"Syiah lebih baik dari umno"
Saya mungkin setuju jika kenyataan umum itu ditujukan kepada si Umno, nama seorang non-muslim.-1-Tapi jika umno itu dirujuk kepada nama satu parti politik di malaysia ini.! Ini satu masalah kerana walaupun parti umno itu banyak masalah, umumnya masih bersyahadah dengan pemahaman ASWJ(ahli sunnah wal jamaah) dan tidak wajar dikatakan lebih teruk atau dibanding dengan syiah.
Lagi tidak setuju jika kenyataan itu dikeluarkan oleh seorang pemimpin pejuang islam yang ditarbiyyah. (Jika muslim yang jahil atau non muslim yang katakan seperti itu mungkin boleh tolerate lagi.)
"Syiah lebih baik dari umno kerana tidak rasuah"
Entah saya belum selongkar atau kaji kes-kes rasuah dalam kelompok syiah, tapi mungkinlah saya boleh setuju kerana dikhususkan perbincangan dalam masalah atau tema tertentu. Dalam kenyataan di atas rasuah dijadikan tema atau isu perbincangan. Sama juga contoh lain:" dap lebih baik dari pas kerana lebih profesional dan cekap dalam pentadbiran".Walaubagaimanpun demi maslahah dan mafsadah orang umum Malaysia yang kebanyakan jahil hakikat sebenar syiah (hakikat sebenar syiah dikalangan ilmuan sunnah adalah ajaran sesat dan bukan mazhab) dan tidak belajaq fiqh awlawiayat !, kata-kata di atas tetap satu masalah besar.
Antara masalah besarnya adalah melahirkan masyarakat umum yang meremahkan atau "ambil mudah" isu akidah yang sentiasa wajib terawlawaiyat dari segala isu lain.
Ingat !, kekhilafan kita dalam isu selain akidah boleh dimaafkan Allah swt, tapi Allah swt tidak akan mengampuni kekhilafan kita dalam akidah walaupun kita hidup dengan membuat segala kebaikan pada mata manusia di dunia ini.
Isu yang berlaku di laman sosial (FB dan twitter) baru-baru ini.
Ditanya soalan (kurang lebih bunyinya) : Pas syiah ke?,
Diberi jawapan: Pas bukan Syiah. tapi Syiah baik sikit dari umno sebab tidak korupsi dan tidak rompak duit rakyat.
Komen saya :
1. Pemberi jawapan mencampur aduk, atau mengalih isu lain. Ini boleh menjadikan masyarakat umum keliru atau salah faham. Kenapa tidak dijawab saja diantara dua entiti iaitu pas dan syiah sahaja tanpa melibatkan umno, itu kan lebih baik.2. Dengan cara jawab seperti ini kita boleh faham satu isyarat mudah: Pemberi jawapan mungkin lebih utamakan (awlawiyatkan) isu kemanusian(cegah rasuah , cegah kezaliman sesama manusia dsb) daripada isu ketuhanan ( cegah kezaliman kepada allah).
3. Wallahwalam, semoga Allah mengampuni pemberi jawapan atas khilaf dia ini, menarik balik atau memberi penjelasan adalah jalan terbaik agar salah faham terpadam dan menjadikan cara menjawab yang mengelirukan ini tidak dipraktikkan oleh sahabat atau pengikutnya lagi.
Akhir kata dari saya pada tulisan muhasabah kali ini,
Wahai seluruh pejuang islam di malaysia ini, berdakwahlah dengan jangan menambahkan serabut masyarakat umum pada perjuangan islam.
Wahai seluruh pejuang islam di malaysia ini, berdakwahlah dengan jangan menambahkan serabut masyarakat umum pada perjuangan islam.
Dalam isu Syiah, gunalah keadah Saddul Az-Zara'i iaitu menutup pintu-pintu fitnah.
Katakan tidak pada syiah lebih baik walaupun tidaklah semua dalam syiah itu harus ditolak. Bersikap Azimmah dengan syiah lebih baik agar kita tidak semakin serabut kelak berhadapan "Syiah Malaysia" yang sedang membiak sekarang.
Ingatl! Syiah terkenal sepangjang zaman menimbulkan sentiman cinta keluarga nabi kepada golongan jahil, mengkafirkan sahabat serta isteri nabi, golongan pertama pencetus fitnah besar dalam islam dan ramai pengkaji ulama sunnah telah sepakat syiah ini ajaran sesat tertua dan terbesar yang telah menghuru-harakan dunia islam. Sebab itu jangalah hairan jika anda dengar ramai ilmuan dalam disiplin hadis berfatwakan kafir kepada syiah ini.
Selamat menyambut last round (10 hari) terakhir bulan Ramadan. Semoga pecutan ibadah kita mampu memuhasabahkan kepedulian kita kepada isu akidah juga.
‘Sesungguhnya syirik -2- adalah benar-benar kezaliman yang besar’ (QS. Luqman : 13)”
PS:
-1- Tapi saya lebih berpendapat "kafir lebih baik dari syiah". Isu ini saya pernah bahas sebelum ini atau lain kali saya detailkan.
-2- Syirik = sekutukan Allah, dosa yang tidak terampun kerana kezaliman kepada Allah. Menghapuskan syirik adalah hakikat islam atau hakikat ajaran nabi Muhammad saw itu sendir (12:108)..."Dan aku menegaskan: Maha suci Allah (dari segala iktiqad dan perbuatan syirik); dan bukanlah aku dari golongan yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain."
Dengan ini jelas Primiry misi nabi diturukan adalah kerana isu akidah ini sebelum misi Secondry lain seperti kebaikan sesama manusia dengan hapus rasuah, tidak menipu duit rakyat dsb.
Wallahwalam.
Addinlove,
20 Ramadan 1433H
No comments:
Post a Comment