Saturday, September 15, 2012

Merdeka, Masjid & Malaysia.



Sebelum 31 Ogos tahun ini, ada yang bertanya di Facebook;
"Kenapa (persedian) Merdeka tahun ini tidak meriah?"
 Ada yang menjawab;
"Ramai masih dalam mood raya".
Ya! Saya setuju dengan jawapan itu sehinggakan banyak soalan timbul dalam diri saya. Antaranya:
"Apa nilai kemerdekan dalam diri umat islam malaysia?. 

"Apa cara sebenar sambutan kemerdekaan?, dan 

"Apa Merdeka sebenar yang kita cari?”
 Kemudian terlintas juga soalan; 
“Orang bukan Islam tidak sambut atau meriahkan hari Merdeka? (kerana sepatutnya hanya orang islam tengah mood raya ). 

"Adakah orang bukan Islam rasa negara kita belum Merdeka ?"

"Sambutan Merdeka untuk orang Melayu Islam sahaja?...” 
Merdekanya Malaysia.

Masa kecil saya diceritakan Malaysia Merdeka pada 31 Ogos 1957. Tapi beberapa tahun lepas, saya dengar dari professor bijak pandai yang berkata “Malaysia bukan negara yang dijajah” sehinggakan timbulnya keraguan sambutan hari kemerdekaan selama ini. 

Ada pula yang berkata tarikh Merdeka Malaysia sebenar bukan 31 Ogos 1957 kerana hanya melibatkan Tanah Melayu sahaja. Akhirnya, seronoklah Malaysia apabila tambah satu lagi cuti umum yang diberi nama "Hari Malaysia" bagi membetulkan keadaan kerana pada  16 September 1963 terbentuknya Malaysia dengan pengabungan Sabah-Sarawak walaupun asalnya dirancang pada 31 Ogos tahun yang sama (1963) tetapi mendapat ganguan dari Filipina dan Indonesia.

Malaysia yang dicari.
Saya ingin menarik sedikit perhatian kepada isu negara yang bakal tiba bila-bila masa. Ya!, isu raya lagi, iaitu pilihanraya. 

Bila ditanya "Apa Malaysia Merdeka yang kita mahu?", Pasti ada pihak yang akan bagi jawapan: Merdeka dari UMNO(ABU), merdeka dari rasuah, pilihanraya kotor dan sewaktu-denganya.

Tidak kurang juga ada yang bagi jawapan;  Merdeka dari penguasaan agenda bukan islam, merdeka dari ULTR-kaisu bangsa bukan islam yang mengancam sekarang, juga merdeka dari ideologi sesat yang seperti kanser iaitu Syiah, islam liberal , pluralisme, LBGT, HAM dan sewaktu-dengannya.

Dan pelbagai jawapan lain kita boleh jumpa. Bagi saya pula; " Waktu pilihanraya inilah Kita perlu Merdeka dari nafsu dan kejahilan kita" iaitu 1. Merdeka-kan diri kita dari dendam dan fanatik parti, 2. dari jahil diri sendiri kepada musuh seperti kanser itu. dan 3.dari "tidak berjati diri".

Harapan orang politik.

"Kalau mahu selamatkan Melayu dan perkasakannya, wajib masuk PAS yang mendaulatkan Islam, bukannya masuk UMNO yang memikul Islam tanpa pelaksanaan sepenuhnya setelah lebih satu abad memikul amanah. Inilah pembetulan yang wajib dilakukan." -1- kata Tuan Guru Hadi Awang dalam Harakah baru-baru ini.

Juga masih baru, lepas DAP keluar kenyataan konsistennya menolak hudud,  berkata Ketua Pemuda PAS, Al-fadil Ust Nasrudin Hassan :" ....Ketiga : Sehingga saat ini, hanya PAS yang konsisten sebagai salah satu parti  besar dalam negara yang berhasrat mahu melaksana dan mendaulatkan syariat Islam. Cuma keterbatasan kuasa dan mandat rakyat meletakkan PAS masih belum memiliki keupayaan sebenar bagi membangunkan negara bersama syariat Allah swt. [nota ini memerlukan ahli UMNO menyokong PAS untuk melaksanakan Islam jika mereka juga mahu melihat Islam tegak di atas tanahair kita]"-2-

Itulah kata-kata dua tokoh “politik berparti” yang pastinya semua tahu fanatik-partinya demi impian murni mereka mendaulatkan Islam. Begitu juga tidak kurang hebatnya kata-kata lobi yang hampir sama kita boleh jumpa dari  musuh PAS iaitu tokoh-tokoh UMNO yang yakin “makin tidak jauh beza” dengan PAS dan mampu “ikhlas atau janji ditepati” bagi kekal memerintah.

Alhamdulillah, walaupun PAS “semakin banyak” syubahat dan diragui "mendaulatkan Islam sendirian" oleh ramai ilmuan, kita masih boleh akui PAS adalah sebuah parti Islam yang paling Islami sekarang. Tapi banyak persoalan besar yang timbul. Antaranya berapa ramai percaya hakikat ini secara jelas bezanya dengan UMNO seperti hitam-putih? atau bagaimana PAS akan pastikan islaminya tanpa syubahat yang hampir sama seperti UMNO?. Jika dulu UMNO tidak ada kelompok ulama hebat, sekarang telah ada ILMU. Jika dulu PAS berslogan “negara Islam”, sekarang tidak lagi dan telah bertahaluf dengan bukan parti islam seperti UMNO. Jika PAS katakan negara berkebajikan, UMNO juga. Jika PAS katakan mendaulatkan Islam, UMNO boleh juga. Jadi secara mata kasarnya UMNO dan PAS telah hampir sama walaupun masih banyak beza antara keduanya yang boleh dibedah secara halus.

Saya mahu bertanyakan hal yang lebih praktikal kepada PAS yang pastinya memerlukan sokongan padu (lebih 90%) dari pengundi UMNO untuk berjaya.

Sebagai jemaah Islam terbesar di Malaysia, berapa banyak usaha PAS mengislah orang melayu UMNO?, berdakwah dengan santun kepada mereka, telah berhikmah berdebat dengan mereka tanpa membalas kata-kata kesat, dan betapa hebat usaha PAS memenuhkan jemaah subuh di masjid seperti solat jumaat?

Jemaah Subuh di Masjid seperti solat Jumaat?

Petunjuk ini adalah bukti orang benar-benar beriman yang mahukan syariat islam sepenuhnya. Saya pilih petunjuk ini berdalil-kan ayat 18 surah At-taubah : ...Hanyasanya (tiada lain hanya) yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat-sifat yang tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan yang mendapat petunjuk.

Walaupun maksud zahir dari ayat ini adalah penjelasan siapa yang layak memakmurkan masjid Allah, tetapi maksud tersurat juga adalah: "tempat yang masjidnya makmur adalah petanda dihuni oleh orang-orang beriman kepada Allah dan tiada lain cara makmur yang disepakati ulama pertamanya, melainkan solat fardu berjemaah." Dalam sebuah hadits yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad dari Abu Sa’id al-Khudri dikatakan, “Anna Rasulullah Saw. Qaal, “Idza ra’aitumur rajulun ya’taadil masjida, fa asyhidu lahu bil iiman” (Jika kalian melihat seseorang yang senantiasa mendekatkan diri di masjid, maka saksikanlah bahwa dia seorang yang beriman). Hadits ini menunjukkan kepada kita tentang betapa pentingnya shalat berjamaah di masjid, karena dengannyalah kita mendapatkan pengakuan atas kebenaran keimanan kita-3-

"....jangan hanya sekedar berbicara bahwa shalat berjamaah lebih utama daripada shalat sendirian, akan tetapi hendaklah kita pahami dan kita pahamkan kepada masyarakat kita bahwa shalat berjamah merupakan sebuah keharusan. Bahkan dalam fiqhul Islami, sebagian besar imam madzhab mengatakan bahwa shalat jamaah hukumnya fardhu ‘ain (wajib bagi setiap orang). Dan dalil dipergunakan untuk menyimpulkan hal ini memang kuat, di antaranya karena Rasulullah Saw. tidak pernah meninggalkan shalat berjamaah sampai akhir hayatnya. Ketika beliau menjelang dipanggil Allah, barulah posisi(kedudukan) beliau sebagai imam shalat berjamaah digantikan oleh Abu Bakar. Bahkan ketika perang pun, Rasulullah Saw. tidak meninggalkan shalat berjamaah. Semua ini menunjukkan pentingnya shalat berjamaah, dan ia merupakan standar dari kebenaran keimanan seseorang. Bahkan, Rasulullah Saw. Mengatakan, “Awwalu maa yahaasabu ‘ala ‘abdi yaumal qiyaamati ash-shalah” (amal yang pertama kali dihisab oleh Allah Swt. adalah shalat)".-3-

Jadi solat subuh di masjid-surau di seluruh malaysia sepanjang tahun bagaimana?.  Satu-dua-tiga sof sahaja atau melimpah macam solat jumaat?

Sokongan padu (lebih 90%)? Jika tidak ?

Kita semua tahu jika sedikit sahaja ahli UMNO yang berpaling, tidak akan memberikan apa-apa kesan. Maaf jika saya katakan harapan kedua-dua pemimpin hebat PAS itu dan mana-mana tokoh politik yang melobi seperti itu sebagai satu angan-angan kosong yang tidak memahami reality keimanan bangsa melayu sekarang dan keliru dalam memberi formula mendaulatkan Islam.

Wahai PAS! Kalian sendiri mengetahui masjid-surau Malaysia dimakmurkan bagaimana. Usahlah bercita-cita besar "mendaulatkan Islam," atau janganlah janji kosong “mendaulatkan Islam” jika  amal  atau kerja kalian membentuk orang beriman tidak sehebat kata-kata. Kerana Al-Quran telah mengajar, tidak mungkin penduduk sebuah negara yang tidak sepenuhnya memakmurkan masjid Allah mampu menjadi hamba Allah yang sebenar-benar beriman. Lagi mustahilah penduduk (rakyat) yang tidak beriman (atau kurang mantap iman) akan memilih pemimpin yang beriman. Benarlah seperti sebahagian ulama yang mentafsirkan ayat“…tiada lain hanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah…” dengan berkata, Jika ingin mengetahui penduduk sebuah negeri itu  beriman dan mampu menegakkan syariat islam atau tidak, lihatlah masjidnya."

Mendaulatkan Islam sekarang?

Saya lebih suka tokoh-tokoh yang "tidak politik berparti" serta dilihat lebih memahami reality sekarang untuk "mendaulatkan Islam". Antara mereka berkata:

...kita perlu mengambil pendekatan beransur-ansur (tadaruj) dalam langkah pengislahan (perubahan) melalui cara pembangunan umat; dakwah dan tarbiyah. Bukan dengan cara perubahan dari atas semata-mata iaitu melalui politik. Ini kerana manhaj pelaksanaan siasah shariyyah memerlukan kepada proses penyediaan umat. Kuasa politik pada hakikatnya adalah terbit dari keadaan umat itu sendiri. Kita sering mendengar ungkapan yang menyebut sebagaimana kamu begitulah juga pemimpin yang akan memimpin kamu. Perubahan politik memerlukan terlebih dahulu perubahan terhadap aqidah dan kefahaman umat.-4-

Bukti yang jelas kita dapat lihat pada hari ini ialah apabila umat Islam sendiri di sana sini menentang dan menolak hukum Islam. Kemudian parti politik dalam keadaan ini akan tunduk kepada kehendak masyarakat dan memiliki kefahaman yang bercampur baur. Bagi mendapat undi walaupun pada laungannya ingin mendaulatkan Islam.-4-

Satu fakta yang penting juga ialah arahan melaksanakan fardu kifayah adalah kewajipan ke atas bahu umat. Pemerintah bagi pihak umat melaksanakan tuntutan fardu kifayah tersebut agak sukar digambarkan dalam keadaan umat tidak faham. Mereka tidak bersedia untuk dibebankan dengan tanggungjawab pelaksanaan siasah shariyyah. Tanggungjawab pemerintah untuk berusaha mengukuhkan dan meninggikan kedudukan Islam dan memartabatkan umat Islam. Melalui pelbagai agensi yang sedia diperuntukkan untuk tujuan tersebut di dalam perlembagaan.-4-

Semua tindak tanduk politik hendaklah mengarah kepada memelihara dan memperkukuhkan muhtasabat supaya perbalahan politik tidak mengakibatkan kehilangan kuasa (doya’ al-baidhoh).-4-

"Fahamilah real politik Malaysia. Ingatlah Parti Melayu Islam (Pas dan Umno) tidak boleh menang SENDIRIAN , jika mereka tidak bersatu, kerana kita hanya ada 50 peratus. Umat Islam memerlukan antara satu sama lain. Dua parti umat Islam ini sudah cukup untuk saling memperkukuhkan Islam jika ada kemahuan. Tidak perlu mengharapkan kepada PKR. Mereka hanya parti nyamuk. Nyamuk-nyamuk ini membawa banyak virus." ( 28 Mei 2012 : Untungnya bila Umno dan Pas bertemu, http://ridhuantee.blogspot.com/ ) -5-

Tidak perlu BERSATU,  mulakan SEPAKAT.

Saya dan beberapa teman seperjuangan yang mungkin dilabelkan kuasa ke-tiga atau apa saja gelaran, telah mengulangi banyak kali seruan praktikal kami. Terbarunya ini :

"PAS-UMNO wajib Sepakat (tidak perlu BERSATU membentuk parti baru) saja demi maslahah umat islam malaysia iaitu pertahankan pemerintahan islam di negara ini, kuatkan jati diri melayu islam dan setuju dalam hak-hak islam lain atau bendung kurang ajar ZIONIS Malaysia (ULTRA KAISU, cegah PLURALISME-LGBT-LIBERASLISME-SYIAH dan isem-isem sesat lain atas nama hak asasi)....-6-

Juga dalam "fatwa" yang panjang :

Sedarlah wahai UMNO dan PAS, demi Islam, KALIAN (UMNO-PAS) perlu bersepakat kerana saling memerlukan (tidak mampu satu pihak berdiri sendiri untuk islam), menangisi-lah dosa-dosa KALIAN kerana membiarkan musuh merogol fikiran KAMI sejak setengah abad lalu, Hukum-lah diri KALIAN kerana tidak pedulikan rintihan KAMI. Insaf-lah sebelum kematian menjemput KALIAN dan Janganlah meninggalkan KAMI dalam kesengsaraan (akibat perbutan kalian) . -7-


Jangan fanatik buta, fahamilah.

Hakikat sekarang yang kita harus terima walaupun tidak berdalilkan Al-quran dan hadis secara literalnya adalah “Bangsa Melayu adalah bangsa tonggak Islam di Malaysia”. Kenyataan ini telah disokong hujah ilmiyah “Assobiyah yang dibenarkan”, Perlembagaan negara dan sejarah melayu yang diiktiraf dunia sebagai bangsa yang sangat berkait rapat dengan Islam.

Saya tidak khususkan islam untuk melayu sahaja, tetapi bila kita bicarakan soal masa depan islam dan bangsa yang akan melindunginya secara praktikal, Cuba rasional, Jika tidak ada bangsa Melayu untuk pertahankan islam, bangsa apakah yang akan pertahankan islam di Malaysia sekarang?, Mampukah cina muslim atau india muslim (yang mereka itu bukan sahaja minority di kalangan rakyat Malaysia, malah minority di kalangan bangsa mereka sendiri) pertahankan islam di Malaysia? 

Seruan yang tidak disukai.

Saya maklum seruan kepada "kesepakatan" atau duduk semeja parti politik PAS-UMNO bukan suatu yang diminati ramai orang "berpengaruh" diluar sana. Lagi sinislah jika seruan "bersatu" seperti yang dicanang oleh Dr Ridhuantee Abdullah. Tetapi saya yakin kebenaran manhaj pertengahan yang tidak ghuluw(melampau) ada dalam seruan kami.

Mungkin sekarang kami mengeluh;

 
...apabila doktrin Islam pasti bertembung dengan doktrin liberal Barat, di manakah noktah persimpangannya? Bila dan bagaimana? “Turning point” itu perlu ditelah dari sekarang dan dilakarkan jalan keluarnya. Saya pasti majoriti yang memimpin sekarang bukan orang yang dangkal dalam bab strategi licik menggelicik, bahkan boleh dianggap mahaguru berdasarkan pengalaman memerhati dan mengalami. Sudah tentu mereka sudah mempersiapkan pelannya. Mereka amat pandai. 

 
Tapi saya tidak percaya semua itu. Saya percaya gerakan liberal Barat ini sudah jadi arus dan badai yang tidak boleh disekat lagi. Jalan-jalannya menuju ke lembah kuasa telah dipermudahkan oleh semangat pengikut-pengikut muda yang jahil, yang melambung tinggi. Saya pasti lambungan tinggi semangat itu akan jatuh menghempas tabungan hasil usaha dakwah yang tidak seberapa ini. Pada ketika itu, saya yakin pemuda-pemuda itu tidak faham apa-apa, manakala golongan tua yang ikhlas pula kekal menyalahkan seteru tradisi yang sememangnya sudah bingal. Mereka amat naif.

Andai perkara ini benar-benar terjadi, saya membayangkan bahawa gerakan Islam terpaksa belayar di lautan liberal yang melanda. Usah cakap pasal “turning point”. Anda boleh bayangkan bagaimana sebuah kapal mahu mengubah haluannya? Kapal gerakan Islam yang tidak pasti bersediakah atau tidak, dipaksa belayar di tengah lautan liberal yang mengganas. Kita terperosok jauh ke belakang dalam trek saingan pemikiran dan anutan. Tidak kira anda memilih jalan perubahan dari bawah, mahupun dari atas, kesemua kita akan menerima padahnya.-8-

Tapi kami yakin suatu hari nanti seruan kami akan mendominasi. Dengan syarat kami degil memilih nasihat nabi melalui hadis riwayat Imam Muslim berikut sebagai inspirasi perjuangan yang tidak diminati ini (perjuangan tidak fanatik kepada UMNO atau PAS, tetapi hanya fanatik pada kebenaran Islam).
  Rasulullah saw bersabda:

“Sentiasa akan ada satu golongan dari umatku yang menegakkan kebenaran. Mereka tidak akan tergugat oleh sesiapa pun yang menentang mereka sehingga datanglah hari kiamat dan mereka tetap di dalam keadaan mereka.”.-9-

Tegakkan Islam dalam dirimu, nescaya Islam akan tertegak di atas bumimu.-10-
 
Telah lebih 55 tahun kita mencapai kemedekaan dari penjajah British. Alhamdulilah orang tua kita telah selesaikan satu tahap perjuangan menghalau penjajah secara fizikalnya . Tapi perjuangan belum selesai, kita berhadapan tahap kedua perjuangan iaitu melawan penjajahan bentuk non-fizikal atau penjajahan pemikiran atau lebih dikenali sebagai perang pemikiran yang sedang gigih meranapkan jati diri umat Islam. 

Misi menyelamatkan jati diri kita mustahil tercapai tanpa membentuk kesepakatan agenda bagi mendulatkan islam di bumi kita dengan ke-egoan, dendam, kedengkian,kezaliman sesama kita. Lagi Mustahil, jika kita sombong rasa kumpulan atau parti sendiri sahaja yang mampu daulatkan  atau kembalikan jati diri bangsa Melayu Islam.

Ada pihak kerap hanya memfokuskan hal kemerdekaan besar dengan melihat kezaliman pembesar negara, ada satu pihak lagi berusaha membuktikan diri bukan penzalim, ada pula malas ambil peduli masalah umat walhal dirinya adalah sebahagian umat, dan ada juga yang berfikir sebagai kuasa ke-tiga. Tapi lupakah kita, ada jiran kita yang dirinya masih tidak lepas hal yang kecil seumpama solat berjemaah di masjid. Tidak, bukan solat jemaah, solat fardu penuh sekalipun tidak lulus.

Mungkin sekarang masih sukar bagi sesetengah orang di luar sana setuju seruan aktivis dakwah seperti saya yang mengajak kesepakatan UMNO-PAS untuk daulatkan Islam atau perkasakan agenda jati diri melayu islam. Tapi apa yang pasti, seorang muslim dari puak atau kumpulan politik manapun tidak sukar memahami kesepakatan untuk memakmurkan masjid Allah.

Oleh itu kita semua sepakat memakurkan masjid Allah demi daulatkan islam. Kita (muslim) di Malaysia pula perlembagaan label-kan "Melayu". Apa salahnya jika dikatakan "JOM!, Melayu sepakat makmurkan masjid, Islam pasti berdulat"!.


Selamat hari Malaysia...

Rujukan:

-1- http://www.harakahdaily.net/index.php/headline/12953--melayu-wajib-kuatkan-pas-dalam-pr

-2- http://www.harakahdaily.net/index.php/columnist/ketua-pemuda-pas/12099-qhududq-alamat-kubra-pru-13

-3-  http://ari2abdillah.wordpress.com/2007/07/03/tafsir-al-quran-memakmurkan-masjid-qs-at-taubah-17/

-4- http://www.ismaweb.net/v4/2012/07/islam-dan-politik-kepartian-malaysia/

-5- http://addinlove.blogspot.com/2012_05_01_archive.html

-6- http://addinlove.blogspot.com/2012/09/stay-fokus-sebenar.html

-7- http://addinlove.blogspot.com/2012/08/fatwa-hari-raya-posa-ke-6-1433h.html

-8- http://www.ismaweb.net/v4/2011/06/menginsafi-realiti/

-9- Sahih Muslim, Jilid 6, m.s. 52


-10- kata-kata Syeikh Hasan al-Hudhaibi, Mursyidul Am Ikhwan ke-2.




     










Tuesday, September 4, 2012

STAY FOKUS sebenar !

Fakta yang kita kena akui walaupun pahit ;
"PAS tidak lebih baik dari HAMAS, UMNO tidak lebih jahat dari FATAH", Tapi HAMAS itu sanggup bersatu atau bersepakat dengan FATAH demi maslahah (kepentingan) ummah atau menentang zionis, Tapi PAS-UMNO mahu duduk semeja atau sepakat sahaja pun... kita semua tahu jawapannya. Baru ini seorang pemimpin PAS "tergambar" duduk bersama PM-nya pun habis kecoh dikeji macam-macam... "
Apa nak jadi Malaysia-ku tercinta ?,

Seruan kita sebagai ummat Islam yang berjati diri hanya  mudah dan praktikal, iaitu:
"PAS-UMNO wajib Sepakat (tidak perlu BERSATU membentuk parti baru) saja demi maslahah umat islam malayisa iaitu pertahankan pemerintahan islam di negara ini, kuatkan jati diri melayu islam dan setuju dalam hak-hak islam lain atau bendung kurang ajar ZIONIS Malaysia (ULTRA KAISU, cegah PLURALISME-LGBT-LIBERASLISME-SYIAH dan isem-isem sesat lain atas nama hak asasi)....

Fatwa ter-baharu seorang Syeikh Palestine.
 

Syeikh Raed Solah, (sekarang berada di Malaysia) dalam Sesi Ramah Mesra Khas bersama Staf Aman Palestin Malaysia, telah ditanya satu soalan :
"Apakah faktor utama yang mendorong HAMAS berusaha bersatu dengan FATAH walau bagaimana halangan persepakatan ini, dan pengkhianatan yang telah dilakukan FATAH ? "
Jawapan ringkas beliau :

" Untuk mudah difahami, jika umat Islam bersatu, umat semakin kuat, musuh-musuh dari Zionis semakin lemah dan mudah dikalahkan ! "
Dalam Negara kita, ajak sepakat pun sukar, lagi mahu harap bersatu.?

Kata beberapa teman : 
" TAK ! sekarang musim pilihanraya, kita kena STAY FOCUS untuk jatuhkan UMNO, kempen kita ABU, lepas itu baru kita fikir semula sepakat ke, kesatuan ke, atau macam mana bina negara islam...?"
Saya katakan ;
" Jika anda punya seorang anak yang telah dirogol sekali, mahukah anak anda di rogol kali ke dua (tunggu habis pilihanraya dulu)? ...kemudian baru anda mahu buat laporan polis, baru fikir semula perasaan anak anda dan masa depan dia atau baru terhegeh-hegeh mahu fikir macam mana mahu selamatkan anak anda...?"
Kita adalah pejuang ISLAM!, kita bukan akan masuk syurga dengan nama ahli PAS atau UMNO!, tidak lain melainkan dengan nama ISLAM, Perjuangan kita tidak mengenal musim Pilihanraya atau tidak ! Inilah STAY FOCUS sebenar kita.

PAS-UMNO Sepakat ISLAM Berdaulat - ikhlas dari Addinlove -

Bacaan berkaitan:

Sepakat bukan bersatu ! : http://addinlove.blogspot.com/2012/08/fatwa-hari-raya-posa-ke-6-1433h.html

PS:

Kunjungan Sheikh Raed Solah ke Malaysia (4 sehingga 15 September 2012)

1) Selasa, 4 September 2012 : Ketibaan di KLIA (6.30 pagi)

2) Rabu, 5 September 2012 : Majlis Ramah Mesra Raed Solah Bersama Media, Hotel De Palma, Shah Alam (10.30 pagi – 1.00 tengahari)

3) Sabtu, 8 September 2012 : Seminar “Selamatkan Masjid Al-Aqsa Dari Ancaman Zionis” di Auditorium D8, Parcel D, Putrajaya (8.00 pagi – 4.00 petang)

4) Ahad, 9 September 2012 : Hi-Tea Amal bersama Raed Solah (3.00-5.30 petang) *sekitar Lembah Klang, akan dimaklumkan kemudian

5) Sabtu, 15 September 2012 :  Ceramah Perdana “Al-Aqsa Dalam Bahaya !” Dewan Konvensyen, Shah Alam Convention Center (SACC)  (7.00-10.30 malam)

6) Jelajah Masjid-masjid Terpilih : Jadual tarikh, masa dan masjid akan dimakluman dari semasa ke semasa.

Kunjungan Sheikh Raed Solah Ke Malaysia dibawakan secara eksklusif oleh Aman Palestin Bhd.

Jangan lepaskan peluang bertemu dengan beliau !

Untuk maklumat lanjut, hubungi 03-89267019, atau layari www.amanpalestin.net.

Saturday, September 1, 2012

Cinta Tanpa Bercinta. "Menuju ATN". Bahagian 1

Catatan addinlove. 9 am lebih, 3 june 2012. 

Aku dalam bus Star-Mart Express yang tengah warm-up engin di parking Terminal Bus Larkin ini. Baru saja pindah tempat duduk kerana dihalau. 

Tiba-tiba, masuk satu sms ;
"Mak abh kirim salam.mrk mohon maaf kalau ada salah silap. Hm..iA ana menerima akhi sbg pemimpin & pelindung ana & bakal ank. jd ana tgantung pd akhi utk sudi menerima ana sbg peneman hidup atau tdk."
Setelah baca tiga kali sms luar biasa itu, aku menulis;
"Terasa nak sujud syukur pulak dlm bus ni tapi tak sesuai pulak. ana juga telah mahu .... sblm ke sini lagi utk ukh (ukhti-awak) mjadi penyeri, penambah barakah, pemberi zuriat, pelengkap dan penutup pintu fitnah wanita (kepada diri ini) "
Aku tekan butang send dan sms yang "lebih luar-kebiasaan" itu melayang tanpa lengah ke tuannya.

Beberapa minit kemudian, masuk satu lagi sms;
"Alhamdulillah..sykrn jzk.sejak akhir2 ni sering saja air mata menitis stp kali mbc ayat 21 surah ar rum sbb benar-benar terasa kekuasaanNya itu. Alhamdulilah , nmpaknya di pihak keluarga ana line dah clear.mcmmana dgn pihak keluarga akhi? pnh cerita x psal ana?"
Kemudian aku balas sekali lagi sms yang meminta dia pula perkenalkan diri kepada ummi dengan calling saja. Sms-ku tidak berpanjangan lagi.

Bas Star-mart ekspress bertuah kali ini,  dalamnya ada seorang penumpang yang terzalim tempat duduk dan ditipu destinasi, tetapi mampu bersabaq serta mengantikan hatinya dengan zikrullah tanda syukor tidak terhingga, kerana hadiah "sms special" itu. 

... Alhamdulilah, segala puji bagi Allah yang memberikan ujian dan nikmat.

Catatan addinlove, selepas subuh, 4 june 2012.

Alhamdulillah, malam tadi selamat pulang dari musafir 2 hari untuk perkenalkan diri kepada bakal mertua.

Perjalanan pulang siang semalam saja, macam-macam 'cobaan', ringkasnya;
"Beli tiket sehari sebelum naik bus. Harga sampai ke kulim RM 70, duduk dalam bus tidak sampai 5 minit, mamat india yang check tiket itu kata pergi butterworth saja dan harga tetap sama. Dasar india, tidak cukup aku ditipu destinasi, kerusi single aku pula dikebasnya. Dihalau aku ke kerusi double sebab mahu bagi orang lain duduk disitu. takpe sabaq.

Katanya bus akan masuk seremban dan ipoh tapi melencong ke klang dan shah alam pulak. takpe ini masalah kecik saje. 

Sampai di klang, ada pula makcik india dan anaknya yang sama nombor dengan kerusiku. Beralah lagilah aku ke tempat duduk paling belakang. Tidak mengapa, ini pun masalah kecil.

...tapi, bila duduk di belakang sekali ini !, Ah ! tak boleh bla, tidak selesa, dan sakit kepala nak mula serang.

Sampai seksyen 18 shah alam, ramai penumpang turun, maka aku melompat ke tempat duduk single di tengah bus. Telah diduga, ada lagi seorang penumpang yang katanya milik tempat yang suka hati aku duduk itu. 

...cukup ! sabor pun ada batasnya. kali ini aku tidak mahu  mengalah atau pasrah lagi. aku segera jumpa pemandu dan agent tiket. alhamdulilah dapat juga kerusi single tersebut di tengah bus dan bus terus ke butterworth dengan berhenti rehat 2 kali saja."
[Ps: Sabar bukan ertinya pasrah memanjang. Jika telah berusaha dan tetap tidak berjaya, maka barulah sabar mengambil tempat.]

Satu lagi musafir yang berbaloi.

Perjalanan siang, johor ke butterworth, katanya 10 jam, tapi jadi lebih 12 jam. Syukor aku ini masih bujang, sendirian dan biasa travel jauh masa zaman ipt lagi. 

Kesimpulan hari semalam yang tidak dapat aku tipu adalah, memang memenatkan dan menyakitkan hati. Allah nak tambah ujian lagi, batteri "kong" masa dalam bus , berlaku "miss-com" dengan ummi dan HP ummi tertingal rumah. Risau aku dibuatnya, jika sesuatu yang tidak baik berlaku pada kereta atau ummi. Biasanya 30 minit saja dari rumah ke stesen bus butterworth tapi terpaksa lepak hampir 2 jam pulak.

[Ps : Alhamdulilah tips kurang makanan berat sebelum naik bus, Panadol dan ubat sakit perut tidak dilupakan agar masalah tidak berganda. Bagi-ku yang biasa naik bus, melupakan 3 perkara itu seumpama musibah yang disengajakan. Pengajaran Lain : 1. Jika ingin ke kulim lain kali, baik cari bus sampai ke butterworth saja. Sebenarnya kurang lebih 2 tahun lepas pernah kena, masa itu tahu bila telah sampai butterworth, alhamdulilah driver bus bertangungjawab bayar tambang teksi untuk bawa aku seorang saja ke kulim. 2. Pastikan telefon ok. Aku telah cuba cari charger di rumah ikhwah johor, tapi tak ada. jadi lain kali bawa charger sendiri.]

Alhamdulilah berkat pertolongan Allah dan mungkin kerana aku dalam misi unique yang berjaya, semua ujian seperti "No-hal, Aiman tak kisah".

Indahnya agama-ku, Ujian atau nikmat yang ditimpa, sentiasa akan baik. Dalam hadis riwayat Imam Muslim, Rasulullah Saw bersabda: “Sungguh menakjubkan kondisi seorang mukmin. Segala keadaan dianggapnya baik, dan hal ini tidak akan terjadi, kecuali bagi seorang mukmin. Apabila mendapat kesenangan ia bersyukur, maka itu tetap baik baginya dan apabila ditimpa penderitaan ia bersabar maka itu tetap baik baginya.” 

Teringat kata-kataku waktu borak dengan abah dan mak 'dia',
"....Itulah, saya dengan 'dia' ni tidak pernah berouple, kami bertemu (tidak terancang) pun masa saya turun program..., terutama sekitar kl dan selangor, hanya beberapa kali,.. muka 'dia' ni pun bukan tengok sangat... sebab saya duduk depan,... Dan kami bertemu atas tujuan ini pun (mahu bernikah) dengan bantuan seorang sahabat atau ust yang aturkan (dalam majlis takruf)."
[Ps: Sebelum ke johor, dia telah maklumkan yang abah dan maknya orang biasa-biasa saja, tidak ikut mana-mana hizb (jemaah) islam yang terkenal, tidak suka politik berparti dan bukan yang ada fikrah islam mantap]. Alhamdulilah, tiada expressi ragu  atau kejutan di muka mereka bila dengar kata-kataku itu, juga tidak banyak soal. Mungkin dia juga telah jujur meriwayat khabar yang hampir sama lebih panjang lebar.

Mungkin mendengar sasul-ku "bukan tengok sangat"... tiba-tiba abah dia bersungguh minta maknya dapatkan satu gambar dia untuk aku tengok, mungkin risau aku belum tengok puterinya itu "elok-elok" lagi. Responku spontan seperti katakan tidak perlu susah-susah (menolak) kerana mustahil jika belum "lihat" aku akan ke sini,... tapi mereka nak bagi tengok juga, nasib baik gambar masa konvokesyen yang diberinya.

Kami bertemu atau dipertemukan kerana apa? dan perasaan apakah ini? 


Dijodohkan.... dan kerana.... 'cinta'.

Emmm....cinta? adakah aku dan "dia" sedang bercinta?
"Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir." (Ar rum : 21)

Tamat bahagian 1...


Gambar atas : Cover buku "kerana Allah aku menikahimu" , buku yang sangat baik dan sempat baca sikit saja. Jumpa masa singgah rumah ikhwah Johor dalam misi 2 hari tu. "Siapa yang menikahi wanita kerana baik nasabnya, Allah akan menambah kerendahan padanya, namum siapa yang menikah hanya kerana ingin menjaga pandangan dan nafsunya atau kerana ingin mengerat kasih sayang, Allah sentiasa memberi berkat dan menambah keberkatan itu padanya (HR Thabrani)" Hatiku berkata selepas membaca hadis ini: "...aku ingin kerendahan dan bertambahnya keberkatan itu, kedua-duanya sekali, Amin Ya robb..." 

Catatan Tambahan

1. Bahagian 2 dan bahagian 3 (terakhir) akan sentuh "Cinta sebelum nikah, Cinta tanpa bercinta", pilihanku "mencari isteri" , "majlis takruf", isu-isu berkaitan dan penjelasan kenapa tulisan ini dibuat. Mohon baca sampai habis (ketiga-tiga bahagian) supaya tiada salah faham. Bahagian terakhir juga telah "ada", tapi insyallah, mungkin di-share serentak (kedua-duanya) selepas ATN (Aku Terima Nikahnya).

2. Ikhwah dan akhwat yang telah dapat jemputan dari dia, mohon tidak "heboh" dulu di alam maya ini. Saya lebih selesa jika last minute tahu atau terbaiknya telah nikah baru tahu. Alhamdulillah kami telah bertunang lebih 2 bulan lepas dan dengan izin Allah SWT kami ingin berusaha patuh hadis nabi ini: Dari Abdullah bin Zubair, Rasulullah SAW ada bersabda: "Rahsiakan pertunangan, dan iklankan (hebahkan) perkahwinan." Dari hadis ini kita dapat melihat hebatnya syariat islam dalam menguruskan muslim. Tapi anehnya, adakah muda-mudi bijak pandai yang bercouple memahami maksud hadis ini?, Mereka berani berpacaran terang-terangan tanpa segan silu di hadapan sesiapapun, walhal nabi telah berkata tunang sifatnya rahsia !, maka sudah pastilah "semua benda sebelum bertunang" lagi rahsia.! Juga kepada mereka yang bertunang "secara heboh di Facebook" , adakah anda lupa hadis ini?.

3. Walimah di Kedah pada awal Disember, insyallah jemputan akan dibuat secara terbuka di blog addinlove. Cuma maaf, jemputan di Johor mungkin boleh untuk kenalan atau ikhwah-akhwat berdekatan yang request. Boleh Private massage facebook saya untuk detail yang akan diberikan seminggu sebelumnya. Insyallah di Johor pada 6 October ini.

4. Maaf sekali lagi kerana tidak dapat jemput secara terbuka ketika majlis ATN dan walimah  Johor, sebab bukan tuan rumah. Tapi, insyallah sangat mengalukan kedatangan anda di walimah Kulim (rumah Tok yang sempadan kulim-baling) , Kedah.

5. Kami hanya orang biasa, mahu nikah cara sederhana, kenduri kecil-kecilan saja, berdoa agar selamat dari fitnah dan mengharapkan pernikahan kami akan bermanfaat untuk umat.

6. Jika tidak dapat hadir memberi doa barakah, cukuplah doa anda dari jauh saya aminkan, ...."Ya Allah Permudahkanlah urusan besar dia (Aiman ini), Tambahlah kerendahan dan keberkatan untuk dia, Jadikanlah keturunan dia pejuang agama ini sehingga semua (teman, keluarga, isteri dan anak-anak) yang bersama dia berakhir pada dua pilihan, hidup mulia atau mati syahid "... Amin ya robb..

7. Jazakallah khairan katsira atas doa anda. Mari saya "Remind" satu doa sebagai hadiah balas kebaikan anda yang telah mendoakan saya:

“Ya Rabb kami, anugrahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa”. (Al Furqon : 74).