiran-jirannya, "Disebabkan akulah rumah ini jadi begini dan begini. Aku telah lama tinggal di sini." Anda bertambah terkedu. (Ini hanya analogi).

      Persoalannya, adakah salah jika anda menuntut apa yang hak dari Ali? Bukankah rumah yang Ali duduk itu merupakan rumah anda, walaupun Ali menyewa lama di situ? Walau macamanapun Ali mengatakan rumah itu adalah rumah dia, namun hakikatnya anda mempunyai geran rumah, dan hakikatnya rumah tersebut adalah rumah anda. Jadi adakah jalan ke hadapannya (way forward), anda harus melupakan sahaja hak anda? Adakah anda harus melupakan sahaja "permusuhan" ini? Atau adakah sebenarnya ia merupakan satu "permusuhan"?

      Bolehkah addin tolong menjawab bagi pihak saya?

      Abdullah.

      Delete
    4. Bagaimana Dinlove? Adakah anda tidak mahu menjawab persoalan-persoalan yang saya utarakan?

      Abdullah.

      Delete
  8. Klu ikhlas nak cari kebenaran jumpalah pimpinan pihak yg dituduh..teliti sejarah yg tepat..kenapa beliau tidak disenangi oleh 2 ngo lain etc., jgn hanya sumber sebelah pihak..takutlah dgn dosa fitnah. Cukuplah Allah tempat mengharap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. saya telah dengar dari dua-dua pihak....tapi mungkin masih tidak teliti....rasanya kalau 20 tahun pun saya teliti...entah pihak mana yang benar.

      tapi saya tahu beberapa perkara:

      1.syurga itu luas,bukan satu kumpulan saja yang masuk...asalkan anda masih ASWJ...inysaalha.
      2.cari sapa benar pun tak guna....sy telah dgn adil dnegan tulis di atas.... semua pihak bermasalah....jadi solusi kita.? pilih satu pihak yang kita yakini dan beramal,jika mrk taubat, dosa mereka tidak akan terbeban kepada kita....kalau rasa buat keputusan salah , tuakrlah kepada keputusan yang betul...mudah je hidup...lupakan cercaan org yang mencerca ingat satu ayat mudah ini:

      "Tolonglah jangan buat perangai khilafah islam atau jamaatul muslimin yang tidak ada di zaman ini. Dulu kalian asik tuduh PAS buat perangai ini , sekarang kena batang hidung sendiri. Ingatlah kembali tazkirah taadud dan tawaun jemaah yang kalian buat supaya kembali menginsafi diri".

      apa fitnah yang saya buat? tlg jelaskan.

      tuan harus faham apa itu jemaah islam untuk beramal,dan milik mutlak ia siapa. ianya bukan anak,harta atau syarikat(syarikat samsung unknown SSU disini saya buat perumapan untuk mudah faham)dll barang utk direbut2.

      *maaf kalau tuan mahu reply lepas ini ,tolong perkenalkan diri,email,fb real dsb...terbaiknya terus ke fb saya saja,kita ukhwah kat sana saja dan jgn terus annoy...komen annoy tidak bernilai dan dilayan lagi.

      Delete
  9. hehe tak pa la Cik Din ooii

    ReplyDelete
  10. satu drp rukun baiah ialah taat so kalau keputusan qiadah atau syura yg tidak bercanggah dgn Islam kena taat la http://ismawatch.blogspot.com/2009/12/bapa-syarikat-dan-anak-syarikat.html

    ReplyDelete
  11. Tuan blog kena fhm dulu mana satu jemaah mana satu wadah kot...klu permahaman basic ni pun x setel, xpyh lah tulis artikel yg mcm ni..buat malu je nnt

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dengan izin Allah saya faham beza keduanya.

      "Tolonglah jangan buat perangai khilafah islam atau jamaatul muslimin yang tidak ada di zaman ini. Dulu kalian asik tuduh PAS buat perangai ini , sekarang kena batang hidung sendiri. Ingatlah kembali tazkirah taadud dan tawaun jemaah yang kalian buat supaya kembali menginsafi diri".

      Hakikatnya kita semua tetap dari satu madarasah, iaitu madrasah islam, dengan madrasah itu kita akan ke syurga nanti. Kita tidak akan kesyurga dengan tiket ikhwan,tidak dengan salafi, tidak dengan sufi, tidak dengan tabligh dan tidak dengan hizb-hizb yang lain. Hanya satu iaitu Hizb muslimin , Jamaatul Muslimin ASWJ (ahli sunnah wal jamaah.)

      Delete
    2. ye ke fhm? dlm penulisan tuan pun dah ada kesalahan yg besar yg menghilangkan thiqah terhadap hujjah yg tuan kemukakan selepasnya.

      tolonglah jgn buat menyebarkan berita bohong...teringat pulak arahan ALlah kpd ummat islam dlm hadistul ifk.

      Delete
  12. Orang-orang yang berada di bawah, yang tidak terlibat secara langsung dengan permasalahan yang ada di antara ISMA dengan the Jamaah sebelum IKRAM dilancarkan secara rasmi, pasti akan mempunyai persepsi yang berbeza berbanding dengan orang yang melalui masalah ini first hand.

    Apa-apa pandangan yang diberikan oleh orang yang tidak berada di tempat kejadian adalah pandangan yang cenderung (bias) kepada apa yang diceritakan kepadanya melalui kepimpinannya. Jika kepimpinannya menipu kepadanya, nescaya dia akan mendapat satu persepsi yang tertipu.

    Tanya kepada kepimpinan kamu tentang satu perjanjian yang mereka tandatanganinya, tentang apakah ia? Kenapa berani menandatangani tetapi ia tidak ditepati?

    ReplyDelete
  13. Permasalahan ini tidak lari seperti kisah Nabi Yusuf, pada peringkat awal beliau dipenjara/dizalimi atas perkara yang tidak dibuat baginda. Tetapi akhirnya kebenaran jelas muncul setelah berlalunya beberapa ketika.

    ReplyDelete
  14. salam..

    saya tak puas hati dengan jawapan admin.admin asek copy ayat sama je dan kebanyakan post reply komen2 & tidak menjawab soalan2 ustaz2 senior lontarkan.hm..saya bukanlah ahli isma mahupun ikram.tapi saya seorang yang suka kepada sejarah lahirnya gerakan2 islam.

    komen saya, admin mungkin agak kurang cermat menulis berkaitan info2 di atas.sumber tidak dirujuk scr adil. jika tidak,masakan shbt2 ikram mostly tidak berpuas hati. perlu ada check n balance yang adil. klw betul isma salah, kene bagitahu salah.kita attack pas,perlu lapang dada dgn umno dsb.isma pula perlu lapang dada dgn jamaah awalnya.at least sumber perlu konkrit. klw rujukan isma bersumber dr presiden isma,ikram juga perlu dirujuk kpd presidennya juga.baru adil.maaf krn menegur,tq :)

    ReplyDelete
  15. Lihat update di http://ismawatch.blogspot.com/

    ReplyDelete
  16. Addinlove..
    permasalahan disini bukan soal ijtihad, tapi soal akhlak dan ketelusan daaam bermualamat dngan manusia, manusia terikat dengan janji apatah lagi bukan saja dilafazkan malah ditandatangani,apatah lagi aset2 strategik dan sumber2 kewangan digunakan untuk tujuan ini adalah dari penat lelah ahliu samsung unknown yg disebut itu.. ini fakta, jangan hiasi dengan isu2 sentimen bahawa samsung unknown tak perform , tak boleh pakai, dan sebagainya kerana 10 tahun adalah tempoh g mencertiakan hubugsan yg sukar dinafikan.. disinilah fitnah yg anda tanamkan dalam tulisan anda samada dalam sedar atau tidak .

    dosa mungkir janji dan kesalahan dengan manusia tidak akan berubah sejauh mana ikhlasnya niat anda.... pena dan kertas serta saksi hiduo menjadi saksi pengkhianatan, ini bukan janji untuk nak pergi pasar malam.. sila remove entry ini kerana asikap keakuan yg tinggi ini besar mudaratnya.. sebagiamana iblis pernah engkar hanya kerana berasakan diri mereka benar..


    versi yg anda dengar mungkin berbeza tpi tidak sukar untuk menjalankan asid test sejauh mana kebenaran .. saya cadangkan anda tnyakan pd qiadah .. 1siapakah individu yg mecdangkan isma dn AP,bgaimana ia ditubuhkan 2. siapa presiden pertama mereka? darimanakah isma mendapat sumber kewaangan mereka ketika penubuhan.. 4. bolehkah merka ceritakan kronologi penubuhan mereka kepada umum... kalau niat ikhlas, saya kataka anda tidak akan keberatan memberiakn kredit where is s due. dn

    kredit ini pun tk pernah dituntut pun sbenarnya tp hutang kebenaran itu jauh lebih penting, kerana saya sendiri melihat generasi yg puluhan tahun bersama dakwah tumpah air matanya kerana anak2 mereka dilarikan oleh manusia2 yg diketahui seifatnya .

    penulisan anda yg tidak punya maklumat penuh juga adalah pintu fitnah,, inilah perkara yg jauh lebih penting daripada mengklaim kembali aset2 atau entiti yg dibawa lari..

    saya nyatakan sekali lagi, apa yg diawa lari itu biarlah pergi, ia asam garam perjuangan, kadangkala dikhianati, tapi kebenaran yg disembunnyi dan kebatilan yg dijaja seperti artikel ini adalah asbab mengapa perkara ini tidak mencapai noktah berhenti..

    ketahuilah anda adalah contributor kepada kebatilan dan akan menjadi sebagaian daripada alat pengkhianatan yg pada asalnya kita patut biarkan kepad mereka yg ahli.tanggungkawab saya sebagai muslim, saya nasihatkan anda remove entry ini.. and mungkin akan kata anda benar dan sekrang zaman demokrasi, terus terang dan sebagainya.. jika demikian pula sila siarkan artikel jawapan kepada soalan1-4 diatas sekiranya tidak ada apa yg hendak disembunyi.. apakah susah sangat menyebut orang2 yg pernah berbudi kepada anda?

    bekas ahli isma sejak 1999

    ReplyDelete
  17. Salam. Nak tanye. Kalau qarar utk buat khianat spt buat surat palsu dan ubah perjanjian bertulis wajib taat tak? Nak tahu kalau ade dalil. Nak belajar dari pakcik2 yg berpengalaman.

    Abu_aseeyah oz

    ReplyDelete