Saturday, May 26, 2012

Kes Kecelaruan Pemikiran atau Tidak Rasional ilmuan UMNO?



Sejak beberapa hari ini saya berminat dengan perkataan celaru. Entah kenapa. Sebelum ini saya menulis satu isu perbandingan kecelaruan di antara "dua kumpulan bersaudara" daripada "3 bersaudara" . Kali ini saya ingin mengimbangi pula dengan memasukkan isu  kumpulan ke-3 daripada "3 bersaudara". Saya tidak pasti adakah ini dalam bab isu celaru atau isu rasional dalam berfikir atau lainnya ?  

Selang masa ke 4:16- 4:26 : Al – Fadil Ustaz Mohd Radzi Othman berkata: 

 

Kenapa ia hanya muncul pada Politik moden , yang bukan politik yang syarie.? Kita telah bersetuju politik islam bukan ada di zaman ini. ….. Kita telah mengatakan system khalifah dan sebagainya . Kita bersetuju politik yang di zaman sekarang , politik yang direncana, yang diwadahkan dan dibentuk oleh pemikiran-pemikiran falsafah yunani dan barat.”

Inilah salah satu fakta reality hari-ini yang terpaksa-rela akui.

Maka mulalah ilmuan di seluruh pelosok dunia , dari pelbagai latar belakang pemikiran dan bermacam-macam disiplin ilmu , dari yang terlibat bersama sesuatu jemaah islam , dari pendakwah bebas sehinggakan kepada orang awam yang bergelar muslim akan turut mahu ambil bahagian memberikan “sepatah dua kata” kepada persoalan :

“ Bagaimana kita mahu kembalikan politik syarie (politik islam sebenar) yang dikehendaki oleh islam.? ”
Abaikan seketika soalan diatas . Fokus kepada rakaman video ! Apa jawapan anda?

Jika anda melihat rakaman di atas sehingga habis , pasti anda akan ada pandangan tersendiri .
Ada yang akan bersetuju dan ada yang tidak bersetuju . Juga ada yang mana-mana pun betul kerana malas mahu berpendirian.

Saya disini bukan mahu mengubah kesimpulan masing-masing terhadap rakaman diatas. 

Saya hanya mahu mengajak kita semua yang diberikan kewarasan fikiran , "berfikir sedikit" :

Kalaulah politik islam tidak ada di zaman ini (terutama di negara kita) , maka bukankah mewujudkan politik islam itu dulu harus dilakukan dahulu, kemudian barulah dalil-dalil politik islam (contoh hadis taat pemerintah, cara nasihat pemerintah) akan valid (boleh pakai).

Dalam ayat yang lain,

Kalaulah politik islam tidak ada di zaman ini , maka bukankah mewujudkan politik islam atau menegakkan khilafah islam itu adalah tugas yang pertama sebelum mengaplikasikan dalil-dalil politik islam (contohnya hadis taat pemerintah, cara nasihat pemerintah) .

Dalam ayat yang lain,

Kalaulah politik islam tidak ada di zaman ini , maka bukankah mewujudkan politik islam atau meneggakkan khilafah islam itu tugas yang pertama . BUKANLAH tugas pertamanya kita GUNAKKAN DALIL-DALIL POLITIK ISLAM SEBENAR (contohnya hadis taat pemerintah, cara nasihat pemerintah) dalam system politik SEKARANG yang bukan ISLAM.

Dalam ayat paling mudah sehinggakan makcik-makcik tukang sapu boleh memikirkan-nya,

Dah Namanya politik sekarang Bukan islamik  , jadi kenapa gunakkan dalil-dalil ulamak atau hadis nabi untuk pertahankan pemerintah sekarang yang dibina dari sistem politik yahudi atau Barat.?

Pandangan peribadi saya kepada rakaman diatas.

Untuk makluman para pembaca,  Al – Fadil
Ustaz Mohd Radzi Othman adalah salah seorang tokoh ilmuan muda UMNO . Dan UMNO ini adalah sebuah "perkumpulan manusia politik berorganisasi" yang terlibat dengan sistem "politik  bukan islam Malaysia" seperti di akui Al – Fadil Ustaz Mohd Radzi Othman sendiri .

Antara penyebab sistem politik Malaysia tidak islamik adalah “Politik Berparti” , “Politik Demokrasi” , “Politik saling bermusuhan antara 2 parti islam atau lebih ”, “politik pilihanraya”, dan kata mudahnya “Politik pada kaca mata Yunani , Yahudi dan Barat yang telah terbiasa dalam minda  kita dan di amalkan sekarang”.

Peribadinya saya tidak bersetuju dalam banyak pandangan Al – Fadil Ustaz Mohd Radzi Othman berkaitan isu politik atau pemerintahan . Saya bukan tidak mengakui fakta yang beliau bawa. Cumanya tidakan beliau terhadap kenyataan fakta itu membingungkan logik akal saya dan saya merasakan "tindakan beliau itu" keliru dalam membina semula politik islam yang sebenar. 

Termasuklah isu demonstrasi ini. Saya bukanlah menafikan fakta sejarah demonstrasi oleh beliau dan kemudian "menghalalkan semberono demonstrasi ini dalam wajah islam". Pada saya , sangat cetek atau dangkal benar cara berfikir jika kita menyalahkan semua bentuk demonstrasi atau membakul sampahkan dengan tuduhan "apa saja bentuk demonstrasi adalah haram".

Bagi saya demonsrtasi di bolehkan jika memenuhi syarat-syarat tertentu. Saya berpendapat dibolehkan demonstrasi aman jika memenuhi "syarat-syarat kebaikan tertentu" yang selari dengan roh islam . Sebagai contoh demostrasi itu bertujuan membaiki sistem pemerintah (contoh bersihkan sistem pilihanraya), berdemo tanpa membawa senjata , berdemo dengan penuh tersusun atau kawalan oleh badan tertentu (Contoh dikawal oleh unit amal) , berdemo di tempat yang disediakan , cekap mengagalkan provokasi , pendemo tidak merosakkan harta benda tertentu atau mengotorkan tempat berdemo dan pendek katanya berdemo dalam erti kata aman dari A-Z.

Bersih 3.0 pula pada saya bermasalah disebabkan oleh unsur syubahat iaitu bercampurnya urusan demo aman dan demo yang bukan aman.

Hal yang buruk itu benar-benar berlaku. Ambiga masih dibiarkan menjadi ketua , Unit amal tidak efektif atau tidak mencukupi serta tidak bekerja dengan baik , Para pendemo meroskkan harta benda awam serta mengotorkan kawasan berdemo, Pendemo telah disediakan tempat tetapi masih berdegil mahu memilih jalan, dan Berlakunya provokasi serta pendemo yang tidak mampu disiplin dengan peraturan-peraturan yang ditetapkan. Mungkin ada pendemo menyalahkan pihak lain terutamanya polis. Benar polis ada yang bersalah dan pendemo juga kena akui di pihak mereka juga banyak kelemahan atau salahnya. Kesimpulannya pihak yang membuat salah berdosa dalam demo ini , Demo aman menjadi tidak aman. Matlamat tidak menghalalkan cara. Itulah padangan saya berkaitan demostrasi terbaru ini.   

Kembali kepada isu dalil-dalil islam digunakan dalam "sistem politik bukan islam" demi kepentingan sebelah pihak sahaja :

“Logikkah jika dalil-dalil hadis seperti tidak boleh memberontak dan taat pemerintah yang zalim diguna pakai dalam sistem politik bukan islam sekarang?


“Sampai bilakah politik islam sebenar akan tertegak jika “dalil politik sebenar islam” diguna pakai untuk mempertahankan pemerintah dalam sistem “politik barat” sekarang?.


“Analogi lain untuk mudah faham : Logikkah kita membicarakan hujah Al-Quran untuk mempertahankan “Al-Quran itu bukan makhluk” dalam mahkamah Civil yang kita tahu bukanlah guna rujukan mahkamah Syariah (makhmah sistem islam)?.
fikir-fikirkan soalan diatas dan selamat mencari jawapan.

Beberapa Kajian Situasi untuk difikirkan bersama:
Kajian Situasi Untuk Difikirkan Bersama. 
(sumber: https://www.facebook.com/nasribinazhar)
Soalan 4 dan 5 oleh: https://www.facebook.com/ahmad.aiman.509
 
Satu Armada penjajah menyerang tanah air Islam kemudian setelah menang, penjajah melantik seorang talibarut terlatih yang beraliran sekular dari kalangan rakyat negara yang dijajah itu untuk menjadi pemimpin. Perlantikan talibarut adalah penting untuk menjamin kesinambungan kuasa penjajah di balik tabir. Untuk menjadikan 'pertukaran kuasa' itu nampak rasional, semua penjajah akan memberikan 'kemerdekaan' kepada negara itu secara percuma walaupun berbilion harta dan bergalon darah mereka telah dihabiskan untuk mendapatkan negara tersebut. Jika kita lihat negara-negara yang 'dimerdekakan' oleh penjajah, para penjajah hanya akan berurusan dengan tokoh yang sememangnya telah dilatih dengan pendidikan sekular lalu rakyat akan menganggap tokoh itulah yang berjasa dalam proses kemerdekaan negara. Kemudian pemimpin sekular ini menghadapi 3 situasi dari rakyat :
1) Golongan munafiq yang sememangnya telah lama berasa rimas dalam kepimpinan Islam sebelum itu memberikan sokongan padu kepada pemimpin talibarut tersebut.
2) Rakyat yang membenci talibarut itu dan tidak membai'ahnya sebagai pemimpin.
3) Rakyat yang keliru dan duduk di atas pagar atau tidak peduli siapa pun yang memerintah.
Soalan :  
1) Adakah pemimpin itu sah menurut syarak ?
2) Apakah hukum memberontak kepada talibarut itu ?
3) Adakah hadis-hadis tentang taat kepada ulil amri terpakai untuk situasi pemimpin yang naik takhta dengan cara itu ?
4) Penjajah juga meninggalkan tanah islam itu dengan sistem pemerintahan "demokrasi berparti" yg membolehkan pertukaran pemerintah dalam proses pilihanraya . Bolehkah kita bersetuju mengatakan parti yang memerintah adalah ulil amri yang tidak boleh dijatukah seperti dalam hadis nabi sedangkan "sistem membolehkannya".?

5) Jika kita tidak setuju dgn "sistem demokrasi pilihanraya itu" , maka bukankah sepatutnya kita ubah sistem tersebut dulu sebelum menyalahkan orang yang terlibat dalamnya? Lagi aneh dan kejinya KITA adalah TERLIBAT berparti (masuk satu pihak yang sedang memerintah sekarang) dan kemudian menuduh parti yang membangkang sebagai khawarije. Bolehkah kita mengkhawarije parti pembangkang dalam "sistem demokrasi pilihanraya" yang tidak islamik itu.?

Pandangan anda pula dengan kata-kata Al-Syahid Abdul Qadir Audah dibawah ini!

Seorang mujahid dakwah dan ahli fiqh Islam, Al-Syahid Abdul Qadir Audah telah menunjukkan makna ini kepada kita lalu berkata:

“Di dunia Islam pada hari ini ada generasi terpelajar yang mepunyai ilmu Islam yang tinggi. Mereka bersungguh-sungguh mengembalikan semula kedudukan Islam yang telah hilang. Dalam menegakkan kebenaran, mereka tidak takut kepada cercaan orang ramai. Namun, kekurangan mereka yang ketara ialah mereka terpengaruh oleh pendekatan generasi terdahulu (ketika ada khilafah). Kebanyakan kerja-kerja mereka tertumpu kepada soal ibadah dan nasihat sahaja. Adalah lebih baik bagi mereka dan bagi agama ini sekiranya mereka tumpukan sebahagian besar usaha mereka bagi mengingatkan orang Islam terhadap perlunya menghidupkan semula syariat mereka yang telah dipinggirkan dan menghapuskan undang-undang mereka yang bertentangan dengan Islam.”98 (sumber:http://addinlove.blogspot.com/2011/02/selangkah-memahami-perjuanganbhg2.html )


PS: “Maaf saya bukan pengikut Hizbul Tahrir , Malah saya adalah salah seorang yang tidak minat "kelemahan keadah ilmunya" dalam impian besar mereka meneggakkan khilafah.”




No comments:

Post a Comment