Warkah terbuka untuk Artis
(seniman dan seniwati) tanah air tercinta.
Assalamulaikum warahmatullah wabarakatu,
Dengan nama Allah yang Rahman dan
Rahmin, saya menulis untuk artis muslim khususnya dan untuk semua Malaysian Muslim umumnya.
Satu kesyukuran
dan tanda rahmat apabila melihat semakin ramai artis yang berhijrah kepada kehidupan lebih
islami. Sangat pelbagai caranya apabila hidayah Sang Khaliq menyapa, ada dari
free hair kepada bertudung, dari bertudung kepada berpurdah, dari berlagu dangdut-rock-laro
kepada lagu nasihat atau nasyed, dari lawak bodo kepada lawak berilmu, dari
penyanyi atau pelakon kepada penceramah, dari tidak berpolitik kepada
berpolitik dan golongan artis yang paling saya suka sehinggakan mahu dikatakan
"saya adalah peminat pertama anda" iaitu dari yang tidak minat
pengajian ilmu kepada pengajian ilmu.
Allah SWT itu boleh memuliakan
sesiapa sahaja dari sehina keturunan dengan kehendak-Nya. Sebaik-baik kita semasa jahiliyah
adalah sebaik-baik kita (dari kelompok kita) masa beriman, jika kita memahami
syariat. Benarlah hadis sahih Imam Bukhori dan Muslim yang merakamkan perbualan
Rasulullah saw ini,
Daripada Abu Hurairah RA,
katanya, Rasulullah SAW ditanya, siapakah manusia yang paling mulia? Baginda
menjawab, “Orang yang paling bertaqwa di antara mereka.” Lalu mereka (yang
bertanya) berkata : “Bukan itu yang kami maksudkan.” Maka sabda baginda lagi,
“Daripada keturunan Arabkah yang kamu hendak tanyakan? Mereka yang terbaik
semasa Jahiliah adalah terbaik semasa Islam apabila mereka benar-benar memahami
syariat Islam.” [muttafaq 'alayhi]
Tidak cukup penampilan baru yang Islami, juga kena "benar-benar memahami
syariat Islam".
Wahai artis diluar sana, izinkan
saya yang no-body dan tidak terkenal ini, berkongsi pandangan ringkas tentang
fenomena hijrah artis (anda) dengan 3 nokhtah ringkas sahaja.
1. Hijrahlah anda hanya kerana
Allah SWT semata-mata dan tetapkanlah kesabaran anda dengan kehidupan Islam.
Adalah sunnah berjuang, anda akan
kehilangan beberapa contract kerja, mendapat tekanan teman-teman sekeliling seperti disindir alim, diperli buget bagus, ditomah bukan-bukan , digosip tidak
sporting lagi dan tidak kurang juga makin kurang laku atau hilang peminat.
Nasihat saya, Janganlah risau
tentang rezeki anda, teman setia atau tidak setia telah Allah zahirkan, anda
berada di atas jalan kebaikan daripada artis-artis lain, dan peminat-peminat
beriman dibelakang anda yang sedikit itu lebih baik daripada ramainya peminat yang jahil.
Yakinlah janji Allah, kerana anda
telah menolong agama-Nya dengan menjadi artis beriman :
Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (ugama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu. ( Muhammad : 7)
2. Hijrahlah dengan pertamanya
memilih jalan pengajian Ilmu dari manhaj Salafusoleh dan istiqamah diatasnya.
Carilah ilmuan, ulama atau asatizah (ustaz-ustazah)
bermazhab Syafie dari Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) yang perpegang teguh kepada
Sunnah dan manhaj Salaf. Jadikanlah mereka guru dan sahabat anda. Hadirlah
pengajian-pengajian mereka atau jemput mereka mengajar di tempat anda.
Disamping ilmuan Sunnah, ada
ramai ilmuan Ahlul Bida’ah (ulamak yang membuat perkara baru dalam agama).
Sekarang anda mungkin kurang kenal atau menganggap tidak salah menuntut ilmu dari
mereka, tapi apabila "ilmu islam" anda bertambah, anda akan kenal mereka dan tahu
satu perkara yang sangat penting iaitu ; "Ahli Bida’ah lebih bahaya dari Ahli Maksiat". Maka Jauhilah ahli Bida’ah serta sifu-sifunya (ulamaknya)
sepertimana anda takut kembali ke lembah maksiat dulu dan sepertimana anda
jauhi teman-teman serta sifu dunia gelap yang sentiasa cuba menggoda hijrah
anda.
3. Parti politik sebagai pilihan
terakhir.
Belajar kenal Islam sebelum
kenal kelompok-kelompok islam (juga parti-parti politik). Murrobi (guru) saya
, Akhuna Azza Zaini berkata : "Al-Islam qabla jamaah, saya mengajar kamu
kenali islam, kemudian baru kenal jemaah-jemaah Islam. Kamu pilih mana jemaah, kelompok atau politik islam
mana yang kamu suka bila kamu telah kenal islam (dengan jalan ilmu) ".
Telah tersebar pelbagai fatwa
dari artis yang berhijrah kepada jalan islam yang "paling terfitnah"
iaitu jalan hijrah menyertai parti politik secara highlight. Satu contoh Fatwa yang menarik
perhatian saya adalah "kerana ingin mendekati agama". Ayat ini
bukanlah bahaya mana atau merosakkan akidah , tetapi boleh mula membawa salah
faham di kalangan peminat atau orang awam bahawa "politik berparti"
yang "belum lagi islami" sekarang adalah jalan "mendekati agama".
Tercatat dalam banyak kalam ulama,
cara sebenar "mendekati agama" bermula pada platform pengajian tasfiyyah (pemurnian)
akidah & akhlaq, tarbiyyah (pendidikan) & takwin (pembinaan) jati-diri individu, Usrah (keluarga) & Masyarakat Muslim sebelum yang lainnya (penglibatan lebih
besar). Juga ulama menulis panjang lebar berkaitan urusan dunia yang besar (dunia
politik) itu dari zaman berzaman. Majoritynya menasihati agar sangat
berhati-hati dengan platfom politik serta berusaha menjauhi kerana fitnahnya sangat berat.
Anda baru berhijrah.
Apatah lagi dunia Demokrasi-Politik
berparti sekarang tidak ditunjuki politik Islaminya seperti pada zaman
salaf (zaman Rasulullah,sahabat,tabien dan tabiutabien) atau zaman Khilafah Islam (terakhir Turki Uthmaniyah-1924M) . Politik demokrasi telah dibuktikan sejarah
akarnya dari politik yahudi-nasrani dan bersumberkan humanisme (tuntutan manusia bukan tuntutan syariat Islam). Kerana itulah saya suka menamakan
politik sekarang "belum kembali islam lagi" kerana masih bercampur-adukkan
dengan praktik politik yang bukan islami.
Negara kita juga tidak terkecuali. Oleh itu
saya ingin menasihati artis yang "baru berhijrah ini" , sebaiknya, berusahalah
menjauhi keaktifan mana-mana parti politik demi dakwah yang lebih jauh, luas mad'u(target dakwah), adil berpendirian dengan ilmu syarak dan kaki bebas berjalan.
Kebenaran (yang datangnya kepadamu dan disembunyikan oleh kaum Yahudi dan Nasrani) itu (wahai Muhammad), adalah datangnya dari Tuhanmu; oleh itu jangan sekali-kali engkau termasuk dalam golongan orang-orang yang ragu-ragu. (Al-Baqarah ; 147)
Fikirlah perasaan peminat anda di
pihak parti lawan.
Bukanlah saya ingin melarang
artis dari mendaftar ahli mana-mana parti politik atau melarang cabut undi, bukan
itu ! kita dalam negara merdeka, bebas berkeputusan dan wajib mengundi. Cumanya
biarlah keputusan dibuat bijaksana untuk mensantuni semua peminat kita dari
macam-macam kumpulan politiknya supaya nampak tidak bijaksini sahaja.
Medan dakwah untuk para Artis sangat luas.
Medan dakwah untuk para Artis sangat luas.
Ada 1001 cara artis untuk
berbakti atau berdakwah kepada masyarakatan tanpa platfom (medan) politik
berparti . Antaranya aktif kumpulan pengajian ilmu, mengikut misi dakwah ke
tempat belum islam (contoh orang asli), aktif dengan kumpulan perbandingan
agama, bersama NGO (badan bukan kerajaan) yang membuat aktiviti dakwah dan
kemanusiaan, menganjur karnival islami, membuat akademik artis islami, membuat
produk muslim atau menjadi duta dan pelbagai lagi. Walaubagaimanapun tidak
dinafikan berpolitik ada banyak manfaatnya tersendiri. Anda bebas memilih untuk
berdakwah di medan apa saja kerana anda bukanlah anak kecil yang tidak tahu
risikonya.
Kesimpulannya, saya tidak
melarang berpolitik, tetapi saya sarankan agar lebih mendahului cara
"mendekati agama" dengan pendekatan lain yang lebih baik dan lebih
bijaksana daripada menjadi pelaris atau dipergunakan mana-mana parti politik.
Jangan marah pada saya.
Akhir kalam, saya mohom maaf atas
warkah terbuka yang mungkin menguris hati mana-mana Artis atau mengundang rasa
kurang senang beberapa pihak dalam bulan yang mulia ini. Bukan niat saya
menyerang sesiapa, saya hanya ingin mentazkirah atau berpandangan dengan ilmu didada untuk muhasabah semua pembaca (tanpa mengira artis atau tidak). Juga terpentingnya bukanlah tujuan
saya menulis ini untuk mengurat mana-mana artis perempuan cun diluar sana
kerana hati saya telah berpunya.^_^
Izinkan saya mengakhiri warkah
ini dengan syair dari Pujanggga Cinta Agung, Syaikul Islam, Ulama besar dan Sastrawan Muslim terbesar di Abad Pertengahan. Pasti semua Seniman dan Seniwati Islam kenal beliau, Dengarkan syair beliau ini baik-baik;
Dia utamakan umat Muhammad dengan Quran muliaDi tempatkan semuanya di penjuru duniaDi tangan Muhammad purnama terbelah duaTapi Al-Quran adalah mukjizat terbesarnyaYang selalu terjaga kesucian dan kemurniannyaDia selamatkan kita dari kekufuran yang nistaJika tidak, kita niscaya sudah binasa sejak lamaMaka, ayo kita hilangkan kedunguan kitaAgar selamat dari neraka yang apinya terus menyala.
(Syaikul Islam Ibnu Hazm El
Andalusy , Bab 30 Keutamaan Menjaga Kesucian Cinta, bait diatas dari rangkap Syair terakhir bukunya Tauqul Hamaamah “Dibawah Naungan Cinta - Anif Sirsaeba” )
Wallahwalam,
Wallahwalam,
Hanyalah 2-cent dari saya , addinlove,
Belum lagi ahli mana-mana parti politik
kepartian,
Hamba Allah , bermusafir di bumi
cinta , kulim, Kedah
Negara Islam Malaysia.
13 ramadan 1433H.
Gambar (dibawah) artis berhijrah :
Alhamdulillah mereka insaf.
ReplyDeleteJangan lupa kunjungi balek dan komentar ya