Wednesday, May 30, 2012

Buktikan Ukhwah tidak celaru.

Berborak tentang keburukan orang lain memang mudah dan menyeronokkan nafsu . lebih-lebih lagi kepada 3 bersaudara yang dijangkakan membentuk landskap "politik kesepakatan islam " di bumi ini, Insyallah suatu hari nanti. Amin Ya Robb.

Saudara tertua atau abang longnya diberi nama UMNO (lahir 1946), saudara angahnya bernama PAS (lahir 1951) dan adik terbongsunya bernama ISMA (lahir 1996).

Berlakulah cakap-cakap;
" UMNO telah keliru identity keislamannya serta melayu-nya disebabkan tidak mengamalkan sistem islam serta layak digelar pengkhianat melayu sebenar selama 54 tahun kerana kezaliman yang telah dibuatnya."


"PAS sekarang keliru identity kerana telah bertahaluf dengan bukan islam juga dalam Pakatan Pluralisme sedangkan mereka (PAS) masih "berkeadaan lemah"(kerana tidak mengetuai tahaluf dan mendominasi) serta terhijab dari membaca mafsadah(bahaya) agenda musuh islam dalam kumpulan yang mereka tahalufkan."

Adik bongsu pula (ISMA) perpendirian teguh , berani dan bertegas menyeru kepada agenda kesepakatan kedua-dua saudara tua-nya kerana melihat persengketaan abang long dan abang ngah bukan lagi dalam neraca persaingan sihat yang menguntukngkan Islam atau kata mudahnya semakin merugikkan Islam kerana agenda musuh yang berselindung dalam pakatan kedua-duanya seumpama kanser tahap 4 tetapi tidak disedari tuan badannya.

Malangnya , Adik bongsu turut ditomah ;
"Tengok ISMA, perjuangkan assobiyyah , pengkhianat gerakan islam , termakan umpan talian hayat terakhir UMNO, jual beras JATI dan terbukti berjaya didedahkan ada 3 kecelaruan utama."
Abang Long dan Abang Ngah lebih menyedihkan.

Berkata Saudara Aminuddin Yahaya:

"Kalau begitulah keadaannya, apa erti UMNO terus berkuasa, apa ertinya PAS memerintah?
Bolehkah UMNO bertindak tanpa merujuk kepada MCA atau MIC?
Bolehkah PAS membuat keputusan tanpa terlebih dulu berbincang dengan DAP?
Jangankan keputusan yang besar-besar malah nak cakap pasal Melayu pun semua pemimpin Melayu samada dalam UMNO atau PAS sangat-sangat takut. Berani saya katakan bahawa mereka semua sudah hilang  JATIDIRI. Ini persoalan yang harus bermain dalam fikiran kita maka barulah kita dapat menilai dengan lebih matang dan rasional." ( http://www.ismaweb.net/v4/2012/02/siapa-musuh/ )
Itulah reality kesedihan yang telah dikhabarkan adik bongsu kepada kedua-dua saudara tua-nya, tetapi kedua-duanya tidak peduli amarannya kerana sedang "syok" berebut atau pertahankan kerusi bernama "putrajaya" dengan cara apapun.
" Terpenting pertahankan putrajaya kemudian kita fikir semula" kata si abang long.

kata abang ngah pula ,
" Terawlawiyat(terawal sekali) dapatkan dulu putrajaya dan nyahkah UMNO, kemudian baru kita fikir semula."
kata adik bongsu yang memberi muhasabah ;
" Putrajaya itu wasilah kita dalam berjuang atau matlamat hidup kita ?"
Tidaklah adik memberikan teguran kecuali kerana cinta.



" Melayu sepakat islam berdaulat. "

Itulah usul penyelesaian politik adik bongsu kepada ke dua-dua abangnya.

Dengar sahaja slogan itu pada abang long , maka tersenyum lebarlah kerana selama ini abang long memang terkenal kejagohannya dalam bab semangat assobiyah Melayunya walaupun terbarunya melaungkan slogan 1 Malaysia.

Dengar si abang ngah pula , terus lebih pantas daripada kilat dia merespon : "

" Ini sah compom 100% terpengaruh dengan talian hayat terakhir UMNO , Dah cukup ! aku tidak mahu mendengar penjelasan kamu ( ISMA ) , walau apa pun terjadi."

Maka berlakulah hampir seperti kata abu saif (saifulislam.com) dalam facebooknya. Drama yang boleh habis 10 minit jika mendengar penjelasan menjadi menyakitkan hati kerana perlu berlarutan selama beratus-ratus episode dan ber-season-season.

Memang hidup ini sebuah drama,

Walhal jika diperhatikan adik bongsu bukan ingin abang long dan abang ngah duduk serumah , pakai baju sama warna dan jenis , makan makanan yang sama , sambil saling berkasih sayang menyuap makanan bukti kesatuan barunya atau semua benda sama dalam erti kata identity baru bernama "PAMNO" (pas+umno).

Bukan-bukan semua itu !


"Cukuplah mulakan sepakat dalam agenda nasional , hak melayu dan urusan agama kita, tidak perlu pun bersatu dan tidak usah membentuk parti wajah baru dengan meleburkan kelebihan identity masing-masing" kata adik bongsu dengan tegas , jelas dan berulang-ulang.
Bagi saya, jalan penyelesaiannya, jika pemimpin-pemimpin Melayu ini benar-benar ikhlas untuk memperjuangkan Islam, ialah mereka MESTI BERSATU dalam bentuk apa sekalipun. PAS tidak harus melihat UMNO musuh segala-galanya dan begitulah sebaliknya. Yang menjadi musuh ialah serangan-serangan barat ini dan mereka (baca:UMNO dan PAS) yang menjadi agennya .( http://www.ismaweb.net/v4/2012/02/siapa-musuh/ )
Apakan daya , hidup ini memang sebuah drama, hakikatnya adalah bersiri dan panjang , bukan seperti movie yang habis dalam 2 jam happy endingnya. Ada pulak yang kata adik bongsu mengalami kecelaruan utama di antara seruan "Sepakat" atau " Bersatu". Maka cubalah saya menjelaskan:
Betul memang ada sikit keliru disitu. Jawapanya adalah Kedua-duanya. Tapi dos yang sangat besar atau rasminya kepada perkataan “kesepakatan”. Ini terbukti melalui slogan politik ISMA yang disyurokan iaitu “Melayu Sepakat Islam berdaulat” . Mudah fahamnya 99 % seruan kesepakatan dan hanya 1 %  seruan kepada kesatuan.( http://addinlove.blogspot.com/2012/05/jatidiri-identity-kumpulan-yang-lebih.html )

Politik kita belum lagi politik islam sebenar.

Ternyata benar , politik yahudi , yunani dan barat hari ini telah tertanam dalam kepala kita. Politik berparti dan demokrasi yang sanggup mengetepikan apa sahaja demi mengejar matlamat adalah bicara hampir semua lapisan masyarakat dimana-mana saja .

Cara mudah mahu kenal gejalanya adalah , bila anda kritik keras UMNO , anda akan dikatakan PAS dan sewaktu dengannya , Jika anda kritik keras PAS pula , anda akan dituduh UMNO dan sekutunya. Teorinya simpel , Anda tidak menang kerusi undi, maka anda  dikira kalah dalam berjuang . 

Itulah sifir mudah dari politik cetek yang menyedihkan.

Hal ini diakui oleh seorang ilmuan muda UMNO yang hebat:
"Kita telah bersetuju politik islam bukan ada di zaman ini. ….. Kita telah mengatakan system khalifah dan sebagainya . Kita bersetuju politik yang di zaman sekarang , politik yang direncana, yang diwadahkan dan dibentuk oleh pemikiran-pemikiran falsafah yunani dan barat.” ( http://addinlove.blogspot.com/2012/05/kecelaruan-pemikiran-yang-tidakrasional.html )

Agenda perjuangan kita harus jelas atas manhaj Islam.


Ikhwah ahli ahli ISMA sekelian!

ISMA adalah jamaah dakwah, kita harus beriltizam dengan manhaj rasul dalam penyampaian dakwah. Sampaikan mesej secara jujur dengan hujjah dan keterangan.


Kita tidak ada kepentingan untuk memaksakan pandangan kita, jika bertepatan dengan hidayah dan taufik mereka akan menerima, jika tidak Allah sebut; "bukan enkau yang beri hidayah pada sapa yang engkau sukai tetapi Allah memberi hidayah kepada siapa yang ia kehendaki".
Jadilah pembimbing dan penunjuk jalan kepada mad'u menuju kebenaran.

Jangan sesekali kita terikut dengan rentak parti-parti politik yang menjadikan mad'u sebagai lawan, memanipulasi, menghentam dan mengherdik, menghina, membuat pembohongan dan menjatuhkan maruah dan harga diri atau memfitnah.

Ingat pesanan Allah s.w.t, "Serulah kejalan tuhan kamu dengan hikmah/hujjah, nsihat yang baik (jika ia teragak agak) dan berbahaslah dengan hujjah yang lebih baik (jika ia menolak).

Jauhilah jadal (berdebat sekadar nak tunjuka hebat atau nak menang), katakan kepada mereka " maaflah, suruhlah ia buat baik dan berpalinglah dari orang yang jahil". 
( Nasihat Presiden ISMA,Al-Fadil Ustaz Abdullah Zaik Abd Rahman kepada ahli-ahlinya.)
Mungkinkah Allah azawajala menginginkan perjalanan kesatuan itu lama lagi ?

Masing-masing terkadang keliru dan celaru bagaimana ingin memenangkan islam dan melayu dari ancaman luar. UMNO yang katanya lemah praktik agama, kurang ilmu agama ,tetapi kemelayuannya menjadikan dia kononnya akan sanggup berjihad demi islam bila menghadapi musuh luar. PAS yang dikatakan lebih berugama , tetapi tidak minat kepada agenda kemelayuan lagi (kerana tuduh UMNO telah merosakkannya), tidak lagi merasakan Melayu pentingnya dalam berjuang di tanah ini , Islam adalah segala-galanya. Kemelayuan adalah assobiyah terlarang dan tidak ada tempat untuk memenangkan Islam melalui Formula "Ke-Melayuan" di negara ini. Datang pula adik bongsu dengan latar belakang gerakan islam , hujah ilmu dan kajiannya berkata ; "Melayu adalah kunci penting mendaulatkan pemerintahan Islam di Tanah Melayu ini". Maka kekeliruan "tahap gabanlah" orang ramai yang melihatnya.

Sedang mereka sibuk berkelahi siapa yang betul dan siapa yang salah. Siapa yang lebih celaru dan keliru, siapa yang beragenda atau siapa di agendakan , mereka mungkin lupa,


Ukhwah tidak boleh dibiarkan lama bercelaru kerana musuh bersorak gembira melihat kita.


Allah yang maha keras azabnya , tuhan yang memegang hati semua hamba-Nya berfirman:
“Sesungguhnya orang-orang beriman itu bersaudara, maka damaikanlah antara keduanya bila berlaku perselisihan..” (Al-Hujurat: 10)
Assoc. Prof. Dr. Mohd Ridhuan Tee bin Abdullah berkata ;
"Fahamilah real politik Malaysia. Ingatlah Parti Melayu Islam (Pas dan Umno) tidak boleh menang SENDIRIAN , jika mereka tidak bersatu, kerana kita hanya ada 50 peratus. Umat Islam memerlukan antara satu sama lain. Dua parti umat Islam ini sudah cukup untuk saling memperkukuhkan Islam jika ada kemahuan. Tidak perlu mengharapkan kepada PKR. Mereka hanya parti nyamuk. Nyamuk-nyamuk ini membawa banyak virus." ( 28 Mei 2012 : Untungnya bila Umno dan Pas bertemu, http://ridhuantee.blogspot.com/ )
Sejarah Abang Ngah dan Abang Long berkait rapat ?

Fakta menunjukan Abang Ngah pernah bergabung dengan Abang Long dalam nama baru Barisan Nasional (BN) akibat tragedi 13 Mei 1969, tetapi terpisah pada 1978 apabila krisis darurat kelantan pada tahun 1978:
"PAS telah menerima cadangan UMNO untuk bergabung didalam perikatan yang baru yang dinamakan sebagai Barisan Nasional (BN). PAS adalah diantara parti pengasas BN. Penglibatan PAS didalam BN berakhir dengan krisis darurat di Kelantan pada 1978. Akhirnya PAS mengambil keputusan untuk keluar dari BN. Para penyokong PAS mengganggap bahawa UMNO telah mengkhianati mereka. Para penyokong UMNO pula berpendapat PAS telah tidak patuh pada ketetapan BN. Pun begitu, krisis dalaman PAS telah membawa kepada perpecahan PAS pada beberapa parti serpihan seperti Berjasa dan Hamim." (http://ms.wikipedia.org/wiki/Parti_Islam_Se-Malaysia )
Apa yang lebih menarik adalah lebih awal dari itu, sejarah kelahiran Abang Ngah tidak boleh dipadamkan , Terbuktilah "bersudaranya Abang Ngah dengan Abang Long":
"Tidak dapat dinafikan bahawa rancangan awal penubuhan PAS sebenarnya adalah ditimbulkan oleh sebahagian besar ahli-ahli agama di dalam UMNO semasa berlangsungnya Muktamar Ulama Ketiga di Bangunan Kelab UMNO Bagan, Butterworth dengan penitia penajanya ...:"(http://ms.wikipedia.org/wiki/Parti_Islam_Se-Malaysia )

Tidak mahu bersatu pun , minima Buktikan Ukhwah tidak celaru.

Abang Long tetap bersaudara dengan Abang Ngah walaupun macam berbeza haluan, air dicincang tidak akan putus. Alhamudlilah Abang Ngah tidak se-extream dulu yang pernah mengkafir dan mengelar munafik Abang Long. Malah Abang Long juga semakin islamik tambah-tambah lagi masuknya geng ILMU. Ini Tanda yang baik.


Mulalah dengan muzzakarah atau hadiri program yang menjurus kefahaman itu .

Assoc. Prof. Dr. Mohd Ridhuan Tee bin Abdullah berkata lagi:
Saya ingin menawarkan diri untuk menjadi orang tengah atau moderator muzakarah ini. Lagipun saya adalah orang Cina Islam yang kurang kepentingan antara dua parti Melayu ini. Saya bersetuju dengan pendapat sayap ulama muda Umno, perbincangan itu mesti dilaksanakan dengan ilmiah, bukannya berlandaskan emosi dan sanggup menerima kebenaran yang berasaskan kepada al-Quran dan Sunnah, selari dengan petunjuk Nabi Muhammad SAW dan sahabat Baginda.( 28 Mei 2012 : Untungnya bila Umno dan Pas bertemu, http://ridhuantee.blogspot.com/ )
Terbarunya akan diadakan satu Konvensyen wacana ilmiyah oleh adik Bongsu dan beberapa NGO-NGO lain yang bersamanya. Luangkanlah masa menghadirinya , bersilaturahimlah dengan penganjurnya atau aktivisnya, dengarlah dengan hati yang terbuka dan berfikirlah dengan akal "islam (selamat)"yang ada. 

Anda nilailah sendiri agenda seruan ini , Sama ada ianya bergerak atas landasan ilmu syarak ?, Kefahaman sejarah ? , keselarian Perlembagaan negara kita ? atau sebaliknya.

Wallahwalam.
 







PS:

1. Sebagai wakil tidak rasmi , saya ingin menjemput semua wakil-wakil daripada Abang Long dan Abang Ngah untuk memeriahkan konvensyen ini . Jumpa disana.

2. Update dan segala maklumat tentang KOMPAS : https://www.facebook.com/2012kompas
 
3. (Edit 31 Mei) Pembetulan tahun kelahiran Adik Bongsu kepada 1996 dan didaftarkan pada 1997 :-)


3 comments:

  1. Hehe saya menyokong social democrats =)
    Tapi saya yakin yang saya tetap Islam. Dan saya yakin akidah saya masih lagi selamat kalau tak mengaku sebagai Melayu Islam cukup cuma dengan Islam sahaja. Maaf untuk penulis, kini masa untuk kita membina masyarakat Malaysia ;)

    ReplyDelete
  2. minta untuk saya share dalam blog saya saudara.. moga-moga ada perubahan jika article ini tersebar.. tq

    ReplyDelete