Monday, March 19, 2012

Kita perjuangkan istilah "melayu", Bukan bangsa melayu sahaja.

Alhamdulilah , seminar " Langkah Insan Cemerlang (LIC/STEP) " berlangsung julung kalinya . Penyertaan peserta diluar jangkaan pihak penganjur iaitu 96 orang , menyebabkan saat akhir terpaksa menempah dewan seminar mini yang lebih selesa jika dibandingkan perancangan asal dalam ruang kelas sahaja.

Gambar atas : Seminar LIC/STEP yang berlangsung 4 mac 2012 di kompleks Tabung Haji Bayan Lepas Pulau Pinang.

Seminar anjuran Biro Pengkaderan ISMA Kepala Batas itu bertujuan menjelaskan fikrah ISMA kepada muda-mudi aktivis yang berminat atau ingin tahu agenda perjuangan gerakan islam "berbau assobiyah itu " selepas tahun kontrovesinya (2010) memilih perkataan "melayu" dalam slogan politiknya (MSIB).

Terdapat 4 syarahan penting dalam seminar tersebut . Dimulai sejarah umat islam yang membicarakan permulaan dakwah Rasulullah saw sehinggalah kejatuhan khilafah. Diikuti syarahan sejarah Melayu di Malaysia ini serta perlunya di-SEGERA-kan "melayu sepakat" demi mendaulatkan Islam di negara ini.

Pengisian ketiganya pula berkisar tuntutan Syahadah yang mengambarkan asas perjuangan ISMA adalah kefahaman sahih dalam bab akidah dan akhir sekali penjelasan " kepentingan tarbiyyah " yang merupakan permulaan agenda core (inti) ISMA dalam membina bangsa Islam di Malaysia ini .

Saya yang diamanahkan sebagai Moderator seminar sempat menyimpulkan Syarahan ke-dua sebagai berikut :
" Agenda perjuangan kita adalah mengekalkan tampuk pemerintahan dan kekuasaan di kalangan umat islam . Dan kepimpinan umat islam di Malaysia ini (sekarang) reality serta praktikalnya terletak pada istilah "melayu" .

Itulah sahaja kesimpulan "politiks" dari seminar tersebut dan harapnya mampu dihadam peserta yang hadir sebagai misi penting tetapi bersifat "secondary work" tanpa menengelamkan "primary work" iaitu berjuang atas kefahaman kalimah syahadah yang sahih dan mendahulukan (awlawiyat) agenda tarbiyyah sebelum yang lainnya.

Tetapi "secondary work" ini minat dibicarakan ramai orang diluar sana. Oleh itu saya yang ada sedikit masa terluang ini akan bicarakan isu "melayu" ini seberapa mampu dengan pengharapan salah faham orang di luar sana semakin minima . Amin ya rob.

Istilah Melayu.

Pemilihan istilah melayu berdalil Perlembagaan Persekutuan (federal consitution) Perkara 160 yang menceritakan kaitan rapat Melayu dan Islam di Malaysia ini. Dari Perkara 160 juga, kita akan fahami bahawa semua manusia di Malaysia ini adalah islam apabila dia melayu atau boleh di tafsirkan juga "sesiapa yang memeluk islam akan menjadi melayu".

Lina joy dan Perkara 160.

Hal ini terbukti apabila Azlina Jalani (lino joy) yang telah murtad tidak berjaya didaftarkan murtadnya. Keislamanya dalam kad pengenalan dikekalkan oleh mahkamah atas kejayaan hujah peguambela islam melalui Perkara 160 ini.
Art 160: " Malay " means a person who professes the religion of ISLAM, habitually speaks the Malay language, conforms to Malay custom-(m/s131-Constitution of Malaysia)

Terjemahan: Perkara 160 " Orang MELAYU " ertinya seseorang yang menganuti agama ISLAM, lazimnya bercakap bahasa Melayu , menurut adat melayu.
Semuanya demi Islam bukan demi bangsa melayu.

Pertahankan kad pengenalan lina joy sebagai islam sangat penting demi membendung gejala murtad dan mematahkan usaha sesetengah pihak dalam melonggarkan perlaksanaan syiar Islam perlembagaan kerajaan Malaysia . Dalam kesedihan kita yang masih bersusah-payah cuba mempraktikan hukum islam yang diberi kelebihan oleh perlembagaan , usaha menghapuskan praktik islam oleh pihak yang punya "agenda tersendiri" harus dipandang serius.

Ketika isu lina joy ini hangat pada tahun 2006 , peguambela islam yang menyedari hakikat bahayanya pihak yang punya "agenda tersendiri" ini telah membuat satu hebahan kepada umum untuk menjelaskan kenapa isu lina joy ini perlu mendapat perhatian masyarakat islam.-1-(donwload attachment file)

Pihak yang punya "agenda tersendiri" itu ada yang bersama lina joy . Usaha mereka terbukti apabila pihak peguambela lina joy cuba berhujahkan kebebasan agama yang termaktub dalam perkara 11 perlembagaan yang sama. Berhujah perkara 11 adalah salah dalam isu murtad seorang muslim kerana dalam perlembagan kita juga turut membicarakan agama islam mendapat perlindungan khas daripada dakyah agama lain. Kefahaman ini telah dijelaskan dengan tuntas oleh prof aziz bari yang membezakan isu murtad dengan isu kebebasan agama. -2-

Hal ini bukan bermaksud kerajaan islam Malaysia tidak membenaran rakyatnya bebas menganuti dan mengamalkan sebarang fahaman agama atau ideologi , tetapi "golongan islam bermasalah ini " telah melampau dengan cubaan mempromosi murtadnya secara terang-terangan yang akibatnya menempah ketidak harmornian negara . Ini kerana isu Murtad adalah sensetif bagi umat islam seperti mana sejarah pernah mencatatkan kepedulian umat melayu islam yang sangup turun ke jalan berdemonstrasi apabila satu sahaja jiwa saudara mereka dimurtadkkan (sila rujuk kes natrah )-3-

Malaysia adalah negara Islam, Islam agama rasmi tidaklah tepat.

Mungkin ramai dari kita masih tidak tahu negara kita ini adalam negara islam apabila perlembagaan mencatatkannya dalam perkara 3(1) . Malah tanggapan sesetengah pihak negara ini sekular adalah tidak tepat kerana tidak ada langsung istilah SEKULAR dalam perlembagaan kita. Perkataan RASMI juga yang biasa digunakan kepada "agama islam sebagai agama rasmi" tidak terdapat dalam perlembagaan . Adanya adalah islam agama persekutuan ( ISLAM is the religion of the federation) yang maksud tertepatnya adalah : "islam adalah agama negara". Nama agama lain turut tidak dicatatkan dalam perlembagaan secara khusus seperti agama islam.

Disebabkan itulah dalam mengekalkan kepimpinan islam , kita tidak harus terima cubaan sesetengah pihak (terutama islam sendiri) yang cuba memisahkan istilah islam dari melayu dengan hujah ilmiyah literal dari Al-Quran dan hadis sahaja . Ini kerana praktikalnya hujah kitab kita(Al-Quran dan Sunnah) tidak berada di atas perlembagaan kita. Inilah satu hakikat pahit yang harus kita fahami. Sikap ilmiyyah yang tidak berpijak pada bumi nyata ini akan merugikan kita kembali. Saya bukan maksudkan Al-Quran dan sunnah bukan rujukan tertinggi setiap muslim. Jika muslim yang memahami bahasa saya dalam isu kali ini pasti mengerti keutamaan memasukkan Al-quran dan sunnah dalam perlembagaan dulu , kemudian barulah kita mampu bicarakan secara praktikal al-quran dan sunnah sebagai rujukan kita. Adakah sepenuhnya Al-Quran dan sunnah rujukan tertinggi perlembagaan kita ? Sudah pasti jawapannya belum lagi .

Dengan itu penjelasan dari sudut perlembagaan dan undang-undang sekarang yang berpihak kepada islam melalui istilah melayu HARUS dicerna dengan baik oleh kita semua. Maka barulah hujah kita terpaksa-rela diterima ILMIYAHNYA oleh bukan islam (bukan melayu) demi keharmonian hidup bersama.

Kesimpulan yang saya boleh katakan disini adalah , Hujahan Al-Quran dan Sunnah sudah pasti tidak dijumpai secara "literal" kaitan Melayu dengan Islam . Tetapi secara qiasan hadis kepimpinan , mengkaji sejarah tanah melayu , dan memahami perlembagaan , ianya punya kaitan rapat yang sangat bermanfaat untuk pertahankan islam di bumi tercinta ini .

Maaf ,
Saya juga pernah menulis sebelum ini kepada sahabat-sahabiyah seperjuangan lain yang masih tidak memahami kepentingan istilah melayu ini :

"Tolonglah kawan-kawan , jangan bincang hal teori , dan idelistik "Islam for All " dalam semua perkara , sedangkan ada dikalangan gerakan dakwah anda sendiri yang sebenarnya banyak buat kerja islah (perbaikan) kepada bangsa melayu juga . Saya bukan menidakkan dakwah islam untuk semua kerana memang benar Islam for All ( Islam untuk semua bangsa) . Tetapi dalam masalah "pemerintahan islam" dan berkaitan-denganya di Malaysia ini : Adakah " All will defend islam " (Semua bangsa akan pertahankan islam) ?.-5-
Saya assobiyah Islam bukan assobiyah Melayu.

Secara bilogicalny saya berdarah campuran chinese dan melayu. Nenek atau tok saya darah pure chinese dan masih hidup sehingga hari jni.

Sebab itulah bila ada sesiapa yang mengatakan melayu bodoh, malas , lembap dan segala macam kata-kata negatif kepada bangsa melayu , saya kurang terasa kerana saya bukanlah biological-nya berdarah melayu tulen.

Lagi menyampahlah saya mahu berjuang kerana assobiyahkan melayu atau suvivor "melayu" sahaja , bangsa yang bermasalah itu. Saya benci melayu (sisi buruk orang melayu) , alhamdulilah saya bukan melayu tulen dan saya tidak berbangga menjadi melayu kerana agama mengajar saya bangga menjadi bangsa islam dan akan perjuangkannya. Kerana itu , saya kagum dengan Dr Ridhuantee Abdullah http://ridhuantee.blogspot.com/ yang pure chinese muslim yang perjuangkan islam melalui "istilah melayu" , raja dan perlembagaan lebih daripada orang melayu. Orang melayu tulen harus merasa malu.

Dan saya juga , adalah yang akan pertahankan ketuanan melayu , institusi raja melayu dan sekarang sedang bergiat aktif membicarakan jati diri melayu yang muslim . Kenapa saya sanggup pertahankan melayu dan instutusi raja? adakah saya assobiyah melayu sehingga melupakan bangsa lain atau membela hak raja sahaja sehingga tidak pedulikan langsung hak rakyat.?

Ada sebahagian dari kita keliru istilah perjuangkan raja adalah demi raja sahaja dan membiarkan hak rakyat terzalim . Ada pula yang sangka bila mengatakan "melayu" maka yang difahami adalah bangsa melayu sahaja. Saya kira semua ini adalah jenayah jika di "generalize"(samakan) kepada semua kumpulan atau individu . Saya tidak nafikan ada kelompok yang benar-benar perjuangan "melayu" dan raja kerana asobiyah , taat membuta tuli dan demi keuntungan tertentu sahaja , tetapi membakul sampahkan semua adalah tidak wajar.

Dulu saya jahil sejarah dan perlembagaan.

Saya bukan berniat mengatakan diri ini pandai perlembagaan dan sejarah. Dulunya saya jahil perlembagaan dan sejarah tanah melayu ini . Semasa menjadi aktivis pelajar , dengar sahaja sesiapa yang bicara bab melayu terus saya bakul sampahkan mereka sebagai assobiyah tanpa usul periksa .

ltulah saya dulu semasa bergelar aktivis pelajar tarbiyah dan sibuk bicara slogan umum islam sahaja dalam menyelesaikan segalanya-galanya. Tetapi sejak gerakan islam harapan di Malaysia ini tidak berani lagi bicarakan isu tegakkan Negara ISLAM dan bersekutu dengan kumpulan "Umar Abdul Aziz" terlalu banyak "kekeliruan" sehinggakan hasil yang boleh kita lihat jelas adalah , PEMIMPIN umat islam TERPAKSA-RELA memenuhi tuntutan yang bukan islam demi habuan jawatan yang di-impikan. Maka tidak hairanlah berlakunya perlombaan di kalangan pemimpin islam sesiapa yang lebih Hindu dalam perayaan Depavali dan sesiapa yang lebih menonjlkan liberal dalam agama lain demi meraih UNDI.

Yang terasa menyampah dan menjadi korban keadaan siapa ?- Sudah pasti KITA, Ya kita , umat islam yang terpinga-pinga berbalah sesama sendiri , saling mengungkit-ungkit, saling menuduh , saling mengadaikan prinsip dan kesimpulanya kita keliru apa agenda kesepakatan utama kita .

Kita tidak ada agenda perjuangan sendiri ?.

Terpaksa menggunakan peruntukan perlembagaan dan istilah melayu sebagai hujah terakhir pertahankan Islam di malaysia ini mengambarkan parahnya kelemahan umat islam di malaysia sekarang . ( lebih parah lagi jika hujah perlembagaan yang berpihak kepada islampun dipertikaikan. )

Saya merasa sangat sedih atas pemimpin umat islam sendiri yang tidak mahu duduk semeja berkerjasama mengatur agenda sendiri dalam membangunkan bangsa islam sendiri. Malah saya lebih kecewa dengan umat islam yang berfikiran politik sempit membiarkan diri menjadi mangsa keadaan walaupun bergelar seorang profesor. Adakah "parti politik mana yang kita sokong" akan ditanya oleh Allah azzawajala untuk masuk syurga nanti ?.

Perasaan sedih yang sama dikongsi seorang rakan seperjuangan yang menulis :

"Akibatnya lahirlah masyarakat yang taksub terhadap pandangan sendiri dan timbul sikap benci-membenci yang meluap-luap antara satu sama lain. Dari sini lahirlah isu kafir mengkafir, satu masuk syurga dan satu masuk neraka, parti ajaran sesat, mempolitikkan Islam dan yang seumpamanya. Belum lagi dikira bab bahasa yang digunakan hingga ke tahap begitu memalukan untuk disebut di sini.

Timbul dalam fikiran saya adakah KEBENARAN yang dicari atau KUASA yang ditagihi? Tidakkah kita merasa malu melihat umat Melayu Islam bertelagah sedangkan orang lain tersenyum melihat. "-4-
Saya pernah kenali seorang ilmuan islam dari negara Indonesia yang mengkaji perlembagaan negara kita. Dia melahirkan rasa syukur apabila mendapati ISLAM dikaitkan dengan Melayu dan Raja dalam perlembagaan. Kata beliau hal ini tidak terdapat dalam perlembagaan negara Indonesia. Beliau menyimpulkan ini adalah satu kelebihan yang harus dipertahankan dan menjadi jalan untuk memperelokkan lagi islam di negara ini bukan sebaliknya.

Malangnya kebelakangan ini makin ramai orang islam sendiri tidak kisah jika pemimpin berfahaman ultra kaisu dan bukan islam menjadi wakil rakyat di Parliment demi "memujuk undi bukan islam menyebelahi mereka". Sungguh sedih apabila minoriy menjadi kuasa penentu . Tidakkah kita tahu bila majority bukan islam memenuhi parliment dan adun sehinggakan mereka mencapai 2/3 , maka perlembagaan kita boleh diubah secara halus . Mahukah kita jika perkara 3(1) dibuang perkataan Islamnya ?

Tepuk dada tanyalah iman kita ! kita berjuang

kerana mahukan kuasa serta pemerintahan liberal berleluasa?
atau
mahu pertahankan islam di bumi ini serta membaiknya penuh sabar ?

Kita adalah pejuang islam , kita Bukan pejuang BN dan Bukan pejuang PR .

Melayu sepakat , ISLAM berdaulat.-6-

Aktivis ISMA cawangan Kepala Batas , Pulau Pinang .

Rujukan:

-1- google : kes lina joy dan download doc file
www.al-nidaa.com.my/

-2-http://www.scribd.com/doc/53147141/Isu-Murtad-dan-Kebebasan-Beragama-dalam-Kerangka-Perlembagaan-Persekutuan

-3- http://ms.wikipedia.org/wiki/Tragedi_Natrah

-4- http://www.ismaweb.net/v4/2012/03/bilakah-lidah-akan-memuji/

-5-http://addinlove.blogspot.com/2012/02/isu-pendatang-bukan-haram-melayu-juga.html

-6.1-
Kesepakatan yang saya fahami bukanlah dalam ertikata bersatu menjadi satu entiti atau satu parti. Cukuplah andai kesepakatan itu dicapai dengan bersedia untuk bersetuju dengan kebenaran daripada pihak lain demi kebaikan agama dan bangsa.

Saya melihat ciri-ciri kesepakatan dalam parti-parti Cina sebagai satu contoh yang wajar dicontohi. Walaupun DAP dan MCA berada dalam kelompol PR dan BN yang bertentangan, terdapat kesepakatan dalam isu bahasa ibunda, sekolah vernakular dan penolakan terhadap penguatkuasaan enakmen syariah dalam isu arak dan judi.

Kesepakatan yang sama saya harapkan daripada parti-parti orang melayu dalam isu berkaitan agama Islam, kedudukan bangsa, isu akhlaq umat dan kedaulatan raja.

http://www.ismaweb.net/v4/2012/03/melayu-sepakat-islam-berdaulat-3/

-6.2- Hakikatnya, orang Melayu Islam tidak akan mampu untuk bersepakat sehinggalah mereka sanggup meletakkan kepentingan Islam di tempat yang paling tinggi mengatasi perkara-perkara yang lain. Kesepakatan ini juga tidak mungkin wujud sehinggalah lahir kesediaan dalam diri untuk mengorbankan kepentingan peribadi, kumpulan dan parti demi kemaslahatan agama dan seluruh umat Islam.

Orang Melayu Islam tidak akan mampu untuk bersepakat melainkan jika mereka memiliki kefahaman yang benar terhadap konsep al-wala’ dan al-bara’. Kesepakatan yang diharapkan tidak akan lahir tanpa ikatan ukhuwwah yang jitu antara satu sama lain. Begitu juga, tidak akan ada kesepakatan sehinggalah orang Melayu Islam memiliki akhlak mulia seperti berlapang dada terhadap perbezaan, memaafkan kesilapan orang lain, sedia mengakui kesalahan sendiri dan pelbagai lagi.

Pendek kata, prasyarat ke arah persepakatan dan kesatuan umat ialah lahirnya individu-individu yang mempunyai akidah, kefahaman serta jati diri Islam yang sahih. Di sinilah intipati atau ‘essence’ kepada slogan MSIB yang dikemukakan ISMA iaitu mengembalikan keperibadian dan jati diri Islam dalam diri umat. Bukannya menuntut UMNO dan PAS bersatu, bukan juga semata-mata memastikan agar orang Melayu terus memegang teraju kuasa politik negara atau menjadi kelompok majoriti di Parlimen seperti difahami oleh sesetengah pihak.

http://www.ismaweb.net/v4/2012/03/msib-melahirkan-umat-yang-sepakat-demi-islam/

No comments:

Post a Comment