Thursday, May 24, 2012

Jatidiri (identity) kumpulan yang lebih celaru ? .

Hari ahad (20 mei 2012) lepas, saya berjumpa dengan seorang pemimpin ISMA pusat dalam satu progam di sekitar Utara. Al-fadil Ustaz berkata:

“...kehadiran kita semakin dirasai , kita telah mula diserang oleh -A- ( jemaah-jemah lain) terutama adik-adik mereka kerana pandangan atau kenyataan (siasah) yang kita lontarkan (baca: kenyataan ilmiyah dengan hujah syarak) ,.... dan sampai sekarang sebenarnya kita belum lagi membalasnya ...”

Saya merespon beliau : “....yang membalasnya pun sekarang ustaz.... hanyalah adik-adik ISMA saja”.

Atas  dorongan itu, saya aktivis setahun jagung , juga boleh digelar adik junior atau level lebih bawah ( masih bayi ) dalam ISMA ini tergatal jari untuk mengisi sedikit masa terluang memberi penjelasan ringkas kepada beberapa  serangan kepada ISMA yang saya yakini kebanyakannya dibuat atas dasar ikhlas inginkan pencerahan dan menzahirkan makna ukhwah sebenar iaitu saling menasihati dengan kebenaran.

Tulisan ini ditulis atas kapasiti peribadi  dan dituju lebih khusus merespon tulisan Al-fadil Ust Mohd Azrul Azuan dalam satu note-FB-nya yang diberi bertajuk : 3 kecelaruan utama melanda ISMA.

Tahniah kepada sesiapa sahaja yang peduli tentang “agenda ISMA” sambil melontarkan pandangan dengan tujuan baik atau sebaliknya. Dengan izin Allah nama ISMA semakin dipopularkan secara percuma dan semakin masyarakat “curious” (ingin mengenali) ISMA seperti mana Islamaphobia di barat yang dijangka  akan menjauhkan masyarakat dari Islam tetapi berlaku sebaliknya. Insyaallah target ahli ISMA tahun 2015 seramai 50 000 akan semakin mudah tercapai. Amin Ya Robb.

Saya mengucapkan Alhamdulilah dan jazakallahu khairan kathira kepada Al-fadil Ust Mohd Azrul atas tulisan beliau. Bagi saya ianya satu tulisan seorang insan hebat yang ikhlas, masih  tersusun  adab ayatnya , ada puitisnya , mudah difahami bahasa bicaranya dan sangat berilmu lagi.

Pertamanya , saya akui penulisan saya mungkin tidak sehebat beliau , lagi kurang ilmiyah dan bukanlah sangat  mampu menjawab semua nokhtah kecelaruan yang dilontarkan. Mungkin adik-adik atau abang-abang  ISMA yang lain lebih mampu menjawabnya atau jika perlu biarlah pemimpin ISMA sendiri bersuara. Tulisan saya ini akan lebih kepada comparison (perbandingan) dengan fakta ilmu, pandangan dari pengalaman serta pemahaman yang saya ada dan akan juga saya biarakan pembaca menilainya sumber-sumber bacaan saya dan mengkaji sendiri , sama ada berpijak di bumi nyata atau tidak kesimpulan yang akan saya berikan.

Apa yang ditulis Al-fadil Ust Mohd Azrul Azuan saya boleh simpulkan:

“ Jika itulah kecelaruan UTAMA pada pandangan Al-fadil Ust Mohd Azrul Azuan , maka kecelaruan tersebut bukanlah SEPARAH (seteruk) kecelaruan PAS . ”

Maaf jika kesimpulan saya ini agak berterus terang , teruskan membaca .

Kecelaruan ISMA yang Pertama.

Inilah kecelaruan pertama yang saya nampak terdapat pada pimpinan ISMA iaitu apa yang digariskan tidak sama dengan apa yang dilakukan. Yang digariskan adalah seruan kerjasama PAS-UMNO di dalam isu bersama tetapi yang dilakukan adalah serangan terhadap PAS disebabkan PAS jalin kerjasama politik dengan DAP. Perkara ini berterusan sebulan dua ini walaupun PAS bersama ulamanya sudah menerangkan berkali-kali berkenaan tahalluf siyasi ini, namun pernah ISMA cuba untuk memahami dan menghormati PAS?

Jawapan saya:

PAS-UMNO diseru bersepakat atau bersatu ? mana satu ni?

Betul memang ada sikit keliru disitu. Jawapanya adalah Kedua-duanya. Tapi dos yang sangat besar atau rasminya kepada perkataan “kesepakatan”. Ini terbukti melalui slogan politik ISMA yang disyurokan iaitu “Melayu Sepakat Islam berdaulat” . Mudah fahamnya 99 % seruan kesepakatan dan hanya 1 %  seruan kepada kesatuan.

Kenapa perlu bersepakat ?Telah banyak kali dihujahi dengan dalil syarak , logik akal dan lebih praktikal seruan ini jika melihat pengalaman politik kedua-dua pihak. Diterangkan oleh pemimpin ISMA dan aktivisnya di banyak tempat , baik secara lisan dan bertulis. Saya juga ada menyimpulkan secara ringkas di blog peribadi saya. Alhamdulilah kefahaman  Al-fadil Ust Mohd Azrul Azuan adalah benar.

kenapa perlu bersatu? – Juga telah dihujahi dengan ilmu syarak terutama ilmu usul fiqh oleh ramai pemimpin ISMA seperti Ust Hazizi , tetapi sedihnya hal ini mungkin sangat kurang praktikal sekarang dengan pengalaman politik umno dan PAS. Alhamudillah Al-fadil Ust Mohd Azrul Azuan telah mengaku bukan pakar usul fiqh dan Ust Hazizi pula TIDAK pernah kata dirinya atau ada pengikutnya (ahli isma) pernah menabalnya sebagai pakar usul fiqh. Istilah itu mungkin wujud disebabkan pahitnya menelan teguran dalam tulisan ini  : http://ustazhazizi.wordpress.com/2012/04/29/sampaikanlah-pandanganku-ini/

Hujah bersatu dengan umno ini juga mengambil kira pertimbang  maslahah-mafsadah (baik-buruk) agenda musuh yang bersifat external (luar).

Kita namakan ancaman external ini dengan satu induk nama iaitu “Pakatan Pluralisme” .

Saya pohon jasa baik pembaca menziarahi  link-link dibawah ini dan berhujah secara ilmiyah atau berfakta jika ingin menafikannya :

1.Agenda liberalisme , pluralisme dan “tokohnya yang paling kontrovesinya sekarang”. 


Maaf , sampai sekarang  saya lihat tidak ada sesiapa lagi boleh mendatangkah hujah balas menyangkal kenyataan wall saya dulu (kurang lebih) bunyinya “YB Datuk Anuar  Ibrahim tidak layak dikatakan Pemimpin Islam, hakikatnya dia adalah Pemimpin Liberal” – anda setuju?- Silakan terus membaca tulisa-tulisan lain di link yang saya berikan diatas.

2.Agenda ultra kaisu terutama agenda cina dan agenda DAP. (baca:bukan orang cina sahaja). 


Saya juga melihat semua orang melayu islam yang membaca dengan hati yang terbuka akan terkedu dan hanya mampu memuhasabahkan diri kerana malu dengan seorang cina muslim yang lebih perjuangkan islam dan melayu daripada orang melayu sendiri . Mereka yang  tidak setuju dengan beliau kebanyakan dilihat kurang ilmiyah dan membawakan fakta yang tidak solid dalam menyangkal pandangan beliau. Anda setuju dengan saya?- Bacalah sendiri.

3.Agenda Syiah dalam PAS yang kita boleh lihat dibiarkan oleh PAS demi Putrajaya. 


Mungkin ada yang bertanya , apa level parahnya syiah dalam PAS?, saya kata macam kanser iaitu level 4,dan tiada ada level 5.-bukti solidnya ? Maaf saya tidak boleh bagi disini atas beberapa alasan, Perlu di adakan pertemuan bersemuka dengan saya , atau tokoh kajian Syiah dalam ISMA iaitu Al-fadil ust Muhammad Ismail atau beberapa ilmuan lain terutama panel akidah JAKIM yang kaji bab ini.

Terbaru mungkin strategi nikah dengan aktivis muslimat pas : Khalid Ismath nikah dgn seorang aktivis muslimat PAS,


4.Agenda musuh yang “lebih bahaya” tanpa kita sedari.

Kalau begitulah keadaannya, apa erti UMNO terus berkuasa, apa ertinya PAS memerintah? Bolehkah UMNO bertindak tanpa merujuk kepada MCA atau MIC? Bolehkah PAS membuat keputusan tanpa terlebih dulu berbincang dengan DAP? Jangankan keputusan yang besar-besar malah nak cakap pasal Melayu pun semua pemimpin Melayu samada dalam UMNO atau PAS sangat-sangat takut. Berani saya katakan bahawa mereka semua sudah hilang  JATIDIRI. Ini persoalan yang harus bermain dalam fikiran kita maka barulah kita dapat menilai dengan lebih matang dan rasional.


Sejujurnya saya ada banyak lagi link , tetapi saya hadkan kepada 4 noktah dia atas sahaja dengan 6 link sebagai langkah pertama memahami hal ini. Boleh baca tulisan-tulisan lain yang berkaitan link di atas dalam web atau video yang sama.

Selain itu , IJTIHAD politik ISMA dalam masalah ini tidak akan difahami oleh orang yang meletakkan fikir logik akal, dendam politik , tidak belajar atau tidak praktikkan ilmu usul fiqh dan tidak tahu meletakkan awlawiyat bahaya agenda Pakatan Pluralisme. Juga tidak akan difahami oleh orang-orang yang beriman dengan politik kepartian (baca:bukan politik islam) . Dan lagi jauhlah mahu di pandang oleh golongan yang fanatik kepada parti tertentu sahaja.

Hanya kerana istilah sepakat atau bersatu telah dituduh celaru UTAMA yang mungkin merbahaya?. Bukankah ini masalah istilah atau masalah kecil yang sengaja diperbesarkan?

Golongan yang fasik itu lebih baik kita “terpaksa bersama” daripada seorang yang  Syirik . Hujahnya adalah ini "Sesungguhnya syirik itu adalah kezaliman yang amat BESAR ", ( Luqman : 13).

Sekarang kita diuji terpaksa memilih teman kita antara fasik ATAU syirk !, lalu kita berani mengatakan yang syirik itu lebih baik atau kurang mudarat ! Ada sesiapa berani mendahului ayat Al-quran itu dengan mengatakan kezaliman oleh orang islam fasik adalah kezaliman yang amat Besar?

Kecelaruan ISMA yang kedua.

Di sinilah kelihatan jelas kecelaruan ISMA yang kedua iaitu seruan dan tindakan dibuat tanpa melihat realiti yang berlaku. Hinggakan seruan yang sepatutnya lebih ditujukan kepada UMNO, diarahkan kepada PAS. PAS dikatakan haram berkerjasama dengan DAP sedangkan ia perlu dilontarkan kepada UMNO yang banyak mengkhianati umat Islam.

Jawapan saya:

Kerana melihat realitylah seruannya seperti itu. Malah saya melihat mereka yang menulis(menyerang) tentang ISMA bukanpun semua berada di bumi Malaysia ini sekarang. betul tekaan saya?

Sebenanrya PAS dan UMNO , kedua-duanya telah bersama-sama menghancurkan “politik umat islam” di Malaysia ini. Kedua-dua sama perangai saja merosakkan masa depan orang islam. Mungkin ramai tidak setuju dengan saya. Takpe kajilah sendiri , mungkin anda akan mengerti.

Pendapat peribadi saya , Pas lebih dekat dengan ISMA atau serumpun yang "faham bahasa bicara kita". Inilah puncanya kenapa bicara ISMA kepada Pas LEBIH banyak kerana dalamnya masih ramai ilmuan , ulamak dan pemuda yang sangat ikhlas memperjuangkan ISLAM, berbanding UMNO yang geng ulamaknya baru berusia setahun jagung dan budak-budak ultra salafi yang lebih menyakitkan hati.

Volume serangan kepada PAS dikatakan tinggi dibandingkan volume serangan kepada UMNO dalam beberapa bulan ini ? – Betul tinggi sikit , sebab kita makin dekat pilihan raya. Seperti jawaban kecelaruan pertama , masalah lebih besar dilihat dalam PR , sebab itu lah volume spaeker di kuatkan kepada mereka. Lepas pilihanraya nanti kita adjustlah semula volume ( .... jika agenda Pakatan Pluralisme tidak seteruk diduga ).

Kecelaruan ISMA yang ketiga.

Namun, kenapa ISMA seolah-olah tidak mahu faham dan terus menerus mempertikaikan ijtihad politik PAS ini. PAS bersama ulamanya yang merupakan ahli di dalam lapangan jihad siasah di Malaysia langsuung tidak dihormati oleh ISMA. ISMA terus menerus menganggap PAS salah segalanya dan ISMA betul segalanya. Walaupun yang diseru adalah penyatuan Islam, tetapi tahalluf siyasi inilah yang dipermainkan ISMA setiap hari.Inilah kecelaruan ketiga yang melanda ISMA iaitu bertindak mengatasi bidang pengkhususannya sehingga menafikan ijtihad ahli bidang tersebut.

Jawapan saya:

PAS and the geng saja yang layak digelar ahli bidang siasah (politik) islam sebenar ?

Isma pertikaikan ijtihad politik PAS kerana ijtihad politik PAS hanya boleh dipakai dan dihormati dalam konteks bicara “politik berparti”. Kalau kita semua beriman politik sempit atau berparti(hizb) SAHAJA adalah “politik islam sebenar” , maka isu tidak timbul.

Sebab itulah jika sesiapa yang berbicara isu “politik islam sebenar” sedangkan dia adalah ahli atau cenderung kepada UMNO atau PAS maka perbicaraannya kurang valid kerana dia terikat dengan peraturan tersebut( perlu saling menghormati ijtihad parti lawan).

Hakikatnya “politik berparti”di Malaysia sekarang bukanlah “politik islam” sebenar . Jadi ISMA tidak melihat politik berparti sempit yang sumber humanisem  atau SELAIN AL-Quran-sunnah harus diraikan.

Kami bisa berlapang dada dengan ijtihad bersumberkan al-quran sunnah , tetapi kami aneh bagaimana “ijtihad tahaluf siyasi yang jelas tidak cukup syarat atau terlalu banyak syarat yang pincang atau boleh diragui” itu diimani juga?.

Berikut sedikit pandangan peribadi saya yang merasakan pincangnya tahaluf siyasi PAS :


Ini pula analisis dari tokoh isma :


Mungkin Kerana itulah ISMA seolah-olah terus membuat kenyataan tidak bersetuju dengan ijtihad politik PAS. Anggapan “Pas salah segalanya” adalah exaggerate  Al-fadil Ust Mohd Azrul Azuan. Sedangkan dari ISMA tidak seperti itu.

Cukuplah coretan "panas" saya ini . Kepada semua yang membaca saya mengalukan-alukan kalian untuk berjumpa pemimpin atau aktivis ISMA sendiri yang berada hampir semua negeri di Malaysia, bukanlah medan amal utama ISMA itu berada di Mesir atau Australia. Malah aktivity dan program ISMA lebih banyak di medan daripada apa yang dilaporkan di media atau laman sesawang.

Anda boleh menilai kami “face to face” tanpa baca sahaja di web atau dengar cerita orang lain sahaja , Silakan berjumpa,dan  bertanyakan apa sahaja tentang kami. Kami sedia membantu anda. 

Akhir kata dari saya, maaf kerana saya ini tidak pandai menulis , dan saya ini hanyalah level "junior" sahaja dalam ISMA , bukan level adik-adik latar belakang agama yang standing mahu “sparing hujah” dengan Al-fadil Ust Mohd Azrul Azuan .  

..... Maaf juga jika terkasar bahasa.

Apa yang pasti 3 kecelaruan utama ISMA tidaklah secelaru PAS..... betul tak?

Dalam ISMA ahlinya berjati diri atau beridentity ASWJ dan dengan izin Allah  semua ahlinya mengimani agenda yang dibawa oleh qiadahnya (pemimpinya) . Bermanhaj , Tegas dan tegar memusuhi Pluralisme dan syiah . Paling teruk pun hanya akan duduk bermajlis dengan pemimpin melayu yang fasik .

Dalam PAS pula. Katanya identity dasarnya ASWJ , tetapi ada wajah Syiah Rafidahnya,  ada wajah liberal-pluralisme , ada wajah Malaysia-malaysiannya , bertahaluf dengan golongan musyrik dari DAP atau PKR dalam keadaan mereka "lemah" dan macam-macam ada.

Jadi identity siapa lebih celaru? Anda nilailah sendiri ,  jangan percaya semua yang saya tulis.

“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang yang bukan dari kalangan kamu menjadi ‘orang dalam’ (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telahpun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulutnya, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya telah Kami jelaskan kepada kamu keterangan-keterangan itu jika kamu (mahu) memahaminya.” (Ali-’Imraan: 118)

Saya bukan pejuang BN dan bukan pejuang PR, hanya Seorang musafir pejuang islam yang biasa saja, Bukan pelajar bidang Syariah dan lagi jauh perjalanan jadi pakar Usul fiqh,....hanyalah Garaduan Uitm sahaja,

23 Mei 2012.
Bumi Cinta, Kulim , kedah
aktivis isma kepala batas ,

No comments:

Post a Comment