Friday, August 24, 2012

Fatwa Hari Raya Posa Ke-6 1433H.

Saya cuba fahami kenapa DAP sengaja lagi (baru-baru ini) mengusik isu hudud dengan kesombongannya "konsisten menolak hudud". Bukankah isu ini telah dipakati DAP-PAS agar "setuju untuk tidak setuju" demi mendapatkan apa yang diinginkan kedua-dua pihak? Apa motif diulang-ulang benda sensetive itu sedangkan kita telah tahu?

Ada seorang taiko DAP yang bersuara, dia bukan bodoh dan jahil perlembagaan negara. Walaupun dia bukan islam tapi dia umpama penjaga masjid yang lebih tahu adab serta urusan dalam masjid daripada orang islam yang jarang ke masjid. Dia telah berkhidmat dengan banyak masjid dan berpuluh tahun serta telah dinasihat berkali-kali, tapi peliknya dia ni buat-buat lupa atau ada muslihat tertentu, tiba-tiba kata lagi " Saya Konsisten katakan tidak perlu solat Jumaat". Apa agenda dia ini? Dia selalu tengok orang islam solat jumaat, di masjid , tiba-tiba mahu memandai pulak?

Kenapa DAP sengaja garu luka itu lagi.?

Kita tahu, jika dia (wakil DAP itu) ditanya isu Hudud, boleh saja dia mengelak dengan berkata :
"No komen, and we want to focus more important thing .....", tapi lain dibuatnya.
Kemudian ada pula kawan "baik sangat konon" kepada dia dan terkenal dengan kontrovesi taqiyyahnya berkata: "dia tolak hudud, saya tak panik...." Walhal mamat taqiyyah itu tahu, mustahil DAP yang jadi peguam hebat itu tidak pernah baca Perkara 3 Perlembagaan Malaysia yang tertulis " Islam agama persekutuan" sehinggakan boleh difahami mudah " Persekutuan atau negara ini harus juga (kelak) diamalkan sepenuhnya hukum islam (hudud satu darinya) kerana islam adalah agama negara ini". Negara ini Islam, jadi undang-undang mesti islam. Tidak logik tiba-tiba undang-undang islam tidak boleh dilaksanakan. Budak kecik pun tahu sifir mudah ini.

Jangkaan saya, tujuannya (DAP itu) bukan untuk umat "islam biasa-biasa saja" agar tidak peduli atau rosak sensitivity Islamnya , malah ulama atau pembesar pemimpin Islam-lah sasarannya.

Setelah meneliti tindak-tanduk banyak pihak dalam beberapa hari ini, jangkaan saya tepat,
Jelas tujuan "DAP penjaga masjid itu" (disebabkan tidak masuk islam, maka dia ditugaskan jaga kasut sahaja dan bagusnya tiada kecurian kasut jika dia bertugas, betul, seorang yang cemerlang dengan kerjanya sehinggakan ada "orang islam" mahu lantik jadi tok khatib, itu yang pelik...) bukan untuk merosakkkan sensitivity makmum saja, tapi sekali pengerusi, ajk-ajk masjid, tok bilal, tok siak, tok imam muda, tok imam tua dan sampai khatib sasarannya.
Buktinya ini, bila ada seorang Tok Imam Muda yang menjadi kesukaan makmum kerana ketinggian ilmunya berfatwa hebat :
"Fatwa raya ke-3 bernilai RM2 juta : Semua parti politik di Malaysia perlu menghentikan polemik mengenai hudud. Samada PAS, UMNO, MCA mahupun DAP perlu berhenti menjadikan isu hudud sebagai punching bag mereka menjelang PRU 13. Hakikatnya isu perlaksanaan hudud memerlukan perbincangan yang lebih panjang dan bukannya sekadar isu politik semata-mata. Hakikatnya juga samada BN atau PR yang menang PRU13, tiada siapa yang akan mampu melaksanakan hudud serta merta, apatah lagi ahli politik veteran yang tidak lagi mempunyai kuasa seperti Tun M. Menjelang PRU13 eloknya kita menumpukan pada isu tatakelola kerajaan, isu polisi, isu dasar, isu rasuah, isu dana awam, isu hala tuju negara, isu dasar luar negara yang tidak bermaya, isu ekonomi negara, isu harga barang, isu pendidikan, isu royalti di Kelantan, Sabah dan Sarawak, isu harga barang, isu yang lebih melibatkan kehidupan seharian yang melibatkan semua rakyat Malaysia tanpa kira bangsa, agama dan latar belakang.
 Apa yang kita boleh faham dari faktwa bernilai 2 juta ini?

1. [ kefahaman terbaik ] : Betul 100%, Sokong "kempen" atau punching bag yang akan bagi kredit kepada DAP atau mudahnya sokonglah DAP kerana DAP-lah parti yang paling JAGOH isu-isu UTAMA yang disenaraikan. Dalamnya ada Umar Abdul Aziz, tiada siapa dapat lawan ketelusan pentadbirannya , hebat polisinya ,jelas isu dasarnya , hebat isu pendidikannya dan zero rasuahnya . Jadi DAP terbaik. UMNO? Lupakan saja-jauh pangang dari api., PAS? Jangan harap PAS yang tidak profesional dan serabut macam-macam dalamnya  itu mahu lawan DAP, setakat isu royalty boleh kot.  PKR?-boleh la cuba, tapi serabutnya semua orang tahu. Jadi tok imam muda-muda di luar sana, jangan seorang dua saja jadi wakil DAP, pakat berbondong-berbondong, itu yang kita mahu.

2. [ kefahaman baik ] : Betul 99% Sokong PR, kerana PR sahaja yang akan menang semua isu-isu yang disenaraikan.

3. [ bukan tak faham faktwa, tapi ada tidak setuju ] : Alhamdulilah, Bagus fatwa itu secara "keadilan kemanusiannya" . Pandangan hudud boleh setuju. Betul, semua rakyat Malaysia perlu bicara isu yang melibatkan kebaikan bersama di Dunia, tetapi sebagai Muslim isu yang dibicarakan belum tentu baik untuk di akhirat nanti. Muslim perlu ada pandangan yang lain untuk kebaikan bersama di dunia dan akhirat.

Pandangan saya sebagai Muslim, Just 2-cent or No-Value.

Sebagai muslim biasa, tidak terkenal, tidak ada gelaran tokoh agama, belum ada ijazah bidang agama, bukan doktor pakar bidang apapun dan tidak akan ramai yang mahu peduli orang biasa macam saya... Tapi saya mahu berpandangan juga atau ingin belajaq berfaktwa juga, (mana la tau satu hari nanti ada orang dari majlis fatwa rujuk... ^_^)

Faktwa Hari Raya Posa ke-6 1433H - Ikhlas dari Addinlove kepada rakyat Malaysia. Bernilai RM berbilion-bilion (harga sebuah negara Islam bernama Malaysia) : fatwa-ku kepada semua Malaysian dan khususnya kepada umat islam (Penyokong parti muslim di kalangan PAS, UMNO, PKR, BEBAS dsb) yang cintakan keadilan islam, kedamaian dan keharmonian. Perhatikan kata-kataku ini baik-baik:

"Semua parti politik Islam di Malaysia ini harus kembali kepada politik matang, politik membangun, politik berjati diri muslim, dan politik sepakat. Anak-anak muda muslim telah jemu diperbodohkan oleh parti politik kerajaan atau pembangkang yang menyangka mereka tidak tahu apa-apa. MEREKA (Anak-anak muda muslim) belajar isu akidah dan pertahankan pemerintahan islam dia muka bumi tercinta ini bukan boleh dikompromi.  

MEREKA juga tahu dalam sejarah tidak pernah ada "pemerintah bukan islam" yang boleh sepenuhnya mengaplikasikan syariat islam walaupun negaranya "hebat berkebajikan", Adapun kata-kata ulama masa zaman khilafah yang memuji negara bukan islam adalah satu nasihat kepada khilafah (bukan katakan hakikatnya negara bukan islam lebih baik). 

MEREKA juga marah kepada pembesar-pembesar BN yang tidak amanah, kroni, menipu dan menzalimi rakyat, seperti mereka juga marah kepada pembesar-pembesar PR yang mengambil mudah golongan syiah, tidak peduli pakatan pluralisme (liberalisme, sosialis, LGBT,dsb-isme lain) yang menempel, didoktrin (dipaksa) percaya kepada keadilah pemimpin yang syirik sedangkan al-quran mengatakan syirik adalah kezaliman terbesar, dan  

lagi-lagi MEREKA sakit hati apabila parti mewakili umat islam terbesar iaitu UMNO dan PAS buat tidak faham seruan sepakat untuk mendaulatkan negara Islam Malaysia. MEREKA tidak mahu negara Malaysia liberal. MEREKA juga yakin isu "keadilan kepada Allah" (isu akidah dan isu syariat islam) bukan boleh diletak bawah isu "keadilan kepada manusia" tanpa mengira muslim pilihanraya atau tidak. MEREKA juga pasti menyokong wakil-wakil islam tanpa sentimen PAS atau UMNO, malah mereka bersedia menyokong wakil BEBAS atau kuasa ketiga yang bernama islam demi negara islam ini. 

Sedarlah wahai UMNO dan PAS, demi Islam, KALIAN (UMNO-PAS) perlu bersepakat kerana saling memerlukan (tidak mampu satu pihak berdiri sendiri untuk islam), menangisi-lah dosa-dosa KALIAN kerana membiarkan musuh merogol fikiran KAMI sejak setengah abad lalu, Hukum-lah diri KALIAN kerana tidak pedulikan rintihan KAMI. Insaf-lah sebelum kematian menjemput KALIAN dan Janganlah meninggalkan KAMI dalam kesengsaraan (akibat perbutan kalian) .

Ingat! Kita semua mulia kerana Islam, Tidak pernah Islam dimuliakan(syariat sepenuhnya) oleh bukan islam, Semuanya masih belum terlambat.... "UMNO dan PAS Sepakat Islam Berdaulat"



PS: Bacaan lain berkaitan :

1. addinlove.blogspot.com/2012/05/buktikan-ukhwah-tidak-celaru.html
2. http://addinlove.blogspot.com/2012/03/kita-perjuangkan-istilah-melayu-bukan.html

-6.1- Kesepakatan yang saya fahami bukanlah dalam ertikata bersatu menjadi satu entiti atau satu parti . Cukuplah andai kesepakatan itu dicapai dengan bersedia untuk bersetuju dengan kebenaran daripada pihak lain demi kebaikan agama dan bangsa.

Saya melihat ciri-ciri kesepakatan dalam parti-parti Cina sebagai satu contoh yang wajar dicontohi. Walaupun DAP dan MCA berada dalam kelompol PR dan BN yang bertentangan, terdapat kesepakatan dalam isu bahasa ibunda, sekolah vernakular dan penolakan terhadap penguatkuasaan enakmen syariah dalam isu arak dan judi.

Kesepakatan yang sama saya harapkan daripada parti-parti orang melayu dalam isu berkaitan agama Islam, kedudukan bangsa, isu akhlaq umat dan kedaulatan raja.

http://www.ismaweb.net/v4/2012/03/melayu-sepakat-islam-berdaulat-3/

-6.2- Hakikatnya, orang Melayu Islam tidak akan mampu untuk bersepakat sehinggalah mereka sanggup meletakkan kepentingan Islam di tempat yang paling tinggi mengatasi perkara-perkara yang lain. 

Kesepakatan ini juga tidak mungkin wujud sehinggalah lahir kesediaan dalam diri untuk mengorbankan kepentingan peribadi, kumpulan dan parti demi kemaslahatan agama dan seluruh umat Islam.

Orang Melayu Islam tidak akan mampu untuk bersepakat melainkan jika mereka memiliki kefahaman yang benar terhadap konsep al-wala’ dan al-bara’. Kesepakatan yang diharapkan tidak akan lahir tanpa ikatan ukhuwwah yang jitu antara satu sama lain. Begitu juga, tidak akan ada kesepakatan sehinggalah orang Melayu Islam memiliki akhlak mulia seperti berlapang dada terhadap perbezaan, memaafkan kesilapan orang lain, sedia mengakui kesalahan sendiri dan pelbagai lagi.

Pendek kata, prasyarat ke arah persepakatan dan kesatuan umat ialah lahirnya individu-individu yang mempunyai akidah, kefahaman serta jati diri Islam yang sahih. Di sinilah intipati atau ‘essence’ kepada slogan MSIB yang dikemukakan ISMA iaitu mengembalikan keperibadian dan jati diri Islam dalam diri umat. Bukannya menuntut UMNO dan PAS bersatu, bukan juga semata-mata memastikan agar orang Melayu terus memegang teraju kuasa politik negara atau menjadi kelompok majoriti di Parlimen seperti difahami oleh sesetengah pihak.

http://www.ismaweb.net/v4/2012/03/msib-melahirkan-umat-yang-sepakat-demi-islam/
 

No comments:

Post a Comment